P. 1
Modul Halus Bm 2 Pmr

Modul Halus Bm 2 Pmr

|Views: 1,429|Likes:
Published by Nur Izzati

More info:

Published by: Nur Izzati on Jul 31, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

UNIT KURIKULUM BAHASA

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK

MODUL PELAJAR HARAPAN LULUS ( HALUS ) BAHASA MELAYU KERTAS 2 PMR

Disediakan oleh : En.Hamidi bin Ariffin
( SMK Raja Muda Musa )

En.Mohd Rodzi bin Arbi
( SMK Seri Setia )

En.Mohd Helmi bin Musa
( SMK Hutan Melintang )

Pn.Noor Masuri binti Long
( SMK Seri Perak )

SASARAN MARKAH PELAJAR HARAPAN LULUS ( HALUS )

SOALAN BAHAGIAN A (i) (Meringkas) BAHAGIAN A (ii)

MASA 30 minit 10 minit

MARKAH 20 markah 10 markah 20 markah 40 markah 10 markah 100 markah

TARGET 10 markah 3 markah 8 markah 15 markah 4 markah 40 markah

(Pemahaman) BAHAGIAN B 25 minit (Karangan Rangsangan) BAHAGIAN C 45 minit (Karangan Respon Terbuka) BAHAGIAN D 10 minit (Novel) JUMLAH

02/2 Bahasa Melayu Kertas 2

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon. 5.BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN 1. . Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan PERATURAN PEMARKAHAN Bahagian A (i) : 20 markah 1. 2. 3. 4. (a) Bahasa dinilai secara tanggapan (impression). (b) Pemeriksa diminta menandakan kesalahan sebagaimana penandaan karangan.

mak.5m) 1. (Bhs . 2. Masih berupaya menggunakan ayat sendiri .pemilihan kata agak terhad .ayat yang gramatis . Berupaya menggunakan ayat sendiri . Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca minimum.(c) Peringkatkan markah calon berdasarkan criteria di bawah. ejaan dan tanda baca ATAU 3.10 7-8 5-6 3-4 1-2 PANDUAN MENJAWAB 1. Guru menerangkan kepada pelajar isi perlu dicari berdasarkan arahan tugasan soalan ( berwarna hitam ). Bahasa baik dan lancar 2. Bahasa : 2m) MARKAH Cemerlang 9 -10 Baik 6-8 Memuaskan 3-5 Penguasaan Minimum 1-2 Markah Isi ( 10 markah ) BILANGAN ISI 5 4 3 2 1 MARKAH 9 . Ejaan dan tanda baca betul 1. Bahasa yang kurang lancar 2.pemilihan kata yang tepat .penanda wacana yang sesuai 3.Menyalin bulat-bulat petikan (Isi : tolak 50%. Bahasa baik dan lancar 2. Markah Bahasa (10 markah ) PERINGKAT CIRI-CIRI 1. .penanda wacana yang masih sesuai 3.ayat yang masih gramatis . 1. Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat.Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah.

2. Selain itu. S4 . Gunakan ayat yang terdapat dalam petikan dengan membuang contoh-contoh atau perkataan tidak perlu tanpa menjejaskan isinya. Masukkan penanda wacana dan ditulis selepas setiap dua isi. Seterusnya. S8 . 4. Di samping itu. 7. S6 . Isi ringkasan yang telah dijumpai perlulah digariskan. 8. Jumlah perkataan mesti ditulis. 6. S3 . S7 . Panjang ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan. S5 . 3. Pelajar perlu membaca setiap ayat untuk mengenal pasti isi berdasarkan arahan tugasan soalan. S2 . Rangka ringkasan karangan adalah seperti berikut : Antara + arahan tugasan soalan + S1 . ( _______ patah perkataan ) SOALAN CONTOH Bahagian A (i) [ 20 markah ] . 5.

Beliau dibantu oleh Bahagian Polisi dan Komunikasi. Usaha untuk meningkatkan sektor pertanian dan taraf hidup golongan petani. setiap rakyat mesti mendapat faedah daripada setiap dasar yang diperkenalkannya. berhemah dan sentiasa menekankan soal keprihatinan kepada masalah rakyat dan pembangunan manusia. Selain itu. menulis teks ucapan beliau sendiri. Datuk Seri Najib Tun Abd. Berdasarkan petikan tersebut. beliau juga teliti orangnya sehinggakan kesilapan kecil seperti tiada koma atau noktah dalam ayat pun dapat dihidunya. Oleh sebab itu. Utusan Malaysia.Baca petikan di bawah dengan teliti. dalam ucapannya. Bagi Datin Seri Endon Mahmood. Gemilang dan Terbilang ” dalam kerajaan pimpinannya agar setiap pemimpin serta rakyat bermotivasi untuk berdaya maju. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Begitulah berwibawanya Perdana Menteri kita. iaitu rasuah dan dadah. semua untuk rakyat dan negara. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sebut sahaja nama Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi. beliau ada menyebut bahawa ”Saya tidak mahu tuan-tuan bekerja untuk saya tetapi mahu tuan-tuan bekerja bersama-sama saya kerana bangsa. Menurut Timbalannya. masyarakat akan terus terbayang akan kesungguhan Perdana Menteri Malaysia ini memerangi musuh nombor satu negara. Oktober 2004 ) CONTOH SKEMA JAWAPAN Isi cadangan : 1. Bagi Perdana Menteri kita ini. Bagi beliau. Beliau juga bekerja keras tidak mengira masa dan tempat. Beliau juga berusaha memerangi pelbagai gejala sosial dalam masyarakat. . Kesungguhan Perdana Menteri dalam memerangi musuh nombor satu negara iaitu rasuah dan dadah. apa-apa juga yang dilakukannya. gaya kepimpinannya Pak Lah terbuka. Datuk Seri Abdullah juga mengajak rakyat bersama-samanya untuk membangunkan dan memajukan negara. bergantung pada keperluan. terutamanya yang berurusan secara langsung dengan rakyat.” Beliau juga memperkenalkan slogan ”Cemerlang. Pejabat Perdana Menteri yang membuat penyelidikan tentang sesuatu isu. Kesungguhan beliau ini dapat dilihat daripada kempen antimerokok dan menangani kehadiran pendatang asing secara haram di negara kita. nelayan dan penternak menjadi keutamaan Perdana Menteri sejurus mengambil alih kepemimpinan negara. agama dan negara. Selain itu. Razak. Beliau juga mahu sektor awam mempercepat proses kerja dan meningkatkan kualiti kerja. tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk membangunkan negara. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana dalam keluaran khas. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Badawi. ”Setahun Menerajui Negara”. Wanita Pertama Malaysia pula. suaminya telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlangnya untuk membangunkan negara. Mesyuarat berlangsung di pejabat mahupun di kediaman beliau walaupun pada sebelah malam. antara perkara yang terawal yang dilakukannya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ialah melawat ke pejabat-pejabat kerajaan.

nelayan dan penternak. Berusaha untuk meningkatkan sektor pertanian dan taraf hidup golongan petani. Berusaha untuk meningkatkan sektor pertanian dan taraf hidup golongan petani. Gemilang dan Terbilang”. Usaha Perdana Menteri dalam kempen antimerokok dan menangani kehadiran pendatang asing secara haram ke negara ini. Beliau juga berusaha untuk memerangi pelbagai gejala penyakit sosial dalam masyarakat. 9. beliau juga memperkenalkan slogan “ Cemerlang. Melawat ke pejabat-pejabat kerajaan terutamanya yang berurusan secara langsung dengan rakyat. CONTOH RINGKASAN LENGKAP Antara usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk membangunkan negara ialah kesungguhan Perdana Menteri dalam memerangi musuh nombor satu negara iaitu rasuah dan dadah. Selain itu. Beliau mahu sektor awam mempercepat proses kerja dan meningkatkan kualiti kerja. Beliau mengajak rakyat bersama-samanya untuk membangunkan dan memajukan negara. ( 83 patah perkataan ) 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 . nelayan dan penternak. 3. 6. 5. 7. Seterusnya. Mesyuarat diadakan di pejabat mahupun di kediaman beliau walaupun pada sebelah malam. Perdana Menteri bekerja keras tidak mengira masa dan tempat. bergantung pada keperluan. 8. 4. Beliau juga memperkenalkan slogan“ Cemerlang. Usaha Perdana Menteri dalam kempen antimerokok dan menangani kehadiran pendatang asing secara haram ke negara ini. Di samping itu. Beliau mengajak rakyat bersama-samanya untuk membangunkan dan memajukan negara. Perdana Menteri bekerja keras tidak mengira masa dan tempat.2. beliau juga berusaha untuk memerangi pelbagai gejala penyakit sosial dalam masyarakat. Gemilang dan Terbilang ”.

Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN ( 10 MARKAH ) PERATURAN PEMARKAHAN . 3.BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN 1. 4. 2. 5.

Jawapan dimulakan dengan sebahagian daripada soalan. Menggunakan maksud rangkai kata yang sama maksud dan sesuai digunakan semula dalam konteks petikan. Jawapan dimulakan dengan sebahagian daripada soalan. 3. 2. 2. Cari jawapan dalam petikan sahaja tetapi bukan daripada isi ringkasan. Jawapan dimulakan dengan sebahagian daripada soalan. Jangan ulang semula perkataan yang ditanya dalam soalan. 3.1. 3. PANDUAN MENJAWAB Soalan 1 : 1. Isi cukup ( 2 isi ) serta lengkap mengikut tugasan. Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis. 2. 3. Soalan 3 : 1. Soalan 2 : 1. 2. Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan. Jawapan hendaklah berdasarkan pendapat sendiri. CONTOH SOALAN . Menggunakan ayat sendiri. Menjawab mengikut tugasan soalan.

Berdasarkan petikan bahagian A(i). 1. nyatakan empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita. mengapakah kita memerlukan pemimpin negara yang berwibawa? [ 4 markah ] CONTOH SKEMA JAWAPAN Soalan 1 ( 2 markah) Maksud frasa ‘Wanita Pertama Malaysia’ 2 markah : Isteri Perdana Menteri Malaysia. 1 markah : Isteri pemerintah / pentadbir Soalan 2 ( 4 markah ) Empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita: . Terima isi lain yang sesuai) CONTOH JAWAPAN PEMAHAMAN LENGKAP . 2. [ 4 markah ] 3. ( Pilih mana-mana 4 isi yang di atas. Pada pendapat anda. Apakah maksud ”Wanita Pertama Malaysia” ? [ 2 markah ] Berdasarkan petikan.Berwibawa / teliti / bersungguh-sungguh / gigih / berjiwa rakyat / terbuka / prihatin / berhemah / bekerja keras / bertanggungjawab / bijaksana / rajin / bersikap terbuka / berpandangan jauh / amanah / jujur. jawab salan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita ialah berwibawa dan teliti. menaikkan imej negara di mata dunia. kita memerlukan pemimpin negara yang berwibawa kerana dapat memajukan negara dalam pelbagai bidang.1. [ 4 markah ] 3. dapat mengukuhkan perpaduan rakyat. Di samping itu. Pada pendapat saya. [ 4 markah ] 02/2 Bahasa Melayu . beliau juga seorang yang berjiwa rakyat dan prihatin. Maksud rangkai kata ‘‘Wanita Pertama Malaysia’’ ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. [ 2 markah ] 2. Kedua. Selain itu.

4.Kertas 2 BAHAGIAN B : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN 1. Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan PERATURAN PEMARKAHAN Bahagian B : Karangan Bahan Rangsangan ( 20 markah ) . 5. 3. 2.

4. 2. Kesalahan penggunaan kata yang ketara. 3. MEMUASKAN ( 06-10 ) 08 – 10 06 . Kata dan kosa kata yang terhad. 5.15 11 . 6. Kata masih luas dan kosa kata tepat. 7. 1. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. 4. ulasan. Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. 5. Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.Kriteria Penskoran PERINGKAT / MARKAH 1. 7. 6. Kesalahan penggunaan kata yang minimum. 2. ulasan. 8. cadangan dan kesimpulan sesuai serta berkembang.17 BAIK ( 11-15 ) 13 . cadangan dan kesimpulan terhad. 2. Huraian idea luaran seperti pendapat. ulasan. 3. Idea yang relevan berdasarkan tugasan. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Pengolahan tidak menarik. Ejaan dan tanda baca yang betul Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata Idea yang relevan berdasarkan tugasan. 1. Huraian idea luaran seperti pendapat. Pengolahan masih menarik. Pengolahan yang menarik dan berkesan.20 16 . 3.07 PENGUASAAN MINIMUM ( 01-05 ) BAHAGIAN B : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN . Kata dan kosa kata luas dan tepat. Kesalahan penggunaan yang minimum. 5. Ayat kurang gramatis.12 Ayat masih gramatis. CIRI KARANGAN Ayat yang gramatis. 1. 7. 6. CEMERLANG ( 16-20 ) 18 . 2. Huraian idea luaran seperti pendapat. cadangan dan kesimpulan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan. Idea yang relevan berdasarkan tugasan. 4.

7. 6. CONTOH SKEMA JAWAPAN . Setiap perenggan mengandungi tiga ayat iaitu ayat isi. Karangan berperenggan seperti karangan biasa ( pendahuluan. Perenggan isi perlu ditulis dalam tiga perenggan. 8. Perenggan pendahuluan dua ayat sahaja.( 20 MARKAH ) PANDUAN MENJAWAB 1. isi dan penutup ). 5. 3. Pelajar hanya menjawab mengikut tugasan soalan sahaja. huraian dan contoh. 2. Sekurang-kurangnya perlu satu ungkapan menarik dalam karangan. Perenggan penutup dua ayat sahaja iaitu kesimpulan dan cadangan. 4. Karangan tidak melebihi 120 patah perkataan.

.cadangan : haruslah bekerjasama menjayakan kempen. Kos memproses bahan-bahan baru dapat dikurangkan. ( 120 patah perkataan ) . 2. jelaslah bahawa kitar semula banyak mendatangkan kebaikan kepada kitar semua. Meningkatkan disiplin dalam diri setiap individu. Antara faedah yang dapat kita peroleh ialah kos bagi memproses bahan-bahan baru dapat dikurangkan. Di samping itu. Secara tidak langsung ekonomi negara dapat ditingkatkan. kitar semula dapat meningkatkan disiplin dalam diri setiap individu. Kitar semula dapat mengelakkan kita daripada sikap suka membazir. Selain itu. masalah tempat pelupusan sampah yang tidak mencukupi juga dapat dielakkan. 3. Oleh itu. Kesimpulannya. Slogan – ”Fikir dulu sebelum buang ”. Penutup : . Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. CONTOH KARANGAN LENGKAP ”Fikir dulu sebelum buang ” begitulah slogan kempen kitar semula yang dijalankan di negara kita. kita semua haruslah bekerjasama menjayakan kempen yang dialancarkan. Tujuan kempen Isi-isi : ( Faedah kitar semula ) 1. Masalah tempat pelupusan sampah yang tidak mencukupi dapat dielakkan. Pelbagai faedah yang dapat kita peroleh apabila mengitar semula.Pendahuluan : 1.kesimpulan : banyak mendatangkan kebaikan kepada kita. 2.

Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan PERATURAN PEMARKAHAN Bahagian C : Karangan Respons Terbuka ( 40 markah ) . 2. 5.02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 BAHAGIAN C : KARANGAN RESPONS TERBUKA 1. 3. 4.

08 KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS ASPEK 1. PENGOLAHAN PERINGKAT / CIRI-CIRI SESEBUAH KARANGAN PERINGKAT / MARKAH CIRI .16 01 . IDEA Kegramatisan KRITERIA : Kata (Morfologi) : Ayat (Sintaksis) Ejaan dan tanda baca betul Kosa kata luas dan tepat.PERINGKAT Cemerlang Kepujian Baik Memuaskan Penguasaan Minimum MARKAH 33 .40 25 .CIRI KARANGAN . Isi-isi sesuai Huraian isi jelas Contoh yang sesuai Pengolahan menarik dan berkesan Pemerengganan sesuai Format menepati tugasan Unsur keindahan bahasa (pantun. peribahasa dan frasa menarik) 3.32 17 .24 09 . BAHASA 2.

Ejaan dan tanda baca yang betul. 6. pantun. Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai. pemerengganan kurang sesuai serta format kurang tepat. 6. Idea kabur. pemerengganan sesuai serta format menepati kehendak tugasan. 3. cogan kata dan frasa yang menarik. Pengolahan masih menarik. pantun. Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. BAIK 3. Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. 4. Pengolahan kurang menarik. Ejaan dan tanda baca yang betul. 4. Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. 4. 1. Penggunaan penanda wacana yang betul. pemerengganan sesuai serta format menepati kehendak tugasan. 3. BAHAGIAN C : KARANGAN RESPONS TERBUKA . Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas. 4. Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan ejaan dan tanda baca. 2. Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad. 2. 5. Pengolahan menarik. 8. Tidak menjawab tugasan soalan ( karangan hafalan ). 5. Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa. KEPUJIAN ( 25-32 ) 29 – 32 25 – 28 3. Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas. Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta contoh. Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta contoh yang sesuai. Penggunaan kosa kata yang luas. Pengolahan menarik dan berkesan. Penggunaan penanda wacana yang sesuai. 2. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. MEMUASKAN (09 -16) 13 – 16 09 –12 1. (17 . Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.24 ) 21 – 24 17 – 20 4. 7. PENGUASAAN MINIMUM ( 01-08 ) 05 – 08 01 – 04 1. Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat. 8. 2. Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa. Penguasaan minimum ( K : 05 ) tidak perlu ditolak ejaan.CEMERLANG ( 33-40 ) 37 – 40 33 – 36 1. 7.cogan kata dan frasa yang menarik. 6. Penggunaan kosa kata yang umum tetapi terdapat kesalahan minimum. Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai mengikut tugasan. 6. 3. Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. 5. 1. 2. 5.

huraian dan contoh. cogan kata. Perenggan isi – isi utama. Membuat rangka karangan. .( 40 MARKAH ) PANDUAN MENJAWAB Panduan menulis karangan yang baik : 1. 2. .Setiap karangan mestilah megandungi : Pendahuluan – pengenalan isi karangan.Masukkan ungkapan menarik ( peribahasa. Menyemak karangan. 4. Contoh : Di samping itu. .Penggunaan penanda wacana antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Mengenal pasti kunci soalan bagi soalan yang dipilih. 3. Pilih soalan yang mudah dan boleh dijawab. Penutup – kesimpulan dan cadangan. Hal ini kerana. Selain itu. Menulis karangan menggunakan ayat yang gramatis. Justeru. frasa menarik ) 5. CONTOH SOALAN MUDAH .

Ceritakan kebaikan pameran tersebut. Berdasarkan petikan di atas balas surat rakan anda itu. . Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh daripada program tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. satu pameran Makan Buah-Buahan Tempatan telah diadakan. Saya berminat untuk mengetahui usaha-usaha yang telah awak lakukan sehingga mencapai kejayaan tersebut. PMR 2006 1. Tahniah saya ucapkan kerana awak telah memenangi beberapa pingat emas dalam kejohanan sukan tahunan sekolah. Anda telah berpeluang mengikuti ‘Program Kecemerlangan PMR’ anjuran pihak sekolah. (b) Kelab Komputer SMK Seri Mulia Pengerusi Setiausaha Bendahari : : : Mohamad Redzuan Zaini Ain Najihah Ahmad Nur Shahirah Ramlan Sebagai setiausaha kelab tersebut. Berikut ialah petikan surat yang anda terima daripada seorang rakan. 2. anda diminta untuk menyediakan laporan aktivitiaktiviti yang telah dijalankan.BAHAGIAN C ( KARANGAN RESPONS TERBUKA ) PMR 2005 (a) Pada musim buah-buahan yang lalu.

jantung. Apa yang penting ialah seseorang itu perlu menjalani kehidupan yang bersih dari segi jasmani dan rohani Pendahuluan: . mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat. Penyakit berbahaya ditakrifkan sebagai penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia dan boleh menyebabkan kematian. Dalam hal ini. kencing manis dan kolera. Di samping itu. Individu yang melakukan perbuatan seks secara rambang dan tidak setia kepada pasangan hidupnya akan dijangkiti penyakit itu sebelum melakukan hubungan seks itu. penyakit berbahaya sebenarnya boleh dihindarkan daripada diri seseorang. . penyakit berbahaya seperti AIDS boleh dicegah jikalau setiap rakyat menjalankan kehidupan yang sihat dan bermoral. Contohnya. Isi 1 [Punca-puncanya] [siapa] Huraian [mengapa] [bagaimana] [di mana] Contoh] Isi II [langkah atasi] Huraian [bagaimana] [mengapa] [di mana] Contoh Penutup [Kesimpulan] . Oleh itu. Sebenarnya. individu yang selalu menjalinkan hubungan seks dengan pelacur akan terdedah pada penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa manusia. Mereka tidak boleh berkunjung ke tempat-tempat pelacuran dan melibatkan diri dalam kegiatan maksiat. masyarakat perlu prihatin terhadap penyakitpenyakit ini yang boleh mengorbankan nyawa orang tersayang dalam keluarga kita. .CONTOH KARANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KATA TANYA Soalan: Penyakit berbahaya sering mengancam kehidupan manusia pada masa kini. Terangkan puncapuncanya dan langkah menangani masalah ini . pegangan agama yang kuat boleh diterapkan agar masyarakat terhindar daripada penyakit berbahaya ini. Contohnya. mereka boleh bersukan dan membantu isteri melakukan perkara yang berfaedah.Definisi penyakit berbahaya.Contoh penyakit berbahaya. Penyakit berbahaya seperti penyakit AIDS berpunca daripada perbuatan seseorang individu yang terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral.Kesannya kepada rakyat. Kesimpulannya. Setiap masalah tentu ada penyelesaiannya. Antara penyakit berbahaya yang selalu menyerang rakyat tempatan ialah penyakit AIDS.

2.02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 BAHAGIAN D : NOVEL 1. 3. Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan . 4. 5.

PERATURAN PEMARKAHAN Bahagian D : Kajian Novel ( 10 markah ) Pembahagian Markah PERINCIAN Isi Bahasa MARKAH 6 markah 4 markah Kriteria Markah Bahasa Peringkat Markah - Deskripsi Bahasa baik dan lancar Ayat gramatis Ejaan dan tanda baca yang betul Bahasa masih baik dan masih lancar Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. 3. 2. Bahasa yang tidak cekap Ayat tidak gramatis Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara Cemerlang 04 Baik 02 . Maksimum Isi dihuraikan berserta contoh Isi tanpa huraian dan contoh : : : 3 isi 2 markah 1 markah .03 - Memuaskan 01 - Markah Isi 1.

Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan gramatis.BAHAGIAN D : NOVEL ( 10 MARKAH ) PANDUAN MENJAWAB 1. 3. 2. Jawapan mestilah berdasarkan tugasan soalan daripada novel yang dipelajari. [ 10 markah ] . Markah maksimum bagi pernyataan dan huraian atau contoh ( 6 markah ). 4. Berdasarkan novel yang anda kaji. huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas. Markah bahasa maksimum ( 4 markah ). Jawapan mesti dalam bentuk pemerengganan. 5. 6. Setiap jawapan mestilah mengandungi pernyataan isi dan diikuti huraian atau contoh. CONTOH SOALAN NOVEL ( PMR 2005 ) Latar Masa Tempat Masyarakat Latar merupakan unsur penting dalam sesebuah novel.

Perak membina kubu dan mengadakan kawalan kampung secara bergilir-gilir. Peristiwa : Rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union Tindakan Kudin bersama-sama Dato’ Onn untuk mengagalkan rancangan Malayan Union. Latar Tempat : di Padang Kilat.CONTOH SKEMA JAWAPAN Latar Masa : Zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Peristiwa : Tempat perhimpunan orang Melayu Johor untuk membantah pelaksanaan Malayan Union. Masyarakat kampung bersama-sama mencari Bustam yang hilang. CONTOH JAWAPAN LENGKAP . Johor Bahru. Latar Masyarakat : Masyarakat yang bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi masalah Peristiwa : Masyarakat Kampung Teras Jernang di Grik. Tempat Dato’ Onn menyampaikan ucapan.

Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. latar tempat dan latar masyarakat. Seterusnya. Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat bekerjasama dalam menghadapi masalah. masyarakat Kampung Teras Jernang bekerjasama membina kubu dan mengadakan kawalan kampung secara bergilir-gilir. Dalam novel ini. Contohnya. Contohnya. . Johor Bharu. tindakan Kudin bersama-sama Dato’ Onn untuk mengagalkan rancangan Malayan Union. Contohnya.Rahman Hanafiah. terdapat latar masa. di sinilah tempat Datuk Onn menyampaikan ucapannya. latar tempat dalam novel ini ialah di Padang Kilat.NOVEL MERDEKA ! MERDEKA ! ( PMR 2005 ) Novel yang telah saya kaji ialah novel Merdeka ! Merdeka ! karya A.

Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari. SOALAN 3 : Penggunaan unsur suspens dalam sesebuah novel dapat menarik minat pembaca. TAKLIMAT PENINGKATAN BAHASA MELAYU PMR 2008 . berikan tiga contoh unsur suspens dalam novel tersebut. berikan peristiwa klimaks bagi kedua-dua novel tersebut. SOALAN 2 : Plot sesebuah novel terdiri daripada peringkat permulaan.PERBENGKELAN SOALAN 1 : Plot sesebuah novel terdiri daripada peringkat permulaan. klimaks dan peleraian. perkembangan. klimaks dan peleraian. Berdasarkan satu novel yang telah anda pelajari. berikan contoh peristiwa bagi dua novel yang telah anda pelajari semasa Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga. perkembangan. Berdasarkan satu novel yang telah anda pelajari. berikan tiga contoh peristiwa konflik bagi peringkat perkembangan plot. SOALAN 4 : Semangat cinta akan tanah air Berdasarkan persoalan di atas.

45 – 11.8.10.30 pagi 8.DAERAH HILIR PERAK MASA 8.45 pagi 10.00 .30 pagi ATUR CARA Pendaftaran/minum pagi Karangan Ringkasan dan Pemahaman Novel FASILITATOR Encik Hamidi bin Ariffin Encik Mohd Helmi bin Musa Puan Noor Masuri binti Long .30 .9.45 pagi 9.45 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->