You are on page 1of 10

CIRI-CIRI UTAMA DALAM SETIAP PERINGKAT KE ARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA

Malayan Union 10 Oktober 1945 Malayan Union diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-Raja Melayu. Malayan Union diperkenalkan kerana: i. Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan

pentadbiran. negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, NegeriNegeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yang besar dan sistem pentadbirannya terpisah. ii. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu. iii. Malayan Union merupakan langkah pertama dalam proses menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri.

Ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan ialah:

i.

Semua negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah sebuah kerajaan pusat. Malayan Union akan diperintah oleh seorang Gabenor British dengan bantuan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan.

ii.

Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British.

iii.

Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

iv.

Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatic jika berumur 18 tahun ke atas dan telah menetap selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Pengenalan Malayan Union memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

Cadangan penjajah British memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu kerana sebab-sebab berikut:

i.

Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

ii.

Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prinsip jus soli.

iii.

Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

iv.

Cara Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan Sultan Kedah telah diberi kata dua sama ada menandatangani surat persetujuan Malayan Union atau dilucutkan daripada takhta pemerintahan.

Persekutuan Tanah Melayu 1 Februari 1948

Oleh kerana cadangan penubuhan Malayan Union telah ditentang hebat oleh orang Melayu, maka cadangan tersebut telah dibatalkan dan British mulai sedar bahawa tanpa sokongan daripada orang Melayu, Malayan Union pasti akan gagal. British kemudian menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada bulan Julai 1946 terdiri daripada:

y y y

4 orang wakil Raja-Raja Melayu 2 orang wakil UMNO 6 orang wakil pegawai British.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baharu yang boleh diterima oleh semua orang Melayu.

Disember 1946, British menubuhkan Jawatankuasa Perunding terdiri daripada 5 orang Eropah, 2 orang Cina dan 2 orang India untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja.

1 Februari 1948, akhirnya British mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu. Ciri-ciri penting dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu:

i.

9 negeri Melayu terlibat dalam Persekutuan berserta Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan.

ii.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.

iii.

Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan akan terdiri daripada 3 orang anggota ex-officio, 4 orang anggota rasmi (dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi) dan sekurang-kurangnya 5 dan selebih-lebihnya 7 orang anggota tidak rasmi (dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi).

iv.

Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, 3 orang anggota ex-officio, 9 orang Yang Dipertua Majlis-majlis Mesyuarat Negeri serta 2 orang wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau Pinang dan 10 orang anggota rasmi dan 50 ahli tidak rasmi (kesemua dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi).

v.

Sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan Negeri.

vi.

Syarat-syarat

kewarganegaraan

diperketat.

seorang

yang

layak

mendapatkan kewarganegaraan secara permohonan mestilah telah lahir di Tanah Melayu dan bermastautin selama 8 daripada 12 tahun sebelum permohonannya atau telah bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonannya. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut ialah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan bahasa Melayu atau Inggeris yang baik. vii. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum Bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Perjanjian London 8 Februari 1956

Januari 1956, seramai 8 orang dalam sebuah rombongan ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman cuba untuk menuntut kemerdekaan dari Kerajaan British. Rombongan kemerdekaan ini adalah dari kalangan orang Melayu dan orang bukan Melayu serta wakil dari Raja-Raja Melayu dan parti Perikatan.

Wakil Raja-Raja Melayu:

i. ii. iii. iv.

Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak sebagai ketua. Encik Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor. Datuk Mohammad Seth bin Mohammad Said, Menteri Besar Selangor. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas Menteri Besar Kelantan. y Setiausaha : Encik Abdul Kadir bin Samsuddin

Wakil Perikatan:

i.

Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua.

ii. iii. iv.

Datuk Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri Hasil Bumi. y Setiausaha : T.H. Tan.

Pihak British telah diketuai oleh Lord Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British. Wakil Perikatan dan Raja-Raja Melayu telah mencapai persetujuan dalam soal kemerdekaan sebelum memulakan rundingan dengan pihak British, ini lebih memudahkan rundingan kemerdekaan di Landon tersebut. Hasil dari rundingan tersebut memberikan kejayaan apabila Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Isi kandungan perjanjian tersebut adalah seperti berikut:

i. ii.

British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi.

iii.

British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu melalui Anglo-Malayan Defence Treaty 1956.

iv.

Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956. Keahliannya terdiri daripada: y y y y y Lord Reid Britain Sir Ivor Jennings Britain Sir William Mckell Australia B. Malik India Hakim Abdul Hamid Pakistan

Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang ingin digubal perlu mengambil kira perkara berikut:

i. ii.

Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu.

iii.

Pewujudan jawatankuasa Ketua Negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong.

iv.

Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum yang lain.

v.

Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia

Unsur-unsur tradisi meliputi:

i. ii. iii. iv.

Bahasa Kebangsaan Agama persekutuan Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak Pemerintahan beraja

Unsur-unsur tradisi ini berperanan menstabilkan sistem politik Negara dan laporan Suruhanjaya Reid menekankan bertapa pentingnya Perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957(Abdul Aziz Bari, 2001). Unsur-unsur ini amat penting sehingga dilindungi dibawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.

Sabah dan Sarawak

Pembentukan Malaysia, 1963 membawa

satu perubahan kepada hubungan

etnik di Malaysia. Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, kedudukan kaum Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut diberikan status yang sama sebagaimana orang Melayu iaitu mereka juga dimasukkan ke dalam Perkara 153. Sabah dan Sarawak masing-masing telah menandatangani Perjanjian 20 Perkara (20-Point Agreement) dan Perjanjian Perkara 18 (18-Point Agreement) semasa menyertai Malaysia. Kedua-dua perjanjian tersebut bertujuan untuk melindungi kepentingan dan autonomi rakyat Sabah dan Sarawak. Perjanjian-perjanjian tersebut merangkumi pelbagai perkara termasuk imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia dilindungi oleh kuasa Yang Dipertua Negeri ,negeri-negeri berkenaan iaitu pindaan hanya boleh dibuat sekiranya terdapat persetujuan mereka. Dengan kata lain, Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa Sabah dan

Sarawak. Hal ini menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-raja berhubung dengan kedudukan orang Melayu.

Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut:

i.

Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya;

ii.

Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan

seumpamanya; iii. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-raja menghalang Parlimen membuat undangundang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam; iv. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat; v. Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka; dan vi. Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Bahasa Melayu

Bahasa kebangsaaan disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 yang memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (yang mengikut implikasi mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi). Namun begitu, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain. Agama Islam

Agama Islam adalah agama rasmi bagi Persukutuan, Perkara 3 (1). Kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan terhadap semua agama, iaitu semua org mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan setiap agama mempunyai hak untuk:

i. ii. iii.

Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang

Oleh sebab Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan, pihak kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuh atau menyelenggara atau membantu penubuhan institusi Islam dan melaksanakan ajaran agama dalam agama Islam serta

mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu (Mohamed Suffian Hashim, 1987).

Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu itu ditakrifkan sebagai:

i. ii. iii.

Lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu Menganuti agama Islam Mengamalkan adat istiadat Melayu

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah:

i.

Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun, dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut.

ii.

Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain, iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain.

Pemerintahan Beraja

Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Menurut konsep Raja Berperlembagaan ini, raja-raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.

You might also like