You are on page 1of 6

PENGENALAN KEPADA KIMPALAN

y Kimpalan ialah satu proses penyambungan logam. Penyambungan logam bermaksud dua logam disambung antara satu sama lain. Penyambungan boleh berlaku dengan melebur atau tidak melebur kedua-dua logam yang hendak disambung. Proses kimpalan dengan meleburkan logam dikenali sebagai kimpalan lebur, sementara kimpalan dengan tidak meleburkan logam dikenali sebagai kimpalan tidak lebur. Kimpalan Arka adalah jenis kimpalan lebur.

Langkah Keselamatan Semasa Mengendalikan Kimpalan Arka

Awas! Renjatan elektrik boleh membunuh. Jangan sentuh bahagian elektrik yang terdedah dan mengalirkan arus Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan sempurna dan berada di dalam keadaan yang baik. Elakkan daripada mengimpal ditempat yang basah atau lembap. Jika ianya tidak dapat dielakkan, pakai kasut getah dan berdiri di atas platform yang kering Mesin kimpalan perlu dibumikan terus kepada bahan yang dikimpal dan seberapa dekat yang boleh dengan tempat kimpalan dilakukan. Gunakan pemegang elektrod yang mempunyai salutan penebat Pastikan semua sambungan elektrik adalah kemas, bersih, kering dan berpenebat Jangan cuba untuk membaiki bahagian elektrik di dalam mesin kimpalan atau di dalam panel kawalan. Pastikan kabel bekalan kuasa dan kabel kimpalan mempunyai salutan penebat. Jangan belitkan kabel di keliling badan anda. Jangan gunakan kabel yang penebatnya telah haus, merekah atau terkoyak Pastikan kabel mesin kimpalan tidak menghalang laluan pekerja lain dan gulungkan kabel tersebut selepas digunakan. Matikan suis mesin kimpalan apabila tidak digunakan Awas! Pancaran arka boleh merosakkan mata dan membakar kulit Lindungi mata anda daripada pancaran arka. Pakai pelindung muka (welding shield) yang mempunyai penapis gelap (filter shade) yang sesuai

Pakai alat perlindungan keselamatan yang sesuai untuk kerja kimpalan dan pastikan ianya berada di dalam keadaan yang baik Jangan lakukan kerja kimpalan berdekatan dengan tempat operasi menukar gris kerana pancaran arka boleh menukarkan wap menjadi gas yang bahaya Lindungi orang lain daripada pancaran arka dengan menggunakan skrin pelindung atau penghadang. Awas! Wap dan gas yang wujud semasa proses kimpalan boleh membahayakan kesihatan anda. Jauhkan kepala anda dari terhidu asap kimpalan. Jangan berada terlalu dekat dengan arka. Adakan pengudaraan (ventilation) atau penyedutan asap (exhaust) yang mencukupi untuk mengalihkan asap dan gas dari zon pernafasan anda. Awas! Arka kimpalan dan pemotong api mengujudkan kawasan besuhu tinggi dan nyalaan terbuka yang boleh mengakibatkan kebakaran. Pastikan tempat kerja bersih, kering dan jauh daripada sebarang bahaya. Adakan alat pemadam api yang bersesuaian berdekatan dengan sumber api, bersedia untuk tindakan dan perlu tahu menggunakannya. Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan cecair atau gas yang mudah terbakar, mudah meruap atau mudah meletup.
Peralatan tambahan bagi kimpalan arka Berikut ialah beberapa peralatan tambahan penting bagi kegunaan pekerjapekerja kimpalan. Pemegang elektrod. Kabel atau wayar kimpalan. Kabel bumi. Pelindung muka. Sarung Tangan. Pelindung lengan. Apron kulit. Tuluk serpihan. Berus Penyepit

Komponen-komponen asas dalam sesebuah mesin kimpalan arka adalah terdiri daripada: Alatubah

Kebel elektrod Pemegang Elektrod Bekalan kuasa a. Gogel jernih

b.

Apron kulit

c.

Memakai penghadang muka

d.

Memakai sarung tangan

e.

Memakai kasut kulit

Keselamatan Bahaya-bahaya yang mungkin ditemui dalam kerja-kerja kimpalan arka ialah daripada sinaran arka, percikan logam lebur, gas-gas dan haba yang terhasil serta risiko renjatan elektrik. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berhati-hati apabila menjalankan kimpalan arka untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Untuk mengelakkan kemalangan akibat daripada sinaran arka dan percikan logam lebur, pengimpal mestilah melindungi kulitnya pada bahagian muka, mata, tangan, lengan, kaki dan badan dengan cara memakai pakaian yang sesuai dan selamat. Sewaktu menjalankan kerja kimpalan, pastikan pekerja-pekerja lain yang ada berhampiran dengan tempat kerja itu memakai adangan yang cukup dan baik. Sebelum memulakan sesuatu kerja kimpalan, pastikan kesemua sambungan elektrik berada dalam keadaan sempurna dan mempunyai pembumian elektrik yang baik. Perlu diingat, penting bagi hujung kabel daripada set kimpalan itu dibumikan melalui satu terminal atau pembumian yang betul. Ini untuk mengelakkan berlakunya pembumian melalui pengimpal jika terminal bumi ini tersalah sambung, maka kemungkinan akan berlaku kejadian renjatan elektrik. 2.9.1 Pakaian Keselamatan Ketika Mengimpal Arka

Untuk mendapatkan perlindungan yang lebih berkesan,pakaian seperti rajah di atas digalakkan. Pakaian kerja atau apron yang kemas boleh juga digunakan. Kasut yang bertapak nipis atau kasut getah kurang sesuai. Benda-benda tajam atau kepingan-kepingan logam yang tajam boleh menembusi tapak kasut dan menyebabkan kecederaan . kasut yang tahan lasak atau kasut keselamatan (kasut perusahaan) patut di pakai. Pakaian perlindungan kulit atau apron kulit harus digunakan semasa membuat kerja-kerja kimpalan. Bagi pengawasan keselamatan tambahan,pelajar atau pelatih juga diminta mengulungkan lengan baju dan menanggalkan gelang,jam tangan,cincin dan memasukkan tali leher ke dalam baju sebelum membuat kerja amali. Langkah-langkah ini dapat mengelakkan benda-benda yang longgar termasuk atau tersangkut kepada bahagian-bahagian mesin yang sedang bergerak.

Di akhir unit ini anda dapat: Mendefinasikan kimpalan arka dan menerangkan perkara- perkara yang berkaitan dengannya iaitu: Fungsi alat pengubah Komponen-komponen asas mesin kimpalan arka Jenis-jenis mesin kimpalan arka dan menerangkan prinsip kerja, kelebihan dan kelemahannya. Jenis-jenis kekutuban arus Teknik-teknik kimpalan arka Jenis-jenis elektrod kimpalan arka

Pengenalan :
Pelajar akan didedahkan dengan kaedah melakukan kimpalan dengan mengambil kira ciri ciri keselamatan. Pelajar akan mempelajari pemotongan dengan kaedah plasma dan membuat kimpalan jenis arka dan gas. Pelajar juga akan membuat kimpalan ke atas logam dari logam logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol dan lukisan cetakan biru, menguji sambungan kimpalan dengan cara membedah, membengkok dan merenggang logam.

Objektif Latihan
a. Memahami langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kimpalan. b. Dapat membaca dan mengenali simbol- simbol, seterusnya melukis technical drawing. c. Memberi pengetahuan dan latihan amali kepada pelajar tentang proses proses kimpalan yang biasa digunakan untuk industri melalui latihan yang bersistematik.

4.0 Rumusan Kimpalan adalah salah satu cara untuk menyambungkan 2 keping logam dan biasanya melalui proses pemanasan. Manufactures menggunakan kaedah ini untuk membuat berbagai-bagai jenis bahan antaranya kereta, peralatan rumah, dan perabot. Sektor pembinaan pula menggunakannya dalam membuat bangunan, menyambungkan bahagian-bahagian tertentu dan sebagainya.

Subjek kimpalan dan fabrikasi logam ini bertujuan membekalkan kami dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai jenis kerja kimpalan. Sepanjang tempoh dalam menyiapkan projek, sangat penting untuk mengamalkan langkah keselamatan dan menjalankan kerja kimpalan dengan menggunakan pelbagai jenis alatan tangan dan mesin. Kemahiran yang dipelajari termasuk proses mengimpal dengan menggunakan gas oksi-asetelina, proses penyediaan bahan dan sambungan serta mengimpal plat dan Melalui mata pelajaran ini kami dapat memahami perajalanan dalam industri yang terlibat dengan kerja kimpalan dan industri-industri yang terlibat sama. Projek dalam fabrikasi logam telah dapat kami siapkan mengikut tempoh masa yang diberi. Sepanjang masa membuat kerja-kerja ini,kami telah belajar untuk membaca plan, membentuk, memasang kepingan logam dengan cara mengimpal, merivet, memotong, melipat, dan cara-cara lain mengikut piawaian industri masa kini. Kami juga telah diajar mengenai asas logam, mengukur, memotong, mengikir. Sepanjang itu juga, kami melihat untuk perlu lebih kreatif dalam menentukan langkah-lagkah kerja agar tidak tersilap dan kerja-kerja dapat disiapkan dengan mudah. Banyak juga proses-proses yang melibatkan penggunaan peralatan tangan dan mesin pelbagai bagi memudahkan kemahiran merancang dan mereka bentuk kerja-kerja. Dalam melakukan aktiviti ini kita dapat mempelajari mempelajari teknik-teknik yang betul dalam mengendalikan mesin-mesin kimpalan di bengkel. Pendedahan meluas oleh instrutor berpengalaman seperti En. Iskandar adalah sangat terperinci memudahkan bagi kami melakukan aktiviti ini sendiri dengan mudah. Walaubagaimanapun, kekurangan peralatan menyebabkan pelajar terpaksa bergilir-gilir mengunakan alat kimpalan, menyebabkan tidak banyak aktiviti dapat dijalankan. Pendedahan yang di berikan dapat membantu kami untuk lebih berkeyakinan semasa berdepan pelajar pada masa depan kerana subjek ini boleh dikategorikan sebagai subjek yang agak sukar dan mempunyai banyak risiko yang mungkin terjadi. Kemahiran-kemahiran yang kami dapat dari pengajaran yang diberi sangat memuaskan. Dari sebelum ini, kami tidak berani untuk memegang sekalipun peralatan-peralatan kimpalan sehinggalah kami mampu menyiapkan tugasan yang diberi dengan yakin dan jayanya. Subjek ini telah banyak memberi kami kemahiran dan ilmu melalui latihan teori dan amali untuk kerja-kerja mengimpal, menyambung logam menggunakan pelbagai proses, kemahiran merancang dan mereka bentuk kerja-kerja kimpalan. Dalam pembelajaran ini juga kami memandang serius faktor keselamatan diri dan alatan kerja. Kerja mengimpal ini adalah suatu kerja yang berisiko tinggi kerana melibatkan penggunaan alatan-alatan yang berkuasa tinggi yang boleh mendatangkan kecederaan serius. Secara keseluruhannya, banyak boleh diperkatakan sepanjang tempoh sesi pembelajaran untuk subjek kimpalan dan fabrikasi logam ini. Bagaimana suatu kerja yang sukar dapat kami miliki kemahirannya seperti mengimpal arka dan gas. Pada pandangan kami sebelum ini, kerja ini adalah sangat merbahaya tetapi sebaliknya jika selagi kita mematuhi peraturan yang ditetapkan. elengkapan dan Aksesori Keperluan asas bagi menjalankan sesuatu kimpalan arka ialah bekalan elektrik dengan voltan dan arus yang sesuai. Voltan yang diperlukan ialah di antara 20-100 volt manakala arus yang sesuai ialah di antara 100-1000 ampere. Oleh itu jelas di sini bahawa bekalan elektrik daripada TNB tidak sesuai dan tidak selamat digunakan untuk kerja-kerja kimpalan kerana terlalu tinggi. Terdapat dua jenis mesin kimpalan arka. Iaitu:

a) Mesin yang memberi arus terus. b) Mesin yang memberi arus ulang alik.

You might also like