You are on page 1of 5

PENGENALAN

Dalam buku Panduan Pengurusan Kewangan D an Akaun, bahagian Tuntutan Perjalanan Berkhusus Dalam Dan Luar Negeri, tuntutan perjalanan berkursus yang dikemukakan oleh pegawai adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling seperti AP 100 (a), (b) (Arahan Perbendaharaan (Tuntutan Perjalanan Pegawai Awam) ), Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 1 992 (Kadar-Kadar Dan Syarat-Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai), Pekeliling

Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 19 94 (Format Borang Tuntutan Perjalanan), Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2002 (Penurunan Kuasa Perbendaharaan Kepada Pegawai Pengawal Bagi Meluluskan Perjalanan Tugas Rasmi Keluar Negara), Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 (Kadar Kadar Dan Syarat-Syarat Tuntutan Elauan, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Pekhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis)), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (Perlaksanaan Sistem Saraan Malay sia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan (Penempatan Kelayakan Serta Kadar Elau n dan Kemudahan), dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1984 (Peraturan Meluluskan Elau n Perjalanan Kenderaan Kelas C Pegawai Bergaji Kurang RM 820.00 (Sekara ng RM 1193.54)). Arahan Perbendaharaan merujuk kepada peraturan kewangan dan

perakaunan utama dalam pengurusan kewangan Kerajaan.

Ianya mengandungi

arahan-arahan mengenai pengurusan belanjawan, hasil, pebelanjaan, perolehan dan Aset Awam. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 1992 bertujuan menetapkan kadar-kadar dan syarat-syarat bagi seseorang pegawai menuntut elau n, kemudahan dan bayaran semasa berkursus mengikut Perintah Am Bab B . Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 1994 bertujuan meminda borang/ format tuntutan elau n perjalanan pegawai-pegawai Kerajaan kepada Surat Perbendaharaan Bilangan 15 Tahun 1985. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2002 bertujuan memberi kuasa kepada Pegawai Pengawal meluluskan perbelanjaan yang melib atkan perjalanan tugas rasmi ke luar Negara. Pekeliling ini telah dibatalkan oleh PP 2/ 2008.
1

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 bertujuan untuk menetapkan kadar dan syarat bagi seseorang pegawai menuntut elau n, kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi mengikut Perintah Am Bab B. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (JPA (S) 71/3 Klt 2 (3)) bertujuan untuk melaksanakan Sistem Saraan Malaysia bagi semua anggota tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1984 bertujuan untuk menurunkan kuasa menimbangkan Elauan Perjalanan Kenderaan Kelas C bagi pegawai yang bergaji kurang daripada RM 820 sebulan (sekarang RM 1193.54) mengikut peruntukan Perintah am 7 (a) Bab B daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Ketua Jabatan yang bererti Pegawai Pengawal satu satu Kementerian atau Jabatan. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 2010 (KK/BP

(S)/DS10/791/441/6 Jld.2(s.k. 3/2009)(8)) bertujuan untuk memaklumkan pinda an kadar, syarat dan peraturan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 (PP3/03) iaitu Kadar dan Syarat Tuntutan elaun, Kemudahan D an Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera Dan Polis) dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 18 Tahun 1982 (SPP 18/82) iaitu Tuntutan Perjalanan Kenderaan Dalam Kawasan Ibu Pejabat Selepas Waktu Pejabat Biasa.

TUNTUTAN PERJALANAN BERKURSUS DALAM NEGERI

Seorang pegawai yang bertugas rasmi di luar ibu pejabatnya adal ah layak menuuntut elaun-elaun/ kemudahan seperti elaun makan, elaun harian, elauan loging dan sewa hotel. Elaun makan dikira bagi masa perjalanan bertolak ke tempat yang dituju melebihi 24 jam. Ia tidak layak dibayar jika tugas melebihi 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan. Ia juga t idak layak dituntut jika kemudahan makanan disediakan. Jika sebahagian daripada kemudahan makan an disediakan pegawai hanya layak menuntut bahagian yang tidak disediakan dengan kadar sarapan pagi 20% daripada elaun makan, sarapan tengah hari dan sarapan malam masing-masing 40% daripada elau n makan. Elaun harian pula merujuk kepada perjalanan yang melebihi 8 jam tetapi kurang daripada 24 jam. Kadarnya adalah separu h daripada elaun makan. Bayaran sewa hotel boleh dituntut jika menjalankan tugas rasmi dan perlu bermalam di luar ibu pejabat. Pegawai menggunakan kemudahan hotel/ rumah tumpangan bagi menjalankan tugas. Tuntutan perlu disokong dengan resit dan

kadar kelayakan maksima boleh dirujuk dalam pekeliling (Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 (Para 4.3.1)) . Ia tidak layak dituntut jika tempat penginapan disediakan dan ia tidak boleh dibayar ji ka melibatkan tugas melebihi tiga bulan terus menerus. Elaun lojing melibatkan tuntutan tanpa resit, tidak melibatkan tuntutan bayaran sewa hotel dan tidak layak dituntut jika kemudahan penginapan disediakan. Kadar kelayakan boleh dirujuk dalam pekeliling Bilangan 3 Tahun 2003 (Para 4.3.1)) . Elaun perjalanan kenderaan boleh dituntut jika kenderaan/ kemudahan pengangkutan tidak disediakan. Pegawai boleh menggunakan kenderaan sendiri untuk menjalankan tugas rasmi di dalam/ luar ibu pejabat. Kadar kelayakan juga boleh dirujuk dalam pekeliling yang terlibat (Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 1992, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2002, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 ., Pekeliling Perbendaharaan Bi langan 2 Tahun 1996). Ia juga tidak layak dituntut jika tempat tersebut boleh terus dihubungi dengan kapal terbang atau keretapi kecuali dal am beberapa keadaan seperti jarak
3

(Pekeliling Perbendaharaan

antara dua tempat adalah kurang dari 240 km. Kedua, pegawai perlu bertugas di beberapa tempat di sepanjang perjalanan. Ketiga, terdapat perkara mustahak dan terpaksa menggunakan kenderaan sendiri dan keempat, terdapat pegawai lain bersama dalam perjalanan tersebut yang juga menjalankan tugas rasmi. perlu dilampirkan semasa membuat tuntutan. Sebelum menghantar tuntutan tersebut, pegawai perlu mengambil kira beberapa perkara iaitu 1. Borang tuntutan perlulah dihantar pada sebelum 10hb bulan berikutnya. 2. Pegawai hanya boleh menghantar satu borang permohonan sahaja untuk tuntutan perjalanan bagi satu bulan. 3. Semua ruang di bahagian maklumat pegawai perlu diisi terutama ruangan gred jawatan (rujuk dalam pekelilin g), gaji pokok, jenis kenderaan dan juga kuasa kenderaan. Salinan slip gaji dan buku akaun bank juga perlu dilampirkan. Kadar kelas kelayakan boleh dirujuk di Pekeliling Bagi

tuntutan yang melibatkan situa si dua hingga empat, kelulusan khas Ketua Jabatan

Perbendaharaan Bil. 3/2003 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002 . 4. Tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan berdasarkan kelas dan g aji perlulah diisi dengan merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002 (Para 14) (Kelas & Sukatan Selinder Kenderaan) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/1992 (Para 31.4) (Kadar Perkilometer Berdasarkan Kelas) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/1992 (Para 31.4) (satu perjalanan dari rumah kediaman ke tempat berkursus dan balik sekali sahaja) 5. Bahagian kenyataan tuntutan seperti t arikh bertolak dan tarikh pulang, waktu bertolak dan waktu pulang, butir-butir perjalanan (tujuan/ nama kursus, tempat bertugas/ kursus diadakan dan pengangkutan). 6. Tuntutan elaun makan, elaun harian dan elaun lojing boleh diisi dengan merujuk Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003. 7. Bagi mengisi bahagian tuntutan dengan resit, pegawai perlu Memastikan semua tuntutan mempunyai resit asal untuk dilampirkan. Sekiranya resit tersebut hilang, sila lampirkan surat rasmi kepada Bendahari sebagai pengesahan kehilangan resit tersebut dan lampirkan juga senarai tuntutan dan jumlahnya.
4

Bagi tuntutan bayaran tol menggunakan touch n go, salinan kad touch n go serta senarai nama tol dan jumlah harga tol perlu dinyatakan.

Senarai tempat tujuan dan harganya perlu disertakan bagi pemohon yang menggunakan pengangkutan awam tanpa resit.

8. Borang tuntutan yang telah lengkap diisi perlulah ditandatangan d an salinan asal perlu diberikan kepada Jabatan Bendahari.

RUMUSAN

Tuntutan Perjalanan Berkursus yang dikemukakan oleh pegawai adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa seperti Bil Rujukan A AP 100 (a), (b) Tajuk Arahan Pebendaharaan (Tuntutan Perjalanan Pegawai Awam) B I Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1992 Kadarkadar Dan Syarat-syarat Tuntutan Elaun,

Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai. ii iii Bil. 6 Tahun 1994 Bil. 3 Tahun 2002 Format Borang Tuntutan Perjalanan Penurunan Kuasa Perbendaharaan Kepada Pegawai Pengawal Bagi Meluluskan Perjalanan Tugas Rasmi Keluar Negara. iv Bil. 3 Tahun 2003 Kadar-kadar Dan Syarat-syarat Tuntutan Elaun,

Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera Dan Anggota Polis) C Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2002 D Surat Perkhidmatan Tahun 1984 Bil. Perlaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota 4 Perkhidmatan Awam Persekutuan (Penempatan

Kelayakan Serta Kadar Elaun & Kemudahan) Pekeliling Peraturan Meluluskan Elaun Perjalanan kenderaan Kelas Bil. 3 C Pegawai Bergaji Kurang RM 820.00 (Sekarang RM 1193.54)

You might also like