You are on page 1of 13

PENDAHULUAN

Remaja terlalu bebas dan dimanjakan ibu bapa. Tidak cukup dengan itu, mereka diberi kemewahan untuk menikmati segala keseronokan yang diingini tanpa dipantau. Internet, telefon bimbit dan hiburan menjadi perencah hidup yang melalaikan mereka daripada memenuhi tanggungjawab sebagai anak dan pelajar yang bakal menjadi pemimpin dan generasi harapan negara pada masa depan.Ibu bapa pula sibuk dengan kerjaya sehingga anak-anak terabai dan terpinggir daripada kasih sayang dan perhatian. Tersilap langkah anak-anak menjadi mangsa gejala sosial dan terjebak dalam perbuatan tidak bermoral sehingga merosakkan masa depan.
12

Statistik Yayasan Dakwah Islamiah mengenai Jenayah Syariah bagi 2004 menunjukkan kes

khalwat berada di puncak dengan 335 kes, persetubuhan luar nikah 21 dan cerai tanpa kebenaran 372 kes dan pelacuran 16 kes, kebanyakannya membabitkan remaja dan mereka yang masih muda. Rasa ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru antara faktor utama remaja terjebak dalam kancah gejala sosial seperti pergaulan bebas, bersekedudukkan, seks bebas dan sebagainya, Menurutnya, faktor ini berkait rapat dengan peringkat peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa yang jelas mula menunjukkan perubahan bukan sahaja dari segi tingkah laku, bahkan minat, pilihan kawan dan peningkatan hawa nafsu. Dalam hubungan ini, ibu bapa perlu mengetahui tentang perubahan-perubahan dari segi biologi dan emosi yang berlaku kepada anak-anak.Zaman peralihan ini amat penting kerana pada masa ini mereka akan melalui proses mengenali dan mencari jati diri sebenar. Tetapi tindakan ibu bapa yang mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlalu begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka.Dalam kes ibu bapa yang terlalu mengongkong anak-anak, ia juga dikatakan memberi pengaruh besar kepada emosi anak-anak.

1 2

Utusan Malaysia (30 September 2002)


1

Ini kerana jika kongkongan tersebut berterusan kemungkinan apabila berada di luar pengawasan ibu bapa, keghairahan mereka untuk melakukan sesuatu di luar batasan lebih tinggi. Dalam hal ini, aspek agama amat perlu ditekankan kerana ia berupaya menjadi benteng pertahanan dalam mempersiapkan anak-anak kepada cabaran termasuk gejala sosial. Sebagai ibu bapa, peranan yang dimainkan mereka amat penting bagi memastikan individu yang bakal menerajui negara masa akan datang seimbang dari segi mental dan fizikal.

1.0 : MASALAH SOSIAL REMAJA


1.1: SEKS BEBAS DAN JENAYAH SEKSUAL
3

Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan remaja kini semakin menular dan

membimbangkan .Penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun. KES 1: Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut.Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. KES 2: Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran .

http://www.scribd.com (Akses 5 Jun 2009)


3

1.2 BLACK METAL


4

Masalah ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan

sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan dalam diri.Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka. KES 1: Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti upacara yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam.Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda Yahudi dengan menafikan tauhid Uluhiyyah.

http://www.esmartstart.com/ad.html (akses 5 Jun 2008).


4

1.3 PENYALAHGUNAAN DADAH Dadah bukanlah satu perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini. Di Malaysia sahaja bilangan penagih dadah semakin bertambah saban tahun. Apa yang lebih membimbangkan ialah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat ini. 5Menurut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja lebih 5% daripada 32 808 penagih dadah yang dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13-20 tahun. Manakala berdasarkan laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, dianggarkan 200 juta atau 5 peratus daripada penduduk dunia (1 daripada 200 orang) mengambil dadah.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan bagi setiap penagih yang dikesan ada empat lagi yang tidak dilaporkan.6 Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia pula mendapati, kebanyakkan penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda antara 19-39 tahun.Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis dan melacurkan diri.

http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_penagihan78_files/filelist.xml (akses 5 Jun 2009)


5

Norlaila Hamima Jamaluddin 2007. Penagihan bermula pada zaman remaja. Metro Ahad. Muka

Surat 28. 9 Disember 2007.

2.0 : CARA MENGATASI


2.1 PERANAN IBU BAPA Telah kita ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga.Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. 7Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan.Seterusnya keperluan kasih sayang dan pada peringkat berikutnya keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri.Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebihlebih lagi diperingkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.

McCrae.R Robert and Costa Jr. Paul. 1990. Personality in Adulthood. USA: Guiford Press.
6

2.2 PERANAN SEKOLAH Mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial.8 Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik. Bagi mencapai hasrat diatas semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan. Antara pendekatannya ialah semua guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang selok belok dan punca penyebab berlakunya masah sosial dan pendidikan pencegahan melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan, melaksanakan program pendidikan pencegahan gejala sosial di Tadika/Pra sekolah, dan semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. Antara program-program yang boleh dilaksanakan adalah seperti; program intelek asuhan rohani (pintar), kem pintar, latihan tenaga pengajar (TOT), program untuk PIBG/guru, program sekolah anak didik kami, ujian saringan air kencing, seminar/ ceramah/ pameran/ tayangan video, program kampus sejahtera dan menubuhkan skuad anti masalah sosial di IPT.

Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7

2.3 PERANAN MASYARAKAT

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah, budaya melepak, ponteng sekolah dan samseng.Sungguhpun masalah ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah dadah berkaitan rapat dengan masalah jenayah, keganasan, keselamatan dan HIV/AIDS di satu-satu kawasan. Oleh itu 9semua pihak mestilah mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya dadah disamping merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi dadah. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan dadah di kawasan mereka.Strategi jangka masa panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah akan membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Wan Azmi Ramli. 1987. Membina keluarga sejahtera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8

PENUTUP
Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak.Pertaruhannya adalah masa depan Negara dan generasi Malaysia.Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan,tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar.Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial.Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar.Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini. Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng
9

sekolah terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hajan walaupun berbagai- bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Kesimpulan ,semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan juga,langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan.Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil.Bersama-samalah kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.

10

RUJUKAN
http://www.scribd.com (Akses 5 Jun 2009) http://www.pemudaumno.org.my/modules.php (Akses 5 Jun 2009) Utusan Malaysia (30 September 2002) http://www.esmartstart.com/ad.html (akses 5 Jun 2008). http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_penagihan78_files/filelist.xml (akses 5 Jun 2009) Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamal Darus, 1989. Membimbing Anak Muda Dengan Sempurna. Singapura: Sempurna Jaya Publishing. McCrae.R Robert and Costa Jr. Paul. 1990. Personality in Adulthood. USA: Guiford Press. Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari. Edisi Revisi. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn. Bhd. Wan Azmi Ramli. 1987. Membina keluarga sejahtera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahya, Jamaludin Ramli dan Wei May Lin. 2002. Hubungan Antara Tingkahlaku Keibubapaan dan Penghargaan Kendiri di Kalangan Remaja. Dr Tam Cai Lian. 2007. Bahaya Dadah Di kalangan Remaja. Mingguan Malaysia. Muka Surat 8. 16 Disember 2007. Norlaila Hamima Jamaluddin 2007. Penagihan bermula pada zaman remaja. Metro Ahad. Muka Surat 28. 9 Disember 2007. Atan Long. 1976.

11

ISI KANDUNGAN
BIL 1 2 TAJUK PENDAHULUAN 1.0 MASALAH SOSIAL REMAJA 1.1 SEKS BEBAS DAN 0 1 2 3 4 5 3 2.0 CARA MENGATASI 2.1 PERANAN IBU BAPA 2.2 PERANAN SEKOLAH 2.3 PERANAN MASYARAKAT 4 PENUTUP 9 6 JENAYAH SEKSUAL 1.2 BLACK METAL 1.3 PENYALAHGUNAAN DADAH HALAMAN 1 3

RUJUKAN

11

12

KOLEJ MULTIMEDIA (UTARA) TESIS PENGAJIAN ISLAM MASALAH SOSIAL REMAJA DAN CARA MENGATASI
PENSYARAH : ENCIK SAIFUL AZIZI BIN ABD MANAP PELAJAR NO I/C JURUSAN : NURUL NAJWA BINTI AZMI : 920720-02-5188 : DIPLOMA IN ENGINERING(DTE 6)

13

You might also like