P. 1
ISU PENDIDIKAN SEMASA

ISU PENDIDIKAN SEMASA

4.76

|Views: 30,796|Likes:
Published by onemahmud

More info:

Published by: onemahmud on Sep 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/23/2013

pdf

text

original

GC6033: ISU PENDIDIKAN SEMASA

LALUAN KERJAYA DALAM PROFESION KEGURUAN
MOHD ZAHIR BIN MOHD IDRIS P 42947 SARJANA PENDIDIKAN (PENTADBIRAN PENDIDIKAN) SEMESTER 2 SESI 2007/2008

Keguruan Sebagai Satu Profesion

_

“Mengajar ialah pekerjaan profesional. Tugas yang dilakukan oleh guru adalah bersifat intelektual, memerlukan amalan pertimbangan yang konsisten, tidak boleh disamarata atau dirutinkan, dan menuntut persediaan yang berpanjangan melalui pendidikan.” Janet A. Weiss (1989,2)

Ciri-ciri Profesion

proses membuat keputusan berdasarkan pengetahuan formal yang diperoleh daripada pendidikan dan amalan yang menyeluruh; individu yang bersifat objektif, adil dan tidak mementingkan diri sendiri; tahap perkhidmatan yang diberikan kepada klien; orientasi berasaskan kumpulan (referencegroup orientation); struktur kawalan yang jelas (distinctive control structure); dan kod etika yang digubal untuk melindungi profesion dan klien atau kepentingan awam.

Ciri Profesionalisme Guru
 

tahu cara menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dalam bidangnya; sentiasa terbuka untuk belajar tentang cara meningkatkan mutu amalannya serta sentiasa berusaha memperbaiki dirinya; sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya dengan profesional lain dalm bidang keguruan; dan Matlamat kerjaya ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan (continuous development). (Wan Mohd Zahid Noordin, 2003).

Teori Perkembangan Guru

Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai “satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan”

Teori Perkembangan Guru
 

Peringkat perkembangan dalam Model Berliner adalah seperti berikut: Peringkat 1 – Peringkat permulaan atau novice Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks; Peringkat 2 – Peringkat lebih maju atau advanced beginner Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun. Pengalaman dan konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkah laku guru; Peringkat 3 – Peringkat cekap atau competent Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan, membuat keutamaan dan membuat perancangan. Berdasarkan pengalaman yang diperoleh, guru menjadi lebih peka terhadap perkara yang penting atau remeh. Namun, kemahiran mengajar masih lagi kaku dan tidak

Teori Perkembangan Guru

Peringkat 4 – Peringkat mahir atau proficient Terdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar selama lima tahun. Guru boleh mengesan maklumat yang wujud dalam semua konteks dan situasi serta mampu membuat ramalan tentang sesuatu kejadian dengan cepat; dan Peringkat 5 – Peringkat pakar atau expert Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah.

Sorotan Profesion Perguruan

DAHULU:
guru dianggap insan yang terpilih yang didatangkan untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat; menjadi panduan dan rujukan; dan mengajar masyarakat Melayu berorganisasi dalam bidang sosial dan arena politik

 

Sorotan Profesion Perguruan

KINI:
dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion profesional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan arkitek; anggap tanpa latihan asas masih boleh menjadi guru sandaran atau sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada.

Mengapa profesion keguruan kurang mendapat tempat sebagai pilihan kerjaya?

profesion yang statik, kurang masa dan peluang terlalu kecil; berhadapan dengan berbagai karenah pelajar yang begitu ramai; perlu melayani karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan, pertubuhan dan masalah peribadi;

Mengapa profesion keguruan kurang mendapat tempat sebagai pilihan kerjaya?

kurang pembelaan sehingga ada cadangan meletakkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di bahagian pengurusan samada di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah ataupun di Jabatan Pelajaran Negeri; wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan kerja keras guru yang mengajar; dan beban kerja dan kurang insentif yang diterima.

Statistik mengenai perbandingan peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama:

  

Pendidikan 3.5% Jurutera Awam (Kerja Raya) 27.1% Pegawai Perubatan 15.1% Polis 18.6% Pegawai Pertanian 13.4% Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 38.4%

Cabaran Dalam Profesion Keguruan

anggapan bahawa jadual tugas guru amat mudah dan guru hanya perlu bekerja setengah hari sahaja dan mempunyai cuti yang banyak; hakikatnya, tugas guru adalah melangkaui waktu persekolahan. guru turut berperanan melaksanakan tugas berdasarkan arahan dan keperluan tugas yang lain.

Cabaran Dalam Profesion Keguruan

Noriah (1994) : profesion keguruan merupakan profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas; Faridah dan Zubaidah (1999): Bebanan kerja guru bukan sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja perkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Cabaran Daripada Pihak Sekolah

persaingan akademik dalam kalangan pentadbir sekolah untuk mendapatkan pengiktirafan umum; masalah kekurangan guru, kekurangan prasarana dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran; bilangan murid yang ramai dalam sebuah bilik darjah.

Cabaran Daripada Murid

karenah murid daripada pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan kebolehan; memahami serta memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan murid;

Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu bapa

kehendak ibu bapa yang mahukan guru mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan keperibadian serta kebolehan intelektual anak mereka; ibu bapa cepat mempersalah dan mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka.

Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Negara

perubahan kurikulum yang bersifat dinamik selaras dengan keperluan semasa menuntut guru untuk melakukan penyesuaian agar segala objektif yang disasarkan melalui perubahan kurikulum akan dapat dicapai; selaku role model kepada murid, guru harus mempunyai ciri dan nilai yang boleh diteladani oleh murid.

Cabaran Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan Semasa

Hargreaves (2003) menyenaraikan tiga cabaran utama guru dalam era k-ekonomi iaitu: 1) menjadi pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan (knowledge society) untuk merealisasikan peluang yang dibawa bersamanya; 2) menjadi pengimbang kepada masyarakat dari ancaman yang dibawa oleh era k-ekonomi; dan 3) menjadi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memenuhi jangkaan dari segi pendidikan dengan menggunakan kos yang minima; bidang pendidikan dan guru adalah diharapkan berfungsi sebagai penyelamat masyarakat.

Cabaran Dalam Diri Guru Terhadap Profesion Keguruan

memotivasikan diri menjadi pendidik selaras dengan harapan ibu bapa, masyarakat dan negara; bebanan tugas yang menimbulkan fenomena burn out dalam kalangan guru, imbuhan kerja yang kurang menarik dan kekurangan peluang kenaikan pangkat.

Teori Motivasi Dan Keperluan

Herzberg (1987) :Teori Motivator Hygiene dikenali sebagai teori dua faktor atau dualfactor theory. Set faktor asas hygiene bagi membolehkan seseorang pekerja berfungsi: pertalian antara ketua dengan orang bawahan; pertalian antara ketua dengan pihak atasan; polisi dan peraturan pentadbiran; syarat-syarat kerja; dan pengawasan kerja.

    

Teori Motivasi Dan Keperluan

  

 

Set faktor motivator sebagai penggerak atau pendorong kepada pekerja untuk meningkatkan usaha dan menghasilkan kerja yang lebih baik: pencapaian yang diperolehi; pengiktirafan yang diberikan; cabaran dan kesan terhadap minat seseorang; tanggungjawab yang dipegang; dan peluang kenaikan pangkat.

Teori Motivasi Dan Keperluan

Teori ini berpegang kepada beberapa andaian seperti berikut: Pekerja memerlukan keadaan persekitaran yang sesuai dan selesa bagi mendatangkan rasa kepuasan bekerja; Apabila kepuasan persekitaran kerja dicapai, seseorang pekerja memerlukan faktor tertentu untuk memotivasikannya bekerja dengan lebih baik, rajin, cermat dan produktif; Motivasi ialah penggerak bagi individu untuk bertindak. Tindakan yang dibuat adalah berasaskan motif tertentu; Manusia bertindak membuat sesuatu kerana didorong oleh sesuatu kehendak; dan Manusia didorong bertindak jika ia berpendapat tindakannya akan menghasilkan sesuatu yang diingini.

Teori Motivasi Dan Keperluan

Abraham Maslow (1954): Hirarki Keperluan Manusia

Keperluan dan Tahap Tahap 5: Pencapaian kendiri/Self actualization Tahap 4: Keperluan untuk dihargai

Petunjuk jenis fisiologi dan psikologi Pencapaian perkembangan individu yang tertinggi. Tahap kreativiti dan perasaan sendiri. Harga diri – bukti pencapaian, kecekapan dan keyakinan. Boleh dihargai oleh orang lain – diberi pangkat, penghargaan dan penghayatan Perhubungan yang memuaskan dengan yang lain. Menganggotai kumpulan tertentu. Memberi dan menerima kasih sayang. Perlindungan dari bahaya dan ancaman, kebebasan dari perasaan takut, runsing dan kacau bilau. Keperluan terhadap struktur, peraturan undangundang, sempadan dan kekukuhan. Memenuhi keperluan fisiologi seperti berikut: Rasa dahaga Rasa tidur Rasa lapar Bau yang selesa Keperluan seks Sentuhan

Keperluan di tahap tinggi

Tahap 3: Keperluan keanggotaan, dikasihi dan aktiviti sosial Tahap 2: Keperluan keselamatan dan ketenteraman Keperluan di tahap rendah

Tahap 1: Berbentuk fisiologi

Teori Motivasi Dan Keperluan

Impak teori dua faktor Herzberg dan tahap keperluan yang dipenuhi mengikut teori keperluan Maslow akan mendorong guru untuk memajukan dirinya dalam profesion serta dapat menghasilkan murid yang cemerlang.
Model Analisis Input - Output
Input Guru yang bermotivasi (hasil daripada pemenuhan tahap teori keperluan Maslow dan persekitaran, hubungan serta penghargaan yang diterima mengikut teori dua faktor Herzberg) Proses Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan Output Pencapaian murid yang cemerlang, berakhlak mulia dan berkemahiran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP)

Dasar meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru; dan memastikan guru yang berkualiti akan kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan

Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP)

Fokus : menambah baik sistem pemilihan calon guru; memantapkan latihan perguruan; memantapkan kerjaya guru; menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru; dan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

  

Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) Strategi :  Menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru.  Memantapkan latihan perguruan dengan:  menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan;  mereka bentuk serta menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru;  meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan; dan  memperluas dan meningkatkan aktiviti

Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) Strategi :  Memantapkan kerjaya guru dengan menambah baik perjawatan guru dan menambah perjawatan dan peluasan kenaikan pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G.

Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia dengan penyediaan mekanisme bekalan guru.

Skim Perkhidmatan Profesion Keguruan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Skim Perkhidmatan Profesion Keguruan

Data guru sehingga 31 Januari 2007: 198,894 orang guru di 7,621 buah sekolah rendah 140,988 orang guru di 2,055 buah sekolah menengah.

Sumber: BPPDP, KPM

Skim Perkhidmatan Profesion Keguruan

PPP Lepasan Diploma DGA29 DGA32 DGA34 DGA38

PPP Siswazah
DG41 C DG44 DG48 DG52 DG54 JUSA

Skim Perkhidmatan Profesion Keguruan

Amalan dasar: Guru PPPLD ditugaskan untuk mengajar di sekolah rendah; Guru PPPS ditugaskan di sekolah menengah.  Perubahan Dasar: inisiatif dan dasar pensiswazahan guru 50% guru siswazah di sekolah rendah 100% guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2010

Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan

Kenaikan pangkat secara timebased Khas Untuk Penyandang (KUP); Memperluas Konsep Pengetua Kanan Gred DG52 (KUP) dan Pengetua Cemerlang Gred DG54(KUP) serta Pengetua Cemerlang Gred Jusa C;

Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan

Sehingga bulan Jun 2007, kuota yang diluluskan bagi jawatan Pengetua Cemerlang ialah sebanyak 10 jawatan diperuntukkan untuk gred JUSA C, 200 jawatan untuk gred DG54 dan 400 jawatan untuk gred DG52. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah meluluskan lapisan gred baru DGA38 bagi jawatan Guru Besar Cemerlang. Dalam tempoh lima tahun disasarkan sebanyak 1700 jawatan DGA38 akan diisi.

Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan

Memperluas Konsep Guru Cemerlang Gred Khas C di Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi Serta Menambah Kuota Guru Cemerlang DGA32 dan DGA34

Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan

“Guru

Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.”

(Petikan daripada Buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang)

Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan

Jawatan Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam profesion keguruan. Kenaikan pangkat menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah. profesion keguruan akan kehilangan guru pakar yang berdedikasi dalam bidang masingmasing. kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru

Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang: Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masingmasing; Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P); Menjadikan Guru Cemerlang sebagai role model kepada guru lain;

Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan

Meningkatkan motivasi guru; Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang; Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran; Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran; dan

Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan

Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track) Khas Untuk Penyandang (KUP). Sehingga bulan Jun 2007, peruntukan kuota bagi guru cemerlang ialah sebanyak 24 jawatan untuk gred Khas C, 100 jawatan untuk gred DG54, 250 jawatan untuk gred DG52, 1000 jawatan untuk gred DG48 dan 4000 jawatan untuk gred DG44. Manakala bagi Guru Lepasan Diploma pula 800 jawatan untuk gred DGA34 dan 3200

Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan

Pelan tindakan KPM di bawah fokus memantapkan kerjaya guru turut mengandungi perancangan berikut: Menetapkan sekurang-kurang seorang Guru Cemerlang bagi setiap sekolah menengah pada gred DG44; Mewujudkan gred kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia/Jabatan Pelajaran Negeri; Mewujudkan pelan pembangunan staf, guru cemerlang dan staf sokongan;

Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan

Menyediakan laluan fast track untuk guru berasaskan merit dan prestasi, bukan hanya menggunakan kekananan sebagai asas utama; Mewujudkan gred baru Guru Besar Cemerlang DG41; Mewujudkan dasar yang lebih jelas bagi program pensiswazahan; Menyediakan unjuran jangka panjang bagi program sarjana dan PhD;

43

Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan

Menyediakan kaedah kenaikan pangkat untuk mempercepatkan KUP pegawai di KPM/JPN memegang jawatan hakiki (dalam tempoh 2 tahun); Menambah baik norma perjawatan guru iaitu norma baru 1:1.7 menjelang tahun 2010; Menetapkan pemberian elaun kepada guru tugas-tugas khas; dan Mengkaji cuti rehat dan waktu bekerja

Penutup
Skim perkhidmatan keguruan perlu terus dipertingkatkan bermula daripada aspek pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan profesional yang lain. Pendekatan yang mewujudkan laluan kerjaya profesion keguruan yang lebih menarik akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan, menarik minat individu lain untuk menyertai profesion ini serta akan dapat melahir dan mengekalkan guru-guru berkualiti dan sekali gus memartabatkan profesion

Sekian, terima kasih.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->