You are on page 1of 9

Futsal Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima

orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan. Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fdration Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salo, dan bahasa Sepanyol ftbol de saln. Keduaduanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

y Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang y y y

daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

y Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak

gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan. y Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salo, dan bahasa Sepanyol ftbol de saln. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Sejarah y Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah Fdration Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.

y Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay

menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984. y Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia. y Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park, California.

Peraturan Gelanggang permainan 1. Ukuran: panjang 25-42 m x lebar 15-25 m 2. Garis batas: garis selebar 8 cm, iaitu garis sentuh di sisi, garis gawang di hujung-hujung, dan garis melintang tengah lapangan; 3 m lingkaran tengah; tiada tembok penghalang atau papan 3. Kawasan penalti: berukuran 6 m dari setiap pos 4. Garis penalti: 6 m dari titik tengah garis gawang 5. Garis penalti kedua: 12 m dari titik tengah garis gawang 6. Zon pergantian: daerah 6 m (3 m pada setiap sisi garis tengah lapangan) pada sudut tempat lontaran. 7. Gawang: tinggi 2 m x lebar 3 m 8. Permukaan kawasan lontaran: halus, rata, dan tak abrasif

y Bola y 1. Ukuran: #4

2. Keliling: 62-64 cm 3. Berat: 390-430 gram 4. Lambungan: 55-65 cm pada pantulan pertama 5. Bahan: kulit atau bahan yang menyerupainya (iaitu, tak berbahaya)

Jumlah pemain y 1. Jumlah pemain maksimum untuk memulakan pertandingan: 5, salah satunya penjaga gol 2. Jumlah pemain minimum untuk mengakhiri pertandingan: 2 3. Jumlah pemain cadangan maksimum: 7 4. Batas jumlah pergantian pemain: tak terbatas 5. Kaedah pergantian: "pergantian melayang" (semua pemain kecuali penjaga gol boleh masuk dan meninggalkan gelanggan pada bila-bila masa; pergantian penjaga gol hanya dapat dilakukan jika bola tidak sedang dimainkan dan dengan persetujuan pengadil)

Perlengkapan pemain: y Jersi bernombor, seluar, stoking, pelindung keting, dan kasut futsal Tempoh permainan y 1. Tempoh: 20 minit bagi setiap separuh masa. 2. Time-out: 1 per pasukan setiap separuh masa; tiada dalam waktu tambahan y 3. Masa pergantian separuh masa: maksimum 10 minit

You might also like