P. 1
RANCANGAN PERNIAGAAN

RANCANGAN PERNIAGAAN

|Views: 4,268|Likes:
Published by Mya Amyra
Digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran sahaja.
Digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran sahaja.

More info:

Published by: Mya Amyra on Jul 27, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/11/2013

pdf

text

original

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

1

- RANCANGAN PERNIAGAAN -

OBJEKTIF Diakhir modul ini, pelajar/peserta dapat: a. Menjalankan kawalan perniagaan dan penyediaan rancangan perniagaan.

RINGKASAN Topik ini menerangkan definisi rancangan perniagaan, kepentingan rancangan perniagaan, ciri rancangan perniagaan yang baik, format dan kandungan rancangan perniagaan.

SILIBUS RANCANGAN PERNIAGAAN 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 Definisi Rancangan Perniagaan. Kepentingan Rancangan Perniagaan. Ciri Rancangan Perniagaan Yang Baik. Kepentingan Penyata Misi Dan Membinanya Dalam Rancangan Perniagaan. Rancangan Organisasi atau Pentadbiran Rancangan Pemasaran Rancangan Pengeluaran atau Operasi Rancangan Kewangan Format dan Kandungan Rancangan Perniagaan Rujukan

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

2

4.1

Definisi Rancangan Perniagaan Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen bertulis di antara 25 hingga 40 muka surat yang menerangkan tentang: • Perniagaan atau projek yang akan dijalankan; hala tuju perniagaan dan bagaimana ia akan berkembang secara menyeluruh. • Kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan serta • Ramalan-ramalan, jangkaan-jangkaan dan cara perlaksanaan strategi perniagaan.

Sesetengah pihak menggunakan nama-nama lain untuk Rancangan Perniagaan. Di antaranya adalah pelan induk perniagaan, kertas kerja, kertas projek atau prospektus. Rancangan Perniagaan merupakan peta yang akan menentukan arah tuju syarikat dan strategi bagaimana kejayaan dicapai oleh usahawan.

4.2

Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepentingan Rancangan Perniagaan dibahagi kepada dua iaitu:-

4.2.1

Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Usahawan Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai idea perniagaan atau projek perniagaannya dengan teliti, secara objektif dan kritis. Memberi gambaran samada projek yang dicadangkan berdaya maju atau tidak. Membantu usahawan membuat anggaran keperluan dan pengagihan sumber perniagaan dengan baik dan berkesan. Menyedarkan usahawan akan masalah-masalah yang mungkin timbul dalam melaksanakan projek perniagaan.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

3

Menjadikan garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian. Membuat ramalan-ramalan jualan, perbelanjaan dan aliran wang tunai perniagaan. Menerangkan tugas dan tanggung jawab kakitangan serta kehendak dan jangkaan perniagaan. Menilai prestasi perniagaan. Merancang pembangunan produk baru. Menjadikan asas cadangan bagi pemohonan pembiayaan.

4.2.2 Kepentingan Rancangan Perniagaan Kepada Pihak Luar Juru bank atau pegawai bank Untuk menilai potensi cadangan projek berhubung dengan permohonan pembiayaan perniagaan.

Pembekal Untuk mendapat gambaran yang jelas akan idea dan kedudukan kewangan perniagaan bagi tujuan menilai sama ada akan memberi kemudahan kredit atau tidak.

Kakitangan Untuk memahami matlamat dan tujuan perniagaan bagi membolehkan mereka melakukan kerja-kerja seperti yang diharapkan oleh perniagaan dan bagi meyakinkan pekerja untuk terus bekerja dengan perniagaan.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

4

Pelanggan Bagi menilai kemampuan perniagaan samada dapat menawarkan produk atau perkhidmatan yang lebih selamat dan menyakinkan jika proses pembuatannya terjamin dari segi keselamatan dan kesihatannya.

Pelabur Untuk menilai maklumat perniagaan dan memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal pelabur atau pelabur untuk membuat pelaburan dengannya.

4.3

Ciri Rancangan Perniagaan Yang Baik Setiap Rancangan Perniagaan yang baik perlu mematuhi syarat asas berikut:

Fakta dan maklumat yang digunakan adalah benar dan terkini, yang diperolehi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti rekod dan data dalaman perniagaan, statistik kerajaan, data penyelidikan pemasaran dan lain-lain.

Maklumat atau data yang dikumpul dianalisis secara terperinci dan berasas.

Maklumat dan data-data yang berubah dari semasa ke semasa diubahsuai dan dikemaskini.

Mempunyai satu set penyata kewangan: proforma aliran tunai,akaun penamat.

Memberi fokus kepada keperluan pengguna. Penyediaan Rancangan Perniagaan hendaklah mengambil kira tujuan ianya disediakan, contohnya untuk memohon pinjaman bank, untuk mendapatkan sesuatu tender dan sebagainya.

Mempamerkan penyelarasan semua fungsi atau aktiviti perniagaan.. Contohnya jika ramalan pendapatan perniagaan adalah RM1 juta, maka bahagian pemasaran, pengeluaran,

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

5

kewangan, sumber manusia dan lain-lain aktiviti perniagaan bertindak sebagai ‘satu pasukan’ bagi mendapatkan sebanyak RM1 juta. • •

Menunjukkan keazaman, komitmen dan kecekapan usahawan atau pengurus terbabit

Mempunyai pelan tindakan (action plan) yang jelas dan boleh dilaksanakan.

4.4

Kepentingan Penyata Misi Dan Membinanya Dalam Rancangan Perniagaan Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh dan dengan itu memerlukan penyataan misi. Penyataan misi memberi fokus kepada matlamat jangka panjang yang diinginkan. Perniagaan yang tidak mempunyai penyataan misi akan terdedah kepada pembaziran sumber dan masa kerana cuba menjalankan operasi perniagaan tanpa arah. Penyataan misi dibangunkan untuk membuat penentuan kedudukan perniagaan dalam pasaran dan ke arah manakah yang ingin dituju. PENYATA MISI Pada amnya, maklumat di dalam penyataan misi adalah seperti berikut :Alasan perniagaan diwujudkan Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan Klien atau pelanggan perniagaan Kawasan geografi pemasaran Kelebihan kompetitif produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Contoh penyataan misi adalah seperti berikut :Syarikat Gagah Perkasa Sdn.Bhd. mendapat keuntungan dengan mengeluar dan memasarkan sistem penghawa dingin yang unik untuk bangunan-bangunan kediaman dan komersial. Ia menggunakan teknologi angkasa lepas yang dapat menjimatkan sehingga 55% kos tenaga elektrik. Sasaran pelanggan syarikat adalah arkitek, jurutera bangunan, pemaju perumahan dan bangunan komersial dan lain-lain pengguna di Malaysia dan rantau Asia.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

6

4.5

Rancangan Organisasi atau Pentadbiran Definisi Pengorganisasian merupakan satu proses mencapai usaha yang selaras dengan merekabentuk suatu struktur tugas, authoriti, manusia dan komunikasi. Tiga unsur penting yang terdapat di dalam definisi ini ialah: 1. Perkataan merekabentuk yang bermaksud bahawa pengorganisasian merupakan proses yang rasional dan berterusan, di mana pengurus akan mewujudkan interaksi dan perhubungan yang paling berkesan di dalam organisasi. 2. 3. Hasil daripada usaha merekabentuk ini wujudlah satu struktur di dalam organisasi. Struktur meliputi pengumpulan tugas-tugas sama, mewujudkan perhubungan authoriti di antara dan di kalangan tugas-tugas, meletakkan orang yang paling sesuai bagi tugas-tugas tersebut dan membangunkan cara berkomunikasi yang paling berkesan diantara tugastugas dan pekerja-pekerja.

Mengumpul Tugas Fungsi mengumpul kerja diistilahkan juga sebagai pembahagian tugas. Terdapat tiga aspek penting iaitu (1) pengkhususan kerja yakni mendefinasikan tugas-tugas individu, (2) penjabatan atau pembahagian tugas secara mendatar dan (3) perhubungan lini-staf. a. Pengkhususan Tugas Untuk melaksanakan tugas yang diperlukan, pengurus biasanya membahagikan kerja kepada tugas-tugas yang khusus supaya dapat diisi oleh pekerja-pekerja. Ini dipanggil definisi kerja kerana ia menetapkan perkara yang perlu dilakukan, bagaimana melakukannya dan bentuk ganjaran yang akan diberi oleh organisasi kepada pekerja sebagai menghargai usaha mereka.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

7

b.

Penjabatanan Setelah setiap tugas didefinasikan, langkah yang seterusnya ialah menentukan bagaimana tugas-tugas ini akan dikumpulkan ke dalam unit-unit dan jabatan-jabatan. Pengumpulan tugas dalam bentuk mendatar (horizontal) ini disebut sebagai penjabatanan. Asas kepada penjabatanan ialah tumpuan, samada tumpuan dalaman atau luaran. Tumpuan dalaman ialah penjabatanan ikut fungsi dan tumpuan luaran termasuklah orientasi terhadap keluaran, wilayah, pasaran, masa, jenis alat dan sebagainya. i. Penjabatanan Ikut Fungsi • • Kaedah fungsian merupakan bentuk penjabatanan yang paling luas diamalkan. Organisasi yang baru ditubuhkan biasanya kecil, mudah diurus dan mempunyai seorang pengurus dan beberapa orang pekerja. • Apabila organisasi mula berkembang dan menambah lebih ramai ramai pekerja, pengurus akan melepaskan sebahagian daripada tanggungjawab pengurusan kepada kakitangan yang telah diambil berdasarkan kepakaran masing-masing. • Ada kakitangan yang dipertanggungjawabkan dalam fungsi mewujudkan barangan atau pengeluaran. Ada kakitangan yang ditugaskan bagi memasar dan menjual barangan, dan ada juga yang mengendalikan hal kewangan dan undang-undang. • Tanggungjawab formal digariskan dan kakitangan dikumpulkan mengikut pengkhususan mereka. Satu contoh susunan mengikut fungsi dalam syarikat pembuatan adalah seperti di sebelah: Tugas dalam struktur ini dibezakan mengikut fungsi iaitu seperti fungsi pengeluaran, pemasaran, kewangan dan kakitangan.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

8

Kelebihan struktur ini ialah: i. Ia menjimatkan kos, kerana setiap pengkhususan dikumpulkan sekali ini mengelakkan pertindihan usaha. ii. Ia membuatkan pengurusan bertambah mudah kerana pengurus hanya perlu menjadi pakar bidang tertentu sahaja. iii. Penyelaras dalam jabatan adalah mudah kerana masing-masing mempunyai kemahiran dan kepentingan yang agak sama.

Di antara kelemahan-kelemahannya pula ialah: i. Keseluruhan organisasi memerlukan penyelarasan di peringkat paling atas. Ini akan bertambah rumit apabila organisasi makin kompleks. ii. Bentuk ini sukar disesuaikan dengan perubahan. iii. Struktur ini berkesan dalam persekitaran yang stabil dan hanya sesuai bagi organisasi kecil yang mengeluarkan beberapa keluaran sahaja.

Pengurus Besar

Pengurus Kewangan

Pengurus Pemasaran

Pengurus Pentadbiran

Pengurus Pengeluaran

Eksekutif Jualan

Eksekutif Edaran

Rajah 1: Struktur fungsian / tugas

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

9

ii. Penjabatanan Ikut Keluaran Apabila organisasi mula berkembang, keluaran semakin bertambah dan pasaran mungkin berubah, struktur fungsian di atas menjadi kurang sesuai. Masalah –masalah yang mungkin timbul ialah konflik diantara jabatan, kekurangan fleksibiliti, saluran komunikasi yang ”berkecamuk”, kelewatan membuat keputusan dan sebagainya. Masalah ini menyebabkan pengkhususan ikut fungsi tidak memadai. Setiap keluaran memerlukan kepakarannya tersendiri. Oleh kerana itu penjabatan ikut keluaran diperlukan. Struktur mengikut keluaran mengumpulkan kakitangan berdasarkan keluaran. Di dalam setiap jabatan akan terdapat unit-unit seperti kewangan, pemasaran dan pengeluaran. Contoh penjabatan mengikut keluaran adalah seperti di dalam rajah berikut:-

Pengurus Besar

Pengurus Keluaran A

Pengurus Keluaran B

Pengurus Keluaran C

Pentadbiran

Kewangan

Pemasaran

Pengeluaran

Rajah 1: Struktur keluaran

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

10

Kelebihan struktur ini ialah: i. Komunikasi lebih cepat dan fleksibiliti untuk bertindak terhadap pembaharuan akan meningkat. ii. Pakar-pakar dalam setiap jabatan keluaran boleh menjadi lebih mahir dalam sesuatu keluaran. iii. Keputusan yang dibuat diperingkat bawahan membolehkan pengurus lebih berupaya menumpukan perhatian terhadap perancangan jangka panjang.

Di antara kelemahannya ialah: i. Pertindihan didalam usaha dan kemahiran di setiap kumpulan keluaran akan melibatkan kos yang tinggi dan menimbulkan beberapa masalah lain. ii. Kemungkinan berlaku kehilangan kawalan pihak atasan memandangkan pihak ketuaketua setiap jabatan mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas semua fasa dalam pengeluaran dan pemasaran keluaran. iii. Memerlukan lebih ramai pengurus mempunyai kelayakan dalam pengurusan Am (general management) kerana setiap jabatan adalah umpama sebuah syarikat kecil dengan kawasan pengeluaran, pasukan jualan dan kakitangannya yang tersendiri.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

11

iii. Penjabatanan Ikut Wilayah Penjabatanan ini membahagikan jabatan-jabatan mengikut wilayah-wilayah di mana syarikat menjalankan perniagaannya. Contoh struktur wilayah ditunjukkan dibawah:

Pengurus Besar

Pengurus Wilayah A

Pengurus Wilayah B

Pengurus Wilayah C

Pentadbiran

Kewangan

Pemasaran

Pengeluaran

Rajah 1: Struktur Wilayah Kelebihan Struktur Wilayah: i. Terdapat penyelarasan ditempat jualan. Ini akan membolehkan perkhidmatan diberi dengan cepat dan memuaskan. ii. Oleh kerana citarasa dan keperluan pelanggan berlainan bagi tempat yang berbeza, struktur seperti ini akan dapat memberikan perhatian yang lebih kepada pengguna. iii. Ia lebih responsif/peka terhadap keperluan pelanggan.

Di antara kelemahannya ialah: i. Pertindihan didalam usaha yang dilakukan. ii. Keperluan untuk melatih pengurus dalam pengurusan semua fungsi. iii. Keperluan terhadap sumber organisasi yang besar.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

12

iv. Penjabatanan Ikut Matriks Penjabatanan mengikut matriks adalah kacukan struktur fungsian dengan struktur keluaran. Ia direkabentuk untuk membolehkan syarikat menambahkan fleksibiliti dan juga penggunaan sumber-sumber organisasi dengan cekap. Struktur ini amat sesuai bagi organisasi yang mempunyai tugas yang teknikal dan sekitaran yang tidak pasti. Contoh carta organisasi mengikut matriks adalah seperti berikut:-

Pengurus Besar

Pengurus Projek

Pengurus Kewangan

Pengurus Pengeluaran

Pengurus Pemasaran

Pengurus Projek A

Wakil Kewangan

Wakil Pengeluaran

Wakil Pemasaran

Pengurus Projek B

Wakil Kewangan

Wakil Pengeluaran

Wakil Pemasaran

Pengurus Projek C

Wakil Kewangan

Wakil Pengeluaran

Wakil Pemasaran

Rajah 1: Struktur fungsian / tugas

Kelebihan Struktur Wilayah: i. Ia membolehkan satu jabatan yang ”self contained” menumpukan perhatian kepada keperluan projeknya sendiri. ii. Pengurusan boleh mengelakkan penubuhan jabatan-jabatan fungsian yang bertindih.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

13

Di antara kelemahannya ialah: i. Pergelutan kuasa dan konflik diantara pengurus-pengurus yang mengetuai kumpulan keluaran dengan kumpulan projek mungkin berlaku. ii. Kemungkinan lebih banyak masa digunakan untuk bermesyuarat. iii. Perbelanjaan overhead yang tinggi dengan pengambilan lebih ramai kakitangan. iv. Struktur ini biasanya adalah untuk sementara sahaja dan akan lenyap dalam keadaan ekonomi merosot. v. Pekerja akan merasa tertekan kerana bertanggungjawab kepada dua autoriti.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

14

4.6

Rancangan Pemasaran Definisi Apa saja usaha secara sistematik dalam melariskan dan meningkatkan jualan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pasaran. Dan ia tidak bertentang dengan hukumhukum islam dan tatasusila kemanusiaan. Proses kegiatan pemasaran:Menganalisis peluang-peluang yang terdapat di dalam pasaran

Memilih peluang yang boleh diambil berdasarkan kemampuan syarikat

Menilai dan memilih pasaran

Menentukan pasaran sasaran

Membentuk campuran pemasaran yang bersesuaian dengan pasaran sasaran yang dipilh

Melaksanakan kegiatan pemasaran sepertimana yang dirancang

Mengurus, mengawal serta menilai kegiatan pemasaran secara berterusan dan berhati-hati

Menilai dan Memilih Pasaran Pasaran ialah satu kumpulan individu atau organisasi yang mempunyai keperluan dan keinginan kepada sesuatu barangan dan kumpulan ini mempunyai kuasa membeli. Terdapat 4 bentuk pasaran:• • • • Pasaran Pengguna Pasaran Industri Pasaran Kerajaan Pasaran Penjual

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

15

Persekitaran Pemasaran a. Persekitaran dalaman:1. Bahagian didalam syarikat seperti jualan, belian, kakitangan, pengeluaran, pentadbiran dan perakaunan. 2. Elemen-elemen didalam campuran pemasaran-barangan, harga, promosi dan saluran pengedaran. b. Persekitaran Luaran:1. Ekonomi 2. Teknologi 3. Politik & undang-undang 4. Sosial,kepercayaan, nilai & budaya 5. Pesaing 6. Keadaan semulajadi 7. Orang ramai 8. Pembekal

Membentuk Campuran Pemasaran Campuran pemasaran ialah barangan, promosi, saluran pengedaran dan harga.

1. Strategi Barangan - Apakah yang dimaksudkan dengan barangan? - Pengkelasan barangan:- berdasarkan kepada ciri barangan & siapa yang menggunakannya. - Kepentingan Jenama - Kepentingan Pembungkusan

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

16

2. Strategi Promosi Proses Perancangan Kempen Promosi:a. Mengenalpasti sasaran pasaran b. Menentukan saiz sasaran pasaran c. Menggubal objektif promosi d. Menentukan belanjawan promosi e. Memilih media dan kaedah yang sesuai f. Mengkoordinasikan promosi dengan strategi pemasaran yang lain g. Melaksanakan program promosi h. Mengawal aktiviti promosi

3. Strategi Edaran - Sistem edaran yang mantap akan dapat mempastikan setiap barangan sampai ke tangan pembeli pada masa yang dikehendaki. - Diberi pertimbangan berdasarkan;a. Kaedah Pengangkutan Barangan b. Pergudangan

4. Strategi Penentuan Harga - terdapat beberapa faktor:- kos-kos pengurusan dan pengeluaran disamping keuntungan. - Prosidur meletakkan harga asas a. Tetapkan objektif meletak harga b. Tentukan permintaan harga c. Pastikan kos-kos yang terlibat d. Teliti harga tawaran pesaing

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

17

e. Pilih kaedah penetapan harga yang paling sesuai f. Pilihan harga terakhir

4.7

Rancangan Pengeluaran atau Operasi Pengenalan kepada Rancangan Pengeluaran / Operasi

Sebagai pengenalan dan asas perbincangan bab ini, penerangan ditumpukan kepada takrif pengurusan pengeluaran, fungsi pengeluaran / operasi di dalam sesebuah perniagaan, proses pertukaran, matlamat rancangan pengeluaran / operasi dan kepentingannya.

Takrif Pengurusan Pengeluaran / Operasi Pengurusan pengeluaran / operasi merupakan satu rangkaian aktiviti-aktiviti merancang, mengguna dan mengawal segala sumber yang ada bagi menghasilkan sesuatu keluaran atau perkhidmatan. Istilah pengeluaran / operasi digunakan kerana ia tidak hanya melibatkan aktiviti perkilangan semata-mata tetapi juga aktiviti disektor bukan perkilangan.

Fungsi Pengeluaran / Operasi di dalam Sesebuah Perniagaan Fungsi pengeluaran / operasi didalam sesebuah perniagaan ialah untuk menghasilkan keluaran atau perkhidmatan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pengurusan.

Proses Pertukaran Unsur yang penting di dalam sesuatu pengeluaran / operasi adalah proses pertukaran dimana sumber-sumber atau input –input seperti tenaga manusia, modal (kelengkapan), bahan mentah, tanah, tenaga dan maklumat diproses dan ditukarkan kepada sesuatu keluaran (output) yang mempunyai nilai jauh melebihi jumlah semua input. Penghasilan keluaran juga membawa unsur utiliti kepada pengguna sama ada ianya berbentuk fizikal (kilang), perletakan (pengangkutan), pelajaran (UITM), fisiologikal (hospital), maklumat (media massa), pertukaran (kedai, pasar) mahupun pengedaran(stokis).

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

18

Matlamat Perancangan Pengeluaran / Operasi Matlamat perancangan pengeluaran / operasi ialah untuk mereka cipta suatu sistem dimana keluaran-keluaran yang dikehendaki dapat dihasilkan dengan jumlah (kuantiti) yang diperlukan, mempunyai mutu (kualiti) yang bertepatan, tepat pada masa dan tempat yang diperlukan, dengan kos yang menjimatkan dan dengan kadar keuntungan yang optimum.

Kepentingan Perancangan Pengeluaran / Operasi Sebagai bakal usahawan, pembaca perlu merancang aktiviti operasi agar ia menjadi lebih berkesan, mampu merendahkan kos-kos keluaran dan operasi, meminimumkan pembaziran dan seterusnya memaksimumkan penghasilan keluaran.

Kegagalan merancang dan mengawal aktiviti pengeluaran / operasi boleh menimbulkan masalah-masalah seperti kelewatan di dalam penerimaan bahan, ketidak puasan pelanggan, kekurangan volum output , kadar pembaziran yang tinggi dan merosakkan bahan mentah.

Kegagalan ini seterusnya boleh membawa kepada penurunan produktiviti dan kegagalan di dalam pencapaian matlamat perniagaan.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

19

Carta Aliran Proses Carta aliran proses ialah suatu gambaran grafikal yang simbolik atau rajah skematik menunjukkan kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan yang perlu dilakukan mengikut urutannya untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Maklumat yang terkandung di dalam carta aliran proses ialah jumlah keluaran, jarak pergerakan, jenis-jenis kerja atau operasi yang dilakukan dan peralatan yang diperlukan. Untuk tujuan perbincangan, carta aliran proses hanya akan menujukkan aliran kerja yang perlu di lakukan. Dengan menggunakan carta aliran proses, analisis berhubung dengan keperluan- keperluan mesin, peralatan dan susun atur kilang atau ruang niaga dapat dilakukan.

Lima simbol utama yang digunakan di dalam aliran proses ialah:-

= Operasi

= Angkutan

= Pemeriksaan

= Kelewatan

= Penyimpanan

• Penerangan untuk simbol-simbol tersebut adalah seperti berikut:-

Operasi Sesuatu operasi berlaku apabila sesuatu bahan secara dirancang diubah suaikan atau ditukar sifat-sifat fizikal atau kimianya. Operasi juga berlaku apabila maklumat diberi atau diterima atau semasa perancangan dan pengiraan dilakukan. Perletakan bahan-bahan adalah sebahagian daripada operasi.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

20

Angkutan Sesuatu aktiviti angkutan berlaku apabila bahan-bahan dalam proses dipindahkan dari satu tempat lain, kecuali apabila pergerakan itu adalah sebahagian daripada operasi. Ini termasuk memasukkan dan memunggahkan dari sumber pengangkutan.

Pemeriksaan Sesuatu pemeriksaan berlaku apabila kualiti atau kuantiti bahan diperiksa.

Kelewatan Barangan menunggu tetapi tidak berada dalam simpanan.

Simpanan Simpanan berlaku apabila bahan-bahan disimpan di dalam stor atau gudang.

Daripada carta aliran proses, langkah-langkah yang didapati tidak perlu (membazirkan wang) boleh dihentikan. Langkah-langkah yang bertindan boleh digabungkan atau dipermudahkan.

Langkah-langkah membuat Carta Aliran Proses

Analisis kaedah dan cara untuk mengeluarkan sesuatu produk atau perkhidmatan mengikut reka bentuk produk atau perkhidmatan yang akan ditawarkan. Aturkan semua aktiviti atau kerja yang perlu dilakukan mengikut urutannya dari bahan mentah atau pelanggan hingga bentuk akhir produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Lihat Jadual 4.7.1 dan 4.7.2. Senaraikan kerja-kerja tersebut dan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan dalam bentuk jadual. Lihat Jadual 4.7.1 dan Jadual 4.7.2. Lukiskan satu rajah skematik aliran proses yang telah diatur mengikut urutan kerja- kerja yang ditentukan dalam bentuk carta dengan menggunakan simbol-simbol aliran proses. Lihat Rajah 4.7.1 dan Rajah 4.7.2.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

21

Jadual 4.7.1 Senarai aktiviti dan mesin /peralatan yang diperlukan didalam proses mengeluarkan kicap. Aktiviti 1. Penerimaan dan menyimpan bahan mentah. 2. Menyediakan bahan mentah. 3. Memeram kacang soya. 4. Menyediakan kicap. Alat-alat menyukat, paip dan kawasan kerja. Takungan keluli tahan karat atau tempayan. Bekas memasak. Mesin / Peralatan

5. Membotolkan kicap hasil dari pemeraman Mesin membotol. kacang soya. 6. Menutup botol. 7. Melabel. 8. Pembungkusan. 9. Menyimpan. Rajah 4.7.1 Carta aliran proses membuat kicap Kerja / Aktiviti Penerimaan bahan mentah Bahan mentah disimpan sebelum diproses. Menyedia & membersihkan bahan mentah (kacang soya). Memeram bahan mentah (kacang soya). Menyediakan kicap (dicampur bahan -bahan lain). Membotol kicap Menutup botol Melabel botol kicap Membungkus Disimpan sebelum diedarkan Mesin menutup botol. Meja kerja 1m x 2m. Meja kerja 1m x 2m. Bilik Stor

Bahan mentah (kacang soya)

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

22

Jadual 4.7.2 Senarai aktiviti dan mesin /peralatan yang diperlukan didalam perkhidmatan dobi moden. Aktiviti 1. Menerima tempahan. 2. Dikumpul untuk dicuci mengikut tempahan. 3. Membasuh. 4. Mengering. 5. Menggosok. 6. ’Dry cleaning’. 7. ’Press’. 8. Digantung untuk disimpan. Mesin / Peralatan Kaunter tempahan. Kawasan kerja. Mesin membasuh. Mesin pengering. Sterika elektrik. Alat ’dry cleaning’. Alat ’press’. Almari pameran dan penyangkut pakaian.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

23

Rajah 4.7.2

Carta aliran proses perkhidmatan dobi moden Kerja / Aktiviti

Pelanggan Menerima tempahan pelanggan Proses Membasuh, Mengering & Menggosok Menyisih tempahan mengikut kerja Membasuh Mengering ’Pressing’ Proses dry cleaning ’Dry cleaning’

Angkut ke kawasan menggosok

Tunggu untuk digosok disimpan Menggosok

Angkut untuk

Angkut untuk disimpan

Simpan dalam almari

Penyerahan dan menerima bayaran dari pelanggan

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

24

4.8

Rancangan Kewangan Pengenalan Melihat sama ada perniagaan yang akan dijalankan mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek / perniagaan. Tujuan merangka rancangan kewangan untuk mengetahui:-

-

1. Kos-kos yang terlibat dalam memulakan sesuatu perniagaan. 2. Jumlah modal yang diperlukan. 3. Sumber-sumber kewangan yang akan digunakan. 4. Jumlah bayaran balik sekiranya membuat pinjaman. 5. Kedudukan tunai. 6. Keuntungan yang akan diperolehi atau kerugian yang akan dialami. 7. Kedudukan kewangan diakhir tempoh perakaunan.

ASPEK KEWANGAN

Kos Perlaksanaan Projek

Sumber Pembiayaan Projek

Proforma Penyata Aliran Wang Tunai

Proforma Penyata Untung & Rugi

Proforma Penyata Kunci Kirakira

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

25

1.

Kos Perlaksanaan Projek

Pelaburan Aset Tetap a) Tanah b) Bangunan c) Mesin & Peralatan d) Perabot & Kelengkapan Pejabat e) Kenderaan f) Ubahsuai

RM

Modal Pusingan

a) Belanja Pemasaran b) Belanja Pengeluaran/Operasi c) Belanja Pentadbiran

Perbelanjaan- perbelanjaan lain

a) Perbelanjaan permulaan b) Wang deposit c) Perbelanjaan luar jangka _____________

Jumlah Kos Projek =============

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

26

2.

Sumber Pembiayaan Projek (SPP)

Modal Sendiri Wang Tunai Sumbangan Aset Sewa Beli

RM

Pinjaman Berpenggal

Bantuan Industri Kampung

_____________

Jumlah Pembiayaan Projek =============

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

27

3.

Proforma Penyata Aliran Tunai Proforma Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun 2010
R. Operasi 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 JUMLAH

A. PENERIMAAN TUNAI Baki tunai awal bulan Modal Sendiri Pinjaman Jualan Tunai Jumlah Penerimaan Tunai B. PEMBAYARAN TUNAI 1) Belanja Pentadbiran Gaji KWSP PERKESO Utiliti Insurans Sewa Bangunan 2) Belanja Operasi Bahan Mentah Buruh Langsung KWSP PERKESO Overhead Kilang Angkutan Masuk Kelengkapan Kilang Kos Pembungkusan 3) Belanja Pemasaran Papan tanda Iklan Kad Perniagaan Promosi Papan Tanda Premis 4) Belanja Kewangan Faedah & Pinjaman 5) Belian Aset Tetap Mesin Perabot & Kelengkapan Ubahsuai Pejabat Komputer & Pencetak

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

28

6) Lain-lain Belanja Pendaftaran Perniagaan Lesen Perniagaan Deposit Sewa Deposit Air/Elektrik Deposit Telefon Jumlah Pembayaran Tunai Lebihan / Kurangan Anggaran Baki Tunai

4.

Proforma Penyata Untung & Rugi

Proforma Penyata Untung dan Rugi Bagi Tahun Berakhir pada 31 hb Disember 20xx RM xxx

Jualan Kos barang-barang dijual: Stok barang siap, awal tahun Campur : Kos barang-barang yang dikilangkan Jumlah kos jualan yang ada dijual Tolak : Stok barang akhir siap, akhir tahun Untung Kasar dari jualan Belanja Penjualan: Pengiklanan Galakan jualan Penghantaran Keraian Perjalanan & Pengangkutan Gaji & Upah Kakitangan jualan xx xx xx xx xx xx xx xx xx xx

xxx

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

29

Komisen & Bonus jualan Susut nilai Pelbagai Belanja Pentadbiran: Gaji & Upah pejabat Bekalan pejabat Pos, telefon & telegraf Elektrik & Air Insuran Perkhidmatan profesional Sewa Pembaikan & penyelenggaraan Susut nilai Perjalanan pengangkutan Pelbagai Belanja Permulaan Belanja Kewangan: Faedah Bayaran perkhidmatan bank Jumlah Perbelanjaan Untung Bersih sebelum Cukai Cukai (bergantung kepada jenis perniagaan) Untung Bersih Selepas Cukai

xx xx xx xxx xx xx xx xx xx xx xx xx xx xx xx xxx xxx

xx xx xxx (xxxx)

xxxx

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

30

5.

Proforma Penyata Kunci Kira-kira Syarikat Sinar Baru Kunci Kira-kira pada 31 hb Disember 2010 RM Aset Tetap Mesin (kos) (-) : Susut nilai 7800 20200 (-): Ambilan Peralatan (kos) 2000 (-): Susut nilai 1000 1000 21200 Aset Semasa Stok: Bahan mentah Barang siap Kerja dalam proses Penghutang Tunai di bank Tunai di tangan Jumlah Aset 2400 4000 1500 14230 5680 150 49160 Jumlah Ekuiti & Liabiliti ____ 49160 Liabiliti Semasa Pemiutang 12500 36660 28000 Ekuiti Modal Pemilik (+): Untung 2006 8980 38660 2000 29680 RM

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

31

Jenis-jenis Aset 1. Aset Tetap – aset yang tempoh usianya lebih daripada satu tahun. Ianya akan kekal dalam perniagaan selagi beroperasi. 2. Aset Semasa – merupakan hak-hak perniagaan yang boleh dijual semula atau ditunaikan. Jenis-jenis Liabiliti 1. Liabiliti Jangka Panjang – hutang-hutang yang mesti diselesaikan dalam jangka lebih dari setahun. 2. Liabiliti Semasa – hutang-hutang yang perlu diselesaikan dalam jangka masa yang singkat, biasanya setahun atau apabila dituntut oleh pihak memberi kredit. Ekuiti Terdiri daripada modal pemilik dan keuntungan perniagaan yang terkumpul. Modal pemilik dilaburkan oleh pengusaha atau pemilik perniagaan. Ia berbentuk wang tunai, barang-barang stok atau sesuatu aset.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

32

4.9

Format dan Kandungan Rancangan Perniagaan Penghargaan Ringkasan Eksekutif / Abstrak Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran

Bab1 1.1

: Pendahuluan Pengenalan a. b. c. d. menyatakan jenis perniagaan. lokasi perniagaan tarikh perniagaan dijalankan latarbelakang dan corak industri perniagaan yang diceburi. (maklumat perlu disokong dengan fakta-fakta yang sebenar dan realistik)

1.2 1.3 1.4

Misi Objektif Tujuan Menyatakan dengan jelas tujuan penyediaan rancangan perniagaan samada memohon pinjaman atau sebagainya.

1.5

Latar Belakang Perniagaan 1.5.1 Maklumat asas tentang perniagaan Nama perniagaan, alamat perniagaan, alamat surat menyurat, no telefon, no fax, email perniagaan, kegiatan utama, tarikh mula perniagaan, tarikh pendaftaran, no pendaftaran, modal, nama bank, no akaun. 1.5.2 Tafsiran nama perniagaan Menerangkan definisi nama perniagaan yang dipilih.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

33

1.5.3

Tafsiran logo perniagaan Menerangkan bentuk logo yang telah direka atau dicipta oleh pemilik perniagaan.

1.6

Latar Belakang Pemilik a. Maklumat-maklumat pemilik atau setiap pekongsi berikut hendaklah dinyatakan:• • • • • • • • • • • • Nama penuh Nombor kad pengenalan Umur Jantina Alamat tetap Nombor telefon Taraf perkahwinan Kursus yang pernah dihadiri Kemahiran Pengalaman Pekerjaan sekarang Perniagaan lain yang pernah diceburi (jika ada)

1.7

Latar Belakang Projek 1.7.1 Lokasi tapak Projek Menerangkan faktor-faktor pemilihan tapak- kenapa pilih lokasi itu. 1.7.2 Kedudukan fizikal Kedudukan syarikat, sosial dan ekonomi- jumlah penduduk, pekerjaan penduduk dan sebagainya. 1.7.3 Bangunan Saiz, sewa berapa tahun, rumah kedai atau sebagainya. 1.7.4 Kemudahan asas Jalanraya, telefon, bekalan elektrik dan sebagainya.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

34

Bab 2 : Rancangan Organisasi 2.1 Struktur organisasi Persembahkan struktur organisasi dalam bentuk carta organisasi. 2.2 Jawatan dan bilangan pekerja Contoh: Bil. 1. 2. 3 Jawatan Pengurus Besar Kerani Jurujual Bil.Pekerja 1 3 10

2.3

Jadual harian tugas Pemilik perniagaan menerangkan jadual harian tugas untuk setiap pekerja/staf yang ada di dalam perniagaan iaitu dari pengurus besar sehingga kepada pemandu.

2.4

Jadual imbuhan pekerja Gaji bulanan, KWSP, PERKESO Contoh: Jawatan Pengurus Besar Pengurus Kewangan Jumlah Bil 1 1 Gaji bulanan RM5000 RM2500 KWSP RM650 RM325 PERKESO RM100 RM50 Jumlah RM5750 RM2875 RM8625

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

35

2.5

Senarai perabot dan keperluan pejabat Contoh: Jenis Komputer Pencetak Mesin fotostat Jumlah Bil. 2 2 1 Harga (RM) 8000 1000 5000 14000

2.6

Senarai Perbelanjaan Pentadbiran Contoh: Perkara Gaji dan Imbuhan Balas Jasa Perabot dan Keperluan Pejabat Sewa Jumlah RM 14000 RM14000 RM2000 RM 10625 Perbelanjaan Harta Perbelanjaan Bulanan RM8625 Lain-lain perbelanjaan

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

36

Bab 3 : Rancangan Pemasaran 3.1 Kajian Pemasaran Mengaitkan produk yang dikeluarkan dengan kehendak dan keperluan pengguna.

3.2

Profil pelanggan Profil pelanggan adalah satu senarai kumpulan sasaran pelanggan.

3.2

Saiz pasaran Ianya merujuk kepada saiz pasaran bagi perniagaan pemilik. Saiz pasaran wujud sebelum dan selepas kewujudan perniagaan.

3.4

Pesaing-pesaing utama Pesaing-pesaing utama di kawasan pasaran. Senaraikan status kekuatan serta kelemahan mereka dan nyatakan bahagian syer pasaran yang dicadangkan dan pesaingpesaing utama.

3.5

Ramalan Jualan Bulanan Ramalan jualan bulanan untuk tahun pertama perniagaan. Nyatakan bentuk jualan samada secara tunai, kredit atau kedua-duanya sekali.

3.6

Strategi Pemasaran 3.6.1 3.6.2 3.6.3 3.6.4 Strategi Keluaran Strategi Harga Strategi Agihan Strategi Pemasaran

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

37

3.7

Belanjawan Pemasaran Contoh: Perbelanjaan Harta (RM) RMxxxx RM xxxx RM xxx RM XXXXX RM XXXX RM XXX Perbelanjaan Bulanan (RM) Lain-lain Belanja (RM)

Perkara Kenderaan Promosi Insurans Jumlah

Bab 4 : Rancangan Pengeluaran/ Operasi

4.1

Carta aliran proses Proses pengeluaran dalam bentuk carta aliran proses

4.2

Unit pengeluaran Unit pengeluaran atau jam operasi perniagaan dengan berpandukan ramalan jualan dalam Rancangan Pemasaran.

4.3

Keperluan bahan bulanan Contoh : Jenis Bahan Kuantiti digunakan 10000 tan Stok simpanan Harga seunit (RM) RM xxx Jumlah belian (RM) RM xxxx RM XXXX

Pasir Jumlah

500 tan

Nyatakan anggaran belian bulanan bahan untuk tahun pertama

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

38

4.4

Senarai mesin dan peralatan Senarai mesin dan peralatan dalam jadual seperti berikut: Jenis Mesin jahit Jumlah Pembekal Kedai Heong Harga seunit RM xx Bil. 3 Jumlah harga RM xxx RM XXXX

4.5

Lakaran susun atur ruang operasi dan nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur tersebut.

4.6 4.7

Pelan lokasi tempat aktiviti pengeluaran atau operasi. Overhead operasi Overhed operasi yang merangkumi kemudahan bekalan air, elektrik, telefon dan lainlain yang menjadi penggerak operasi.

4.8

Belanjawan operasi Senarai semua butir perbelanjaan operasi dalam satu jadual. Contoh: Perkara Mesin Gaji Jumlah RM XXXX Perbelanjaan Harta RM xxx RM xxx RM XXXX Perbelanjaan Bulanan Perbelanjaan lain

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

39

Bab 5 : Rancangan Kewangan 5.1 Tujuan pinjaman Menyatakan tujuan pinjaman perniagaan ini dilakukan oleh pemilik.

5.2

Kos anggaran pelaksanaan projek Menyediakan Kos Perlaksanaan Projek bagi mengetahui jumlah keseluruhan kos yang akan terlibat dalam memulakan projek.

5.3

Sumber pembiayaan projek Merancang bagi mendapatkan sumber-sumber kewangan bagi membiayai perlaksanaan projek tersebut. Dengan itu perlulah disediakan Sumber Pembiayaan Projek.

5.4

Penyata aliran tunai Meramal dan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dengan menyediakan Proforma Aliran Wang Tunai.

5.5

Proforma untung rugi Meramal dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir tempoh perakaunan dengan menyediakan Proforma Untung Rugi.

5.6

Proforma kunci kira-kira Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan pada akhir tahun perakaunan dengan menyediakan Proforma Kunci Kira-Kira.

5.7

Menyediakan Jadual Susutnilai Aset Tetap, Jadual Bayaran Balik Pinjaman (jika ada) dan Jadual Bayaran Ansuran Sewa Beli (jika ada).

Bab 6 : Jadual Pelaksanaan Projek Menunjukkan peringkat kejadian yang berlaku terhadap perniagaan apabila dilaksanakan.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

40

RUMUSAN / KESIMPULAN Berikan kenyataan yang menyakinkan pihak-pihak tertentu mengapakah projek ini perlu diteruskan atau pinjaman perlu diberi atau lesen perlu diluluskan dan sebagainya.

LAMPIRAN Sekiranya ada, perlu disertakan dokumen-dokumen bagi menyokong sesuatu kenyataan yang dinyatakan dalam badan utama Rancangan Perniagaan. Contohnya seperti Memorandum dan Tatacara Persatuan.

SAS/kksl/Jan2010

MODUL ASAS KEUSAHAWANAN

41

Rujukan

Ismail Ab. Wahab & Norela Nuruddin (2009). Asas Keusahawanan , Greenwood Park: Creative Performance Communication.

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) (1992). Asas Keusahawanan, Shah Alam: Biroteks UITM.

Ismail Ab. Wahab, Zarina Salleh & Siti Zahrah Buyong (2008). Panduan Memulakan Perniagaan, Shah Alam: Arah Publications.

SAS/kksl/Jan2010

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->