You are on page 1of 11

PENGENALAN

Mencanai ialah proses pembuangan logam dengan menggunakan roda pencanai yang berputar. Roda pencanai diperbuat daripada bahan pelelas yang diikat oleh bahan pengikat. Dua proses mencanai yang utama ialah proses penajaman dan proses pencanai jitu. Proses penajaman digunakan untuk menajamkan alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin larik, mata gerudi, pisau dan lain -lain lagi. Proses pencanai jitu pula digunakan dalam industry bagi menghasilkan kemasan permukaan yang baik serta ukuran yang tepat.

OBJEKTIF 1. Mengetahui fungsi-fungsi mesin canai silinder dan mesin canai permukaan vertical dan horizontal. 2. Mengetahui jenis-jenis dan saiz roda mesin canai. 3. Mengetahui cara-cara mengunakan atau menyelengara mesin canai silinder dan mesin canai vertical dan harizontal 4. Mengenali bahagian-bahagian mesin canai silinder dan mesin canai vertical dan horizontal 5. Mengetahui langkah-langkah keselamtan di bengkel 6. Mengetahui, memahami dan dapat mengenalpasti langkah keselamatan dan mengimbang serta pemasangan roda pencanai.

JENIS- JENIS MESIN CANAI Mesin pencanai meja Mesin pencanai meja mempunyai dua roda pencanai, iaitu satu jenis halus dan satu jenis kasar. Biasanya mesin pencanai jenis ini diboltkan pada meja kerja dan digunakan untuk mencanai alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin larik, pisau dan lain- lain lagi.

Mesin Pencanai Meja Mesin pencanai permukaan Mesin pencanai permukaan mempunyai satu roda pencanai berbentuk cakera yang dipasangkan pada arbor mesin. Meja mesin yang menempatkan benda kerja bergerak secara salingan di bawah roda canai. Meja mesin juga boleh digerakkan secara melintang dan menegak. Pergerakan meja mesin boleh dilakukan secara manual atau automatic.

Mesin Pencanai Permukaan


2

Mesin canai jenis kekaki Mesin pencanai jenis kekaki adalah sama seperti mesin canai meja, kecuali ia mempunyai penyokong yang di boltkan pada lantai. Kegunaanya sama seperti mesin pencanai meja.

Mesin Canai Jenis Kekaki

Mesin pencanai silinder Mesin pencanai silinder digunakan untuk mencanai komponen yang berbentuk silinder. Contohnya sebatang aci. Benda kerja dipegang antara cuk dan tetengah atau dipegang antara dua tetengah dan disuapkan ke roda pencanai yang berputar. Benda kerja diputarkan oleh satu motor. Bindu tiga rahang dan tetengah terletak di atas meja mesin yang boleh digerakkan secara membujur dan menegak.

Mesin Pencanai Silinder


3

RODA CANAI

Roda canai

Roda pencanai dibuat dengan mengikatkan ribuan bijian las (pelelas) dengan bahan pengikat yang sesuai. Bijian pelelas dan pengikat ditekan didalam acuannya dan seterusnya dikeluarkan dan dibakar. Bentuk roda pencanai adalah bergantung kepada acuannya.

Bentuk roda canai

Bentuk lurus

Bentuk lekuk sebelah muka

Bentuk lekuk dua belah muka

Bentuk mangkuk lurus

Bentuk mangkuk dua belah

Bentuk sebelah tirus

Bentuk tirus dua belah

Bentuk pengerat

Jenis Bahan Las (Pelelas)

Pelelas ialah sebarang bahan yang berkebolehan mengikis bahan lain yang lebih lembut daripadanya. Pelelas terdiri daripada :

a) Pelelas asli. y y y y Emery Batu pasir Korondum Kuarza

b) Pelelas buatan y y y Aluminium oksida Silicon karbida Boron karbida.

Saiz bijian las Saiz bijian pelelas perlu diambil kira untuk menyesuaikan banyaknya bahagian bahan yang hendak dicanai. Penentuan Saiz Bijian

y y y y

8 lubang hingga 24 lubang - kasar 30 lubang hingga 60 lubang - sederhana 70 lubang hingga 180 lubang halus 220 lubang hingga 600 lubang sangat halus.
8

Gred roda pencanai

Gred atau kekuatan pengikat ada 3 peringkat dan dinyatakan dalam huruf A hingga Z.

i. Gred lembut. A,B,C,D,E,F,G dan H ii. Gred sederhana . I,J,K,L,M,N dan P iii. Gred keras. Q,R,S,T,U,V,W,X,Y dan Z.

Struktur roda pencanai

i. Padat:0,1 ,2, 3, ii. Sederhana:4, 5, 6, 7. iii. Jarang:8, 9, 10, 11, 12.

LANGKAH KESELAMATAN MENGGUNAKAN MESIN PENCANAI

Mesin pencanai yang terdiri dari roda pencanai berputar pada kelajuan yang tinggi mungkin boleh mendatangkan bahaya jika ianya disalah gunakan atau tidak digunakan dengan kaedah yang betul. Oleh itu beberapa perkara atau langkah perlu di ambil dan diberi perhatian semasa menggunakan mesin pencanai : 1. Gunakan gogel atau pelindung mata bagi mengelakkan habuk terkena mata. 2. Tentukan perekat mata alat diikat kuat dan rapat sekurang-kurangnya 2 atau 3 mm dari permukaan roda pencanai. 3. 4. Jangan sekali-kali menyentuh roda pencanai ketika ia sedang berpusing. Gunakan hanya perrnukaan roda yang menghadap kepada perekat mata alat sahaja. Jangan sekali-kali menggunakan permukaan tepinya kerana kekuatan pengikat roda dibuat untuk perrnukaannya sahaja. 5. Gunakan roda pencanai yang berkeadaan baik , tidak bergerlis, haus atau berlurah. 6. Gerakkan bahan kerja melintangi keseluruhan permukaan roda pencanai. Jika mencanai pada satu tempat sahaja roda tersebut akan berlurah.

10

KESIMPULAN Mesin canai mempunyai pelbagai jenis dan kegunaan yang dapat kita lakukan.malah ia sudah menjadi keperluaan kepada manusia dalam menghasilkan sesuatu bahan kerja,bukan sahaja itu,mesin canai juga mempunyai ketepatan dalam ukuran dan bahan kerja yang dihasilkan lebih bermutu tinggi.selain itu tempoh masa untuk menghasilkan bahan kerja adalah lebih singkat dan cepat. Di samping itu,mesin canai juga boleh dicanai dalam berbagai bentuk sama ada silinder.permukaan yang rata dan untuk menghaluskan dan melicinkan permukaan atau (finishing).

11

You might also like