Tugasan

:

1) pembentangan 2) penulisan ilmiah

17 Mac 2010

Tajuk : Isu dan permasaalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah

Nama:

Nur Hidayah binti Mohammed Kamar Norain binti Zainuddin Robaizura binti Ramli Nurul Fatiyah binti Alias Nor Hayati binti Omar

Fakulti :

Seni dan Muzik

Jabatan:

Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Tempat:

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Semakan:

Encik Kamarul Azman Bin Abd Salam

1

SHV 4193 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SOALAN : ISU-ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PERINGKAT PRASEKOLAH
KUMPULAN 5 KELAS : RABU MASA : 8 PM – 11 PM

DISEDIAKAN OLEH :
NUR HIDAYAH BT WAN MOHAMMED KAMAR NORAIN BIN ZAINUDDIN ROBAIZURA BT RAMLI NURUL FATIYAH BT ALIAS NOR HAYATI BT OMAR D20071029782 D20071029787 D20071029816 D20071029818 D20071029822 PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT 31) SEMESTER 2 SESI 2010/2011 KUMPULAN : A TARIKH HANTAR : 24/2/2010 DISEDIAKAN UNTUK : EN. KAMARUL AZMAN B. SALAM

2

Mereka selalu inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Ibu bapa yang masih muda memang telah memahami maksud stimulasi sejak usia awal perkembangan. 3 . masyarakat dan orang disekeliling betapa pentingnya perhatian anak pada awal usia kerana merekalah yang menentukan kualiti bangsa pada masa yang akan datang. Majalahmajalah tersebut semuanya berorientasikan pada pendidikan khususnya anak pada usia awal. Minat terhadap anak dapat dilihat dari situasi disekitar kehidupan kita. Untuk hal tersebut. para pendidik dituntut belajar dengan lebih baik bagaimana cara untuk mendidik dan mengasuh anak. perhatian masyarakat terhadap anak di usia awal seringkali dikalahkan oleh peredaran masa politik dan ekonomi.1.0 PENGENALAN Pendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak berbeza daripada pendidikan prasekolah pada tahun 60-an bahkan selalu menarik perhatian para ibu bapa. dengan demikian para pendidik dapat meyakinkan para ibu bapa. masyarakat mahupun pemerintah sebagai pengambil keputusan iaitu mereka menyedari bahawa kualiti masa awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti bangsa pada masa akan datang. Daripada pandangan pihak lain. Khususnya pada ibu bapa yang semakin lama semakin menyedari betapa pentingnya hubungan mereka dengan anak-anak dan terus mewarnai hubungan anak dalam lingkungannya iaitu rakan sebaya. Pelbagai majalah yang bertemakan pendidikan anak sudah banyak diterbitkan di mana-mana sahaja. guru dan sebagainya. Ceramah-ceramah atau kursus bagaimana mendidik anak dengan baik sering ditawarkan melalui media massa.

4 . Pengajaran hanya bermakna apabila ada pembelajaran yang melibatkan instruksi diikuti dengan latihan. Proses pengajaran guru ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian yang boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru.2 DEFINISI PERMASALAHAN Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga permasalahan merupakan sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah. demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.1. Pengajaran juga melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau simbol kepada murid yang memudahkan proses pengajaran sering dikaitkan dengan pengajaran bercirikan unsur sains dan seni.3 DEFINISI PENGAJARAN Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga pengajaran merupakan perihal mengajar. menggalakkan dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar. indoktrinasi dan pelaziman. Menurut Sarina Baharuddin (2009). Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai. iaitu guru bertindak sebagai pengajar dan murid bertindak sebagai pembelajar melibatkan proses interaksi dua hala antara guru dan murid. segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. 1.1 DEFINISI ISU Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga isu merupakan perkara pokok atau persoalan sesuatu perkara. murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber. 1. pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Ciri-ciri pengajaran berlaku apabila adanya guru dan murid. membimbing. Ia meliputi rancangan mengajar (KOPI).

keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Kanak-kanak yang menghadiri tadika mempunyai keyakinan lebih tinggi. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak–kanak.1. Pendidikan prasekolah juga bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan. pendidikan pra-sekolah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah. iaitu jangka panjang dan pendek. afektif dan psikomotor selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. mengalami kurang kegagalan dan dapat menjawat jawatan lebih baik berbanding dengan 5 . sosial. sosial dan personaliti kanak-kanak dan mempunyai dua kesan positif. Pendidikan pra-sekolah adalah bertujuan menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar sebelum memasuki peringkat pendidikan formal. dan kemahirankemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Kajian mengenai kesan prasekolah membuktikan bahawa pendidikan prasekolah dapat meningkatkan perkembangan kognitif. Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah akan membolehkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi. bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran.4 DEFINISI PENDIDIKAN PRASEKOLAH Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003). Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan. Program ini juga merupakan asas kepada pembangunan dan perkembangan domain kognitif.

Pelaburan dalam pendidikan prasekolah adalah bersifat pencegahan dan dapat membantu kanak-kanak berisiko. pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan. bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya. Menurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003). perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. 162. Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. kaedah yang selalu digunakan untuk mentaksir pelajar adalah dengan menggunakan portfolio iaitu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak.kanak-kanak yang tidak menghadiri tadika. Menurut Surayah 6 . menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. berkeperluan khas serta yang lemah dalam pembelajaran.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN ISU-ISU YANG TIMBUL DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Proses pembelajaran boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang telah dipelajari bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berikutan Akta Pendidikan 1996 . dalam pendidikan prasekolah. 3.

Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Satu kajian oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) menunjukkan guru tidak mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika perlaksanaan Pendidikan Islam dan Moral di peringkat prasekolah. didapati pelaksanaannya sekadar sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. senarai semak dan 7 . Oleh kerana guru banyak memberi tumpuan pada persediaan dan perlaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah. pemerhatian. Namun. kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan pengalaman yang dialami. Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dan praktikal untuk pelajar prasekolah. Seseorang guru prasekolah tidak wajar memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana pinilaian berbentuk esei tidak boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak Manakala menurut kajian Seefeldt (1990). Ini merupakan satu kerugian yang besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program prasekolah. Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak.Zaidon (2003) lagi. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak.

Hal ini kerana para ibu bapa lebih menekankan pencapaian akademik dan kognitif pelajar seperti asas perkiraan dan bahasa. emosi. komunikasi dan sosial kanak-kanak. Menurut kajian Rohaty (2003) dalam Surayah Zaidon pula menunjukkan penilaian yang dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu kepada pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga penting dan perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani. Aspek-aspek seperti jasmani. rohani dan intelektual (JERI) seharusnya dinilai menggunakan pendekatan berbeza oleh guru mengikut kaedah yang dipelajari semasa dalam pengajian mereka. Isu yang sama timbul dalam kajian Rohaty (1996b) bertajuk Educational Assessment of Malaysian Preschoolers. Menurut kajian Mohamad (1993) berjudul Tugas dan Masalah Guru Dalam Mengendalikan Kurikulum Prasekolah yang dijalankan ke atas 12 orang guru tadika dan 11 orang pembantu guru Tabika Perpaduan mendapati aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun guru menghadapi kesukaran mengendalikannya akibat kurang kemahiran. Kesemua aspek tersebut memerlukan pemantauan berterusan sepanjang sesi persekolahan.rekod individu jarang dilakukan. Keadaan ini juga menyebabkan aspek-aspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan sahsiah dan sikap pelajar tidak menyeluruh perlaksanaannya dan hanya dibincangkan bersama ibu bapa yang berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka. Pendekatan rujukan norma seperti ujian untuk menentukan gred markah dan 8 . para guru perlulah mempunyai kemahiran yang cukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap pelajar. sahsiah. Kajian tersebut juga menunjukkan guru kurang berpengetahuan tentang kepelbagaian jenis kaedah penilaian perkembangan kanak-kanak walaupun aspek-aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun perlaksanaan penilaian perkembangan tersebut sukar dijalankan. Bagi melaksanakan penilaian ini juga.

Pengaruh baka dan persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan yang berbeza-beza. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum. perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek kognitif. Kebanyakan ibu bapa lebih mengharapkan kepada pihak prasekolah untuk memajukan anak-anak mereka dan meningkatkan prestasi anak-anak dalam akademik dan kognitif. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalami tekanan kerana harapan untuk memajukan kanak-kanak tersebut. ahli keluarga khususnya ibu bapa mempunyai peranan penting sebagai agen sosialis dalam kehidupan kanak-kanak dan mempunyai pengaruh paling besar ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak. Oleh disebabkan hal ini. 9 . para guru lebih mengutamakan penilaian kognitif pelajar walaupun mempunyai kesedaran tentang kepentingan perkembangan pelajar dalam aspek-aspek lain. fizikal atau kerohanian perlu lebih diterapkan dari kediaman kanak-kanak itu sendiri berbanding di prasekolah.kedudukan dijalankan kepada kanak-kanak. Oleh hal yang demikian. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanakkanak tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut pada peringkat prasekolah akan membebankan kanak-kanak seterusnya akan mengganggu perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner (1977).

Datin Asariah binti Mior Shaharuddin berkata. Sukatan pelajaran prasekolah. Dahulu. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahun 10 . mereka mengeluh. KIA2M bertujuan untuk memastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah.3. menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Mereka berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti kelas prasekolah. bertujuan untuk mencelikhurufkan murid. memang ada program khas. antara lain. Mulai tahun 2006 KPM memperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota Kinabalu pada awal Oktober 2009. KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca. Ada guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahun satu sudah celik huruf. Apabila anggapannya itu meleset.1 Celik Huruf Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM). Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik huruf. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 menyatakan. pada semester pertama. Muridmurid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. 3.0 ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT PRASEKOLAH.

Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya dalam BHO. 11 . Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar. penetapan sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluang mengikuti prasekolah pada tahun 2012 itu rendah. Namun begitu. apabila kita mengambil kira jumlah kelahiran yang semakin meningkat.000 murid tahun satu belum menguasai 2M. Jadi. Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85. 3. 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. 2.2 Kesukaran Menguasai Konsep Nombor Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah murid tahun satu yang belum celik huruf pada akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan 50. didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1. Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan pendukung PIPP.000 orang.satu belum celik huruf. Penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PIPP yang ingin melihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah. Malah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik prasekolah. Al. 2004). jumlah ini tidak banyak berubah pada akhir tahun 2012.

Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman guru menyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan menjejaskan bentuk fizikal portfolio. Kandungan portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. kaedah semakan yang paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Terdapat berbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang 12 . berjudul Persepsi Guru Terhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanak semasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfolio tanpa melalui proses pemilihan. guru sering kali memasukkan kesemua hasil kerja tanpa dianalisis. Kajian tersebut mendapati pengesanan perkembangan keseluruhan kanak-kanak memerlukan pemerhatian ke atas aktiviti kanak-kanak dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasil kerja.3. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio. Penyemakan pula adalah secara langsung atau spontan di mana guru memberi komen secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanakkanak. Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuk lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukan di pasaran. Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004).3 Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak Prasekolah Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio. Antaranya menggunakan kotak. sikap guru yang tidak selektif. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentu dengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. folder atau disket. Akibat ketidakcekapan guru mengumpul hasil kerja. fail.

dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian yang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanak–kanak. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan. Kanak–kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Menurut Surayah Zaidon (2004). Kajian beliau telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas. Justeru.terdahulu. 13 . bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai. guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan pratikal seperti rekod anekdot. Bakal guru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan penilaian. peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak dan limitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan. Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad dalam aspek penilaian perkembangan kanak–kanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yang berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan.

3.5 Kesukaran Guru Dalam Menjalankan Aktiviti Kaedah Belajar Melalui Bermain . Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. dalam mengkaji sikap dan pengetahuan dalam pengajaran sains awal di peringkat sekolah. Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaran sains awal.3. Manakala hampir 40% pula berpendapat mereka menghadapi kesukaran untuk memahami sains dan beranggapan pengajaran sains awal mengambil masa yang panjang. program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak 14 . Selain itu terdapat juga guru yang belum mempunyai pengalaman dalam mengajar mata pelajaran sains. walaupun umumnya menunjukkkan respon positif terhadap pengajaran sains awal tetapi masih terhadap guru sebanyak (7. Menurut kajian Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004).4%) yang menyatakan mereka merasakan pengajaran sains awal tidak begitu menarik. Pengetahuan dan sikap yang positif penting dalam pengajaran sains awal di prasekolah.4 Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Di Malaysia. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah. Hal tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal.

Kedua. ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta”. bebas dari segala peraturan. Kanak – kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Main adalah sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah. koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Semasa bermain. 15 . Almy (1984. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki. mereka. berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. teka silang kata. Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Lenyap dengan sendiri. kestabilan emosi. catur dan sebagainya. “Pertama. Melalui permainan. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. kad-kad nombor. formal di Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan. daya cipta. perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. kad-kad bergambar. main adalah motivasi dalaman. peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan tokoh-tokoh lain dimana dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut.berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara Tahun Satu sekolah rendah. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru.

terdapat faktor . Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawalsituasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Namun begitu. menulis. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”.1983) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. 1987. KPM. Kebanyakan guru juga tiada atau pun kurang kefahaman serta tidak memahami perkembangan dan minat kanakkanak disamping keperluan mereka. Guru-guru yang ditemubual mengatakan mereka berkeyakinan bahawa masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika mereka 16 . PERPADUAN . Perbezaan strategi pengajaran guru KEMAS. masalah ini berpunca daripada perkembangan yang pesat dalam pendidikan prasekolah. masih terdapat isu iaitu guru sukar untuk melaksanakan kaedah belajar melalui bermain kepada kanak – kanak. Menurut mereka lagi. mengeja. Antara faktor – faktor tersebut adalah mereka kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan aktiviti belajar melalui bermain. p. 181). membaca. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat.Mengikut Vygotsky (1962) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. melukis dan mewarna. Jerome Singer (Spodek. Strategi pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu kepada aktiviti menyebut.faktor masalah guru-guru dalam menjalankan aktiviti belajar melalui bermain. (Spodek et al. bentuk rancangan pelajaran yang disediakan dan interaksi guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. DAN SWASTA terdapat pada pendekatan yang digunakan dalam pengajaran. ia juga membantu dalam pembentukan ini. kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan pengajaran melalui aktiviti bermain. JAIM.

tetapi bahan bantu mengajar tidak mencukupi. Menyentuh hal tersebut. Kebanyakan guru juga masih kurang faham tentang Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003. bekas telur. guru juga kurang memahami psikologi kanakkanak. kebanyakan guru-guru mengatakan terdapat beberapa perkara penting berkaitan dengan masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran iaitu seperti guru kurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti. daun kering dan lain-lain lagi boleh digunakan sebagi bahan bantu mengajar yang menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain. Bahan-bahan seperti kotak tisu. Mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan kebolehan mental dan 17 . Walau bagaimanapun usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi yang tepat dan betul. Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain ialah bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari dan bersesuaian dengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen iaitu komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. pentadbir dan penyelidik pendidikan prasekolah. botol plastik. Perkembangan Fizikal. Perkembangan Perkembangan Kerohanian Sosioemosi. dan guru mengalami kesukaran membuat pemerhatian dan penilaian ke atas kanak-kanak. guru kurang faham dengan kurikulum prasekolah kebangsaan.diberi peluang mengadakan perbincangan pendidikan dengan pakar-pakar. tin susu. Perkembangan Kognitif. dan Moral. guru kurang mahir membuat alat bantu mengajar. kotak mancis. Mereka boleh menggunakan bahan terbuang tetapi ia bergantung kepada kreativiti guru sendiri dalam mengolah bahan tersebut. cawan plastik. guru kurang yakin dengan pengajaran yang ingin disampaikan. Perkembangan guru-guru Kreativiti dan Estetika dan dan Boleh dikatakan prasekolah memahami berpengalaman dalam pengurusan dan pengendalian tadika.

pentadbir dan lain-lain lagi kepada kanak-kanak ini. Mereka juga sukar menentukan apakah jenis aktiviti tahap pelajaran yang hendak dijalankan supaya menjadi lebih berkesan. Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal. Masalah ini berpunca daripada tempat belajar yang sering digunakan untuk majlis dan upacara kemasyarakatan. Perkara yang menjadi punca masalah adalah disebabkan kurang kemahiran. doh serta bahan lakonan kurang dititik beratkan. masalah yang ditimbulkan berkisar kepada penggunaan bahan bantu mengajar. kurang peruntukan membiayai pembuatan bahan dan peralatan. Terdapat banyak kelas atau bangunan di mana kelas ini dijalankan tidak begitu selesa dan kurang menggalakkan dari segi pembelajaran kanak-kanak tabika. Didapati isi kandungan buku aktiviti oleh panel tadika masing-masing perlu disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan tahap umur dan pencapaian kanak-kanak. Ini penting kerana seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyai kemahiran mengendalikan kelas di samping menjadi pembimbing. Turut dikenalpasti ialah masalah yang berkaitan dengan penyediaan bahan pengajaran. Penggunaan boneka. Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan kanak-kanak beraktiviti belajar melalui bermain. Mengenai proses penyampaian aktiviti. menilai dan membuat ‘dendaan’. model-model. jelas terbukti bahawa kemahiran pengukuran dan penilaian di 18 . terdapat sebahagian tadika yang begitu sempit. penasihat.fizikal murid. tandas yang tidak sesuai dan tiada pagar yang sesuai untuk keselamatan kanak –kanak. mengarah. Ini dikuatkan lagi dengan faktor sikap yang negatif di sesetengah kalangan guru tersebut. Berkaitan dengan penilaian. Ini mengakibatkan keceriaan sekolah tidak dapat dibentuk mengikut matlamat tadika yang sebenarnya. Ini pula menyebabkan kesukaran guru mengenal pasti tahap-tahap pencapaian kanak-kanak seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut. pengajar. Contohnya.

0 CARA-CARA MENGATASI 4. lebih-lebih lagi untuk pengajaran Bahasa Melayu. Aktiviti bermain ini mampu menambah minat serta mendapati pengajaran guru amat menyeronokkan. 4. Selain itu. maka adalah lebih baik jika mereka didedahkan kepada konsep dan amalan yang terbaru dalam pemulihan kesukaran asas membaca melalui penggunaan teknologi pendidikan yang terkini bersesuaian dengan tahap perkembangan murid prasekolah. pelajar akan menjadi lebih berminat mengikuti p&p berkaitan kemahiran asas membaca. temuduga. bahawa penggunaan BBM yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran. Umumnya kemahiran pengurusan mikro di kalangan guru-guru masih ditahap yang minima. oleh kerana guru pemulihan ditugaskan untuk membantu murid lambat dalam penguasaan 3M.4 Isu Celik Huruf Berdasarkan pendapat Abdul Rahman Abdul Rashid (1995). Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa.kalangan guru-guru masih di tahap asas. Konsep penilaian yang melibatkan pemerhatian. ujian dan persepsi masih belum difahami sepenuhnya oleh sesetengah guru-guru. aktiviti bermain yang diselitkan dalam pelaksanaan Rancangn Pengajaran Harian (RPH). Didapati bahawa apabila aktiviti bermain diselitkan. 19 . turut membantu meningkatkan kemahiran membaca.

Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Flansburg (1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik bukanlah dengan mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti melukis. al. Aktivit bermain membenarkan mereka memenuhi keperluan perasaan ingin tahu. Definisi terbaik yang pernah didengari oleh beliau ialah keratif adalah permainan. Almy et. pengalaman dan kemahiran mereka (Rohani. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi Matematik. 2004). Semasa bermain. kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. di samping meningkatkan pengetahuan. mampu memberi pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal.5 Isu Kesukaran Menguasai Konsep Nombor Bagi mengatasi masalah kesukaran menguasai konsep nombor bagi murid-murid prasekolah adalah melalui pendekatan permainan dan melalui penggunaan komputer. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. mereka bebas dari segala peraturan. 20 . Melalui permainan. permainan pilihan kanak-kanak sendiri disokong oleh seorang guru ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab menggalakkan pencapaian kognitif yang lebih tinggi. menulis atau bermain bola keranjang. (1984) menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan dalam seharian. Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam Matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi. Menurut Vygotsky (1962). Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik.4.

memproses dan menyempurnakan tugasan dalam sesuatu domain. sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.6 Isu Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak Prasekolah Penggunaan portfolio membawa kesan positif dalam kurikulum dan pengajaran walaupun penggunaannya berhadapan dengan beberapa masalah. Konsep bermain sambil belajar dapat memenuhi keperluan dan perkembangan mental. Pada masa yang sama. Aktiviti bermain bersifat meransang perkembangan dan merupakan bahagian utama (integral) dalam kurikulum perkembangan. Dalam penilaian berasaskan portfolio pelajar menunjukkan apa yang mereka boleh buat dan pelajar dinilai berdasarkan apa yang mereka sepadukan dalam membina portfolio dan bukan apa yang mereka dapat ingat kembali. ketika memilih aktivit bermain. Hanya dengan cara demikian kita dapat memastikan mereka memilih sesuatu aktiviti yang menarik dan menggembirakan. Kanak-kanak biasanya akan menumpu kepada keperluan perkembangan mereka. 21 . Dengan perkataan lain.Dalam mengendalikan aktiviti pembelajaran kanak-kanak. disebabkan portfolio sebagai alat penilaian adalah untuk mengumpul bukti tentang bagaimana pelajar mengolah. Piaget mengesyorkan supaya kanak-kanak diberi kebebasan memilih aktiviti permainan mereka sendiri. Hal yang demikian. 4. kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti permainannya sendiri dapat memilih aktiviti yang tepat dengan keperluan perkembangannya. mereka dapat memilih sesuatu yang bukan menumpu kepada kemahiran atau pengetahuan yang telah lama dikuasai dan tidak terlalu sukar atau jauh daripada tahap perkembangan semasa.

Aktiviti yang dirancang tersebut membolehkan kanak-kanak mencapai kejayaan di peringkat kebolehan mereka.Kajian Surayah Zaidon (2004). Sikap dan sahsiah yang dimiliki oleh guru tersebut akan menjadi contoh kepada kanak-kanak prasekolah. telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas. Hal ini disebabkan kanak-kanak belajar melalui permainan atau aktiviti yang tidak formal. peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak dan limitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan. bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai. guru prasekolah yang berpengetahuan dalam pengajaran sains awal juga mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. 4. Oleh hal yang demikian. Portfolio berpotensi sebagai salah satu alat penilaian alternatif dalam menilai perkembangan kanak-kanak masa kini. Secara tidak langsung kanak-kanak akan memerhati dan seterusnya meniru kelakuan guru tersebut. Selain itu. Antara peranan guru prasekolah adalah sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. permasalahan seperti yang dinyatakan perlu mendapat pertimbangan sewajarnya agar pelaksanaannya memenuhi matlamat. Namun. Guru yang berpengetahuan akan berusaha untuk menyediakan aktiviti pembelajaran yang mengembirakan dengan melibatkan kanak-kanak secara aktif.7 Isu Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal Guru prasekolah hendaklah mengetahui peranan mereka dalam mempelbagaikan aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada kanak-kanak prasekolah. guru prasekolah hendaklah menggunakan peluang dengan menunjukkan contoh serta teladan yang baik dan menerapkan nilai-nilai yang positif kepada kanak-kanak 22 .

seseorang guru seharusnya dapat menentukan jenis dan bentuk bahan atau media yang akan digunakan. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam mengendalikan perisian komputer malahan cara pengajaran ini boleh membuatkan murid-murid lebih berminat untuk belajar serta menjadikan mereka lebih maju dalam menerajui kecanggihan teknologi dari semasa ke semasa. murid dengan guru. Antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berbantukan komputer. Contoh bagi alat bantu mengajar yang biasa digunakan ialah pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer amat digalakkan pada peringkat prasekolah. Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. guru-guru perlulah merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan topik dan aktiviti sains. 2003). Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat. aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah. matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty. pengetahuan dan keupayaan murid. Bagi merangsang pemikiran sedemikian. Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains awal di peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Ia juga harus menentukan bahanbahan itu sesuai dengan minat. Ia berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid. Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004). 23 . dan murid dengan murid. Ia memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.prasekolah.

Oleh itu guru memerlukan latihan seperti kursus atau bengkel yang sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan prasekolah amnya. Tambahan pula. kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. audio. Mereka merupakan jambatan atau agen langsung yang mendidik kanak-kanak. Sebagai contoh burung dan ayam dapat dikelaskan dalam kategori haiwan bersayap manakala lembu dan kambing adalah haiwan yang berkaki empat. mereka akan berasa gembira dan senang hati untuk membuat penerokaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. murid sekolah dapat mengenal dan membuat perbezaan dalam mengklasifikasi jenis haiwan seperti haiwan bersayap. 4. video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik perhatian pelajar. Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan dan bermakna. grafik. Guru memainkan peranan dalam mencetak atau melahirkan individu yang baik. Selain itu juga.8 Isu Kesukaran Guru Dalam Menjalankan Aktiviti Kaedah Belajar Melalui Bermain. Dengan animasi ataupun video. Melalui bermain. Pendekatan ini memberi penekanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah semulajadi kanakkanak. di persekitaran mereka terdapat pelbagai jenis haiwan yang mereka biasa lihat dan secara tidak langsung akan menambah pengetahuan sedia ada. berkaki dua dan sebagainya. penggunaan elemen-elemen mutimedia seperti teks. Beberapa kursus dan bengkel dicadangkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru. Latihan yang perlu ialah mengenai 24 .Oleh itu. berjalan. berguna dan bersepadu.

pemahaman kurikulum. kaedah mengajar. Guru Tadika perlu menampilkan diri sebagai keibubapaan (parenting) kepada murid muridnya. kasih sayang dan keberkatan. pengukuran dan penilaian. rupa diri. Ini dimanifestasikan pada budi bahasa. 25 . penguasaan bahasa yang baku. pengurusan tingkah laku kanak-kanak dan membina dan menggunakan bahan bantu mengajar. Mereka kaya dengan kasih sayang. Guru Tadika juga perlu memahami dengan secukupnya Falsafah Pendidikan Negara iaitu hasrat yang dikandunginya dan matlamat yang ditujuinya. tindak balas kanak-kanak dan kawalan bilik darjah. Mereka harus mendokong penuh paksi pendidikan iaitu percaya dan patuh kepada Tuhan. Guru Tabika adalah model yang hampir dengan anak didik. Selain itu guru-guru tadika perlu mahir dalam pengajaran mikro termasuk menentu dan memilih objektif. rajin dan cekap bekerja. kesesuaian pakaian. kesempurnaan kerja. Guru menjadi suri teladan yang baik kepada mereka. menjaga dan prihatin terhadap perkembangan kanak-kanak. ukuran-ukuran pencapaian dan penilaian. Justeru itu akan terbentuk hubungan harmonis yang dilimpahi dengan ciri hormat. amanah. Tambahan pula harapan ibu bapa dan masyarakat sekitar terhadap tadika begitu tinggi bagi mendapatkan pendidikan yang sempurna. taat. bahanbahan pengajaran. kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini penting bagi mempengaruhi pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya. pengurusan pengajaran mikro. Di sini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru tadika perlu mempunyai persediaan perasaan dan sikap yang positif. Kefahaman perlu diiringi dengan kesedaran serta keinsafan. Di samping itu mereka berperanan menerapkan nilai-nilai murni dan bersepadu semasa di dalam bilik darjah.kanak. amalan dan penghayatan. psikologi perkembagan kanak .

Bagi memastikan guru lebih memahami konsep belajar melalui bermain . Mereka mesti ada bersama-sama kanak-kanak dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk memastikan kanakkanak membuat aktiviti belajar melalui bermain mencapai objektif yang diharapkan. meruntuh dan membina. Guru perlu lebih aktif dan kreatif. bahasa dan berfikir disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani. guru bukan sahaja berfungsi sebagai pengarah tetapi lebih kepada pembimbing. guru perlu membuat persediaan awal dalam membuat perancangan aktiviti. Ianya menjimatkan kos dan kanak-kanak lebih biasa dengan bahan tersebut. Selain itu. Konsep pendidikan secara tradisional dapat digantikan dengan konsep belajar melalui bermain jika sekranya kaedah tersebut dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada guru. supaya pemilihan bahan bantu mengajar untuk sesuatu aktiviti dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai tahap perkembangan mereka.Guru Tabika juga perlu mempertingkatkan penguasaan dan menjiwai Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Ini bermaksud. Guru boleh menggunakan bahan terbuang dalam membuat bahan bantu mengajar yang mudah didapati dipersekitaran. Guru juga perlu menyertai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu. sihat dan gembira. Aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak mestilah mendapat perhatian dari guru. secara tidak langsung mereka mempelajari berbagai-bagai kemahiran seperti kemahiran sosial. 26 . kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda. mencipta. Mereka juga mesti melibatkan diri bersama-sama dengan kanak-kanak. guru perlu didedahkan dengan pelbagai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Guru-guru prasekolah hendaklah merancangkan aktiviti supaya kanakkanak dapat belajar dalam suasana yang selesa. Menerusi permainan.

Para guru dan pihak pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segala masalah yang akan dan bakal dilalui apabila berada ditahap pendidikan prasekolah. Akhir kata. Pihak kerajaan harus mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yang berteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang bakal menerajui Negara kita suatu hari nanti.5.0 KESIMPULAN Melalui kajian-kajian lepas yang telah dibuat. terdapat beberapa isu dan permasalahan yang sering menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Sememangnya kita perlu mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat prasekolah. 27 . bagaimana tahap pemikiran dan tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita lakukan akan meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara. kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkan dengan pihak-pihak kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang akan dilakukan bagi kanak-kanak prasekolah akan lebih terjamin keberkesanannya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful