You are on page 1of 19

Kkkkkkkkkkkkkkkkk

PendidikanJasmanidanPend idikanKesihatan

Nama : vyvyn klein ak giri Tingkatan : 4 harmoni No. kad pengenalan : 951229-135127 Sekolah : S.M.K. Bandar Samariang Guru penyemak : Puan Sorkiah bt Jamain

PENGHARGAAN
Saya Vyvyn Klein Anak Giri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa saya kerana telah banyak membantu saya dalam menjayakan kerja kursus ini dari segi kewangan, sokongan moral dan juga telah memberi idea yang bernas. Selain itu, kepada semua rakan-rakan yang menolong saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan berkongsi maklumat. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada guru pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan iaitu Puan Sorkiah binti Jamain kerana telah banyak mendorong saya selama ini.

PENGENALAN
Perkhemahan
Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran.Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama.Aktiviti seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan, dan berakit di sungai boleh dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.Kemahiran mengelola sesuatu aktiviti perkhemahan boleh dipelajari melalui kegiatan kokurikulum di sekolah. Antara kemahiran yang perlu dipelajari seblum menjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti perkhemahan.Sekiranya kita ingin menyertai aktiviti berkayak atau bersampan pula, kita perlu terlebih dahulu didedahkan dengan aktiviti air. Kita juga perlu menpelajari cara berkayuh sampan serta mengetahui aspek-aspek keselamatan di air.

1.1Mendirikan khemah
Bagi kegiatan rereaksi yang bermalam, mendirikan khemah merupakan suatu perkara yang penting kerana berkhemah mempunyai maksud bahawa seseorang itu mendirikan tempat berlindung sementara. Khemah-khemah boleh dibuat dengan menggunakan kain-kain tebal kalis air atau plastik yang besar dengan menggunakan tali dan kayu-kayu pancang. Kita juga boleh menggunakan kreativiti sendiri dengan membina khemah menggunkan pelepah kelapa atau ranting-ranting kayu sebagai atap.Walau bagaimapaun, mendirikan khemah kini adalah bertambah mudah kerana terdapat pelbagai jenis khemah pasang siap yang berada di pasaran. Pelbagai khemah pasang siap boleh digunakan antaranya ialah khemah bentuk A dan kubah. Jenis-jenis khemah tersebut mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti ringan, mudah dipasang dan mudah di simpan. Kesesuaian penggunaan khemah-khemah yang dinyatakan bergantung pada bilangan, keperluan dan tempat perkhemahan.

1.2 Tujuan perkhemahan


Aktiviti perkhemahan melatih kita berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan yang serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar.

Faedah-faedah perkhemahan
Berikut adalah antara faedah yang diperoleh melalui aktiviti perkhemahan: 1. Berdikari dan ikhtiar hidup. 2. Bekerjasama. 3. Mengamalkan kebersihan. 4. Berdisplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan. 5. Merancang segala aktiviti dan keperluan. 6. Cergas dan yakin pada diri sendiri. 7. Menghargai alam sekitar ciptaan Tuhan. 8. Menghilangkan stres. 9. Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah. 10. Mengelak daripada gejala sosial yang tidak sihat.

1.3 Aktiviti perkhemahan


Terdapat tiga peringkat utama dalam perkhemhan iaitu peringkat persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.

1.3.1 Persediaan sebelum perkhemahan


Terdapat lima peringkat persediaan yang perlu dilakukan, iaitu:

1. Pembentukan jawatankuasa
Jawatankuasa kerja yang akan menggerakkan sesuatu perkhemahan adalah perlu bagi memastikan bahawa program dapat dirancang bersesuaian dengan perkhemhan yang dituju. Pelantikan presiden dalam jawatankuasa ini penting bagi membantu ahli memulakan perancangan dan mesyuarat bagi sesuatu aktiviti. Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada tempat perkhemahan dan aktiviti yang akan dijalankan.

2. Kenal pasti kawasan


Kenal pasti kawasan atau pergi melihat tapak perkhemahan adalah suatu perkara yang mesti bagi memastikan tempat yang dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam menentukan tempat perkhemahan ialah kesesuaian tempat, kemudahan asas( air, tandas), mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin, dan mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya berlaku kemalangan.

3. Surat kebenaran
Kebenaran bertulis daripada Jabatan Pendidikan Negeri atau Pegawai Pendidikan Daerah melalui pengetua sekolah perlu diperoleh sebelum menjalani sesuatu aktiviti. Di samping itu, jawatankuasa perlu memperoleh dua jenis surat kebenaran lain, iaitu surat makluman pihak polis dan surat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga. Surat kebenaran pihak polis perlu diperoleh bagi memastikan sesuatu aktiviti berjalan lancer.Ini juga sebagai langkah berjaga-jaga daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Surat kebenaran ibu bapa atau penjaga perlu diperoleh dahulu sebelum peserta dibenarkan mengikuti aktiviti perkhemahan.Hal ini adalah untuk mengelakkan pihak sekolah didakwa atau dipersalahkan jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas peserta.Selain itu, jawatankuasa juga perlu mendapatkan insurans kelompok untuk semua peserta sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan.

4. Belanjawan
Menyediakan belanjawan dalam sesuatu perkhemahan adalah perlu bagi memastikan persiapan yang dibuat boleh menumpang segala keperluan selama tempoh perkhemahan. Belanjawan hendaklah termasuk kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan dan makanan. Walau bagaimanapun, kos perbelanjaan sesuatu perkhemahan banyak bergantung kepada jenis aktiviti dan jumlah peserta yang mengikuti perkhemahan tersebut. Anggaran belanjawan perkhemahan untuk 10 peserta adalah seperti dalam jadual di bawah.

5. Alatan perkhemahan
Alatan dalam sesuatu aktiviti perkhemahan bergantung kepada jenis aktiviti yang hendak dijalankan. Pada kebiasaannya sekolah akan memilih tempat yang sudah ada kemudahan asa seperti elektrik, tandas, tempat mandi dan penginapan dormitory. Tempat-tempat perkhemahan seperti Hutan Rereaksi Lancang, Pahang dan Kem Hutan Rereaksi Air Keroh, Melaka mempunyai kemudahan asas yang lengkap, jawatankuasa tidak perlu memikirkan untuk membawa generator atau paip PVC untuk tujuan menggali dan mendapatkan sendiri punca air. Alatan perkhemahan terbahagi kepada empat bahagian, iaitu: bahagian dapur, bahagian khemah, peralatan urus setia, dan peralatan individu. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:

a) Bahagian dapur y y y y y y y y y y y y y y y y

Dapur gas Tong gas Kuali Periuk Cerek Tikar Periuk nasi Sudu, sudip, senduk dan sebagainya Parang dan pisau Baldi Cawan, gelas, teko dan pinggan Lampu gasolin ( jika perlu ) Mancis Bahan makanan kering seperti minyak masak, gula dan sebagainya Bahan makanan basah seperti ayam dan ikan Tali

b) Alatan berkhemah y y y y y y y y

Khemah ( pelbagai jenis ) Tali Parang, pisau dan kapak Kayu pancang khemah Lampu gasolin Lampu picit Wayar sambungan elaktrik Generator

C) Alatan urus setia

y y y y y y y y y y

Peti pertolongan cemas Pen, kertas Lampu picit keselamatan Bendera Pembesar suara Wisel Parang, kapak dan pisau Tali Belerang

c) Alatan individu y y y y y y y y y y

Baju lengan panjang Seluar panjang Stoking Kasut sukan Selipar Ubat gigi, berus gigi dan sabun Tuala Kain selimut Lampu picit Wisel

1.3.2 Semasa perkhemahan


Aktiviti dan program-program yang telah dirancang akandijalankan semasa perkhemahan. Jawatankuasa dengan bantuan guru akan memastikan segala aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Mereka juga akanmemastikan semangat kerjasama ditingkatkan dankeseronokan diperoleh. Semasa perkhemahan

terdapatperkara utama yang perlu diambil perhatian iaitu kedudukan khemah, susunan tempat khemah, aktivitiyang dijalankan dan peraturan keselamatan.

1. Kedudukan kawasan khemah


Berikut adalah beberapa pandaun yang boleh diikuti dalam menentukan kedudukan tapak perkhemahan:
y y y y y

Pilih kawasan yang luas dan sesuai dengan bilangan peserta. Pastikan mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik dan tandas. Pastikan ada kemudahan pengangkutan sekiranya berlaku kecemasan. Pastikan tidak berkhemah di bawah dahan yang reput dan berbahaya. Pastikan tidak terlalu dekat dengan sungai atau laut.

2. Susunan tempat perkhemahan


Tempat perkhemahan hendaklah disusun dengan rapi bagi memastikan innya tidak dicerobohi oleh orang luar.Kedudukan khemah pelajar lelaki dan perempuan juga hendaklah pada jarak yang sesuai.Tempat urus setia yang strategik, kedudukan khemah guru yang mudah dihubungi, dan kedudukan tandas yang tidak mengganggu perlu ditentukan semasa penempatan khemah. Kedudukan khemah perempuan dijarakkan dengan khemah lelaki supaya pelajar perempuan mempunyai kebebasan tersendiri. Dinasihatkan agar pondok kawalan disediakan bagi khemah perempuan kerana langkah ini akan menjaga keselamatan pelajar perempuan. Khemah guru pula terlatak di tengah-tengah antara khemah perempuan dan khemah lelaki bagi memastikan pelajar dapat menghubungi guru sekirannya berlaku kecemasan. Kedudukan kawasan urus setia perlu strategik kerana pengawasan 24 jam perlu diadakan. Oleh itu, khemah haruslah diletakkan bersesuaian dengan fungsinya. Khemah makan hendaklah berdekatan dengan khemah pelajar bagi memudahkan mereka bergerak untuk makan sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan.

3. Aktiviti yang dijalankan


Ketika melaksanakan program perkhemahan, aktiviti-aktiviti yang sesuai perlu dijalankan bagi memastikan bahawa ia memenuhi objektif perkhemahan. Antara aktiviti perkhemahan pasukan pengakap ialah flying fox, orienteering dan aktiviti burung hantu . Bagi pasukan pengakap tujuan utama perkhemahan adalah untuk ikhtiar hidup. Ahli pengakap akan menggunakan bahan yang semula jadi untuk menyediakan pelbagai alatan lain menggunakan kreativiti sendiri. Manakala bagi perkhemahan persatuan Bahasa Inggeris pula mereka akan lebih menitikberatkan cerita dalam Bahasa Inggeris dan permainan kecil yang bersesuaian dengan konsep memahami Bahasa Inggeris. Bagi kelas Pendidikan Jasmani pula, pelajar akan lebih didedahkan kepada cara mereka melakukan permainan kecil yang menyeronokkan atau mengadakan pertandingan sukan di kawasan perkhemahan. Selain itu aktiviti-aktiviti berbentuk kognitif juga diperkenalkan.

4. Peraturan dan keselamatan semasa perkhemahan


Semasa mengadakan perkhemahan, peraturan dan keselamatan perlu dititikberatkan bagi memastikan aktiviti dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan program-program yang telah dirancang. Aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan, ialah:
y

Kamu diminta berjalan secara berkawan dan sekurang-kurangnya dua orang bagi pelajar lelaki dan tiga orang bagi pelajar perempuan pada waktu malam.

Kamu dikehendaki membawa wisel dan gunakannya sekirannya berlaku kemalangan atau dicerobohi oleh orang yang tidak dikenali.

Kamu tidak dibenarkan keluar khemah apabila tiba waktu tidur kecuali mereka yang bertugas sebagai pengawal malam.

y y

Pastikan kamu berada di khemah masing-masing semasa roll-call dilakukan. Sekirannya kamu terpaksa keluar dari kawasan perkhemahan untuk balik atau ke kedai membeli bahan-bahan makanan, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebeenaran daripada guru penasihat.

Kamu dikehendaki membawa lampu picit pada waktu malam bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Pastikan bahawa kotak pertolongan cemas berada di kawasan urus setia bagi memudahkan khidmat pertolongan diberikan kepada pelajar yang terlibat.

Pastikan bahawa pelajar mengikuti tugasan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa.

y y

Tidak membawa barang-barang berharga. Berada di tempat aktiviti 10 minit sebelum sesuatu aktiviti dijalankan.

Memastikan penggunaan kata laluan digunkan sepanjang aktiviti dijalankan pada waktu malam dan kata laluan ini diubah pada setiap malam.

1.3.3 Selepas perkhemahan


Selepas tamat perkhemahan, kita perlu membersihkan tapak perkhemahan dan menyimpan alatan perkhemahan.

1. Di tempat perkhemahan
y Pastikan bahawa segala sampah sarap ditanam supaya tidak
mendatangkan bau busuk.

y Bersihkan tempat pembuangan sampah dan sekitar tempat tapak


perkhemahan yang digunakan.

y Pastikan semua ahli menjalankan tanggungjawab yang dijadualkan


seperti menyimpan khemah, membasuh pinggan mangkuk dan membersihkan kawasan.

y Pastikan semua persiapan pulang disiapkan sejam sebelum


pengangkutan sampai.

y Pastikan laporan dibuat kepada guru pengiring sekiranya terdapat


masalah atau kerosakan alatan semasa perkhemahan.

y Pastikan guru pengiring dan presiden berjumpa dengan tuan tanah


atau ketua kampung untuk mengucapkan terima kasih ( dicadangkan agar cenderamata diberikan kepada mereka sebagai tanda hormat ).

y Pastikan bahawa presiden mebuat semakan dan roll-call sebelum


bas berlepas.

2. Di sekolah
y Pastikan kamu mengahantar alatan ke tempat simpanan. y Pastikan kamu membuat kiraan alatan yang rapi dan
menyerahkannya dalam keadaan bersih kepada penjaga stor.

y Khemah yang basah hendaklah dibersihkan dan dijemur dengan


baik sebelum diserahkan kepada penjaga stor.

y Mesyuarat post-mortem perlu dijalankan dua minggu selepas


perkhemahan dan laporan mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada guru penasihat dan pengetua sekolah.

RUJUKAN

1. Buku teks pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan (ms 126-132)

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

PENGHARGAAN1 PENGENALAN2
PERKHEMAHAN

1.1 1.2 1.3

MENDIRIKAN KHEMAH3 TUJUAN PERKHEMAHAN.4 AKTIVITI PERKHEMAHAN5-16

RUJUKAN.17

You might also like