P. 1
Unit 2 PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Unit 2 PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

4.61

|Views: 66,207|Likes:
Published by Ali Mohd

More info:

Published by: Ali Mohd on Sep 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/11/2015

pdf

text

original

UNIT 2

PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Sinopsis Unit ini mengandungi empat tajuk. Tajuk pertama menjelaskan tentang sejarah perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia. Di samping itu unit ini turut membincangkan kepentingan Pendidikan Moral dalam memenuhi cita-cita Negara dan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam bahagian ini juga turut menghuraikan struktur kandungan organisasi Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral. Tajuk kedua membincangkan pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral bertujuan memberi kemahiran dalam memilih berbagai-bagai pendekatan pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Pelajar harus mahir untuk menggunakan pendekatan-pendekatan yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dijalankan. Tajuk ketiga membincangkan kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Kandungannya meliputi teknik-teknik pengajaran pembelajaran pendidikan Moral iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, perbincangan, projek, lawatan, perbahasan dan tunjuk cara. nilai moral melalui pengalaman sebenar. kerja amal melalui projek khidmat bakti. Tajuk keempat membincangkan pendekatan dan kaedah projek yang dapat meningkatkan kefahaman Kaedah projek bertujuan menimbulkan perasaan dan kesedaran moral serta memupuk sikap positif untuk menjalankan kerja-

1

Objektif Pada akhir unit ini pelajar dapat : 1. menghuraikan sejarah perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia dan

menjelaskan kepentingan Pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat negara. 2. menghuraikan matlamat dan objektif Pendidikan Moral KBSR dan memperincikan sturktur organisasi kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR. 3. Mengenal pasti unsur Kemahiran Berfikir dan Kajian Masa Depan yang sesuai bagi setiap cadangan isu dan situasi di dalam mata pelajaran Pendidikan Moral 4. menghuraikan pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk mengajar mengaitkan isu-isu dan situasi dalam pengajaran dan pembelajaraan . 5. memahami teknik-teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral; 6. mengetahui cara-cara menggunakan teknik-teknik pengajaran pembelajaran di samping

Pendidikan Moral yang telah dipelajari; 7. mengetahui kebaikan, kelemahan dan kesesuaian teknik dengan tajuk-tajuk yang diajar dan kemampuan pelajar;

8. menguasai kemahiran menguruskan projek secara proses dan mengaplikasikannya
dalam pembelajaran yang sebenar sesuai dengan kandungan sukatan Pendidikan Moral.

2

TAJUK 1

SEJARAH DAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Pengenalan Pendidikan Moral sudah lama dijalankan di sekolah-sekolah secara langsung dan tidak langsung, di mana secara langsung ianya di ajar dalam mata pelajaran seperti agama dan etika. Bagaimanapun Pendidikan Moral pada masa dulu tidaklah sekompleks sekarang kerana pada masa dulu Pendidikan Moral hanya diberi penekanan dari segi pembentukan nilai serta perwatakan yang baik di kalangan pelajar sekolah oleh pihak sekolah. Dalam konteks masyarakat yang sedang berubah Pendidikan Moral dilihat sebagai satu program formal dan tidak formal yang bertujuan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara supaya mereka boleh menyumbang sepenuhnya untuk kebaikan masyarakat dan negara. 1.1 Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia • •

Pendidikan Moral tidak ditonjolkan sangat sebelum 1982. Nilai-nilai baik seperti kebersihan diajar dalam mata pelajaran kesihatan, manakala nilai-nilai kasih sayang, kerjasama dan sebagainya diajar melalui Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Nilai patriotisme dan cinta akan negara diajar melalui mata pelajaran sivik dan tata rakyat.

1983 – Berasaskan KBSR mata pelajaran Pendidikan Moral diperkenalkan dengan 12 nilai utama. Antara tahun 1983 dan 1984 Pendidikan Moral diajar dalam darjah 1 dan 2. Antara tahun 1986 dan 1988 di keseluruhan Tahap Dua.

1989 - 16 nilai mula diajar dengan pecahan-pecahan nilai yang berkaitan iaitu: baik hati, berhemah tinggi, kasih sayang, kebebasan, kebersihan fizikal dan mental, kerajinan, kesederhanaan, rasional, berdikari, hormat menghormati, keadilan, keberanian, kejujuran, kerjasama, kesyukuran dan semangat bermasyarakat

1993 – Pendidikan Moral menjadi mata pelajaran peperiksaan pada peringkat SPM.

3

• • • • •

1999 – Penyemakan semula kurikulum 2001 – Penyediaan buku teks tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 2002 – Kursus orientasi kurikulum baru edisi penyemakan 2000 untuk guruguru. 2003 – Pelaksanaan kurikulum baru di peringkat sekolah menengah (tingkatan 1 dan 4) dan peringkat sekolah rendah (tahun 1 dan 4). Sebelum itu mata pelajaran Pendidikan Moral boleh dikatakan diajar secara sambil lewa sahaja. Pendidikan Moral hanya diajar kepada pelajar-pelajar bukan muslim yang masa pengajaran sama dengan pengajaran mata pelajaran pendidikan Islam.

Guru yang mengajar juga bukan dari opsyen moral dan mereka bukan sahaja tidak tahu mengajar Pendidikan Moral mereka juga bersikap sambil lewa sahaja kerana menganggap mata pelajaran ini tidak penting kerana bukan mata pelajaran peperiksaan. Oleh sebab itu, mereka lebih cenderung mengajar mata pelajaran peperiksaan yang dianggap lebih penting.

Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah menggubal sukatan dengan struktur baru yang telah dikeluarkan pada tahun 2003.

1.2 Kepentingan Pendidikan Moral Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Antara kepentingan Pendidikan Moral adalah:

Untuk mencapai aspirasi negara untuk melahirkan generasi yang seimbang dan berakhlak mulia yang berpegang kepada nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka seharian ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Sebagai langkah mencapai hasrat negara, ciri - ciri utama yang perlu dilihat adalah; a) mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia

4

b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, berdasarkan berkerja atau membuat sesuatu hingga sempurna c) Menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain d) Menghormati dan mempunyai semangat membaiki keadaan secara membina dan bersedia berkhidmat untuk negara

e) Mendapat pendidikan dan latihan supaya boleh menyertai kegiatan
pembangunan negara secara berkesan.

Pendidikan Moral selaras dengan kehendak Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan kaum dan memelihara suatu cara hidup yang demokrasi. Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah untuk membina satu masyarakat yang adil dan harmoni dan masyarakat yang progresif dan maju.

Matlamat Wawasan 2020 memerlukan generasi yang terdidik dengan sifat-sifat kemoralan untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan dari segi ekonomi, sosial, perpaduan dan taraf hidup rakyat yang lebih sempurna. Nilai-nilai moral yang terkandung dalam sembilan cabaran Wawasan 2020 dapat dicapai melalui Pendidikan Moral.

Sesuai

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

bagi

melahirkan

warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Wargenagara yang bermoral harus mempunyai ciri-ciri: percaya dan patuh kepada Tuhan berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional berakhlak mulia berketrampilan berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran negara setia kepada raja dan negara serta sedia bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.

-

5

Persoalan moral yang berlaku akibat pengaruh pemodenan yang tidak mampu dikawal memerlukan benteng pertahanan dalaman yang kuat pada generasi muda.

Pelajar terdedah kepada berbagai-bagai sumber media yang menguji pendirian dan kematangan memerlukan bimbingan bukan sahaja dari kalangan ibu bapa tetapi juga pihak di sekolah. Pendidikan Moral di sekolah dapat membantu pelajar menangani situasi yang menimbulkan isu atau masalah moral dengan lebih rasional dan berkesan.

Perubahan dalam masyarakat hasil daripada pembandaran dan globalisasi memberikan kesan negatif terhadap sistem nilai masyarakat sehingga nilai-nilai tradisi kian terhapus. Percanggahan nilai-nilai ini boleh mengelirukan kanakkanak serta remaja tentang persoalan serta isu-isu yang melibatkan nilai-nilai moral tradisi. Di sini Pendidikan Moral dilihat sebagai satu benteng terhadap kesan-kesan pembandaran dan globalisasi. Oleh itu, Pendidikan Moral dapat memainkan peranan mengimbangi nilai-nilai tradisi masyarakat Malaysia dengan nilai-nilai yang berkaitan pembandaran.

Pendidikan Moral merupakan intipati dalam pendidikan yang sememangnya tidak boleh diabaikan.

Renung sejenak: Adakah amalan masyarakat Malaysia sekarang mencapai hasrat negara dan menepati kehendak Rukun Negara?.

Anda boleh juga mendapatkan maklumat lain di perpustakaan. Ia sangat membantu pemahaman anda.

6

Latihan 1.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

Soalan 1 Jelaskan bagaimanakah Pendidikan Moral dilihat penting dalam memenuhi matlamat Wawasan 2020. Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak menekankan nilai moral, huraikankan nilainilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Soalan 2 Lakarkan dalam peta minda tentang sejarah perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia, tuliskan tarikh-tarikh penting serta peristiwa yang berlaku.

Rumusan 1. Sejak kemerdekaan sehingga tahun-tahun 1980-an Pendidikan Moral diabaikan kerana dianggap tidak penting.

2. Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat
Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara. 3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 mempunyai nilai-nilai yang dapat dicapai melalui Pendidikan Moral.

4. Sejak kebelakangan ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil berat
tentang mata pelajaran Pendidikan Moral dan telah dijadikan sebagai mata pelajaran teras dan mata pelajaran peperiksaan SPM. 1.3 Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR

Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral telah digubal untuk mendidik pelajar menjadi insan bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan dimensi pemikiran moral, emosi moral serta tingkah laku moral pelajar.

7

Pendidikan Moral memberikan tumpuan untuk memupuk kekuatan kerohanian dan moral pelajar melalui penghayatan dan amalan nilai murni masyarakat Malaysia. Pemilihan prinsip-prinsip dalam Pendidikan Moral adalah selari dengan aspirasi kerajaan, Prinsip-prinsip Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Prinsip-prinsip ini bertujuan melahirkan generasi muda yang seimbang dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang baik. Struktur 16 nilai utama dalam Sukatan Pelajaran telah diperbaharui kepada 5 bidang pembelajaran untuk sekolah rendah dan tujuh bidang pembelajaran untuk sekolah menengah RANGKA KONSEPSI

BP5 : NEGARA

PEMIKIRAN MORAL

BP1 : PERKEMBANGAN DIRI

PERASAAN MORAL

KESEDARAN HATI NURANI (MORAL CONSCIENCE)
INSAN BERAKHLAK MULIA

BP2 : KEKELUARGAAN

BP4 : ALAM SEKITAR

TINGKAH LAKU MORAL

BP3 : MASYARAKAT

8

1.4 Matlamat Pendidikan Moral Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. 1.5 Objektif Pendidikan Moral 1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. 2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia. 3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar. 4. Mengembangkan pemikiran moral, emosi moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. 1.6 Kandungan Sukatan Pelajaran Untuk membolehkan pelajar memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip yang ditetapkan , sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. 1. NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan 1.2 Kebersihan Fizikal dan Mental 1.3 Harga Diri 1.8 1.9 1.5 1.6 Hemah Tinggi Kasih Sayang 1.7 Kesederhanaan Kejujuran Baik Hati

9

1.4 Kerajinan

1.10

Berterima Kasih

2. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA 2.1 Kasih sayang terhadap Keluarga 2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga 2.3 Tanggungjawab terhadap Keluarga 3. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT 3.1 Tanggungjawab terhadap Masyarakat 3.2 Toleransi dalam Masyarakat 3.3 Semangat Bermasyarakat 3.4 Peka terhadap Isu-isu Sosial 4. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR 4.1 Kebersihan dan Keindahan Persekitaran 4.2 Menyayangi Alam Sekitar 4.3 Peka terhadap Isu Alam Sekitar 5. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA 5.1 Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja Dan Negara 5.2 Patuh kepada Peraturan dan Undang-Undang 5.3 Cinta Akan Negara 5.4 Keamanan dan Keharmonian
(Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral (2003), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Berhenti sejenak: Rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral dan Huraian Sukatan Pendidikan Moral. Untuk lebih memahami struktur kandungan sukatan anda boleh berbincang dengan guru mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut

10

Latihan 1.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut

Soalan 1 Berikan prinsip-prinsip Pendidikan Moral KBSR yang digariskan dalam Sukatan Pendidikan Moral. Buatkan peta minda berhubung dengan Pendidikan Moral . 1.7 Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR Tujuan huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral ini adalah untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan pelajar. Huraian ini juga sebagai panduan untuk guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral di bilik darjah dengan lebih berkesan. (i) Lajur-lajur dalam Huraian Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang pelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan akademik, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran. Bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar setiap tahun. Kandungan skop akademik dan contoh-contoh diperincikan mengikut tahap perkembangan muridmurid. Kandungan akademik yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam mengikut tahap kematangan murid. Terdapat empat lajur utama iaitu: • • • Lajur Nilai Lajur Kandungan Akademik Lajur Hasil Pembelajaran Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran. struktur organisasi

11

(Huraian

Sukatan

Pelajaran

Pendidikan

Moral

Edisi

Semakan

2002,

Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(a) Lajur Nilai Dalam lajur ini disenaraikan nilai yang terkandung di bawah bidang pembelajaran. terperinci. (b) Lajur Kandungan Akademik Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang diolah dengan kebolehan dan tahap kematangan murid yang merangkumi skop diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar, negara sehingga ke peringkat antarabangsa. Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun dengan jelas bermula dengan tema diikuti dengan tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran yang disertakan dengan contoh pengajaran guru. Dalam perkembangan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan akademik. Murid akan berfikir secara kritis serta bertindak lebih efektif jika mereka dapat mengkaji konsep sesuatu isu, asal usulnya dan kesan-kesannya. Dengan adanya kandungan akademik yang mantap murid dapat memahami dan mengkaji bahan-bahan pelajaran secara lebih terperinci. Kandungan akademik meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, geografi, alam sekitar dan sebagainya. Kandungan itu perlu diajar bersama dengan nilai dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Moral. (c) Lajur Hasil Pembelajaran yang berkaitan untuk memudahkan Setiap nilai disertakan dengan penerangannya secara

12

Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti, contoh situasi dan juga isu yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Lajur ini bukan sahaja berkaitan dengan pengalaman murid tetapi juga ada hubungannya dengan keluarga, komuniti, negara dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran tetapi juga boleh diambil contoh-contoh lain daripada pelbagai sumber yang boleh mengukuhkan nilai-nilai yang diajar. Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu digabungjalinkan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Unsurunsur ilmu yang ada dalam mata pelajaran lain juga harus disepadukan dalam merancang aktiviti Pendidikan Moral. Sila buat rujukan tentang contoh-contoh isi kandungan lajur-lajur yang dibincangkan di atas. (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi Semakan 2002) (ii) Pemupukan Kemahiran Menerusi Pendidikan Moral

Selain pengajaran nilai melalui kandungan akademik, kemahiran-kemahiran dalam bidang lain juga perlu disertakan menerusi pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

a.

Kemahiran utama – memberikan peluang kepada pelajar-pelajar menguasai kemahiran generik, kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah yang akan membantu daya tahan menghadapi segala cabaran hidup di alaf ini.

b.

Kemahiran menyelesaikan konflik – Guru membantu murid dalam kemahiran menyelesaikan konflik akibat pertentangan nilai sendiri dengan nilai masyarakat atau orang lain. Kemahiran ini menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang lebih berkesan.

13

c.

Kemahiran pemikiraan kritis – Guru mengajar murid berfikir secara kritikal dalam menilai satu-satu isu moral yang boleh dihayati dan membantunya dalam membuat keputusan yang tepat.

d.

Kemahiran pemikiran kreatif – Kemahiran berfikir secara kreatif akan membantu dalam mencari alternatif yang lebih baik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah.

e.

Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya – Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya amat penting untuk mempertahankan nilai-nilai dengan cara menasihati dan berbincang tentang nilai-nilai moral.

f.

Kemahiran mengkaji masa depan – Memupuk kemahiran mengkaji masa depan dengan pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid-murid menyedari isu-isu moral masa lampau, masa kini dan masa depan. berlaku. Ini membolehkan murid membuat ramalan menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin

g.

Kemahiran teknologi maklumat – Sesuai dengan masa, Pendidikan Moral juga memberikan kesempatan kepada murid-murid menggunakan teknologi maklumat dan telekomunikasi moden dengan menjaga batasbatas moral.

h.

Kemahiran sosial – Pendidikan moral memberikan penekanan kepada kebolehan bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

Latihan 1.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut

Soalan 1

14

Dengan menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, cuba lengkapkan grafik berikut dengan memilih Bidang Pembelajaran 3 bagi masa satu minggu. Nilai Kandungan Akademik Hasil pembelajaran Cadangan aktiviti pembelajaran

Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan. Syabas!

Rumusan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral amat penting dan perlu difahami oleh setiap guru Pendidikan Moral kerana huraian membantu guru dalam menyediakan perancangan dan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah.

15

TAJUK 2

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Pengenalan Konsep pendekatan dalam konteks pendidikan ialah cara mendekati sesuatu. Pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan dalam bidang pendidikan pula merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran. Pendekatan pengajaran-pembelajaran yang biasa digunakan dalam Pendidikan Moral ialah seperti berikut: • • • • • • • Perkembangan moral kognitif Pemupukan nilai Penjelasan nilai Analisis nilai Bertimbang rasa Pembinaan rasional Tindakan sosial

Ciri-ciri yang perlu ada dalam pendekatan Pendidikan Moral • • • • • • Memberikan ilmu – kognitif Membina kemahiran dan amalan – psikomotor Memupuk dan menanam penghayatan – afektif Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif Mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan pelajar Menyatu padukan faktor dan nilai

16

• • •

Merentasi kurikulum Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai Memotivasikan pelajar dalam pembelajaran

Renungkan Sejenak!!!!

Sebelum meneruskan lagi bacaan andai, bayangkan dahulu ciri-ciri pendekatan pengajaran dan pembelajaran di atas. Bayangkan keseronokan murid dan keceriaan mereka mempelajari Pendidikan Moral jika guru kreatif dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Kelas tidak akan menjadi gersang dan membosankan jika guru menggunakan pelbagai pendekatan dan BBM yang sesuai dengan pelajaran pada hari itu. Unsur kecindan guru sudah tentu dapat menceriakan keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. 2.1 Perkembangan Moral kognitif Pendekatan Perkembangan moral kognitif adalah berasaskan teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang berfokuskan kepada merangsang penaakulan moral pelajar. Pendekatan ini membantu pelajar membina kebolehan menaakul di peringkat yang lebih tinggi. Perkembangan moral merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam bentuk pemikiran dan kelakuan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu membesar, mereka berfikir tentang isu-isu yang sama dengan cara yang berbeza. Perubahan ini berlaku mengikut satu urutan yang tertentu dan tidak mengira jantina. Peringkat-peringkat perkembangan moral ini boleh diringkaskan seperti berikut: Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan. Seseorang individu memikirkan kesan-kesan fizikal sesuatu tindakan untuk menentukan apakah yang baik atau jahat. Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi (ínstrument-relativist). Seorang individu menganggapkan sesuatu yang adil atau benar dari segi pembalasan. Peringkat 3: Orientasi harmoni antara peribadi (good boy / nice girl).

17

Kelakuan yang baik akan membantu dan menyenangkan orang lain. Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan. Kelakuan yang baik dapat melaksanakan tugas atau tanggungjawab sosial seperti yang ditentukan oleh sesuatu institusi. Peringkat 5: Orientasi kontrak-sosial (social-contract legalistic). Kelakuan yang benar adalah dari segi hak-hak individu dan nilai-nilai yang dipersetujui masyarakat. Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat. Kelakuan yang benar adalah soal hati kecil yang secucuk dengan prinsip etika sarwajagat seorang individu. Prinsip-prinsip ini merupakan keadilan berhubung dengan persamaan hak sesama manusia dan menghormati sifat kemuliaan manusia sebagai individu. Mengikut Kohlberg, penaakulan seorang kanak-kanak akan menjadi lebih matang ketika usianya bertambah disebabkan pengalaman berinteraksi dengan orang lain dan semasa cuba menyelesaikan masalah-masalah moral. Contohnya apa yang dianggap bermoral bagi seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun berbeza daripada pendapat seseorang yang berumur 18 tahun. Oleh itu, strategi Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif ialah mengemukakan dilema atau masalah moral berasaskan perkara-perkara berikut: 1. Persembahan dan pemahaman dilema moral 2. Menyatakan pendapat dan justifikasinya 3. Menilai sebab-sebab yang dikemukakan 4. Menyimpul sebab-sebab yang diberikan serta memberi sebabsebab lain jika ada.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Ia sangat membantu pemahaman anda.

18

Latihan 2.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Soalan 1 Situasi Loceng terakhir berbunyi. Sebelum balik ke rumah, Leena ditugaskan untuk menutup semua tingkap kelasnya. Semasa sedang menutup tingkap, dengan secara tidak sengaja Leena telah memecahkan salah satu keping daripada cermin tingkap itu. Ketua tingkatan melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas. Jika anda menjadi guru tersebut apakah tindakan yang anda lakukan? Soalan 2 Apakah kaedah yang paling sesuai untuk menjayakan pendekatan perkembangan moral kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral anda?

Rumusan Pendekatan perkembangan kognitif relevan digunakan kerana salah satu daripada matlamat Pendidikan Moral di Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar membuat keputusan yang berautonomi ke atas isu moral berlandaskan kepada prinsip moral. Pendekatan ini memupuk kepekaan pelajar terhadap nilai-nilai moral diri sendiri serta orang lain: menyelesaikan konflik yang bermoral berdasarkan kepada sebab-sebab; menimbangkan hak-hak, pendapat dan perasaan orang lain dan mengaitkan penaakulan, emosi serta tingkah laku. 2.2 Pendekatan Pemupukan Nilai Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada proses pemupukan budi pekerti yang baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar, pemupukan merupakan pendekatan yang paling luas digunakan dalam Pendidikan Moral sekolah rendah. Pendekatan ini juga sesuai digunakan pada peringkat

19

sekolah menengah rendah.

Objektif

pendekatan ini adalah untuk menanam nilai

tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh pelajar. Menurut pendekatan ini, nilai dilihat sebagai piawai atau peraturan tingkah laku yang tetap dan sarwajagat dalam sesuatu masyarakat atau budaya. Pendokong pemupukan nilai percaya bahawa pendekatan ini dapat memenuhi keinginan dan matlamat masyarakat untuk mengatasi, malahan menentukan keperluan dan matlamat individu. Strategi pengajaran dan pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Menentukan nilai yang akan dipupuk. Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki. Menentukan objektif-objektif pelajaran. Memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai: a) meningkatkan tingkah laku yang bermoral b) mengajar tingkah laku moral yang baru c) mengukuhkan tingkah laku yang bermoral d) mengurangkan tingkah laku yang yang tidak bermoral 5. 6. Melaksanakan pengajaran – pembelajaran dalam kelas Menilai pengajaran - pembelajaran

Kesimpulannya tugas guru Pendidikan Moral adalah untuk menanam atau memupuk nilai yang individu mesti miliki agar dia dapat dengan cekap memainkan peranan yang ditetapkan oleh masyarakat.

Latihan 2.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut: Soalan 1 Apakah tanggapan anda terhadap peraturan yang terdapat di sekolah dalam pembentukan tingkah laku murid-murid?. Pandangan saya tentang peraturan-peraturan sekolah: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

20

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Soalan 2 Sebagai guru Pendidikan Moral anda yakin bahawa tingkah laku pelajar boleh dibentuk. Cadangkan beberapa aktiviti yang sesuai bagi memupuk kesedaran murid supaya menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

Tiga aktiviti yang sesuai bagi memupuk kesedaran murid menjaga kebersihan persekitaran sekolah: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan. Syabas! Halangan boleh diatasi jika anda berfikiran positif

Rumusan Melalui pendekatan pemupukan nilai, pelajar-pelajar perlu memahami, menganalisis dan menerima konsep-konsep asas yang ditegaskan dalam setiap nilai moral sebelum menghayatinya dan mengambil keputusan yang berautonomi ke atas isu-isu moral berlandaskan kepada prinsip-prinsip moral yang sarwajagat. Pendekatan ini adalah relevan untuk sekolah-sekolah kerana pembentukan tabiat moral yang baik adalah satu daripada matlamat program Pendidikan Moral. 2.3 Penjelasan Nilai Pendekatan penjelasan nilai dipelopori oleh Louis Raths dan rakan-rakan. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi dalam pembentukan dan perkembangan set nilai-nilai seseorang individu. Dengan pendekatan ini, nilai-nilai tidak diberikan kepada pelajar, sebaliknya mereka diajar menghargai atau memberikan nilai kepada sesuatu. Andaian yang dibuat di sini ialah individu-individu tidak boleh dipaksa menerima satu-satu nilai.

21

Sesuatu nilai perlu membayangkan pilihan individu. Teras kepada andaian ini ialah pelajar seharusnya dihormati sebagai individu yang boleh membuat pilihan tentang nilai yang sedia ada. Pendekatan ini membantu pelajar menjelaskan apa yang mereka anggap sebagai bernilai dan memperoleh satu set nilai yang nyata, yang boleh digunakan sebagai panduan hidup. Proses penjelasan nilai mengandungi tiga subproses seperti berikut: . 1 Memilih a. secara bebas b. daripada beberapa alternatif c. selepas mempertimbangkan kesan setiap alternatif 2. Menghargai a. b. berasa gembira dengan pilihan secukupnya hingga mahu atau sanggup menyerahkan pilihan itu kepada orang lain 3. Mengambil tindakan a. b. melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilih berulang-ulang dalam suatu pola kehidupan.

Latihan 2.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Setelah mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM, anda mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang paling anda minati. Anda perlu membuat satu keputusan yang muktamad dalam pemilihan tersebut.

22

1. Memilih a. Tempat untuk melanjutkan pelajaran 1. IPT di bandar tempat tinggal 2. IPT dalam negara 3. IPT luar negara b. Menilai setiap alternatif Alternatif 1___________________________ 2___________________________ 3___________________________ Kesan 1________________________ 2________________________ 3________________________

2. Menghargai Alternatif
Contoh: a. IPT di bandar tempat tinggal

Kesan
1. Tinggal di rumah (selesa) 2. Kos tidak tinggi 3. Dapat bantu keluarga 4.Tidak rindu terhadap keluarga 1. 2. 3.

Rumusan
Gembira dengan keputusan. Hargai pilihan itu kepada orang lain. Hubungan kekeluargaan lebih erat

b. IPT dalam negara

c. IPT luar negara

1. 2. 3.

3. Mengambil tindakan • • Melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilih Berulang-ulang dalam pola kehidupan

23

Rumusan Seseorang individu itu membentuk sesuatu nilai dengan memilih secara bebas, tanpa dipaksa, daripada beberapa alternatif, selepas pertimbangan teliti kesan-kesan setiap alternatif. Pilihan itu merupakan satu nilai sekiranya individu tersebut berpuas hati dan gembira dengan pilihan tersebut serta bertindak terhadapnya. Ini membayangkan suatu kombinasi domain kognitif dan afektif. 2.4 Analisis Nilai Setelah memahami penjelasan nilai, sekarang marilah kita melihat pula apa yang dimaksudkan dengan pendekatan analisis nilai. Pendekatan analisis nilai disebut juga ”pendekatan Coombs”. menawarkan suatu proses menghubungkaitkan nilai-nilai dalam Pendekatan ini

berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan dan menghadapi isu moral yang kontroversial.

Pendekatan ini lebih kepada penggunaan pemikiran saintifik dan logik dalam membuat keputusan. Khususnya, pendekatan ini dapat membantu murid mengumpul dan menimbangkan fakta yang terlibat dalam pertimbangan moral melalui enam prosedur penting dalam analisis nilai. Prosedur atau tugas analisis nilai ini adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti dan menjelaskan nilai yang dipersoalkan 2. Mengumpul data / maklumat berkenaan apa yang didakwa sebagai fakta 3. Mengukur kebenaran tentang fakta itu 4. Menjelaskan sama ada fakta berkenaan relevan atau tidak 5. Mencapai sesuatu keputusan yang muktamad tentang nilai yang dipersoalkan 6. Menguji prinsip nilai yang dibayangkan oleh keputusan nilai yang dibuat Disebabkan isu nilai atau moral adalah kontroversi, pertelingkahan berhubung keputusan yang dibuat boleh berlaku. Namun demikian, jika prosedur di atas diikuti dengan rapi, perbezaan dalam keputusan atau pertimbangan ini boleh dikurangkan. Untuk mengurangkan perbezaan ini, pelopor pendekatan analisis nilai memperkenalkan pula “tugas resolusi konflik”. Asasnya, konflik hendaklah diselesaikan dengan

24

mengurangkan perbezaan semasa pelajar menggunakan teknik analisis nilai. Tugas resolusi konflik adalah seperti berikut: 1. Mengurangkan perbezaan dalam pentafsiran tentang nilai yang dipersoalkan 2. Mengurangkan perbezaan tentang apa yang didakwa sebagai fakta yang dikumpulkan 3. Mengurangkan perbezaan tentang ukuran kebenaran fakta yang telah terkumpul 4. Mengurangkan perbezaan tentang kerelevanan fakta berkenaan 5. Mengurangkan perbezaan tentang keputusan nilai yang tidak muktamad 6. Mengurangkan perbezaan dalam menguji kesanggupan menerima prinsip moral

Latihan 2.4 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Baca petikan dibawah ini kemudian jawab soalan berikutnya : Bapa tidak boleh lupa detik cemas anak dikelar mengerang kesakitan
KUALA LUMPUR 6 September – Pengusaha kantin, Tan Boon Yow, 38, tidak boleh melupakan detik cemas melihat anaknya mengerang kesakitan setelah dikelar pada leher dan ditikam di dada sebelum meninggal dunia di depan matanya di Pangsapuri Sri Bayu, Taman Kema Cahaya, Cheras dekat sini hari ini. Boon Yow ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata, dia bertambah terkejut kerana tidak menyangka pembunuh anak kesayangannya itu ialah lelaki yanag sudah dikenali keluarganya sejak awal tahun ini. Beliau berkata mereka sekeluarga memang rapat dengan lelaki itu kerana dia sudah beberapa bulan berkawan dengan anak sulungnya, Tan Hui Choo. Dalam kejadian pukul 6.30 pagi ini, Hui Choo, 16, mati selepas dikelar pada leher dan ditikam di dada oleh teman lelakinya yang dipercayai cemburu dan enggan membenarkannya meneruskan persekolahannya. (Utusan Malaysia, 7 September 2004)

25

Soalan 1 Berikan satu contoh situasi salah laku yang dianalisiskan secara logik melalui pendekatan analisis nilai. Gunakan borang grafik kesan dan akibat dalam menyelesaikan situasi tersebut. Rumusan Pendekatan analisis nilai memberikan suatu perihal yang lengkap tentang strategi yang melibatkan proses langkah demi langkah dalam menghadapi persoalan serta isu moral dan sebagainya yang kontroversial dan berkonflik. Langkah-langkah dalam pendekatan ini walaupun bersifat logikal dan berdasarkan fakta namun aspek afektif (sikap dan nilai) amat perlu bagi pemupukan, penghayatan serta amalan nilai-nilai. 2.5 Bertimbang rasa Pelajar sekalian, adakah anda seorang yang bertimbang rasa? Mengapakah anda berkata demikian? “Tahukah anda perbidalan Melayu yang sesuai dengan pendekatan ini ialah “berat mata memandang berat lagi bahu memikul”. Sekarang mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan pendekatan bertimbang rasa. Pendekatan ini juga lebih menegaskan pembelajaran tentang perasaan atau emosi. Pendekatan ini membantu murid berfikir secara mendalam dan menimbulkan perasaaan moral (sentuhan hati nurani - emosi moral). Menurut Peter Mc Phail dan rakan-rakan, Pendidikan Moral perlu berfokus kepada cara individu berhubung dengan orang lain seperti bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Ini adalah kerana kelakuan itu akan memberikan kepuasan kepada orang yang bertindak sedemikian dan menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang bertimbang rasa. Apabila menggunakan pendekatan ini, guru perlu meningkatkan kebolehan pelajar untuk mentafsir kesan-kesan sesuatu tindakan ke atas diri sendiri dan orang lain seperti berikut :

26

SITUASI MORAL - perhubungan peribadi - kepentingan kumpulan - autoriti - sedunia

MEMBERIKAN PERTIMBANGAN KEPADA ORANG LAIN

HASIL MENTAFSIRKAN KESANKESAN KE ATAS diri orang lain

MENGGUNAKAN PENGETAHUAN DAN PENAAKULAN Soalan 1

Latihan 2.5 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Beri lima contoh perlakuan bertimbang rasa dan lima contoh perlakuan yang tidak bertimbangrasa yang anda dapat lihat dalam kehidupan seharian

Tingkah laku bertimbang rasa 1. 2. 3. 4. 5.

Tingkah laku tidak bertimbang rasa 1. 2. 3. 4. 5.

Soalan 2 Ani dan Alia adalah rakan sejawatan. Mereka telah diberikan tanggungjawab oleh Pengetua untuk membuat kertas kerja lawatan sambil belajar para pelajar.

27

Mereka berdua bersetuju menjalankan tugas tersebut. Walau bagaimanapun Alia meminta Ani melaksanakan tugas tersebut kerana terpaksa mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Apakah keputusan dan tindakan Ani dilihat dari sudut pendekatan bertimbang rasa? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Rumusan Pendekatan bertimbang rasa dapat memberikan sumbangan secara positif kepada

Pendidikan Moral. Ini berdasarkan alasan bahawa pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama dari segi etnik, budaya, sosial dan agama perlu peka kepada keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. 2.6 Pembinaan Rasional Seperti pendekatan perkembangan moral kognitif dan pendekatan analisis nilai, pendekatan pembinaan rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan kritis. Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta menganalisis sifat dan dimensi nilai masyarakat demokratik. Dalam pendekatan ini sesuatu nilai dianalisiskan bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan atau pertimbangan tertentu tetapi juga yang berkaitan dengan nilai-nilai yang lain.

28

Menurut James Shaver dan William Strong, “nilai” berbeza daripada “sikap”. Sungguhpun ada aspek emosi dalam nilai, nilai sebenarnya adalah standard nasional dan prinsip untuk mempertimbangkan sesuatu yang dikatakan baik. Mereka kemudiannya membezakan beberapa kategori nilai, iaitu nilai moral dan bukan moral, yang intrinsik dan instrumental, serta mencadangkan bahawa nilai moral dianggap sebagai standard peribadi dan prinsip asas dalam bermasyarakat. Mereka menegaskan bahawa konflik nilai merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan konflik ini perlu diselesaikan sebelum sesuatu pertimbangan dibuat. Berikut ialah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional boleh digunakan. 1. Kenal pasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu dengan lain 2. Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai diterima oleh masyarakat 3. Menimbangkan implikasi dan kesan yang mungkin timbul dalam situasi berkonflik 4. Membuat keputusan munasabah dengan kriteria mengutamakan nilai 5. Memupuk penglibatan diri secara emosi

Rehat sebentar, mungkin anda perlu membuat refleksi diri! Pernahkah anda melakukan pendekatan ini dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah reaksi pelajar anda ketika itu?

Latihan 2.6 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1 Situasi Anda seorang guru wanita yang baru bertugas di sebuah sekolah luar bandar. Pada suatu hari hujan turun dengan lebatnya semasa anda dalam perjalanan ke tempat kerja. Anda berasa risau dan bimbang akan lambat sampai ke sekolah. Seorang perempuan tua mencadangkan anda menumpang kereta salah seorang pemuda yang berada di tempat itu. Anda berada dalam dilema, bimbang akan disalahtafsirkan oleh masyarakat dan tanggapan buruk pihak sekolah disebabkan kelewatan anda. Apakah tindakan yang patut anda lakukan?

29

Rumusan Pendekatan pembinaan rasional lebih berfaedah kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi berbanding dengan pelajar di sekolah rendah. Ini adalah kerana pendekatan ini melibatkan kebolehan pelajar menganalisis dan menyatakan pendapat mereka dalam perkataan-perkataan yang abstrak. 2.7 Tindakan Sosial Pelajar sekalian, kini anda akan mempelajari tajuk ke -7 dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Diharap anda bersedia untuk mempelajarinya. Pendekatan tindakan sosial yang dimajukan oleh Fred Newmann dianggap sebagai satu pendekatan yang memberikan peluang tertentu kepada pelajar untuk bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral. Sebagai agen moral, pelajar perlu mempertimbangkan apakah yang sepatutnya dibuat dalam situasi yang melibatkan konflik. Konflik ini mungkin berlaku antara kepentingan diri dan kepentingan orang lain, atau di antara hak-hak seorang individu dalam konflik itu. Pendekatan ini meningkatkan keprihatinan murid kepada isu-isu masyarakat dan mereka bersikap pro aktif menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu pendekatan ini melibatkan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Nilai-nilai yang diperlihatkan lebih luas bukan sahaja di dalam sesebuah masyarakat atau pada diri seorang individu, tetapi meliputi interaksi antara individu dan masyarakat keseluruhannya. Untuk mencapai matlamat ini guru boleh menggunakan garis panduan di bawah. 1. menyedari isu atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan komuniti 2. memahami isu 3. memutuskan tindakan yang akan diambil 4. merancang dan menggubal matlamat dan strategi 5. melaksanakan rancangan tindakan sama ada secara individu atau kumpulan 6. merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan menimbangkan tindakan selanjutnya.

30

Latihan 2.7 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1. Sebagai guru Pendidikan Moral anda telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan khidmat Bakti Murni ke rumah orang-orang tua. Projek tersebut akan dikendalikan oleh pelajar kelas Pendidikan Moral. Rangkakan objektif lawatan dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa lawatan tersebut. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Rumusan Dalam pendekatan tindakan sosial guru berperanan sebagai pakar sumber, kaunselor dan penggerak; bekerjasama dengan ibu bapa, pemimpin tempatan, agensi-agensi kerajaan atau badan sukarela dalam merancang dan melaksanakan apa sahaja projek tindakan sosial. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu projek yang akan dilaksanakan.

Latihan umum untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

1. Anda baru sahaja selesai membaca dan memahami kandungan tajuk pendekatanpendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Berdasarkan kefahaman anda jelaskan maksud ‘pendekatan pengajaran dan pembelajaran’. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

31

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 2. Senaraikan strategi pengajaran yang bersesuaian bagi setiap pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Sediakan satu rancangan mengajar harian yang lengkap dengan mengambil kira pendekatan yang bersesuaian dengan langkah pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Rumusan Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Sebagai guru Pendidikan Moral yang inovatif dan kreatif, kebolehan anda menguasai dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan tersebut akan menjadikan anda seorang pendidik yang hebat dan berkesan Rujukan Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti ________________ (2002). Modul Pendidikan Moral EDU 2003. Serdang: Percetakan Universiti Putra Malaysia. ________________ (1999). Pendidikan Moral : Teori etika dan amalan moral. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Ee, A.H. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral: Siri pendidikan tinggi. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia. Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Mukherjee, H. (1980), Moral Educatioan and the teacher training programme. Pendidikan dan Pendidik. Jld. 2 Bil. 1

32

TAJUK 3

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MORAL

3.0 Pengenalan Adakah anda tahu bahawa teknik pengajaran pembelajaran adalah penting dalam menyampaikan isi kandungan? Teknik adalah suatu cara dalam pendekatan pengajaran pembelajaran. Guru Pendidikan Moral yang diminati oleh murid ialah guru yang bijak memilih teknik pengajaran pembelajaran yang bersesuaian dan melaksanakannya dengan bantuan kemahiran kreatif, kritis dan teknologi maklumat. Pendekatan `chalk and talk‘ sepenuhnya di dalam kelas sudah bernoktah. Walaupun tiada satu kaedah dan teknik mengajar yang tertentu yang boleh dinobatkan sebagai kaedah yang paling sesuai digunakan untuk semua situasi pengajaran, namun kecekapan memilih teknik yang sesuai dapat menceriakan suasana bilik darjah dan merangsangkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral. 3.1 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Sebelum kita meneliti beberapa teknik yang dicadangkan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral, baiklah kita mengetahui terlebih dahulu tentang pendekatan pengajaran. Pendekatan merujuk kepada bagaimana proses pengajaran dilakukan. Ini termasuklah pengolahan isi, penglibatan pelajar, strategi, kaedah dan teknik yang digunakan. Untuk lebih jelas perhatikan rajah berikut yang menunjukkan perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. Pendekatan Strategi Kaedah Teknik

33

Sumber : Koo Kee Peng dan Tan Chee Yee (1996), Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. hlm. 228

Pendekatan mementingkan bagaimana pelajaran disampaikan secara berkesan sama ada secara deduktif yang digunakan untuk peringkat rendah atau induktif yang digunakan pada peringkat yang lebih tinggi. Strategi ialah langkah yang diambil untuk melaksanakan pengajaran misalnya strategi yang baik dilaksanakan dalam set induksi mampu menarik murid kepada tajuk yang akan diajar. Kaedah ialah cara yang digunakan untuk menyampaikan pelajaran seperti, kuliah perbincangan dan lain-lain. Teknik pula ialah cara yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah, strategi dan pendekatan. Jadi apabila kita membicarakan teknik bererti kita juga membicarakan kaedah, strategi dan pendekatan. Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. 3.1.1 Nyanyian Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat digemari oleh pelbagai peringkat umur terutama murid sekolah rendah. Teknik nyanyian amat menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan ketegangan pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup. setelah berjam-jam Dalam Pembelajaran berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh digunakan sebagai set induksi, sebagai isi Koperatif yang dipelopori oleh Kagan, teknik nyanyian boleh diselitkan bersama-sama dalam aktiviti ‘Brain Breaks’. Nyanyian lagu yang pendek, lucu dan menghiburkan dapat mengurangkan rasa bosan di kalangan murid sekolah rendah dan menjadi tarikan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran 60 minit, aktiviti ‘Brain Breaks’ boleh diselitkan antara langkah 2 dengan langkah 3. Masanya ialah 5 minit sahaja. Aktiviti ini perlu diselitkan bersama-sama dengan pergerakan psikomotor yang sederhana ketika murid-murid berdiri di tempat masing-masing.

34

Antara contoh lagu yang sesuai untuk aktiviti ‘Brain Breaks’ ialah: Jingli Nona, Jingli Nona, cantik sekali (2x) Orang yang memandang, cukup senang hati (Ulang keseluruhan lirik sekali lagi) Adakah anda tahu bahawa banyak lirik lagu yang sesuai digunakan dalam pengajaran Pendidikan Moral. Antaranya ialah lagu-lagu patriotik. Lagu-lagu patriotik amat sesuai dijadikan set induksi, isi pelajaran atau penutup untuk menyemaikan semangat patriotik dan cinta akan negara. Berikut ialah senarai lagu patriotik yang boleh dijadikan bahan pengajaran guru. • • • • • Sejahtera Malaysia Keranamu Malaysia Jalur Gemilang Dirgahayu Tuanku Tanggal 31 • • • • • Malaysia Boleh Inilah Barisan Kita Putera Puteri Kampungku Malaysia O Tanahairku

* Anda boleh membeli kaset lagu-lagu patriotik yang berada di pasaran atau melayari internet untuk mendapatkan lirik-lirik tersebut. Sila cari lirik lagu-lagu di atas dan hayati pengajarannya. Tentu anda mendapat banyak nilai-nilai murni dalam lagu-lagu tersebut. Pemilihan lagu hendaklah mengambil kira lirik atau seni kata lagu dengan tema dan isi pelajaran, usia murid, bangsa dan pelbagai unsur yang boleh membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lagu-lagu juga boleh diubah seni katanya sesuai dengan tajuk yang hendak diajar. Contohnya lagu Trek... Tek...Tek

35

Lagu Trek... Tek...Tek... (Lirik asal) Kalau roboh Kota Melaka, trek... tek...tek... Papan di Jawa saya dirikan, trek... tek...tek.... Kalau sungguh, bagai dikata..... Badan dan nyawa saya serahkan, trek... tek...tek....

Lirik lagu ini boleh diubahsuaikan mengikut tema / nilai yang dirancang oleh guru. Contoh: jika guru mengajarkan nilai 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan.

Lagu Trek...Tek...Tek.... (Lirik yang diubah) Buah pinang buah pelaga, trek... tek....tek..... Bawa ke pekan denganlah rakit, trek....tek....tek.... Cintai kebersihan, amalan mulia, Dapat hindarkan segala penyakit, trek....tek...tek

Lagu 1 2 3 4 Satu kasih nan abadi Tiada tandingi Dia yang satu Dua kasih berpanjangan Membawa ke syurga Kasihnya ibu. Tiga lapar dan dahaga Rela berpayahan setianya ayah

36

Empat mudah kau ketemu Berhati selalu beza antara Kasih dan kekasih Ibu ku ingat selalu Menyisir rambutku Kemas selalu Ayah menghantar ke sekolah Bergunalah ilmu bila dewasa Sayang dengarlah lagu ini Untuk kau sandarkan lagu ini Buat pedoman Jangan manis terus ditelan Pahit terus dibuang Itu bidalan Harus kau renungkan Andai kau beroleh bahagia Ingat itu bukan Untuk selamanya Andai kau dalam sengsara Ingat itu bukan untuk selamanya Hidup ini sementara Lagu ini amat sesuai jika guru mengajar tentang nilai berkaitan dengan diri dan keluarga yang subnilainya berkisar tentang tanggungjawab terhadap keluarga. Cara pengelolaan aktiviti boleh dibuat dengan meminta murid pejamkan mata semasa guru putarkan lagu. Murid diminta menghayati seni kata lagu ini dan membuat refleksi tentang budi ibu bapa yang telah anda terima selama ini. Apakah pula tanggunjawab anda terhadap mereka? Latihan berikutnya ialah penulisan refleksi berhubung dengan budi baik ayah dan ibu atau membuat kad ucapan hari jadi ibu atau bapa atau sempena dengan Hari Ibu atau Hari Bapa, tulislah sebuah sajak untuk mereka.

37

Garis Panduan Teknik Nyanyian :1) Tampal senikata lagu di papan hitam atau edarkan lirik lagu.

2) Guru memainkan lagu yang telah dirakam atau nyanyikan lagu itu sendiri. (Guru
perlu ada pelan B iaitu guru menyanyikan lagu jika pita rakaman rosak atau gangguan elektrik, perlu sediakan bateri sebagai alternatif)

3) Guru mengajar murid menyanyi lagu mengikut rakaman. ( Guru boleh mengadakan
pertandingan antara kumpulan mengubahsuai lirik lagu seperti dalam contoh lirik trek...tek...tek... Pastikan senikata lagu itu mengandungi pengajaran nilai moral ). 4) Guru boleh meminta murid membuat ulasan tentang lagu atau berbincang mengenai nilai yang murni yang terdapat dalam lagu.

5) Sebagai penutup, guru menerangkan nilai moral yang terkandung dalam lagu itu
dan meminta pelajar menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Latihan 3.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Contoh 1: Nilai moral yang boleh dikeluarkan daripada lagu trek…tek…tek…. Lagu Trek...Tek...Tek.... (Lirik diubah suai mengikut bidang pembelajaran Moral) Anak monyet membaling batu, trek... tek....tek..... Terkena burung di atas dahan, trek....tek....tek.... Hormatilah ayah dan juga ibu............ Semoga hidup diberkati Tuhan, trek....tek...tek

38

Contoh 2: Nilai moral yang boleh dikeluarkan daripada lagu trek… tek… tek…

Lagu Trek...Tek...Tek.... (Lirik diubah suai mengikut bidang pembelajaran Moral) Nona manis berbaju kasa, trek... tek....tek..... Singgah sebentar di Kuala Sedeli, trek....tek....tek.... Ayah ibu banyak berjasa............ Takkan terbalas hingga ke mati, trek....tek...tek

Aktiviti 1 Lengkapkan senarai nilai murni berdasarkan lagu dalam contoh di atas

NILAI Bertanggungjawab Kasih sayang Hormat Balas Jasa

HURAIAN Menjadi tanggungjawab anak membalas jasa ibu dan bapa

39

Aktiviti 2 Huraikan SATU cara guru menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral

Bil 1

Huraian langkah-langkah P& P yang menggunakan teknik nyanyian Contoh: Bidang Pembelajaran 1: Nilai berkaitan dengan perkembangan diri (Tahun 5, Masa: 20 minit) • • • • • Guru memberikan arahan kepada pelajar Tahun 5 supaya memejamkan mata semasa menghayati lagu yang diputarkan. Guru memutarkan lagu ’Ayah dan Ibu’ nyanyian Allahyarham Sudirman. Guru meminta pelajar mengimbas kembali jasa-jasa dan pengorbanan ibu terhadap pelajar dari kecil hingga kini. Selepas mendengar lagu tersebut, guru meminta pelajar menulis refleksi tentang pengorbanan ibu (Bidang Pelajaran: Nilai berkaitan Kekeluargaan.) Mencipta pantun/sajak untuk ibu yang tercinta.

Aktiviti 3 Sila baca lirik lagu 1 2 3 4 pada muka surat 35

Bil 1

Huraian langkah-langkah P& P yang menggunakan teknik nyanyian Contoh pelaksanaan aktiviti berdasarkan lagu di atas: • • Guru memberikan arahan kepada pelajar Tahun 6 supaya dapat melengkapkan borang roda masa depan berhubung dengan cara membalas jasa ibu. Menulis ucapan Selamat Hari Ibu/Bapa di atas kad ucapan sempena sambutan Hari Ibu/Hari Bapa.

Aktiviti 4

40

1) Buat satu peta minda tentang kesan pencemaran yang berlaku pada bumi dan cara mengatasinya. 2) Sketsa tentang ‘Hutan” iaitu jantung dunia. 3) Melengkapkan borang roda masa depan tentang cara-cara memulihara alam sekitar. 4) Berikan tiga aktiviti tambahan yang boleh anda fikirkan. 3.1.2 Bercerita

Bercerita merupakan suatu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian terhadap penceritaan guru. Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral. Sekarang marilah kita lihat apakah langkah-langkah yang harus diambil kira oleh guru dalam persediaan teknik bercerita. Garis Panduan Teknik Bercerita 1) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, minat, dan ada kaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Pastikan objektif pengajaran dan pembelajaran ada kaitan dengan cerita tersebut 2) Kaji isi kandungan cerita itu terlebih dahulu dan selitkan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan tema.

3) Semasa bercerita guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenarnya
seperti patung wayang kulit, pelbagai jenis ‘pupet’, gambar kartun dan alat-alat bantu mengajar yang bersesuaian. 4) Tempoh masa bagi sesuatu pelajaran sama ada 30 minit atau 60 minit turut mempengaruhi peruntukan masa untuk bercerita

41

5) Tahap kebolehan murid dan pengetahuan sedia ada murid amat mempengaruhi guru dalam pemilihan cerita 6) Cerita boleh diselang-seli dengan latar belakang muzik dan unsur bunyi kehidupan alam yang menarik. Contoh: bunyi air, api, hujan, guruh dll. 7) Kepelbagaian penekanan nada dan intonasi guru, semasa bercerita menjadikan penyampaian cerita lebih berkesan. 8) Gerak-geri guru haruslah sesuai dengan isi cerita. 9) Guru haruslah menggunakan bahasa serta istilah yang mudah agar semua murid dapat memahami cerita yang menjadi isi pelajaran. 10) Mewujudkan peluang untuk murid-murid mengambil bahagian atau turut serta dalam proses penceritaan tersebut. 11) Guru tidak boleh menumpukan perhatian kepada sebahagian murid atau kelompok tertentu sahaja. Sebaliknya cuba memandang kepada keseluruhan kelas secara bergilir-gilir. 12) Akhiri cerita dengan kemas dan berikan suatu kepuasan samping mengutamakan unsur pengajaran pembelajaran. 13) Murid juga boleh ditugaskan untuk bercerita dengan garis panduan yang diberikan oleh guru. 14) Memasukkan unsur pertandingan bercerita secara spontan/berstruktur. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di dalam kelas Pendidikan Moral. Jangka masa bercerita perlu ditetapkan supaya guru dapat mengawal masa. kepada murid di

15) Merakamkan sesi bercerita dan menayangkannya kembali kepada murid.
16) Selepas mendengar cerita daripada pelbagai pendekatan, minta murid tuliskan sinopsis cerita yang diperolehi daripada cerita itu.

42

Berhenti sejenak dan fikirkan.

Murid dalam kelas yang anda mengajar nampaknya terlalu jemu dan ramai yang kelihatan letih dan mengantuk. Fikirkan apakah teknik mengajar yang sesuai untuk mereka. Mengapa tidak masukkan aktiviti Brain Breaks untuk meleraikan kebonsanan? Atau Selitkan nyanyian ke dalam langkah pengajaran dan pembelajaran. Sesekali guru boleh mencuba kelainan dengan menyelitkan lagu patriotik dalam semua langkah pengajaran iaitu dalam sesi set induksi, langkah 1, 2, 3 dan sesi penutup. Cara ini samalah seperti kita menonton filem muzikal. Sesekali membuat kelainan dari segi strategi sudah tentu murid seronok dan ternanti-nanti untuk mengalami pembelajaran sedemikian sekali lagi. Sudah tentu kenangan-kenangan manis ini akan menjadi ingatan dan menyebabkan murid menggemari kelas Pendidikan Moral.

Latihan 3.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1 a. Huraikan 5 faktor yang perlu diambil kira ketika menjalankan teknik bercerita. Contoh: Umur murid – cerita harus bersesuaian dengan peringkat umur murid yang menjadi sasaran. b c. Huraikan 5 kebaikan teknik bercerita. Senarai lima tajuk cerita binatang yang berkaitan dengan nilai-nilai murni/moral. Contoh: anjing dengan bayang-bayang. Aktiviti 2 Tuliskan satu skrip lakonan ciptaan anda sendiri yang mengandungi unsur-unsur moral.

43

3.1.3

Lakonan

Tentu anda tahu lakonan juga merupakan satu teknik yang menyeronokkan. Kebanyakan isi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral boleh dilakonkan atau dihidupkan dengan menggunakan teknik lakonan. Lakonan merupakan satu teknik yang memerlukan seseorang itu memainkan peranan semasa melakonkan sesesuatu cerita atau peristiwa sama ada secara spontan atau membaca skrip yang disediakan. Lakonan dapat menghidupkan pengajaran Pendidikan Moral dan merupakan suatu kuasa ‘magic’ untuk menarik minat murid. Tahukah anda apakah jenis-jenis lakonan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Terdapat tiga jenis lakonan:

• • • •

Lakonan spontan / lakonan tanpa skrip Lakonan berskrip / baca lakon Lakonan mimos / menggunakan mimik muka dan perlakuan tanpa suara. Lakonan menggunakan pelbagai jenis boneka

Contoh 1: ( Lakonan Berskrip )

Guru memberikan skrip ‘Si Tanggang Derhaka’ kepada murid Tahun 2. Murid-murid yang mengambil bahagian membaca skrip terlebih dahulu di rumah dan melakonkan di hadapan kelas sama ada dengan menggunakan prop atau sebaliknya. Susunan kerusi meja kelas hendaklah diatur mengikut teater/bentuk U untuk memudahkan pergerakan pelakon dan penglihatan audien/murid.

Contoh 2 : (Lakonan Spontan)

44

Murid-murid diminta berlakon secara spontan: • • • • • • • Kumpulan pelajar Tahun 6 membuli rakan di luar kawasan sekolah Memarahi seorang peminta sedekah yang datang ke rumah anda. Merawat ibu sakit di rumah. Menjadi seorang penagih dadah yang sedang meracau di bawah pengaruh dadah. Seorang pengawas yang berwibawa. Ponteng sekolah kerana berjudi Jurujual datang ke rumah mempromosi barang dengan cara memujuk.

Contoh 3 : (Lakonan Mimos)

• • • • • • •

Menaiki sebuah bas yang sesak dan dipandu dengan begitu kasar. Seorang petani yang sedang menarik tali seekor kerbau yang memusnahkan tanaman jirannya. Seorang anak derhaka yang sedang menghalau ibu tua yang malang dari rumahnya. Penunggang motosikal haram yang sedang beraksi Seorang murid sekolah yang sedang curi-curi merokok di dalam tandas sekolah. Penyeluk saku yang sedang beraksi Guru disiplin sedang memarahi seorang pelajar yang sering ponteng sekolah.

Contoh 4 : (Lakonan menggunakan pelbagai boneka)

45

• • • •

Boneka terbahagi kepada lima jenis iaitu: boneka tangan, boneka sarung, boneka batang, boneka tali dan boneka bayang Pengendalian boneka boleh dibahagi kepada dua, iaitu: boneka dengan boneka dan boneka dengan pelakon (guru dan murid) Contoh dialog antara boneka buaya dengan boneka kerbau dalam cerita “Tidak Mengenang Budi” Dialog antara boneka gadis dengan boneka orang tua dalam cerita “Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali”

Garis Panduan Teknik Lakonan Spontan


• • • • • •

Pilih kumpulan murid yang boleh berlakon dan mempunyai suara yang jelas/kuat sebagai ‘benchmark’ kepada kumpulan yang akan berlakon seterusnya. Dialog pelakon adalah bebas tetapi berdasarkan jalan cerita yang disediakan. Aktiviti dijalankan dalam jangka masa yang pendek. Tidak memerlukan latihan. Lakonan secara spontan setelah diberikan arahan. Tidak perlukan prop atau peralatan fizikal. Boleh dilaksanakan di mana-mana.

Garis Panduan Teknik Lakonan Berskrip • • • • Ada persiapan awal seperti peralatan dan skrip. Pelakon diberikan skrip untuk bacaan dan hafalan. Jangka masa yang panjang diperlukan untuk penghayatan watak. Ada pengarah untuk menghasilkan lakonan yang berkesan.

Garis Panduan Teknik Lakonan Mimos • • • Guru mengedarkan sampul surat yang mengandungi soalan situasi mimos. Lakonan ini amat menarik dan boleh dilakukan oleh kebanyakan murid Berikan gambaran situasi yang perlu murid lakonkan,

46

Contoh:  Seorang ibu tua bersedih kerana anaknya tidak pulang berhari raya  Seorang pelajar nakal yang sedang dirotan oleh guru disiplin  Seorang pelajar dengan penuh kesal menasihati raknnya supaya jangan terlibat dengan dadah  Seorang penagih dadah yang telah insaf dan sedang menasihati rakan baiknya meninggalkan dunia dadah  Seorang petani yang rajin sedang mengerjakan kebunnya dengan pelbagai tanaman • • • Mimos menekankan gerak geri dan mimik muka pelakon yang mengambil bahagian. Guru boleh mendapatkan maklum balas murid dengan soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan tajuk yang diajar. Jika lakonan mimos dirakam kesannya akan cukup menarik perhatian murid kerana mereka dapat melihat visual sendiri Garis Panduan Teknik Lakonan Menggunakan Boneka • Pilih boneka yang sesuai dengan tahap umur, minat dan tajuk pengajaran pembelajaran


Jika guru berlakon menggunakan boneka, guru perlu membuat perbezaan suara antara guru dan boneka Rumah boneka yang berlereng boleh disimpan di sudut bacaan dan digunakan semasa lakonan antara boneka dengan boneka

Jika guru menggunakan ‘pupet’ wayang kulit, guru boleh menggunakan ‘overhead projector’ dan skrin/papan putih. Caranya adalah dengan meletakkan pupet wayang kulit di atas cermin ‘overhead’. Bayang ‘pupet’ wayang kulit yang digerak-gerakkan mengikut dialog akan terpancar pada skrin.

Kerusi meja di kelas boleh diatur dalam bentuk teater supaya ada kelainan, manakala dari segi keluasan murid mudah bergerak dengan melaksanakan sesuatu aksi

47

Garis Panduan Teknik Baca Lakon • • • • • • • Skrip cerita yang menarik disediakan oleh guru/murid Tetapkan pelakon Pelajar haruslah memahami isi cerita supaya dapat membaca skrip dengan nada yang meyakinkan Pilih pelakon yang ada bakat lakonan untuk menjadikan persembahan cerita menarik Pelajar membaca skrip dan melakonkan watak dengan intonasi yang sesuai Selepas membaca lakonan, perbincangan tentang cerita dan nilai moral diadakan. Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran

Latihan 3.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Aktiviti 1 Guru yang kreatif mampu menggunakan teknik lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral secara berkesan. Walau bagaimanapun terdapat kebaikan dan keburukan teknik ini. Huraikan kekuatan dan kelemahan teknik tersebut.

Kebaikan teknik lakonan i. _________________________________ ________________________________ ________________________________ ________________________________ ii________________________________ ________________________________ ________________________________ ________________________________ iii. _______________________________ ________________________________ _______________________________

Kelemahan teknik lakonan i. _________________________________ ________________________________ ________________________________ ________________________________ ii. _______________________________ ________________________________ ________________________________ ________________________________ iii. _______________________________ ________________________________ ________________________________

48

Aktiviti 2 Setiap guru harus mempunyai kemahiran bercerita untuk menghidupkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Senaraikan 5 kemahiran bercerita yang perlu ada pada guru. Contoh: Guru perlu mempunyai variasi suara supaya dapat membezakan watak-watak yang dilakonkan, terutama apabila guru berlakon bersama pupet. Kebolehan meniru bunyi binatang, unsur alam dan bunyi pelbagai latar belakang dengan berkesan sudah tentu dapat menghidupkan suasana. i. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ii. ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 3.1.4 Main Peranan Main

Mari kita melihat pula apa yang dimaksudkan dengan teknik Main Peranan. tentang satu-satu isu atau masalah oleh murid-murid yang telah dipilih oleh guru.

Peranan merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan satu lakonan spontan

49

Berikut ialah contoh-contoh Main Peranan:
1 Satu temu duga Melakonkan watak murid sedang ditemuduga oleh guru Lembaga Pengawas dalam pemilihan calon Ketua 2 3 Pegawai polis menyoal siasat penjenayah Kaunselor menasihati yang bermasalah 4 Seorang murid menasihati pelajar Pengawas sekolah rendah Melakonkan pegawai polis sedang menyoal siasat tertuduh yang disyaki merompak bank Melakonkan watak kaunselor yang mengendalikan sesi kaunseling dengan seorang murid yang sering ponteng sekolah, merokok dan mencuri. Melakonkan watak murid yang menasihati rakannya yang ditangkap kerana mencuri. Melakonkan watak doktor yang sedang memeriksa pesakit yang keracunan makanan Seorang murid yang kaki buli telah memeras ugut murid Tahun 5 untuk memberikan wang perlindungan sebanyak RM 2.00

rakannya yang ditangkap kerana 5 6 mencuri wang di dalam kelas Seorang doktor dengan pesakit Gengsterisme di sekolah

3.1.5

Simulasi

Pernahkah anda mengikuti satu perbicaraan mahkamah, sama ada dalam filem atau drama? Teknik ini merupakan satu contoh simulasi. Dapatkah anda kaitkan contoh ini dengan maksud simulasi? Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelesaikan satu masalah dalam keadaan terkawal. Melalui teknik ini murid-murid melakukan sesuatu perkara secara pura-pura dalam satu keadaan teratur. Guru harus bijak mewujudkan satu situasi masalah moral yang sesuai dengan mana-mana lima Bidang Pembelajaran Moral yang dipilih. Contoh Guru mewujudkan satu situasi yang menunjukkan seorang murid yang baru sahaja ditangkap kerana melakukan vandalisme. Guru cuba menyoal sebab-sebab dia kerap kali merosakkan harta benda sekolah. Seorang murid diminta memainkan peranan sebagai individu yang selalu merosakkan harta awam manakala murid yang sering merosakkan harta sekolah berperanan sebagai guru. Dengan cara itu murid berkenaan akan sedar dan menilai kembali sikap negatifnya. • Sila rujuk buku-buku pedagogi pendidikan untuk mendapatkan pengetahuan yang terperinci berhubung dengan teknik simulasi.

50

Latihan 3.5 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1 Huraikan garis panduan untuk menjalankan teknik simulasi dengan melengkapkan grafik di bawah:

• Sebelum Simulasi • • • • • • Semasa Simulasi • • • •

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah secara lisan / bertulis

Pelajar memainkan watak-watak

Pelajar digalakkan memberikan pendapat tentang cara-cara penyelesaian masalah melalui aktiviti simulasi

• Selepas Simulasi • • • • Aktiviti 2

51

Huraikan 4 situasi simulasi yang sesuai untuk dikendalikan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah.

TAHUN 1 2 3

SITUASI di dalam tandas sekolah di dalam bas di pejabat Guru Besar

CERITA

Seorang murid sedang meniru buku teks dalam peperiksaan akhir tahun. Guru dapat mengesannya. Murid dibawa berjumpa dengan guru besar. Dialog yang sesuai

4 5 6

di pejabat pos di kantin sekolah di jalan raya

3.1.6

Penyelesaian Masalah

Mari pula kita melihat maksud teknik penyelesaian masalah. Teknik ini digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah harian. Kaedah penyelesaian masalah juga merupakan satu cara pengajaran yang berdasarkan kaedah penyelesaian yang saintifik. Kaedah penyelesaian masalah memerlukan pelajar membuat aplikasi menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari. Aktiviti ini perlu disertai proses pemikiran peringkat tinggi seperti yang disarankan oleh Bloom iaitu aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Terdapat pelbagai jenis aktiviti penyelesaian masalah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah inkuiri penemuan, sumbangsaran, simulasi dan kaedah penyelesaian masalah itu sendiri. Tujuan utama menggunakan teknik penyelesaian masalah adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran yang sudah dipelajari bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan. Secara tidak langsung guru turut melatih mereka supaya berfikiran kritis dan kreatif. Latihan berfikir ini penting kerana proses berfikir akan menjurus kepada aktiviti membuat keputusan. Garis Panduan Teknik Penyelesaian Masalah :-

52

Mengenal pasti masalah

Mencari maklumat

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

Menilai dan membuat rumusan

Teliti rajah di bawah dan kenal pasti masalah-masalah lain.

Langkah-langkah

Proses

53

Mengenal pasti masalah

• • •

mencari cara menangani masalah datang lewat ke sekolah. berbincang dengan guru. berbincang dengan murid yang selalu datang lewat. berbincang dengan rakan baik pelajar yang selalu datang lewat. Mendapatkan butiran peribadi keluarga yang ada kaitan dengan masalah pelajar. Mungkin boleh berbincang dari hati ke hati dengan murid yang selalu datang lewat ke sekolah berhubung dengan masalah yang menyebabkan mereka lewat.

Mencari maklumat

• •

Membuat hipotesis

• • • •

Beri surat amaran i, ii, iii. Telefon ibu bapa / penjaga murid berhubung dengan anak mereka. Hukuman denda yang setimpal oleh pihak sekolah. Minta lewat. Mencuba pelajar ‘berikrar’ di hadapan perhimpunan supaya mereka tidak datang

Menguji hipotesis Menilai rumusan dan membuat

• •

rancangan-rancangan

/

langkah

yang tercatat di atas. Menilai keberkesanan pelaksanaan cara-cara mengatasi datang lewat ke sekolah. Jika berjaya boleh dicuba kepada murid-murid lain. Jika gagal, fikirkan cara-cara baru.

Berhenti sejenak dan fikirkan

Fikirkanlah !!!

54

Guru menghadapi pelbagai karenah murid di dalam kelas. Setiap masalah perlu ada penyelesaian yang berkesan. Kes murid yang merokok di dalam tandas, kaki buli yang memeras ugut murid perlukan pendekatan penyelesaian masalah yang berlainan. Guru yang bijak akan menyelesaikan masalah umpama “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak bersepah” Antara prinsip menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah ialah: Selepas mempelajari sesuatu topik tertentu murid diminta menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi oleh guru. Dengan cara ini murid dapat mengaplikasi kaedah yang baru dipelajari dengan permasalahan sebenar. Melalui cara ini pemahaman pelajar dapat diperkukuhkan dengan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah. Masalah yang diberi oleh guru perlu mengambil kira pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Tujuannya ialah membolehkan pelajar dari pelbagai aras kecerdasan dapat menyelesaikan masalah yang diberikan. Sekiranya masalah yang disediakan terlampau sukar pelajar hilang minat kerana gagal menyelesaikannya dan begitulah sebaliknya. Guru seharusnya memberikan tunjuk ajar berhubung dengan penyelsaian masalah kepada pelajar terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang masalah untuk di selesaikan. Guru perlu menerangkan langkah-langkah penyelesaian untuk panduan murid. Latihan menjadi lebih mudah jika guru berikan contoh masalah dan lengkapkan dengan cara penyelesaian masalah kepada pelajar. Guru perlu mengelak daripada memberikan jawapan kepada permasalahan yang dikemukakan. Bimbinglah mereka mencari jalan dan alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana ‘lebih baik mengajarkan kemahiran memancing daripada memberikan ikan untuk dimakan’ kerana kemahiran tersebut dapat digunakan oleh

mereka sepanjang hayat.

55

Latihan 3.6 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Aktiviti 1 Baca dan fahamkan permasalahan berikut kemudiaan selesaikan dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah.

Murid X sering ponteng sekolah walaupun peperiksaan UPSR akan menjelang sebulan lagi. Murid X seorang yang pandai tetapi sejak awal Tahun 6 pencapaian pelajarannya semakin merosot. Melalui maklumat daripada kawannya, ayah murid X baru berkahwin lagi. Ibu murid X begitu tertekan dan sering memaki hamun dan membelasah adik beradiknya untuk melepaskan geram. Murid X turut tertekan. Dia sering ponteng sekolah kerana berkawan dengan rakan sebaya yang buruk akhlaknya. Ayahnya langsung tidak mempedulikannya. Murid X sudah mula merokok di luar kawasan sekolah. Sikapnya menjadi agresif. Dia bukan sahaja tidak menghormati bapa malah ibunya dan guru di sekolah.

Langkah • • Mengenal pasti masalah • • • •

Proses Ayah berkahwin lagi tanpa restu keluarga Murid X ponteng sekolah Murid X menjadi agresif dan biadab Murid X merokok dan berkawan dengan rakan nakal Ibu tertekan dan lepaskan geram terhadap anak-anak Pelajaran murid X merosot

Mencari maklumat

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

56

Menilai & membuat rumusan

3.1.7

Perbincangan

Pernahkah anda berbincang secara serius tentang satu tajuk pelajaran dengan rakanrakan anda? Perbincangan merupakan satu lagi teknik pengajaran dalam Pendidikan Moral. Teknik ini merupakan satu bentuk diskusi antara ahli kumpulan sama ada kumpulan kecil atau besar. Teknik perbincangan dapat menimbulkan minat pelajar dalam sesuatu perkara yang menjadi isu dan membolehkan pelajar mengeluarkan pendapat masing-masing. Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan pelajarnya di kelas atau antara pelajar dengan pelajar dalam situasi di kelas. Tujuan utamanya adalah untuk melatih pelajar memberikan pendapat berhubung dengan sesuatu topik yang ditetapkan. Sebagai guru anda bolehlah merangsang teknik ini dengan aktiviti perbincangan secara kelas, kumpulan kecil (buzz), perbahasan dan forum. Guru perlu mengawal kelas supaya murid-murid dapat didisiplinkan dan dapat melatih pelajar mengeluarkan pendapat yang bernas dalam bahasa yang teratur disamping menghormati pendapat pelajar lain. Setelah selesai sesi perbincangan guru bolehlah membantu pelajar membuat kesimpulan berhubung dengan tajuk yang dibincangkan Banyak tajuk yang boleh dijalankan secara perbincangan di dalam kelas. Di bawah adalah antara tajuk/isu Pendidikan Moral Sekolah Rendah yang boleh dijadikan perbincangan.

57

Contoh • • • • • • • • Pengurusan masa yang baik asas kejayaan individu Menabung amalan mulia Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Ponteng sekolah menggelapkan masa depan murid Makan seimbang asas kesihatan diri Keselamatan diri murid adalah tanggungjawab murid sendiri Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang – kaitkan dengan kejayaan murid cemerlang dalam sesuatu peperiksaan Kalau tidak dipecahkan ruyung manatah dapat sagunya

Perbincangan dapat dibahagikan kepada 2 jenis : 3.1.7.1 Sesi Buzz

Sesi Buzz ialah perbincangan dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-6 orang. Bagaimana anda boleh menjalankannya? Bagi melaksanakan sesi buzz teliti garis panduan di bawah. Garis Panduan Teknik Buzz :• • • • Seorang ketua mewajibkan setiap peserta mengemukakan ideanya. Pelajar akan mencatatkan idea-idea dan membuat rumusan berhubung dengan perbincangan tersebut. Peringkat akhir, kumpulan kecil itu akan berkumpul semula untuk perbincangan am. Idea-idea yang dipersetujui bersama akan disampaikan kepada guru untuk penilaian.

3.1.7.2

Sumbang Saran (Brainstorming)

58

Sumbang saran pula merupakan satu bentuk perbincangan yang membolehkan satu kumpulan mengeluarkan sebanyak mungkin idea secara spontan dan berkelompok. Setiap peserta digalakkan memberikan sebarang idea yang difikirkan relevan. Setiap idea perlu diterima untuk dikaji sama ada sesuai dengan tajuk perbincangan atau tidak. Jangan mengkritik idea-idea pada peringkat awal kerana akan menghalang kelahiran idea-idea baru. Pada akhir sesi idea-idea yang sesuai akan diasingkan dengan idea yang tidak sesuai untuk dibuat rumusan. Rumusan itulah menjadi hasil sesi sumbang saran. Contoh 1

BP 5 : Nilai Berkaitan Dengan Diri dan Negara 5.2 Patuh kepada peraturan dan undang-undang Guru mewujudkan satu situasi berhubung dengan perbuatan vandalisme di kalangan remaja yang boleh menjatuhkan imej negara. Perbincangan berfokus kepada kejadian membakar sekolah sebagai balas dendam dan tidak berpuas hati dengan pentadbir. Berikan justifikasi anda terhadap perbuatan tersebut

Berhenti dan renung sejenak

Betapa banyaknya permasalahan moral yang boleh dibincangkan oleh murid kita. Mereka mampu berbincang, mencari punca masalah, kenapa dan mengapa masalah itu terjadi. Mereka berbincang tentang kesan atau akibatnya. Mereka juga mampu untuk menyarankan cara-cara penyelesaiannya. Tetapi bagaimanakah dengan penghayatan dan tindakan mereka? Adakah mereka menghayati apa-apa yang mereka bincangkan dan bertindak sebagaimana yang mereka persetujui dalam perbincangan? Contoh terbaik ialah gejala melepak, menonton televisyen yang keterlaluan, membuang masa yang berharga, melawan ibu dan bapa baik secara terang-terangan atau sebaliknya.

59

Renungkanlah !!! Latihan 3.1.7 Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah Aktiviti 1 Garis Panduan Menjalankan Teknik Perbincangan

Sesi Buzz
• Guru membahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan kecil 4-6 orang •

Sumbang saran (Brainstorming)
Jumlah peserta ramai, semakin banyak idea dikemukakan semakin banyak masalah dapat diselesaikan

• • •

____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________

• • •

______________________________ ______________________________ ______________________________ ______________________________ ______________________________ ______________________________

Mengenal pasti masalah

• • • •

Kebaikan ______________________ ______________________ ______________________ ______________________ _________________________ Kelemahan _________________________ _________________________ _________________________ _________________________

• • • •
3.1.8 Projek

60

John Dewey ialah pelopor kepada teknik projek. Kaedah projek berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Teknik ini memberikan peluang kepada murid-murid mempelajari sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung sama ada dilaksanakan dalam kumpulan atau individu. Projek merupakan suatu tindakan kemasyarakatan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tertentu. Setelah memilih isu yang memerlukan pelaksanaan sesuatu projek, maka dibuat kertas kerja untuk melaksanakannya mengikut prosedur tertentu. bolehlah Biasanya

pelajar akan menjalankan projek selepas selesai menguasai kemahiran tertentu. Suatu contoh kaedah projek yang dijalankan secara meluas dalam sistem persekolahan Malaysia ialah melalui mata pelajaran sejarah. Semua murid diberikan satu projek mengumpulkan maklumat berhubung dengan tokoh-tokoh tempatan yang berjasa dalam bidang tertentu. Projek ini diberikan markah dan dicatat sebagai sebahagian keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi pelajar tingkatan tiga. Berikut ialah contoh-contoh teknik projek Pendidikan Moral. Mari kita ikuti bersama. Contoh

Setelah perbincangan diadakan dalam kelas Tahun 4 Bumi, ketua kumpulan menulis sepucuk surat kepada pengetua berhubung dengan kekotoran di kantin sekolah. Susulan daripada aduan tersebut, murid-murid Tahun 4 Bumi akan menjalankan “Projek Khidmat Menceriakan Kantin Sekolah”. Satu jadual kerja turut dibincangkan untuk melancarkan projek tersebut manakala sebuah laporan dihantar kepada pengetua melalui guru Pendidikan Moral tersebut.

Projek lain yang boleh dilaksanakan:

61

• • • • •

Projek Mengumpulkan Sejuta Tanda Tangan Membantah Peperangan Projek Menyiapkan Buku Skrap Berkaitan Satu Isu Moral Projek Mencari Sarang Nyamuk Aedes Projek Membersihkan Masjid Dan Tanah Perkuburan Projek Lawatan Ke Rumah Orang Tua

Berhenti dan renung sejenak

Bayangkan jika anda seorang anak yatim yang tinggal bersama anak-anak yatim lain di sebuah rumah anak yatim. Masyarakat sekeliling semuanya kaya raya dan mewah belaka. Walau bagaimanapun tidak ada sesiapa yang sudi menjengok anda dan rakanrakan. Apakah perasaan anda dan anak-anak yatim di situ? Renungkanlah!!! Di manakah masyarakat penyayang negara ini? Tiadakah golongan yang merasakan anak yatim adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang amat memerlukan perhatian? Ruangkanlah sedikit masa emas anda untuk datang dan bermesra dengan anak-anak yang dahagakan kasih sayang ibu bapa itu.

62

Latihan 3.1.8 Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah

Aktiviti 1

PROJEK

KEBAIKAN

KELEMAHAN

• •

Teknik ini meliputi 3 dimensi kognitif, afektif dan psikomotor _______________________________

Masa yang lama diperlukan untuk menyiapkan projek

• •

_______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________

• • •

_______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________

Aktiviti 2 Senaraikan nama projek yang boleh dijayakan oleh murid Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6 Sekolah X pada tahun 2004.

Projek Peringkat Kelas / Sekolah

Projek Peringkat Daerah / Masyarakat

63

Menghasilkan buku skrap berhubung dengan konsep ‘Malaysia Boleh’ atau ‘Keranamu Malaysia’

Menguruskan kanak-kanak spastik semasa sukaneka di sekolah mereka

• • • •

_______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________

• • •

______________________________ ______________________________ _______________________________

3.1.9

Lawatan

Pernahkah anda membuat lawatan bersama rakan-rakan semasa bersekolah dahulu? Jika anda tidak pernah, bayangkan suasana di sebuah rumah orang tua atau anak-anak yatim. Biasanya pelajar berasa amat gembira jika guru membawa mereka pergi ke suatu tempat. Dengan kata lain, lawatan ialah aktiviti kunjungan ke suatu tempat di luar bilik darjah yang dikelolakan secara terancang untuk tujuan tertentu. Contohnya untuk memperkukuh nilai berkaitan dengan perkembangan diri, guru akan membawa pelajar ke Pusat Serenti. Pelajar akan sedar betapa sengsaranya kehidupan di Pusat Serenti berbanding dengan hidup keluarga bahagia. Sesungguhnya aktiviti ini memberikan peluang kepada murid untuk memerhati, membuat pertimbangan dan mengamalkan nilai yang dipelajari. Antara kebaikan teknik ini ialah pelajar-pelajar akan mendapatkan gambaran yang tepat tentang sesuatu perkara. Contohnya, guru mengajar konsep kemiskinan. Dengan itu pelajar akan dibawa ke kawasan penempatan setinggan untuk mendapatkan gambaran sebenar dengan masalah tersebut. Selain itu daya ingatan murid lebih panjang jika mereka melihat sendiri tempat atau perkara itu berbanding dengan penerangan gurusemata-mata. Pelajar seronok kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan melalui lawatan yang dijalankan, sudah tentu dapat mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan masyarakat. Tahukah anda apakah langkah-langkah untuk mengadakan lawatan? Ada beberapa langkah yang perlu anda beri perhatian. Garis Panduan Teknik Lawatan :-

64

1. Sebelum • • Persediaan - tentukan tempat, objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK, taklimat lawatan. Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu

2. Semasa • Perlaksanaan aktiviti – ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman.

3. Selepas • • • • Tindakan susulan Adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam lawatan ke pusat serenti. Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan / perhimpunan sekolah. Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku skrap, koleksi gambar, lukisan dan lain-lain.

Latihan3.1.9 Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah. Aktiviti 1

Garis Panduan Menjalankan Lawatan
Sebelum Lawatan Semasa lawatan Selepas lawatan

• •

_________________ _______________ _________________ _______________

• •

__________________ __________________ __________________ __________________

• •

__________________ __________________ __________________ __________________

Aktiviti 2

65

Senaraikan tempat lawatan yang relevan dengan Tajuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6 sekolah anda dan berikan sebab-sebab anda memilih tempat tersebut.

Nama tempat

Alasan memilih Murid dapat menimba pengalaman sebenar sewaktu berada di kampus Murid dapat dimotivasi untuk menjadi bakal siswazah

Objektif lawatan Menanamkan nilai ingin memajukan diri sejak kecil lagi Membuat pilihan cita-cita

Kampus universiiti

Penjara Rumah kebajikan spastik Kilang kitar semula bahan buangan Sekolah wawasan Rumah kebajikan orang tua Galeri Tunku Abdul Rahman

3.1.10 Perbahasan Perbahasan ialah aktiviti yang dijalankan secara formal dan tidak formal antara kumpulan pencadang dan pembangkang tentang sesuatu isu yang kontroversi bagi meyakinkan penonton tentang sesuatu isu yang menarik perhatian ramai. Guru berperanan memastikan supaya aktiviti perbahasan dijalankan secara terkawal dengan hujah yang rasional daripada kedua-dua belah pihak. Peserta tidak boleh mengeluarkan sebarang isu sensitif.

66

Teknik perbahasan ini amat sesuai untuk membincangkan kebaikan dan keburukan sesuatu idea, isu atau perkara. Teknik ini dapat mengasah kemahiran berfikir dan berkomunikasi di kalangan murid di samping membentuk keyakinan diri.

Latihan 3.1.10 Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah Aktiviti 1 Bidang Pembelajaran/ Tahun 1 Tahun 5 2 Tahun 5 3 Tahun 6 4 Tahun 6 5 Nilai berkaitan dengan perkembangan diri Nilai berkaitan diri dan keluarga Nilai berkaitan diri dan masyarakat Nilai berkaitan diri dan alam sekitar Nilai berkaitan diri dan Mata pelajaran Pendidikan Moral kurang penting berbanding dengan mata pelajaran lain Nilai Tajuk Perbahasan

Tahun 6 negara Nota: Aktiviti perbahasan kurang sesuai diadakan untuk murid-murid Tahap I 3.1.11 Tunjuk Cara

Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu teknik pengajaran yang melibatkan seorang individu yang berpengetahuan menunjukkan bagaimana sesuatu perkara itu dilakukan di hadapan murid lain. Melaluinya idea, prinsip dan konsep dapat ditunjukkan dengan jelas. Antara perkara yang boleh dijadikan contoh tunjuk cara ialah cara bertata tertib di meja makan. Selain itu, guru Pendidikan Moral boleh menjelaskan cara-cara menghormati orang lain mengikut bangsa, keturunan dan adat.

67

Contoh 1 Kepelbagaian cara bersalam di kalangan orang Melayu. • • • • • • • • • • Bersalam antara dua orang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa Bersalam antara suami dan isteri pada pagi raya. Bersalam antara anak dengan ibu bapa. Bersalam antara cucu dengan nenek dan datuk. Bersalam antara anak kecil dengan orang yang lebih dewasa. Bersalam antara murid dan guru Bersalam untuk mengucapkan tahniah/takziah Bersalam untuk memohon maaf. Bersalam menerima ijazah daripada Canselor Bersalam antara pekerja dengan majikan

Garis Panduan Teknik Tunjuk cara : 1. Guru memberikan penerangan tujuan demonstrasi dan hasil yang diharapkan. 2. Sebelum demonstrasi sebenar bolehlah mencuba tunjuk cara itu terlebih dahulu supaya demonstrasi tersebut berjalan lancar. 3. Guru perlu memberikan penerangan yang jelas berhubung dengan tunjuk cara yang akan dilakukan. Dengan cara itu isi pelajaran atau nilai yang diharapkan dengan mudah dapat disemai.

Latihan 3.1.11 Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah Aktiviti 1

Bil BP 1 BP 2 Nilai

Bidang Pembelajaran/Nilai berkaitan dengan

Contoh Tunjuk cara

perkembangan diri Nilai berkaitan diri dan keluarga

68

BP 3 BP 4 BP 5 3.2

Nilai berkaitan diri dan masyarakat Guru menunjukkan pelbagai cara Nilai berkaitan diri dan alam sekitar Nilai berkaitan diri dan negara melupuskan sampah mengikut piawaian kebersihan

Alat-alat Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Moral.

Penyampaian guru-guru kreatif amat berbeza dengan penyampaian guru-guru yang kurang atau tidak kreatif. Guru kreatif sering memikirkan sesuatu teknik yang baru dan berkesan untuk diadun dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Banyak sungutan yang biasa diluahkan oleh guru-guru yang kurang berpengalaman dalam mengajarkan Pendidikan Moral sama ada di sekolah rendah atau menengah. Alat-alat berfikir merupakan satu komponen yang penting dalam pendekatan kemahiran berfikir. Seseorang guru yang dapat menguasai penggunaan alat-alat berfikir akan dapat membimbing murid dalam proses berfikir secara sistematik. Dengan itu murid dapat menguasai cara berfikir ketika membuat keputusan dan dalam menyelesaikan masalah harian. Contoh: Murid Tahun 5 dibuli dan diugut oleh sekumpulan murid di sekolahnya. Dengan menggunakan alat berfikir CoRT 1, murid-murid boleh menilai kesan tindakan yang paling sesuai diambil untuk kebaikan diri. 3.2.1 Pengenalan Konsep Am Kemahiran Berfikir

Berfikir merupakan operasi mental yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk membentuk pola pemikiran, mencari sebab atau membuat keputusan. Keperluan berfikir adalah jelas sebagaimana digambarkan dalam maksud sebuah hadis Nabi “Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama tujuh puluh tahun” • Konsep Kemahiran Berfikir secara kritis ialah: Satu proses penggunaan minda yang berkesan untuk menilai kesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, ‘worldview’ dan nilai untuk membolehkan

69

seseorang bertindak balas secara rasional terhadap sesuatu perkara berdasarkan bukti dan sebab musabah. • Konsep Kemahiran Berfikir secara kreatif ialah: Kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea baru, kemungkinankemungkinan baru, ciptaan baru berdasarkan keaslian individu berkenaan. Dengan kata lain ciptaan yang dihasilkan oleh individu tersebut berdasarkan ideanya sendiri atau mengubah suai idea yang sedia ada dengan membuat penambahbaikan ataupun melahirkan ciptaan baru berdasarkan idea pokok yang telah ada. Selain itu proses berfikir juga merupakan tindak balas yang berlaku dalam mental manusia yang melibatkan beberapa peringkat aktif seperti mengenal dan memahami masalah mencari maklumat sebagai penyelesaian, membuat penolakan setelah menimbangkan segala kemungkinan penyelesaian, menilai hipotesis yang sudah dibuat dan akhirnya bergerak ke peringkat membuat keputusan. Seseorang yang sedang berfikir sebenarnya sedang mengawal tingkah lakunya sendiri. 3.2.2 Alat-alat Berfikir

Alat-alat berfikir yang dapat digunakan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral ialah: • • • • Peta minda Soalan dan Penyoalan Kritis dan Kreatif CoRT 1 Pengurusan grafik

3.2.2.1

Peta minda

Tony Buzan (1984) telah menghasilkan satu teknik untuk mencatat nota dengan berkesan dan sistematik. Ciri-ciri yang harus difikirkan dalam penyediaan peta minda:

70

• • • • • •

Menggunakan kata kunci Menggunakan imej Menggunakan warna dan lukisan tiga dimensi Menggunakan perkataan yang saiznya berbeza-beza Membezakan antara fakta utama dengan sub fakta Tulisan haruslah dalam huruf cerai jika tidak menggunakan komputer Soalan dan Penyoalan Kritis dan Kreatif

3.2.2.2

Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah untuk menggalakkan murid-murid berfikir atau sebagai penilaian spontan terhadap pemahaman murid berhubung dengan topik yang diajar oleh guru. Sekiranya guru dapat mengemukakan soalan pada aras yang tinggi, murid-murid sudah tentu akan berfikir pada aras yang tinggi juga. Sekiranya jika guru melontarkan soalan “adhoc” atau tidak dirancang, sudah tentu jawapan murid juga jadi kelam-kabut. Oleh itu guru digalak menggunakan pokok soalan kritis dan kreatif untuk membantu mereka mengorganisasi teknik penyoalan. Jenis-jenis soalan: Terdapat 5 jenis teknik soalan yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kefahaman murid-murid a) 5W 1H b) Soalan bertumpu dan soalan bercapah c) Soalan kritis dan kreatif d) Lingkaran soalan a. 5W 1H Soalan jenis 5W 1H bertujuan menguji kefahaman murid-murid berkaitan dengan satu petikan/bahan rangsangan dalam satu bentuk teks/petikan. Soalan jenis ini haruslah berdasarkan kepada frasa kata tanya berikut:

71

• • • • • •
b.

Apa (What)? Siapa (Who)? Di mana (Where)? Bila (When)? Mengapa (Why)? Bagaimana (How)?

Soalan Bertumpu dan Soalan Bercapah

Soalan bertumpu Soalan bertumpu menghendaki murid menjawab secara berfokus. Sekiranya jawapan yang diberikan oleh murid-murid berbeza daripada jawapan yang dikehendaki, jawapan tersebut dianggap salah. Contoh soalan bertumpu: i. ii. Adakah anda bersarapan sebelum pergi ke sekolah pagi tadi? Adakah anda mencintai negara anda?

Soalan bercapah: Jawapan untuk soalan bercapah adalah lebih luas dan biasanya jawapan tersebut tidak boleh didapati secara langsung daripada bahan rujukan/teks. Jawapan kepada soalan bercapah memerlukan seseorang menyatakan pandangan, perasaan dan penilaian am terhadap sesuatu perkara. Soalan bercapah lebih bersifat subjektif. Oleh itu, ia memerlukan pemikiran dan penaakulan yang lebih mendalam bersesuaian dengan aras tinggi penyoalan. Contoh soalan bercapah: i. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan niat seseorang lepak ialah ibu kepada segala maksiat iii. iv. v. Guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang membakar dirinya. Bincangkan. Sejauhmana anda setuju bahawa pengaruh rakan sebaya amat mempengaruhi perkembangan moral diri pelajar Adakah anda mencintai negara anda? ii. Beri pandangan anda tentang pendapat yang menyimpulkan bahawa gejala

72

c.

Soalan Kreatif dan Kritis

Berikut ialah frasa atau kata kunci yang boleh digunakan dalam soalan kreatif dan kritis

SOALAN KREATIF 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Sekiranya… Apakah ramalan… Apakah tindakan… Apakah perkaitan antara… Apakah pola… Apakah hipotesis… Sila berikan dua contoh… 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

SOALAN KRITIS Apakah persamaan dan perbezaan… Bagaimanakah anda mengkategorikan.. Apakah idea-idea utama... Bagaimanakah anda tahu… Mengapakah anda memilih… Yang manakah… Apakah bukti untuk menyokong

8. Apakah yang boleh direka cipta… 9. Apakah pandangan anda…

kesimpulan yang telah anda buat… 8. Mengapakah… 9. Bagaimanakah alasan… 10. Bolehkan sumber data atau maklumat.. 11. Apakah interpretasi yang boleh dibuat tentang… 12. Bagaimanakah data/idea dan sebagainya…

d.

Lingkaran soalan

Lingkaran soalan merupakan satu bentuk yang memberikan tumpuan kepada skop-skop tertentu. Perkara (P) Merujuk tema, tajuk, subjek, isu atau teks bacaan. Individu (I) Merujuk pembaca atau orang yang dihendaki memberikan respons berhubung perkara yang sedang dibincangkan. Luar Individu (LI) Merujuk skop di luar individu. Contoh: masyarakat (rakan, Negara, luar Negara), tempat (Bandar, kampong), masa (sekarang, masa depan) Gabungan antara ketiga-tiga aras di atas dapat menghasilkan 7 skop lingkaran: 1. 2. 3. Perkara (P) Individu (I) Luar Individu (LI)

73

4. 5. 6. 7.

Perkara (P) + Individu (I) Individu (I) + Luar Individu (LI) Perkara (P) + Luar Individu (LI) Perkara (P) + Individu (I) + Luar Individu (LI)

Skop-skop dalam lingkaran soalan

1

4 7

2

6

5

3

3.2.2.3

Alat Berfikir CoRT 1

Edward de Bono telah mempelopor CoRT (Cognitive Research Trust) sebagai alat berfikir atau instrument yang fungsinya boleh memperluaskan persepsi serta meningkatkan kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat-alat CoRT dapat meningkatkan kemahiran seseorang dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Terdapat 7 teknik asas dalam CoRT 1.

Huraian CoRT 1 Teknik CoRT Langkah Pelaksanaan Sebelum terbuka 1. PMI (Plus, Minus, dengan berikut: membuat terhadap Contoh Tajuk majlis Guru baru cuti Hari

sesuatu Membatalkan

keputusan perlu ada fikiran sambutan buah fikiran cadangan, idea guru langkah-langkah bersara, Penolong

sesuatu pada 16 Mei disebabkan besar Kanan manakala

74

Interesting)

• • • •

menyenaraikan yang baik menyenaraikan yang buruk menyenaraikan yang menarik Buat berdasarkan

semua sakit secara tiba-tiba semua semua

keputusan penilaian Lembaga Sekolah bersidang mengambil X Seorang Disiplin sedang untuk tindakan

• 2. CAF (Consider All Factors) • • 3. C & S (Consequence & Sequel) •

di atas Senaraikan semua faktor membuat pertimbangan setiap factor menentukan keputusan Meneliti kesan jangka panjang dan jangka pendek sebelum mengambil sesuatu tindakan

disiplin terhadap murid bapa sedang untuk surat guru

terfikir-fikir menghantar layang kepada

besar disebabkan tidak puas hati terhadap guru kelas malas anaknya dan yang sibuk

berniaga di sekolah • 4. AGO (Aims, Goals, Objectives) • Dalam setiap tindakan Seorang yang dibuat haruslah akan kepada peperiksaan mempunyai Oleh itu mendapat berfokus murid yang UPSR sasaran 5A. semua

menghadapi

maklumat yang sebenar daripada AGO asal

Oleh itu jangan lari untuk

perlakuannya menjurus kepada matlamat asal iaitu mendapat 5A

Mengenal pasti dan

Murid cemerlang Tahun

75

5. FIP (First Important Priority)

menentukan keutamaan priority mengikut susunan kepentingan

6

terpaksa

membuat ada ibu

pilihan hendak

sama mengikut

dan bapa ke luar Negara buat kali pertama untuk menghadiri konvokesyen atau peperiksaan majlis kakaknya menduduki percubaan

UPSR di sekolahnya Menimbangkan semlua alternatif sebelum memilih satu kemungkinan yang paling 6. APC (Alternatives, Possibilities, Choices) baik Anda ketinggalan bas

sekolah. Ibu dan ayah berada di luar daerah kerana tugas rasmi. Ibu tidak menaiki stesen Seharian meninggalkan teksi. bas hujan Jarak jauh. turun wang yang cukup untuk

dengan lebat. Di sekolah ada peperiksaan akhir tahun. Mengambil kira semua 7. OPV (Others People’s View) pandangan di kalangan mereka yang berkepentingan dalam sesuatu perkara sebelum membuat keputusan terakhir Sekolah mewajibkan semua murid memungut derma jogathon tidak kurang daripada RM 100 untuk mengisi tabung sekolah

76

Latihan 3.2.2.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.

Aktiviti 1 Setelah membaca dan memahami huraian CoRT 1, sila lengkapkan grafik di bawah.

Teknik CoRT PMI (Plus, Minus, Interesting) CAF (Consider All Factors) C & S (Consequence & Sequel) AGO (Aims, Goals, Objectives) FIP (First Important Priority) APC (Alternatives, Possibilities, Choices) OPV (Others People’s View) 3.2.2.4 Pengurusan Grafik

Contoh tajuk perbincangan

77

Pengurusan grafik merupakan alat berfikir yang menggambarkan pemetaan atau pola penyusunan idea yang boleh digunakan untuk menghubungkait maklumat dengan sesuatu idea. Pengurusan grafik dapat membantu murid dalam menggambarkan isi kandungan dengan jelas secara visual. Bahagian-bahagian dalam pengurusan grafik boleh diubahsuai oleh guru supaya relevan dengan tajuk/tema/perkara yang hendak disampaikan kepada murid. Murid pula dikehendaki mengisi bahagian-bahagian dalam grafik seperti yang diarahkan oleh guru. Contoh, grafik banding beza antara sifat murid cemerlang dengan murid malas. Antara contoh pengurusan grafik adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pengurusan grafik banding beza Pengurusan grafik membuat kategori Pengurusan grafik meneliti bahagian kecil dan keseluruhan Pengurusan grafik membuat ramalan Pengurusan grafik menerangkan sebab Pengurusan grafik carta aliran Pengurusan grafik mengusul periksa andaian

Untuk mendapat penerangan lanjut tentang pengurusan grafik, sila rujuk dalam dua buah buku berikut:

• •

Som Haji Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (2000), Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), Kuala Lumpur, Longman (Bab 2) Poh See Hiang (1997), Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman (Bab 2)

Rumusan 1. Teknik pengajaran adalah penting untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan berkesan. 2. Kreativiti guru amat penting dalam menentukan teknik-teknik pengajaran. 3. Guru mestilah tahu menyesuaikan teknik dengan isi kandungan dan tahap umur murid.

78

4. Sebelum menjalankan satu-satu teknik, guru perlu faham terlebih dahulu cara-cara melaksanakannya berpandukan garis panduan yang ditetapkan. 5. Banyak teknik yang boleh diguna pakai dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

TAJUK 4

PENDEKATAN DAN KAEDAH PROJEK

4.1 Kaedah Projek Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral selalunya dilaksanakan secara formal atau tidak formal sama ada di luar atau di dalam bilik darjah. Kefahaman nilai moral akan lebih berkesan sekiranya pengajaran itu dilaksanakan melalui pengajaran yang menimbulkaan perasaan dan kesedaran moral serta memupuk sikap positif. Selaras dengan sukatan pelajaran Pendidikan Moral kaedah projek ini memberikan kemahiran kepada pelajar mengenal pasti isu-isu dan masalah moral semasa dan seterusnya mengambil bahagian dalam membendung gejala tersebut. Berhadapan dengan situasi sebenar pelajar-pelajar dapat kemahiran menangani masalah seterusnya bertanggung jawab sebagai ahli masyarakat . 4.2 Tujuan Kaedah Projek Kaedah Projek ialah satu kaedah yang memberikan peluang kepada murid-murid mempelajari sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Tujuan kaedah projek ialah; i. ii. iii. iv. memperkukuh pembelajaran murid di dalam kelas membenarkan pembelajaran murid di dalam kelas memupuk nilai-nilai murni seperti tolong menolong, tolak ansur dan sebagainya membenarkan murid bertukar pendapat dan pandangan

79

v. vi. vii. viii.

meningkatkan keyakinan murid selepas sesuatu projek selesai memupuk sifat kepimpinan di kalangan murid menggalakkan perkembangan kiritis, analitis dan kreatif mendorong perasaan ingin tahu kesudahan projek

4.3 Langkah-langkah Pelaksanaan Kaedah Projek i. ii. iii. iv. v. vi. Pastikan bahan yang diperlukan mudah didapati Membantu murid memilih projek yang bermakna iaitu mencapai matlamat pelajaran Setiap objektif hendaklah jelas Mengadakan penyeliaan oleh guru Memberi peluang murid untuk menilai projek Memberi peluang menggunakan sumber yang terdapat dalam masyarakat

4.4 Kebaikan-kebaikan Kaedah Projek
i. ii. iii. iv. Pendekatan projek meliputi kognitif, afektif dan psikomotor Menambah minat dan motivasi murid Mengembangkan sikap tanggungjawab dan inisiatif murid Memahami bagaimana hendak menjalan sesuatu projek dengan mendalam

4.5 Kelemahan-kelemahan Kaedah Projek
i. ii. iii. iv. v. Mengambil masa yang panjang Pengetahuan murid terhad dan mungkin murid akan melakukan kesalahan Bahan dan sumber bagi sesuatu projek adalah terhad Murid biasanya akan terpesong daripada objektif yang ditetapkan Masalah disiplin akan timbul sekiranya guru kurang cekap kawalannya.

80

4.6 Jenis-Jenis Projek 1. Kaji selidik Merupakan satu strategi yang digunakan untuk membantu murid membuat kajian tentang sesuatu perkara secara mendalam dan terperinci. Strategi ini membolehkan murid memerhati, menganalisis, menilai dan membuat rumusan. Contoh kaji selidik adalah; • Satu rombongan murid-murid melawat Pusat Insaf Diri untuk membuat kaji selidik tentang usahanya dalam rawatan dan pemulihan penagihan dadah. 2. Hasil Tangan Projek yang sesuai dijalankan di dalam kelas dan hasil tangan setiap murid adalah berbeza seperti mengecap menggunakan ubi kentang, menganyam membuat topeng dan sebagainya. Untuk mata pelajaran Pendidikan Moral antara contoh hasil tangan ialah membuat kad hari lahir, Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya 3. Pengumpulan specimen Projek ini mudah dijalankan. Murid-murid boleh diminta mengumpul pelbagai jenis objek seperti cengkerang siput atau batu-batu karang. Dalam mata pelajaran Pendidikan Moral mengumpul artifek atau gambar – gambar tokohtokoh tempatan dan luar negara yang berjasa kepada bangsa, agama dan negara. 4. Peta Timbul Sesuai untuk mata pelajaran kajian tempatan atau Geografi. Peta timbul merupakan satu model keadaan permukaan muka yang berdasarkan sesuatu tempat seperti bukit bukau, tasik, paya dan laut. Dalam Pendidikan Moral guru bolehlah mengaitkan peta timbul dengan penjagaan alam sekitar. Apa yang akan berlaku kepada bukit, tasik dan paya jika kita merosakkan alam? 5. Akuarium Amat berguna pada pelajaran Sains. Akuarium terdiri daripada satu bekas kaca atau kolam berisi air dan mengandungi haiwan dan tumbuhan. Dalam Pendidikan Moral isi akuarium boleh ditukarkan kepada model penempatan

81

setinggan di tepi sungai yang dikotori dengan sampah sarap. Melaluinya murid dapat kefahaman tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar 6. Terrarium Diperbuat daripada kotak kaca dan diisi dengan tumbuhan hidup serta lumut dan paku pakis, haiwan kecil seperti katak dan labi-labi. Murid boleh mengkaji hubung kait antara haiwan dan tumbuhan. Kaitan dengan Pendidikan Moral ialah menyayangi alam sekitar dapat menyedari serta menghayati betapa pentingnya sistem ekologi kepada kesejahteraan manusia. 7. Herbarium Terdiri daripada pengumpulan bahagian-bahagian tumbuhan yang diawet atau dikeringkan seperti biji, bunga atau daun. Pengumpulan ini boleh disimpan di dalam sebuah kotak atau pada kadbod. Kaitan dalam Pendidikan Moral ialah nilai kebersihan fizikal dan mental. Pemikiran yang sihat terhadap benda memberi kesan positif kepada perkembangan moral diri murid. 8. Projek Lawatan • • • Satu cara P&P yang boleh memberikan kesempatan kepada murid mendapatkan pengetahuan menerusi pengalaman sebenar. melalui projek ini murid dapat mengasah kemahiran mereka dengan memerhati, menyelidiki, merekod dan membuat pertimbangan. Projek melibatkan tempat seperti kilang, perpustakaan dan muzium. Dalam Pendidikan Moral, guru boleh membawa murid-murid ke rumah-rumah kebajikan, pusat serenti, loji air, petempatan setinggan dan sebagainya. 9. Vivarium Memelihara haiwan kecil untuk satu jangka pendek seperti belalang dan labahlabah. Melalui projek ini murid dapat memerhatikan sifat, tabiat dan gerak geri haiwan. Kaitan dengan Pendidikan Moral ialah membezakan kepentingan dan keberkesaan habitat haiwan dengan manusia 10. Muzium mini Mengumpul benda-benda yang mempunyai nilai sejarah atau pelik di bahagian belakang bilik darjah. Gambar sekolah pada awal penubuhan, guru besar yang

82

terawal hingga terkini, ketua pengawas dari awal penubuhan sekolah hingga hari ini, kejayaan sekolah dan tokoh-tokoh murid yang menjadi ’role model’ 11. Buku skrap Mengumpul segala maklumat sama ada dalam bentuk gambar atau penerangan dan menampalnya dalam satu buku khas. Segala maklumat boleh diperolehi dari surat khabar, majalah atau risalah. Pendidikan Moral boleh mengaitkan dengan tokoh-tokoh tempatan, gambar-gambar kempen jalan raya, tempat-tempat yang menjadi kebanggaan negara. 12. Diorama Merupakan satu pemandangan berbentuk 3 dimensi. belakang pula diwarnakan. Diorama boleh menggambarkan suasana di sebuah ladang, jalan raya dan sebagainya. Latar Dalam Pendidikan Moral boleh dikaitkan dengan model Rumah 3 Dimensi yang ideal untuk seisi keluarga

Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan. Syabas!

Latihan 4 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan di bawah. Soalan 1. Rancangkan satu projek yang sesuai dengan sukatan Pendidikan Moral dan berikan berikan satu contoh surat memohon kebenaran mengadakan projek tersebut. 2. Sediakan satu kertas kerja berhubung dengan projek lawatan yang dirancang kepada pihak sekolah.

Rumusan Kaedah projek merupakan suatu kaedah di mana murid menjalankan eksperimen atau kegiatan di dalam situasi sebenar dan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu.

83

Pembelajaran melalui pengalaman adalah lebih bermakna dan memberi kefahaman dan dapat memperkembangkan autonomi moral dalam keadaan yang sebenar.

84

SOALAN TUTORIAL Pengenalan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral 1. Anda telah pelajari sejarah perkembangan mata pelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Pada pendapat anda, apakah sumbangan pengetahuan tersebut dalam menyediakan diri anda sebagai seorang guru Pendidikan Moral. (1 jam) Pendekatan dan Strategi pengajaran Pendidikan Moral 1. Rancang satu pengajaran Pendidikan Moral yang menggunakan pendekatan perkembangan moral kognitif bagi tahap 2. (1 jam)

2. Pilih mana-mana 3 pendekatan dalam pengajaran Pendidikan Moral dan huraikan
kelebihan dan kelemahan kaedah tersebut dalam pembentukan sahsiah murid-murid dalam kelas anda. (1 jam) Teknik-teknik pengajaran Pendidikan Moral 1. Banding bezakan antara teknik bercerita dengan ceramah dari segi kekuatan dan kelemahannya dalam Pengajaran Pendidikan Moral. (1 jam) Pendekatan dan Kaedah Projek 1. Sediakan satu kertas kerja bagi projek khidmat bakti di rumah orang tua. (1 Jam)

85

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. Bacaan Asas Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (2000), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) Longman Kuala Lumpur. Poh Swee Hiang (1997), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Penerbit Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur Rosini Abu et.al (2000) Kemahiran Berfikir EDU 3943 – Modul PJJ, Universiti Putra Malaysia, Serdang Ee A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. ______. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hena Mukherjee & Judy Ellis & Chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992 ). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rujukan

86

Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM. Abdul Rahman Md.Aroff & Chang, L. H. (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

87

PANEL PENULIS MODUL BIL NAMA PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Pengerusi Cik J Krishna Kumary a/p Juval Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor. Pn. Ng Choo Tang Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur KELAYAKAN BA (Hons) Sejarah. UM M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM Ph. D (Pendidikan). Universiti Queensland. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM Diploma Pendidikan, USM M.Sc. Pendidikan Moral, UPM. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 10 tahun

1

2

3

BSc (Hons) Kimia, UM M.Ed Teknologi Pendidikan, UM Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM SPI, Pendidikan Islam, UKM Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral 9 tahun B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) Sarjana Pengurusan (UUM) Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan Pendidikan (USM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 19 tahun B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun

4

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff, Maktab Perguruan Raja Melewar, Beg Berkunci 43, 70990, Seremban, Negeri Sembilan, DK. Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak 98009 Miri Sarawak Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor Pn. Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur

5

6

7

88

8

Pn. Koh Geok Wah Maktab Perguruan Sarawak, 98009 Miri, Sarawak

B. Econs (UM) Diploma Pendidikan (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun

PANEL PEMURNI MODUL
Bil. Nama PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kelayakan B.A. (Hons) Sejarah M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling) PhD (Pendidikan) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 2 tahun

1.

2.

PENGERUSI Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Larkin, Johor

Sarjana Muda Saster (Kepujian) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 17 Tahun

3.

Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Serawak.

B. A. (Hons) Psikologi. UKM M.Ed. (Bimbingan dan Kaunseling) UM Pengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

4.

Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur.

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan:Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun

5.

Pn. Asiah binti Saad Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara M. Sc. Psikologi Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 14 Tahun

89

6.

Cik Krishna Kumary Juval Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah 80530 Larkin Johor Baharu.

B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM) Diploma Pendidikan (USM) M SC. Pendidikan Moral (UPM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 10 tahun

7.

Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

BA (Hons) Pengajian Islam M Ed (Pendidikan Islam) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 2 tahun

90

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->