You are on page 1of 18

SENARAI KANDUNGAN

TOPIK 4 : PENCANTUMAN, PENYERAPAN DAN AMBILALIH


NOTA: Pencantuman Penyerapan Ambilalih Rekod Perakaunan (Tutup Akaun Penjual) Rekod Perakaunan (Buka Akaun Pembeli) SOALAN LATIHAN: Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Soalan 9 4-5 6 7 8 9-10 11-12 13 14-15 16-17 1 1 1 2 3

MUKA SURAT

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

PENYUSUNAN SEMULA, PENCANTUMAN, PENYERAPAN DAN AMBILALIH SYARIKAT

1. Pencantuman (Amalgamation) Apabila dua atau lebih syarikat menjual perniagaan mereka dan membentuk syarikat yang baru. Syarikat yang baru akan memperolehi aset-aset dan liabiliti yang diambilalih dari syarikat lama. Pembayaran pula dalam bentuk tunai, saham-saham dalam syarikat baru dan debentur bergantung kepada pertimbangan pemilik atau pemegang saham terbesar. Tujuan: Memperbesarkan lagi perniagaan dan sumber modal. Mempertingkatkan lagi keupayaan syarikat untuk bersaing di pasaran terbuka. Untuk menukar status perniagaan daripada perniagaan tunggal atau perkongsian kepada syarikat berhad. Untuk memperkembangkan lagi operasi syarikat. Contoh : Syarikat A + Syarikat B Syarikat AB 2. Penyerapan (Absorption) Apabila sesebuah syarikat baru dikumpulkan untuk mengambilalih aset dan liabiliti syarikat yang dibubarkan. Tujuan: Untuk mengubah status perniagaan. Mendapatkan penambahan sumber modal. Untuk mengatasi masalah seperti nama baik syarikat yang telah tercemar. Memperkembangkan lagi perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Contoh : QLTD & RLTD QLTD 3. Ambilalih Apabila sebuah syarikat membeli saham modal daripada syarikat lain, pemilikan syarikat mesti lebih dari 33%. Tutup Akaun Penjual/Vendor (Syarikat Lama) Akaun Realisasi untuk mencari untung rugi pindahan syarikat Akaun Modal Saham Akaun Pembeli Buka Akaun Pembeli / Buyer ( Syarikat Baru) Akaun Belian Perniagaan Untuk cari Muhibbah atau Rezab Akaun Modal Saham
4-2

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Akaun Tunai Akaun Penjual Tutup Akaun Penjual Akaun Realisasi RM Aset diambilalih (dr. Kunci kira-kira ) Untung (baki h/b) Modal xx xx xxx Syarikat Pembeli Liabiliti diambilalih Rugi (baki h/b) Modal RM xx xx xx xxx

Akaun Modal Saham RM Syarikat Pembeli Aset tidak diambil alih Realisasi (rugi) xx xx xx xxx Baki b/b Liabiliti tidak ambil alih Realisasi (untung) Sumber Modal lain

RM xx xx xx xxx

Realisasi

Akaun Pembeli RM xx Modal saham xxx

RM xx xxx

4-3

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Buka Akaun Pembeli Akaun Belian Perniagaan RM xx Aset diambil alih (baru) xx xx xxx Muhibbah RM xx xx xxx

Syarikat Penjual Liabiliti diambil alih (baru) Tunai (belanja ambilalih)

Modal Saham

Akaun Tunai RM xx Belian Perniagaan Baki h/b xxx

RM xx xx xxx

Akaun Modal Saham RM Baki h/b (kunci kira-kira) xx xxx Syarikat Penjual Tunai

RM xx xx xxx

Modal Saham

Akaun Penjual RM xx Belian Perniagaan xxx

RM xx xxx

4-4

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Soalan Latihan Soalan 1 Amal Berhad dan Gam Berhad adalah dua syarikat yang bersaiz medium yang bersetuju untuk bercantum. Syarikat baru itu dinamakan AG Berhad dan memperolehi semua aset-aset dan liabiliti Syarikat Amal dan Syarikat Gam. Saham Modal yang dibenarkan ialah RM1,000,000 saham biasa RM1.00 sesaham dan 200,000 6% saham utama RM1.00 sesaham. Maklumat di bawah menunjukkan Kunci Kira-kira Syarikat Amal Berhad dan Syarikat Gam Berhad pada 31 Disember 2002. Amal Berhad 10,000 140,000 30,000 110,000 290,000 40,000 300,000 (50,000) 290,000 Gam Berhad 5,000 150,000 40,000 100,000 295,000 15,000 100,000 100,000 80,000 295,000

Muhibbah Tanah dan Bangunan Peralatan dan Mesin Aset semasa Akaun Belum Bayar Saham Biasa @ RM1.00 10% saham utama @ RM1.00 Akaun Untung Rugi/(Rugi)

Maklumat Tambahan Adalah dipersetujui oleh Syarikat AG Berhad untuk menerima penilaian semula seperti berikut: 1. Aset tetap dinilai: RM RM Tanah dan Bangunan 200,000 250,000 Peralatan dan Mesin 10,000 20,000 Muhibbah 30,000 2. Aset semasa dan Liabiliti semasa diambil alih pada nilai buku dan bayaran kepada Amal Berhad berupa saham biasa dalam syarikat AG Berhad sepenuhnya. Gam Berhad menerima 120,000 unit 6% saham utama RM1.00 dan saham biasa RM1.00 dalam Syarikat AG Berhad. Saham utama dan saham biasa diterbitkan sepenuhnya. Kedua-dua syarikat kemudiannya dibubarkan.

3.

4-5

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Aset diambilalih : Tanah dan bangunan Peralatan dan mesin Muhibbah Aset semasa (-) Liabiliti semasa: Akaun belum bayar Harga belian Pembiayaan: Saham biasa @ RM1.00 Saham keutamaan @ RM1.00

Amal Berhad 200 000 10 000 110 000 320 000 40 000 280 000 280 000 280 000

Gam Berhad 250 000 20 000 30 000 100 000 400 000 15 000 385 000 265 000 120 000 385 000

Dikehendaki untuk menyediakan akaun-akaun dalam syarikat penjual untuk menutup buku mereka dan menyediakan akaun-akaun dalam syarikat pembeli dan kunci kira-kira yang baru.

4-6

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Soalan 2
Syarikat Aminah dan Syarikat Zaiton telah bersetuju untuk bercantum dengan menubuhkan sebuah perniagaan yang baru bernama Syarikat Amiton Berhad pada 01.01.2006 dengan modal dibenarkan sebanyak 100,000 unit saham biasa @ RM1 sesaham. Berikut adalah Kunci Kira-kira kedua-dua perniagaan pada 31.12.2005: Sykt Aminah (RM) 37,527 24,273 61,800 10,193 8,500 8,022 20,625 14,460 61,800 Sykt Zaiton (RM) 17,241 15,000 26,730 450 59,421 21,000 4,696 3,200 8,343 6,021 16,161 59,421

Saham biasa Pinjaman jangka panjang Pemiutang Faedah pinjaman terakru

Tanah dan bangunan Loji Mesin Stok Penghutang Bank

Telah dipersetujui: 1. Syarikat Amiton Berhad mengambilalih aset dan liabiliti kedua-dua perniagaan kecuali bank. Manakala pinjaman jangka panjang dan faedah terakru akan dijelaskan oleh Syarikat Zaiton sendiri. 2. Maklumat-maklumat berikut hendaklah diambilkira: a. Tanah dan bangunan dinilai semula menjadi RM27,000. b. Nilai stok Syarikat Aminah adalah termasuk nilai stok usang berjumlah RM1,080. c. Hutang lapuk Syarikat Zaiton bernilai RM525 hendaklah dihapuskira. d. Kesilapan dalam akaun belum bayar Syarikat Zaiton adalah terkurang nilai sebanyak RM660. e. Syarikat Amiton Berhad hendaklah menjelaskan belanja penubuhan belum bayar yang kemudiannya dipermodalkan berjumlah RM360. 3. Syarikat Amiton Berhad hendaklah menerbitkan sebanyak 24,000 unit saham biasa pada nilai par kepada Syarikat Aminah dan 23,000 unit saham biasa pada nilai par kepada Syarikat Zaiton sebagai harga pertimbangan belian. Anda Dikehendaki: a. Menyediakan kiraan yang menunjukkan jumlah tunai yang perlu dijelaskan oleh Syarikat Aminah dan Syarikat Zaiton untuk mendapatkan unit-unit saham biasa yang ditawarkan oleh Syarikat Amiton Berhad. b. Menyediakan akaun-akaun lejar untuk menutup Syarikat Aminah dan Syarikat Zaiton. c. Kunci kira-kira Syarikat Amiton Berhad selepas pencantuman.

4-7

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Soalan 3 Berikut adalah Kunci Kira-kira Syarikat Life Bhd. pada 31 Disember 1998.
Syarikat Life Bhd. Kunci Kira-kira Pada 31 Disember 1998 RM Ekuiti Pemilik dan Liabiliti: 10,000 30,000 6% Saham keutamaan 30,000 kumulatif @ RM1.00 15,000 50,000 saham biasa @ RM1.00 12,000 Akaun Untung Rugi 7,000 8% Debentur 1,000 Pemiutang 75,000

Aset-aset: Muhibbah Bangunan Mesin Stok Penghutang Bank

RM 30,000 50,000 (22,000) 12,000 5,000 75,000

Maklumat Tambahan:
Dividen saham keutamaan kumulatif telah tertunggak selama 4 tahun yang lepas. Ahliahli Life Bhd. telah bersetuju menerima proses penyerapan di mana sebuah syarikat yang baru bernama New Life Bhd. ditubuhkan dengan menyerap perniagaan syarikat Life Bhd. yang kemudiannya dibubarkan. Persetujuan yang telah dicapai adalah seperti berikut: 1. Syarikat New Life Bhd. ditubuhkan dengan modal dibenarkan 100,000 unit saham biasa bernilai tara RM1.00 sesaham. Pemegang saham keutamaan Life Bhd. akan diberikan 2 unit saham biasa New Life Bhd. untuk setiap 3 unit saham keutamaan yang dipegang. Mereka juga akan menerima 6,000 unit saham biasa dalam New Life Bhd. sebagai bayaran dividen saham keutamaan yang telah tertunggak. 2. Pemegang saham biasa Life Bhd. akan menerima 1 unit saham biasa dalam New Life Bhd. untuk setiap 2 unit saham biasa yang dipegang. Pemegang 8% Debentur dalam Life Bhd. akan diterbitkan 8% Debentur dalam New Life Bhd. bernilai RM10,000 pada nilai tara. 3. Semua aset-aset dan liabiliti diambilalih New Life Bhd. Aset-aset yang diambilalih oleh New Life Bhd. dinilai semula seperti berikut: Muhibbah Stok 8,000 Bangunan 40,000 Mesin 12,000 (lain-lain aset diambil pada nilai buku) 4. Belanja penyerapan berjumlah RM2,000 akan ditanggung oleh New Life Bhd. Pengarah New Life Bhd. akan menerbitkan 5,000 unit saham biasa New Life Bhd. pada RM1.20 sesaham dibayar sepenuhnya.

Anda Dikehendaki: a. Menyediakan akaun-akaun untuk menutup buku Syarikat Life Bhd. b. Menyediakan akaun-akaun untuk membuka buku Syarikat New Life Bhd. dan Kunci Kira-kira Syarikat New Life Bhd. selepas penyerapan tersebut.

4-8

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Soalan 4 Berikut adalah kedudukan Kunci Kira-Kira Perniagaan Jaya pada 30 Jun 2002: RM Modal dan Liabiliti: Modal Pemiutang Aset: Tanah dan Bangunan Kenderaan Loji dan Mesin Penghutang Stok Bank 350,000 102,000 452,000 150,000 27,800 42,000 65,500 220,700 (54,000) 452,000

Syarikat Maju Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 30 Jun 2002 bagi tujuan mengambilalih Perniagaan Jaya. Syarikat ini ditubuhkan dengan modal dibenarkan terdiri daripada 1,000,000 unit saham biasa @ RM1.00 setiap satu. Syarat pengambilalihan Perniagaan Jaya adalah seperti berikut: 1. Syarikat Maju Sdn. Bhd. akan mengambilalih semua aset dan liabiliti Perniagaan Jaya. 2. Aset-aset yang diambilalih dinilai semula seperti berikut: Tanah dan Bangunan RM120,000; Kenderaan RM25,000; Loji dan Mesin RM35,000; Penghutang RM60,000; dan Stok RM200,000. 3. Kos perbadanan Syarikat Maju Sdn. Bhd. bernilai RM 1,000. 4. Muhibbah Perniagaan Jaya dinilai sebanyak RM100,000. 5. Syarikat Maju Sdn. Bhd. akan membayar tunai sebanyak RM120,000 kepada Perniagaan Jaya dan bakinya akan dibayar dengan menerbitkan modal saham biasa RM1.00 setiap satu. 6. Syarikat Maju Sdn. Bhd. menerbitkan 300,000 unit saham biasa pada nilai par untuk mendapatkan tunai. 7. Selepas diambilalih oleh Syarikat Maju Sdn. Bhd., Perniagaan Jaya bersetuju untuk dibubarkan secara sukarela. Anda dikehendaki untuk menyediakan: a. Akaun Realisasi untuk menutup Perniagaan Jaya. b. Akaun Belian Perniagaan, Akaun Modal Saham Biasa dan Akaun Bank Syarikat Maju Sdn. Bhd. c. Kunci Kira-Kira Syarikat Maju Sdn. Bhd. selepas pengambilalihan selesai.

4-9

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Soalan 5 Syarikat Emas Berhad telah ditubuhkan pada 1 Januari 2000 dengan menerbitkan saham biasa sebanyak 200,000 unit pada harga RM1 seunit. Semua penerimaan tunai dibankkan. Syarikat Emas Berhad ditubuhkan dengan tujuan mengambilalih aset-aset bersih Perniagaan Perak dan Perniagaan Suasa. Kunci Kira-kira pada 1 Januari 2000 adalah seperti berikut: Perak (RM) Aset tetap: Bangunan milik bebas Kenderaan Perabot Peralatan Aset semasa: Stok Penghutang Liabiliti semasa: Pemiutang Overdraf bank Modal kerja Aset bersih Dibiayai oleh: Modal saham biasa 80,000 16,000 14,000 6,000 116,000 80,000 10,000 90,000 64,000 32,000 96,000 (6,000) 110,000 Suasa (RM) 30,000 12,000 22,000 2,000 66,000 132,000 34,000 166,000 152,000 44,000 196,000 (30,000) 36,000

110,000 110,000

36,000 36,000

4-10

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Maklumat tambahan: Adalah dipersetujui oleh semua pihak bahawa Syarikat Emas Berhad akan mengambilalih kedua-dua perniagaan pada nilai buku bersih kecuali bagi asetaset yang dinyatakan di bawah yang diambilalih pada nilai-nilai berikut: Perak (RM) Bangunan milik bebas Kenderaan Perabot Stok Penghutang 150,000 16,000 8,000 76,000 8,000 Suasa (RM) 150,000 10,000 22,000 110,000 20,000

Adalah dipersetujui bahawa semua liabiliti ditanggung oleh Syarikat Perak dan Syarikat Suasa dan harga belian yang akan dibayar oleh Syarikat Emas Berhad seperti berikut: 1. RM200,000 kepada Perniagaan Perak yang akan dibayar dengan cara terbitan saham biasa sebanyak 120,000 unit @ RM1 dan tunai sebanyak RM56,000. 2. RM120,000 kepada Perniagaan Suasa yang akan dibayar dengan cara terbitan saham biasa sebanyak 80,000 unit @ RM1 dan tunai sebanyak RM24,000. 3. Kekurangan harga belian perniagaan Perak dan Suasa adalah belanja pembubaran yang dibayar oleh Syarikat Emas Berhad. Dikehendaki: Menyediakan Akaun-akaun dalam buku Syarikat Emas Berhad dan Kunci Kirakira sebaik sahaja pengambilalihan selesai.

4-11

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Soalan 6 Perkongsian Merah & Co. telah bersetuju untuk menukar perniagaan mereka mulai 1 Januari 2005. Syarikat baru Merahari Berhad telah ditubuhkan untuk tujuan berkenaan dengan menerbitkan 1,000,000 unit saham biasa @ RM1.00 sesaham berbayar penuh dan 300,000 unit 6% saham utama @ RM1.00 sesaham berbayar penuh. Berikut adalah Kunci Kira-kira Perkongsian Merah & Co. pada 1 Januari 2005: RM Aset tetap: Harta milik bebas Kenderaan Perabot Aset semasa: Stok Penghutang Tunai dan bank Nota belum terima ( - ) Liabiliti semasa: Pemiutang Nota belum bayar Modal kerja Aset bersih Dibiayai oleh: Akaun modal - Meehoon Akaun modal - Rahoon Akaun semasa - Meehoon Akaun semasa - Rahoon 600,000 150,000 90,000 840,000 148,000 162,000 78,000 74,000 462,000 70,000 140,000 210,000 252,000 1,092,000 240,000 360,000 600,000 216,000 276,000 1,092,000

4-12

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Maklumat dipersetujui: 1. Sebagai asas penyerapan, aset-aset yang diambilalih dinilai semula kepada nilai boleh realis seperti berikut: RM Harta milik bebas 468,000 Kenderaan 114,000 Perabot 78,000 Stok 128,000 Nota belum terima 64,000 2. Penghutang Perkongsian Merah & Co. mengandungi hutang lapuk sebanyak RM12,000. 3. Merahari Berhad akan mengambilalih semua aset Perkongsian Merah & Co. kecuali tunai dan bank. Liabiliti akan dijelaskan oleh Perkongsian sendiri dan harga pertimbangan belian untuk mengambilalih Perkongsian Merah & Co. adalah terdiri dari penerbitan saham biasa sebanyak 1,000,000 unit @ RM1.00 pada premium 20% dan tunai sebanyak RM104,000. Saham biasa ini akan diperuntukkan kepada pekongsipekongsi sama rata. 4. Untung rugi realisasi dari proses penyerapan tersebut akan diagihkan mengikut nisbah sumbangan modal pekongsi. 5. Belanja penubuhan Syarikat Merahari Berhad ialah sebanyak RM8,000 dibayar tunai. Dikehendaki menyediakan: Akaun-akaun untuk merekod penutupan Perkongsian Merah & Co. dan penubuhan Syarikat Merahari Berhad serta Kunci Kira-kira selepas proses pengambilalihan tersebut.

4-13

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Soalan 7
Perkongsian Nah dan Bidin Lembaran Imbangan pada 31 Disember 2006 Aset Bukan Semasa RM Hartanah, peralatan dan Jentera Tanah dan bangunan 150,000 Perabot dan kelekapan Loji dan mesin 280,000 Tolak Susutnilai terkumpul (60,000) Aset Semasa Inventori 60,000 Penghutang 30,000 Bank 10,000 100,000 Liabiliti Semasa Pemiutang (20,000) Aset Semasa Bersih/Modal Kerja Aset Bersih Modal: Nah Bidin 300,000 200,000 RM

50,000 220,000

80,000 500,000 ======

500,000 500,000 ====== Nabil Bhd. telah ditubuhkan dengan modal dibenarkan sebanyak 1,000,000 syer biasa RM1 setiap satu, untuk mengambil alih perniagaan Perkongsian Nah dan Bidin, pada 1 Januari 2007. Pn. Nah dan En. Bidin yang merupakan pemegang saham utama syarikat baru. Mereka masing-masing membeli 200,000 unit saham biasa dalam Nabil Berhad dan dibayar secara tunai. 1) Perjanjian jualbeli memperuntukkan bahawa: Syarikat akan mengambil alih semua aset perkongsian kecuali penghutang dan tunai. ii) Aset-aset akan diambilalih pada nilai berikut: Tanah dan bangunan RM180,000; Perabot dan kelengkapan RM30,000; Loji dan mesin RM190,000; dan Inventori RM50,000. iii) Syarikat mengeluarkan 600,000 syer biasa berbayar penuh pada nilai par kepada perkongsian sebagai pertimbangan belian. iv) Syarikat akan membantu perkongsian memungut hutang dari penghutang dan membayar kepada pemiutang. Hutang sebanyak RM4,000 dianggap sebagai hutang lapuk dan kos pembubaran perkongsian adalah RM1,000. Kos-kos ini akan ditanggung oleh perkongsian. 2) Perkongsian berkongsi untung dan rugi sama banyak dan bersetuju bahawa baki tunai selepas pembubaran perkongsian akan diagihkan antara rakan kongsi mengikut nisbah jumlah modal akhir yang dipersetujui. i) Anda dikehendaki menyediakan:
a) Catatan jurnal untuk menutup buku perkongsian. Akaun Belian Perniagaan dan Akaun Modal Syer Biasa serta Lembaran Imbangan Nabil Bhd pada 31 Disember 2006.

b)

4-14

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Soalan 8
Petikan Lembaran Imbangan Wira Sdn Bhd, Satria Sdn Bhd dan menunjukkan kedudukan berikut pada 31 Disember 2006: Wira Sdn Bhd RM Aset bukan semasa Aset semasa Belanja penubuhan Muhibbah 360 000 300 000 6 000 30 000 -----------696 000 ======= Ekuiti dan liabiliti: Modal syer biasa RM1 setiap satu 5% syer keutamaan RM1 setiap satu Baki akaun untung rugi 7% debentur Pemiutang 72 000 ----------696 000 ====== 480 000 144 000 240 000 60 000 60 000 36 000 ---------396 000 ====== 240 000 (60 000) 120 000 14 400 ---------314 400 ====== Satria Sdn Bhd RM 240 000 153 600 2 400 ----------396 000 ====== Tiara Sdn Bhd RM 180 000 120 000 14 400 ---------314 400 ====== Tiara Sdn Bhd

4-15

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Adalah disetujui oleh setiap pihak bahawa Wira Sdn Bhd akan membeli semua aset dan liabiliti Satria Sdn Bhd dan Tiara Sdn Bhd pada 31 Disember 2006 mengikut syaratsyarat berikut: (1) Wira Sdn Bhd akan membayar Satria Sdn Bhd dan Tiara Sdn Bhd seperti berikut: Satria Sdn Bhd RM Untuk pemegang syer biasa: Modal syer biasa berbayar penuh dalam Wira Sdn Bhd pada harga RM1.25 seunit Untuk pemegang syer keutamaan: 5% syer keutamaan dalam Wira Sdn Bhd pada RM1 setiap satu Untuk pemegang debentur: 8% Debentur Tiara Sdn Bhd RM

480 000

150 000

72 000 -

126 000

(2)

Aset- aset di ambil alih pada: Satria Sdn Bhd RM Aset bukan semasa Aset semasa 336 000 120 000 Tiara Sdn Bhd RM 204 000 108 000

(3)

Wira Sdn Bhd membayar belanja pembubaran untuk kedua-dua syarikat yang berjumlah RM3 600 dan RM2 400 masing-masing.

Anda dikehendaki untuk menyediakan: a) Catatan jurnal untuk menutup buku Satria Sdn Bhd. b) Akaun Realisasi, Akaun Dana Pemegang Syer dan Akaun Pemegang Debentur dalam buku Tiara Sdn Bhd. c) Lembaran Imbangan dalam Wira Sdn Bhd selepas penyerapan kedua-dua syarikat.

4-16

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

Soalan 9
Perkongsian Viva dan Livina Sdn Bhd bersetuju untuk bercantum pada 1 Januari 2008 dan sebuah syarikat baru ditubuhkan, LaVista Bhd dengan modal dibenarkan terdiri daripada 2.5 juta unit saham biasa @ RM1.00 sesaham. Berikut merupakan Lembaran Imbangan bagi Perkongsian Viva dan Livina Sdn Bhd pada 1 Januari 2008: Perkongsian Viva (RM) Ekuiti dan liabiliti: Saham biasa @ RM1.00 sesaham 6% Saham utama @ RM2.00 sesaham Modal Danish Modal Alysa Akaun semasa Danish Akaun semasa Alysa Akaun Untung Rugi 10% Debentur Pemiutang Aset Bukan Semasa: Hartanah, Peralatan dan Jentera Muhibbah Aset Semasa: Lain-lain aset semasa Bank 300,000 100,000 1,040,000 190,000 60,000 1,150,000 640,000 880,000 20,000 200,000 300,000 160,000 240,000 140,000 1,040,000 800,000 100,000 100,000 100,000 50,000 1,150,000 Livina Sdn Bhd (RM)

Maklumat tambahan:

4-17

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 4 : Pencantuman, Penyerapan dan Ambilalih

1. LaVista Bhd bersetuju untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti Perkongsian Viva dan Livina Sdn Bhd. Pertimbangan belian akan diselesaikan seperti berikut: a. Perkongsian Viva 800,000 unit saham biasa LaVista Bhd pada premium 20%. b. Livina Sdn Bhd: i. Pemegang Saham Biasa 800,000 unit saham biasa dalam LaVista Bhd pada premium 10%. ii. Pemegang Saham Utama 80,000 unit saham biasa dalam LaVista Bhd pada premium 10%. iii. Pemegang 10% Debentur RM100,000 8% Debentur pada premium 10% untuk menebus 10% Debentur Livina Sdn Bhd. iv. Bakinya secara tunai.

2. Agihan untung rugi di antara Danish dan Alysa adalah pada nisbah 4:6. 3. Nilai aset Livina Sdn Bhd yang dinilai semula adalah seperti berikut: a. Hartanah, Peralatan & Jentera RM875,000 b. Lain-lain aset semasa RM195,000 4. Belanja penubuhan LaVista Bhd berjumlah RM8,000. Anda dikehendaki: a. Menutup buku Perkongsian Viva dengan menyediakan: i. Akaun Realisasi ii. Akaun Modal Pekongsi b. Menutup buku Livina Sdn Bhd dengan menyediakan: i. Akaun Realisasi ii. Akaun Pemegang Saham Pelbagai iii. Akaun Pemegang 10% Debentur

(3 markah) (5 markah) (5 markah) (5 markah) (1 markah)

c. Menyediakan Lembaran Imbangan LaVista Bhd pada 1 Januari 2008. (5 markah)

4-18

You might also like