P. 1
Unit 5 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Unit 5 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

4.86

|Views: 30,828|Likes:
Published by Ali Mohd

More info:

Published by: Ali Mohd on Sep 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as RTF, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/16/2015

pdf

text

original

UNIT 5

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Sinopsis Unit ini dibina supaya pelatih dapat mempelajari peranan guru Pendidikan Moral

secara meluas. Topik dalam unit ini membincangkan perkara seperti ciri-ciri dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral; isu-isu pelaksanaan mata pelajaran ini di sekolah; pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dalam pelbagai situasi di sekolah serta jenis-jenis sumber dan pembinaan sumber Pendidikan Moral. Maklumat dalam unit ini dapat membantu guru-guru berkenaan menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran dalam pelbagai situasi di sekolah secara berkesan. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini pelajar dapat : 1. menghuraikan ciri-ciri seorang guru Pendidikan Moral yang berwibawa 2. mengenal pasti peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasi hasrat dan aspirasi Negara 3. memahami isu-isu dalam pelaksanaan Pendidikan Moral di sekolah dan boleh mencadangkan penyelesaian alternatif. 4. menghuraikan isu dengan memberikan cadangan untuk mengatasi masalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan 5. melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam pelbagai situasi di dalam dan di luar bilik darjah 6. merancang dan menjalankan aktiviti untuk memperkukuh amalan Pendidikan Moral di luar bilik darjah 7. merancang untuk mengajar kelas bercantum 8. mengenal pasti bahan dan sumber yang sesuai dengan nilai dan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran 9. membina bahan dan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral 10. menggunakan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan

TAJUK 1

CIRI-CIRI DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN MORAL

1.0

Pengenalan

Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’ yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah tersebut. 1.1 Peranan Guru Pendidikan Moral Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah. Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur. Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

2

Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektifobjektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:• • • • • Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di bawah rancangan KBSR, Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan; Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsipprinsip moral; Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral semasa membuat sesuatu keputusan; dan Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.

Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia. Berikut ialah Bidang Pembelajaran untuk Pendidikan Moral KBSR yang telah disusun bagi tujuan menanamkan nilai moral di kalangan pelajar. Anda hendaklah memahami dan menghayati semua Bidang Pembelajaran ini dan nilai-nilai yang berkaitan dalam setiap bidang, sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap topik yang berkaitan.

3

BIDANG 1 1.1 KEPERCAYAA N KEPADA TUHAN 1.2 KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL 1.3 HARGA DIRI 1.4 KERAJINAN

NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap perlakuan Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat

1.5 HEMAH TINGGI 1.6 KASIH SAYANG

1.7 KESEDERHANAAN

pertimbangan

dan

tindakan atau

sama

ada

dalam tanpa

pemikiran,pertuturan 1.8 KEJUJURAN 1.9 BAIK HATI

perlakuan

mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Kewajipan bercakap benar,bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas Perasaan atau perlakuan untuk sumbangan atau pemberian

1.10 BERTERIMA KASIH

menunjukkan

pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa,

BIDANG 2 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA 2.1 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA

NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga Memuliakan setiap anggota keluarga dengan

berinteraksi dan memberikan layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis

4

2.2

TANGGUNG JAWAB TERHADAP KELUARGA

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga

BIDANG 3 TANGGUNG JAWAB TERHADAP MASYARAKAT 3.1 TOLERANSI DALAM MASYARAKAT 3.2 SEMANGAT BERMASYARAKAT 3.3 PEKA TERHADAP ISU SOSIAL

NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna sebagai anggota masyarakat Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama demi keharmonian hidup bermasyarakat Bertanggung jawab dan prihatin terhadap isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan usaha menyelesaikannya

BIDANG 4 KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN 4.1 MENYAYANGI ALAM

NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran agar sentiasa bersih dan ceria demi kesejahteraan hidup Sayang dan menghargai alam sekitar demi

SEKITAR mengekalkan kesejahteraannya 4.2 PEKA TERHADAP ISU Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan ALAM SEKITAR BIDANG 5 5.1 HORMAT DAN SETIA KEPADA PEMIMPIN, RAJA DAN NEGARA 5.2 PATUH KEPADA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 5.3 CINTA AKAN NEGARA alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada pemimpin dan raja serta setia kepada negara Menerima dan mematuhi peraturan dan undangundang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta

5

Rujuk individu tertentu yang pakar atau mahir.

meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan 5.4 KEAMANAN DAN KEHARMONIAN diri Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan berterusan di kalangan rakyat Malaysia serta masyarakat global

Selain memahami bidang pembelajaran dalam Pendidikan Moral, guru Pendidikan Moral perlu ‘menghidupkan‘ kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikan pengalaman langsung kepada murid. Bawalah mereka melawat rumah orang tua yang berdekatan dan suntiklah seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati dan membalas budi ke dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah itu. Melalui pengalaman tersebut mereka akan dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilai kemanusiaan. Lawatan ke kampus universiti di kalangan murid-murid di kawasan luar bandar akan menyebabkan mereka berjiwa besar untuk terus memanjat tangga kejayaan. Pendek kata guru Pendidikan Moral yang komited ibarat doktor yang mampu memberikan penawar, mengubati dan memberikan harapan kepada murid-murid yang diibaratkan sebagai rebung yang masih boleh dilentur. Pernahkah anda membuat muhasabah diri?

Berikut ialah contoh senarai semak muhasabah diri guru. Semoga senarai semak ini dapat membantu anda dalam mengenali siapa anda sebagai seorang guru. Senarai Semak Muhasabah Diri Guru

Insan Moral

Personaliti Guru

• • • • • •

Murah hati Bertimbang rasa Sedia memaafkan Faham memahami Prihatin keperluan orang lain Bertanggung jawab

• • • • • •

Maruah diri Air muka yang mesra Bersimpati Sering bertanya pendapat murid Boleh dipercayai Cakap beralas

6

• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

Bekerjasama Berterima kasih Menunaikan kewajipan Menghormati ibu bapa/hak orang lain Menepati masa Menguruskan masa dengan bijak Adil dan saksama Komunikasi berkesan Berbudi bahasa Ramah mesra Sayang kepada nyawa dan diri Kebersihan dari segi fizikal dan mental Jujur/ berterus terang Baik hati Simpati/belas kasihan Kemahiran bersosialisasi Kesedaran kendiri Kebolehpercayaan Ketekunan Bijak menguruskan konflik Membina perhubungan Menghormati adat resam Celik akal Rasional Universal Preskriptif Optimis

• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

Elakkan pertengkaran Jangan menyusahkan Kemahiran berkomunikasi lisan dan bukan lisan Kreatif Melihat kebaikan Memberi penghargaan Mengakui kesilapan Menghormati murid, rakan dan pentadbir Menunjukkan besar hati Panggil nama murid Selesa didampingi Pendengar yang baik Senyum selalu Tajuk perbualan sesuai Menepati janji Unsur kecindan Luwes Tegas/ berdisiplin Berdedikasi Berwibawa Berkarisma/ Bestari Boleh menerima kritikan Inovatif Aktif/produktif Kebolehan mengawal emosi Penyayang Tinggi budi bahasa

1.2 Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara Menyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi negara juga merupakan

tanggungjawab penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod etika perguruan, aspirasi negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara perlu ditititberatkan oleh semua guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka di sekolah. Guru berkenaan harus menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyibarkan mesej yang diingini kepada pelajar-pelajar. Misalnya insiden isu pergaduhan antara guru di salah sebuah sekolah memaparkan bahawa

7

amatlah malang jika guru tidak dapat mengawal perasaan lalu bertumbuk dan bertarikan rambut di hadapan murid semasa perhimpunan sehingga melibatkan ibu bapa murid untuk menyelesaikannya. Kedua-dua guru tersebut ialah guru cemerlang. Isu pertelingkahan mereka bersifat peribadi. Lebih ironi lagi, apabila murid-murid kecil itu bertanya soalan serius, “Patutkah guru-guru itu dirotan kerana bergaduh di hadapan murid?” A. Kod Etika Perguruan Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut ialah Kod Etika Perguruan Malaysia : Tanggungjawab terhadap pelajar 1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah dengan Selamat) muka surat 245. 2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling KP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001) muka surat 243. 6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara

8

institusi pendidikan dengan rumahtangga. 2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga mereka. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara 1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan 1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu antara guru dengan ibu bapa,

9

bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan 5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. B. Rukun Negara Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat Malaysia. Ideologi Nasional ini bertujuan mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum disamping memelihara cara hisup masyarakat yang harmonis, demokratik, adil, liberal, progresif lagi beretika. Pernyataan Rukunegara :

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan

10

usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua, setiap prinsip tersebut juga ada berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru Pendidikan Moral harus sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat melahirkan rakyat yang diingin tercapai. C. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas telah diumumkan pada tahun 1988. Falsafah tersebut berhasrat melahirkan insan yang mulia dan sempurna supaya menjadi warganegara yang baik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Demi mencapai citi-cita FPG, tanggungjawab dan kewajipan guru Pendidikan Moral adalah berat dan penting dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni diri murid dengan berkesan. D. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) Falsafah Pendidikan Guru berhasrat untuk mendidik: “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara,

11

menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.” Menurut hasrat FPG, guru lepasan maktab atau institusi perguruan haruslah berkaliber tinggi, berkebolehan berfungsi sebagai pendidik yang baik, dapat mengamalkan nilai murni dan akan menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara. Peranan guru Pendidikan Moral ialah berpegang teguh kepada FPG supaya dapat melahirkan murid-murid yang dapat memenuhi kehendak aspirasi negara. E. Wawasan 2020 Wawasan 2020 adalah satu visi negara kita yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Tujuan visi ini ialah, supaya Malaysia mencapai taraf sebuah negara perindustrian yang maju dan masyarakat yang beretika. Sebanyak sembilan cabaran telah digariskan untuk negara kita menghala ke arah wawasan tersebut pada tahun 2020: a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian. b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dengan apa yang dicapai. c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang. d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama da jiwa. e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat Malaysia f) pelbagai kaum; bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama tetapi setia peda negara. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, teknologi masa depan. g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri. h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan ini dan dapat mencapai hasrat

12

Latihan 5.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama. i) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Semua guru sekolah, terutamanya guru Pendidikan Moral harus mengambil kira cabaran-cabaran Wawasan 2020 ini dalam menangani kerjaya dan tanggungjawab harian di sekolah agar negara dan masyarakat Malaysia dapat mencapai cita-cita tersebut.

Aktiviti 1 Senaraikan lima tanggung jawab guru Pendidikan Moral. Aktiviti 2 Apakah perkaitan antara guru berpegang teguh kepada Kod Etika Perguruan dengan pelajar yang menghadapi isu semasa / moral seperti ponteng sekolah, merokok, bergaul bebas dan sebagainya ? Bincangkan. Aktiviti 3 a. Berikan tiga contoh perlakuan guru di sekolah anda yang terpuji dan patut diteladani oleh guru-guru lain. b. Berikan dua contoh perlakuan guru yang tidak menurut kod etika perguruan dan cadangkan tindakan yang harus diambil untuk mengatasi maslah tersebut?

Aktiviti 4 Apakah hubungan nilai-nilai moral dengan Rukunegara, FPK, FPG dan Wawasan 2020? Berikan jawapan anda dalam jadual berikut :

Bil 1

Perkara Rukunegara 1

Nilai-nilai Berkaitan

Huraian / Catatan

13

Bil

Perkara 2

Nilai-nilai Berkaitan

Huraian / Catatan

3

2

FPK

1 (contoh) Usaha yang berterusan

Bersikap rajin, berwawasan demi kebaaikan masa depan

2

3

3

FPG

1 Menyanjung warisan Mengamalkan nilai-nilai kebudayaan Negara murni, mempromosikan budaya Negara 2

3

4

5

4

Wawasan 2020

1

2

14

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Bil

Perkara 3

Nilai-nilai Berkaitan

Huraian / Catatan

4

5

Rumusan 1. Guru Pendidikan Moral harus menghayati dan mengamalkan Kod Etika Perguruan Malaysia 2. Rukunegara, FPK dan FPG harus sentiasa menjadi penyuluh dan panduan kepada guru Pendidikan Moral yang profesional. 3. Guru Pendidikan Moral harus berusaha sebagai penggalak dan pemimpin untuk menjamin pelajarnya dibimbing ke arah pencapaian aspirasi Negara menurut Rukunegara, FPK, FPG dan Wawasan 2020 demi kebaikan Negara dan warganegara Malaysia 4. Semua guru adalah bertanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, rakan sejawat dan masyarakat. 5. Guru Pendidikan Moral lebih-lebih lagi dianggap sebagai teladan dalam usaha menyanjung kesemua aspirasi dan ideologi Negara tersebut.

Bacaan Asas Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM. Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

15

Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

TAJUK 2

ISU-ISU PELAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

2.0 Pengenalan Pendidikan Moral merupakan sebahagian daripada pendidikan. Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral bertujuan untuk muridmurid mengenal pasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasaskan agama, tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan semula sukatan pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran, adalah bertujuan untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Betapa murninya hasrat Pendidikan moral yang telah dibentuk dengan teliti; namun dari segi pelaksanaannya masih disekat oleh beberapa isu dan masalah.

16

2.1 Bahan Rujukan Bahan sumber utama untuk pengajaran Pendidikan Moral adalah buku teks yang disediakan untuk semua peringkat mengikut sukatan pelajaran . Laporan Kabinet 1979 para 392 menyebut bahawa buku teks merupakan bahan-bahan pembelajaran yang penting untuk murid-murid dan sumber rujukan penting bagi membantu guru dalam proses pengajaran. Di samping itu juga guru Pendidikan Moral dibekalkan dengan buku panduan guru dan huraian sukatan pelajaran untuk setiap darjah dan tingkatan. Dalam pelaksanaan sukatan pelajaran Pendidikan Moral di sekolah guru-guru menghadapi dilema mencari bahan rujukan yang sesuai kerana kemoralan merupakan satu konsep yang abstrak dan sering dilanda kontroversi dalam definisinya. Tidak boleh dipertikaikan bahawa apa yang guru tahu tentang Pendidikan Moral akan mempengaruhi apa yang pelajar kita pelajari. Oleh itu pemahaman yang betul tentang konsep utama pendidikan moral penting kerana tanpa pemahaman ini guru tidak bersedia mengajar mata pelajaran ini. Guru perlu tahu bidang-bidang yang menjadi asas mata pelajarannya termasuk juga kemahiran pedagogi dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuan. Tanpa pemahaman ini, guru tidak bersedia mengajar mata pelajaran ini kepada pelajar seperti yang tersurat dalam pantun ini: Bas biru bas kuning Guru keliru murid pening Secara ringkasnya beberapa isu berkaitan bahan rujukan ialah: • • • tidak ada bahan yang sesuai dengan konsep kemoralan bahan rujukan terhad dan tidak banyak di pasaran buku teks yang ada tidak dapat membantu guru dalam melaksanakan pendekatan dan strategi pengajaran. 2.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah. Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah perlu diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai dan emosi, maka penilaian terhadapnya menghadapi masalah. 2.2.1 Penilaian moral susah dinilai secara afektif

17

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat? Kesukaran untuk menilai aspek afektif serta tingkah laku mengakibatkan aspek ini tidak dinilai dengan berkesan dalam konteks program tersebut. 2.2.2 Proses penilaian memerlukan masa yang panjang Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan. Penilaian kendalian sekolah ditekankan di sekolah tetapi jarang dipraktikkan atau kurang efektif pelaksanaan kerana kesuntukan masa serta kurangnya kepakaran guru dalam aspekaspek seperti pemerhatian dan temu bual . Kalau dipraktikkan pun, markah atau penilaiannya tidak diambil kira dalam keputusan akhir dalam mata pelajaran itu. 2.2.3 Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif Kertas peperiksaan dengan skema pemarkahan yang terlalu rigid serta bersifat akademik dengan soalan-soalan yang lebih berbentuk situasi yang hipotetikal menyebabkan pelajar yang tidak mengalami situasi tersebut tidak dapat membuat keputusan moral. Perkara ini telah lama dipertikaikan. Sesetengah alatan yang digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui. 2.2.4 Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi Domain afektif yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai. Walaupun aspek penaakulan moral boleh dinilai, namun aspek ini tidak mengukur kebolehan pelajar dalam menangani sesuatu masalah dan situasi. 2.2.5 Penekanan pengajaran untuk lulus peperiksaan Wujudnya ‘mindset’ di kalangan guru apabila peperiksaan sentiasa ditekankan hingga mewujudkan keadaaan “teach to pass exams rather than teach to understand” . Pengajaran secara latih tubi dan penghafalan nilai menjadi metodologi pengajaran sebagai memenuhi keperluan peperiksaan. Cara ini sebenarnya tidak membenarkan

18

perkembangan keupayaan pelajar untuk menaakul. Pelajar yang mendapat A1 dalam Pendidikan Moral tidak semestinya pelajar yang cemerlang dalam sahsiahnya. 2.3 Pengurusan sekolah Program Pendidikan Moral di sekolah menitikberatkan persekitaran sekolah, perlu

kebudayaan sekolah dan etos sekolah serta aktiviti kokurikulum. Sekolah Pendidikan Moral berkaitan dengan pengurusan sekolah adalah; 2.2.1

memberikan sumbangan untuk perkembangan nilai. Dilema atau isu dalam pelaksanaan

Persekitaran sekolah seharusnya menyumbang untuk perkembangan nilai. Kalau sistem sekolah lebih bersifat autokratik, pelajar-pelajar akan juga belajar bersikap autokratik, kurang rela mendengar pendapat orang lain, suka membuat keputusan secara bersendirian. Begitu juga sekiranya guru kelas bersikap dominant.

2.2.2

Sungguh pun sekolah mementingkan peraturan dan disiplin

tetapi budaya

sekolah memberikan penekanan kepada aspek afektif dan tingkahlaku moral berbanding perkembangan pemikiran rasional dan penaakulan moral . Oleh itu objektif Pendidikan Moral untuk melahirkan individu yang berautonomi tidak difahami guru. Keadaan ini boleh mengakibatkan kelemahan penaakulan moral dan ketaatan membabi buta murid kerana takut dirotan, didenda atau digantung sekolah. Situasi ini dapat dilihat hampir di kebanyakan sekolah iaitu murid tidak membuang sampah di dalam kawasan sekolah tetapi timbunan sampah seperti bunga yang memutih kelihatan di kawasan luar sekolah terutama pada waktu murid-murid pulang. Plastik bungkusan makanan ringan, tin minuman dan lainlain dicampak sesuka hati. Penghayatan moral dari segi kebersihan yang ada kaitannya dengan disiplin gagal dipraktikkan. 2.2.3 Perhubungan guru dan pelajar tidak memuaskan. Perhubungan yang

sepatutnya seimbang masih tidak dapat dihidupkan. Ini tidak memenuhi keperluan pelajar dari segi perkembangan emosi moral mereka. 2.2.4 Tanggapan bahawa pendidikan moral hanya diajar oleh guru Pendidikan Moral; maka guru bukan Pendikan Moral tidak perlu terlibat dalam pembentukan dan perkembangan moral pelajar. Maka mereka tidak begitu serius dalam menerapkan nilai melalui mata pelajaran mereka.

19

2.2.5

Konflik nilai wujud di kalangan pelajar kerana guru tidak menghayati dan memahami peranan mereka dan tidak menunjukkan nilai positif yang sejajar dengan nilai-nilai moral. Contoh ketepatan masa, kejujuran, hormat menghormati dan sebagainya.

Renungkanlah!!!!

Sejauh mana sekolah anda membudayakan nilai-nilai murni dan adakah anda berpuashati dengan cara ia dilaksanakan.

2.3

Tenaga Pengajar

Beberapa masalah telah dikenal pasti dalam pelaksanaan Pendidikan Moral secara formal khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara lain ialah ; 2.3.1 Masalah strategi mengajar yang tidak betul. Didapati bahawa tidak semua guru dilengkapkan dengan pengetahuan tentang strategi pengajaran pendidikan moral. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak berupaya dalam melaksanakan pendekatan pengajaran yang betul dalam pengajaran. Kesannya, ramai murid bosan dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut. 2.3.2 Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran Pendidikan Moral adalah tidak sama tentang kemoralan dan Pendidikan Moral. Mengikut Puka (1976), kalau kita tidak tahu apa itu kemoralan, kita tidak boleh mengajarnya; tetapi kalau kita mengajar tanpa pemahaman, pelajar-pelajar tidak dapat menghayati nilai-nilai murni dalam Pendidikan Moral. Pemahaman guru penting kerana matlamat guru adalah untuk membentuk pemahaman pada orang lain. Dalam konteks ini pengetahuan guru Pendidikan Moral adalah menjadi asas kepada pemahamannya. Kajian mendapati bahawa seorang guru yang efektif memerlukan 3 jenis pengetahuan iaitu: • Pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar (Content Knowledge)

20

Latihan 5.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

• •

Pengetahuan tentang strategi instruksi am (Pedagogical Content) Pengetahuan tentang straegi spesifik untuk pengajaran suatu kandungan mata pelajaran (pedagogical Content Knowledge)

2.3.3

Kurangnya penekanan kepada domain afektif merupakan satu masalah, kerana tiada peruntukan dalam objektif Sukatan pelajaran Pendidikan Moral tentang aspek tersebut. Di dalam bilik darjah pengajaran lebih kepada konsep kemoralan.

2.3.4

Guru kurang berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral, lebih-lebih lagi apabila diarah untuk mengajar mata pelajaran ini. Situasi ini mengakibatkan dilema dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Masalah ini berlaku kerana guru tidak tahu pendekatan atau kaedah mengajar Pendidikan Moral.

2.3.5

Kurang latihan atau guru itu tidak terlatih dalam Pendidikan Moral. Oleh itu, mereka tidak mempunyai pemahaman yang mencukupi tentang mata pelajaran Pendidikan Moral dan konsep-konsep yang berkaitan.

2.3.6

Guru kurang berminat mengajar kerana pertembungan budaya, latar belakang kebudayaan guru dan sensitiviti setiap kaum yang berbeza-beza. Walaupun nilai-nilai teras yang terpilih mewakili nilai-nilai dari pada semua kaum, latar belakang guru juga memberikan kesan kepada pengajaran guru kerana perspektif mereka terhadap nilai-nilai itu berbeza. Tidak mungkin guru yang suka bercakap kasar, berjudi, mata keranjang dan menghadapi pelbagai masalah peribadi, akan menjadi guru moral yang berwibawa dan disegani oleh muridmurid dan rakan sejawat.

Aktiviti 1 Berikan cadangan bagi mengatasi masalah penilaian dalam Pendidikan Moral di sekolah. Aktiviti 2 Menggunakan alat Kajian Masa Depan, bagaimana anda melihat permasalahan yang

21

Bacaan Asas

terdapat dalam pelaksanaan pendidikan Moral berkenaan dengan budaya dan persekitaran sekolah.

Rumusan Permasalahan penilaian dari segi amalan menyebabkan fokus Pendidikan Moral hanya kepada aspek kognitif atau domain penaakulan. Objektif-objektif Pendidikan Moral perlu dijelaskan dengan lebih teliti dalam sukatan. Berkaitan dengan pemahaman konsep asas moral, guru-guru perlu diberi latihan dengan memberi keutamaan kepada guru mata pelajaran Pendidikan Moral supaya mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk mengajar. Sekolah perlu menjadi institusi perkembangan moral yang berkesan bukan sahaja dalam pendidikan formal dan bukan formal malah budaya positif dan program-program yang sesuai perlu selaras dengan tujuan dan matlamat program Pendidikan Moral.

Abdul Rahman Aroff (1986), Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti ________________ (1999), Pendidikan Moral : Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. ________________ (2002) Modul Pendidikan Moral EDU 2003, Serdang: Percetakan Universiti Putra Malaysia. Ee, A.M. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia. Koo, K.P & Tang, C.T.,(1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Nur Surayyah Madhubala Abdullah (2002). Nota Kursus EDU 3650 (Unit 1-6/6), Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia :Serdang Selangor Sidang Pengarang (2004). Rujukan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Untuk Guru-guru Lepasan Diploma dan ijazah DGA 29, DGA 32 da DG 42, Bahagian II, Kompetensi Khusus (Tinggi). Femina, Petaling Jaya.

22

TAJUK 3

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PELBAGAI SITUASI DI DALAM DAN DI LUAR BILIK DARJAH

3.0 Pengenalan Sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, kita mestilah sentiasa bersedia dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik di kalangan pelajar serta menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjaya seandainya proses ini tidak disusuli dengan penyediaan aktiviti yang sesuai dengan kelas yang diajar sama ada kelas biasa atau kelas bercantum.

3.1 Pengajaran Secara Kelas Pengajaran secara kelas bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas. Ini bermakna guru mengajar dengan isi pelajaran yang sama, masa yang sama serta memberikan latihan atau kerja yang sama kepada semua murid di dalam

23

kelasnya. Kaedah kelas ini melibatkan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran guru. Selepas murid-murid sudah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dikehendaki, mereka akan diarah untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Nancy Catty dalam buku Mok Soon Sang mencadangkan prinsip-prinsip pelaksanaan pengajaran secara kelas adalah seperti berikut: • • • • • • Memahami jelas dan tepat apa yang hendak diajar Menyediakan alat bantu mengajar yang diperlukan Menggunakan alat bantu mengajar yang perlu secara berkesan Ajarkan semua murid dalam kelas. Jangan tumpukan perhatian kepada beberapa orang murid sahaja Bertenang dan mempunyai keyakinan serta berlagak secara semula jadi semasa mengajar Melibatkan semua murid di dalam kelas dengan menyediakan aktiviti pembelajaran secara aktif Di samping cadangan-cadangan tersebut, guru yang menggunakan kaedah seluruh kelas hendaklah memastikan setiap murid mematuhi peraturan kelas supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Pastikan setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan pengajaran secara kelas adalah sesuai dan menjadi lebih berkesan sekiranya murid-murid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama ditempatkan dalam kelas yang sama 3.2 Kelas Bercantum Kelas bercantum merupakan satu jenis kelas waktu sekolah rendah atau menengah yang mengandungi lebih daripada satu darjah/tingkatan. Seorang guru Pendidikan Moral mengajar serentak kelas berkenaan. Percantuman kelas ini dijalankan kerana: • • • Bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tidak mencukupi untuk menjadikan satu kelas biasa Peruntukan guru di sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk mengajar tiap-tiap kelas secara berasingan Gabungan kelas Pendidikan Moral adalah selaras dengan pengajaran mata

24

Latihan 5.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut. pelajaran Pendidikan Islam. 3.2.1 Kaedah Pengajaran–pembelajaran Pendidikan Moral di Kelas Bercantum

Guru Pendidikan Moral perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang teliti kerana dua atau tiga kelas diajar serentak dalam satu kelas. Perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan: 1) Pemilihan bahan-bahan yang sesuai bagi setiap kumpulan 2) Tugas-tugas bagi setiap kumpulan perlu ditetapkan 3) Masa perlu diperuntukkan untuk bimbingan dan bantuan individu 4) Objektif-objektif bagi setiap pelajaran hendaklah jelas 5) Gerak kerja setiap peringkat bagi setiap kumpulan hendaklah mencukupi 6) Isi-isi penting bagi setiap tajuk perlu disusun dengan teratur serta dicatat 7) Pastikan umur dan kebolehan kanak-kanak kelas bercantum tidak terlalu berbeza 8) Pastikan bahan-bahan pembelajaran kendiri, kit pembelajaran, lembaran kerja dan sudut-sudut pembelajaran disediakan dengan mencukupi. Ini penting apabila murid diminta membuat kerja sendiri. 9) Elakkan daripada mencantumkan kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan. Mengajar kelas bercantum memerlukan pengelolaan rancangan dan persediaan yang teliti, mencukupi serta bersesuaian. Para pelajar hendaklah dilatih supaya berupaya bekerja tanpa banyak bimbingan, galakan atau kawalan. Di samping itu, segala alat dan bahan pembelajaran kendiri seharusnya mencukupi untuk menjamin kelicinan serta keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di dalam sesebuah kelas bercantum.

Soalan 1 Senaraikan kebaikan dan keburukan kelas bercantum. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

25

Soalan 2 Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

Guru Pendidikan Moral

Sediakan satu Rancangan Pengajaran Pendidikan Moral bagi kelas bercantum di atas bagi tempoh 30 minit. Perkara-perkara berikut perlu dinyatakan: • • • • • • • • • • • • • • • 3.3 Mata pelajaran Kelas Bercantum Bilangan murid Masa Tajuk-tajuk untuk pelajaran hari tersebut Bidang Pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR Kandungan Akademik Sub Nilai Nilai Sampingan Teknik Pendekatan Bahan Bantuan Mengajar Pengetahuan sedia ada Kemahiran Berfikir Hasil Pembelajaran Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Guru Pendidikan Moral dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam pelbagai situasi sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Antara teknik yang boleh digunakan adalah:

26

3.3.1

Ceramah

Orang yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tertentu sering dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada anggota-anggota kumpulan atau institusi yang tertentu, baik dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Kegiatan berceramah ini boleh berlaku di peringkat yang paling asas seperti menjemput konstabel polis, pemandu kereta ambulans atau anggota bomba ke sekolah untuk bercerita kepada para pelajar tentang pengalaman kerja mereka atau secara lebih formal seperti berceramah dalam seminar-seminar kebangsaan atau antarabangsa tentang sesuatu kajian yang dibuatnya ataupun ceramah moral atau kesihatan. Dengan itu, kemahiran berceramah perlu dikuasai oleh seseorang profesional agar komunikasi dapat dilakukan secara cekap dan berkesan dengan anggota-anggota masyarakat atau pelanggannya. Dalam profesion perguruan, aktiviti berceramah tidak dapat dipisahkan dengan peranan guru. Guru yang berketrampilan atau berpengalaman sering dijemput untuk menyampaikan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan pengurusan kokurikulum, program kemajuan staf, dan kaedah dan teknik pengajaran, malahan teknik-teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan awam di kalangan pelajar. Justeru itu, setiap guru pelatih sewajarnya melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran berceramah. Pengertian Ceramah Ceramah merupakan ucapan yang disampaikan oleh seseorang jemputan yang dianggap berpengalaman dan berkepakaran dalam majlis yang formal dan tidak formal. Bahagian pertama ceramah akan diisi oleh ucapan penceramah yang membentangkan pendapat atau pengalamannya dalam bidang yang tertentu. Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka untuk para penonton atau audien untuk mengemukakan soalansoalan. Dengan itu, berlainan dengan pidato/syarahan, ceramah dapat mewujudkan komunikasi dua hala, iaitu penceramah dapat berkongsi maklumat atau pengalaman dengan audien dan audien pula boleh mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka sendiri terhadap sesuatu perkara atau tajuk. Persediaan Ceramah

27

Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang berkenaan. Di peringkat persediaan, penceramah mesti mengenal pasti beberapa perkara penting seperti yang berikut: a) Siapakah audiennya? b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audien? c) Dimanakah ceramah itu akan diadakan? d) Bilakah ceramah itu akan diadakan? Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, seseorang penceramah boleh merancang isi kandungan dan penyampaian ceramahnya. Di peringkat ini, penceramah perlu melakukan perkara-perkara penting seperti yang berikut : a) Mengetahui tajuk ceramah dengan teliti b) Membuat persediaan yang rapi c) Menyemak setiap ilustrasi d) Meninjau atau melawat tempat ceramah (jika boleh) e) Menyemak setiap peralatan f) Memakai pakaian yang sesuai

Kemahiran Melahirkan Pendapat Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka sama ada melalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh itu, penceramah perlu menguasai kemahiran untuk melahirkan pendapat yang meliputi aspek-aspek yang berikut: a) Cara melahirkan pendapat b) Cara mempengaruhi audien c) Nada dan intonasi (a) Cara Melahirkan Pendapat Dalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir bertindak seperti berikut: • • Menentukan aspek yang akan dibentangkan menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah Mengemukakan pendapat dalam bentuk kertas kerja supaya perbincangan tidak yang

28

Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek yang akan dihujahkan a) Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, bukti statistik dan contoh supaya hujah lebih konkrit, berkaitan dan menyakinkan b) Menjawab soalan dan memberikan pendapat terhadap kemusykilan penonton c) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien d) Mengelakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar difahami e) Menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, tepat dan tidak meleret-leret. f) Menyelitkan unsur kecindan dalam penyampaian ceramah – ‘dari mata turun ke hati’ h) Menggunakan gaya tangan, mata dan gerakan badan untuk menekankan fakta (b) Cara Mempengaruhi Audien Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga menguasai kemahiran mempengaruhi audien seperti yang berikut: • • • • • Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina dan profesion audien Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik Menyelitkan unsur kecindan Memastikan suara anda didengari oleh semua audien Menjangka had/batasan tumpuan audien g) Mewujudkan kontek mata yang sesuai dengan penonton, iaiatu melihat mereka

Nada adalah keadaan bunyi yang menarik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata sedang dilafazkan. Intonasi pula adalah keadaan bunyi yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat diucapkan. Ciri-ciri nada dan intonasi yang baik adalah seperti berikut: a) Meninggikan nada suara apabila hendak menarik minat dan perhatian b) Menggunakan nada suara perlahan atau rendah apabila hendak merayu c) Jangan berhujah dengan terlalu laju atau perlahan. d) Pause - Berhenti sebentar apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan semula buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikuti dan memahami hujah anda

29

e) Menggunakan sebutan baku f) Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun suasana yang hambar Kemahiran Menutup Ceramah a) Membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau pandangan. b) Merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan c) Menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat d) Menyatakan harapan agar segala isu dan pandangan yang dikemukakan boleh mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat e) Memohon maaf daripada para penonton sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa menyampaikan ceramah (Dipetik daripada Abdul Rahman Abdul Rashid, 2001) g) Menggunakan nada yang menggembirakan apabila hendak menghidupkan

3.3.2

Filem

Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kecepatan filem adalah kadar kepekaan filem itu kepada cahaya. Kepekaan Filem Filem dikelaskan berdasarkan kepada kepekaannya kepada cahaya: a) Filem LAMBAT – kurang peka kepada cahaya, serta memerlukan kadar cahaya yang banyak untuk pendedahan yang baik; b) Filem SEDERHANA – Lebih peka kepada cahaya; sesuai untuk keadaan cahaya biasa pada waktu siang hari; sesuai untuk kebanyakan subjek biasa; c) Filem CEPAT – sangat peka kepada cahaya; perlu sedikit sahaja cahaya untuk mendapatkan foto yang baik; sesuai untuk gambar foto sukan dengan pergerakan pantas/laju/waktu malam/lampu imbasa.

30

Jenis-jenis Filem a) Filem hitam putih – bagi mendapatkan negatif hitam putih untuk membuat gambar foto hitam putih b) Filem berwarna – bagi mendapatkan negatif warna-warni untuk membuat gambar foto berwarna-warni dan hitam putih c) Filem slaid – Filem positif atau universal untuk mendapatkan slaid warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambarfoto berwarna dan hitam putih.

3.3.3

Drama

Merupakan aktiviti lakonan yang menarik menggunakan skrip supaya murid dapat membuat persediaan. Tujuan-tujuan teknik drama: • • • • • • • Menimbulkan kesedaran tentang mengapa satu-satu perbuatan itu dianggap salah Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap satu situasi tertentu Memberikan peluang kepada murid meluahkan perasaan Memberikan peluang kepada pelajar melakonkan pelbagai watak dan

memperluaskan pengalaman hidup Membantu murid berkomunkasi secara berkesan Membolehkan murid yang pendiam mengambil bahagian serta meningkatkan harga diri Membantu murid membina sikap dan nilai positif

Teknik drama pula berdasarkan prinsip-prinsip berikut: • • • • • Situasi yang diwujudkan perlu selaras dengan pengalaman murid Pelakon mesti fasih serta lantang percakapannya Murid mestilah memahami peranannya Masa perlu diberi supaya murid-murid boleh membuat persediaan Tarik perhatian murid-murid lain tentang aspek-aspek yang perlu diberi perhatian

31

• • 3.3.4 Projek

Keadaan emosi drama dapat dikawal Perbincangan pada akhir drama perlu ada sebagai rumusan Lawatan lawatan merupakan suatu jenis sokongan yang membolehkan murid

memerhatikan apa yang hendak dipelajari melalui buku dalam situasi yang sebenar. Lawatan ialah satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah ke stesen pembelajaran. Di sana, murid-murid dapat memerhatikan bahan-bahan pengajaran Dalam Pendidikan Moral, lawatan serta mengkaji bagaimana bahan itu berfungs.

biasanya diadakan ke tempat-tempat seperti rumah orang tua, rumah anak yatim, muzium, perpustakaan atau tempat rekreasi yang ada kaitan dengan topik pelajaran. (Rujuk Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2002 : Lawatan Sekolah pada Hari Persekolahan) Kejayaan sesuatu lawatan ini bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan aktiviti susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada pelajar. Selain itu, soal selidik yang mengandungi soalan-soalan tentang aspek-aspek penting tempat lawatan boleh diberikan kepada pelajar-pelajar ditumpukan kepada pelajar-pelajar. Dengan cara ini, perhatian para pelajar ditumpukan kepada bahagianbahagian penting semasa membuat lawatan ini. Tujuan Lawatan • • • • • Memberikan kesempatan kepada murid-murid untuk memperolehi pengalaman secara langsung serta menarik Memberikan kesempatan kepada murid membandingkan perkara-perkara yang dipelajari dalam kelas dengan situasi yang sebenar Memperkukuh ingatan tentang perkara-perkara yang dipelajari Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran di sekolah Mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat

Prinsip dan Langkah Pelaksanan Lawatan adalah seperti berikut: Sebelum Lawatan:

32

Latihan 5.4 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut. • • • • • Pilih tempat melawat yang berkaitan dengan topik yang murid baru pelajari Mendapat kebenaran daripada pengetua, pihak tempat melawat, pihak polis serta ibu bapa murid Menguruskan kenderaan yang akan membawa murid-murid ke tempat lawatan Memberi taklimat kepada murid-murid tentang keselamatan, tingkah laku semasa lawatan, tujuan serta perkara-perkara yang hendak diperhatikan Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan untuk lawatan

Semasa Lawatan • • • • Membahagikan murid-murid dalam beberapa kumpulan kecil mengikut topik kajian masing-masing Memastikan setiap orang murid melibatkan diri secara akatif dalam aktiviti kajian Menjaga keselamatan murid dan melarang mereka bertindak sesuka hati Memberikan penerangan apabila murid-murid menunjukkan keraguan

Selepas Lawatan • • Adakan satu sesi perbincangan / sesi refleksi berhubung dengan perkaraperkara yang telah diperhatikan dan dicatatkan semasa lawatan Adakan aktiviti susulan seperti membuat model, melukis pelan dan poster atau mempamerkan benda-benda yang dikumpulkan dari tempat lawatan.

Aktiviti 1 Selain drama dan lawatan, filem, ceramah, kaedah lain seperti pameran kadang kala boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, terutamanya untuk kelas yang perlu dicantum. Pelbagai kaedah ini akan dapat menambah minat murid dalam mata pelajaran ini. Sediakan satu rancangan untuk mengurus dan melaksanakan satu sesi menonton filem / pameran untuk murid anda yang mengandungi butiran-butiran berikut:

Tajuk / tema dan objektif

33

• • • • • • • •

Masa / tempat / tarikh Bilangan perserta dan ahli lain yang terlibat Senarai Ahli Jawatankuasa Kecil (jika berkaitan) Senarai Semak Kerja / surat menyurat Anggaran perbelanjaan (jika berkenaan ) Aktiviti sebelum, semasa dan selepas sesi filem / pameran / ceramah diadakan Borang soal selidik (jika berkenaan) Dan lain-lain

Aktiviti 2 Pernahkah anda menghadiri ceramah berkaitan dengan pendidikan ? Tuliskan satu refleksi tentang sesi ceramah itu dari segi urusan, pengendalian dan sebagainya. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Aktiviti 3 Sediakan satu kertas kerja yang lengkap tentang suatu lawatan ke sebuah Rumah Kebajikan atau Rumah Orang Tua.

34

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Bacaan Asas Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM. Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral.Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

35

TAJUK 4

JENIS-JENIS SUMBER PENDIDIKAN MORAL

DAN

PEMBINAAN

SUMBER

4.0

Pengenalan Bahan sumber ialah bahan-bahan yang dijadikan sumber pengajaran dan

pembelajaran. Umumnya bahan sumber dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sumber bahan atau alat, sumber manusia dan sumber kewangan. Sumber bahan terbahagi kepada dua bahagian iaitu sumber elektronik dan bahan cetak. Bahan elektronik terdiri daripada semua bahan/alat pandang dengar seperti radio, televisyen, filem video, filem slaid, komputer, perisian komputer, cakera padat, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sebagainya. Dengan perkembangan dunia hari ini, boleh dikatakan Komputer dapat mengambil peranan yang dimainkan oleh sumbersumber elektronik lain. Sumber bahan cetak terdiri daripada carta-carta, gambar-gambar rajah, gambargambar buku-buku Pendidikan Moral, majalah, kad-kad, modul dan sebagainya. Buku-buku skrap dan tugasan-tugasan murid yang baik juga boleh dijadikan contoh dan bahan sumber untuk Pendidikan Moral. Model dan bahan maujud juga boleh dijadikan sumber pembelajaran. Sumber manusia tidak banyak terlibat dalam proses pengajaran. Selain tenaga dan kemahiran guru atau pembantu makmal elektronik/bilik sumber, murid-murid sendiri merupakan sumber penting dalam pelaksanaan Pendidiikan Moral. Sumber kewangan pula biasanya terletak di bawah pihak pentadbir sekolah. Guru Pendidikan Moral hanya perlu memohon peruntukan untuk membeli bahan-bahan sumber melalui Panitia Pendidikan Moral.

36

4.1

Pengurusan, Penyediaan dan Penggunaan Sumber

Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan boleh disediakan sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Terdapat juga Pusat Kegiatan Guru daerah mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaran secara bersama. Murid-murid juga boleh diminta membuat bahan-bahan sumber melalui tugasan dan projek. Terpulanglah kepada kreativiti guru dan panitia mata pelajaran untuk menyediakan bahan sumber yang boleh digunakan untuk pengajaran pembelajaran mereka. Anda tentu biasa dengan bilik sumber sekolah. Walaupun cara pengurusan dan pengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama. Bahan-bahan sumber biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut mata pelajaran. Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Kadang kala bahan sumber diletakkan di satu sudut di perpustakaan kerana kekurangan bilik. Namun guru-guru tetap diberi kebenaran untuk menggunakannya dengan membuat catatan supaya bahan-bahan itu tidak hilang dan dapat dikesan. Bahan-bahan ini mesti dipulangkan selepas menggunakannya. Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik yang dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu dibuat tempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan menggunakan bilik ini pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru yang dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah. Guru-guru perlu mengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supaya pengajaran tidak tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu bilik sumber ( jika ada ) atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas digunakan, bahan/alat elektronik mestilah dikembalikan seperti kedudukan asalnya. Langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil. Ciri-ciri Bahan Sumber Sama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dan nilai yang diajar. • • • Bentuk, warna dan saiznya sesuai. Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik. Membantu menambah keberkesanan pengajaran.

37

• • •

Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas. Sesuaikan dengan tahap umur pelajar. Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi

4.2 Jenis-jenis Sumber Seperti mata pelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan lebih berkesan dan menyeronokkan jika pelbagai bahan bantu mengajar digunakan oleh guru. Antara bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh digunakan adalah seperti berikut: 1. Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi, skrip lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster. 2. Bahan-bahan permainan untuk diterapkan nilai dalam bentuk kad atau papan seperti permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata. 3. Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya. 4. Bahan rakaman seperti cerita dan lagu. 5. Bahan pandang dengar seperti video, CD-Rom, filem dan sebagainya. 6. Alat-alat tayangan seperti slaid, komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan sebagainya. Bahan-bahan ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Pendidikan Moral mengikut kesesuaian kandungan akademik yang diajar guru. Bahan-bahan ini perlulah disimpan di tempat khas bahan sumber atau di pusat sumber supaya senang diperolehi oleh guru dan murid. Jika semua guru bekerjasama menghasil, menyimpan dan menggunakan bahan bantu mengajar dengan baik, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan menjadi lebih berkesan. Bahan-bahan sumber Pendidikan Moral adalah penting kerana: 1. Menjadi daya penarik kepada pelajar 2. Dapat mengelakkan kebosanan pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan 3. Mendorong pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan hasil daripada

38

Latihan 5.5 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut. pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar. 4. Dapat memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif 5. Menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran 6. Menggalakkan pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dan teori-teori dalam Pendidikan Moral dapat terperinci dan berkesan diperjelaskan dengan lebih

Aktiviti 1 1. Fikirkan beberapa bahan sumber yang sesuai untuk tajuk-tajuk berikut Nilai berkaitan diri dan keluarga Contoh: • • • Tajuk : Keluarga saya Bahan : Buku skrap

Tajuk____________________________Bahan _______________________ Tajuk____________________________Bahan ________________________

Nilai berkaitan diri dan Alam Sekitar • • • 1. Tajuk____________________________Bahan _______________________ Tajuk____________________________Bahan _______________________ Tajuk____________________________Bahan _______________________ Senaraikan ciri bahan sumber yang baik. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

3. Seorang guru menggunakan carta untuk mengajar. Saiznya kecil, tulisannya kecil dan warnanya malap. Beri komen anda. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

39

______________________________________________________________ ______________________________________________________________

Aktiviti 3 Senaraikan bahan mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Aktiviti 4 Berpandukan jadual di bawah: Teknik 1.Kuiz moral Bahan yang boleh Kelebihan menggunakan

digunakan bahan ini pendidikan Papan kuiz yang kreatif/ papan Guru dapat menyoal dalam skor masa yang dirancang. Wujudkan persaingan sihat

2.

3.

4.

5.

1. Senaraikan teknik Pendidikan Moral.

yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran

2. Untuk setiap teknik senaraikan bahan bantu mengajar yang anda boleh gunakan. 3. Nyatakan kebaikan atau kelebihan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar tersebut berbanding bahan-bahan lain.

40

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

Rumusan 1. Bahan sumber ialah bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran sama ada ia berupa bahan cetak atau bahan elektronik. 2. Bahan-bahan sumber boleh diperoleh dengan pelbagai cara, sama ada dibuat atau dibeli. 3. Pelbagai bahan sumber elektronik seperti radio kaset dan sebagainya yang pada suatu masa dulu amat berguna, boleh digantikan dengan penggunaan komputer dan ICT. 4. Guru-guru perlu mengetahui tentang pengurusan bahan sumber di sekolah. 5. Guru-guru perlu mengetahui tentang cara penggunaan bahan-bahan sumber sama ada bahan cetak atau bahan elektronik. 6. Guru-guru juga perlu mengetahui tentang ciri-ciri bahan sumber yang baik.

41

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Bacaan Asas Ee, A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ______. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ______. ( 2003). Ilmu Pendidikan pengetahuan dan Keterampilan iktisas (semester 1). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hena Mukherjee, Judy Ellis et. al. (1992 ). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

42

SOALAN TUTORIAL Ciri-ciri dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral 1. Anda dapati ada sekumpulan pelajar di sekolah anda menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan. Sebagai guru Pendidikan Moral, huraikan peranan yang anda boleh lakukan untuk membantu pelajar tersebut. (1 jam) Isu-Isu Pelaksanaan Pendidikan Moral Di Sekolah 1. Apakah masalah-masalah yang anda hadapi dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Moral di sekolah anda ? Bagaimana anda akan mengatasi masalahmasalah tersebut. (2 jam) Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dalam Pelbagai Situasi Di Dalam dan Di Luar Bilik Darjah 1. Sediakan satu kertas kerja tentang ceramah moral yang anda akan lakukan. Bentuk AJK dan rancang bersama untuk melaksanakan ceramah tersebut. tentang ceramah tersebut. (4 jam) Jenis-jenis Sumber dan Pembinaan Sumber Pendidikan Moral 1. Sediakan 1 jenis sumber untuk pengajaran Pendidikan Moral Tahap 1 ( gambar rajah, gambar, kad-kad, transparensi, rakaman audio, rakaman video, VCD). Sumber tersebut mestilah relevant kepada nilai dan tahun yang berkaitan. (3 jam) Kendalikan ceramah tersebut. Selepas ceramah habis, edarkan borang selidik. Buat laporan

43

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Rujukan Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM. Abdul Rahman Abdul Rashid, Yap Keni Fatt dan Abd. Rahim Selamat ( 2001). Bahasa Melayu Komunikasi 2 : Komunikasi Retorika, Femina. Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development challenge. Retrived on 23-6-04 from http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual framework. Retrived on 20-5-04 from http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf. Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future. Albany: Delmar Publishers. p 214. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall. Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US: Allyn and Bacon. Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA: Wadsworth Publishing Company. Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth Publishing Company. Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass. Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice Hall.

PANEL PENULIS MODUL BIL NAMA KELAYAKAN

44

1

PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Pengerusi Cik J Krishna Kumary a/p Juval Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor.

BA (Hons) Sejarah. UM M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM Ph. D (Pendidikan). Universiti Queensland. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM Diploma Pendidikan, USM M.Sc. Pendidikan Moral, UPM. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 10 tahun BSc (Hons) Kimia, UM M.Ed Teknologi Pendidikan, UM Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM SPI, Pendidikan Islam, UKM Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral 9 tahun B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) Sarjana Pengurusan (UUM) Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan Pendidikan (USM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 19 tahun B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun B. Econs (UM) Diploma Pendidikan (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun

2

3

Pn. Ng Choo Tang Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

4

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff, Maktab Perguruan Raja Melewar, Beg Berkunci 43, 70990, Seremban, Negeri Sembilan, DK. Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak 98009 Miri Sarawak Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor Pn. Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur Pn. Koh Geok Wah Maktab Perguruan Sarawak, 98009 Miri, Sarawak

5

6

7

8

PANEL PEMURNI MODUL

Bil.

Nama

Kelayakan

45

1.

PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru PENGERUSI Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Larkin, Johor

B.A. (Hons) Sejarah M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling) PhD (Pendidikan) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 2 tahun Pendidikan Moral 1 tahun Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 17 Tahun

2.

3.

Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Serawak.

B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) M.Ed. Pengurusan (UM) Pengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

4.

Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur.

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (USM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun

5.

Pn. Asiah binti Saad Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara M. Sc. Psikologi Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 14 Tahun

6.

Cik Krishna Kumary Juval Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah 80530 Larkin Johor Baharu.

B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM) Diploma Pendidikan (USM) M SC. Pendidikan Moral (UPM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 10 tahun

7.

Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

BA (Hons) Pengajian Islam M Ed (Pendidikan Islam) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 2 tahun

46

47

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->