You are on page 1of 10

MASYARAKAT ISLAM DI

NUSANTARA
FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI
900126-14-5752
PENGENALAN
• Sebelum kedatangan Islam di Nusantara,
masyarakat di sini dipengaruhi oleh
agama Hindu-Buddha.
• Kepercayaan mereka diselaputi oleh
unsur-unsur Hindu-Buddha.
• Selepas kedatangan agama Islam,
masyarakat di sini masih tidak dapat
meninggalkan amalan awal mereka.
• Walaupun mereka telah menganuti agama
Islam, tetapi masih terdapat amalan
seharian mereka yang membawa unsur
Hindu-Buddha.
MASYARAKAT ISLAM
MELAKA
• Terdiri daripada penduduk
pribumi, Cina, India, Parsi dan
sebagainya.
• Orang Melayu menjadi teras
pembentukan Kerajaan Melaka -
memainkan peranan penting dalam
politik, ekonomi dan sosial.
• Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan
tetapi Bahasa Melayu sahaja
menjadi bahasa lingua franca.
*PENGELASAN
MASYARAKAT
• Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran
dan kebudayaan.
• Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan
sistem masyarakat yang sedia ada.
• Kelas pemerintah:
• (1) Raja
• - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai
gelaran Sultan atau Yang Dipertuan, Menduduki hierarki
pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat -
bergantung kepada kekuatan rohaniyah dan jasmaniyah;
(2) Pembesar
- terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya
dan Dato'.
• Kelas diperintah: Rakyat dan hamba.
• Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan
saudagar/pedagang.
*Hukuman *Demografi Penduduk

• Setiap golongn itu • Raja dan


adalah berbeza. kerabatnya
• Jelas dilihat dalam - di atas bukit
Hukum Kanun - kawasan yang
Melaka atau strategik dari segi
Undang-undang keselamatan dan
Melaka. pertahanan.
• Undang-undang untuk • Pembesar
hamba berbeza - lereng bukit mengikut
dengan undang- kumpulan.
undang untuk • Rakyat
golongan merdeka.
- kaki bukit.
• Orang laut
- tepi pantai atau
*Sistem Masyarakat
• Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang
Temenggung.
• Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan
status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga
terlepas dari hukuman.
• Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana.
• Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan
pembesar didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan
seterusnya.
• Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku
oleh pembesar dan rakyat.
• Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.
• Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya
dimiliki oleh raja dan kata-kata raja menjadi undang-
undang tanpa banyak budi bicara.
• Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja
dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti
hukuman bunuh.
• Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang
diterimanya - semakin tinggi kedudukannya, semakin besar
peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah
kedudukannya, hukumannya lebih berat.
*Adat-istiadat dan
Peraturan
• Bercanggah dengan ajaran Islam.
• Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan
oleh ketakwaan dan amal salihnya dan
bukannya keturunan.
• Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang
selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh,
hukuman rejam kerana berzina, potong tangan
kerana mencuri.
• Adat-istiadat yang berunsur Islam juga
dipraktiskan, contohnya menyambut bulan
Ramadan, Hari Raya Puasa dan sebagainya.
Masyarakat Islam di Filipina
• Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai
masyarakat Moro.
• Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu.
• (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim al
Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan -
raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguinda mangkat,
Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini,
Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao) pada 1460 M hasil
dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja.
• 1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor)
berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato - bermulanya sejarah
kesultanan Islam di Filipina.
• Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan.
• Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan
Sepanyol - kerajaan ini runtuh.
• Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat.
• Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan
dibuat ke atas Mindanao.
• Sejak itu, peperangan sering berlaku antara orang Islam dan
Sepanyol.
Masyarakat Islam di Pattani

• Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11


M.
• Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan
memeluk Islam.
• 1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran
Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama Islam
tersebar luas.
• Pattani yang dimaksudkan termasuk
Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla -
namanya diambil daripada nama Pak Tani.
• Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa
Melayu.
Masyarakat Islam di Jawa
• Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan.
• Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam
datang ke Jawa melalui pedagang-pedagang -
mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan dan
mengembangkan agama ini melalui perkahwinan.
• Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa
oleh Maulana Malik Ibrahim.
• Beliau datang ke Jawa pada 1416 M.
• Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali
Sembilan.
• Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan
kesaktian yang tiada tandingan.
• Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala
hal yang  berkaitan dengan Islam.
• Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk
dalam wayang kulit, gamelan dan sebagainya.

You might also like