You are on page 1of 1

Tulis sebuah karangan tentang Kepentingan Perpustakaan kepada Murid.

Perpustakaan diibaratkan sebagai gedung ilmu. Setiap sekolah di negara ini biasanya dilengkapi dengan sebuah perpustakaan untuk kegunaan muridnya. Selain itu, perpustakaan awam di kebanyakan daerah dan negeri untuk kegunaan masyarakat setempat. Perpustakaan penting kepada murid kerana dapat menyediakan tempat membaca yang kondusif, seterusnya memudahkan proses pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan di perpustakaan. Murid juga boleh meminjam buku-buku dalam tempoh yang ditetapkan. Murid cemerlang lazimnya menggunakan perpustakaan sebagai tempat membuat rujukan dan mengulang kaji pelajaran. Sesetengah perpustakaan menyediakan bilik-bilik belajar secara berkumpulan yang kedap udara. Ada juga perpustakaan yang meniru konsep kafe siber dan menarik minat pengunjung. Selain sebagai tempat menelaah pelajaran, perpustakaan dapat membentuk disiplin diri apabila kita belajar mematuhi seperti tidak membuat bising di perpustakaan, menepati masa dengan memulangkan buku pada masa yang diteapkan, serta mengukuhkan amalan berkongsi. Pelajar yang rajin membaca buku, khususnya di perpustakaan tentunya dapat menguasai bahasa dan menambahkan ilmu. Oleh itu, berkunjung ke perpustakaan wajar dijadikan amalan oleh murid dan pelajar. Dengan cara ini, mereka dapat mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat dan menjauhkan mereka daripada aktiviti yang tidak sihat.

You might also like