You are on page 1of 12

Tahap 1 ( Tahun 3)

Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif. Meneroka pelbagai alat, bahan dan kaedah melalui aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional.

Tahap 2 (Tahun 5)
Meningkatkan pengetahuan dan memahami elemenelemen asas seni reka dalam penghasilan karya. Membuat penerokaan melalui pemerhatian dan bantuan komputer semasa penghasilan karya. Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan mata pelajaran lain untuk mewujudkan idea yang kreatif.

Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni. Menghargai alam sekitar serta menghayati unsur flora dan fauna dalam setiap penghasilan karya. Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan.

Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam setiap penghasilan karya. Mengamalkan nilai-nilai murni dan mengutamakan keselamatan. Menghargai sumbangan pelukis dan tokoh kraf tempatan. Mengumpul, menyatakan dan merekodkan hasil pembelajaran untuk penghasilan portfolio.

Tahap 1 (Tahun 3)
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Cadangan aktiviti : 1. Stensilan 2. Montaj 3. Capan 4. Catan 5. kolaj

Tahap 2 (tahun 5)
Menggambar berdasarkan tema dan pengalaman serta imaginasi murid secara manual dengan bantuan komputer. Cadangan aktiviti : 1. Mozek 2. Resis 3. Cetakan

Tahap 1 (tahun 3)
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam membuat corak dan rekaan. Contoh aktiviti : 1. Cetakan 2. Capan 3. Lipatan dan guntingan 4. gurisan

Tahap 2 (tahun 5)
Membuat corak dan rekaan berdasarkan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer. Contoh aktiviti : 1. Menggunakan perisian komputer dalam membuat cetakan 2. Menghias objek

Tahap 1 ( tahun 3)
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam membuat binaan. Cadangan aktiviti : 1. Arca 2. Bekas 3. Model 4. Topeng serkup 5. Alat muzik

Tahap 2 ( tahun 5)
Menggunakan Asas Seni Reka dalam membentuk dan membuat binaan. Cadangan aktiviti : 1. Boneka 2. Hiasan diri 3. Pembungkusan 4. Asemblaj 5. Alat muzik

Tahap 1 (tahun 3)
Peningkatan pemahaman tentang motif dan tatacara serta disiplin kerja. Cadangan aktiviti : 1. Batik 2. Wau 3. Gasing 4. Anyaman 5. tembikar

Tahap 2 (tahun 5)
Menggunakan Asas Seni Reka dalam membuat binaan. Cadangan aktiviti : 1. Arca 2. Boneka 3. Asemblaj 4. Alat muzik 5. Hiasan diri

You might also like