You are on page 1of 34

Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Pendahuluan Allah s.w.t.

berfirman:


Maksudnya: Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah,maka ikutilah petunjuk mereka. (Surah Al-Anam: 90) Imam Abu Hanifah r.a. berkata: Kisah-kisah tentang para ulama dan kebaikan-kebaikan mereka lebih aku sukai di sisiku berbanding banyaknya (mendengar) fiqh kerana kisah-kisah tersebut adalah (contoh) adab sesuatu golongan. [Sofahat min Sabr Al-Ulama Ala Syadaid Al-Ilm wa Ar-Tahsil: 6. Cetakan kedua] Fasal Pertama: Biografi Ringkas Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullahNama dan Keluarga Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah r.a. dilahirkan di Hay Al-Jubailah Aleppo (Halab), Syria pada 17 Rejab 1336 Hijrah bersamaan tahun 1917 Masihi. Bapanya Muhammad bin Bayir bin Hasan merupakan seorang yang soleh dan taat pada agama. Beliau menjalankan perniagaan menjual kain merupakan warisan dari bapanya, Bashir, salah seorang peniaga kain yang besar di Aleppo. Nasab sheikh sampai kepada sahabat Rasulullah saw yang terkenal iaitu Khalid bin al-Walid Al-Makhzumi r.a.. Beliau dibesarkan oleh bapanya yang merupakan seorang yang soleh dan pencinta kepada ilmu agama dan para ulama. Bapa beliau sentiasa menghadiri majlis para ulama dan mempelajari ilmu-ilmu agama daripada mereka. Bapa beliau adalah seorang peniaga yang menjual pakaian yang ditenun sebagaimana datuk beliau juga. Keluarga beliau mengamalkan kehidupan yang sederhana. Pendidikan Awal Pada usia lapan tahun, datuk beliau memasukkan beliau ke Al-Madrasah Al-Arabiyyah Al-Islamiyyah, yang mana Madrasah tersebut hanya memilih pelajar-pelajar yang cemerlang sahaja. Beliau belajar di sana dari tahun satu sampai tahun empat. Pada peringkat tersebut, Sheikh Abdul Fattah dinilai sebagai seorang murid yang sangat mahir dalam membaca kitab-kitab Arab. Beliau sering dijemput untuk membaca kitab Tarikh Futuh As-Syam oleh Imam Al-Waqidi di khalayak ramai oleh masyarakat setempat

beliau. Mereka memuji kefasihan bacaan Sheikh Abdul Fattah pada ketika itu yang masih berusia sepuluh tahun. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Madrasah Sheikh Muhammad Ali Al-Khatib di Halab (Aleppo) untuk membaiki tulisannya. Beliau kemudiannya belajar mengait dan sebagainya. Kemudian, beliau dihantar oleh bapanya untuk belajar ilmu perniagaan daripada teman ayahnya iaitu Abdul Salam Qurru dalam tahun 1927-1928 Masihi. Kemudian, beliau mempelajari ilmu perniagaan daripada seorang lagi usawahan berjaya di sana bernama Haji Hasan At-Tabban lalu bertambah kemahiran beliau dalam perniagaan. Setelah itu, beliau bekerja dengan Haji Muhammad Dina, seorang usahawan yang terkenal di Halab pada ketika itu. Beliau bekerja selama dua tahun dan banyak membantu majikannya dengan kemahiran beliau. Beliau juga bekerja dengan ayahndanya dalam perniagaan tenunan. Pendidikan Ilmu Agama Pada usia beliau sembilan belas tahun, beliau masuk ke Al-Madrasah Al-Khusruyyah untuk mempelajari ilmu-ilmu agama iaitu pada tahun 1364 H (bersamaan 1944 M) sehingga tahun 1362 H (bersamaan 1942 M) dan menjadi antara pelajar yang cemerlang. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya ke Al-Jamie Al-Azhar (masjid Al-Azhar) di Mesir pada tahun 1364 H sehingga tahun 1368 H, lalu mendapat Syahadah Alamiyyah dalam kuliah Syariah. Kemudian beliau belajar dalam bidang pengkhususan asas-asas Tadris (pengajaran) di kuliah Bahasa Arab di Al-Azhar juga, selama dua tahun. Lalu, beliau selesai pada tahun 1370 Hijrah (1950 M), dan setelah itu beliau pulang ke Halab. Antara Guru-guru Sheikh Abdul Fattah Di Syria: Di antara guru-guru beliau di Syria adalah Sheikh Isa Al-Bayyanuni (guru di Madrasah Jubailah). Sheikh Abdul Fattah bertalaqqi kitab Syarah Ibn Ajibah ke atas Hikam, Syarah Ibn Al-Banna dan sebagainya bagi Al-Hikam. Beliau juga membaca kita At-Tanwir karangan AsSakandari, Tanbih Al-Mughtarrin oleh Imam As-Syarani, Bidayah Al-Mujtahid oleh Al-Ghazali, Tafsir Surah Al-Ikhlas oleh Ibn Taimiyyah. Sheikh Ibrahim As-Salqini. Beliau membaca kitab Syarh Al-Azhariyyah karangan Sheikh Khalid Al-Azhari dan Syarh Al-Qatr oleh Ibn Hisyam dalam ilmu bahasa. Sheikh Raghib Al-Tabakh, seorang ahli sejarah dan ahli hadith di Halab. Sheikh Abdul Fattah membaca kitab-kitab berikut daripada Sheikh At-Tabbakh iaitu: Muqoddimah Ibn As-Sholah, Al-Maudhuat Al-Kubra oleh Mulla Ali Al-Qari, At-

Tajrid As-Shorih oleh Az-Zabidi, As-Syamail Al-Muhammadiyyah oleh AtTirmizi, Nur Al-Yaqin dan Itmam Al-Wafa oleh Sheikh Al-Khudri, At-Thaqafah Al-Islamiyyah karangan At-Tabbakh sendiri dan sebagainya. Sheikh Muhammad An-Nasyid, seorang ulama pakar bahasa Arab Sheikh Muhammad Said Al-Idlibi, seorang ulama Sheikh Ahmad Al-Zarqa Sheikh Muhammad Al-Hakeem Sheikh Asad Abji As-Syafie. Beliau mempelajari kitab Qatr An-Nada daripada Sheikh Asad tersebut. Sheikh Ahmad Kurdi. Sheikh Abdul Fattah mempelajari kitab Al-Lubab karangan Al-Midani dan Nafahat Al-Azhar karangan Ibn Abidin daripada beliau. Sheikh Muhammad Najib Sirajuddin Sheikh Mustafa Al-Zarqa. Antara kitab yang dibaca oleh Sheikh Abdul Fattah daripada Sheikh Mustafa adalah seperti: Durar Al-Hikam fi Syarh Gharar AlAhkam oleh Mulla Khasru, At-Thiraz Al-Mutadhamin li Asrar Al-Balaghah wa Ulum Haqaiq Al-Ijaz oleh Yahya Alawi, sebahagian Al-Muwafaqat oleh AsSyatibi dan Al-Jamie As-Shoghir oleh As-Syaibani. Sheikh Muhammad Ar-Rasyid Al-Hanafi. Sheikh Abdul Fattah membaca kitab Sahih Muslim, Maraqi Al-Falah dan Hasyiyah ibn Abidin daripada beliau.

Di Mesir: Sheikhul Islam Mustofa Sobri, yang mana kedudukan beliau boleh dianggap sebagai ketua para menteri dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah. Sheikh Abdul Fattah mempelajari kitab Al-Qaul Al-Fashl daripada beliau. Al-Muhaqqiq Sheikh Muhammad Zahid Al-Kauthari. Sheikh Abdul Fattah mempelajari pelbagai bidang ilmu daripada beliau. Bahkan, beliau sangat terkesan dengan Sheikh Al-Kauthari dari banyak sudut keilmuan dan kajian. Al-Muhaddith Sheikh Ahmad Muhammad Syakir Al-Mufassir Sheikh Muhammad Ali Al-Sayis Al-Allamah Sheikh Ibrahim Al-Jabbali Sheikh Abdul Rahim At-Tahtawi Al-Allamah Al-Muhaqqiq Sheikh Mahmud Khalifah Sheikh Abdul Ghani Abdul Khaliq Sheikh Muhammad Al-Khidr Husein At-Tunisi Sheikh Abdul Majid Daraz Sheikhul Azhar Abdul Halim Mahmud Sheikhul Azhar Sheikh Mahmud Shaltut Sheikhu Sheikhna Abdullah Siddiq Al-Ghumari. Beliau mempelajari kitab Muqoddimah Ibn As-Sholah dan Muqoddimah Sahih Muslim daripada beliau. Sheikh Abdul Hafiz Al-Fasi Allamah Al-Azhar Sheikh Yusuf Ad-Dijiwi Al-Faqih Al-Muhaqqiq Sheikh Isa Mannun

Sheikh Hasan Al-Banna. Beliau menghadiri majlis Durus At-Thulatha yang dibuat oleh pendakwah tersebut. Sheikh Hasan Al-Hudaibi

Ziarah Al-Haramain Pada tahun 1376 Hijrah, beliau pergi menunaikan haji dan menziarahi para ulama di sana. Antara guru-guru beliau dari Makkah adalah: Al-Allamah Al-Muarrikh Sheikh Al-Arabi At-Tabbani Al-Allamah Sheikh As-Sayyid Alawi bin As-Sayyid Abbas Al-Maliki Al-Hasani Al-Allamah Al-Qadhi Sheikhu Sheikhna Hasan bin Muhammad Al-Masyath AlMakki Al-Maliki Al-Allamah Sheikh Muhammad Nur bin Saif Al-Makki Al-Maliki Al-Allamah Sheikh Muhammad Yahya Aman Al-Makki Al-Hanafi Al-Allamah Al-Musnid Sheikhu Sheikhna Muhammad Yasiin Al-Fadani AsSyafie

Antara guru-guru beliau di Madinah pula adalah: Sheikh Al-Muhaddithin Al-Allamah Muhammad Zakarian bin Muhammad Yahya Al-Kandahlawi Al-Allamah Al-Faqih Muhammad Badr Alim Al-Allamah Sheikh Ibrahim bin Saadullah

Ziarah Ke India dan Pakistan Kemudian, pada tahun 1382 Hijrah, beliau menziarahi Pakistan dan India. Keinginan kuat beliau untuk bertemu dengan para ulama India adalah daripada hubungan baik Sheikh Muhammad Zahid Al-Kauthari yang sentiasa memuji para ulama India. Maka, terkesan dengan hubungan baik guru beliau Sheikh Al-Kauthari dengan para ulama India, maka beliau juga ingin bertemu dengan para ulama India dan Pakistan. Beliau sempat bertemu dengan beberapa murid Al-Muhaddith Muhammad Anwar AlKasymiri. Antara para ulama yang beliau sempat jumpa di India dan Pakistan adalah: Al-Allamah Sheikh Zhafar Ahmad At-Tihanawi Al-Allamah Sheikh Muhammad Yusuf Al-Bannuri Sheikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi Sheikh Abu Al-Hasan An-Nadwi Al-Ustaz Abu Al-Ala Al-Maududi Sheikh Muhammad Syafie Al-Deoubandi Sheikh Lutfullah Sheikh Nur Ahmad Sheikh Habibul Rahman Al-Azhami

Sheikh Abu Al-Wafa Al-Afghani

Ziarah Ke Sudan, Yaman, Turki dan Sebagainya Pada tahun 1396 H, beliau melawati Sudan dan bertemu dengan para ulama dan penuntut ilmu di sana. Kemudian, pada tahun 1398 H, beliau menuju ke Yaman. Di sana, beliau memasuki Universiti di Sana lalu bertemu dengan Sheikh Yahya Al-Kabsi dan Sheikh Thabit. Beliau juga sering melawat Turki dan mempunyai ramai murid di sana. Beliau juga pernah ke Afghanistan untuk mendamaikan kelompok-kelompok muslim yang sedang berperang dan berbunuhan di sana. Selain itu juga, beliau pernah melawati negara-negara Islam lain seperti Kuwait, EAU, Algeria, Jordan, Palastin, Qatar, Somalia, Afrika Selatan, Indonesia, Brunei, Kanada, Amerika dan sebagainya. Beliau juga giat mendirikan dakwah di Lubnan untuk beberapa tempoh waktu. Ini menunjukkan betapa gigihnya kesungguhan Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam menuntut ilmu agama daripada ramai para ulama dari serata dunia. Inilah budaya dan amalan para ulama salaf terdahulu, yang merantau ke serata dunia untuk berguru dengan para ulama, bukan sekadar membatasi pemikiran dan rujukan kepada beberapa individu yang sedikit. Abdullah bin Ahmad bin Hanbal pernah bertanya kepada bapanya: Adakah kamu merasakan penuntut ilmu itu perlu melazimi seorang individu yang berilmu lalu menulis (ilmu) hanya daripadanya sahaja, atau dia (penuntut ilmu itu) perlu mengembara ke tempat-tempat lain yang ramai para ulama lalu mendengar (ilmu) daripada mereka? Maka Imam Ahmad menjawab: Kembaralah (dalam menuntut ilmu) dan tulislah (riwayatkan ilmu) daripada ulama Kufah, Bashrah, Ahli Madinah, Makkah [Fath Al-Mughith: 321, karangan Al-Hafiz Imam AS-Sakhawi. Ia dinukilkan oleh Sheikh Abdul Fattah dalam kitab beliau Sofahat min Sabr Al-Ulama m/s: 20] Berkhidmat di Halab, Syria Setelah tempoh pengajian dari Mesir, beliau pulang ke Halab, Syria. Beliau mengajar di Al-Madrasah As-Syubaniyyah dan Al-Madrasah Al-Khursuwiyyah. Kemudian, beliau mengajar di Universiti Dimasyq dalam bidang fiqh perbandingan dan fiqh mazhab Hanafi serta usulnya.

Perkahwinan dan Keluarganya Pada 1951, Sheikh Abdul Fattah berkahwin dengan Fatimah al-Hashimi yang baru berumur 16 tahun, perkahwinannya dilihat sempurna dengan ikatan cinta, rasa hormat dan kebaktian kepada Allah. Beliau memiliki 3 orang anak lelaki dan 8 orang anak perempuan. Bersama Al-Ikhwan Al-Muslimun Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah sangat terkesan dengan dakwah Imam Hasan AlBanna. Maka, beliau akhirnya menyertai usaha dakwah Hasan Al-Banna secara langsung, disebabkan kepimpinan Imam Hasan Al-Banna yang berprinsip jelas dan mempunyai kefahaman Islam yang murni. Maka, tradisi kepimpinan ulama yang diamalkan dalam Al-Ikhwan Al-Muslimun pada peringkat awal menarik minat ramai para ulama termasuklah Sheikh Abdul Fattah sendiri, untuk menyertai dakwah tersebut. Inilah keistimewaan jemaah Al-Ikhwan pada peringkat awal, sebelum dipengaruhi oleh beberapa fahaman luaran ke dalamnya. Beliau menyertai kepimpinan tertinggi Al-Ikhwan Al-Muslimun pada tahun 1962 Masihi, bahkan memenangi kerusi Parlimen (Halab) di Syria, sebelum parlimen Syria dibubarkan oleh revolusi pimpinan Hafiz Asad. Beliau juga pernah dipenjarakan pada tahun 1966. Setelah beliau dibebaskan dari penjara dan menuju ke Riyadh untuk mengajar, namun dalam masa yang sama beliau masih memegang jawatan Al-Muraqib Al-Am bagi jemaah Al-Ikhwan Al-Muslimun Syria sebanyak dua kali iaitu antara tahun 1972-1976 dan tahun 1986 sehingga tahun 1990 Masihi. Setelah itu, beliau meninggalkan jawatan tersebut untuk menumpukan penyelidikan ilmiah dan usahanya dalam mengembangkan ilmu-ilmu agama. Tenaga Pengajar di Kuliah Syariyyah di Riyadh Al-Mufti Sheikh Muhammad bin Ibrahim Aal-Sheikh menjemput Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah untuk mengajar di Riyadh pada tahun 1965 Masihi, setelah pembubaran parlimen di Syria. Jemputan tersebut melalui muridnya Sheikh Abdul Aziz As-Syalhub. Ini kerana, ketinggian ilmu beliau memang tidak dapat dinafikan termasuklah dari kalangan ahli ilmu dari Arab Saudi sendiri walaupun secara dasarnya mereka berselisih manhaj dengan Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (yang merupakan seorang ulama Sunni Asyari, murid kepada Sheikh Zahid Al-Kauthari). Namun, kerana keilmuan beliau yang sangat tinggi dan tidak dapat dinafikan lagi, akhirnya tokoh-tokoh dan ahli ilmu dari Arab Saudi menjemput beliau untuk mengajar di sana untuk mengambil faedah daripada ilmu beliau. Beliau juga mengajar di Al-Maahad Al-Aliy lil Qadha (Institut Kehakiman Tinggi) dan mengajar Ad-Dirasat Al-Ulya, kuliah Usuluddin di Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud. Beliau menjadi Musyrif (penyelia) bagi ramai mahasiswa yang mengambil Ijazah Sarjana mahupun Ijazah Kedoktoran di sana. Beliau juga terlibat dalam penyusunan silibus pendidikan di universiti tersebut sehinggalah tahun 1988.

Beliau juga dilantik sebagai anggota bagi Majlis Tasisi bagi Rabithah Al-Alam Al-Islami lalu mengadakan banyak muktamar dan konvensyen. Beliau juga setelah itu bersara dari universiti pada tahun 1991 Masihi. Peribadi dan Sifatnya Sheikh Abdul Fattah r.a. memiliki terlalu banyak sifat yang mulia. Antaranya ialah kecintaannya kepada kesempurnaan dalam semua urusannya. Beliau amat menghormati tetamu, seorang yang amat berlemah lembut lagi pemaaf. Selain itu beliau sangat beradab dan berakhlak mulia, sangat lembut lisannya serta tidak pernah menyakiti seseorang dengan kata-katanya. Beliau mempunyai kecerahan wajah kerana sering membacakan hadith-hadith Rasulullah s.a.w.. Sheikh Abdul Fattah juga sangat cerdas dan pandai memilih kata-kata. Beliau tidak akan melakukan sesuatu melainkan setelah dipertimbangkan secukupnya dan amat cermat lagi teliti dalam setiap urusannya. Beliau juga sangat penyabar dalam ketaatan dan ujian, sangat menjaga solatnya, sentiasa menunaikannya di awal waktu walau ketika penat atau sakit. Kerohanian beliau sangat tinggi sehingga sering memberi kesan kepada para hadirin yang mendengar kuliah beliau. Sheikh Abdul Fattah sendiri ialah seorang yang memiliki hati yang sangat lembut, mudah menitiskan air mata, sangat terkesan dengan setiap sesuatu. Air matanya mengalir laju ketika membaca Al-Quran dan berzikir, serta membaca kisah-kisah Salafus Solihin, dan ketika mendengar kelemahan dan kesusahan umat Islam, malah ketika beliau dipuji. Beliau sangat pedih atas kelemahan umat ini dan keadaannya, hingga beliau telah kehilangan sebelah pendengarannya apabila diceritakan oleh seseorang berkenaan apa yang menimpa umat Islam di sebuah negara. Beliau juga amat sedikit tidur. Kedua-dua sifat ini menunjukkan beliau amat menjaga waktunya. Beliau juga tidak akan menyuruh kepada sesuatu melainkan beliau sendiri membuatnya, dan tidak akan melarang sesuatu perkara melainkan beliau sendiri meninggalkannya. Sheikh Rahimahullah dikurniakan akal fikiran yang amat cerdas dan hafalan yang kuat. Beliau merupakan seorang yang beramal dengan ilmunya, kuat beribadah, bertaqwa, soleh, wara lagi tawadhu. Pemergian yang Tiada Berganti Setelah melakukan pelbagai usaha dan kegiatan dalam kehidupan beliau, maka beliau ditakdirkan ditimpa penyakit. Beliau terlalu banyak meneliti kitab-kitab dan manuskrip sehingga penglihatan beliau semakin lemah. Pada 1973, Sheikh Abdul Fattah menderita serangan jantung dan dimasukkan hospital beberapa minggu, walaubagaimanapun, selama beliau berehat dalam hidup, sakitnya

semakin berkurangan. Pada 1989, beliau mengadu mengenai kemerosotan penglihatannya dan doktor di Hospital King Khalid Eyes melakukan diagnosis iaitu Macular Degeneration dan mencadangkan rawatan laser pada retina. Rawatan itu tidak beberapa berjaya tetapi penyakit ia berhenti dari merebak selanjutnya. Ketika sakit berlanjutan, beliau sering mengucapkan La ilah Illallah. Pada bulan Syaban tahun 1417 (akhir 1996) penglihatan beliau merosot semula dan beliau pergi sekali lagi ke Riyadh untuk membuat rawatan di Hospital King Khalid Eyes. Pada Ramadan beliau pergi semula ke Hospital Pakar Raja Faisal mengadu sakit berkaitan dengan perut dan dalaman darah. Keadaan beliau menjadi teruk dan beliau meninggal dunia di Riyadh pada waktu awal pagi pada hari Ahad, 9 Syawal 1417 bersamaan 16 Februari 1997. Beliau dikebumikan di perkuburan Baqi' di Madinah selepas solat Isyak pada 10 Syawal 1417. Seluruh kaum muslimin di dunia terutama di Makkah, Madinah, Aleppo, Istanbul, Luknow, Beirut dan Rabat terasa kehilangan beliau terutama di kalangan ulama dan murid. Semoga Allah merahmati beliau dengan keluasan jannahNya dan semoga beliau ditempatkan bersama-sama Rasulullah saw, sahabat ra dan orang-orang soleh yang dikasihi Allah. Amin. Fasal Kedua: Sumbangan dan Warisan Keilmuan Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Karya dan Tahqiq Sheikh Abdul Fattah Antara kitab-kitab yang diteliti, ditahqiq dan seterusnya dikeluarkan oleh Sheikh Abdul Fattah: 1) Ar-Raf wa At-Takmil fi Al-Jarh wa At-Tadil oleh Imam Abdul Hay Al-Laknawi Al-Hindi (1264-1304 H). Asalnya, risalah ini hanya 20 muka surat. Namun, setelah hadith-hadithnya ditakhrij dan dibuat catatan terhadap isi kandungannya, maka ianya menjadi 272 muka surat pada cetakan pertama (tahun 1963 M). Pada cetakan kedua, ianya menjadi 394 muka surat dan cetakan ketiga dan keempat menjadi 564 muka surat. 2) Al-Ajwibah Al-Fadhilah li Asilah Al-Asyarah Al-Kamilah oleh Imam AlLaknawi. Pada asalnya, ia berjumlah 20 muka surat, lalu setelah diberi catatan dan ulasan, maka ianya menjadi 302 muka surat. 3) Iqamah Al-Hujjah ala Anna Al-Iksar fi At-Taabbud Laisa Bi Bidah oleh Imam Al-Laknawi 4) Risalah Al-Mustarsyidin oleh Imam Al-Harith Al-Muhasibi (w: 243 H) 5) At-Tasrih bima Tawatur fi Nuzul Al-Masih karangan Imam Muhammad Anwar Syah Al-Kasymiri (1292-1352 H). Ianya pada asal berjumlah 20 muka surat namun setalah ditahqiq oleh Sheikh Abdul Fattah, ianya menjadi sejumlah 373 muka surat. 6) Al-Ihkam fi Tamyiiz Al-Fatawa an Al-Ahkam wa Tasarrufat Al-Qadhi wa AlImam karangan Imam Ahmad bin Idris Al-Qarafi Al-Maliki (w: 684 H).

7) Fath Bab Al-Inayah bi Syarh Kitab An-Nuqoyah oleh Sheikh Ali Al-Qari AlHarawi Al-Makki (w: 1014 H) 8) Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Dhaif karangan Sheikh Ibn Qayyim AlJauziyyah. Ia dicetak sebanyak lima cetakan di Beirut, yang pertama pada tahun 1969 Masihi. 9) Qaidah fi Al-Jarh wa At-Tadil oleh Al-Hafiz Tajuddin As-Subki yang dicetak sebanyak 5 cetakan. Cetakan pertama pada tahun 1968 Masihi. 10) Al-Masnu fi Marifah Al-Hadith Al-Maudhu oleh Imam Mulla Ali Al-Qari. Ia dicetak sebanyak tiga cetakan di Halab. Cetakan pertama pada tahun 1969 Masihi. 11) Fiqh Ahl Al-Iraq wa Hadithuhum oleh Sheikh Muhammad Zahid Al-Kauthari. Ia dicetak di Beirut. 12) Khulasah Tahzib Al-Kamal fi Asma Ar-Rijal oleh Al-Hafiz Al-Khazraji. Ia dicetak di Beirut. 13) Qawaid fi Ulum Al-Hadith oleh Maulana Zhafarullah At-Tihanawi. Ia dicetak sebanyak enam cetakan di Beirut. 14) Al-Mutakallimun fi Ar-Rijal oleh Al-Hafiz As-Sakhawi. Ia dicetak di Beirut pada tahun 1980 Masihi. 15) Zikr Man Yatamid Qaulahu fi Al-Jarh wa At-Tadil oleh Al-Hafiz Az-Zahabi. Ia dicetak di Beirut. Cetakan pertama pada tahun 1980 Masihi. 16) Qasidah Unwan Al-Hikam oleh Abu Al-Fattah Al-Busti. 17) Al-Muqizhah fi Ilm Mustholah Al-Hadith oleh Al-Hafiz Az-Zahabi. Ia dicetak di Beirut. Cetakan pertama pada tahun 1985 Masihi. 18) At-Tarqim wa Alamatuhu fi Al-Lughah Al-Arabiyyah oleh Al-Allamah Ahmad Zaki Basya 19) Sabahah Al-Fikr bil Jahr bi Az-Zikr oleh Imam Al-Laknawi 20) Qafw Al-Athar fi Shafw Ilm Al-Athar oleh Ibn Al-Hanbali 21) Balghah Al-Arib fi Musthalah Athar Al-Habib oleh Al-Hafiz Az-Zabidi 22) Jawab Al-Hafiz Al-Munziri An Asilah fi Al-Jarh wa At-Tadil 23) Risalah fi Wasl Al-Balaghat Al-Arbaah fi Al-Muwattha oleh Imam Ibn AsSholah 24) At-Tibyan li Badhi Al-Mabahith Al-Mutaalliqah bi Al-Quran oleh Sheikh Thahir Al-Jazairi 25) Tuhfah Al-Akhyar bi Ihya Sunnah Sayyid Al-Abrar wa maahu Hasyiyatuhu Nukhbah Al-Anzhar Ala Tuhfah Al-Akhbar oleh Imam Al-Laknawi 26) At-Tahrir Al-Wahiz fi ma Yabtaghihi Al-Mustajiz oleh Sheikh Zahid Al-Kauthari 27) Tashih Al-Kutub Wa Shan Al-Faharis Al-Muajjamah oleh Al-Allamah Ahmad Syakir 28) Tuhfah An-Nussak fi Fadhl As-Siwak oleh Al-Allamah Al-Midani 29) Kasyf Al-Iltibas Amma Auradahu Al-Imam Al-Bukhari ala Badhi An-Nas oleh Al-Allamah Abdul Ghani Al-Midani 30) Al-Aqidah Al-Islamiyyah Allati Yansya Alaiha As-Shighar oleh Al-Imam Ibn Abi ZAid Al-Qairawani 31) Al-Hass ala At-Tijwarah wa As-Sinaah wa Al-Amal oleh Imam Abu Bakr AlKhallal Al-Hanbali 32) Taujih An-Nazhar ila Usul Al-Athar oleh Sheikh Thahir Al-Jazairi 33) Zhafr Al-Amani fi Syarh Mukhtasar Al-Jurjani oleh Al-Laknawi

34) Risalah Al-Ulfah bain Al-Muslimin oleh Ibn Taimiyyah 35) Makanah Al-Imam Abi Hanifah fi Al-Hadith oleh Al-Allamah Al-Muhaddith Muhammad Abdul Rasyid An-Numani 36) Al-Halal wa Al-Haram wa Baadh Qawaiduha Al-Muama;at Al-Maliyyah oleh Ibn Taimiyyah 37) Syurut Al-Aimmah Al-Khomsah oleh Al-Hazimi 38) Syurut Al-Aimmah As-Sittah oleh Al-Hafiz Ibn Thahir Al-Maqdisi 39) Kitab Al-Kasb oleh Imam Muhammad bin Al-Hasan As-Syaibani 40) Risalah fi Al-Imamah oleh Ibn Hazm 41) Risalah Al-Imam Abi Daud ila Ahl Makkah fi Wasf Sunanihi 42) Thalathu Rasail fi Istihbab Ad-Dua wa Raf Al-Yadain Bada Sholawat AlMaktubah 43) Al-Intiqa fi Fadhail Al-Aimmah At-Thalathah Al-Fuqaha oleh Imam Ibn Abdil Bar 44) Khams Rasail fi Ulum Al-Hadith 45) Takhrij Ahadith Al-Ihya oleh Imam Al-Iraqi 46) Ibn Majah wa Kitabuhu As-Sunan oleh Sheikh Muhammad Abdul Rasyid Karya-karyanya: Al-Hadith dan Ulum al-Hadith: Masalah Khalq al-Quran wa Atharuha fi Sufuf al-Ruwah wa al-Muhaddithin wa Kutub al-Jarh wa al-Tadil . Lamahat min Tarikh al-Sunnah wa Ulum al-Hadith. Tartib Takhrij Ahadith al-Ihya oleh al-Hafiz al-Iraqi. Al-Jam wa al-Tartib li Ahadith Tarikh al-Khatib. Umara al-Muminin fi al-Hadith. Al-Isnad min al-Din . Safhah Mushriqah min Tarikh Samaat al-Hadith ind al-Muhaddithin. Al-Sunnah al-Nabawiyyah wa Bayan Madluliha al-Syari, wa al-Tarif bi Hal Sunan al-Daraqutni . Tahqiq Ismay al-Sahihayn wa Ism Jami al-Tirmidhi . Khutbah al-Hajah Laysat Sunnah fi Mustahal al-Kutub wa al- Muallafat.

Tarikh dan Biografi Safahat min Sabr al-Ulama ala Syadaid al-Ilm wa al-Tahsil. Al-Ulama al-Uzzab Alladhin Atharu al-Ilm ala al-Zawaj. Tarajim Sittah min Fuqaha al-Alam al-Islami fi al-Qarn al- Rabi Ashar wa Atharuhum al-Fiqhiyyah.

Tarbiyyah, Akhlak dan Adab: Qimah al-Zaman ind al-Ulama.

Min Adab al-Islam. Manhaj al-Salaf fi al-Sual an al-Ilm wa fi Taallum ma Yaqa wa ma Lam Yaqa. Al-Rasul al-Muallim wa Asalibih fi al-Talim . Namadhij min Rasail Aimmah al-Salaf wa Adabihim al- Ilmi.

Polemik Ilmiah Kalimat fi Kashf Abatil wa Iftiraat. Akhta al-Duktur Taqiy al-Din al-Nadwi fi Tahqiq Kitab Zafar al-Amani li alLaknawi.

Para Ulama dan Ahli Ilmu yang Mendapatkan Ijazah Ilmu daripada Sheikh Abdul Fattah Al-Allamah Al-Murobbi Sheikh Muhammad Ali bin Muhammad Salim Al-Murad Al-Hamawi Al-Allamah Al-Faqih Sheikh Ahmad bin Abdullah Ad-Dughan As-Syafie Al-Allamah Al-Muhaddith Sheikh Dr. Muhammad bin Muhammad Awwamah Al-Halabi Al-Allamah Al-Faqih Sheikhu Sheikhna Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Al-Allamah Al-Muhaddith Sheikh Ismail bin Muhammad bin Mahi Al-Anshari Al-Allamah Al-Faqih Sheikhu Sheikhna Wahbi Sulaiman Ghawiji Al-Albani AdDimasyqi Al-Allamah Al-Faqih Muhammad Asyiq Ilahi Al-Madani Al-Hanafi Al-Allamah Sheikh Muhammad Rafie bin Muhammad Syafie Al-Uthmani AlHanafi Al-Allamah Sheikh Muhammad Taqi bin Muammad Syafie Al-Uthmani Al-Allamah Al-Faqih Sheikh Dr. Abdul Wahab bin Ibrahim Al-Makki Al-Allamah Sheikh Abu Abdil Rahman bin Uqail Az-Zhahiri An-Najdi Al-Allamah Al-Faqih Al-Musnid Sheikh Ismail bin Ismail Zein Al-Yamani AlMakki Sheikh Abdullah bin Abdil Qadir At-Talidi Al-Hasani Al-Allamah Al-Faqih Al-Muhaddith Sheikhuna wa Mujizuna As-Sayyid Ibrahim bin As-Sayyid Abdillah Aal Khalifah Al-Akhsaie Al-Hasani AsSyafie Al-Faqih Sheikh Muhammad Abdul Muhsin bin Muhammad Basyir Haddad AlHalabi Al-Musnid Al-Muhaddith Sheikh Numan Habusy Ar-Rihawi As-Syafie Al-Allamah Al-Faqih Sheikh Dr. Adnan bin Kamil Al-Halabi Al-Allamah Sheikh Dr. Muhammad Naji Al-Halabi Al-Allamah Sheikh Dr. Ahmad Al-Kharrath Al-Halabi Al-Allamah Al-Muhaddith Sheikh Dr. Ahmad bin Muhammad Nur bin Saif

Al-Allamah Sheikh Dr. Ibrahim bin Muhammad Nur Saif Al-Allamah Al-Faqih Al-Habib Zein bin Umar Ba Alawi Al-Allamah Al-Faqih As-Sayyid Umar bin Hamid Al-Jailani Al-Makki AsSyafie Al-Allamah Al-Faqih Al-Habib Salim bin Abdillah As-Syatiri Al-Baalawi Al-Allamah Al-Faqih Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz AlBaalawi Al-Alim Al-Habib Ali bin Abdil Rahman Al-Jifri Al-Baalawi Al-Alim Al-Habib Adnan bin Ali bin Ahmad Masyhur Al-Haddad Al-Ustaz Al-Karim Al-Habib Muhammad bin Abi Bakr bin Ahmad Al-Habsyi Al-Alim Al-Muhaddith Sheikh Mahmud Said Mamduh Al-Allamah Al-Muhaddith Sulaiman An-Nadwi Al-Hasani Al-Alim Al-Fadhil Sheikh Ahmad Rasyid Al-Azhami Al-Alim Sheikh Abdul Syahid An-Numani Al-Alim Al-Karim Al-Habib Ahmad bin Abi Bakr Al-Kaf Al-Husaini Al-Allamah Sheikh Habibullah Qurban Al-Madani (antara murid Sheikhu Sheikhna Zakaria Al-Kandahlawi) Al-Alim Al-Fadhil Dr. Muhammad Dhiyauddin bin Najmuddin bin Muhammad Amin Al-Kurdi As-Syafie Al-Alim Al-Muhaddith Al-Muhaqqiq Ahmad Mukhtar Ramzi Al-Misri Al-Hanafi Al-Alim Dr. Abdul Razzak Iskandar Al-Alim Al-Muqri Sheikh As-Sayyid Ahmad Al-Bandawi Al-Hindi Sheikh Habib Ahmad Al-Hindi Sheikh Bakhit Ahmad Al-Hindi Sheikh Hasib Ahmad Al-Hindi Sheikh Muhammad Ubaidilah Al-Asadi Sheikh Adnan bin Sheikh Muhammad Al-Halabi As-Syafie Al-Alim Al-Ustaz Sheikh Majd bin Ahmad Al-Halabi Sheikh Hasan bin Ramiz Al-Bairuti Al-Ustaz Sheikh Mujahid bin Mahmud Syaban Al-Halabi As-Syafie Al-Alim Al-Bahith Sheikh Sulaiman bin Abdil Fattah Abu Ghuddah Al-Hafid Abdul Fattah bin Muhammad Zahid bin Abdul Fattah Abu Ghuddah Al-Alim Al-Ustaz Majid Darwish Sheikh Dr. Yusuf Marasli Al-Bairuti As-Syafie Al-Ustaz Ramzi bin Saadudin Al-Bairuti Al-Alim Al-Fadhil Mujizuna Sheikh Muhammad Akram An-Nadwi Al-Ustaz Muhammad Said An-Nadwi Sheikh Hasan bin Saqqaf Al-Kaf Sheikh Abdul Wahab Sholeh Al-Yamani Al-Alim Al-Fadhil As-Sayyid Muhammad Ar-Rabie Al-Hasani An-Nadwi Al-Alim Al-Fadhil Sheikh Muhammad bin Abdillah Aal Rasyid

Berikut adalah contoh naskhah ijazah Sheikh Abdul Fattah kepada para penuntut ilmu yang dikeluarkan oleh Al-Fadhil Sheikh Muhammad Aal Rasyid:

Rajah 1: Contoh Naskhah (1) Ijazah Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah kepada Al-Ustaz Sheikh Muhammad bin Adbillah Aal Rasyid, penyusun kitab Imdad Al-Fattah Bi Asanid wa Marwiyat As-Sheikh Abdul Fattah

Rajah 2: Contoh Naskhah (2) Ijazah Ammah Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah kepada Sheikh Muhammad Abdulllah Aal Sheikh dengan tulisan Sheikh Abdul Fattah sendiri Ijazah-ijazah Keilmuan Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

Para ulama banyak memberi ijazah ammah dan ijazah tadris kepada beliau. Di sini, kita senaraikan mereka yang telah memberi ijazah kepada Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah mengikut negara-negara. Antara para ulama yang memberikan ijazah keilmuan kepada Sheikh Abdul Fattah adalah: Dari Makkah Al-Mukarramah Al-Allamah Al-Faqih Sheikh Muhammad Yahya Aman Al-Makki Al-Hanafi (1312-1387 H) Al-Allamah Al-Muarrikh Sheikh Al-Arabi At-Tabbani (1315-1390 H) Al-Allamah Sheikh As-Sayyid Alawi bin As-Sayyid Abbas Al-Maliki Al-Hasani (1327-1391 H) Al-Allamah Al-Qadhi Sheikhu Sheikhna Hasan bin Muhammad Al-Masyath AlMakki Al-Maliki (1317-1399 H) Al-Allamah Sheikh Muhammad Nur bin Saif Al-Makki Al-Maliki (1324-1403 H) Al-Allamah Al-Adib AS-Sayyid Muhammad Amin bin Muhammad Al-Kutubi Al-Makki Al-Hanafi (1327-1410 H) Al-Allamah Al-Musnid Sheikhu Sheikhna Muhammad Yasiin Al-Fadani AsSyafie (1335-1410 H) Al-Alim Al-Fadhil Sheikh Abdul Qadir bin Abdil Syahid As-Saati Al-Hanafi (1312- H) Sheikh As-Sayyid Ishaq bin Uqail Al-Idrisi Al-Hasani (1330-1415 H) Al-Mursyid Al-Faqih Al-Muammar Sheikh As-Sayyid Muhammad bin Ibrahim Al-Fasi Al-Maliki As-Syazili (1317-1418 H) Al-Allamah Al-Faqih Sheikh Abdul Fattah bin Husein bin Ismail Rawah AlMakki (lahir: 1334 H)

Dari Al-Madinah Al-Munawwarah pula adalah: Al-Allamah Al-Musnid Sheikh Abdul Qadir bin Taufiq Syalabi At-Tarabulusi AlMadani Al-Hanafi (1295-1367 H) Al-Allamah Al-Mutqin Sheikh Sholeh bin Al-Fudhail At-Tunisi Al-Madani (1314-1389 H) Al-Muqri Sheikh Abbas Qari Al-Bukhari Al-Madani Al-Hanafi (1320-1407 H) As-Sheikhah Al-Musnidah Fakhrunnisa Ummu Thahir Aisyah binti Sheikh Thahir Sunbul Al-Madaniyyah (1339-1415 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Qadhi Sheikh Muhammad Abdullah Adu As-Syinqithi Al-Madani Al-Maliki (lahir: 1330 H) (secara Tadbijan)

Dari Halab Al-Allamah Al-Faqih Al-Mursyid Sheikh Isa bin Hasan Al-Bayyanuni (12901362 H)

Al-Allamah Al-Faqih Al-Muammar Sheikh Ibrahim bin Muhmmad As-Salqini (1270-1367 H) Al-Allamah Al-Muarrikh Sheikh Raghib Al-Tabakh (1294-1370 H) Al-Allamah Sheikh Muhammad Said Al-Idlibi (1287-1370 H) Al-Allamah Sheikh Ahmad bin Muhammad As-Syamma Al-Halabi (1287-1373 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Mufti Sheikh Ahmad bin Muhammad Assaf Al-Kurdi (1299-1373 H) Al-Allamah Al-Muqri Sheikh Muhammad Najib Khayyathah Al-Halabi AlHanafi (1321-1387 H) Al-Alim Al-Waiz Sheikh Muhammad Jamil bin Yasiin Al-Aqqad Al-Halabi (1316-1387 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Mufti Sheikh Muhammad AsAd Al-Abji Al-Halabi As-Syafie (1305-1392 H) Al-Allamah Sheikh Muhammad Ar-Rasyid Al-Halabi Al-Hanafi (lahir: 1316 H)

Dari Al-Akhsa Al-Allamah Al-Faqih Al-Murobbi Sheikh Muhammad bin Abi Bakr bin Abdillah Al-Mulla Al-Hanafi (1322-1394 H) Al-Faqih Sheikh Muhammad bin Ibrahim Aal Sheikh Al-Maliki (1320-1404 H) Al-Mufti Sheikh Ahmad bin Abdil Aziz Aal Sheikh Al-Maliki (1326-1409 H)

Dari Istanbul Sheikhul Islam Al-Allamah Al-Faqih Mustofa Sobri At-Tuqodi (1286-1373 H) Al-Allamah Al-Muhaqqiq Sheikh Muhammad Zahid bin Al-Hasan Al-Kauthari (12961371 H)

Dari Baghdad Al-Allamah As-Sayyif Fuad bin Syakir Al-Alusi Al-Baghdadi Al-Hanafi (13211382 H) Al-Allamah Al-Faqih Sheikh Amjad bin Muhammad Said Az-Zahawi Al-Kurdi Al-Baghdadi Al-Hanafi (1300-1387 H) Al-Allamah Sheikhul Qurra Abdul Qadir bin Abdil Razzaq Al-Khatib AlBaghdadi Al-Hanafi (1312-1389 H) Al-Allamah Al-Muammar Sheikh Muhammad Bahjah bin Mahmud Al-Athari (1320-1417 H) Al-Allamah Al-Mufassir Sheih Abdul Karim bin Muhammad Al-Kurdi AlBaghdadi As-Syafie (lahir: 1327 H) (secara Tadbijan)

Dari Hadramaut

Al-Allamah Al-Faqih Al-Musnid Sheikh Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha AlHaddad Al-Husaini As-Syafie (1325-1416 H) (tadbijan) Al-Allamah Al-Faqih Al-Habib Abu Bakr Al-Atthas bin Abdillah bin Alawi bin Zein Al-Habasyi Al-Husaini As-Syafie (1329-1416 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Musnid Al-Mufti Al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad AsSaggaf Al-Husaini As-Syafie (tadbijan) Al-Alim Al-Musnid Al-Muammar Al-Habib Abdul Rahman bin Ahmad Al-Kaf Al-Husaini (lahir: 1320 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Qadhi Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Umar AsSyatiri Al-Husaini As-Syafie (lahir: 1330 H) (tadbijan) Al-Adib Al-Muarrikh Sheikh Abdullah bin Ahmad An-Nakhibi As-Syafie (lahir: 1327 H) (tadbijan)

Dari Hama (di Syria) Al-Allamah Al-Faqih Sheikh Ahmad bin Muhammad Salim Al-Murad Al-Kurdi Al-Hamawi Al-Hanafi (1299-1379 H) Al-Allamah Al-Muammar Al-Mufti Sheikh Muhammad Saaid An-Nasan AlHamawi (1276-1386 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Muamamr Sheikh Muhammad Taufiq bin Abbas AsSabbagh As-Syirazi Al-Hamawi (1292-1391 H) Al-Murobbi Sheikh Mahmud bin Abdil Rahman Al-Hamawi As-Syafie (13171399 H)

Dari Hims (di Syria) Al-Allamah Al-Mursyid Sheikh Muhammad Abu An-Nashr bin Salim Al-Himsi (1292-1368 H) Al-Mufti Sheikh Taufiq bin Abdil Latif Al-Atasi Al-Himsi Al-Hanafi (w: 1385 H) Al-Muammar Sheikh Muhammad Thahir bin Uthman Ar-Rais Al-Himsi AsSyafie (1305-1395 H) Sheikhul Qurra Al-Allamah Sheikh Abdul Aziz bin Muhammad Uyun As-Sud Al-Himsi Al-Hanafi (1335-1399 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Muammar Al-Murobbi Sheikh Ahmad bin Ahmad bin Ismail Al-Himsi As-Syafie (1317-1418 H)

Dari Damsyiq (Syria) Al-Allamah Sheikh Ali bin Muhammad At-Takriti As-Shalihi Ad-Dimasyqi AsSyafie (1300-1361 H) Al-Allamah Al-Usuli Al-Faqih Sheikh Mahmud bin Muhammad Al-Attar AdDimasyqi Al-Hanafi (1284-1362 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Mufti Sheikh Ibrahim bin Muhammad Khair AlGhalayini (1300-1377 H)

Al-Allamah Al-Mufti Sheikh Muhmmad Jamil bin Umar bin Muhammad AsSyatthi Ad-Dimasyqi Al-Hanbali (1300-1378 H) Sheikh Muhammad Yahya Al-Maktabi Ad-Dimasyqi Al-Hanafi (1294-1378 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Muammar Sheikh Muhammad bin Yusuf Al-Kafi AdDimasyqi Al-Maliki (1278-1380 H) Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Faqih Sheikh Muhammad Abu Al-Khair AlMaidani (1293-1380 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Mursyid Sheikhu Sheikhna As-Sayyid Muhammad bin Ahmad Al-Hasyimi At-Tilmisani Ad-Dimasyqi Al-Maliki (1298-1381 H) Al-Allamah Al-Mursyid Sheikh Muhammad Said Al-Burhani Ad-Dimasyqi (1311-1386 H) Al-Allamah Al-Muqri Al-Faqih Sheikh Abdul Wahab Al-Hafiz Ad-Dimasyqi (1311-1389 H) Al-Allamah Ad-Daiyyah Al-Murobbi Sheikh Sayyid Muhammad Makki bin Muhammad bin Jafar Al-Kattani Al-Hasani Al-Maliki (1313-1393 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Mufti At-Tabib Al-Muammar As-Sayyid Muhammad Abu Al-Yusr bin Muhammad Abi Al-KHair Abidin Ad-Dimasyqi Al-Hanafi (1307-1401 H) Sheikh Al-Muammar Muhammad Rafiq bin Muhammad Abdul Fattah AsSibaie As-Syafie (1310-1403 H) Sheikh Ahmad Nasib Al-Mahamid (lahir: 1330 H) (Tadbijan)

Dari Dair Az-Zaur (Syria) Al-Allamah Sheikh Husain Ramadhan Al-Kurdi (1305-1379 H)

Dari Rabigh (Di Arab Saudi) Al-Allamah Sheikh Abdul Qadir bin Karamatullah Ar-Rabighi Al-Hanafi (lahir: 1327 H) (Tadbijan)

Dari Sudan Al-Allamah Sheikh Majzub Al-Muddathir Al-Maliki (1318-1405 H) Sheikh Muhammad Al-Bashir Al-Allamah Sheikh Muhammad bin Ibrahim An-Nur Al-Maliki

Dari Tripoli of Syria (Tarablus As-Syam) Al-Allamah Al-Murobbi Al-Muammar Al-Ustaz Abdul Karim bin Muhammad Uwaidhah (1282-1377 H)

Dari Mesir Allamah Al-Azhar Sheikh Yusuf bin Ahmad Ad-Dijwi Al-Maliki(1287-1365 H)

Al-Muhaddith Sheikh Ahmad Muhammad Syakir (1309-1377 H) Al-Allamah Al-Muhaddith Sheikh Muhammad Al-Hafiz At-Tijani (1315-1398 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Mufti Al-Muammar Sheikh Hasanain bin Muhammad Makhluf Al-Hanafi (1308-1410 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Muammar Sheikh Mahmud Abdil Daim As-Syafie (1312-1412 H) Al-Allamah Sheikh Ahmad Fahmi Abu Sunnah Al-Hanafi (lahir: 1327 H)

Dari Al-Maghribi Al-Arabi (Termasuk Algeria dan Tunisia) Sheikhul Azhar Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Imam Muhammad Al-Khadhir Husein Al-Husaini (12992-1377 H) Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Hafiz Al-Sheikh As-Sayyid Ahmad bin Muhammad bin As-Siddiq Al-Ghumari (1320-1380H) Al-Allamah Al-Musnid Al-Hafiz As-Sayyid Muhammad Abdul Hay bin Muhammad Abdil Kabir Al-Kattani (1303-1382 H) Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Musnid As-Sayyid Muhammad Al-Baqir bin Muhammad bin Abdil Kabir Al-Kattani Al-Maliki (1318-1384 H) Al-Allamah Al-Muhaqqiq Sheikh Muhammad bin Basyir bin Umar Al-Ibrahimi (1306-1385 H) Al-Allamah Al-Mufassir Al-Muammar Sheikh Muhammad At-Thahir bin Asyur Al-Maliki (1296-1393 H) Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Hafiz Abdullah bin Muhammad bin As-Siddiq AlGhumari (1328-1413 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Qadhi Sheikh Ahmad bin Muhammad Battahi Sheikh Ahmad Sihnun Al-Allamh Al-Muhaddith Al-Faqih Al-Mutqin Sheikh Muhammad As-Syazili bin Muhammad As-Sadiq An-Naifur At-Tunisi Al-Maliki (1330-1418 H) Al-Allamah Al-Faqih Sheikh Muhammad Al-Habib Al-Hanafi

Dari Yaman Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Faqih Sheikh Thabit bin Saaduddin Bahran Az-Zaidi (1314-1400 H) Al-Allamah Al-Muqri Al-Muammar As-Sayyid Yahya bin Muhammad bin Ahmad AlKibsi Al-Hasani Az-Zaidi (1312-1410 H) Dari India dan Pakistan Al-Allamah Al-Muhaddith Sheikh Abu Al-Mahasin Abdullah bin Al-Muzhaffir Husein Al-Haidarabadi Al-Hanafi (1292-1384 H) Al-Allamah Al-Muhaddith Sheikh Muhammad Yusuf bin Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawi Al-Hanafi (1332-1384 H) Al-Allamah Al-Muhaddith Muhammad Badr Alam Al-Hindi Al-Madani AlHanafi (1316-1385 H)

Al-Alim Sheikh Khair Muhammad Al-Jalandahri Al-Hanafi Al-Allamah Al-Faqih Sheikh Amim Al-Ihsan Ad-Dakawi Al-Hanafi (1310-1394 H) Al-Allamah Al-Muhaqqiq Al-Faqih Al-Muhaddith Al-Muqri Abu Al-Wafa Mahmud Shah bin Mubarak Shah Al-Qadiri Al-Afghani Al-Hindi Al-Hanafi (1310-1395 H) Al-Allamah Al-Faqih Al-Mufti Sheikh Muhammad Syafi Ad-Duyubandi AlBakistani Al-Hanafi (1314-1396 H) Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Faqih Al-Mufti Al-Muammar Sheikh Mahdi Hasan As-Shah Jihan Furi Al-Hanafi (1300-1396 H) Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Faqih Al-Mutafannin As-Sayyid Muhammad Yusuf Al-Bannuri Al-Ahani Al-Bakistani Al-Hanafi (1326-1399 H) Al-Muhaddith Fadhlullah bin Ahmad Ali Al-Jailani Al-Hanafi (w: 1399 H) Al-Allamah Sheikh Ihtisyam Al-Haq At-Tahanawi (w: 1400 H) Al-Imam Al-Allamah Al-Muhaddith Sheikh Muhammad Zakari bin Muhammad Yahya Al-Kandahlawi Al-Hindi Al-Madani Al-Hanafi (1315-1402 H) Sheikh Al-Qari Muhammad Tayyib bin Muhammad Ahmad An-Nanutawi AlHanafi (1315-1403 H) Al-Mufti Sheikh Atiqur Rahman Ad-Deubandi (w: 1404 H) Sheikh Abdul Haq Kahik (w: 1411 H) Sheikh Habibul Rahman bin Sabir Al-Azhami Al-Hanafi (1319-1412 H) Sheikh Masihullah Khan (w: 1413 H) Al-Allamah Sheikh Manzhur Ahmad An-Numani Al-Hindi (w: 1417 H) Sheikh Mukhtar Al-Haidarabadi Sheikh Lutfullah Al-Basyawiri Sheikh Abdul Sattar Al-Azhami Al-Allamah Sheikh Muhammad Idris Al-Kandahlawi Al-Allamah Sheikh Muhammad Malik Al-Kandahlawi Al-Allamah Al-Murobbi Sheikh As-Sayyid Abu Al-Hasan Ali bin Abdil Hay AlHasani An-Nadwi (lahir 1332 H)

Sanad Keilmuan Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Fasal Ketiga: Sebahagian Metodologi Umum dalam Penyelidikan Ilmiah Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Merealisasi Manhaj Ulama As-Salaf As-Sholeh dalam Kehidupan Sheikh Abdul Fattah merupakan salah seorang ulama yang membesar dalam tradisi keilmuan yang menyamai tradisi keilmuan generasi As-Salaf terdahulu. Apa yang dimaksudkan dengan As-Salaf As-Sholeh di sini bukanlah merujuk kepada kefahaman sesetengah individu tentang Salaf seperti merujuk kepada Ibn Taimiyyah dan para pengikut pemikiran beliau, tetapi merujuk kepada tradisi sebenar As-Salaf As-Sholeh sendiri berdasarkan sumber rujukan yang lebih luas.

Adalah menjadi suatu kepincangan ilmiah apabila seseorang itu membahaskan tentang manhaj Salaf namun memahaminya daripada beberapa individu yang terkemudian daripada zaman Salaf, sedangkan manhaj As-Salaf sebenar adalah lebih luas sumber rujukannya. Antara kepincangan ilmiah yang berlaku dalam pemikiran sesetengah penuntut ilmu adalah merujuk manhaj As-Salaf daripada kesimpulan yang dibuat oleh Sheikh Ibn Taimiyyah dan beberapa tokoh yang hampir sama pemikiran mereka dengan Ibn Taimiyyah, padahal masih ramai para ulama (bahkan terlalu ramai) yang membahaskan manhaj As-Salaf dengan kefahaman yang lebih luas daripada apa yang difahami oleh Ibn Taimiyyah dan para pengikutnya. Bahkan, seharusnya, ketika seseorang ingin membincangkan tentang manhaj As-Salaf, mereka perlulah terus merujuk kepada tulisan dan perkataan majoriti para As-Salaf As-Sholeh itu sendiri, bukan membatasi cara memahami manhaj As-Salaf kepada merujuk kesimpulan beberapa individu semata-mata. Oleh yang demikian, ketika penulis menjelaskan tentang tradisi keilmuan dan pembelajaran Salaf yang diikuti oleh Sheikh Abdul Fattah dalam peringkat pembelajaran beliau, maka sudah tentulah yang dimaksudkan adalah tradisi keilmuan dan manhaj AsSalaf yang sebenar, berdasarkan amalan para ulama As-Salaf sendiri, bukan berdasarkan apa yang difahami oleh tokoh-tokoh pada kurun kelapan Hijrah dan sebagainya. Tradisi keilmuan yang dimaksudkan dalam sistem pembelajaran tersebut adalah tradisi pembelajaran secara talaqqi dan bersanad. Manhaj pembelajaran secara talaqqi dan bersanad ini semakin terhakis akibat perkembangan pesat tradisi pembelajaran ilmu-ilmu agama secara moden di institusi-institusi pengajian yang tidak mempunyai asas sanad keilmuan dalam bidang ilmu agama. Kita dapati, Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah melalui tradisi pembelajaran ilmu-ilmu agama secara talaqqi bersanad sejak beliau di Halab lagi, sehinggalah beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir dan seterusnya menziarahi para ulama lain di serata dunia. Bahkan, Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah walaupun tidak ketinggalan menyertai sistem pembelajaran moden dengan belajar di universiti bahkan mengajar di universiti juga, namun beliau membawa warisan keilmuan As-Salaf yang asas iaitulah sanad keilmuan dalam ilmu-ilmu agama dari sudut Riwayah dan Dirayah. Kita boleh lihat betapa Sheikh Abdul Fattah terus memelihara tradisi talaqqi bersanad dalam mempelajari ilmu agama sebagaimana yang dimuatkan dalam tulisan murid beliau Sheikh Muhammad Aal Rasyid yang berjudul Imdad Al-Fattah fi Asanid wa Marwiyyat Sheikh Abdul Fattah. Dalam kitab tersebut menyenaraikan sanad-sanad keilmuan Sheikh Abdul Fattah yang bersambung kepada para ulama yang bersanad dan bersambung kepada kitab-kitab yang menghimpunkan sanad-sanad keilmuan seperti Athbat, Faharis dan sebagainya. Oleh yang demikian, dalam kata-kata aluan pada kitab Imdad Al-Fattah, Sheikh Mustafa bin Ahmad Az-Zarqa menceritakan tentang perjalanan Sheikh Abdul Fattah dalam menuntut ilmu mengikut manhaj dan tradisi sebenar para ulama terdahulu.

Beliau berkata: dimuatkan padanya (kitab Imdad Al-Fattah tersebut) suatu tradisi (manhaj) ulama As-Salaf As-Sholeh dalam menjaga keutuhan maklumat mereka dan periwayatan mereka daripada para syuyukh mereka (dalam kitab-kitab Athbat dan sebagainya). Manhaj yang agung ini (menyusun senarai para guru dengan sanad-sanad keilmuan) hanya sedikit sahaja yang masih mengambil berat mengenainya pada zaman ini tatkala keinginan terbesar bagi para pentuntut ilmu hanyalah ingin memotonng perjalanan pengajian ilmu dan talaqqi dengan waktu yang paling singkat (ingin cepat tamat dalam belajar ilmu agama) sehingga mereka mendapat wuraiqah (kertas yang kerdil) yang dinamakan sebagai Syahadah Rasmiyyah (sijil rasmi) [Imdad Al-Fattah: m/s 13] Antara para ulama yang Sheikh Abdul Fattah sempat berguru secara talaqqi adalah seperti Sheikh Isa Al-Bayyanuni, Sheikh Ibrahim As-Salqini, Sheikh Raghib Al-Tabakh, Sheikh Muhammad Said Al-Idlibi, seorang ulama, Sheikh Ahmad Al-Zarqa, Sheikh Ahmad Kurdi, Sheikh Mustafa Al-Zarqa dan sebagainya di Halab. Kemudian, beliau juga bertalqqi dengan para ulama sewaktu di Mesir. Antara mereka adalah seperti Sheikhul Islam Mustofa Sobri, Al-Muhaqqiq Al-Allamah Sheikh Muhammad Zahid Al-Kauthari, Al-Muhaddith Sheikh Ahmad Muhammad Syakir, Sheikh Muhammad Al-Khidr Husein At-Tunisi, Sheikhu Sheikhna Abdullah Siddiq AlGhumari, Allamah Al-Azhar Sheikh Yusuf Ad-Dijiwi, Al-Faqih Al-Muhaqqiq Sheikh Isa Mannun, Sheikh Hasan Al-Banna dan sebagainya. Begitu juga ketika beliau mengunjungi Tanah Haramain lalu bertalaqqi dengan para ulama muktabar di sana seperti Al-Allamah Al-Muarrikh Sheikh Al-Arabi At-Tabbani, Al-Allamah Sheikh As-Sayyid Alawi bin As-Sayyid Abbas Al-Maliki Al-Hasani, Al-Allamah Al-Qadhi Sheikhu Sheikhna Hasan bin Muhammad Al-Masyath Al-Makki Al-Maliki, Al-Allamah Sheikh Muhammad Nur bin Saif Al-Makki Al-Maliki, Al-Allamah Sheikh Muhammad Yahya Aman Al-Makki Al-Hanafi, Al-Allamah Al-Musnid Sheikhu Sheikhna Muhammad Yasiin Al-Fadani AsSyafie dan sebagainya yang kebanyakan mereka adalah antara tenaga pengajar di Masjidil Haram beraliran Ahlus-Sunnah wal Jamaah versi As-Sawad Al-Azhom. Para ulama yang disebutkan tadi bukan calang-calang ulama, bahkan mereka adalah antara para ulama muktabar di zaman mereka dan di tempat mereka. Ini menunjukkan kesungguhan Sheikh Abdul Fattah dalam mencari para ulama yang betul-betul memiliki keahlian dan kelayakan dalam bidang ilmu agama. Ia bersesuaian dengan perkataan para salaf yang sentiasa mengingatkan kita untuk menilik dan menyelidiki dari siapa kita mengambil ilmu agama dan pastikan orang yang dirujuk dalam bidang ilmu agama tersebut mempunyai kelayakan sebenar dalam bidang ilmu agama dengan ukuran yang sebenar (seperti Ijazah Tadris, Ijazah li At-Tasaddur wa An-Nasyr dan sebagainya). Bahkan, Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah r.a. sendiri mengarang dua risalah yang sangat penting dalam menjelaskan kepentingan sanad dan tradisi talaqqi dalam sistem pembelajaran ilmu-ilmu agama. Risalah-risalah tersebut berjudul: Al-Isnad min Ad-Din

Safhah Musyriqah min Tarikh Sama Al-Hadith Inda Al-Muhaddithin

Dua risalah tersebut dimuatkan dalam sebuah buku yang disebarkan oleh Maktab AlMatbuaat Al-Islamiyyah di Halab yang dicetak pada tahun 1992 Masihi. Adapun risalah Al-Isnad min Ad-Din karangan Sheikh Abdul Fattah menceritakan tentang budaya meriwayatkan ilmu-ilmu agama secara bersanad yang diamalkan secara meluas dalam pelabagai lapangan ilmu agama samada bidang hadith, tafsir, fiqh malah termasuklah dalam bidang bahasa Arab sekalipun. Dalam risalah tersebut menyenaraikan beberapa perkataan para ulama salaf dan khalaf yang muktabar tentang budaya talaqqi bersanad dalam sistem pembelajaran ilmu agama yang asal dalam amalan umat Islam. Ia juga memuatkan contoh-contoh amalan para ulama dalam meneruskan tradisi sanad dalam bidang ilmu agama ini sehinggalah hari ini. Dalam risalah kedua yang berjudul Sofhah Musyriqah min Tarikh Sama Al-Hadith Inda Al-Muhaddithin pula, ianya menjelaskan tentang budaya meriwayatkan hadith secara bersanad dalam kalangan para ulama hadith. Ia adalah suatu perbahasan yang lebih spesifik berbanding risalah pertama tersebut yang merangkumi segenap bidang ilmu agama, sedangkan dalam risalah kedua hanya membahaskan tradisi sanad dalam bidang periwayatan hadith di sisi para ulama hadith. Bahkan, Sheikh Abdul Fattah turut menyentuh tradisi pembelajaran secara talaqqi ini secara lebih luas dalam kitab beliau berjudul Sofahat min Sobr Al-Ulama ala Syadaid Al-Ilm wa At-Tahsil. Dalam kitab ini, Sheikh Abdul Fattah menjelaskan tentang kesungguhan para ulama muktabar dari kalangan salaf dan khalaf dan kegigihan mereka dalam menuntut ilmu sehingga banyak mengembara mencari para ulama muktabar di zaman mereka dan membaca kitab-kitab di hadapan mereka. Budaya menuntut ilmu dan semangat kecintaan terhadap ilmu di sisi para ulama terdahulu sangat jelas berdasarkan kegigihan mereka dalam mencari para ulama di serata dunia dan menjelajah dari satu tempat ke suatu tempat untuk mengambil ilmu dari para ulama yang pelbagai. Bahkan, mereka menuntut ilmu dalam tempoh masa yang lama sehinggakan ada yang terus menghadiri majlis ilmu walaupun sudah menjadi seorang ulama di zamannya. Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah menyinggung sikap sesetengah (bahkan kebanyakan) penuntut ilmu (mahasiswa) di universiti-universiti yang tidak berminat untuk belajar dalam tempoh masa yang lama tetapi sekadar berminat untuk mendapatkan sijil-sijil sahaja. Beliau menggambarkan sikap sesetengah mahasiswa yang belajar ilmu agama dalam universiti moden semata-mata untuk mendapatkan sijil. Mereka sering menunggu bilakah loceng tamat kelas akan berbunyi dan tidak sabar-sabar untuk menanti kedatangan waktu rehat. Mereka lebih sukakan waktu rehat yang dapat bersama temanteman untuk berbual-bual kosong dan sebagainya.

Inilah perbandingan Sheikh Abdul Fattah tentang kesungguhan ulama terdahulu dalam menuntut ilmu agama sehingga merantau ke banyak negara dan memperbanyakkan senarai guru mereka sedangkan ramai penuntut ilmu agama hari ini bukan mencari ilmu agama tetapi sekadar mencari kerja daripada sijil yang mereka dapati. Oleh sebab itu, mereka sibuk meminta muqarrar dan ringkasan daripada mata pelajaran yang dipelajari. Ini kerana, ilmu yang mereka pelajari untuk menjawab periksa semata-mata. Inilah mafhum daripada tulisan beliau. [Rujuk Sofahat min Sabr Al-Ulama m/s 109-110, Maktabah Al-Matbuat Al-Islamiyyah di Halab] Sheikh Mahmud Said Mamduh menyebut dalam kitab As-Syaza Al-Fawwah dalam meriwayatkan perkataan Sheikh Abdul Fattah dalam kitab Sofahat min Sabr Al-Ulama: Adapun kini, maka pengajian (ilmu agama) hanyalah terbatas kepada bulan-bulan tertentu dan minit-minit yang tertentu serta daripada lembaran dan catatan yang bisu yang diterima tanpa perbincangan, kefahaman dan tanpa pencernaan (terhadap ilmu tersebut) dan tradisi hadir kepada para ulama (bertalaqqi) sudah tiada lagi. Apa yang ada hanyalah pendakwaan yang lebar (mengaku sebagai ahli akedemik, intelektual dan sebagainya) dan gelaran-gelaran yang berjela-jela (profesor, doktor falsafah dan sebagainya). [m/s 289 dalam buku Safahat min Sabr Al-Ulama dan dinukilkan daripada As-Syaza Al-Fawwah m/s: 121] Sheikh Abdul Fattah r.a. memberi peringatan kepada para penuntut ilmu agama agar kembali semula kepada tradisi asal pembelajaran ilmu agama dalam Islam dengan mementingkan talaqqi bersanad dan belajar daripada ramai para ulama dari latar belakang yang berbeza-beza. Kita lihat apa yang disarankan oleh Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam ketiga-tiga tulisan beliau berkenaan sistem pembelajaran asal dalam ilmu-ilmu agama ini, diamalkan sendiri oleh beliau. Kita dapati beliau mempunyai lebih kurang seratus orang guru dari pelbagai latar belakang dan pemikiran yang berbeza-beza. Bolehlah rujuk kepada kitab Imdad Al-Fattah karangan murid beliau sendiri yang menyenaraikan guru-guru Sheikh Abdul Fattah. Antara Rahsia Konsep Sanad dalam Tradisi Keilmuan Islam Para ulama Islam bukan sekadar mewarisi ilmu daripada generasi para sahabat r.a., malah mereka juga mewarisi amal dan adab Islam daripada generasi awal Islam tersebut. Ini kerana, ilmu, amal dan adab adalah tiga unsur yang tidak terpisah dalam sistem pendidikan Islam pada peringkat awal yang mengamalkan perintegrasian antara Talim (mengajar) dan Tarbiah (mendidik). Oleh yang demikian, sistem talaqqi bersanad itu sendiri mempunyai suatu nilai integrasi antara ilmu dan adab sebagaimana ianya dikembangkan dalam amalan para ulama sehinggalah hari ini. Kaedah pembelajaran bersanad ini dalam masa yang sama mendidik para ulama agar menyandarkan ilmu mereka kepada para guru mereka agar hilang rasa ujub terhadap diri sendiri di samping menumbuhkan rasa tawadhuk dalam lapangan keilmuan.

Sandaran keilmuan atau sanad membentuk rasa tawadhuk kerana para ulama akan menisbahkan ilmu mereka kepada para guru mereka sehinggalah bersambung kepada Rasulllah s.a.w. lalu bersambung kepada Allah s.w.t.. Ini membuangkan rasa ilmu yang dimiliki adalah daripada kehebatan diri sendiri kerana jasa para guru dalam mendidik para penuntut ilmu memainkan peranan penting dalam menjana kepandaian dan menambah keilmuan seseorang. Oleh yang demikian, sistem sanad secara tidak langsung membenihkan rasa kenang jasa dan menolak unsur lupa daratan dalam pembelajaran ilmu-ilmu agama. Sheikh Mahmud Said Mamduh menceritakan pelajaran yang sangat berharga ini yang beliau ambil daripada kesimpulan penulisan Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah sendiri dalam kitab beliau Sofahat min Sabr Al-Ulama. Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah mendatangkan suatu kisah menarik di mana ada (riwayat secara mafhum) seorang murid berjaya membuat suatu ringkasan kepada tulisan guru beliau yang mana guru beliau tersebut menulis kitabnya selama tiga puluh tahun. Sedangkan, muridnya tersebut berjaya meringkaskan perbahasan dalam kitab gurunya selama tiga tahun sahaja. Bahkan, hasil ringkasan murid tersebut dinilai oleh sebahagian ahli ilmu lebih baik berbanding tulisan guru beliau tersebut. Ketika murid tersebut membentangkan kedua-dua kitab (kitab karangan gurunya dan kitab ringkasan beliau terhadap karangan gurunya), maka sebahagian ulama menjelaskan kepada murid tersebut: Sesungguhnya kamu menulis kitab kamu ini selama tiga puluh tiga tahun. Ini kerana, kalau bukan kerana tulisan karangan guru kamu (yang ditulis selama tiga puluh tahun tersebut), maka kamu tidak akan menulis karangan kamu ini (ringkasan kepada tulisan gurunya). [rujuk juga kitab Syarh Syarh An-Nukhbah oleh Al-Mulla Ali Al-Qari sebagaimana dinukilkan dalam As-Syaza Al-Fawwah m/s: 124] Oleh yang demikian, Sheikh Mahmud Said Mamduh menyebut setelah itu: Maka hati-hatilah kamu dalam meninggin-ninggi diri ke atas para ulama terdahulu dalam tulisan kamu dan melihat diri kamu telah mendatangkan suatu yang tidak pernah diketahui oleh ulama terdahulu dan tidak akan mampu ditulis oleh para ulama yang akan datang. Janganlah kamu meninggalkan perkataan (kami) daripada lidah, pena dan pemikiran kamu [As-Syaza Al-Fawwah m/s 124] Oleh sebab itulah para ulama jarang berkata saya tetapi sering berkata kami kerana merujuk tulisan-tulisan mereka adalah hasil daripada tunjuk ajar para guru mereka. Jadi, para ulama sering menghadirkan para guru mereka dalam tulisan mereka dengan sentiasa menyebut perkataan-perkataan seperti Sheikhuna (guru kami), Sheikhu Sheikhina (guru kepada guru kami) dan sebagainya kerana menjaga hubungan keilmuan mereka dengan para ulama terdahulu. Inilah amalan salaf yang hampir tidak difahami oleh ramai penuntut ilmu masa kini dan sebahagian ahli ilmu kerana kejauhan mereka daripada tradisi pengajian ilmu agama yang asal.

Kesungguhan dalam Mengembangkan Turath dan Warisan Ulama Silam Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah mendapat banyak manfaat keilmuan daripada hasil hubungan pembelajaran talaqqi beliau kepada ramai para ulama yang berjumlah lebih kurang seratus orang ulama dari serata dunia Islam. Ini menunjukkan bukti kecintaan beliau kepada ilmu dan para ulama yang mewarisi ilmu agama dan menyebarkannya dalam masyarakat. Kecintaan Sheikh Abdul Fattah terhadap ilmu-ilmu agama juga mendorong beliau untuk mencari manuskrip para ulama silam yang masih belum dicetak atau yang sudah dicetak, samada untuk membuat penelitian, catatan, kajian dan seterusnya mencetak dan meluaskan penyebaran tulisan para ulama tersebut. Kita boleh melihat dalam senarai kitab-kitab yang beliau teliti dan kaji, ianya berjumlah puluhan kitab oleh ramai para ulama yang mempunyai latar belakang pendidikan dan pemikiran yang berbeza-beza. Ini menunjukkan sikap Sheikh Abdul Fattah yang sangat mementingkan usaha untuk mengembangkan ilmu agama dari pelbagai sumbernya. Kita dapati Sheikh Abdul Fattah mentahqiq kitab-kitab seperti: Ar-Raf wa At-Takmil fi Al-Jarh wa At-Tadil Al-Ajwibah Al-Fadhilah li Asilah Al-Asyarah Al-Kamilah Iqamah Al-Hujjah ala Anna Al-Ikhtar fi At-Taabbud Laisa Bi Bidah Tuhfah Al-Akhyar bi Ihya Sunnah Sayyid Al-Abrar wa maahu Hasyiyatuhu Nukhbah Al-Anzhar Ala Tuhfah Al-Akhbar Zhafr Al-Amani fi Syarh Mukhtasar Al-Jurjani

Kitab-kitab tersebut ditulis oleh Imam Abdul Hay Al-Laknawi Al-Hindi Al-Hanafi (1264-1304 H) yang sangat kuat mempertahankan golongan sufi (sebagaimana dalam kitab Ar-Rafu wa At-Takmil) dan mengkritik Imam Az-Zahabi yang dianggap bersikap terlalu keras dalam mentohmah para ulama sufi. Dalam masa yang sama juga Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah turut mentahqiq, meneliti, membuat ulasan dan menerbitkan kitab: Zikr Man Yatamid Qaulahu fi Al-Jarh wa At-Tadil Al-Muqizhah fi Ilm Mustholah Al-Hadith

Kedua-dua kitab tersebut adalah karangan Al-Hafiz Imam Az-Zahabi. Ini menunjukkan Sheikh Abdul Fattah sangat mementingkan manfaat mengambil hikmah dari siapa pun mereka walaupun para ulama tersebut mempunyai manhaj yang berbeza-beza. Ini kerana, Sheikh Abdul Fattah mempunyai ukuran keilmuan yang jelas untuk menilai pendapat mana yang diterima dan pendapat mana yang ditolak berdasarkan ukuran keilmuan tersebut.

Bahkan, pada komen Imam Al-Laknawi terhadap Imam Az-Zahabi dalam bab penilaian terhadap golongan sufi, maka Sheikh Abdul Fattah mengambil sikap yang sangat sederhana dengan cara beliau yang tersendiri dalam membuat penilaian. Imam Al-Laknawi r.a. berkata tentang Imam Az-Zahabi: Antaranya lagi (penilaian yang keras terhadap golongan tertentu) adalah seperti jarh (kritikan) Az-Zahabi dalam Al-Mizan dan Siyar An-Nubala dan selainnya daripada tulisan-tulisan beliau terhadap kebanyakan ulama sufi yang merupakan para wali dalam umat Islam. Maka, penilaian sebegitu tidak boleh diambil kira selagimana tidak ditemui (kritkan tersebut) daripada selain beliau dari kalangan para ulama yang lebih sederhana (dalam menilai) dan lebih teliti penilaiannya, yang menilai dengan penilaian yang sama dengan beliau (Imam Az-Zahabi dalam menilai golongan sufi). Ini kerana apa yang sudah diketahui daripada kebiasaan Az-Zahabi yang mentohmah para ulama sufi yang agung dan sangat sedikit dalam memuji golongan Najiyyah (berjaya- merujuk kepada golongan sufi yang benar) sebagaimana tidak dapat disembunyikan lagi bagi orang yang membaca karangannya. [Ar-Raf wa At-Takmil m/s: 310-311 dengan penilitian Sheikh Abdul Fattah, cetakan ketujuh oleh Dar As-Salam di Kaherah pada tahun 2000] Bahkan, Imam Al-Laknawi turut mendatangkan perkataan para ulama lain seperti perkataan Sheikh Abdullah bin Asad Al-Yafiie dalam kitab Miraat Al-Janan, Imam As-Syarani dalam kitab Al-Yawaqit wa Al-Jawahir, Imam As-Subki dalam Tabaqat AsSyafiiyyah dan sebagainya dalam mengkritik pendirian umum Imam Az-Zahabi r.a. yang bersikap keras terhadap golongan sufi. Namun, Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah bersikap cuba membela Imam Az-Zahabi r.a. dalam bab tersebut dengan mengemukakan beberapa bukti yang jelas daripada tulisan Imam Az-Zahabi r.a. sendiri yang menyebut pujian beliau terhadap golongan sufi dan kecintaan beliau terhadap golongan sufi. Antaranya, Sheikh Abdul Fattah menukilkan perkataan Imam Az-Zahabi terhadap Sheikh Umar bin Ali (Ibn Al-Faridh) yang ditohmah oleh sebahagian orang sebagai berfahaman Ittihad dengan berkata: berbaik sangkalah kepada golongan sufi [Al-Mizan 2:266 dinukilkan dalam Ar-Raf wa At-Takmil pada catatan Sheikh Abdul Fattah pada m/s: 311] Begitu juga beliau menukilkan kecintaan Imam Az-Zahabi terhadap golongan sufi dengan menulis manaqib Uwais Al-Qarni sebanyak lima lembaran dengan pujian dan sebagainya, walaupun Uwais bukanlah seorang ulama perawi hadith [Al-Mizan 1:278282] Beliau membuat kesimpulan sebagaimana yang telah dibuat oleh Sheikh Dr. Basyar Awwad Maruf dalam kitabnya Az-Zahabi wa Manhajuhu fi Kitab Tarikh Al-Islam [m/s: 463]:Beliau (Imam Az-Zahabi) membezakan antara dua golongan daripada golongan sufi:

Golongan pertama: Golongan sufi yang berpegang teguh dengan agama dan mengikut sunnah. Maka golongan ini dihormati oleh Imam Az-Zahabi dengan penghormatan yang menyeluruh. Bahkan, Imam Az-Zahabi memakai khirqah (pakaian) sufi daripada Sheikh Dhiyauddin Isa bin Yahya Al-Ansari As-Sabti ketika perjalanan beliau ke Mesir. Beliau juga meyakini sebahagian karamah golongan zuhud Goongan kedua: Golongan yang dinilai oleh Az-Zahabi sebagai mereka yang mencarikkan agama Jadi, Sheikh Abdul Fattah cuba bersikap lebih adil terhadap Imam Az-Zahabi dan pendirian beliau terhadap golongan sufi sebagaimana disebutkan oleh Dr. Basyar juga. Bahkan, pembahagian golongan sufi kepada dua kelompok utama bukanlah suatu perkara yang ganjil, bahkan ianya juga menjadi penilaian kebanyakan para ulama sufi yang muktabar sendiri. Cumanya, para ulama sufi yang besar menilai seseorang sufi dengan ukuran yang lebih tepat kerana mereka lebih menghayati dan menjiwai ilmu tasawwuf itu sendiri, berbanding penilaian mereka yang berada di luar bidang tasawwuf dan tidak mencapai tahap kerohanian para ulama sufi. Tetapi, Imam Az-Zahabi (walaupun tidak dinilai sebagai antara para ulama sufi) juga bersikap sangat berhati-hati dalam menilai seseorang tokoh sufi walaupun kadang-kala berbeza dengan penilaian sebenar oleh para ulama sufi seperti penilaian terhadap AlHallaj, Ibn Arabi dan sebagainya. Namun, Imam Az-Zahabi r.a. sangat menekankan kepentingan penelitan dan sikap berhati-hati dalam menilai golongan sufi. Hal ini disebutkan sendiri oleh Imam Az-Zahabi r.a. dalam kitab Al-Muqizah (yang juga ditahqiq oleh Sheikh Abdul Fattah sendiri) ketika membicarakan tentang penilaian terhadap golongan sufi. Beliau berkata: Ini adalah suatu usaha yang sangat bahaya (dalam menilai golongan sufi) kerana mengkritik (mencela) para sufi yang benar (muhaqqiqin) akan membawa seseorang terjerumus dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesiapa yang memusuhi wali maka dia telah mengisytiharkan perang denganKu [Al-Muqizah oleh Imam AzZahabi, cetakan kelima oleh Dar As-Salam di Kaherah pada tahun 2000, m/s: 89] Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah seterusnya membuat catatan dan ulasan terhadap perkataan Imam Az-Zahabi ini dengan berkata: Ini adalah bukti yang jelas antara banyak bukti lain- menunjukkan di mana Al-Hafiz Az-Zahabi r.a. mencintai golongan sufi yang soleh dengan kecintaan yang tinggi. Beliau hanya takut dan memperingatkan kebahayaan sesetengah pengaku sufi dari kalangan ahli syatahat dan yang jauh dari agama [ibid m/s: 90] Manhaj Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dinilai sebagai suatu manhaj yang sangat teliti dan adil dalam menilai seseorang ulama tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa, Imam Az-Zahabi kadang-kala tidak teliti dalam menilai beberapa tokoh sufi yang besar di sisi para ulama sufi, namun pendirian umum Imam Az-Zahabi r.a. terhadap golongan

sufi adalah berasaskan kecintaan, bukan kebencian. Penulis juga melihat sikap Imam AzZahabi ini tidak jauh berbeza daripada pendirian gurunya iaitu Sheikh Ibn Taimiyyah dan rakannya Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyyah yang juga menilai golongan sufi secara teliti (walaupun sebahagian penilaian mereka dinilai tidak tepat oleh sebahagian para ulama sufi muhaqqiqin setelah mereka). Tetapi, penilaian dan pendirian mereka (Ibn Taimiyyah dan Ibn Al-Qayyim) terhadap para ulama Al-Asyairah berbeza pula dengan penilaian mereka terhadap golongan sufi. Jadi, perlu dibezakan antara penilaian kedua-dua tokoh ini terhadap golongan sufi dengan penilaian mereka terhadap golongan Al-Asyairah walaupun kebanyakan ulama sufi adalah dari kalangan para ulama Al-Asyairah. Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah juga mentahqiq dan mengeluarkan kitab Qaidah fi Al-Jarh wa At-Tadil oleh Al-Hafiz Imam Tajuddin As-Subki yang merupakan seorang ulama yang kuat mengkritik Sheikh Ibn Taimiyyah dan Sheikh Ibn Qayyim dalam aqidah sebagaimana mereka berdua (Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim) yang sering mengkritik para ulama Al-Asyairah. Pun begitu, Sheikh Abdul Fattah juga telah mentahqiq dan menerbitkan: Risalah Al-Ulfah bain Al-Muslimin oleh Sheikh Ibn Taimiyyah Al-Halal wa Al-Haram wa Baadh Qawaiduha Al-Muama;at Al-Maliyyah oleh Sheikh Ibn Taimiyyah Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Dhaif karangan Sheikh Ibn Qayyim AlJauziyyah

Sebagaimana beliau mentahqiq dan mengembangkan kitab Imam As-Subki dalam ilmu hadith dalam masa yang sama mengembangkan kitab-kitab Sheikh Ibn Taimiyyah dan Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam bidang tersebut juga. Ini menunjukkan sikap cintakan ilmu oleh Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah yang tidak mengira dari mana sahaja ilmu tersebut diambil. Beliau yang memfokuskan bidang ilmu hadith menerbitkan pelbagai kitab dalam bidang tersebut untuk tujuan mengembangkan dan menyebarkan turath Islam dalam bidang tersebut, walaupun para ulama yang menulis kitab-kitab tersebut mempunyai pelbagai latar belakang keilmuan dan pemikiran yang saling berbeza dan sebahagiannya saling bertentangan antara mereka. Begitu juga kitab-kitab para ulama yang lain dalam beberapa bidang ilmu yang lain. Bahkan, beliau juga menerbitkan kitab-kitab para ulama yang dapat menjawab beberapa persoalan semasa. Sebagai contoh: Dalam bidang fiqh dan usul fiqh:-

Iqamah al-Hujjah ala Ann al-Ikthar min al-Taabbud Lais bi Bidah oleh Imam al Laknawi. Sibahah al-Fikr fi al-Jahr bi al-Dhikr oleh Imam Abd al-Hay al-Laknawi. Al-Ihkam fi Tamyiz al-Fatawa an al-Ahkam wa Tasarrufat al-Qadi wa al-Imam oleh Imam Ahmad ibn Idris al-Qarafi al-Maliki (w: 684H). Fath Bab al-Inayah bi Syarh Kitab al-Niqayah oleh al-Mulla Ali al-Qari alHarawi al-Makki (w. 1014H). Fiqh Ahl al-Iraq wa Hadithuhum oleh Al-Muhaqqiq Sheikh Muhammad Zahid al-Kawthari. Al-Bahir fi Hukm al-Nabi s.a.w. bi al-Batin wa al-Zahir oleh al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti (w: 911H). Tuhfah al-Akhyar bi Ihya Sunnah Sayyid al-Abrar oleh Imam al-Laknawi. Makanah al-Imam Abi Hanifah fi al-Hadith oleh Sheikh Muhammad Abd alRashid al-Numani.

Dan sebagainya Dalam bidang Manhaj, Aqidah dan Tasawwuf: Risalah al-Mustarshidin oleh Imam al-Harith ibn Asad al- Muhasibi (m. 243H). Qasidah Unwan al-Hikam oleh al-Adib Abu al-Fattah al-Busti (m. 400H). Al-Aqidah al-Islamiyyah allati Yunashsha alayha al-Sighar oleh Imam Ibn Abi Zayd al-Qayrawani (m. 386H).

Dalam bidang Ulum al-Quran: Al-Tibyan li Bad al-Mabahith al-Mutaalliqah bi al-Quran oleh al-Allamah Sheikh Tahir al-Jazairi al-Dimasyqi (m. 1338H).

Dalam bidang Kesusasteraan Arab: Al-Tarqim wa Alamatuh fi al-Lughah al-Arabiyyah oleh Al-Allamah Ahmad Zaki Basya (m. 1353H). Tashih al-Kutub wa Sun al-Faharis al-Mujamah oleh Sheikh Ahmad Muhammad Shakir (m. 1377H).

[rujuk: SHEIKH ABD AL-FATTAH ABU GHUDDAH (1917-1997M) dalam AlBayan: Journal of Al-Quran and Al-Hadith Vol.6, Mei 2008/Rabiulawwal 1429 H, m/s: 128-133, tulisan Al-Fadhil Ustaz Mohd. Khafidz Soroni dan Ustaz Fauzi Deraman] Keterbukaan Pemikiran Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah r.a. Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dikenali sebagai salah seorang ulama yang sangat adil dan memiliki manhaj wasathi (pertengahan atau kesederhanaan) dalam membuat

penilaian. Ini jarang didapati oleh kebanyakan ahli ilmu zaman ini melainkan mereka yang dipelihara oleh Allah s.w.t. daripada ketaksuban. Beliau membesar dengan melalui proses pembelajaran ilmu-ilmu agama secara tradisi dengan bertalaqqi dengan ramai para ulama besar di zaman beliau, dari serata dunia. Berdasarkan latar belakang pendidikan beliau yang belajar daripada ramai para ulama dalam bidang ilmu-ilmu agama, maka ianya scara tidak langsung mewarnai perkembangan pemikiran beliau dan manhaj keilmuan beliau. Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah membesar dalam lingkungan para ulama sunnah bermazhab Hanafi dari sudut fiqh dan bermazhab Maturidi dan Asyari dalam aqidah sebagaimana didapati di Halab dan Damsyiq. Kemudian setelah itu, beliau mempelajari ilmu agama di Al-Azhar (Mesir), yang mana sudah menjadi manhaj utama Al-Azhar berpegang dengan manhaj Al-Asyari (di samping Al-Maturidi) dalam bidang aqidah. Bahkan, kebanyakan ulama muktabar Al-Azhar sejak zaman berzaman (setelah ianya dibersihkan dari fahaman Syiah) berpegang dengan manhaj Al-Asyari dalam aqidah. Maka, bagi mereka yang belajar di Al-Azhar namun tidak berpegang dengan manhaj AlAsyari bahkan menolak pula manhaj Al-Asyari bererti sudah terpinggir dari manhaj sebenar Al-Azhar As-Syarif sebagaimana dijelaskan oleh sebahagian para ulama AlAzhar kepada kami. Antara para ulama besar yang menjadi rujukan utama Sheikh Abdul Fattah sewaktu di Mesir adalah seperti Al-Muhaqqiq Sheikh Zahid Al-Kauthari dan Sheikhul Islam Mustafa Sabri. Hal ini diakui sendiri oleh Sheikh Abdul Fattah dalam sebahagian penulisan beliau khususnya berkenaan hubungan keilmuan beliau yang sangat rapat dengan Sheikh AlKauthari sehinggakan kecenderungan Sheikh Abdul Fattah untuk bertemu dengan para ulama hadith di India juga adalah daripada galakan Sheikh Al-Kauthari sendiri yang sentiasa memuji sebahagian ulama hadith di India seperti Imam Al-Laknawi dan sebagainya. Di samping perkembangan keilmuan beliau, beliau juga banyak mendampingi para pendakwah yang sangat giat dalam berdakwah di serata dunia Islam. Beliau sentiasa mengikuti pengajian Imam Hasan Al-Banna sewaktu di Mesir dan banyak mengambil pelajaran daripada watak pemikiran Imam Hasan Al-Banna Al-Husofi, seorang murobbi sufi didikan seorang sufi yang besar di Mesir iaitu Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi. Ketika beliau mengunjungi India juga, beliau sempat bertemu dengan seorang murobbi ulung di sana iaitulah Al-Allamah Sheikh Abu Al-Hasan Ali An-Nadwi Al-Hasani, seorang ulama yang sangat giat dalam dakwah Islamiyyah. Al-Allamah Sheikh Abu AlHasan Ali An-Nadwi mempunyai ciri-ciri pemikiran yang hampir sama dengan Hasan Al-Banna dari sudut manhaj pertengahan dan sangat menginginkan kesatuan dalam masyarakat Islam. Ia juga justeru sedikit sebanyak memberi pengaruh terhadap pemikiran Sheikh Abu Ghuddah dalam menilai sesuatu isu yang melibatkan masyarakat Islam. Sheikh Abdul Fattah mempunyai manhaj pemikiran yang sangat sederhana dalam menilai, mengkaji, membuat ulasan dan membuat penelitian terutamanya ketika beliau

berinteraksi dengan turath para ulama. Beliau sangat terbuka dalam membuat penilaian ilmiah namun tidak sambil lewa. Beliau melihat pada sesuatu isu dari pelbagai sudut dan tidak mudah mengikut mana-mana pendapat melainkan setelah meneliti pendapat tersebut dengan kajian yang meluas. Beliau mengekalkan pendirian yang sederhana namun tegas dalam menangani pemikiran tasyaddud (keras) terutamanya dari sudut keilmuan. Ketika beliau cuba mempertahankan manhaj perpaduan dalam sesama muslim, beliau juga tetap menjelaskan apa yang salah sebagai suatu yang salah tanpa perlu berselindung untuk meraih sokongan dan perhatian. Pendirian beliau dalam sesuatu isu diketahui oleh mereka yang sering membaca penulisan dan penelitian ilmiah beliau walaupun beliau tidak sering mengulangi pendirian tersebut atas dasar ingin menjaga perpaduan ummah. Beliau jelas dalam masalah aqidah, yang mana perkara usul dan yang mana perkara furu. Beliau juga jelas dalam masalah fiqh, antara yang usul dengan yang furu. Jadi, beliau sering memberi isyarat tentang pendirian beliau samada secara jelas ataupun tidak terhadap masalah-masalah keilmuan yang dibincangkan oleh para ulama dan ilmuwan Islam. Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah adalah antara rujukan yang dipegang (muktamad) dalam bidang ilmu hadith kerana kepakaran beliau dalam bidang tersebut. Namun, beliau juga mempunyai pendirian yang tegas dan pandangan yang jelas dalam bidang aqidah. Oleh sebab itulah, ketika beliau berinteraksi dengan isu-isu seperti pertembungan antara para ulama Al-Asyairah dengan para pengkritik mereka, maka beliau dapat membuat kesimpulan yang sesuai dengan pandangan umum As-Sawad Al-Azhom (majoriti ulama Islam sejak zaman-berzaman). Tambahan pula, beliau banyak merujuk guru beliau iaitu Sheikh Muhammad Zahid Al-Kauthari dalam melibatkan ilmu kalam. Antara manhaj Sheikh Abdul Fattah dalam menjelaskan pendirian beliau dalam sesuatu isu adalah, beliau akan menukilkan perkataan para ulama lain dalam sesuatu masalah sebagai rujukan tambahan bagi perbahasan yang sedang dibahaskan oleh penulis asal kitab yang beliau tahqiq tersebut tanpa menolak perkataan tersebut. Nukilan tersebut selalunya mewakili pendirian beliau dalam sesuatu isu ilmiah yang sedang dibahaskan oleh penulis kitab walaupun tanpa membuat ulasan sendiri. Hanya, kadang-kala, beliau cuba menguatkan lagi pendirian beliau dalam sesuatu masalah dengan menambah komen dan ulasan beliau sendiri sebagai tambahan kepada perkataan para ulama yang telah beliau nukilkan dalam tahqiq atau ulasan beliau. Sebagai contoh, ketika beliau membahaskan tentang Imam Al-Muhasibi r.a. dalam pendahuluan kepada kitab Risalah Al-Mustarsyidin, beliau menyentuh tentang pertembungan antara Imam Ahmad bin Hanbal r.a. dengan Imam Al-Muhasibi r.a. dengan beberapa ulasan daripada para ulama. Akhirnya, beliau membuat kesimpulan bahawasanya Imam Ahmad mengkritik Imam Al-Muhasibi hanya kerana Imam AlMuhasibi banyak berbahas masalah aqidah secara ilmu kalam (yang ketika itu sangat kuat digunakan oleh Mutazilah).

Setelah menukilkan perbahasan ulama mengenai pertembungan tersebut, Sheikh Abdul Fattah tidak membiarkan para pembaca tertanya-tanya tentang kedudukan sebenar ilmu kalam di sisi para ulama Islam terutamanya setelah kemunculan Imam Al-Asyari dan Imam Al-Maturidi, lalu beliau menukilkan perkataan Imam Al-Munawi dalam Faidh AlQadir: Ibn Arabi (Al-Maliki) berkata: Ilmu Kalam (secara mendalam) walaupun suatu ilmu yang sangat mulia, namun ianya tidak diperlukan oleh ramai manusia (awam). Bahkan, sudah memadai ada seorang sahaja yang menguasainya dalam satu negeri. Ia berbeza dengan kepentingan para ulama yang mahir dalam bidang ilmu furu dalam agama (fiqh dan sebagainya), kerana manusia sangat memerlukan kepada banyak ulama syariat (fuqaha). Seseorang manusia jika meninggal dunia, padahal dia tidak mengetahui istilah mereka yang mahir dalam ilmu Nazhar (kalam) seperti Jauhar, Aradh, Jisim, Jasmani, Ruh dan Rohani, maka Allah s.w.t. tidak akan bertanya orang itu tentang istilah-istilah tersebut. Bahkan, Allah s.w.t. akan bertanya manusia tentang apa yang wajib mereka lakukan daripada tugas syariat yang furu (fiqh) dan sebagainya [Faidh Al-Qadir 4/431 yang dinukilkan oleh Sheikh Abu Ghuddah dalam Tarjamah Al-Muallif pada kitab Risalah Al-Mustarsyidin m/s: 21 di bahagian nota kaki] Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah juga mementingkan sikap penilaian sederhana dalam mengulas dan mengkritik (jika perlu) seseorang ahli ilmu. Beliau kadang-kala akan membuat ulasan terhadap komen-komen para ulama terhadap ulama lain yang dinilai melebihi batasan di sisi beliau walaupun beliau bersetuju wujudnya kepincangan di sisi ulama yang dikomen oleh para ulama lain tersebut. Tetapi, apa yang beliau cuba perhalusi dalam ulasan beliau adalah tentang manhaj kesederhanaan dalam membuat penilaian. Dalam risalah Qaidah fi Al-Jarh wa At-Tadil karangan Imam Tajuddin As-Subki (Ibn As-Subki) r.a., beliau mengulas tentang penilaian keras Imam As-Subki terhadap gurunya sendiri iaitu Imam Az-Zahabi pada permulaan risalah tersebut, berkenaan sikap Imam Az-Zahabi terhadap sebahagian ulama Asyairah. Imam As-Subki r.a. pada awalnya menukilkan perkataan Al-Hafiz Sholahuddin Khalil Likaldi Al-Alaie: As-Sheikh Al-Hafiz Syamsuddin Az-Zahabi tidak syak lagi pada agama, waranya dan penilaiannya pada apa yang dikatakan oleh manusia lain. Tetapi, beliau sudah didominasi oleh mazhab Ithbat (sepertimana gurunya Ibn Taimiyyah dan sebagainya), menjauhi tawil dan lalai daripada tanzih sehingga terkesan dalam kebiasaannya untuk menjauhi daripada ahli tanzih dan cenderung kepada ahli ithbat. [Arbau Rasail fi Ulum Al-Hadith, risalah pertama: Qaidah Fi Al-Jarh wa At-Tadil m/s: 43 yang ditahqiq oleh Sheikh Abdul Fattah] Pada perkataan Sheikh Al-Alaie ini, Sheikh Abdul Fattah tidak memberi ulasan. Ini kerana, menurut beliau (sebagaimana cara kebiasaan Sheikh Abdul Fattah, wallahu alam), perkataan Al-Hafiz Al-Alaie itu tidak perlu diulas kerana tidak mempunyai sebarang masalah ilmiah.

Namun, setelah itu, Imam As-Subki pula berkata: Sedangkan, pada diri Sheikhna Az-Zahabi lebih daripada apa yang beliau (Al-Alaie) sifatkan. Beliau ialah guru dan pengajar kami, namun kebenaran lebih berhak untuk diikuti. Beliau (Az-Zahabi) sudah mencapai tahap taksub yang melampau sehingga sampai mengelabui diri beliau sendiri, sedangkan saya takut keadaan beliau di hari Kiamat nanti berkenaan majoriti ulama Islam dan para imamnya yang memikul syariat ini, yang mana kebanyakan mereka adalah Asyairah (yang kuat dikritik oleh Az-Zahabi) [ibid: 44] Sheikh Abdul Fattah membuat ulasan terhadap perkataan Imam As-Subki berkenaan Imam Az-Zahabi ini dengan mengatakan ianya suatu perkataan yang berlebih-lebihan bahkan dalam tulisan Imam As-Subki yang lain juga. Bahkan, Sheikh Abdul Fattah turut menukilkan beberapa perkataan para ulama tentang sikap berlebih-lebihan Imam As-Subki dalam mengkritik Imam Az-Zahabi dengan membawa rujukan-rujukan antaranya: Al-Hafiz As-Sakhawi didapati turut menganggap Imam Tajuddin As-Subki agak berlebih-lebihan dalam mengkritik Imam Az-Zahabi dalam Al-Ilan bi At-Taubikh m/s 56. Begitu juga perkataan Al-Qadhi As-Syaukani dalam Al-Badr At-Thalie [2/111] terhadap Imam As-Subki dalam mengkritik Az-Zahabi. Sheikh Abdul Fattah seterusnya menukilkan perkataan As-Sakhawi terhadap Az-Zahabi di setelah kritikan beliau terhadap As-Subki: walaubagaimanapun, saya tidak menyucikan Az-Zahabi daripada sebahagian yang dinisbahkan kepada beliau [Al-Ilan bi At-Taubikh m/s: 76]. Ini secara tidak langsung menggambarkan kesimpulan pendirian beliau dalam isu ini (sebagaimana kebiasaan beliau) kerana setelah itu beliau sudah tidak lagi mengulas tentang kritikan As-Subki terhadap Az-Zahabi tersebut. Bahkan, setelah itu, beliau juga menukilkan bagaimana Imam As-Sakhawi masih berbaik sangka dengan Al-Hafiz AzZahabi yang menunjukkan juga pendirian Sheikh Abdul Fattah r.a. terhadap Al-Hafiz AzZahabi dalam kebanyakan tahqiq beliau. Kesederhanaan penilaian Sheikh Abdul Fattah terhadap para ulama juga terzahir jika kita membandingkan ulasan-ulasan beliau terhadap perkataan seseorang ulama di tempat-tempat yang berbeza. Sebagai contoh kesinambungan perbahasan sebelum ini, Sheikh Abdul Fattah menjelaskan di mana beliau menilai perkataan Imam As-Subki terhadap Imam Az-Zahabi adalah suatu penilaian yang melampau. Namun, dalam isu yang berbeza, Sheikh Abdul Fattah menilai perkataan Imam Tajuddin As-Subki adalah sebaik-baik penilaian dalam isu tersebut. Isu yang dimaksudkan adalah

perselisihan antara Imam Ahmad dengan Imam Al-Muhasibi r.a. yang mana Imam AsSubki ada memberi ulasan terhadap pertembungan kedua-dua imam tersebut. Sheikh Abdul Fattah r.a. mengulas mengenai ulasan Imam As-Subki terhadap pertembungan kedua-dua imam tersebut dengan berkata: Bahawa sesunggunya Imam Tajuddin Ibn As-Subki telah berkata suatu perkataan yang sangat baik (penilaian yang sangat baik) dan sangat adil ketika mengulas tentang apa yang berlaku antara Imam Al-Muhasibi dengan Imam Ahmad r.a... [Tarjamah AlMuallif pada kitab Risalah Al-Mustarsyidin m/s: 21] Ini menunjukkan kelapangan jiwa Sheikh Abdul Fattah dalam menilai seseorang ulama dengan memuji seseorang ulama pada kebaikan yang dilakukannya walaupun dalam masa yang sama menjelaskan kesalahannya (berdasarkan penilaian beliau) tanpa sedikitpun mengurangkan rasa hormat beliau terhadap ulama tersebut. Ia berbeza dengan sesetengah pengkaji dan ahli ilmu yang bersifat mencela seseorang ulama tanpa sedikitpun menjelaskan sudut kebaikan ulama tersebut padahal ulama tetap mempunyai sumbangannya tersendiri walaupun dalam masa yang sama mempunyai kesalahannya sebagai seorang manusia.

You might also like