You are on page 1of 41

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Sinopsis

Unit ini mengandungi empat tajuk. Setiap tajuk membincangkan perkara yang berlainan.
Tajuk pertama membincangkan kefahaman tentang konsep asas moral. Kandungannya
meliputi definisi, konsep-konsep asas moral dari perspektif pelbagai agama. Selain itu
peraturan moral, adat, agama dan undang-undang turut dimuatkan.Tajuk kedua
membincangkan aspek pemikiran moral iaitu pemikiran naturalis, emotivis, intuisionis
dan rasionalis. Tajuk ketiga memberikan kemahiran kepada pelajar mengenal pasti
konsep asas nilai yang merangkumi normatif, jenis-jenis nilai dan konsep nilai merentasi
kurikulum. Tajuk keempat pula memberikan kefahaman kepada pelajar berhubung
dengan komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan, emosi, dilema moral
dan tingkah laku individu yang bermoral.

Objektif

Pada akhir unit ini pelajar dapat:

1. memahami dan menghayati konsep-konsep asas moral;


2. memahami falsafah dan mengenal pasti perbezaan dalam aspek-aspek
agama dan moral;
3. Memahami konsep pemikiran moral yang mempengaruhi konsep asas
moral.
4. menangani masalah dalam kehidupan diri, keluarga, komuniti,
masyarakat, negara dan sejagat;
5. mengenal pasti sifat-sifat individu bermoral.
6. menghuraikan tingkah laku yang terbit daripada kesedaran tentang
dimensi moral.
7. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian

1
TAJUK 1 Konsep Asas Moral

Pengenalan

Terdapat pelbagai pendapat yang bertentangan dalam menerangkan konsep moral.


Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar
Pendidikan Moral seseorang guru. Seseorang guru moral perlu dilengkapi dengan
pengetahuan tentang teori etika sebagai asas memahami peranan nilai sebagai piawai
yang asas dalam mempengaruhi dan mencorakkan penaakulan dan perlakuan murid-
murid. Pengetahuan dan kefahaman teori perkembangan moral dari segi psikologi juga
akan memperkukuhkan kefahaman dan pendekatan guru dalam penyampaian nilai-
nilai moral kepada murid-murid. Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita
pastinya mengaitkannya dengan konsep nilai, etika dan akhlak. Amat penting bagi kita
memahami konsep-konsep yang saling berkaitan ini untuk mencari pengertian moral
dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.0 Definisi Konsep

Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut:
moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-
konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam
kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1 Konsep Moral

Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang membawa
erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu,
moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan
berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi,
kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang
dimaksudkan. Contohnya, sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah

2
balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak
mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi
comel itu balik ke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan undang-undang.
Akhirnya setelah berbincang mereka akur bahawa undang-undang negara perlu
dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya
mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan.

Contoh kedua, Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa
pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu. Nora seorang
budak yang jujur dan ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah
seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragak untuk berbuat demikian kerana
kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tiada guna dia mengambil
dompet kepunyaan orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak
merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut
kerana dapat membantu meringankan bebanan orang lain.

Latihan 1.0
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

Bayangkan anda berada di perhentian bas yang sibuk. Beri lima contoh perlakuan
moral dan lima contoh perlakuan tidak moral yang mungkin anda dapat lihat di sana.

Tingkah Laku Moral Tingkah Laku Tidak Moral

1. beratur semasa menaiki bas 1. bertolak-tolakkan semasa


menaiki bas
2. 2.

3.
3.

4. 4.

5. 5.

Rumusannya ‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan
komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan

3
masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan
memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu
yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh
itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi
peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi
ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.2 Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara hidup.
Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik,
kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik.
Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan
untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan,
etika guaman dan sebagainya .

Contoh 1

Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru
sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah
tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga
orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar
yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama
ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika
seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada
dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

Latihan 1.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

Mengapakah Etika Keguruan diwujudkan ?

4
i.

ii.

iii.

Jika tiada Etika Keguruan apakah yang akan berlaku dengan profesion perguruan ?
i.

ii.

iii.

Tentunya Etika Keguruan banyak membantu guru dalam menjaga taraf profesionalisme
keguruan !

Berikut ialah contoh amalan naratif dalam pelbagai profesion. Anda diminta mengisi
ruang kosong di bawah dengan contoh-contoh positif dalam profesion yang anda pilih

Amalan Etika Negatif/ Positif dalam pelbagai Profesion

Amalan Etika Negatif

Kedoktoran Keguruan Ketenteraan Polis

5
1. Kecuaian 1. Tidak 1. Tidak 1. Tidak profesional
Jepun-seorang profesional mempunyai Seremban – seorang
doktor dengan tidak Petaling Jaya- sikap taat anggota polis telah
sengaja menyuntik seorang kepada negara / ditangkap kerana terbabit
cecair berzat di pensyarah membelot dalam kes mencabuli
dalam peparu universiti yang negara sendiri seorang amah Indonesia
seorang pesakit dan berumur 34 Kangsar, Perak – semasa ditahan di lokap.
menyebabkan tahun telah Peralatan senjata
pesakit tersebut dibunuh kerana sebanyak satu
mati akibat penyakit disyaki terbabit trak telah dicuri
peparu dalam kes keluar dari kem
menjalinkan tentera kerana
hubungan sulit terdapat ahli
dengan seorang tentera yang
bekas terbabit dalam kes
pelajarnya ini.

2. Kecuaian 2. Tidak 2. Menipu/ 2. Tidak


Ipoh, Perak – profesional tamak berperikemanusiaan
seorang suri rumah Amerika – Kuala Lumpur – Negeri Sembilan –
berumur 32 tahun seorang guru seorang bekas seorang polis pelatih telah
menuduh seorang wanita tentera disyaki menembak mati seorang
doktor yang ditangkap terbabit dalam rakannya yang berumur
membantunya kerana terbabit skim cepat kaya 22 tahun di asrama pusat
bersalin dii sebuah dalam kes kerana beliau polis selepas bertengkar
hospital swasta mencabuli telah berhubung dengan teman
kerana telah kehormatan menggunakan wanita
menarik keluar kanak-kanak wang tersebut
ususnya ketika dalam laman untuk membeli 17
proses web. buah kereta
membersihkan mewah.
plasentanya.

Amalan Etika Positif

Kedoktoran Keguruan Ketenteraan Polis

6
1.3 Konsep Akhlak

Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap
sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa
atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang
bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t.
sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala
laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak
berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan
dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi
punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan
keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan
permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan
keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan
mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.

Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak
dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan
dan yang berjudi dirampas hartanya.

Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:

i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani


ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah

7
iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara
iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas
v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang
tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada setengah
orang dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya tidak
memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk,
sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral memang
berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral berpiawaikan
tanggapan dan budaya masyarakat setempat.
Syabas ! Anda sudah habis membaca tentang tiga konsep asas moral.

Renungi kata-kata hikmah berikut:

• Laughing at our mistakes can lengthen our own life. Laughing at someone else's
can shorten it.
• Tuhan manciptakan kita 2 biji mata untuk melihat, 2 belah tangan untuk
memegang, 2 belah kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping
hati kerana Tuhan mengamanahkan kepada kita untuk mencari akhlak mulia.

Latihan 1.3
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

Aktiviti 1

Isikan butir-butir yang bersesuaian dalam bentuk pengurusan grafik berikut.

Konsep Asas Maksud Contoh Menjelaskan Konsep


Moral

Moral

8
Etika

Akhlak

Aktiviti 2

Berikan tiga persamaan dan tiga perbezaan antara tiga konsep asas moral (Etika, Moral dan
Akhlak)

Sediakan jawapan anda dalam bentuk pengurusan grafik / carta.

1.4 Moral, Etika dan Akhlak Dari Perspektif Agama dan Kepercayaan
Seterusnya mari kita renungkan petikan di bawah:

Dorothy Emmet (1966) menyatakan bahawa nilai moral bukan sesuatu


yang wujud tersendiri dan terperinci dalam satu kekosongan. Pada tahun
1979, beliau mengatakan bahawa manusia bergantung atas beberapa
peraturan, adat, kebiasaan masyarakat dan agama yang menolong
mereka dengan lebih mudah membuat jangkaan tentang cara tingkah
laku orang lain. James Hemming(1980) menyatakan bahawa peraturan-
peraturan masyarakat mestilah dilihat sebagai fakta-fakta kehidupan
sosial, sebagai prinsip-prinsip yang perlu dalam pergaulan dan kelakuan
terhadap orang lain dan perhubungan antara manusia.
(Koo, K.P. & Tang C.Y, 1990)
1.4.1 Peraturan Moral

i. Pengertian Peraturan Moral

• Peraturan moral ialah satu hasil kajian tentang betul salah tingkah
laku manusia.
• Peraturan moral menyediakan undang-undang yang sistematik tentang
tanggapan-tanggapan / matlamat-matlamat yang unggul.
• Peraturan moral bersifat rasional dan autonomous kerana manusia
sentiasa berminat dalam tingkah laku sendiri, berfikir dan bersoal jawab
tentang tingkah laku-tingkah laku, membandingkan tingkah laku manusia

9
dan cuba mencari prinsip-prinsip dan rasional atas tingkah lakunya
sendiri.

ii. Antara ciri peraturan moral adalah:

• Boleh diubah-ubah.
• Dicipta oleh manusia.
• Tiada pengasas, seseorang bermoral haruslah menghormati
orang lain

iii Prinsip-prinsip peraturan moral

Apakah faktor utama yang mempengaruhi tindakan anda? Terdapat tiga


jenis prinsip peraturan moral yang dikemukakan. Cuba anda buat refleksi
selepas membaca penerangan di bawah. Prinsip manakah yang banyak
mempengaruhi tindakan anda?

• Prinsip Autonomi

Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas. Pertimbangan dan tingkah


laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh
dikategorikan sebagai moral.
Contoh : Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok
membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut
dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan
tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun

• Prinsip Keadilan

Keadilan melibatkan menghormati hak orang lain dan kesaksamaan.


Oleh itu keadilan tidak akan membenarkan individu menyalahgunakan
kebebasannya untuk individu yang bersifat tamak dan mementingkan
diri sendiri.

10
Contoh : Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat
kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa
langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru
di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja . Perkara tersebut
membuktikan salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa
kesan negatif kepada kehidupan guru tersebut.

• Prinsip Altruisme

Belas kasihan, simpati, menghargai dan mengambil berat tentang


kebajikan orang lain. Altruisme juga akan menjauhkan individu daripada
sifat mementingkan diri sendiri.
Contoh 1: Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu
menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk
membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain-lain.
Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh
mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa.
Contoh 2 : Seorang gadis berusia 19 tahun telah menderma
RM60,000.00 kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk
membantu mangsa pencerobohan Amerika Syarikat ( AS ) di Iraq. Wang
tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan meneka
lagu. Beliau ialah Khatijah Khalilul Rahman. Khatijah memang unik,
seumur hidupnya belum tentu beliau akan menerima wang yang sebegitu
banyak. Satu sen pun tidak diambilnya. Tanpa apa-apa tujuan mencari
nama atau mempromosi syarikat atau pertubuhan, gadis remaja itu
mengamalkan sikap alturisme yang begitu tinggi nilainya. Khatijah,
semoga Allah merahmati hidupmu! Semoga anda sentiasa menjadi
contoh insan yang sentiasa menjunjung amalan murni dan kemanusiaan.

1.4.2 Peraturan Adat

i. Pengertian Peraturan Adat

11
• Perkataan ‘adat’ adalah suatu istilah yang berasal dari bahasa Arab
yang bererti ‘kebiasaan ’ dalam mengharungi kehidupan manusia.
• Himpunan definisi adat:

Dr. R. Van Dijk: Semua kesusilaan dan kebiasaan dalam semua


lapangan hidup, juga semua peraturan tingkah laku.

Syed Alwi: Peraturan-peraturan hidup yang dipusakai daripada datuk


nenek kita dan yang diperturunkan daripada bapa kepada anak atau
daripada yang tua kepada yang muda dengan kaedah ditunjuk, diajar,
ditegur dan disapa dan tidak dengan cara yang bertulis.
(Koo dan Tang, 1990)

ii. Ciri-Ciri Peraturan Adat

• Cara hidup manusia yang mementingkan sifat-sifat tingkah laku yang


murni serta baik.
• Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara lisan seperti nasihat,
teguran dan teladan dari satu generasi kepada generasi yang lain.
• Penafsiran peraturan adat berbeza mengikut kaum, masa dan lokasi.

1.4.3 Peraturan Agama

i. Pengertian Peraturan Agama

• Menurut Alan Harris, agama mempunyai peraturan-peraturan tertentu.


Peraturan-peraturan ini berlainan mengikut ajaran agama masing-masing
(Koo dan Tang, 1990).
• Peraturan agama merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
Peraturan ini termaktub dalam kitab agama. Peraturan ini menetapkan

12
panduan tingkah laku dan menyatakan balasan jika peraturan itu
dilanggar. Justeru, peraturan boleh mendorong penganutnya mematuhi
tuntutan agama.

ii. Ciri-Ciri Peraturan Agama

• Tidak boleh diubah-ubah


• Bukan ciptaan manusia
• Setiap penganutnya mestilah mematuhi peraturan yang terdapat di
dalam agama masing-masing
• Peraturan agama adalah satu cara hubungan antara manusia dengan
Tuhan
• Peraturan agama juga merangkumi cara hubungan antara manusia
dengan manusia.

1.4.4 Peraturan Undang-Undang

i. Pengertian Peraturan Undang-Undang

Himpunan definisi peraturan undang-undang:

• Mengikut Weber, norma, nilai dan peraturan sesebuah masyarakat yang


boleh membentuk tingkah laku dengan watak seseorang itu lahir
daripada kepatuhan individu terhadap autoriti yang sah. (Koo dan Tang,
1990)

• Austrinm, seorang ahli fikir Inggeris menyifatkan peraturan undang-


undang sebagai satu perintah yang diberikan oleh pihak pemerintah
kepada rakyat dan sekiranya perintah itu tidak ditaati, pihak pemerintah
akan menggunakan kekerasan supaya undang-undang dipatuhi.
(Koo dan Tang, 1990)

ii. Ciri-Ciri Peraturan Undang-Undang

13
• Peraturan-peraturan masyarakat yang telah diluluskan oleh autoriti.
• Alat kawalan dan bahan rujukan bagi suatu kesalahan.
• Perlu dipatuhi oleh setiap individu. Individu yang membuat kesalahan
boleh didenda wang atau dipenjarakan.
• Kejahilan terhadap suatu peraturan undang-undang tidak boleh menjadi
alasan bagi membela diri dari tuduhan atau dakwaan.
• Perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur dan baik hati tidak
wujud.
• Tidak ada unsur pilih kasih dan faktor-faktor kronisme dalam
pelaksanaan undang-undang.

Renungi persoalan berikut:

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Biar mati anak, jangan mati
adat. Di manakah letaknya nilai-nilai agama dan undang-undang?

Jawab latihan berikut untuk menguji kefahaman anda.

Latihan 1.2
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1
Isikan butir-butir dalam bentuk pengurusan grafik berikut:

14
Peraturan Adat Peraturan Undang-
Moral Agama Undang

Kepentingan
Untuk Diri
dan
Masyarakat

Masa dan
Tempat
Amalan

Sumber
Rujukan

Kesan kalau
Tidak
Diamalkan

Aktiviti 2

Berikan contoh-contoh amalan Peraturan Moral, Adat, Peraturan Agama dan Undang-
Undang dalam perkahwinan

Komponen Moral Contoh Amalan Dalam Perkahwinan

Peraturan Moral
Adat
Peraturan Agama
Undang-Undang

PEMIKIRAN MORAL
TAJUK 2

2.1 Naturalis

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya
yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang
sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis.

15
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:

• Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan


peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut
mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh,
belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.
• Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak
takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun
negara telah merdeka 47 tahun yang lalu.
• Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya
percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan
menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima
sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk
membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

2.2 Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih.
Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:
• Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat
letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan
menyerah keretanya kepada perompak tersebut.
• Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir
panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.
• Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid
tersebut
• Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar
• Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

16
• Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka
keluarga.
• Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh
salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

2.3 Intuisionis

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan.
Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua yang bijak telah mengalami
1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu,
mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah
Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’. Gerak hati mereka ketika menilai
bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta
kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh
dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara
tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan
aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa
indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara’.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya
berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau
‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka
mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

2.4 Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab.
Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan
semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

17
Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan
akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan
masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes
bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca
daripada pemikiran rasional.

Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Perkara-perkara


yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh
dihujah dengan logik akal biar pun 1000 orang cerdik pandai berhimpun untuk mencari
logiknya. Contohnya perkara tentang Hari Kiamat, kewujudan Tuhan, Hari Pembalasan
dan sebagainya

Rumusan

Kita perlu berikan perhatian kepada perkara berikut:

1. Etika ialah Falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan,


masalah moral dan pertimbangan moral. ( Franken, W. K. 1973 )
2. Moral ialah satu kualiti baik yang merupakan prinsip sosial dan piawai
tingkah laku yang dapat diterima individu dan masyarakat.
3. Akhlak ialah nilai-nilai yang baik dan sifat-sifat yang terpuji mengikut prinsip-
prinsip moral Islam.
4. Seseorang yang berpendidikan moral haruslah:
(a) menghormati kuasa yang menjadi sumber arahan serta boleh dipercayai
dan tidak mengikuti arahan secara terburu-buru;
(b) bertindak di atas kemahuan / keputusan sendiri berdasarkan prinsip-
prinsip moral;
(c) bertindak secara rasional;
(d) mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang perasaan orang lain;
(e) mempunyai sikap yang betul; perwatakan yang baik; dan
(f ) bertindak secara wajar dan berpegang teguh kepada prinsip dan
peraturan moralnya sendiri.
5. Kita hidup dalam masyarakat yang dikongkong oleh peraturan dan undang-
undang.

18
6. Peraturan moral ada kaitannya dengan hukum agama, undang-undang
negara dan peraturan adat.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan


modul.

Bacaan Asas

Abdul Rahman Md.Aroff (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral,
Serdang: Penerbit UPM.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education
Malaysia Sdn. Bhd.
Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.

Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral.Petaling Jaya : Longman
Malaysia Sdn.Bhd.
Hena Mukherjee et al. (1992 ). Strategi pengajaran Pendidikan Moral KBSM.Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.

TAJUK 3 KONSEP ASAS NILAI

Pengenalan

Berikutnya pula kita akan membincangkan Sistem Nilai (konsep dan jenis-jenis nilai) dan
Teori Etika. Kefahaman perbezaan jenis nilai memberikan penjelasan tentang pegangan
nilai antara individu, peraturan-peraturan yang termaktub atau nilai-nilai sejagat. Teori

19
etika pula akan membantu pelajar melihat perbezaan pandangan manusia dalam
membuat penilaian tindakan masing-masing daripada pelbagai asas teori.

3.1 Pernyataan Normatif

Sebelum kita mulakan tajuk ini, sila rujuk buku Pendidikan Moral oleh
Koo Kee Peng dan Tang Chee Yee (1990), Bab 1.

Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan
patut. Contohnya:

Kita patut melakukan apa yang baik dan benar


Anda patut berkelakuan baik
Anda patut makan makanan berkhasiat
Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan

Sesuatu tindakan itu ‘baik’ atau ‘benar’ sekiranya tindakan sejajar dengan tugas dan
tanggungjawab, dan ‘salah’ jika perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan
benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah
mentakrifkannya dalam konteks atau cara yang berbeza.

Untuk direnung:

Dalam konteks kematian pasangan Laleh dan Laden, kembar Iran yang
popular, telah mencetuskan soal pendebatan moral dalam etika dunia
perubatan. Moral ialah pertimbangan sama ada sesuatu perbuatan atau
perlakuan itu salah atau sebaliknya. Etika pula sama ada sesuatu perbuatan
itu adil atau tidak. Secara ringkasnya kes itu menjurus kepada persoalan patut
atau tidak patut berdasarkan kepada moral dan etika. Pelbagai tanggapan telah
dibuat, Walaubagaimanapun kes ini boleh dilihat dari 4 petak. Petak pertama
bermoral dan beretika. Petak kedua bermoral tetapi tidak beretika.Petak ketiga

20
tidak bermoral tetapi beretika. Petak keempat ialah tidak bermoral dan tidak
beretika

Latihan 3.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:
Anda pilih petak yang mana? Apakah pendapat anda? Jawab latihan
berikut untuk menguji kefahaman anda.

Aktiviti 1
Isikan bentuk pengurusan grafik berikut.

Situasi/Amalan Tindakan Yang Tindakan Yang Tindakan Yang


Harian Baik Benar Patut

Layanan Terhadap
Orang Tua

Pengurusan Wang
Sendiri

Pergaulan Lelaki
dengan
Perempuan

Tugas Profesional

Aktiviti 2
Berikan contoh dan kesan kalau kita amalkan tindakan berikut.

Tindakan Yang......... Contoh Kesan

Baik

Tidak Baik

Benar

Tidak Benar

21
Patut

Tidak patut

3.2 Jenis-Jenis Nilai

Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu
benda. Nilai merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia,
objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini, atau sebaliknya
iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo
K.P, 1990: ms 70)

Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah suatu
penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.

Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Justeru,
wujudlah pelbagai kegunaan nilai:

• Nilai instrumental (ekstrinsik) berbanding nilai instrinsik.


• Nilai subjektif berbanding nilai objektif.

• Nilai relatif berbanding nilai mutlak (absolute).

3.2.1 Nilai Instrumental (Ekstrinsik) berbanding Nilai Intrinsik

Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai.

Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik

• Kualiti yang diterima atau ditolak • Kualiti yang diterima atau ditolak
sebagai alat mencapai sesuatu semata-mata kerana ia baik atau
matlamat. buruk tanpa mengambil kira
• Bergantung pada nilai lain untuk kesannya.
mencapai sesuatu matlamat. • Tidak bergantung pada nilai lain

22
Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik
• Nilai peringkat kedua, misalnya untuk mencapai sesuatu matlamat.
berani, rajin dan hormat • Nilai tersebut sendiri sebagai
menghormati. matlamat akhir.
• Nilai peringkat pertama, misalnya
baik hati, kasih saying, keadilan.

Contoh: Contoh: Hakim menjatuhkan hukuman


Dia berpura-pura rajin di depan ibunya 20 tahun penjara kepada perogol
untuk mengambil hati ibunya. setimpal dengan jenayah yang
dilakukan.
Nilai di atas (mengambil hati)
bergantung kepada nilai lain (rajin) Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung
untuk mencapai matlamatnya. dengan nilai lain untuk mencapai
matlamat.

3.2.2 Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif

Nilai Subjektif Nilai Objektif

• Kualiti yang diterima atau ditolak • Kualiti yang bernilai atau sebaliknya
oleh seseorang yang yang bebas daripada pilihan
memberikan pandangan peribadi.
• Diterima atau ditolak mengikut
pandangan seseorang individu. •
Diterima atau ditolak berdasarkan
satu set kriteria yang dipersetujui
oleh semua atau kebanyakan
orang.
3.2.3 Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai Absolute

Nilai Relatif Nilai Mutlak (Absolute)

• Nilai yang diterima atau ditolak • Nilai yang kebaikan tidak terikat
oleh peraturan sesuatu kepada sesuatu kebiasaan
masyarakat untuk mencapai sesebuah masyarakat.
sesuatu matlamat masyarakat. • Diterima umum dan telah diuji
• Nilai relatif ialah arbitrari (tidak atau terbukti sebagai baik atau

23
tertentu), tidak sempurna dan buruk.
berbeza-beza antara • Kekal sepanjang masa dan di
masyarakat yang berlainan. semua tempat serta hampir
• Boleh berubah mengikut semua situasi norma masyarakat.
masa.

Latihan 3.2
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1
Untuk setiap jenis nilai, berikan satu contoh bagi menjelaskan nilai yang dibincangkan

JENIS NILAI CONTOH

Instrumental

Instrinsik

Objektif

Subjektif

Mutlak

Relatif
Aktiviti 2.
Berikan satu situasi yang sesuai untuk kita gunakan nilai-nilai berikut:
Jenis Nilai Situasi Yang Sesuai Untuk Menggunakan

1. Instrumental

2. Instrinsik

3. Objektif

24
4. Subjektif

5. Mutlak

6. Relatif

3.3 Konsep Nilai Merentas Kurikulum

Semua nilai baik sama ada yang termaktub dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, atau mana-mana mata pelajaran yang diajar
di sekolah seharusnya menyelitkan nilai murni untuk dijadikan panduan hidup murid.
Penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh dalam semua mata pelajaran
KBSR dan KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentas kurikulum. Nilai-nilai
murni merupakan unsur yang amat penting dan diserapkan ke dalam setiap mata
pelajaran. Nilai-nilai ini berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.
Matlamat penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan adalah untuk melahirkan insan
dan juga warganegara yang baik serta memiliki akhlak mulia. Antara objektif yang
hendak dicapai menerusinya ialah:

• Menanam kesedaran, kefahaman, keyakinan diri dan juga kesyukuran.


• Menanam semangat cinta akan nilai suci
• Menghormati kebaikan dan membenci keburukan

• Membentuk sikap positif yang berguna kepada agama, bangsa dan juga sewaktu
menjalankan tugas dan tanggungjawab.
• Menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan
• Menjalankan tugas dengan dedikasi
• Melatih diri dengan displin
• Meningkatkan hasil atau produktiviti
• Berusaha dan mencapai kecemerlangan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990,hal.25)

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru dan pihak sekolah untuk
memupuk nilai kepada murid-muridnya. Contohnya guru matematik boleh menyelitkan

25
nilai murni seperti kejujuran, keadilan, hormat pelanggan, semasa menyampaikan topik
ukuran berat dan panjang. Guru boleh mengaitkan cerita tentang peniaga yang berjaya
dalam perniagaan disebabkan pelanggannya percaya terhadap kejujurannya
menimbang dan mengukur barangan yang dijual.

Selain itu sekolah haruslah mengaplikasikan nilai murni dalam rutin bilik darjah, luar bilik
darjah, kurikulum dan majlis-majlis sekolah. Contohnya ada sekolah yang tandasnya
mesra pelanggan iaitu sama taraf dengan tandas hotel ternama. Mengapakah sekolah
tersebut mampu mempunyai kualiti tandas yang sedemikian hebat sedangkan
kebanyakan sekolah menghadapi masalah mengekalkan tandas dalam keadaan bersih.
Siapakah yang harus diberikan pujian dan apakah kaitannya dengan nilai merentas
kurikulum?

Dalam majlis-majlis di sekolah seperti perhimpunan, murid perlu berdiri tegak semasa
lagu kebangsaan dinyanyikan. Begitu juga mereka perlu berdisiplin sepanjang tempoh
perhimpunan dengan tingkah laku yang telah ditetapkan. Bagaimana budaya sekolah
berupaya memupuk nilai murni ke dalam diri pelajar?

Rumusannya, penerapan nilai merentas kurikulum perlu dilakukan secara berstruktur


dan bersungguh-sungguh kerana penghayatan nilai murni tidak akan berlaku secara
kebetulan. Semua warga sekolah perlu bekerjasama untuk menentukan kejayaan
konsep ini. Sesungguhnya pengaruh nilai dalam pembangunan masyarakat dan
negara amat penting dalam merealisasikan Wawasan 2020.

Rumusan
1. Nilai adalah ukuran atau piawai yang ditetapkan oleh seseorang untuk mengukur
sesuatu.
2. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semua nilai bersifat moral.
3. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai ciri dan
fungsi tertentu.

26
4. Baik, benar dan patut merupakan ciri-ciri yang diperlukan bagi Insan Bermoral
5. Dalam masyarakat majmuk, konsep baik, benar dan patut diamalkan dengan
mengambil kira kepelbagaian latar belakang individu seperti agama dan adat
6. Peraturan dan pegangan prinsip moral seseorang akan menentukan bagaimana
dia menghayati konsep baik, benar dan patut.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

Bacaan Asas

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral teori etika dan amalan moral.
Serdang: Penerbit UPM.
Abdul Rahman Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral: siri pendidikan. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Tam, Y.K. (1996). Pendidikan Moral 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya :
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Hena Mukherjee et al. (1992 ). Strategi pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA:
Wadsworth Publishing Company.

TAJUK 4 INDIVIDU YANG BERMORAL

Pengenalan

Setelah kita memahami konsep asas Moral dan konsep asas nilai dalam Pendidikan
Moral, sekarang kita akan berbincang pula tentang Individu Yang Bermoral. Tajuk ini

27
bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar mengenai komponen dimensi moral yang
terdiri daripada penaakulan, emosi dan tingkah laku.

4.1 Dimensi Moral

Konsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi moral. Secara
amnya, kita boleh membahagikan moral kepada tiga dimensi, iaitu penaakulan moral,
perasaan moral dan perlakuan moral. Ketiga-tiga dimensi ini boleh dijelaskan melalui
rajah di bawah.

DIMENSI MORAL

Penaakulan Moral Emosi Moral Perlakuan Moral

Pemikiran dan Emosi dan Tingkah laku dan


Pertimbangan Perasaan Tindakan

Rasional Empati Bertanggung-


Inovatif Berjiwa jawab
Bebas Simpati Berdedikasi
Normatif Murah hati Berprihatin
Tepat Kasih sayang Bekerjasama
Tajam Belas kasihan
Kreatif Altruistik
Kritis Sentimen

Huraian tiga dimensi moral ini adalah seperti berikut:

4.1.1 Penaakulan Moral

Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara


rasional dan berautonomi (bebas). Penaakulan moral juga boleh dikaitkan

28
dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa
dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 1:
Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap sepasang suami
isteri yang terlibat dalam pengedaran dadah walaupun pasangan tersebut
mempunyai tiga orang anak kecil yang masih memerlukan perhatian. Keputusan
yang dibuat oleh hakim adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa
dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 2:
Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali kerana
ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat
pertama, dia tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen
kakaknya. Sahsiah murid ini cukup menyenangkan guru kelasnya. Walau
bagaimanapun sebagai guru yang tegas dan adil, guru itu terpaksa mengambil
tindakan mengikut peraturan sekolah.

4.1.2 Emosi Moral

Mempunyai emosi moral seperti suara batin, iaitu kehalusan perasaan individu
yang mengandungi rasa bersalah, malu, bimbang serta perasaan simpati dan
empati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi altruistik yang berpatutan. Perasaan
ini akan membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi
moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang
individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati
dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang
miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.
4.1.3 Tingkah Laku Moral

Individu yang bertingkah laku moral dapat bertindak dengan penuh


tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan yang
berlandaskan penaakulan dan emosi moral.

29
Contoh:
• memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugas
dengan hati yang ikhlas
• memimpin orang buta menyeberang jalan
• tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam unit
tersebut melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan
merosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh agama
• sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiada
tangan dan kaki sanggup mendokong anaknya pergi balik ke sekolah
sejak Tahun Satu hingga Tahun 6.

Fikirkan tentang perkara yang berikut


!

Masalah moral yang melanda manusia dewasa ini memerlukan perhatian yang
sewajarnya dan perlu dirawat segera sebelum menjadi semakin parah dan mungkin
sahaja menghancurkan sistem sosial yang sepatutnya terjalin dalam suasana yang
harmoni dan menyelesakan. Pelbagai tindak-tanduk pelanggaran nilai moral yang
dipamerkan sebenarnya membawa mesej yang paling jelas bahawa kesedaran moral di
kalangan manusia sebagai makhluk sudah kian menurun atau mungkin sudah terus
tandus.

4.1.4 Dilema Moral

Suatu keadaan serba salah kerana terpaksa membuat pilihan antara dua nilai yang baik.
Contoh: teruna X mencintai gadis A yang tinggi budi pekertinya. Teruna X berjanji untuk
mengahwini gadis A sekembalinya daripada melanjutkan pelajaran di luar negara.
Setelah lima tahun berlalu, teruna X memberitahu hajatnya kepada ibu bapanya untuk
meminang gadis A yang setia menanti kepulangannya. Konflik nilai timbul apabila si ibu
tidak mahu menerima gadis A kerana beliau telah ada calon untuk anaknya. Calon
pilihan ibu ialah seorang gadis yang berpendidikan tinggi, berhemah tinggi dan kaya
raya.

30
Situasi di atas mewujudkan dilema moral kerana teruna X terpaksa memilih antara
pilihannya atau pilihan ibunya. Melukakan hati ibu atau melukakan hati kekasihnya?
Kedua-duanya melibatkan nilai moral iaitu menghormati ibu atau berpegang janji kepada
kekasihnya. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keadaan di atas berlaku? Kaitkan
jawapan anda dengan mana-mana dimensi moral.

Renungan:-

Dalam kejadian Tsunami di Phuket baru-baru ini, seorang warganegara Australia


terpaksa melepaskan tangan pelancong wanita British yang hamil yang memeluk
badannya ketika hanyut dilambung ombak Tsunami. Selepas kejadian itu, warganegara
Australia itu mendapati wanita hamil itu antara ribuan yang mati. Perlakuannya yang
melepaskan wanita itu ialah contoh dilema moral kerana dia terpaksa memilih antara
nyawanya atau wanita itu.

Latihan 4.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Aktiviti 1

Jawab soalan-soalan berikut:

Berikut adalah satu siri kombinasi antara empat dimensi moral. Lengkapkan pengurusan
grafik di bawah dengan butiran yang sesuai.

Situasi Dimensi Moral Huraian


1. Kes langgar lari Ada penaakulan moral sahaja Tahu bersalah tapi tidak
bertanggungjawab
2

1. Bersimpati dengan kes kanak- Ada perasaan moral sahaja


kanak berusia 6 tahun perlukan
wang RM 80,000.00- rawatan
leukimia

31
Situasi Dimensi Moral Huraian

2.

1. Menderma RM 1.00 kepada Ada tindakan moral sahaja.


Tabung Pahlawan yang dibawa
oleh murid dari rumah ke rumah

2.

1. Tidak membayar Cukai Ada penaakulan moral sahaja.


Pendapatan walaupun sedar akan
kesalahannya

2.

1. Membayar saman kesalahan Ada penaakulan dan tindakan


Trafik moral sahaja

2.

1, Ibu mendermakan buah Ada penaakulan, perasaan


pinggang kepada anaknya yang dan tindakan moral.
memerlukan pemindahan buah
pinggang

2.

4.2 Sifat-sifat Individu Bermoral

Bagaimana kita mengganggap seseorang itu bermoral ? Sifat moral seseorang individu
biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan
kejiwaannya. Namun begitu kadangkala seseorang itu bertindak kerana terpaksa.
Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek
kerohanian dan pemikiran. Adakah anda dan orang-orang di sekeliling anda orang yang
bermoral? Mari kita renungkan bersama.

4.2.1 Prinsip-Prinsip Individu Bermoral

Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana


masing–masing mempunyai fahaman yang tersendiri. Terdapat teori-teori yang

32
meletakkan kepuasan hati dan keseronokan sebagai sifat moral. Ada yang
mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya,yang mempunyai kelemahan
dan menerima berbagai kritikan. Ada yang menganggap peraturan masyarakat sebagai
asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza
dan banyak bercanggah di antara satu sama lain. Hakikatnya sukar dicari suatu
persepakatan dalam menentukan nilai-nilai moral. Pemikir-pemikir Pendidikan Moral
mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip
keadilan, prinsip altruisme dan prinsip autonomi.

(i) Prinsip Keadilan

Ramai orang memperkatakan tentang keadilan. Ada pihak yang mengatakan


bahawa adil itu saksama, seimbang, sama rata, dan sama rasa. Namun begitu
sama rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila seorang yang bekerja lebih
masa tetapi masih mendapat bayaran yang sama. Bayaran setimpal adalah
keadilan bagi mereka, bukan hanya sama dengan orang lain. Agama Islam pula
mendefinisikan keadilan sebagai “meletakkan sesuatu pada tempatnya,” iaitu
tempat yang sesuai dan sepatutnya .

Bagi Aristotle yang banyak menulis tentang konsep keadilan menyatakan adil itu
sebagai “ fair-minded”, tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan (reasonable
way). Di antara prinsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip
Keadilan Umum iaitu keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan
supaya semua individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan
“distributive” ialah adil dalam agihan kebaikan dan beban juga menunaikan
perjanjian antara manusia. Ianya juga merangkumi kemahuan kepada peraturan,
kejujuran, equity, integrity dan lawfulness.

Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip ini
amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip keadilan merupakan
prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan
keuntungan antara individu dan masyarakat. Tentunya juga keadilan membawa
makna tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri.

33
(ii) Prinsip Altruisme

Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain
terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut
akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan
belas kasihan, simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang
kebajikan orang lain. Amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan
menjauhi daripada kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Prinsip altruisme melibatkan perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk


menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Biasanya
keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan
berkeperimanusiaan. Perasaan kasih sayang, simpati dan empati
menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak.

(iii) Prinsip Autonomi

Adakah kita bebas membuat pertimbangan? Persoalan ini ada kaitannya


dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini menerangkan konsep pertimbangan
bebas. Andaian bahawa pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh
seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. Ini
disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara
rasional dan adil. Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral, tetapi hanya
mematuhi perintah dari kuasa luar. (Koo, 1990). Adakah anda setuju dengan
pendapat ini?

Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos bererti diri
sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Ini boleh diertikan sebagai penentuan
sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan
sendiri. Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.
Perlakuan dan pertimbangan individu merupakan hasil tekanan kuasa atasan
contohnya seorang guru disiplin mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar
atas arahan pihak atasan.

34
Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen autonomi
untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. Sepatutnya
prinsip-prinsip yang universal, sejagat boleh dijadikan undang-undang yang
rasional pada mana-mana tempat sama ada di peringkat negara atau institusi,
syarikat, keluarga dan sebagainya.

Untuk direnung:

“Sesungguhnya agama dan budi luhur itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.
Agama adalah seperti jiwa bagi akhlak dan akhlak pula adalah laksana udara kepada
jiwa.”
Sejauh manakah agama dapat menghalang seseorang daripada membuat
perkara yang tidak bermoral?

Latihan 4.2
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Aktiviti 1

Soalan 1

a. Berdasarkan refleksi dari pengalaman anda semasa di peringkat sekolah dahulu berikan tiga
contoh perlakuan bagi setiap prinsip moral di atas, iaitu keadilan, altruisme dan autonomi.
Lakarkan dalam bentuk grafik.

b. Insan bermoral ialah

Rumusan

1. Seseorang individu perlu mengembangkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu


penaakulan moral, emosi / perasaan moral dan tingkah laku moral.

35
2. Pendidikan moral kini sedang menghala kepada aspek pemupukan dimensi-
dimensi moral ini.
3. Ketiga-tiga dimensi moral adalah saling berkaitan dan sama-sama digunakan
bila seseorang individu membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan.
4. Sifat-sifat manusia bermoral adalah digolongkan kepada tiga bidang besar
secara kasar iaitu:
• Sikap mempunyai pertimbangan terhadap perasaan, keperluan dan
kepentingan orang lain adalah sama pentingnya dengan perasaan, keperluan
dan kepentingan diri sendiri.
• Mempunyai kebolehan membuat keputusan diri sendiri yang rasional,
universal dan preskriptif.
• Mempunyai kebolehan bertindak secara terkawal dan tidak keterlaluan.

SOALAN TUTORIAL

Konsep Asas Moral

36
1. Dengan menggunakan pengurusan grafik, banding bezakan antara konsep etika,
moral dan akhlak. (1 jam)

2. Pilih satu situasi yang anda saksikan, huraikan situasi tersebut dari sudut pematuhan
terhadap peraturan moral, adat, agama dan undang-undang. (2 jam)

Pemikiran Moral

1. Terangkan mengapakah pendekatan intuisionis terhadap kemoralan lebih baik


daripada pendekatan naturalis. Bagaimanakah pendekatan emotivis berbeza
daripada kedua-duanya. (2 jam)

Konsep Asas Nilai

1. Huraikan kekuatan dan kelemahan diri anda dari segi amalan nilai-nilai murni dan
agama. Cadangkan cara-cara anda meningkatkan amalan tersebut. (1 jam)

2 Pilih tiga artikel daripada keratan akhbar atau majalah. Kenal pasti jenis-jenis nilai
yang terdapat dalam artikel-artikel tersebut. (2 jam)

Individu yang Bermoral

1. Berdasarkan pengurusan grafik kaitkan konsep dimensi-dimensi moral dengan


individu yang bermoral. (2 jam)

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan


modul.

37
Bacaan Asas

Abd Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang:
Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.
________________& Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral Siri Pendidikan. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Rujukan

Ahmad b. Khamis (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi.
K. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral:Siri Pendidikan Tinggi, Petaling Jaya, Pearson
Education Malaysia Sdn. Bhd..
Koo, K. P. & Tang, C. Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Tam, Y.K. (1996), Pendidikan Moral: Konsep dan Program Pendidikan Moral. K. Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Limpur

PANEL PENULIS MODUL

BIL NAMA KELAYAKAN

38
BA (Hons) Sejarah. UM
PENYELARAS
M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM
Dr. Maznah Binti Abd. Samad
Ph. D (Pendidikan). Universiti
1 Unit Kurikulum
Queensland.
Bahagian Pendidikan Guru
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral :
Kementerian Pelajaran Malaysia
1 tahun
Pengerusi
B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM
Cik J Krishna Kumary a/p Juval
Diploma Pendidikan, USM
2 Maktab Perguruan Temenggung
M.Sc. Pendidikan Moral, UPM.
Ibrahim
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
Jalan Datin Halimah,
10 tahun
803500 Larkin, Johor.

Pn. Ng Choo Tang BSc (Hons) Kimia, UM


3 Institut Perguruan Bahasa-Bahasa M.Ed Teknologi Pendidikan, UM
Antarabangsa, Kuala Lumpur Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
12 tahun

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff, B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM
Maktab Perguruan Raja Melewar, SPI, Pendidikan Islam, UKM
4
Beg Berkunci 43, 70990, Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral
Seremban, Negeri Sembilan, DK. 9 tahun

Pn. Chia Yip Lan B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)


Maktab Perguruan Sarawak Sarjana Pengurusan (UUM)
5 98009 Miri Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun
Sarawak Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

Pn. Rohaini Kamsan B A (Hons) Kesusasteraan Melayu


Maktab Perguruan Temenggung dengan Pendidikan (USM)
6 Ibrahim Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
Jalan Datin Halimah, 19 tahun
803500 Larkin, Johor

Pn. Pn. Rohani binti Ismail B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)
7 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Diploma Pendidikan: Siviks (UM)
Jalan Yaacob Latif, Pengalaman Mengajar
56000 Kuala Lumpur Pendidikan Moral: 16 Tahun

Pn. Koh Geok Wah B. Econs (UM)


Maktab Perguruan Sarawak, Diploma Pendidikan (UM)
8 98009 Miri, Sarawak Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
15 tahun

PANEL PEMURNI MODUL

39
Bil. Nama Kelayakan

PENYELARAS B.A. (Hons) Sejarah


Dr. Maznah Binti Abd. Samad M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling)
1. Unit Kurikulum Phd (Pendidikan)
Bahagian Pendidikan Guru Pengalaman mengajar
Pendidikan Moral 1 tahun

2. PENGERUSI
Pn. Rohaini Kamsan Sarjana Muda Saster (Kepujian)
Maktab Perguruan Temenggong Pengalaman Mengajar Pendidikan
Ibrahim, Jalan Datin Halimah Moral: 17 Tahun
80350 Larkin,
Johor Baharu

3. Pn. Chia Yip Lan B. A. (Hons) Psikologi. UKM


Maktab Perguruan Sarawak, M.Ed. (Bimbingan dan Kaunseling) UM
Jalan Bakam, Pengalaman mengajar: Pendidikan
98009 Miri, Serawak. Moral 18 tahun
Pensyarah Cemerlang Pendidikan
Moral

4. Pn. Rohani binti Ismail B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)


Maktab Perguruan Ilmu Khas, Diploma Pendidikan: Siviks (UM)
Jalan Yaacob Latif, Pengalaman Mengajar
56000 Kuala Lumpur. Pendidikan Moral: 16 Tahun

5. Pn. Asiah binti Saad B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara


Institut Perguruan Darul Aman M. Sc. Psikologi
06000 Jitra, Pengalaman mengajar Pendidikan
Kedah Darul Aman Moral : 14 Tahun

6. Cik Krishna Kumary Juval B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM)


Maktab Perguruan Temenggong Diploma Pendidikan (USM)
Ibrahim, Jalan Datin Halimah M SC. Pendidikan Moral (UPM)
80530 Larkin Pengalaman Mengajar Pendidikan
Johor Baharu. Moral : 10 tahun

40
7. Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim BA (Hons) Pengajian Islam
Institut Perguruan Darul Aman M Ed (Pendidikan Islam)
06000 Jitra, Kedah Darul Aman Pengalaman mengajar
Pendidikan Moral : 2 tahun

41

You might also like