You are on page 1of 1

y Sistem transmisi - Berfungsi untuk menghantar aliran kuasa enjin kepada roda pemacu.

Sistem transmisi menyediakan pilihan nisbah gear yang bersesuaian dengan keadaan pemanduan. Terdapat dua jenis sistem transmisi secara umumnya iaitutransmisi manual dan transmisi automatik. Sistem elektrik - Berfungsi membekalkan arus elektrik yang diperlukan oleh y sistem penyalaan, lampu -lampu utama dan lampu isyarat, serta peralatan elektrik yang lain. y Sistem penyejukan - Berfungsi menyejukkan enjin agar enjin dapat beroperasi pada suhu yang betul. Enjin yang terlalu panas akan mengalami kerosakan manakala enjin yang terlalu sejuk pula tidak berupaya menghasilkan kuasa optimum. Sistem kemasukan udara - Membekalkan udara bersih kepada enjin untuk y pembakaran bahan api. y Sistem kerangka dan suspensi - Berfungsi menyokong enjin, pemandu, penumpang serta kenderaan itu sendiri. Sistem suspensi menyerap hentakan sepanjang jalan bagi keselesaan pemandu dan penumpang.

TRANSMISI MANUAL
Transmisi manual adalah sistem transmisi automotif yang memerlukan pemandu sendiri menekan injak klac dan menukar gear secara manual. Dari segi pemilihan gear, transmisi manual boleh dibahagikan kepada dia iaitu:y transmisi manual konvensional (seperti yang digunakan padakereta) yang membolehkan pemandu menukar pada mana -mana posisi gear pada bila-bila masa y transmisi manual berjujukan (seperti yang digunakan padamotosikal dan kereta perlumbaan seperti Formula Satu) yang hanya membenarkan pemandu menukar gear mengikut urutan (gear lebih rendah atau lebih tinggi).

You might also like