Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan
Acara lompat jauh mula diperkenalkan sejak Sukan Olimpik pada zaman Greek Purba lagi. Lompatannya seperti lompat jauh berdiri. Lompat jauh adalah satu acara yang diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Untuk memdapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Masalah utama pelompat adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak. Di samping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif.
Tujuan
Menguatkan bahagian abdominal Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat).
Perkara-Perkara Yang Perlu Dielakkan Dan Yang Harus Dilakukan Dalam Teknik Lompat Jauh
KESALAHAN
Perubahan yang berlebihan dalam langkah terakhir sebelum fasa lonjakan. Menjejakkan tumit ketika melonjak dari papan lonjakan. Badan terlalu condong ke hadapan atau ke belakang ketika melonjak. Keadaan tidak seimbang ketika fasa layangan. Melakukan leg shoot atau lunjuran kaki ke hadapan terlalu awal. lonjakan. Gunakan bebola kaki untuk melonjak dari papan lonjakan. Tegakkan badan dengan menghala ke atas semasa melonjak. Gunakan sepenuhnya kedua-dua tangan untuk mengawal imbangan. Cuba mencapai julat terbaik pergerakan dan lewatkan lunjuran kaki ke hadapan hingga saat terakhir. Kaki tidak dilunjurkan sepenuhnya. Lunjurkan kaki ke hadapan untuk mendapatkan jarak yang lebih. Pendaratan kaki tidak serentak. Lakukan latih tubi mendarat untuk mendapatkan imbangan jatuhan kaki serentak ketika mendarat.
PEMBETULAN
Kekalkan kelajuan sebelum dan selepas fasa
Papan Lonjakan
Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat.
Kawasan Mendarat
Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar. Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat.
Peraturan Umum
1. Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta, setiap peserta diberi tiga kali percubaan lompatan. Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian. 2. Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka akan diberi enam kali percubaan lompatan. Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan. 3. Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik. Jika masih sama, rujuk lompatan ketiga terbaik. 4. Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.
Lompat Kijang
Pengenalan
Lompat kijang adalah satu acara yang ada persamaan dengan lakuan lompat jauh. Terdapat fasa tambahan iaitu langkahan dan lonjakan kaki bebas yang perlu dikuasai kerana ia lebih mencabar. Para jurulatih dan atlet berpendapat, acara ini memerlukan lebih kuasa eksplosif, kekuatan dan ketangkasan. Selain itu komponen koordinasi yang baik juga memainkan peranan penting untuk mencapai jarak yang maksimum. Sebenarnya, acara ini merangkumi aspek-aspek kemahiran yang tinggi dalam mengkoordinasikan lari landas, lonjakan, langkahan serta lonjakan kaki bebas, layangan dan mendarat.
Beberapa Contoh Latihan Pelaziman Dan Penyesuaian Dalam Acara Lompat Kijang
Aktiviti
Melakukan aktiviti heel raise dengan mengangkat bar bell. Lakuan lompat selang-seli dengan mengangkat bar bell. Latihan plyometric. Melakukan aktiviti lantunan melepasi pagar rendah dan tinggi dengan dua kaki. Pagar diletakkan dengan jarak yang sesuai. Bounding (lari langkau lompat). Menguatkan dan meningkatkan kuasa eksplosif. Bergayut pada palang, ayunkan kedua-dua kaki ke sisi dan ke hadapan. Latihan plyometric. Pegang bola segar dengan kedua-dua tangan dalam kedudukan dekam. Lompat dengan bola segar di atas dengan badan dilentikkan. Meningkatkan kekuatan dan kelembutan badan. Menguatkan otot-otot belakang badan dan kuasa eksplosif. kaki. Meningkatkan kekuatan kumpulan otot kaki dan kuasa eksplosif. Meningkatkan kekuatan otot dan kuasa eksplosif.
Tujuan
Meningkatkan kekuatan otot pergelangan
Papan Lonjakan
Ukurannya sama dengan acara lompat jauh. (Berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter). Jarak di antara papan lonjakan ke kawasan permulaan mendarat bagi pertandingan peringkat antarabangsa tidak kurang 13 meter bagi lelaki dan 11 meter bagi wanita. Jarak antara papan lonjak dengan hujung kawasan mendarat adalah 21 meter. Jarak tersebut mungkin berlainan bagi sesetengah pertandingan.
Kawasan Mendarat
Peraturan dan undang-undangnya sama dengan acara lompat jauh. (Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar. Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat).
Peraturan Umum
1. Pada lompatan pertama (hop) peserta mesti membuat lonjakan dan mendarat dengan kaki yang sama. 2. Pada lonjakan kedua (step) peserta mesti mendarat dengan kaki bebas dan fasa ketiga adalah lakuan lompat jauh biasa. 3. Masa yang dibenarkan untuk menamatkan lompatan adalah seminit. 4. Percubaan yang dibenarkan sama seperti acara lompat jauh.
Tujuan
Memperbaiki dan meningkatkan julat pergerakan ketika lonjakan dan member keyakinan melonjak dan layangan.
Cara
Larian jarak pendek, melonjak dengan kaki lonjakan melepasi halangan, layangan dan mendarat dengan kaki bebas. Lakukan halangan jarak dekat dan tingkatkan jarak.
Membiasakan lakuan yang betul ketika lonjakan Hop bagi membetulkan lakuan lonjakan ke hadapan. Memperbaiki julat pergerakan untuk mendapatkan persepsi teknik pergerakan yang betul dan licin.
Lonjak melepasi halangan pagar dengan kaki lonjakan. (Fokus kepada fleksi lutut bagi kaki bebas) Larian 5 hingga 9 langkah, lonjak melepasi halangan rendah, ke tanah dan ke atas kotak. Lakukan lonjakan ketiga melepasi halangan tinggi dan lakuan mendarat di atas tilam tangkas.
Untuk memperoleh nisbah jarak yang baik dan rentak bagi ketiga-tiga lonjakan.
Larian dua pertiga dari lari landas, lakukan lonjakan pertama, kedua dan ketiga. Letakkan penanda pada landasan larian.
PEMBETULAN
Badan sentiasa berada dalam keadaan tegak. Berlari dengan langkah yang sesuai dan koordinasi pergerakan tangan yang baik. Pastikan kaki lonjakan lurus ketika melakukan lonjakan yang bertenaga ke atas dan ke hadapan.
Kaki lonjakan berada dalam keadaan tegang dan kaku ketika membuat lonjakan. Kehilangan terlalu banyak kelajuan ketika fasa melangkah dan melompat kaki bebas.
Lakukan ayunan kaki bebas ke atas dan ke hadapan ketika melonjak. Guna tenaga yang seimbang semasa melonjak, melangkah dan melompat.