You are on page 1of 26

KAEDAH BERCERITA

Posted on March 23, 2011 by admin

KAEDAH BERCERITA
DEFINISI   Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk  mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

TUJUAN TEKNIK 1. Menarik Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK BERCERITA  Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

  

        

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspekaspek bahasa yang hendak disampaikan.

Teknik Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa  Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976). Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal. Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi yang formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di Mesir, iaitu cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang lampau dengan ungkapan Hari ini saya bercerita kepada anak lelaki saya. Di Eropah pula lakaran idea ditemukan di atas daun nipah, dan cerita dikisahkan untuk mengembangkan agama. Di Greek pula, penulisan puisi dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit belulang, manakala di India, cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang mempunyai plot cerita Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita berdiri di hadapan kain yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita berpandukan siri gambar dengan menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika pula, cerita disampaikan dengan menggunakan tali dan di Australia pula, cerita menggunakan pasir.  Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam bentuk bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan permainan alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya menggunakan batil atau belanga). Pencerita atau penglipur lara dalam seni bercerita Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti Selampit atau Tok Selampit (selalunya bercerita menggunakan rebab). Ada juga digelar Awang Batil (bercerita menggunakan

batil) atau Awang Belanga (bercerita menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita digelar berdasarkan watak dalam cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita sahaja. Satu lagi bentuk penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang Kulit dan penceritanya dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung wayang kulit). Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan telah berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai sambil berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:     pengajaran pengetahuan perkongsian pengalaman. Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati kehendak objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:  meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya lisan, bacaan, penulisan dan kosa kata           memahami dan menghayati cerita meningkatkan kemahiran mendengar mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif menambah pengalaman dan pengetahuan menanam sikap cinta akan warisan budaya menerapkan unsur nilai murni memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling mencungkil dan mengasuh bakat membentuk insan yang harmoni dan seimbang menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

 

3.10 KAEDAH BERCERITA

Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat

Ciri-ciri Penting

1.

Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar

2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) 3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,

intonasi dan ekspresi/mimik muka 4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang

berkaitan dengan kehidupan seharian

5.

Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang

dan berketrampilan Kemahiran bercerita

1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita              memilih cerita yang sesuai menghafal isi-isi penting sediakan alat bantu mengajar kesediaan pelajar murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir pastikan suara jelas dan lantang kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid ayat dan perkataan mudah difahami murid disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi aktiviti susulan

2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

        

Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topengtopeng Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita

3. Sesi Bercerita     Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

4. Penutup  Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu

5. Aktiviti penutup      Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan. Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri. Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita. Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan. Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar

Kemahiran Lisan:     Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan) Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan     Mimik muka sesuai dengan emosi Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

KRITERIA PEMILIHAN CERITA 1. Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni 2. Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak 3. Plot yang mudah, kronology & happy ending 4. Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek 5. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan 6. Melibatkan watak kanak-kanak 7. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi 8. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK) 9. Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek 10. Bersifat universal

TEKNIK BERCERITA Sesuai dengan:         Kebolehan kanak-kanak Masa (tidak terlalu panjang) Ruang dan tempat Suasana Persekitaran (tiada gangguan bising) Peralatan cerita Bentuk dan jenis cerita Kemampuan pencerita

PERSEKITARAN BERCERITA   Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

CONTOH TEKNIK BERCERITA 1. Bercerita tanpa alat 2. Bercerita berpandu 3. 4. 5. 6. Bercerita berdasarkan gambar bersiri Bercerita menggunakan bahan maujud Teka-teki Teater bercerita

7. Boneka

CADANGAN PERALATAN BERCERITA 1. Buku besar 2. 3. 4. 5. Beg bercerita Gambar bersiri Boneka Kad Cantuman

6. Kostum 7. Poster 8. Topeng 9. Alat muzik/audio/vcd dll. Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita 1. Sesuai dengan cerita dan objektif P&P 2. Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama 3. Warna yang terang, menarik & merangsang indera 4. Melibatkan pelbagai deria 5. Tidak membahayakan kanak-kanak 6. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam 7. Boleh dipelbagaikan kegunaan 8. Mudah digunakan dan disimpan Aktiviti Bercerita

Kemahiran Lisan:

   

Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan) Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan     Mimik muka sesuai dengan emosi Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita          Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topengtopeng Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita Sesi Bercerita     Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

Penutup  Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu

Aktiviti penutup      Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan. Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri. Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita. Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan. Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar

Ruang dan tempat (PERSEKITARAN BERCERITA)   Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

Masa (tidak terlalu panjang) Persekitaran (tiada gangguan bising)


Posted in Kaedah P&P | Leave a comment

KEMAHIRAN
Posted on March 1, 2011 by admin

Posted in Semua Kategori | Leave a comment

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


Posted on February 25, 2011 by admin

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


1. PENGENALAN Mencatat nota merupakan satu kemahiran yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar. Kemahiran ini digunakan sama ada dalam pembacaan atau belajar melalui kuliah. Kemahiran mengambil nota berkesan untuk pembelajaran maklumat yang memerlukan pelajar mengesan dan melakukan proses mental ke atas idea-idea utama, task pembelajaran yang kompleks dan bahan-bahan konseptual.

1.1

MAKSUD NOTA

Nota ialah bahan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri berikut: (i) RINGKAS: PADAT: BERKAITAN: SISTEMATIK: format.

Ringkas, padat, berkaitan dan sistematik.


Hanya fakta penting sahaja dimasukkan. Fakta penting diambil kata kuncinya sahaja. Kata kunci mempunyai hubungan antara satu sama lain. Fakta disusun rapi mengikut urutan dan diolah dalam pelbagai

(ii)
(iii)

Menarik, mudah dibaca dan mudah difahami. Membantu pelajar dalam mengingati fakta bagi tujuan mengolah

jawapan.
(iv)

Memudahkan kefahaman, meningkatkan daya ingatan dan

penguasaan sehingga akhirnya dapat membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan.

1.2 FUNGSI NOTA


Nota dapat membantu pelajar mengingat kembali fakta pada masa-masa yang diperlukan, menjadi bahan ulang kaji dan sebagai bahan rujukan yang berkesan semasa menyiapkan

tugasan seperti kerja rumah, kerja projek, laporan dan sebagainya. Nota juga dapat membantu pelajar merancang jawapan dalam peperiksaan.

1.3

JENIS NOTA

Nota boleh dibahagikan kepada dua jenis: 1.3.1 1.3.2 Nota ringkaas Nota rajah

Nota ringkas (NR) ialah kumpulan fakta yang bersumberkan rujukan buku atau maklumat guru yang dipindahkan dalam bentuk pertama. Nota rajah pula ialah kumpulan kata kunci (KK) yang bersumberkan nota ringkas, diolah dalam pelbagai format dan bentuk rajah. Nota ringkas yang dipindahkan dalam bentuk pertamanya iaitu helaian kertas biasa yang berlainan dengan sumber rujukannya. Contohnya lipatan kertas kajang atau kepingan kertas yang lebih kecil (kad ingatan). Nota rajah ialah nota ringkas yang dipindahkan ke dalam bentuk keduanya sama ada dalam bentuk yang lebih besar (kertas sebak kumpulan) atau kepingan kertas yang lebih kecil (kad ingatan- individu). Bentuk kata kunci (KK) dalam nota rajah adalah pelbagai. Contohnya: Carta aliran Carta blok Carta edaran Carta aliran Carta bebas Peta konsep Peta minda Graf : kk dari atas ke bawah : kk dari kiri ke kanan atau sebaliknya : kk dalam bentuk bulatan bersambung : kk dalam bentuk hieraki : kk dalam bentuk bebas : kk gabungan carta : kk gabungan carta : kk dalam pelbagai bentuk graf

       

1.4

FALSAFAH NOTA

Nota mempunyai falsafah tertentu. Keyakinan kepada nota menjadi asas kepada kejayaan. Pelajar yang mempunyai nota akan lebih yakin untuk menduduki peperiksaan. Persediaan dirasakan sudah hampir sempurna dengan nota yang tersusun rapi. Adanya nota bermakna proses pembelajaran telah berlaku. 1.5 PROSES MENGAMBIL NOTA

MEMBACA:

Bacaan kali pertama untuk mendapatkan gambaran keseluiruhan. Bacaan kali kedua untuk memahami, mendapatkan fakta dan kata kunci. Menggariskan maklumat penting bahan yang dibaca. Gariskan kata/frasa penting, keluarkan daripada bahan asas dan catatkan di atas kertas.

MENGGARIS: ( Underlining)

MEMBUAT RINGKASAN: (Summarizing)

Membuat catatan ringkas idea-idea penting bahan yang dibaca. Tanpa melihat bahan asas, buat ayat baru (ini dapat meningkatkan kefahaman). Catatan mestilah disusun mengikut sistem nombor.

PENYUSUNAN & PEMETAAN:

Penyusunan ialah menyusun maklumat dalam format berhieraki ; pemetaan bermaksud membina diagram idea utama dan perkaitan antara idea berkenaan.

(Outlining & Mapping)

Prosesnya bermula dengan meneliti semula kata kunci, menghubungkan secara munasabah kata kunci tersebut, pilih bentuk nota yang sesuai dan digemari, lakarkan secara ringkaas di kertas biasa dan lakarkan semula nota yang sudah siap ke dalam buku, kertas sebak atau kad ingatan.

1.6

KEPENTINGAN NOTA

Di manakah peranan nota dalam pembelajaran pelajar? Kepentingan nota bergantung kepada bagaimana nota itu digunakan. 1.6.1 Kaedah penggunaan nota.

(a)

Secara Individu + Nota

Nota yang sudah siap perlu dilakukan proses kemasukan ke dalam stor ingatan jangka pendek (working memory) dengan cara: (i) latih tubi secara lisan individu (ii) latih tubi secara tulisan individu (iii) menjawab solan yang berkaitan secara lisan atau bertulis.

(b) Secara Individu Nota


Kemasukan maklumat ke dalam stor ingatan jangka panjang melalui proses latih tubi tanpa nota pelajar menyatakan kandungan nota secara lisan atau tulisan tanpa melihat nota.

(c)

Secara Kumpulan + Nota

Nota yang sudah siap perlu disampaikan kepada rakan dalam kumpulan studi dengan cara mempersembahkannya di papan hitam secara lisan dan tulisan. Penyampaian dilakukan dengan cara melihat nota. LATIHAN AMALI : 1. Bina satu carta stream berdasarkan maklumat di bawah:

Semua bahan di dalam dunia ini boleh dikategorikan sebagai jirim dan bukan jirim. Jirim ialah bahan yang mengandungi jisim dan memenuhi ruang. Jirim boleh wujud dalam tiga bentuk; pepejal, cecair dan gas.

1. Baca petikan yang diberikan di bawah dan bina satu carta aliran untuk menunjukkan bagaimana bahan buangan boleh dikitar semula.

Sisa buangan daripada rumah seperti botol kaca, botol plastik dan sisa makanan boleh dikitar semula. Bahan buangan tadi diasingkan. Botol dibersihkan dan kemudian dileburkan. Kaca yang lebur itu dimasukkan ke dalam acuan dan disejukkan untuk menghasilkan botol baru. Botol-botol dan bahan plastik dibersihkan, dilebur dan dimasukkan ke dalam acuan untuk membentuk botol plastik baru. Bahan sisa makanan pula diproses menjadi baja untuk digunakan di ladang-ladang.

1. Senarai di bawah mengandungi beberapa sebab segelintir murid tidak meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. ibu bapa berpendapatan rendah murid tidak lulus peperiksaan murid ponteng daripada sekolah murid kurang mendapat perhatian ibu bapa ibu bapa bercerai kemudahan fizikal di sekolah kurang selesa keluarga selalu berpindah rumah kurang kemudahan kecerdasan otak murid rendah pengajaran guru kurang memberangsangkan

Cuba anda kumpulkan sebab-sebab ini dalam bentuk rajah tulang ikan atau peta minda.

1. Aktiviti kumpulan: Sediakan nota anda mengenai bahan bacaan berikut: Bahan Rangsangan 3

Ingatan adalah kebolehan individu menyimpan maklumat yang dipelajari dan mengeluarkannya kembali apabila diperlukan. Ingatan boleh dikategorikan kepada ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ingatan deria merupakan komponen pertama dalam sisitem ingatan. Panca indera menerima banyak maklumat atau rangsangan daripada persekitaran dan menyimpannya dalam satu jangka masa yang amat singkat, tidak sampai 2 saat. Kalau tidak ada apa-apa dilakukan ke atas maklumat yang didaftarkan di panca indera ini ia akan segera hilang. Maklumat yang diterima oleh panca indera dan diberi perhatian kepadanya akan dipindahkan kepada komponen kedua sistem ingatan iaitu ingatan jangka pendek. Komponen ingatan ini boleh menyimpan maklumat dalam jumlah yang kecil dalam tempoh masa beberapa saat. Maklumat dalam ingatan jangka pendek ini akan disimpan sekiranya maklumat itu dikatifkan. Maklumat dalam ingatan jangka pendek mungkin diterima daripada panca indera atau pun daripada ingatan jangka panjang. Selalunya kedua-dua keadaan ini berlaku serentak. Cara untuk mengekalkan maklumat ini dalam ingatan jangka pendek ialah memikirkan maklumat berkenaan dan menyebutnya berulang kali. Komponen ketiga dalam sistem ingatan ialah ingatan jangka panjang. Di peringkat ini, maklumat disimpan dalam jangka masa panjang dan mempunyai keupayaan menyimpan maklumat dalam jumlah yang besar. Mengikut ahli-ahli teori, maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang tidak akan hilang, kemungkinannnya kita hanya gagal mengesan maklumat yang tersimpan dalam ingatan kita.

Posted in Kemahiran Generik, Semua Kategori | Leave a comment

KEMAHIRAN BELAJAR
Posted on February 25, 2011 by admin

1. KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu. 2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar. Antaranya ialah: 2.1 Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan

bermakna. 2.2 Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat. 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi. Memupuk didplin kendiri pelajara. Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat. Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap. Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan. Meningkatkan daya ingatan pelajar. Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.

2.10 Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media. 2.11 Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat. 2.12 Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.

3. TEKNIK MEMBACA BERKESAN

3.1 KEMAHIRAN MEMBACA PANTAS


SKIMMING: membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam membaca sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum. Dalam membaca sesebuah buku, fokus kita ialah kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca. SCANNING: Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus sesuatu bahan bacaan. Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.

3.2 KEMAHIRAN MEMBACA KRITIS


SQ4R: Merupakan satu teknik membaca yang dapat membantu pelajar memahami dan mengingat maklumat yang dibaca melalui satu siri tindakan yang berurutan. Teknik ini dibangunkan oleh Thomas & Robinson (1972) berasaskan sistem SQ3R yang dibina oleh Robinson (1961). Teknik ini diakui berkesan untuk membantu pembelajaran dan ingatan pelajar. Langkah-langkah penggunaan SQ4R:

SQR R

SURVEYQUESTIONREAD REFLECT

Skim bahan bacaan. Gunakan tajuk sebagai panduanBina soalan mengenai bahan bacaan.Baca. Gunakan soalan sebagai panduan. Fikirkan apa yang dibaca. Hubungkan idea dengan apa yang telah diketahui. Jawab soalan. Hubungkan maklumat dengan sesuatu tajuk. Susun maklumat. Belajar semula maklumat yang sukar.

R R

RECITE REVIEW

Survey (Tinjauan): Skim bahan bacaan secara cepat untuk mendapatkan idea secara keseluruhan. Beri perhatian kepada tajuk/sub-tajuk, sinopsis, daftar isi kandungan dan kenal pasti apa yang hendak anda baca atau pelajari.

Question (Bina Soalan): Bina soalan kepada diri sendiri mengenai bahan yang hendak dibaca. Gunakan tajuk / sub-topik sebagai panduan. Gunakan kata tanya siapa, apa, mengapa dan di mana. Read (Baca): Baca bahan. Tidak perlu mengambil nota secara ekstensif. Cuba jawab soalan-soalan yang telah dibina. Tambah soalan-soalan baru sekiranya perlu. Reflect (Refleksi): Cuba fahami secara bermakna maklumat yang dibaca dengan (i) menghubungkannya dengan apa yang telah anda ketahui (ii) menghubungkan sub-topik dengan konsep dan prinsip sebelumnya (iii) cuba menyelesaikan maklumat yang berkongflik dalam teks (iv) cuba gunakan maklumat yang dibaca untuk menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dalam bahan bacaan (sekiranya ada). Recite (Mengimbas kembali): Praktiskan ingatan anda mengenai apa yang dibaca dengan cara menyatakan idea-idea utama bahan bacaan, mengemukakan dan menjawab soalan sendiri gunakan tajuk, perkataan yang ditonjolkan / kata kunci dan nota untuk membina soalan kepada diri anda sendiri. Review (Bacaan Semula): Secara aktif semak semula pembacaan anda dengan berfokus kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri bagi mengesahkan ingatan dan kefahaman anda. Nota atau catatan ringkas anda juga boleh dirujuk. Baca semula bahan berkenaan sekiranya anda tidak pasti dengan ketepatan jawapan yang anda berikan kepada soalan-soalan yang anda kemukakan. KWLH: Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Taknik KWLH adalah kata singkatan perkataan Bahasa Inggeris yang memberi maksud: K (know) W (want) L (learned) H (how) boleh diperolehi. Apa yang telah diketahui Apa yang ingin diketahui Apa yang didapati selepas membaca Bagaimana maklumat tambahan berkenaan tajuk,

Teknik ini bertujuan memberikan pelajar (i) peluang

membaca secara kritis(ii)mengaitkan

pengalaman sedia ada dengan perkara yang dibaca (iii) pertingkatkan minat untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui (iv) mengenal pasti perkara-perkara

yang telah dipelajari dan perkara- perkara tambahan yang perlu diketahui lagi (v) peningkatan pemahaman membaca sesuatu bahan yang dibaca. Langkah-langkah membaca menggunakan Teknik KWLH 1. Kenal pasti bahan yang hendak dibaca. Adakah bahan itu artikel, rencana, petikan, buku atau sebagainya. Lihat sepintas lalu bahan itu, cuba buat jangkaan isi bahan itu. 2. Cuba catatkan maklumat yang telah diketahui berkenaan tajuk itu. Atau cuba sebutkan perkara-perkara yang telah diketahui tentang tajuk. Cuba binaan soalan-soalan yang ingin anda dapatkan maklumat daripada teks berkenaan. 3. Baca teks berkenaan dan catatkan maklumat-maklumat yang anda dapati. 4. Semak kembali apa yang telah anda ketahui, apa yang baru anda dapati daripada teks dan jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lain, cuba cadang dan sebutkan, bagaimanakah cara untuk anda dapatkan meklumat tambahan itu.
Posted in Kemahiran Generik, Semua Kategori | Leave a comment

MENCATAT NOTA
Posted on February 25, 2011 by admin

MENCATAT NOTA DAN MEMPROSES MAKLUMAT 1. MENCATAT NOTA

Ciri nota yang baik:       2. Mengandungi rangka kasar Terdiri daripada isi penting Ditulis ringkas dan padat Catatan yang jelas Penyusunan maklumat yang jelas Terdapat tanda penonjolan kepentingan PENYUSUNAN MAKLUMAT

KATA TANYA

Peta Minda

KRONOLOGI

GRAFIK

Rajah Tulang Ikan

KEUTAMAAN

Jadual

KATEGORI

Graf

Carta organisasi, aliran,stream

Rajah

Lakaran

LATIH AMAL 1: 1. Bina satu carta stream berdasarkan maklumat di bawah:

Semua bahan di dalam dunia ini boleh dikategorikan sebagai jirim dan bukan jirim. Jirim ialah bahan yang mengandungi jisim dan memenuhi ruang. Jirim boleh wujud dalam tiga bentuk; pepejal, cecair dan gas.

2. Baca petikan yang diberikan di bawah dan bina satu carta aliran untuk menunjukkan bagaimana bahan buangan boleh dikitar semula.

Sisa buangan daripada rumah seperti botol kaca, botol plastik dan sisa makanan boleh dikitar semula. Bahan buangan tadi diasingkan. Botol dibersihkan dan kemudian dileburkan. Kaca yang lebur itu dimasukkan ke dalam acuan dan disejukkan untuk menghasilkan botol baru. Botol-botol dan bahan plastik dibersihkan, dilebur dan dimasukkan ke dalam acuan untuk membentuk botol plastik baru. Bahan sisa makanan pula diproses menjadi baja untuk digunakan di ladang-ladang.

3. Senarai di bawah mengandungi beberapa sebab segelintir murid tidak meneruskan pelajaran ke sekolah menengah.   ibu bapa berpendapatan rendah murid tidak lulus peperiksaan

        

murid ponteng daripada sekolah murid kurang mendapat perhatian ibu bapa ibu bapa bercerai kemudahan fizikal di sekolah kurang selesa keluarga selalu berpindah rumah kurang kemudahan kecerdasan otak murid rendah pengajaran guru kurang merangsangkan

Cuba anda kumpulkan sebab-sebab ini dalam bentuk rajah tulang ikan atau peta minda LATIHAMAL 2: 1. Jelaskan maksud carta stream.

2. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan peta minda?

Posted in Kemahiran Generik, Semua Kategori | Leave a comment

RUMUSAN TEORI PEMBELAJARAN


Posted on February 25, 2011 by admin

Rumusan Teori Pembelajaran.


TEORI Behaviorisme FOKUS Tingkah laku Pemikiran KONSEP UTAMA R-G & Ganjaran/peneguhan Kesedaran dan kefahaman TOKOH Pavlov,Thorndike,Skinner

Kognitivisme

Piaget,Vygotsky, Kohler,Gagne,

Bruner,Ausubel

Sosial Humanisme

Tiruan Diri

Ingat KesempurnaanKendiri,hak diri,motivasi.

Bandura & Walters Maslow, Rogers. Bugental, Neil.

Konstruktivisme

Ilmu atas inisiatif sendiri.

Dibina dalam minda berdasar kan pengalaman.

Piaget, Vygotsky,Von Glaserfeld.

Perbandingan Teori Pembelajaran Barat dengan Islam

Bil.

R-G

KOGNITIF/Gestalt

ISLAM

1.

Hasil pembelajaran drp hubungan R-G

Tugas Mental

Wahyu dan akal/emosi/rohani/ Jasmani

2. 3.

Melalui pancaindera Mekanisme &pasif

Kesedaran Individu Manusia adalah aktif & mampu tafsir Kebolehan menilai dan meramal Reaksi secara formal & informal

Kesedaran-ilmu & iman. Manusia adalah aktif sebagai khalifah. Menilai,meramal, dan bertawakkal. Reaksi formal-informal rasa Pengabdian.

4.

Experiment ke atas haiwan Dirancang @ disengaja @ dimanipulasi-kan

5.

6.

Ada perkaitan input dan Out put (G) Ganjaran-hedonisme

Kesesuaian dengan alam sekitar-sekular. Ganjaran-kepuasan

Kaitan diri-Tuhan dan dirimakhluk sbg Ayatullah. Haq-bathil, haram dan halal.

hedonisme

Ganjaran dunia-akhirat.

Mulhid-sekular Keutamaan persekitaran

Mulhid-sekular Keagungan akal.

Keagungan Tuhan.

Teori Pembelajaran Barat dan kesan terhadap Islam.

Kesan ke atas umat manusia. 1. Kearah kemusnahan beragama- khususnya agama Islam dan penganutnya melalui penjajahan fikiran. Kepinggiran Ilmu Islam dan falsafahnya. Kemerosotan Ilmu Islam dan penyerapan serta penyebatian Ilmu sekular. Dominasi golongan elit berpendidikan barat ke atas umat Islam membawa elemen-elemen sekularisme. Umat Islam terpukau dengan kajian yang objektif dan saintifik terhadap sesuatu yang dianggap mutlak kebenarannya. Kelunturan akidah/keyakinan terhadap Islam sebagai satu sistem hidup. Melahirkan generasi yang durhaka kepada Allah dan rasul bahkan kpd kedua ibu bapa. Kedurjanaan dan kemusnahan tamaddun insan kepada taraf yang lebih rendah daripada haiwan. Kelenyapan fungsi manusia sebagai khalifah- memimpin manusia kepada rasa pengabdian kepada Tuhan. Malapetaka dan kemusnahan alam sejagat Mereka tidak dapat membeza haq bathil.

2. 3. 4.

5.

6. 7. 8.

9.

10.

SOALAN PERBINCANGAN.
1. Dalam menentukan garis panduan kehidupan manusia khususnya pelajar-pelajar, sejauhmana Teori Behaviouris dapat mempertingkatkan kesedaran insan atau para pelajar dalam dunia pendidikan hari ini. 2. Teori-teori pembelajaran behaviourisme dan kognitivisme adalah suatu teori yang meletakkan kepercayaan manusia kepada kebenaran berasaskan saintifik, boleh memberi kesan yang negatif kepada ketamaddunan manusia.Sejauhamana anda bersetuju dengan kenyataan ini. 3. Kemunculan Teori Pembelajaran Humanis pada pertengahan abad ke-20 adalah menunjukan kekecewaan para pendidik barat terhadap pengaruh teori pembelajaran behaviouris dan kognitif dalam membina insan yang sempurna. Sejauhamana benar kenyataan ini. 4. Walaupun di dunia barat terdapat ramai pakar-pakar psikologi pendidikan, akan tetapi phenomena yang wujud di dunia barat telah menujukkan nilai-nilai kemanusiaan telah semakin luntur. Beri penjelasan mengapa phenomena ini wujud ? 5. Sejauhmana teori konstruktivisme dapat diaplikasikan dalam bilik darjah yang terdapat pelbagai tahap kecerdasan. Kemukakan contoh khusus untuk menyokong pendapat anda. 6. Sejauhmana teori pembelajaran konstruktivisme dapat membina dan membantu pelajarpelajar bagi mengatasi masalah globalisasi dan cabaran Negara pada masa hadapan.
Posted in Semua Kategori, Teori Pembelajaran | Leave a comment

TEORI PEMBELAJARAN
Posted on February 24, 2011 by admin

MAZHAB TEORI PEMBELAJARAN      BEHAVIORIS KONGITIVIS KONSTRUKTIVIS SOSIAL HUMANIS

Kecerdasan pelbagai
         Linguistik (Verbal/Linguistics) Muzik (Musical/Rhythmic) Kinestetik (Bodily-kinesthetic) Interpersonal Intrapersonal Ruang (Visual-Spatial) Logik (Logical/Mathematical) Kerohanian (Spiritual) Naturalistik (Naturalitic)

                         

KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Posted on February 18, 2011 by admin

Dalam kehidupan, mungkinkah manusia dapat hidup berseorangan tanpa berinteraksi dengan individu lain ?. Pernyataan umum Guru yang mempunyai kemahiran interpersonal yang baik digemari pelajarpelajarnya. Kemahiran Interpersonal ? Merujuk kepada kemahiran yang perlu untuk meneruskan suatu hubungan antara individu dengan individu lain. Kemahiran.. memberi perhatian memahami berempati refleksi bersemuka ( konfrontasi ) menyoal mendengar

+ kem. Bimbingan.. mentafsir pendedahan kendiri pemparafrasaan memberi nasihat

konfrontasi kesenyapan kekinian ( immediacy ) Tingkah laku Memberi Perhatian Untuk memahami sesuatu kenyataan, seharusnya memberi perhatian yang teliti.

   

Memberi perhatian Memahami Menimbulkan rasa hormat Perasaan selamat

You might also like