You are on page 1of 24

SENARAI KANDUNGAN

TOPIK 5 : KETIDAKMAMPUAN BAYAR DAN KEBANKRAPAN


NOTA: Kebankrapan Prosedur Kebankrapan Akaun Kekurangan Definisi Pembubaran Jenis-jenis pembubaran Kelakuan kebankrapan mengikut S.3(1) Akta Kebankrapan 1967 Penyata Hal Ehwal Format Penyata Hal Ehwal Perbezaan Kunci Kira-kira dengan Penyata Hal Ehwal Tugas-tugas Pembubar Syarikat Pemiutang Jenis-jenis tuntutan keutamaan dalam membayar hutang Pentadbiran Kebankrapan SOALAN LATIHAN: Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Soalan 9 14 15 16 17 18 19 20 21 22 1 1 1 2 3-4 5 5 6-7 8 8 9 10 11-13

MUKA SURAT

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

KETIDAKMAMPUAN BAYAR DAN KEBANKRAPAN Kebankrapan Ia berlaku dalam 2 keadaan: 1. Pemiutang firma membuat rayuan kebankrapan kepada pihak mahkamah kerana syarikat tidak mampu bayar. 2. Firma/Syarikat minta mahkamah mengisytiharkan bankrap kerana tidak mampu bayar hutang. - mahkamah akan mengeluarkan Receiving Order kepada syarikat dan syarikat dikehendaki menyediakan Penyata Hal Ehwal selepas diisytiharkan bankrap. Prosedur Kebankrapan 1. Kemukakan surat rayuan kebankrapan kepada mahkamah, nyatakan nama individu @ perniagaan berkenaan. 2. Serahkan surat rayuan dalam tempoh 4 bulan dan setelah surat disemak, mahkamah akan melantik seorang pegawai untuk mengawasi harta benda & hal ehwal Si Bankrap. 3. Pemiutang akan menentukan 1 @ 3 orang pemegang amanah yang menguruskan pembubaran. Orang tengah juga akan dilantik untuk menguruskan aktiviti-aktiviti pemegang amanah. 4. Pemiutang dikehendaki menyerahkan tuntutan-tuntutan dalam masa 6 bulan selepas perjumpaan pemiutang lain di mahkamah. Akaun Kekurangan Tujuan disediakan adalah untuk menunjukkan bagaimana kebankrapan wujud dan menerangkan amaun kekurangan yang diwujudkan dalam penyata hal ehwal. Baki kekurangan dalam akaun kekurangan mesti sama dengan kekurangan dalam Penyata Hal Ehwal. Akaun Kekurangan RM xx Ambilan xx Rugi Terkumpul xx Hutang Lapuk Rugi Atas Realisasi xx Liabiliti Kontigensi xxx RM xx xx xx xx xx xxx

Modal Untung Aset Sendirian Kekurangan

5-2

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Definisi Pembubaran Pembubaran bermaksud memberhentikan atau memansuhkan sesuatu aktiviti atau sesuatu entiti perniagaan. Pembubaran syarikat bermaksud operasi sesuatu perniagaan akan ditamatkan atau segala aktiviti yang dijalankan tidak boleh diteruskan lagi. Oleh itu boleh dikatakan bahawa pembubaran merupakan satu proses apabila hal ehwal syarikat ditamatkan atau dimansuhkan ataupun pendaftaran syarikat itu dibatalkan. Dalam proses pembubaran, segala hutang piutang akan dijelaskan, semua aset yang ada akan direalis dan semua lebihan yang wujud selepas semua hutang-hutang dijelaskan akan diagihkan kepada pemegang saham. Diantara sebab-sebab yang boleh membawa ke arah pembubaran sesebuah syarikat ialah:i. Perubahan keadaan yang menyebabkan perniagaan sesebuah syarikat menjadi tidak perlu dan mustahil untuk diteruskan lagi. ii. Kedudukan kewangan dan keadaan perniagaan sesebuah syarikat menjadi bertambah buruk (Rugi Meningkat) dan tanda-tanda menunjukkan perniagaan sukar untuk terus beroperasi. iii. Kekurangan sumber modal atau modal atau lain-lain punca yang menyebabkan syarikat perlu dibubarkan dan bercantum dengan syarikat lain. iv. Kehendak syarikat itu sendiri melalui satu resolusi khas dalam Mesyuarat Agungnya bersetuju untuk syarikat dibubarkan atau telah dinyatakan dalam memorandum atau artikel syarikat itu sendiri. Semua badan perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 perlu mematuhi segala arahan dan tatacara yang dinyatakan oleh Akta tersebut berhubung dengan pembubaran yang hendak dibuat oleh sesebuah syarikat. Akta Syarikat 1965 menerusi peruntukan yang terdapat di Bahagian X Pembubaran, Akta Syarikat 1965 menerangkan bagaimana proses pembubaran berlaku termasuklah apa yang boleh dibuat dan tidak, kuasa-kuasa lembaga pengarah dan tugas-tugas pembubar dan manfaat yang diperolehi oleh pemiutang dan penyumbang modal syarikat serta pihak-pihak yang ada kaitan dengannya samada secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat yang dibubarkan.

5-3

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Jenis-Jenis Pembubaran Seksyen 211 Akta Syarikat 1965 menyatakan pembubaran sesebuah syarikat boleh berlaku secara sukarela atau pun atas perintah/arahan mahkamah. a) Pembubaran secara Sukarela
pembubaran secara sukarela boleh dilakukan oleh ahli-ahli syarikat yang ingin menamatkan atau membatalkan perniagaan syarikat mereka jika pada masa itu kedudukan syarikat mereka di dalam keadaan mampu bayar iaitu syarikat mampu menjelaskan hutang-piutangnya.

Seksyen 254(1)(a) menyatakan bahawa sesebuah syarikat juga boleh dibubarkan secara sukarela jika artikel atau memorandum syarikat tersebut telah menetapkan sesuatu tempoh untuk syarikat beroperasi atau sesuatu peristiwa yang membolehkannya dibubarkan dan ianya berlaku.

Seksyen 254(1)(b) menyatakan bahawa syarikat boleh dibubarkan menerusi satu resolusi khas yang juga perlu diluluskan dalam mesyuarat agung syarikat. Seksyen 254(2) memperuntukkan bahawa mana-mana syarikat hendaklah dalam tempoh 7 hari selepas meluluskan satu resolusi pembubaran hendaklah menghantar satu salinan resolusi tersebut kepada Pendaftar Syarikat. Syarikat juga perlu mengiklankan resolusi tersebut di media tempatan dalam masa 10 hari selepas resolusi diluluskan.

Pembubaran secara sukarela ini dianggap telah bermula atau berkuatkuasa seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 255(6) iaitu pada masa Pembubar Sementara dilantik iaitu kebiasaannya sebelum resolusi pembubaran secara sukarela itu diluluskan dan pada masa pengisytiharan tersebut itu dihantar kepada Pendaftar Syarikat. Perlantikan seorang pembubar bagi sesebuah syarikat yang hendak dibubarkan merupakan satu keperluan dan kewajipan sesebuah syarikat yang hendak dibubarkan. Seksyen 258 memperuntukkan bahawa dalam mesyuarat agung yang sama perlulah dilantik seorang atau lebih pembubar bagi tujuan membubarkan hal ehwal syarikat serta mengagihkan aset-aset syarikat dan juga menetapkan bayaran yang perlu dibayar kepada pembubar tersebut. Dengan perlantikan pembubar itu secara langsung akan menamatkan segala kuasa yang ada pada pengarah-pengarah syarikat kecuali dengan kelulusan yang diputuskan di dalam mesyuarat yang sama. Pembubar juga berkuasa memanggil atau berunding dengan pemiutangpemiutang syarikat dalam satu mesyuarat yang dikenali sebagai Mesyuarat Pemiutang. Mesyuarat ini antara lain adalah untuk memberi keadilan dan
5-4

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

kesaksamaan kepada semua pemiutang di dalam proses pembayaran balik hutanghutang mereka yang telah dibuat oleh syarikat.

b) Pembubaran Atas Perintah Mahkamah Pembubaran atas perintah mahkamah boleh dilakukan secara sukarela oleh ahli-ahli syarikat atau pihak pemiutang disebabkan oleh ketidakmampuan bayar syarikat atau telah termaktub di dalam artikel dan memorandum syarikat. Pembubaran oleh mahkamah lebih merupakan satu arahan yang perlu dipatuhi dan diikuti. Seksyen 217(1) menyatakan sesebuah syarikat boleh dibubarkan dengan perintah mahkamah atas petisyen yang dikemukakan oleh: Pengarah-pengarah syarikat itu sendiri. Pemiutang-pemiutang syarikat termasuk pemiutang kontigensi atau prospektif pemiutang. Penyumbang atau sebarang orang yang secara professional mewakili penyumbang yang telah mati atau pemegang amanah Si Mati atau official assignee yang memegang pesaka penyumbang yang telah bankrap. Pembubar. Menteri menurut seksyen 205 atas alasan yang terkandung di dalam seksyen 218(1)(d). Bank Negara bagi syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan dan kegiatan meminjam wang. Syarikat pinjaman yang dilesenkan di bawah Akta Syarikat Pinjaman 1969. Jika salah satu daripada keadaan ini berlaku maka mahkamah akan membubarkan sesebuah syarikat berdasarkan kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Seksyen 219 menyatakan tarikh bermulanya pembubaran bagi yang dibuat oleh mahkamah ialah pada masa resolusi pembubaran diluluskan oleh mesyuarat agung syarikat. Melainkan jika mahkamah pada pendapatnya bahawa sesuatu penipuan atau sesuatu kesilapan telah berlaku, maka mahkamah akan mengeluarkan arahan sebaliknya. Secara umumnya tarikh bermulanya sesuatu pembubaran samada atas perintah mahkamah atau secara sukarela adalah pada masa resolusi khas diluluskan di dalam mesyuarat agung. Pengecualian tertentu akan diberikan sekiranya sesuatu keadaan yang berlaku itu memerlukan sesuatu tindakan khas perlu dibuat oleh pihak mahkamah.

5-5

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Kelakuan-kelakuan Kebankrapan Mengikut Seksyen 3(1) Akta Kebankrapan 1967 1) Jika di dalam persekutuan atau lain-lain tempat dia memindahkan hartanya kepada pemegang amanah untuk kepentingan pemiutang-pemiutang. 2) Jika di dalam persekutuan atau lain-lain tempat dia memindahkan hartanya secara salah, memberi sebagai hadiah atau memindahkan harta-harta berkenaan. 3) Jika dia secara niat menangguhkan atau tidak membayar hutang dengan cara melarikan diri dari persekutuan atau menutup perniagaannya. 4) Dia memfailkan di mahkamah tinggi mengenai ketidakmampuan untuk membayar hutang. 5) Dia memberi notis kepada pemiutangnya mengenai hasratnya untuk menggantungkan pembayaran hutangnya. 6) Jika pemiutang telah mendapat perintah mahkamah terhadapnya mengenai apa-apa jumlah terhutang dan beliau gagal menjelaskan hutangnya dalam tempoh 7 hari dari tarikh perintah itu. 7) Jika beliau membuat satu cadangan mengenai penyusunan kedudukannya kepada pemiutang dan skim itu tidak didaftarkan dalam tempoh 14 hari tarikh cadangan tersebut. Penyata Hal Ehwal Merupakan satu penyata yang mula-mula sekali perlu disediakan bagi mempersembahkan kedudukan aset dan tanggungan atau liabiliti syarikat pada tarikh pembubaran. Aset akan dipersembahkan pada nilai bersih boleh realis. Manakala liabiliti pula akan dipersembahkan pada jumlah yang akan dibayar dan mengikut susunan yang telah ditetapkan. Modal saham yang diterbitkan dan dibayar juga dipersembahkan dalam penyata ini. Seksyen 234(1) dan 189(1) menggariskan butir-butir yang perlu dipersembahkan atau dimasukkan dalam Penyata Hal Ehwal ialah: i. Butir-butir mengenai hutang-hutang dan tanggungantanggungan. ii. Nama dan alamat pemiutang. iii. Cagaran-cagaran yang berhubung dengan hutanghutang dan tanggungan di atas. iv. Tarikh bila cagaran itu dibuat. v. Lain-lain maklumat tambahan yang dikehendaki oleh pegawai penerima atau pembubar.

5-6

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Seksyen 234(2) memperuntukkan bahawa Penyata Hal Ehwal perlulah disediakan pada tarikh perintah pembubaran yang dikeluarkan oleh mahkamah. i. Perlu dipersembahkan kepada pembubar atau pegawai penerima dalam tempoh 14 hari selepas tarikh perintah pembubaran itu dikeluarkan oleh mahkamah. ii. Penyata Hal Ehwal perlu disediakan di dalam borang 61 sepertimana yang terdapat dalam Peraturan Syarikat 1966. iii. Di dalam masa 7 hari yang berikutnya pembubar akan menghantar penyata tersebut kepada mahkamah. Pembubaran syarikat secara sukarela (ahli-ahli syarikat). i. Penyata Hal Ehwal mesti disediakan pada satu tarikh yang sesuai sebelum pengisytiharan mampu bayar dibuat (seksyen 257) dan penyata mestilah dilampirkan bersama-sama pengisytiharan mampu bayar. ii. Penyata Hal Ehwal mestilah dipersembahkan pada masa mesyuarat pemiutang diadakan samada pada hari yang sama atau sehari selepas meyuarat ahli di mana resolusi pembubaran akan dibincangkan. Penyata Hal Ehwal akan dikemukakan oleh pengarahpengarah pada masa perlantikan pembubar atau penerima yang merupakan pengarah syarikat atau setiausaha syarikat atau oleh orang-orang tertentu beserta dengan satu pengesahan dengan menggunakan borang 62 Peraturan Syarikat 1966. Format Penyata Hal Ehwal Dipersembahkan dengan cara menegak dengan mengikut susunan pembayaran mana diperuntukkan dalam seksyen 292 yang telah dibincangkan seperti di atas. Ini termasuklah kedudukan aset-aset di mana dicagarkan atau tidak dan penghutang terutama atau bercagar atau perlu diasingkan atau disusunkan mengikut keutamaan di dalam proses pembayaran balik hutanghutang tersebut. Berikut adalah susunan keutamaan dalam pembayaran balik hutang-hutang tersebut:i. Aset-aset tidak dicagarkan secara spesifik.

5-7

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Aset-aset ini tidak dicagarkan mana-mana tanggungan yang tertentu dan ianya akan dipersembahkan secara individu dan berasingan termasuklah aset-aset yang dicajkan secara terapung. Contohnya aset yang dikelaskan di bahagian ini antara lain ialah tunai, inventori dan penghutang. ii.Aset-aset yang dicagarkan secara spesifik. Ia dicagarkan ke atas sesuatu tanggungan atau liabiliti tertentu dan akan dipersembahkan pada nilainya dan kemudian ditolak daripada liabiliti yang dicagarkan atasnya. Pemiutang terutama akan diutamakan. Pemiutang terutama akan diutamakan daripada pemegang debentur yang dicagarkan atas caj terapung. Ia juga meliputi perkara di dalam seksyen 292(1)(b),(d) dan (e). iv. Aset yang dicagarkan atas debentur atau dicagarkan atas caj terapung. v. vi. Pemiutang terutama selain dinyatakan di dalam (iii) di atas.

Seksyen 29(1)(c) dan (f) iaitu segala pampasan pekerja, cukai kerajaan yang belum dibayar sebelum permulaan pembubaran. vii. Pemiutang tak bercagar. Ia meliputi perkara-perkara seperti pemiutang perdagangan dan perkara seksyen 292(1) yang melebihi hadnya (contohnya, jika gaji seorang pekerja terakru untuk empat bulan dan berjumlah RM1600, maka RM1500 daripadanya akan dipersembahkan sebagai pemiutang terutama di (iii) di atas, dan RM100 akan dipersembahkan sebagai pemiutang tak bercagar di bahagian ini).

viii. Pemiutang yang dicagarkan separuh. Ia akan dipersembahkan sebagai liabiliti dicagarkan separuh, kemudian ditolak daripada aset yang dicagarkan. ix. Aset kontigen dan liabiliti kontigen. Ini termasuklah apa-apa yang tergolong sebagai liabiliti luar jangka atau aset luar jangka. Di akhir sekali, penyata ini akan menunjukkan baki samada kekurangan atau lebihan.

5-8

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Perbezaan Di Antara Kunci Kira-Kira dengan Penyata Hal Ehwal 1. Kunci kira-kira disediakan berdasarkan kepada angka-angka dalam buku perakaunan dan menunjukkan semua jenis aset. Manakala Penyata Hal Ehwal akan menunjukkan aset sebagai aset bebas (tanpa gadaian) untuk pemiutang am dan aset dicagar atau digadai sebagai jaminan untuk hutang. 2. Kunci kira-kira menunjukkan nilai buku semua jenis aset. Manakala Penyata Hal Ehwal menyatakan aset pada nilai buku atau nilai boleh realis. 3. Di dalam Kunci kira-kira, pemiutang digabungkan dalam jumlah semua liabiliti dan tidak ada pemiutang keutamaan atau tidak utama. Manakala dalam Penyata Hal Ehwal pemiutang keutamaan ditolak dari aset yang dicagar. 4. Dalam Kunci kira-kira ekuiti pemilik diambil kira. Manakala dalam Penyata Hal Ehwal ekuiti tidak diambil kira. Tugas-tugas Pembubar Syarikat Secara amnya, tugas seorang pembubar bolehlah digolongkan dalam 4 bidang utama: Merealisasikan segala aset-aset syarikat. ii. Membayar atau menjelaskan segala tuntutan pemiutang, dan menentukan keutamaan pembayaran hutang yang sudah matang kepada berbagai jenis kelas penghutang. iii. Mengagihkan baki-baki aset atau lebihan kepada semua jenis pemegang saham mengikut keutamaan. iv. Menyediakan akaun-akaun tertentu sepertimana yang dikehendaki oleh Pendaftar Syarikat dan lain-lain pihak yang terlibat. Berdasarkan empat bidang tugas di atas maka boleh dikatakan bahawa Pembubar Syarikat adalah orang yang akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan operasi keseluruhan syarikat menurut perintah mahkamah. Dengan bidang tugas yang luas dan menyeluruh, maka pembubar syarikat tidak kira samada pembubaran secara sukarela atau mahkamah, telah diberi kuasa seperti mana yang diperuntukkan oleh samada mahkamah atau lembaga pemeriksa menerusi peruntukan seksyen 236 Akta Syarikat 1965.

5-9

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Di antara kuasa yang diberi kepada penggubal adalah seperti berikut: a. Menjalankan perniagaaan syarikat demi untuk kebaikan pembubaran dalam tempoh 4 minggu selepas pembubaran. b. Tertakluk kepada Seksyen 292, beliau boleh membayar hutang pemiutang dengan penuh. c. Boleh membuat apa-apa bentuk kompromi dengan pemiutang (atau orang mendakwa dirinya pemiutang dan lain-lain berkaitan dengan tuntutan hutang) mengenai jumlah hutang yang perlu dibayar. d. Boleh melantik pembantu di dalam menolong kerja-kerjanya. e. Membawa dan mempertahankan sebarang tindakan undang-undang yang berkaitan dengan syarikat atau bagi pihak syarikat. f. Boleh menjual atau melelong harta benda syarikat. g. Boleh menandatangani segala dokumen syarikat. h. Boleh membentang segala tuntutan syarikat atau membuktikan hutang terhadap mana-mana penghutang atau penyumbang samada sudah bankrap atau tidak. i. Berhak mengeluar, menerima dan mengesah semua urusniaga bagi syarikat atau bagi pihak perniagaan syarikat. j. Boleh mencagarkan harta syarikat di dalam memperolehi wang bagi menyelesaikan hutang-hutang syarikat. k. Boleh bertindak bagi pihak penyumbang atau penghutang yang telah meninggal dengan memohon surat pentadbiran daripada mahkamah. Pemiutang a. i. ii. Terdapat dua kelas pemiutang: Pemiutang keutamaan Pemiutang bercagar

Pemiutang keutamaan terdiri daripada: a) Kadar tempatan (local rate) yang tertunggak dan perlu dijelaskan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh penerimaan perintah penerimaan (receiving order). Eg: cukai pintu yang dikenakan oleh Majlis Daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT), caj pembentungan Indah Water Konsortium. b) Cukai yang ditaksirkan cukai pendapatan, cukai syarikat, lainlain cukai yang overdue. c) Gaji dan upah tertunggak untuk pekerja. d) Caruman-caruman wajib eg: KWSP, PERKESO. e) Pampasan kerana diberhentikan kerja. f) Lain-lain bayaran/upah yang wajib dibayar kepada pekerja (perjanjian kesatuan pekerja). Penyelesaian pemiutang (ranking)

5-10

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

1. 2. a. b. hutang c.

Pemiutang keutamaan Pemiutang bercagar Bercagar penuh : aset dicagar > nilai hutang Bercagar sebahagian : aset dicagar < nilai Nama sebagai cagaran

ii.

Pemiutang bercagar 1. Merujuk kepada pemiutang yang memegang gadaijanji atau lien ke atas hartanah penghutang sebagai jaminan ke atas mana-mana hutang yang dibuat olehnya. 2. Penghutang berhak menerima sepenuhnya hutang sebelum bayaran lain dibuat kepada lain-lain pemiutang. 3. Jika cagaran tidak mencukupi, pemiutang bercagar ini akan diletakkan (rank) sebagai pemiutang tidak bercagar bagi baki yang belum diterimanya. 4. Contoh: - Pemiutang A: nilai pinjaman = RM200; nilai cagaran (bangunan : RM250) - Pemiutang B: nilai pinjaman = RM300; nilai cagaran (tanah : RM310) - Pemiutang C: nilai pinjaman = RM400; nilai cagaran ( tanah dan bangunan : RM405) 5. Syarikat bankrap, aset-aset dinilai: - Bangunan RM180 Pemiutang A RM200 = (RM20) - Tanah RM320 Pemiutang B RM300 = RM20 - Tanah dan bangunan RM410 Pemiutang C RM400 = RM10

Jenis-jenis tuntutan keutamaan dalam membayar hutang 1. Tuntutan yang dijamin a. Contoh: gadai janji. 2. Tuntutan keutamaan tidak dijamin a. Belanja pentadbiran yang terlibat semasa pembubaran termasuk yuran trustee/penyelesai, yuran perundangan, yuran perakaunan. b. Tuntutan yang berlaku di antara tempoh pemfailan kebankrapan dan pelantikan trustee. c. Tuntutan untuk upah, gaji dan komisen. d. Tuntutan untuk rancangan manfaat pekerja, eg: KWSP. e. Tuntutan untuk pembayaran sewa, pajakan ataupun pembelian perkhidmatan yang tidak disempurnakan oleh penghutang.

5-11

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

f. Tuntutan dari kerajaan, eg: cukai harta, cukai pekerja, cukai eksais dan duti kastam. 3. Tuntutan tidak dijamin a. Lain-lain pemiutang daripada di atas. 4. Tuntutan pemegang saham a. Jika ada lebihan aset, barulah ia akan dipulangkan kepada syarikat induk untuk diagihkan kepada pemegang saham.

KEBANKRAPAN SUMBER PERUNDANGAN Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) Bankruptcy Act 1967 (Act 360) Kaedah Kebankrapan 1969 / Bankruptcy Rules 1969 Kaedah Kebankrapan Kos 1969 / Bankruptcy (Costs) Rules 1967 Kaedah Kebankrapan (Fi) 1969 / Bankruptcy (Fees) Rules 1969 DEFINISI Kebankrapan adalah satu prosiding Mahkamah (Mahkamah Tinggi) yang meletakhak semua aset dan liabiliti si bankrap kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) untuk ditadbir dan dihasilkan bagi tujuan pembahagian kepada pemiutang-pemiutangnya mengikut nisbah dividen yang boleh diisytiharkan. PENGISYTIHARAAN SESEORANG BANKRAP Seseorang boleh diisytiharkan bankrap melalui dua (2) cara berikut:

Melalui Tindakan Sendiri (Debtor Own Petition) Siberhutang mengisytiharkan dirinya tidak berupaya membayar hutang dan siberhutang itu memfailkan petisyen di Mahkamah terhadap diri sendiri supaya diisytiharkan bankrap. Melalui Permohonan Pemiutang (Creditors Petition) Pemiutang memfailkan petisyen pemiutang di Mahkamah terhadap siberhutang setelah siberhutang itu gagal mematuhi kehendak-kehendak (tuntutan) di dalam Notis Kebankrapan yang telah diserahkan sebelumnya.

TUJUAN KEBANKRAPAN Melindungi siberhutang dan si bankrap dari being harassed oleh pemiutang. Membantu si bankrap dalam menyusun semula hal ehwal kewangan dan membolehkan si bankrap memulakan hidup baru tanpa bebanan hutang. Mempastikan pembahagian sama rata harta si bankrap diantara pemiutang. Mendakwa si bankrap yang melakukan kesalahan.

5-12

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

TANGGUNGJAWAB SI BANKRAP Hadir ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia dengan segera. Memberi segala maklumat mengenai dirinya dan memfailkan Penyata Hal Ehwal Mematuhi segala perintah Mahkamah dan arahan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI). Tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967. Mengemukakan satu penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam (6) bulan sekali; dan Memaklumkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia jika terdapat sebarang perubahan berkaitan pendapatan, tempat tinggal, pemilikan harta dan lain-lain.

SIBANKRAP BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN BERIKUT SEKIRANYA Si bankrap gagal menghadirkan diri ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia sebagaimana yang diarahkan, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap beliau Seksyen 28A, Akta Kebankrapan 1967. Si bankrap gagal membuat bayaran bulanan secara teratur atau gagal mengemukakan Penyata Hal Ehwal dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan komital boleh diambil terhadap beliau Seksyen 91(2), Akta Kebankrapan 1967. Hukuman-hukuman terhadap siberhutang atau sipemiutang yang melakukan penipuan (fraudulent debtors and creditors) di bawah Seksyen 109, Akta Kebankrapan 1967. TANGGUNGJAWAB PEMIUTANG Memfailkan tuntutan yang boleh dibuktikan (provable) dengan mengemukakan Borang Bukti Hutang serta membayar fi pemfailan sebanyak RM10.00 bagi setiap tuntutan. Pemiutang Bercagar tidak kehilangan hak mereka ke atas cagaran. Pemegang gadaian perlu mengambil tindakan menghasilkan cagaran tersebut secara lelongan terlebih dahulu seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8(2) Akta Kebankrapan 1967 dan Seksyen 253 Kanun Tanah Negara. Pemiutang yang memfailkan Borang Bukti Hutang berhak mendapat dividen mengikut keutamaan dan nisbah yang layak diterima. Menghadiri mesyuarat pemiutang-pemiutang dan boleh menyuarakan kehendakkehendak mereka atas pentadbiran harta si bankrap. Boleh mengakas ke atas penolakan Borang Bukti Hutang. Boleh memohon bagi membatalkan atau meminda perintah mahkamah. Boleh mengemukakan bantahan terhadap pelepasan si bankrap di bawah Seksyen 33A, Akta Kebankrapan 1967. Memaklumkan kepada pihak JIM kewujudan aset, liabiliti dan sebarang salah laku si bankrap. TERDAPAT TIGA (3) CARA KELUAR DARI KEBANKRAPAN Memohon ke Mahkamah untuk pembatalan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman atas alasan Order ought no to have been made atau hutang yang telah dijelaskan ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia Seksyen 105, Akta Kebankrapan 1967.

5-13

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Melalui Perintah Pelepasan oleh Mahkamah Seksyen 33(3), Akta Kebankrapan 1967. Melalui Sijil Perakuan Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi di bawah Seksyen 33A, Akta Kebankrapan 1967.

5-14

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Soalan Latihan Soalan 1 En. Baba, pemilik FIZA Enterprise memulakan perniagaan pada 1.1.1999 dengan modal sebanyak RM67200. Keuntungan bersih yang diperolehi dari tahun 1999 hingga 2001 masing-masing berjumlah RM10400, RM8800 dan RM6000. Manakala dari tahun 2002 hingga 2003 syarikat mengalami kerugian masing-masing sebanyak RM2800 dan RM800. Ambilan yang dibuat oleh En .Baba dari tahun 1999 hingga 2003 secara puratanya adalah sebanyak oleh RM4400 setahun. Pada 31.12.03, satu perintah penerimaan telah dibuat oleh pemiutang-pemiutang FIZA Enterprise. Berikut maklumat-maklumat berkaitan dengan FIZA Enterprise pada 31.12.03: RM
Pemiutang Tak Bercagar..............................................................................40000 Pemiutang Separuh Bercagar (Dicagar ke atas Bangunan).........................24000 Upah dan Gaji terakru...................................................................................960 Bil Belum Bayar, didiskaun dan dijangka bernilai (Expected to rank)...........6400 Bangunan (dicagarkan).................................................................................8000 Kelengkapan (Kos RM70400) dianggar dapat direalis.................................24000 Kenderaan (Kos RM16000) dianggar dapat direalis.....................................4000 Penghutang Niaga : Baik..............................................................................12000 Ragu (RM4000) dianggar dapat realis......................... Lapuk...........................................................................10000 Peralatan pejabat (Kos RM1600) dianggar dapat direalis........................... 700 Stok barangniaga (Kos RM16000) dianggar dapat direalis......................... 11100 Tunai ditangan............................................................................................ 160 1200

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Hal Ehwal dan Akaun Kekurangan.

5-15

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Soalan 2 En. Bujang seorang kontraktor menghadapi masalah kewangan ekoran kegawatan ekonomi mendapati diri beliau telah gagal untuk memenuhi liabiliti perniagaannya. Maklumat-maklumat berikut diperolehi daripada buku perniagaannya dan harta peribadinya pada 1 Julai 2005.
RM 30,000 4,500 37,697 25,100 1,200 2,000 1,341 100 12,615 16,000 30,000 1,400 400 60 37,000 5,000 4,000 (25,851) 24,000

Pemiutang tidak bercagar Pemiutang bercagar cagaran dengan 2 mesin pembancuh simen pada nilai kos RM5,260 Pemiutang bercagar cagaran dengan tanah yang bernilai RM27,000 Pemiutang sewa beli (dicagar ke atas lori) Pemiutang terutama Liabiliti kontigen Akaun belum terima menunjukkan: - Amaun baik - Amaun diduga RM170 (dijangka boleh diperolehi) - Amaun lapuk RM400 tiada nilai Peralatan pejabat dianggarkan bernilai RM9,000 Stok (nilai boleh realis RM14,000) Lori sewabeli (dicagarkan) Perabot pejabat (amaun boleh realis RM200) Tunai di tangan Tunai di bank Modal pada 1hb Julai 2002 Keuntungan/(Kerugian) 2002-2003 2003-2004 2004-2005 Ambilan sebagai perbelanjaan hidup (RM8,000 setahun x 3 tahun)

Anda dikehendaki untuk menyediakan: a. Penyata Hal Ehwal bagi perniagaan En. Bujang 1hb Julai 2005. b. Akaun Kekurangan bagi perniagaan En. Bujang.

5-16

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Soalan 3 Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Kathy Jaya: Modal Untung tahun 1 Rugi tahun 2 Rugi tahun 3 Ambilan untuk tempoh 3 tahun (600.00 setahun) Kos mahkamah (kalah) Pemiutang tidak bercagar: Bil kena bayar Hutang am Hutang niaga Pemiutang bercagar penuh (cagaran dianggarkan dapat menghasilkan RM9,000) Liabiliti ke atas bil didiskaun (dijangka menghasilkan RM53.51) Pemiutang (sewa tertunggak) Upah dan gaji Tunai dan bank Stok (dianggarkan menghasilkan RM2500) Perabot (dianggar menghasilkan RM600) Peralatan (dianggar menghasilkan RM220) Hutang baik Hutang ragu (dianggar separuh akan dapat dikutip) Hutang lapuk Bil pertukaran RM 1,000.00 1,678.21 869.44 660.38 1,800.00 4,000.00 1,856.75 128.84 9,037.29 8,000.00 557.73 100.00 122.73 70.92 4,060.91 1,080.64 450.53 2,678.77 526.58 487.74 237.91

Dikehendaki menyediakan: Penyata Hal Ehwal dan Akaun Kekurangan.

5-17

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Soalan 4 Syarikat Yna Manis Sdn Bhd tidak berupaya menjelaskan hutang-hutangnya. Berikut adalah butir-butir kewangan pada 31 Disember 2005:
Bank Tunai Stok (dijangka boleh menghasilkan RM10,000) Lengkapan dan lekapan (boleh realis RM2,400) Perabot (boleh realis RM880) Penghutang: Tidak diragui Ragu (1/2 boleh dipungut) Hutang lapuk Bil belum terima (tidak diragui) Pemiutang tidak bercagar : Akaun belum bayar Pemiutang tidak bercagar : Bil belum bayar Hutang keluarga Pemiutang dicagar sepenuhnya (sekuriti dijangka boleh realis RM36,000) Liabiliti ke atas bil-bil yang didiskaunkan (sebanyak RM214 dijangka boleh dihasilkan) Pemiutang keutamaan: Gaji, komisen dan sewa terakru Kerugian terkumpul RM 240 42 8,121 4,322 1,802 10,714 2,104 1,950 950 36,148 7,426 514 32,000 2,230 890 9,705

Dikehendaki: Menyediakan Penyata Hal Ehwal dan Akaun Kekurangan bagi Syarikat Yna Manis Shd Bhd untuk tahun berakhir 31 Disember 2005.

5-18

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Soalan 5 Sharifah Zarina seorang pengusaha barang-barang pengguna berasaskan herba menghadapi masalah aliran tunai dalam perniagaan dan tidak berupaya menjelaskan hutang-hutang perniagaannya dan pihak mahkamah telah memulakan satu prosiding kebankrapan terhadap beliau. Berikut ialah kedudukan aset da liabiliti Sharifah Zarina pada 31 Disember 2005.
Pemiutang tidak bercagar Pemiutang bercagar sebahagian (dicagarkan ke atas saham PLUS Bhd) Liabiliti atas bil belum terima Pemiutang bercagar penuh (gadaian ke atas van) Gaji pekerja terakru, caruman KWSP dan PERKESO terakru Penghutang perniagaan : baik Ragu dan lapuk (dijangka dapat menghasilkan RM4,000) Barang niaga dalam konsainan kepada pengedar Stok (dijangka dapat direalis sebanyak RM80,000) Saham PLUS Bhd (kos dan dijangka dapat direalis) Tunai di bank Bil pertukaran Van Mesin (dijangka dapat direalis RM20,000) Peralatan (dijangka dapat direalis RM9,000) RM 150,000 80,000 14,000 20,000 6,000 40,000 20,000 10,000 120,000 32,000 200 2,800 22,000 30,000 13,000

Maklumat tambahan: 1. Lebihan dari cagaran untuk pemiutang bercagar penuh digunakan untuk pemiutang bercagar sebahagian. 2. Sharifah Zarina memulakan perniagaannya pada 1 Januari 2000 dengan modal berbayar RM100,000. Sepanjang tempoh tiga tahun pertama perniagaannya, beliau mendapat untung bersih terkumpul berjumlah RM122,000. Walaubagaimanapun, mulai tahun 2003 hingga 2005, perniagaannya mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM61,000. Sepanjang tempoh operasi perniagaannya, beliau telah mengambil ambilan terkumpul sebanyak RM127,000. Beliau mempunyai harta persendirian yang dianggarkan bernilai RM25,000. Anda dikehendaki menyediakan Penyata Hal Ehwal dan Akaun Kekurangan Sharifah Zarina untuk kegunaan para pemiutang niaganya.

5-19

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Soalan 6 Cik Mickey, pemilik Cnarkie Trading, menghadapi masalah aliran tunai dalam perniagaan dan tidak berupaya menjelaskan hutang-hutang perniagaannya dan pihak mahkamah telah memulakan satu prosiding kebankrapan terhadap beliau. Berikut adalah kedudukan aset dan liabiliti Cik Mickey pada 31 Disember 2004: RM
Kelengkapan (dijangka dapat direalis RM 8,000) 13,000 Tunai di tangan 200 Tunai di bank 2,400 Loji dan mesin (dijangka dapat menghasilkan RM500,000) 600,000 Stok perniagaan (dijangka dapat menghasilkan RM140,000) 240,000 Paten (dijangka dapat menghasilkan RM60,000) 100,000 Bil belum terima, semua baik 50,280 Bil belum bayar 80,700 Pinjaman (cagaran yang pertama ke atas loji dan mesin) 400,000 Liabiliti bagi PERKESO 2,000 Pemiutang 668,120 (RM160,000 daripada pemiutang mempunyai cagaran kedua ke atas loji dan mesin) Sewa terakru 12,400 Kadarbayaran dan cukai 1,700 Gaji dan upah 1,600 Penghutang pada buku 216,320 Analisa penghutang : Baik 141,360 (diberikan diskaun tunai 5%) Ragu 40,400 (dijangkakan dapat dipungut sebanyak 25%) Lapuk Baki selebihnya Liabiliti atas bil-bil yang didiskaunkan (RM2,080 dijangka dapat diperolehi) Modal permulaan Hasil perniagaan : Tahun 1 Untung Tahun 2 Rugi Tahun 3 Untung Tahun 4 Untung Tahun 5 Rugi Ambilan (RM28,000 setahun) 37,120 200,000 32,300 27,740 21,740 16,820 47,440 140,000

Dari maklumat di atas, anda dikehendaki menyediakan bagi Cik Mickey: a) Penyata Hal Ehwal. b) Akaun Kekurangan.

5-20

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Soalan 7 En. Bernard, pemilik Allan Trading, menghadapi masalah aliran tunai dalam perniagaan dan tidak berupaya menjelaskan semua hutang perniagaannya dan pihak mahkamah telah memulakan satu prosiding kebankrapan terhadap beliau. Berikut merupakan kedudukan aset dan liabiliti En. Bernard pada 31 Disember 2005: RM
Lekapan dan lengkapan (dijangka dapat direalis RM 8,000) 13,000 Tunai di tangan 200 Tunai di bank 2,400 Loji dan mesin (dijangka dapat menghasilkan RM 500,000) 600,000 Stok perniagaan (dijangka dapat menghasilkan RM 140,000) 240,000 Paten (dijangka dapat menghasilkan RM 60,000) 100,000 Bil belum terima, semua baik 50,280 Bil belum bayar 80,700 Pinjaman (cagaran yang pertama ke atas loji dan mesin) 400,000 Liabiliti bagi PERKESO 2,000 Pemiutang 668,120 (RM 160,000 daripada pemiutang mempunyai cagaran kedua ke atas loji dan mesin) Sewa terakru 12,400 Kadarbayaran dan cukai 1,700 Gaji dan upah 1,600 Penghutang pada buku 216,320 Analisa penghutang : Baik 141,360 (diberikan diskaun tunai 5%) Ragu 40,400 (dijangka boleh dipungut sebanyak 25%) Lapuk baki selebihnya Liabiliti atas bil-bil yang didiskaunkan (RM2,080 dijangka diperolehi) 37,120 Lebihan harta persendirian En. Bernard (digunakan dalam skim ini) 1,200 Modal permulaan 200,000 Hasil perniagaan : Tahun 1 Untung 32,300 Tahun 2 Rugi 27,740 Tahun 3 Untung 21,740 Tahun 4 Untung 16,820 Tahun 5 Rugi 47,440 Ambilan (RM28,000 setahun * 5 = RM140,000)

Dari maklumat diatas, anda dikehendaki menyediakan bagi En. Bernard: a) Penyata Hal Ehwal. b) Akaun Kekurangan.

5-21

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Soalan 8 Perniagaan Pak Kadok telah mengalami kebankrapan yang serius. Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada buku perniagaan beliau pada 31 Disember 2007:
Pemiutang tak bercagar Pemiutang bercagar penuh (cagaran dengan mesin pada kos RM20,000) Pemiutang bercagar penuh (cagaran dengan lori pada kos RM70,000) Pemiutang bercagar sebahagian (cagaran dengan tanah RM60,000) Pemiutang keutamaan Liabiliti luar jangka Akaun belum terima: Amaun baik Amaun diragui (dijangka perolehi 50% dari amaun diragui) Amaun lapuk Peralatan pejabat (nilai boleh realis RM20,000) Inventori (nilai boleh realis RM56,000) Perabot (nilai boleh realis RM1,000) Tunai Bank Modal Keuntungan / (Kerugian) Tahun 2004 untung Tahun 2005 untung Tahun 2006 rugi Tahun 2007 rugi Ambilan untuk tempoh 4 tahun (RM16,000 setahun) RM 60,000 18,000 60,000 80,000 4,000 14,000 2,800 400 800 30,000 64,000 4,400 1,600 100 140,100 20,000 16,000 (60,000) (20,000) 64,000

Dikehendaki: a) Penyata Hal Ehwal pada 31 Disember 2007. b) Akaun Kekurangan. (tunjukkan pengiraan dengan jelas)

5-22

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

Soalan 9 Syarikat Kcundang Bhd tidak berupaya menjelaskan hutang-hutangnya. Berikut adalah butir-butir kewangan pada 31 Disember 2006:
Nilai buku (RM) 1,000,000 335,642 305,964 120,000 800,000 2,204,576 1,600,000 111,546 44,546 14,184 812,182 216,128 90,106 535,754 105,316 97,548 47,582 Nilai boleh realis (RM)

Modal Untung tertahan Rugi terkumpul Ambilan untuk tempoh 3 tahun (setahun 120,000) Kos mahkamah (kalah) Pemiutang tidak bercagar Pemiutang bercagar penuh (cagaran dianggarkan dapat menghasilkan RM1,800,000) Liabiliti ke atas bil didiskaun Pemiutang keutamaan Tunai dan bank Stok Perabot Peralatan Penghutang baik Penghutang ragu-ragu Penghutang lapuk Bil pertukaran (aset) Harta persendirian (tidak terlibat dalam tuntutan)

10,702 14,184 500,000 120,000 44,000 535,754 52,658 47,582 25,000

Maklumat tambahan: a) Harta persendirian tidak digunakan dalam membiayai tuntutan kebankrapan syarikat. Dikehendaki menyediakan: Penyata Hal Ehwal pada 31 Disember 2006 dan Akaun Kekurangan.

5-23

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 5 : Ketidakmampuan Bayar dan Kebankrapan

5-24

You might also like