You are on page 1of 41

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu


Aminudin Mansor ABSTRAK Akal merujuk kepada alat untuk diterjemahkan dalam bentuk pengetahuan. Pengetahuan adalah ilmu yang membolehkan seseorang merangka, merancang, membentuk, menterjemah, melaksanakan dan menilai tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan ilmu. Ilmu adalah natijah terpenting yang dihasilkan melalui akal. Dalam konteks akal inilah penulis menjelaskan konsep akal dalam hubungannya dengan sastera Melayu. Kata Kunci: Akal budi, ilmu, pengetahuan, sastera Melayu.

Pengenalan
Makalah ini akan menjelaskan tentang konsep akal budi iaitu definisi akal dan budi; akal budi berdasarkan pandangan Al-Quran dan sarjana Islam; akal budi berdasarkan pandangan sarjana Melayu; akal budi berdasarkan pandangan sarjana Timur dan Barat; dan akal budi sebagai Falsafah hidup bangsa Melayu. Akal adalah anugerah Allah S.W.T. yang istimewa kepada manusia. Akal manusia mempunyai batasan tertentu untuk bertindak, bergaul, belajar dan sebagainya mengikut fahaman dan anutan agama masingmasing. Bagi orang mukmin umpamanya, Allah S.W.T. menganugerahkan akal kulli, iaitu akal yang disertakan dengan taufik dan hidayat. Untuk menjelaskan konsep ini pengkaji melihat pandangan tentang akal dan budi dari beberapa sudut seperti pandangan Al-Quran dan sarjana Islam, sarjana Melayu, sarjana Timur dan Barat dan kaitannya dengan pantun dan sajak teks puisi Komsas yang akan dikaji.

Definisi Akal
Akal juga dikenali sebagai otak atau minda yang sangat penting dalam proses pembelajaran dan pembangunan diri seseorang insan. Dalam Al-

Aswara Bab 2.pmd

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Quran akal disebut dengan fuad, baik dalam bentuk tunggal mahupun jamak. Oleh itu, akal termasuk dalam salah satu dari tiga peringkat ilmu pengetahuan: pendengaran, penglihatan dan fuad iaitu kalbu.
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya. (Terj. R.H.A. Soenarjo S.H. et al. 1971, Surah Al-Isra 15: 36)

Istilah kata akal menurut kitab Al-Aqlaniyyun (Afrakhu AlMutazilah Wa Al Asyariyyah) tulisan Al-Asyari yang dipetik oleh Abdul Muis (2002: 17) bahawa kata akal merupakan bentuk baku dari kata kerja Aqala-Yaqilu yang mempunyai erti berfikir. Makna kata yang berimplikasi luas iaitu; memikirkan, memahami, mengerti dan memperhatikan untuk mencegah daripada perbuatan dan perkataan yang hina. Kata akal sudah menjadi kata Melayu, berasal dari kata Arab al-aql, yang dalam bentuk kata benda, berlainan dengan kata al-wahy, tidak terdapat dalam Al-Quran. Dalam Al-Quran hanya membawa bentuk kata kerja aqaluh dalam satu ayat, taqilun 24 ayat, naqil 1 ayat, yaqiluha 1 ayat dan yaqilun 22 ayat. Kata-kata itu datang dalam erti faham dan mengerti (Harun Nasution 1986: 5). Kata akal juga bermakna, pertama; pengetahuan, kedua; dari hati jantung ruh jasmani. Jiwa yang selalu memerintahkan kejahatan, pengetahuan, dan jisim halus yang mampu memahami dan mengenal (galb ii), (Al-Ghazali 1995). Menurut Imam Al-Ghazali (1995: 15) dalam bukunya, Ihya Ulumudin manusia jasadnya terdiri dari lima unsur yang wujud secara bersepadu iaitu; roh, kalbu, nafsu, akal dan jasad. Kelima-lima unsur ini berada dalam diri manusia yang memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku dan menjana intelek manusia. Secara umumnya, akal yang dimiliki manusia mampu untuk berfikir. Bagaimanapun, akal memerlukan bahan intelek yang boleh menjana dan menggerakkan akal atau minda untuk berfikir dengan kaedah tertentu. Akal, otak atau minda yang ada pada diri manusia, suatu sistem yang amat kompleks dan potensinya amat menakjubkan. Banyak ayat AlQuran yang menjelaskan tentang akal dan menyuruh manusia menggunakan akal dalam kehidupan di dunia. Rasulullah S.A.W. bersabda, yang pertama kali Allah S.W.T. ciptakan adalah akal. Tuhan telah menciptakan otak manusia dalam dua hemisfera, iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Fungsi hemisfera kiri; pemikiran

Aswara Bab 2.pmd

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

logik, berdasarkan fakta, data dan angka, bidang intelek, bahasa, matematik dan sains. Fungsi hemisfera kanan; pemikiran beremosi, imaginasi, kreativiti, intuisi, dan impian, iaitu bidang kesenian, sastera, sajak, seni lukis, muzik, drama, dan tarian (Haji Abu Hassan Haji Ali 2005).
Allah S.W.T. meminta manusia berfikir dan menggunakan akal dengan bijaksana. Hal ini dijelaskan melalui ayat Al-Quran yang bermaksud, Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orangorang yang berakal. (Terj. R.H.A. Soenarjo S.H. et al. 1971, Surah Al-Imran 3: 190)

Sebagai rumusannya, bahawa akal adalah anugerah Allah yang sangat penting dalam kehidupan di dunia dan kebaikan di akhirat. Oleh itu, setiap manusia mestilah menggunakan akal ke arah kebaikan sejagat. Melalui akal juga manusia dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan yang dipelajari bagi membentuk akhlak dan intelek yang baik lagi sempurna.

Definisi Budi
Dalam Al-Quran budi disebut adab, sopan santun serta orang yang berakhlak dan beriman. Hal ini dijelaskan dalam ayat tentang adab pergaulan orang-orang mukmin terhadap Rasulullah S.A.W pada zaman baginda, yang menjadi pedoman dan pengajaran kepada orang Islam hingga sekarang. Allah berfirman yang maksudnya:
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan Rasulullah sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (Terj. R.H.A. Soenarjo S.H. et al. 1971, Surah An-Nur 24: 62)

Tafsiran ayat di atas menjelaskan bahawa meminta izin atau memberi izin merupakan budi pekerti yang baik. Orang-orang mukmin

Aswara Bab 2.pmd

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

digalakkan meminta izin dan memberi izin dalam hal-hal tertentu yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Dari tafsiran ayat di atas juga menjelaskan budi merangkumi hati dan jiwa iaitu peribadi seseorang atau sesuatu bangsa. Kata budi membawa erti fikiran, akal dan keinsafan menentukan baik dan buruknya sesuatu. Orang yang berbudi ialah orang yang bijaksana, pandai, baik tingkah laku serta perangainya. Dari sudut pengertian, budi mempunyai pengertian yang amat luas. Budi berasal dari kata Sanskrit Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia (Teuku Iskandar 1970) atau dalam Bahasa Inggerisnya wisdom atau intelektual. Menurut Al-Ghazali (2002: 100), dasar budi pekerti manusia dibahagikan kepada tiga sebab asas iaitu akal, hawa nafsu dan marah. Memperbaiki budi pekerti ialah dengan memperseimbangkan ketiga-tiga sifat dasar itu. Sementara Mustafa Haji Daud, (1995) menegaskan:
Apabila perkataan budi ditambah dengan awal ber iaitu berbudi atau man di akhirnya iaitu budiman, ia bermaksud seseorang yang mempunyai budi bahasa, adab sopan, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang paling penting banyak menabur jasa dan bakti.

Secara amnya, budi adalah sifat yang menggambarkan peribadi insan ke arah kebaikan (Zaidi Daud 1996). Sementara itu budi adalah pancaran daripada akhlak. Akhlak ialah kata jamak dari khulq, ertinya tingkah laku, tabiat perangai, bentuk keperibadian, kebiasaan kemahuan iaitu kemahuan yang dibiasakan. Sebagai istilah Islam ia bererti: sikap keperibadian yang melahirkan laku perbuatan manusia terhadap Tuhan dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk Al-Quran dan Hadis (Sidi Ghazalba 1982). Sebagai rumusannya, definisi budi adalah perangai yang baik, akhlak yang terpuji, tingkah laku yang sopan dan watak yang sempurna dengan akal dan kebijaksanaan. Budi luhur juga melambangkan sifat manusia yang baik, perbuatan yang berakhlak dengan melakukan kebajikan kepada manusia lain. Melalui budi akan lahirlah bicara, daya upaya yang sempurna dalam kehidupan seharian. Selanjutnya beberapa pandangan tentang akal budi berdasarkan pandangan Al-Quran dan sarjana Islam.

Aswara Bab 2.pmd

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Akal Budi Berdasarkan Pandangan Al-Quran dan Sarjana Islam


Setelah meneliti definisi akal dan budi pengkaji seterusnya akan melihat dan meneliti akal budi berdasarkan pandangan Al-Quran dan sarjana Islam. Berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah terdapat kata al-Qalbu yang bermaksud hati yang ada dalam rongga dada. Hati ini melahirkan budi dari akal dan kebijaksanaan. Akal budi yang dapat dilihat melalui tindakan, tangan, kaki, mata, telinga, lidah, mulut dan semua anggota luar dan dalam. Sebagai contoh, apabila mata diperintah oleh hati untuk terbuka, maka terbukalah mata. Begitu juga kaki disuruh bergerak, ia akan bergerak. Lidah apabila disuruh berbicara, ia akan berbicara atau berkatakata. Begitulah juga dengan anggota-anggota yang lain. Tentang akal budi Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran dalam Surah As-Syams, ayat 9-10 yang bermaksud, Sesungguhnya berbahagialah orang yang suka membersihkan dirinya (berakhlak baik) dan sungguh rugi orang yang berperangai buruk. Melalui akal dan budi seseorang itu dapat menilai kebenaran dan kebatilan seperti firman Allah S.W.T. yang maksudnya:
Katakanlah Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Terj. R.H.A. Soenarjo S.H. et al. 1971, Surah Az-Zumar 39: 9)

Bagi Ibnu Sina, manusia terdiri daripada tiga jiwa utama yang membentuk tingkah lakunya; jiwa sensitif, jiwa rasional dan agen intelek. Setiap satu jiwa ini mempunyai fungsi dan keperluan yang tersendiri. Sementara itu, jiwa sensitif dibahagikan kepada tiga, yakni deria luaran, deria dalaman dan nafsu. Menurut beliau, deria dalaman terdiri daripada akal budi iaitu daya ingatan berimaginasi, imaginasi kehaiwanan, imaginasi keinsanan, anggapan, memori dan mengingat semula (Mohd Yusof Othman 1999). Daripada pandangan di atas, jelaslah membuktikan agen intelek merupakan agen yang tertinggi dalam perkembangan intelek manusia. Agen intelek boleh memberikan makna tentang sesuatu yang dapat dirasai oleh jiwa sensitif dengan memberi makna dan ilmu kepada manusia. Sementara itu, menurut Ibn Khaldun dalam Mukaddimah:
Berfikir merupakan kesedaran dalam diri seseorang tentang hal yang dianggap suatu yang khusus dimiliki oleh makhluk-makhluk yang

Aswara Bab 2.pmd

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

hidup sahaja. Makhluk haiwan berkeupayaan menanggapi segala fenomena yang berlaku di luar dirinya dengan perantaraan pancaindera yang dianugerahi oleh Allah S.W.T. iaitu pendengaran, penglihatan, penghiduan, deria rasa dan sentuhan. Manusia mempunyai kelebihan daripada makhluk yang lain kerana mereka boleh menanggapi sesuatu di luar diri melalui kemampuan berfikir, mewujudkan imaginasi sesuatu perkara berdasarkan kepada analisis dan sintesis. (Abdullah Al-Amin Al-Namiy, Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi 1994: 47)

Menurut Ibn Khaldun lagi, fuad merujuk kepada kemampuan berfikir mempunyai beberapa tingkatan; iaitu: Tingkat pertama, pemahaman intelek manusia terhadap segala sesuatu yang berada di luar alam semesta, iaitu tanggapan diri. Tingkat ini membolehkan akal melakukan perbezaan antara baik dan buruk untuk dimanfaatkan dalam kehidupan mereka. Tingkat kedua, kemampuan berfikir yang menyediakan manusia dengan segala idea dan perilaku yang diperlukan dalam perhubungan dengan persekitaran. Kemampuan berfikir jenis ini diperoleh melalui pengalaman yang dirasakan benar-benar bermanfaat kepada manusia. Ia juga dikenali sebagai intelek eksperimen. Tingkat ketiga, kemampuan berfikir yang melengkapkan manusia dengan pengetahuan (ilmu) atau pengetahuan andaian (dzann) tentang sesuatu objek yang berada melampaui persepsi pancaindera tanpa perantaraan pengalaman hidup. Hal seumpama ini dikatakan intelek spekulatif (alaql an-nadzari). Intelek ini mengandungi tanggapan (perception), tasawwur (worldview) dan tashdiq. Pada peringkat ini, seseorang itu mampu membuat perbandingan dan penggabungan antara beberapa pengetahuan untuk menghasilkan pengetahuan baru seperti yang terungkap dalam pendapat Al-Ghazali: Ketahuilah, berfikir itu ialah menghadirkan dua makrifah dalam hati yang dapat mengeluarkan makrifah yang ketiga (Al-Ghazali 1977: 37). Tingkat terakhir, tingkat untuk memberikan tanggapan tentang wujud mengikut pelbagai kepintaran, perbezaan sebab-musabab dan punca. Kemampuan berfikir pada tahap ini menunjukkan pemikiran tersebut sudah mencapai kesempurnaan dalam realiti, intelek yang murni dan jiwa yang berperseptif. (Mohd Yusof Haji Othman 1999: 25 dan Nurcholis Majid 1992: 16).

Aswara Bab 2.pmd

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Keempat-empat tingkat yang dihuraikan oleh Ibn Khaldun ada menyentuh tentang akal dan budi manusia. Budi manusia tidak terlepas daripada apa yang difahami oleh manusia serta manusia mampu berfikir melalui pengalaman dan pengetahuan yang dialaminya. Pengetahuan ini akan disaring dalam hati untuk memilih kebaikan dan tahap kesempurnaan dalam diri. Sementara itu, dalam Tajus Salatin tulisan Bukhari Al-Jauhari (1966: 165), Fasal yang keenam belas mengatakan peri budi dan yang berbudi itu bahawa akal dan akil nama keduanya itu. Beliau menjelaskan orang yang berbudi itu dalam bahasa Arab banyak namanya dan termasyhur daripada segala namanya iaitu akal dan akil itu; dalam bahasa Arab iaitu suatu gua di atas bukit yang maha tinggi tiada sampai orang ke sana dan lagi seperkara dalam bahasa Arab akal iaitu suatu yang teguh adanya. Sementara sifat al-akal mengatakan beza antara orang yang berbudi dengan orang yang tiada berbudi. Terdapat tujuh tanda orang berbudi: Pertama: Kedua: Ketiga: Keempat: Kelima: Keenam: Ketujuh: Sesiapa yang berbuat jahat pada orang yang berbudi, dibalas dengan perbuatan baik. Merendahkan diri kepada semua orang yang rendah martabat daripadanya. Berusaha melakukan segala pekerjaan yang baik. Benci kepada pekerjaan yang keji dan orang yang jahat Sentiasa menyebut nama Allah S.W.T. dan memohon ampun akan kesalahannya dan sentiasa mengingati mati. Berkata benar dalam setiap perkataan. Jika mendapat susah dia akan meminta pertolongan daripada Allah.

Berdasarkan pandangan ini, sikap seseorang yang berbudi sentiasa baik. Selain itu, sifat orang yang berbudi juga tidak akan melakukan perbuatan yang jahat. Orang yang berakal dan berbudi sentiasa ingat kepada Allah S.W.T. dalam setiap tindakan dan perbuatannya. Justeru, ketujuh-tujuh perkara di atas mempunyai kaitan dengan ilmu, iaitu yang berpunca dari akal dan hati. Hal ini jelas dapat membezakan antara manusia yang berakal dan berilmu dengan manusia yang tidak berakal dan tidak berilmu dalam tindakan dan perbuatan mereka. Kita harus menyedari bahawa ilmu amat penting bagi mengawal akal dan hati dalam menghasilkan tindakan yang baik. Sementara itu, Imam Ghazali (1991: 4, 5) dalam bukunya Keajaiban Hati, kata akal sama dengan Al-Aqlu yang mempunyai beberapa makna
9

Aswara Bab 2.pmd

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

dan erti yang bermacam-macam yang disebutkan dalam Kitab Al-Ilmu. Daripada sejumlah makna yang banyak itu ada dua makna yang berhubungan dengan tujuan berbahasan akal budi iaitu: Pertama, akal bererti: mengetahui hakikat segala sesuatu. Dalam hal ini akal adalah sifat ilmu yang terletak di hati. Kedua, akal bererti: yang menangkap dan mendapatkan segala ilmu. Dalam hal ini akal bererti hati dalam erti yang lebih halus iaitu erti kedua. Setiap orang yang berilmu, padanya ada suatu kewujudan yang merupakan suatu sifat keadaan di dalamnya. Sifat itu bukan seperti sifat yang digambarkan. Kata akal kadang-kadang bererti sifat orang yang berilmu, dan kadang-kadang bererti tempat penemuan atau yang menemukan segala pengertian. Dalam Al-Quran dan As-Sunnah terdapat banyak ayat-ayat yang menganjurkan dan mendorong manusia supaya banyak berfikir dan mempergunakan akalnya. Betapa tinggi kedudukan akal dalam ajaran Islam. Akal adalah anugerah Tuhan yang istimewa kepada manusia yang membezakan manusia dengan binatang dan makhluk lain. Bahkan manusia kalau akalnya belum atau tidak berfungsi, seperti anak belum akil baligh dan orang yang tidak waras fikirannya, tidak bertanggungjawab atas perbuatannya, dia tidak mendapat hukuman atas kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sesungguhnya kedudukan dan darjat seseorang pada kaca mata Islam bukan terletak pada harta, nama atau kediamannya, tetapi agama Islam lebih mengutamakan budi pekerti, seperti sopan santun dan adab sopan yang luhur. Akal budi juga berkait rapat dengan akhlak, darjat dan kedudukan bagi umat Islam. Dalam hal ini, Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda dalam beberapa buah hadis-Nya yang bermaksud:
Yang menjadikan orang mukmin itu pemurah adalah agamanya, dan yang menjadikan orang itu mempunyai kehormatan adalah akalnya dan yang menjadikan orang itu mulia ialah budi pekertinya. (Hadis Riwayat Abu Hurairah). Bahawasanya aku diutus Allah untuk menyempurnakan keluhuran akhlak (budi pekerti). (Hadis Riwayat Ahmad). Sabda Nabi Muhammad S.A.W. lagi: Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik. (Hadis Riwayat Bukhari)
[Muhammad Faiz Almath, Seribu Seratus Hadis Terpilih 1993]

10

Aswara Bab 2.pmd

10

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Penghargaan tinggi terhadap akal sejajar dengan ajaran Islam yang erat hubungannya dengan akal, iaitu menuntut ilmu dan memanfaatkannya dalam kehidupan di dunia. Sebagai contoh, terdapat banyak ayat yang meminta manusia menggunakan akal dan kebijaksanaan.
Antaranya, Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan/berakal. (Terj. R.H.A. Soenarjo S.H. et al. 1971, Surah Al-Hasyr 59: 2)

Daripada beberapa contoh Hadis dan Al-Quran yang dipetik di atas, jelas menggambarkan terdapat gabungan antara akal dan budi bagi membentuk nilai diri umatnya. Dari akal yang bijaksana, akan terpancarlah akal budi dan budi pekerti atau akhlak yang mulia yang dituntut oleh ajaran Islam kepada umatnya. Al-Quran sebagai petunjuk hidup bagi umat Islam sangat jelas kenyataan dan kebenarannya. Terdapat banyak pengertian akal dalam Al-Quran sebagaimana yang terdapat pada ayatayat dalam Surah Al-Baqarah iaitu ayat 44, 179, 197, 219 dan 269. Di mana dalam ayat-ayat tersebut dapat kita temukan faktor-faktor mengenai sifat yang dipunyai oleh orang yang berakal iaitu ulil-albab. Imam Ghazali (1993) dalam Ihya Ulum ad-Din menulis tentang akal dan budi. Menurutnya akhlak mulia maksudnya adalah pengetahuan, kecerdikan, budi bahasa, keberanian, iman kukuh, kemurahan hati dan lain-lain sifat baik. Banyak daripada sifat-sifat tersebut dihayati bukannya dengan pancaindera, tetapi dengan sinar akal. Hal ini bertepatan dengan konsep akal budi, iaitu akal berkaitan dengan ilmu yang mempengaruhi budi, fikiran, daya upaya, ikhtiar. Manakala budi berkaitan dengan fikiran, kebijaksanaan, perangai, akhlak, tingkah laku dan pekerti yang mulia. Semua ini menyentuh bahasa, bicara, perangai dan akhlak dari pancaran hati dan jiwa seseorang manusia. Pandangan ini disokong oleh pendapat Muhammad Usman El Muhammady (dalam Hassan, Fauzura dan Ismail 2000) yang menjelaskan, akal berasal daripada perkataan Arab. Ertinya yang asli ialah ikatan. Akal bukanlah suatu perkataan yang berdiri sendiri, tetapi hasil daripada tiga sifat jiwa manusia; fikiran, perasaan dan kemahuan. Tiga sifat jiwa ini menjadi ikatan akal apabila ada ikatan fikiran, perasan dan kemahuan. Dengan demikian, dapat difahamkan bahawa akal itu ialah ikatan fikiran, perasaan dan kemahuan. Bukan fikiran sahaja sebagai pendapat umum. Ketiga-tiga sifat ini wujud dengan adanya ad-din dalam pengertian Islam dan dapat dipakai sebagai nilai dan ukuran budi dan kecerdasan manusia.
11

Aswara Bab 2.pmd

11

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Justeru, konsep jiwa dalam Islam dikaitkan dengan konsep roh dan kemudian digabungkan dengan jasad menjadi nafs (diri). Islam tidak mementingkan jasad dan roh sahaja, untuk menjadi manusia, keduaduanya harus bersatu bagi mewujudkan manusia yang memiliki kesedaran tentang diri dan Tuhannya. Fahaman ini mestilah berasaskan Al-Quran dan Hadis seperti yang dihuraikan oleh Bagdad Al-Khadra (1998: 16):
Pembangunan peradaban dan kemasyarakatan yang unggul telah mempengaruhi tingkah laku manusia dan sistem kemasyarakatan dengan pengaruh yang nyata dari segi hubungan manusia dengan dunia luar, ketika hukum-hukum kebendaan itu dapat dieksploitasikan dalam skop pembangunan tersebut. Hal ini sebagai pelengkap kemakmuran dan mengatasi segala akibat yang menghancurkan seperti kebodohan, kelaparan dan kesakitan, yang mana manusia telah memperoleh hasil-hasil gemilang dalam masyarakat yang terdapat pembangunan fizikal dan mental atau akal budi yang agung.

Petikan di atas menghuraikan setiap kemajuan dalam kehidupan suatu masyarakat yang baik telah mempengaruhi tingkah laku manusia dan masyarakatnya. Selain itu, pengaruh kebendaan juga menjadi alat kepada pembangunan dan kemajuan. Dalam hal ini, masalah kemiskinan, pelajaran dan kesihatan dapat diatasi ke arah pelengkap pembangunan akal budi. Sementara itu, apabila perkataan akal dan budi dicantumkan menjadi akal budi, yang membawa erti lebih luas berkaitan dengan tingkah laku yang dihasilkan oleh pemikiran yang waras dan bijaksana. Dalam hal ini, Al-Sheikh Abdul Halim Mahmud yang memetik pendapat Imam Al-Ghazali (2000: 25), menjelaskan:
Akal sememangnya mengkaji nature dan matematik (riyadah) dan kedua-dua persoalan ini adalah dikira sebagai ceraian daripada ilmuilmu falsafah yang tidak dipertikaikan oleh sesiapapun. Akal telah berjaya mengemukakan beberapa rumusan yang sangat berfaedah tentang kejadian alam. Akal telah berjaya menerangkan kaedahkaedah yang kemas lagi teratur dan akal juga telah menyusun prinsipprinsip yang halus dan rapi menjurus kepada kewajaran pembinaan kejadian alam dan matematik atas asas-asas yang kukuh. Kejayaan akal boleh merempuh segala bidang, boleh menjelajah alam semula jadi dan luarnya, pada benda dan bukan benda, pada alam yang terang jelas (syahadah) dan pada alam ghaib (yakni pada alam jasmani dan alam rohani). Tetapi alam metafizika iaitu alam ilmu

12

Aswara Bab 2.pmd

12

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

ketuhanan yang disebut sebagai falsafah akal ketuhanan terserlah kegagalan mutlak akal dalam bidang ilmu itu.

Pendapat di atas menjelaskan, bahawa kekuatan dan keupayaan akal boleh melangkaui semua bidang. Semua ini meliputi alam semula jadi, benda hidup dan bukan hidup, alam nyata dan alam ghaib iaitu jasmani dan rohani. Bagaimanapun, kekuatan dan keupayaan akal tidak dapat memikirkan alam yang berkaitan dengan alam ilmu ketuhanan. Sementara pandangan Muhammad Baqir Ash. Shadr (1981) dalam Aliran Filsafat Dunia, menjelaskan melalui teori empirikal. Menurutnya:
Penginderaan adalah satu-satunya yang membekali akal manusia dengan konsepsi-konsepsi dan gagasan-gagasan, dan (bahawa potensi mental akal budi) adalah potensi yang tercermin dalam berbagai persepsi inderawi. Jadi, ketika kita menginderai sesuatu, kita dapat memiliki suatu konsepsi tentangnya-yakni menangkap form dari sesuatu itu dalam akal budi kita. Akal budi, berdasarkan teori ini, hanyalah mengelola konsepsi-konsepsi gagasan-gagasan inderawi.

Kenyataan di atas secara umum membawa maksud, alat perasa iaitu pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, penciuman dan lainlain deria membantu akal manusia memahami konsep dan gagasan sesuatu perkara yang dapat ditangkap melalui gambaran atau bayangan hati atau fikiran. Ketika kita merasai sesuatu kita akan dapat menangkap konsep tentang sesuatu perkara itu dalam akal budi kita. Akal budi daripada teori ini hanya memahami daripada konsep dan gambaran sesuatu perkara. Pandangan dan pendapat ini dikuatkan lagi bahawa tidak ada gagasan apa pun dalam diri manusia pada saat lahirnya ke dunia ini, bagaimanapun jelas bahawa kesemua idea itu dalam akal manusia. Manusia diberikan telinga, mata dan hati supaya berfikir dan bersyukur. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur. (Terj. R.H.A. Soenarjo S.H. et al. 1971, Surah An-Nahl 14: 78)

Manakala, Al-Sheikh Abdul Halim Mahmud (2001: 1, 4) turut menegaskan:


Al-Quran sebagai pembimbing akal yang mampu membangunkan umat Islam serta menyumbangkan pemikiran kemanusiaan sejagat. Justeru, Al-Quran merupakan din akal dengan pengertian ia

13

Aswara Bab 2.pmd

13

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

sebagai pembawa hidayah, petunjuk, pemimpin dan pembimbing kepada akal. Prinsip-prinsip ini boleh difahami oleh akal dengan senang dan mudah. Al-Quran tidak mencanggahi akal dan akal perlu merujuk kepadanya pada setiap perkara. Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia ke arah kesempurnaan jiwa untuk mencapai tahap kemanusiaan yang sangat tinggi.

Petikan di atas menjelaskan, Al-Quran mengajak manusia berfikir ke arah pembangunan manusia sejagat. Selain itu, Al-Quran juga memberi petunjuk, hidayah memimpin dan membimbing akal manusia ke arah kebaikan. Al-Quran tidak bertentangan dengan akal. Semua perkara boleh dirujuk dalam Al-Quran yang membimbing manusia ke arah kebaikan dan kesempurnaan. Pandangan ini dikuatkan lagi oleh pendapat Nik Azis Nik Pa (1999: 21) tentang fakulti akal dari sudut jasmani, fungsi akal merujuk fungsi yang dijalankan oleh organ otak. Dari sudut rohani pula, akal bertanggungjawab terhadap proses persepsi, pemahaman, penaakulan, pemikiran, dan pembinaan skim ilmu. Melalui akal, manusia berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara, mengatasi konflik kognitif, dan meneliti perubahan dalam persekitaran sehingga dapat mengambil manfaat darinya. Secara tabii, fakulti akal mempunyai kecenderungan untuk mengetahui. Akal merupakan alat yang membolehkan seseorang memahami dan mengamati fenomena alam semula jadi, sejarah tamadun manusia, dan perkembangan diri serta menganalisis kepentingan hidup beragama. Melalui akal, manusia dapat memerhati, mentafsir, dan memahami tanda-tanda Allah yang bersifat linguistik begitu juga yang bukan bersifat linguistik. Tanda linguistik merujuk ayat-ayat Al-Quran, manakala tanda bukan linguistik merujuk fenomena alam semula jadi, seperti yang dijelaskan oleh Al-Ghazali (1993):
Fakulti akal dikenali sebagai fikir yang merujuk aktiviti renungan (refleksi) atau penyoalan dalaman yang rasional dan kritis. Melalui fikir roh, roh manusia bergerak ke arah memperoleh makna tentang sesuatu objek pengetahuan. Pemerolehan makna atau ketibaan roh kepada makna tentang sesuatu itu pula adalah melalui proses intuisi yang berlaku dalam kalbu. Dalam konteks ini, perkaitan antara akal dan kalbu dapat dilihat dengan jelas. Akal berfungsi membina skim ilmu melalui tiga proses asas, iaitu penglihatan aktif, fikir (refleksi) dan pengabstrakan, manakala kalbu pula berfungsi mengembangkan skim ilmu menjadi ilmu melalui proses intuisi atau ilham.

14

Aswara Bab 2.pmd

14

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Ilmu mengandungi unit makna sehingga terbentuk idea, konsep, dan pertimbangan yang tertentu. Makna yang diperoleh melalui proses intuisi mempunyai skop yang amat terbatas, manakala makna yang diperoleh melalui proses ilham mempunyai skop yang meluas dan mendalam.

Secara umum petikan di atas membawa maksud, melalui akal manusia berfikir untuk mendapatkan makna tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan pengetahuan. Untuk mendapatkan makna, proses infuisi akan berlaku dalam kalbu. Oleh itu, kaitan antara akal dan kalbu sangat rapat. Akal berfungsi menterjemah ilmu pengetahuan. Manakala kalbu pula mengembangkan ilmu ke arah kebolehan memahami serta membuat pertimbangan secara sedar ke arah kebaikan melalui petunjuk dari Tuhan yang terbit dari hati. Dalam Al-Quran, wilayah batin iaitu roh, hati, jiwa dan akal itu tidak dijelaskan dengan satu kata sahaja, misalnya kata nafs yang bererti jiwa. Di samping kata nafs, ada istilah-istilah lain yang sama iaitu qalb dan aql (akal). Al-Quran juga tidak menyebutnya hanya dalam bentuk kata benda sahaja, tetapi juga dalam bentuk kata kerja (Komaruddin Hidayat 2002). Pandangan ini dijelaskan lagi oleh Yusuf Al-Qardhawi (1998: 19) tentang kedudukan akal dalam Al-Quran yang diulang sebanyak 49 kali. Al-Quran dan akal bergerak seiring di mana akal dipedomankan oleh Al-Quran dalam menentukan ilmu yang disampaikan adalah sesuatu yang benar dan bermanfaat. (Sidik Baba 2004: 31). Daripada sudut pengertian Islam juga, budi adalah akhlak, iaitu istilah yang diperkenalkan oleh agama Islam, berasal daripada bahasa Arab jama daripada perkataan al-khuluq, pecahan daripada kata alkhalq. Daripada sudut bahasa berdasarkan Kamus al-Munid, al-khuluq bermaksud perangai, budi pekerti, tabiat dan adab. Manakala orang yang berakhlak ialah orang yang bermaruah dan mempunyai budi pekerti yang baik (Kamus Munjid fi al-Lughah Wa Iklam 1986). Sementara itu, akhlak daripada sudut istilah pula bermaksud keadaan jiwa yang terpancar dari tingkah laku yang diamalkan masyarakat sebagai sebahagian daripada cara hidup dinamakan akhlak (Mustafa Haji Daud, Ismail Ishak & Kamarudin Ahmad 1993). Imam Al-Ghazali (1997) pula berpendapat, akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang daripadanyalah terbentuk perbuatan dengan mudah, yang tidak berkehendakkan pertimbangan pemikiran terlebih dahulu. Berdasarkan pengertian Imam Al-Ghazali di atas, akhlak yang baik dihitung berdasarkan kepada perbuatan yang diterima oleh akal dan syarak dan begitulah juga sebaliknya perbuatan yang buruk.
15

Aswara Bab 2.pmd

15

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Ciri-ciri akhlak dan kesopanan yang berkaitan dengan budi, Yusuf Al-Qardhawi (2000: 137) menjelaskan adalah juzuk yang tulen dari struktur binaan masyarakat Islam. Ia adalah masyarakat adil, ihsan, kebajikan, kerahmatan, kebenaran, amanah, kesabaran, kesetiaan, sifat malu, kesucian, kemuliaan, tawaduk, pemurah, berani, kesatriaan, keutamaan, dedikasi, pengorbanan, bermaruah, membantu, kebersihan, berhias, berjimat, berhemat, bertolak ansur, berlembut, nasihatmenasihati, saling membantu, menjaga kehormatan, mengawal hawa nafsu, marah kerana benar, cintakan kebaikan, mendahulukan kepentingan orang lain, berbuat baik kepada semua makhluk terutama kepada kedua ibu bapa, memelihara hubungan silaturahim, menghormati jiran, menyeru manusia ke arah kebaikan, amar ma aruf nahi munkar serta setiap sifat mulia, ciri-ciri terhormat dan budi pekerti yang luhur. Akhlak itu bukanlah terbatas kepada apa yang berkaitan dengan hubungan antara manusia sahaja, sebaliknya ia merangkumi hubungan antara manusia dan Pencipta-Nya juga. Daripada perspektif Islam, Abdul Aziz Mohammad (1985: 2) dalam bukunya Pedoman Budi memberikan taksiran budi sebagai yang lahir dari hati dan jiwa. Menurutnya:
Budi pekerti atau akhlak adalah lahir dari dalam - merupakan bingkisan (reflex) - hati atau jiwa bukan laku (tingkah laku) yang dibuat-buat secara munafik. Jika hati dan jiwa sudah bersih, baik dan bercahaya maka akan lahirlah budi yang luhur dan jika hati dan jiwa kotor dan tidak bercahaya, maka akan lahirlah budi yang kasar dan hina.

Apa yang ditekankan oleh Abdul Aziz Mohammad di atas adalah budi pekerti atau akhlak adalah pancaran dari hati dan jiwa seseorang, bukanlah perbuatan yang bertentangan dengan hatinya. Jika hati dan jiwa seseorang itu bersih akan melahirkan budi pekerti yang baik, tetapi jika hatinya tidak bersih akan melahirkan perbuatan yang keji dan hina. Manakala Hamka (2001: 40) pula menjelaskan tentang budi dan akal adalah:
Kelebihan seseorang dari yang lain hanyalah takwanya, budinya, dan kecerdasan akalnya. Jikalau akal kuat di dalam diri, kuat pulalah fikiran dan kuat ingatan. Kemanusiaan tidak ada pada yang lain, hanyalah pada manusia. Maka sekadar usaha manusia memperhalus perangai itu, sekadar itu pulalah tingkatan darjat kemanusiaannya. Budi pekerti yang mulia tidaklah timbul kalau tidak dari sifat keutamaan.

16

Aswara Bab 2.pmd

16

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Keutamaan tercapai dari perjuangan, berebutan-rebutan kedudukan di antara akal dengan nafsu. Keutamaan hanya diperolehi dengan berjuang, dengan mendidik dan belajar, tumbuh di hati yang suci dan menimbang, bukan dengan semata-mata diajar-ajar, dipaksapaksa atau lantaran mendengar pidato-pidato sahaja. Menyuburkan perasaan belas kasihan, dinamakan budi utama. Agama Islam menjadi agama yang menegakkan keutamaan budi, bahkan keutamaan itulah yang menjadi seruannya.

Berdasarkan petikan di atas, Hamka menekankan tentang kelebihan seseorang manusia itu terletak pada takwa, budi dan kecerdikan akalnya. Sifat-sifat kemanusiaan dan budi pekerti akan terlihat daripada fikiran yang baik. Kemampuan akal hanya boleh dididik melalui pembelajaran. Sifat yang suci di hati akan dapat disuburkan melalui perasaan belas kasihan yang melahirkan budi yang baik yang dituntut oleh Allah. Melalui penggunaan akal fikiran manusia dapat menilai tiap-tiap perlakuannya sama ada baik atau buruk. Oleh kerana itu, Islam telah menjadikannya syarat bagi menentukan beban tanggungjawab (taklif). Sementara itu, orang yang belum berakal atau cacat akalnya tidak ditakrifkan perintah ke atasnya. (Abdul Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Haji Ashaari dan Arip Saaya 1995: 18). Berdasarkan pandangan-pandangan di atas, jelaslah menurut AlQuran, akal dan budi adalah setinggi nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia untuk mereka merenungi, memahami, memikirkan dan mempelajari segala ciptaan Allah di alam ini. Melalui penggunaan akal, manusia dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Konsep pendidikan akal budi menurut Al-Quran adalah untuk mengembangkan kekuatan atau kemampuan akal dan melatihnya agar dapat dipergunakan pada jalan yang baik dan abadi melalui proses analisis, mencari sebab musabab, hikmah dan sebagainya. Rumusan tentang akal budi dari pandangan Islam tidak sematamata berdasarkan Al-Quran. Walau bagaimanapun kebanyakan cendekiawan Islam merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah tentang jalur akal budi manusia dibentuk yang merupakan anugerah Allah kepada manusia bagi menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat. Setelah meneliti akal budi berdasarkan Al-Quran, Hadis dan sarjana Islam, huraian berikutnya pengkaji akan melihat akal budi berdasarkan pandangan sarjana Melayu.

17

Aswara Bab 2.pmd

17

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Akal Budi Berdasarkan Pandangan Sarjana Melayu


Sarjana Melayu juga mempunyai beberapa pandangan tentang akal budi iaitu melalui hasil karya sastera, sejarah, adat istiadat, salasilah, agama dan bahasa. Beberapa pandangan tentang akal budi dapat dilihat melalui karya sastera yang dihasilkan oleh pengarang Melayu. Kebanyakan pengarang Melayu terdiri daripada pembesar-pembesar istana atau kerabat diraja (antara lain Tun Seri Lanang, Raja Ahmad, Raja Ali Haji, Raja Chulan dan Raja Aisyah Sulaiman). Sebagai contoh pengarang Sulalatus al-Salatin, iaitu Tun Seri Lanang memperlihatkan pengetahuan yang luas menguasai sejarah, adat istiadat, salasilah, agama dan seterusnya bahasa-bahasa Nusantara, India dan Arab. Walaupun tulisannya ada unsur kritikan, tetapi cara penulisannya berakhlak dan berbudi. Bahasa Melayunya halus lagi bersih. Pengalamannya amat rencam dan mungkin bermula dari Melaka dan pernah melalui Bentan dan Kampar (Muhammad Haji Salleh 2000: 208). Hal ini dapat dilihat melalui mukadimah Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin (A. Samad Ahmad (ed) 1979: 2, 3) seperti berikut:
Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah anggota fakir allazi murakkabun iala jahlini (mendengar titah) maka fakir perkejutkan diri fakir pada mengusahakan dia, syahdan mohon taufik ke hadrat Allah Tuhan saniil-aalam, dan minta huruf kepada nabi sayyidil-anam, dan meminta ampun kepada sahabat yang akram, maka fakir karanglah hikayat ini, kama samituhu min jaddi waabi, supaya akan menyukakan duli hadrat baginda.

Secara umum petikan di atas menjelaskan, setelah Tun Seri Lanang mendengar titah Sultan, walaupun dengan berat hatinya diusahakannya juga untuk mengarang Sulalatus Salatin, dengan memohon kekuatan daripada Tuhan, meminta keberkatan daripada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta memohon ampun daripada para sahabat Nabi, akhir beliau berjaya mengarang Sulalatus Salatin untuk memberi kegembiraan kepada Sultan. Pandangan ini dipersetujui oleh Mohd Taib Osman (1988: 7) iaitu pujangga-pujangga Melayu lama telah meninggalkan kita satu warisan akal budi yang kaya, yang menjadi bahan kajian seperti Tun Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Bukhari Al-Jauhari, Raja Ali Haji, Abdullah bin Abdul Kadir Munshi dan Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dan beratus lagi pujangga bangsa lain.
18

Aswara Bab 2.pmd

18

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Mohd Taib Osman (1988: 171) turut menghuraikan, akal budi sesuatu masyarakat itu terpancar melalui kesusasteraan, muzik, drama, tarian dan bentuk-bentuk kesenian lain adalah unsur budaya tradisional yang penting yang dapat membentuk identiti kebangsaan. Unsur-unsur budaya tradisional yang dapat dikemukakan menimbulkan perasaan dan nilai yang tinggi, baik dari segi nilai sosial mahupun dari segi nilai estetik. Pandangan ini membuktikan masyarakat Melayu begitu menghargai dan menjunjung tinggi akal budi sehingga budi itu diibaratkan sebagai sendi bangsa. Jika budi itu runtuh maka runtuhlah bangsa itu. Dengan erti kata yang lain budi itu diibaratkan tiang seri bagi sesebuah rumah. Jika tidak ada tiang seri maka mustahil rumah dapat ditegakkan. Demikian juga halnya dengan budi. Jika tiada budi maka mustahil tamadun dan budaya sesuatu bangsa itu dapat diwujudkan (Hamka 1976: 5). Berdasarkan pemerhatian, masyarakat Melayu juga beranggapan bahawa akal budi itu sama seperti hati budi diri seseorang. Akal budi merupakan hati bagi sesuatu tamadun atau bangsa. Jika seseorang itu tidak mungkin dapat hidup tanpa hati, maka demikian jugalah halnya dengan budi. Tanpa budi tidak mungkin sesuatu tamadun atau budaya bangsa dapat ditegakkan (Awang Had Salleh 1985). Sebagaimana yang telah disentuh, akal budi merupakan sesuatu yang tidak ternilai dalam pembentukan tamadun. Akal budi terpancar dari hati nurani, akhlak, moral dan etika yang terkandung dalam karya sastera, adat istiadat, agama serta cara hidup sesuatu bangsa. Pandangan ini dipersetujui oleh Ismail Hamid (1986: 30) menjelaskan manusia itu akan berharga dan bernilai hidupnya, jika ia suka berbakti dan berbudi. Ini kerana umur seseorang itu adalah singkat. Tetapi jasa, bakti dan budi yang ditaburkan sepanjang hayatnya yang singkat itu akan kekal abadi dikenang oleh masyarakatnya. Sifat mengenang budi dan akal budi yang tinggi patut menjadi amalan dalam kehidupan seseorang. Dalam hal ini, A. Samad Ahmad (1986: 10) dalam penulisan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) menyatakan:
Kerana saya menyedari bahawa saya seorang dari bangsa Melayu, bangsa yang sedia terkenal beradab mulia dan berbudi tinggi; yang demikian saya memohon ke hadrat Allah, janganlah hendaknya menjadi sebut-sebutan orang kelak, sebagai seorang dari bangsa Melayu yang berbudi tinggi itu, bukan lagi tidak tahu menghargai dan tidak tahu membalas budi orang, malahan mengenang budi dan menghargai jasa orang pun sudah tidak tahu lagi.

19

Aswara Bab 2.pmd

19

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Akal budi terpancar melalui cara hidup, bahasa khususnya dan karya sastera sesuatu bangsa. Dalam hal ini, Ismail Hussein (1982: 25) menyebut tradisi Melayu Islam dalam bentuknya yang agak murni. Kita masih melanjutkan tradisi beraja, dengan segala adat istiadat, budi bahasa, kesenian dan dialek-dialek Melayunya serta ketaatan kepada agama. Dalam keadaan itu, Farid M. Onn (1987: 3, 13) menegaskan bahawa bibit kegemilangan peradaban persuratan Melayu-Islam, yang kalau kita andaikan sebagai sebentuk cincin berlian dikelilingi intan permata yang bergemerlapan, kita dapat merasakan kegemilangan pusat kebudayaan dan persuratan di Johor-Riau pada abad ke-19 itu sebagai berlian yang memancar dikelilingi permata kegemilangan tradisi Melayu-Islam di tempat-tempat lain, seperti Acheh, Palembang, Brunei, Banjarmasin, Pattani dan Melaka. Segalanya itu merupakan realisasi keazaman untuk memperkayakan khazanah akal budi dan kesusasteraan Melayu. Seterusnya dalam hal ini, Zainal Kling (2004: 4) menyatakan orang Melayu membina tamadun sendiri bermula dengan sistem animisme, yang ditandai dengan sistem kepawangan serta memahami semua benda di alam ini mempunyai semangat. Dari masyarakat sebegini, orang Melayu didatangi sistem Hindu-Buddha. Pada kurun ke-12, kedatangan saudagar Arab membentuk kerajaan Islam pertama iaitu di Pasai kemudian mempunyai hubungan dengan Melaka dan membina tamadun Islam yang besar di seluruh alam Melayu. Masyarakat dan tamadun Melayu berkait rapat dengan pengaruh agama-agama ini. Yang paling terkenal dalam kalangan orang Melayu tentang nilai ialah yang dikatakan sebagai budi. Ia dalam tiga bentuk iaitu budi bahasa, budi pekerti dan budi bicara. Aspek akal ini kemudiannya timbul dalam masyarakat Melayu hasil hubungannya dengan Islam. Jadi akhirnya kita menggunakan konsep akal tentang pertimbangan yang rasional, berdasarkan pemikiran, tidak lagi perasaan. Akal menjadi konsep kepada pemikiran yang rasional, berasaskan pertimbangan hukum dan suatu yang patut dan wajib dari sudut hukum syarak. Bagi memanfaatkan nikmat akal, Mohd Yusof Hassan (2007: 4) menyatakan teori pemikirannya berdasarkan tiga sumber jelas iaitu sumber Islam sebagai ad-Din, sumber perkembangan sains dan teknologi dari negara Barat dan Timur serta nilai kebudayaan masyarakat majmuk negara ini. Generasi hari ini disaran menggunakan akal untuk berfikir selain keluar dari kepompong pemikiran sempit jika mahu menjadi orang yang maju. Selain itu sebagai manusia, cabang pemikiran perlu dirangkumi

20

Aswara Bab 2.pmd

20

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

dengan kerohanian dan ketaatan manusia kepada Tuhan, kebitaraan iaitu keupayaan berfikir dengan cemerlang, bijaksana, hebat, pandai dan baik, kesaintifikan iaitu pemikiran berteraskan kenyataan kebenaran dan logik, dan kekreatifan iaitu pemikiran bidang kreativiti dan reka cipta. Pada masa yang sama, dirangkumi empat aspek kemahiran yang tercetus dari hati dan perasaan iaitu etika, akhlak atau tindak tanduk manusia. Apabila digabungkan semua aspek ini, ia bakal membentuk dan memberi keupayaan manusia berfikir secara bersepadu sekaligus menjana modal insan unggul untuk negara. Selanjutnya, Hamka (2001: 145) menjelaskan akal manusia bertingkat, kehendak manusia berbeza-beza menurut tingkat akal masingmasing. Ada manusia yang sangat cinta kepada kehormatan dan kemuliaan. Jika akal itu telah tinggi kerana tinggi pengetahuan (ilmu) dihubungkan oleh ketinggian pengalaman, bertambah tinggilah darjat orang yang mempunyainya. Dalam kenyataan lain, Hamka (2002: 26) menegaskan:
Manusia itu sejenis haiwan juga, tetapi Tuhan memberikannya kelebihan dengan akal. Kepada akal itulah bersandar segala perkara yang wajib dia lakukan atau wajib dia tinggalkan. Adapun haiwan jenis lain, yang dirasainya hanyalah semata-mata kelazatan perasaan kasar. Dikejarnya kelazatan itu dengan tidak menimbang dan memikir lebih dahulu. Sedang bagi manusia, akal itulah yang menjadi penjaganya dan yang menguasainya. Meskipun suatu perkara dipandangnya lazat untuk badannya, belum tentu dia mahu mengerjakan kalau belum mendapat persetujuan dari akalnya. Dengan adanya rasa malu pada orang yang berakal, terbukti bahawasanya memperturutkan kelazatan badan itu tidaklah mendatangkan keuntungan bagi manusia. Dengan akal itulah manusia dapat memikirkan besar nikmat yang diterimanya dari Tuhan, nikmat-nikmat kemuliaan dan ketinggian yang tiada ternilai, sehingga manusia terlepas daripada kehinaan. Dengan akal manusia dilebihkan berbanding haiwan. Akal menyuruh manusia menjaga dirinya dan mengatur peri kehidupannya, jangan meniru orang lain, mengenal siapa diri, dan berusaha memperbaiki mana yang rosak. Akal itu bukanlah suatu sifat yang berdiri sendiri, tetapi hasil daripada tiga sifat, iaitu fikiran, kemahiran dan perasaan. Pancaindera yang lima adalah alat-alat buat menangkap sesuatu yang maujud untuk dimasukkan ke dalam fikiran. Timbulnya fikiran diikuti oleh kemahuan menyelidik dan perasaan yang timbul ketika melihatnya.

21

Aswara Bab 2.pmd

21

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Justeru, Hamka (2001: 332) menegaskan akal budi itu diberikan kepada manusia untuk menjaga dan menguasai dirinya. Melalui akal manusia juga dapat memikirkan nikmat yang diberikan oleh Tuhan. Dengan akal manusia diberi kelebihan berbanding haiwan. Kesihatan akal dapat dipupuk dengan banyak membaca, berfikir dan merenung kehidupan yang dilalui. Setelah meneliti akal budi berdasarkan pandangan sarjana Melayu, pengkaji akan melihat dan meneliti akal budi berdasarkan pandangan sarjana Timur dan Barat. Pandangan orang Melayu tentang budi adalah suatu nilai yang amat tinggi dan terpuji. Dalam kalangan orang Melayu budi menjadi amalan dalam kehidupan seharian. Budi dalam masyarakat Melayu diamalkan melalui cara hidup, bahasa, budaya dan kesusasteraan hingga ke hari ini.

Akal Budi Berdasarkan Pandangan Sarjana Timur dan Barat


Sarjana Timur dan Barat juga mempunyai pandangan khusus tentang akal budi Pelbagai pandangan yang dapat dikutip dari pemikiran dan pengucapan dengan memberikan makna yang amat bererti. Yusuf AlQardhawi (1998: 119), yang mengulas falsafah akal budi ahli falsafah zaman lampau seperti Socrates bahawa fadilah atau fadilat (kemuliaan, ketinggian, kelebihan dalam beribadah) adalah makrifat, maka jika manusia telah mengetahui fadilah secara mantap, akalnya akan terbuka dan hatinya akan menjadi tenang, dan ia harus mempertahankannya. Jika tidak, bererti telah terjadi kekacauan dalam makrifatnya dan makrifat yang ia miliki hanya khayalan yang tidak tertanam dalam akalnya. Oleh sebab itu, tidak mungkin seorang berakal, yang ingin mengetahui bahawa api bersifat membakar, kemudian membakar dirinya terlebih dahulu hanya untuk mengetahuinya. Bagi menjelaskan hal ini, Zulkifli Yazid (1996: 235) dan Hassan, Fauzura dan Ismail (2000: 91), memetik pendapat Socrates tentang akal dan budi. Menurut Socrates, akal itu tidak lebih daripada alat untuk mencari kebenaran. Selanjutnya tentang budi, beliau menyatakan orang yang menyediakan banyak harta untuk anak-anaknya tetapi lupa memperbaiki budi mereka, sama sahaja dengan orang yang memberi cukup makanan yang baik kepada kuda-kudanya tetapi tidak pernah melatih binatang itu agar berguna.

22

Aswara Bab 2.pmd

22

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Sementara pendapat Aristotle pula berbeza pendapat dengan gurunya Socrates. Dia berpendapat, makrifat semata-mata tidak akan menghantarkan atau menuju fadilah. Banyak orang mengetahui fadilah, namun mereka melakukan sebaliknya kerana dorongan kehendak dan nafsu mereka sehingga mementingkan unsur kemahuan di samping makrifat (pengetahuan). Selanjutnya, pendapat Aristotle (dalam Nurcholis Majid 1992: 80) tentang akal menjelaskan; akal itu ada empat fungsi: yang pertama adalah akal aktual abadi; kedua, akal yang ada secara potensial, iaitu yang dipunyai jiwa; ketiga ialah akal yang dalam jiwa beralih dari potensial ke aktual; keempat ialah akal yang kita namakan akal kedua (secondary). Akal budi mempunyai kaitan dengan akal kedua ini iaitu mewakili akal pada indera, disebabkan dekatnya indera kepada sesuatu yang hidup dan sifatnya yang meliputi sesuatu keseluruhannya. Dalam hal ini, Aristotle juga menjelaskan tentang tiga jiwa, iaitu jiwa tumbuh-tumbuhan (al-nafs al-nabatiah) jiwa binatang (al-nafs al- ayawaniah), jiwa manusia (al-nafs al-insaniah). Ketiga-tiga jiwa ini terdapat dalam diri manusia yang mempunyai daya tertentu. Jiwa tumbuh-tumbuhan dan jiwa binatang mempunyai lebih dari satu daya, jiwa manusia mempunyai daya berfikir yang disebut akal. Akal terbahagi kepada dua: 1. 2. Akal praktis (amilah) yang menerima erti-erti yang berasal daripada pemikiran melalui indera pengingat yang ada pada jiwa binatang. Akal teoretis (alimah) yang menangkap erti-erti murni yang tidak ada dalam pemikiran seperti Tuhan, roh dan malaikat.

Dalam hal akal dan minda, R.M. Hare (1992) menyatakan, selain Aristotle, Plato juga orang yang pertama dalam sejarah yang cuba memberi keterangan yang sistematik tentang struktur minda. Tentang akal dan minda, Hassan, Fauzura dan Ismail (2000) memetik pandangan Plato yang menyatakan, cantumkan antara fikiran dengan fikiran, nescaya lahirlah kebenaran. Beliau juga menyatakan, berfikir itu perbuatan jiwa dengan diri sendiri, orang yang tidak berdaya berfikir adalah orang yang bodoh. Selain itu, Izutzu (dalam Harun Nasution 1986) berpendapat, kata aql pada zaman Jahiliah digunakan dalam erti kecerdasan (practical intelligence) yang dalam istilah psikologi moden disebut kecekapan memecahkan masalah (problem-solving capacity). Orang berakal menurutnya, adalah orang yang mempunyai kecekapan untuk menyelesaikan masalah. Kata al-aql mengandung erti yang sama dengan kata Yunani nous. Dalam falsafat Yunani nous mengandung
23

Aswara Bab 2.pmd

23

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

erti daya berfikir yang terdapat dalam jiwa manusia. Dengan demikian pemahaman dan pemikiran tidak lagi melalui al-qalb di dada tetapi melalui al-aql di kepala. Pengertian yang jelas tentang akal terdapat pembahasan ahli falsafah Islam dan Yunani. Falsafah Yunani menjelaskan, akal pada pendapat mereka merupakan salah satu daripada jiwa (al-nafs atau al-ruh) yang terdapat dalam diri manusia. Kata-kata al-nafs dan al-ruh berasal daripada Al-Quran, dan juga telah masuk ke dalam bahasa Melayu dalam bentuk nafsu, nafas dan ruh. Pandangan sarjana Barat, Braginsky V.I. (1994: 9) menjelaskan tentang keindahan fikiran, perasaan dan tindakan biasanya tidak terdedah pada penglihatan tetapi terbuka untuk sinar akal dan menimbulkan kesedaran pembaca tentang imej manusia tersebut dalam segenap kesempurnaan rohaninya. Keindahan rohani tersebut menjadi teladan kepada keturunan yang akan datang. Bagi menjelaskan tentang akal dan budi, pengarang Inggeris, William Shakespeare (dalam Hassan, Fazura dan Ismail 2000: 75,76) berpendapat, orang yang mendapat pengajaran daripada beberapa percubaan adalah orang yang berakal, budi itu mulia selamanya daripada dendam. Baik dan buruk adalah disebabkan oleh fikiran. Bergurulah pada kebijaksanaan sendiri, sesuaikanlah perbuatanmu dengan perkataanmu, dan perkataanmu dengan perbuatanmu. Sementara, John Dewey (1944) menyatakan budi pekerti adalah terdiri atas tiga perkara iaitu fikiran yang jernih yang dapat diperolehi dengan bekerja sendiri; kehalusan perasaan yang dibangkit dan disuburkan dengan memberi latihan secara bekerjasama dan bergaul dengan orang lain; dan gaya kemahuan yang akan terbentuk jika individu digalakkan bekerja menurut dorongan dari dalam diri mereka. Bagi bangsa timur seperti India, Jepun, Cina dan sebagainya juga mempunyai definisi masing-masing mengikut falsafah budaya dan agama mereka. Menurut ajaran Buddha umpamanya, percaya bahawa konsep hidup manusia adalah membebaskan diri daripada penderitaan dan kesengsaraan (Ansari, Iqbal 1977: 33-57; Ellwood 1976: 49-116). Bagi mereka, hidup manusia itu sendiri adalah penderitaan (dukkha) yang disebabkan oleh hawa nafsu atau kecintaan kepada keduniaan (dukkhasamudaya) dan penderitaan boleh dihapuskan (dukkha-nirodha) dengan menurut langkah yang suci (dukkha-nirodha-marga atau astangika marga). Lapan langkah tersebut ialah bertindak atau bersikap benar dalam pandangan dunia, niat, percakapan, tingkah laku, kehidupan, usaha, pemikiran dan penumpuan.
24

Aswara Bab 2.pmd

24

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Tamadun India menekankan beberapa nilai penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, Kepercayaan Kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya dan Perpaduan. Pengkaji mendapati hanya unsur Dharma yang menekankan tentang nilai akal budi. Pengkaji melihat dalam unsur Dharma sahaja terdapat nilai akal budi atau Sadharna dharma menekankan sifat-sifat seperti kebenaran, kesabaran, memaafkan, kawalan minda, tidak mencuri, kebersihan, tidak melakukan kekejaman, kawalan deria, pengetahuan, ikhlas dan tidak marah yang perlu ada bagi semua manusia (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2002: 290-291). Falsafah dan agama Cina juga mempunyai akal budi iaitu konfusianisme yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551 S.M.479 S.M.) menekankan pengalaman nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ven), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia (juzi). Sementara itu, falsafah Cina Buddisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (KK 563 S.M.483 S.M.) di India pada kurun ke-6 S.M. dan kemudiannya disebarkan ke negara China pada kurun Masihi yang pertama juga menekankan akal budi dalam ajaran Jalan Lapan Lapis Mulia, yang mengandungi lapan aspek penting iaitu; dibahagikan kepada tiga bahagian; pertama, panna (kebijaksanaan) meliputi pemahaman yang betul (right understanding) dan pemikiran yang betul (right thought); kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betul (right speech), tindakan yang betul (right action), dan cara hidup yang betul (right livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betul (right effort), pertimbangan yang betul (right mindfulness) dan tumpuan yang betul (right concentration) (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2002: 308). Setelah meneliti akal budi daripada sudut Islam, sarjana Melayu dan sarjana Barat dan Timur, pengkaji melihat ada kesesuaiannya dengan akal budi Melayu yang akan dijelaskan seperti di bawah. Rumusan daripada beberapa pandangan di atas dapat disimpulkan bahawa konsep akal budi itu terdapat dalam falsafah dan agama yang dianuti oleh manusia sejak zaman lampau. Fahaman ini dianuti dan dihayati dalam kehidupan yang mementingkan nilai murni dan sifat yang mulia.
25

Aswara Bab 2.pmd

25

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Akal Budi Sebagai Falsafah Hidup Bangsa Melayu


Dalam kehidupan bangsa Melayu akal budi dianggap sebagai falsafah dan budaya yang amat istimewa. Melalui akal budi seseorang itu akan dinilai perangai dan akhlaknya, sama ada ia seorang yang berbudi tinggi atau sebaliknya. Akal adalah anugerah Tuhan yang menjadikan manusia itu istimewa dalam kalangan makhluk di dunia. Akal budi Melayu terpancar dari bahasa, bicara, hati dan jiwa yang luhur. Akal budi Melayu juga dapat dilihat dari perangai dan akhlak seseorang yang lahir dari fikiran yang bijaksana. Akal budi Melayu yang berteraskan Islam akan menaikkan darjat manusia ke taraf paling mulia dalam kalangan sesama manusia dan di sisi Allah S.W.T. Dalam hal ini, Mohd Taib Osman (1977) dalam kajiannya menegaskan:
Terdapat tiga teras dalam pemikiran orang-orang Melayu. Ketigatiga teras tersebut ialah idea keislaman; kedua, kepercayaan warisan animisme Hinduisme-Buddha; dan yang ketiga ialah pengetahuan empirikal bercorak pemikiran saintifik. Oleh kerana idealisme Islam mendapat tempat yang paling tinggi dalam pemikiran Melayu maka mereka sentiasa berusaha bertindak dan bertingkah laku untuk memenuhi tuntuan agama dan ajaran Islam (Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim, Mardzelah Makhsin, dan Noor Farihah Mohd. Noor 2004: 143).

Petikan di atas menjelaskan tentang pemikiran dan kepercayaan orang-orang Melayu. Terdapat tiga teras penting iaitu anutan kepada keislaman, kepercayaan kepada animisme Hinduisme-Buddha serta pemikiran bercorak saintifik. Bagaimanapun, kepercayaan kepada Islam paling tinggi dalam pemikiran mereka. Oleh itu, mereka sentiasa berusaha dan mengamalkan ibadah mengikut tuntutan agama Islam. Hal ini jelas kerana setiap orang Islam sedar akan tuntutan hukum-hukum agamanya sebagai penyampai kebenaran dalam kehidupan. Orang Melayu memahami akal sebagai daya berfikir yang ada pada otak seseorang. Yahya Saleh Basalamah (1993: 212) menyebut, akal mempunyai dua kekuatan, pertama, kekuatan untuk berfikir, mengkaji, meneliti, mempelajari dan membahas masalah-masalah alam, dan kedua, kekuatan untuk berfikir secara mendalam sehingga pemiliknya mempercayai hakikat yang ghaib. Nabih Abdul Rahman Usman (1998) menjelaskan akal fikiran telah memuliakan dan membezakan manusia
26

Aswara Bab 2.pmd

26

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

daripada makhluk lain kerana dengan akal, manusia memahami alam Malaikat, mengenal Zat Yang Maha Pencipta, melakukan amanah, menguasai berbagai-bagai disiplin ilmu dan boleh membezakan antara kebaikan dan keburukan. Jika dilihat pada ketiga-tiga unsur jiwa itu, menampakkan kepada kita bahawa hati dan nafsu dapat mendorong manusia ke arah keimanan dan kejahatan. Dalam mengimbangi dorongan tersebut akal bertindak sebagai penentu arah atau bentuk perbuatan manusia dengan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perbuatan itu (Haron Daud 1995: 13-27). Akal budi dan tamadun bangsa Melayu dapat dikaji dan dipelajari daripada hasil karya sastera yang pernah dihasilkan melalui tulisan dan pertuturan. Hassan Ahmad (2002: 8) menggambarkan bahawa Melayu tidak musnah, dan agama Islam tetap menjadi sumber dan ilham pembentukan pandangan hidup (world-view) Melayu sebagaimana yang dapat kita kaji daripada teks-teks Melayu tradisional seperti pantun, peribahasa, pepatah, lipur lara Melayu, dan daripada teks-teks ilmu, metafizik dan sufisme yang dikarang di Acheh dalam abad ke-17. Faktor penting yang mengekalkan identiti bangsa Melayu itu sepanjang sejarahnya bertembung dengan tamadun-tamadun luar ialah keterbukaan minda Melayu menerima perubahan dan menyesuaikan budaya dan pemikiran dengan persekitaran yang baru atau yang berubah. Tentang budi pekerti bangsa Melayu, Abdul Karim Haji Abdullah (1987: 15), memetik pandangan Abdul Razak Hussein yang menjelaskan, kebudayaan itulah yang dapat menilaikan bagaimana tinggi atau rendahnya mutu tamadun dan budi pekerti bagi sesuatu bangsa di atas dunia ini. Tamadun bangsa dapat dibentuk berlandaskan prinsip iman dan takwa kepada Allah S.W.T. Selain itu, pendidikan merupakan proses pengembangan potensipotensi yang ada pada diri manusia dan pembangunan akal budi sehingga potensi-potensi itu dapat menimbulkan keupayaan-keupayaan tertentu bagi memungkinkan manusia menjalani kehidupan secara normal dan seimbang. Potensi-potensi itu meliputi aspek akal, emosi, rohani dan jasmani (Awang Sariyan 2003: 3). Selanjutnya, proses pengembangan potensi individu itu, dapat dikenal pasti berbagai-bagai ragam potensi yang ada pada manusia untuk kemudian dikembangkan melalui proses pendidikan, baik secara formal mahupun secara tak formal. Dengan mengambil potensi akal atau intelek sahaja, menurut Guliford (1956) ada 120 jenis potensi akal pada manusia.
27

Aswara Bab 2.pmd

27

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Antaranya termasuklah potensi berbahasa, mengira, mengingat, berfikir, dan mencipta (Hassan Langgulung 1991: 4). Berdasarkan pandangan-pandangan di atas, pengkaji mendapati tujuan pendidikan akal budi adalah untuk mengembangkan fikiran manusia supaya menjadi pengabdi atau hamba Allah yang soleh. Seterusnya melalui akal, manusia dapat memperkembangkan semua aspek dalam kehidupan di dunia dan kebaikan di akhirat. Justeru, untuk memperkembangkan akal budi manusia dan kemampuannya melalui pemikiran yang ilmiah, manusia diberi kesempatan menimba berbagai-bagai pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk pengetahuan diri agar dapat menghindarkan dari perkara-perkara yang merugikan dan merosakkan. Melalui pendidikan, akal budi manusia mampu berfikir dan mengambil pengajaran serta membuat perbandingan yang tepat. Manusia dapat mengembangkan ilmu pengetahuan, teknologi dan sebagainya bagi menggerakkan dan memajukan minda dan peradaban umat manusia seluruhnya. Melalui akal budi yang baik, memberi peringatan kepada manusia agar sentiasa berwaspada terhadap pengaruh atau perkara yang hak dan batil serta perkara-perkara yang mendatangkan bahaya dalam kehidupan. Dalam Kitab Kiliran Budi yang popular digunakan di sekolahsekolah Melayu pada zaman penjajahan banyak mengandungi peribahasa yang menyentuh pekerti, keperibadian dan kehidupan orang Melayu yang antaranya boleh dijadikan asas pembentukan kesopanan dan tatatertib. Beberapa pandangan dan tulisan tentang pembangunan akal budi Melayu antaranya Ismail Haji Ibrahim (1992), Ciri-ciri Pembangunan Manusia (1993), Masyarakat Berilmu dan Kekuatan Rohani dan Jasmani, Al-Sheikh Abdul Halim Mahmud terjemahan Mohd Fakhrudin Abd Mukti (2000), Islam dan Akal, Mustafa Haji Daud (1995), Budi Bahasa Dalam Tamadun Islam, Hamka (1976), Lembaga Budi yang kebanyakannya berpendapat budi dan budiman itu hanya dimiliki oleh manusia. Demikian juga berbahasa mulia itu hanya dipancarkan oleh manusia dan tidak makhluk lain seperti haiwan. Tinggi rendah akal budi sesuatu bangsa atau tamadun itu ditentukan oleh pemikiran yang baik dan budi bahasa yang mantap. Pandangan ini dijelaskan lagi oleh Yunus Maris (1984: 50), memberikan makna budi sebagai tutur kata, budi bahasa, kejujuran, keadilan, pemurah, timbang rasa, perangai yang baik, watak yang baik, budi pekerti, berterima kasih dan akhlak yang baik. Hassan Hamzah (1997: 180) mengaitkan budi sebagai akal, kebijaksanaan, perangai,
28

Aswara Bab 2.pmd

28

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak sifat atau perbuatan baik, dan kebajikan. Daripada ketiga-tiga definisi yang diberikan di atas satu kesimpulan awal dapat dijelaskan, iaitu tentang peri pentingnya budi yang menjelaskan makna sebagai pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji. Akhlak yang terpuji ini termasuklah tingkah laku yang baik, tutur kata atau budi bahasa yang baik berkaitan dengan perangai atau tingkah laku meliputi kejujuran, keikhlasan, kebenaran, pemurah, penyayang, timbang rasa, tolongmenolong, berbakti, berjasa, baik hati, kesederhanaan, kerjasama, kesyukuran, hemah tinggi, hormat-menghormati, kebersihan fizikal dan mental, kerajinan, semangat bermasyarakat, patriotisme dan bijaksana. Sementara itu, Abdul Halim Othman (1993) menghuraikan tentang Budi Dalam Masyarakat Melayu Berdasarkan Interpretasi Psikologi Moden mendapati konsep budi dan pengertiannya dikaitkan dengan proses pemikiran, perlakuan atau perbuatan, dan keperibadian/personaliti. Rumusan dan cadangannya, konsep budi perlu dikaji dari segi perkembangan dan perubahan dalam konteks masyarakat Melayu, yang mengalami perubahan ekonomi, politik, sosial, nilai dan moral. Peringkat perubahan bolehlah dibahagikan menurut era seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajahan, zaman selepas penjajahan dan zaman Dasar Ekonomi Baru. Aspek budi pekerti Melayu dalam perhubungan seharian (interpersonal) boleh dikaji mengikut kategori yang berikut: hubungan suami-isteri, hubungan keluarga, hubungan jiran, hubungan dalam pekerjaan, hubungan dalam pemerintahan, perniagaan, pentadbiran, pelajaran dan sebagainya. Bercakap tentang sifat, perangai serta akal budi orang Melayu supaya menjauhkan sifat keji dan mengatasinya dengan sifat yang baik bagi mencapai kemajuan, Zaba (2000: 213) menjelaskan:
Bahawasanya kemiskinan perangai yang mulia seperti rajin usaha, jimat cermat, tekun, tinggi hemah, kuat kemahuan, teguh cita-cita, benar, kepercayaan, menepati janji, menghargai waktu, ada kehormatan diri, biasa menjalankan akal dan berfikir sendiri, bergantung kepada ikhtiar diri sendiri, mereka hati, tiada tertunduktunduk dan bersembah-sembah, gemarkan faedah ramai, menjauhi perkara-perkara yang cemar, dan merosakkan maruah dan beberapa yang lain lagi. Untuk memahami akal budi Melayu, kita mesti memahami sistem nilai budaya Melayu dan bagaimana orang Melayu berfikir. Secara ringkasnya, orang Melayu beragama Islam dan tentulah pemikiran mereka berpaksi sistem nilai Islam berdasarkan Al-Quran dan As29

Aswara Bab 2.pmd

29

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Sunnah. Hal ini dapat dilihat melalui karya-karya agung tradisional Melayu.

Pandangan ini juga mempunyai kaitan dengan pandangan Hassan Ahmad (2004: 63) yang menjelaskan:
Pemikiran Melayu bersifat sintesis dan holistik iaitu menyeluruh dengan menggunakan data dari pengalaman dan pemerhatian empirikal di sekeliling alam mereka, untuk membentuk pandangan hidup atau falsafah hidup, mencipta makna yang mesejnya atau nilainya dapat kekal sepanjang zaman. Mereka belajar dari alam. Alam adalah gurunya. Melalui kaedah berfikir orang Melayu tidak sahaja bersifat empirikal, dengan menggunakan kuasa inderawi atau pancaindera mereka untuk memahami realiti alam di luar diri mereka. Mereka berfikir melalui metafora, melalui kiasan, melalui perbandingan (analogi), melalui tamsil ibarat, melalui lambang dan imagery. Proses fikiran ini bersifat non-linear lebih banyak menggunakan kuasa imaginasi dari otak sebelah kanan (akal kreatif) dan kemudian digabungkan dengan proses berfikir menggunakan akal rasional dari bahagian otak sebelah kiri untuk melahirkan makna (dan nilai) yang empirikal sekaligus abstrak.

Proses pemikiran ini dapat kita kaji berdasarkan puisi tradisional, iaitu pantun dan berdasarkan peribahasa dan pepatah Melayu. Orang Melayu melahirkan rasa hati dan fikiran mereka melalui pantun dan peribahasa sebagai menggambarkan perasaan dan pandangan mereka. Melalui puisi khususnya pantun dan peribahasa Melayu mengandungi banyak falsafah atau pandangan hidup atau world-view Melayu yang mempunyai nilai makna atau mesejnya dapat kekal dan sesuai dan boleh digunakan sepanjang zaman hingga kini. Pemikir Melayu menyampaikan maksud atau pandangan hidupnya tentang pentingnya pengalaman dan ilmu. Justeru, pengalaman dan ilmu ini dapat dijadikan panduan hidup generasi masa kini bagi menempuh kehidupan yang mencabar pada masa akan datang. Berkaitan dengan istilah akal budi Hassan Ahmad (2003) selanjutnya menjelaskan:
Akal budi ialah istilah yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah minda atau otak yang tidak dapat diselesaikan oleh pemikir Barat hingga sekarang (seperti kata John Searle) iaitu akal budi yang terdapat dalam budaya pemikiran Melayu. Istilah ini merangkumi seluruh sistem atau proses kognitif yang terdapat di dalam otak dan dalam diri manusia. Akal ialah keadaan mental manusia, baik otak atau minda (kerana kedua-duanya wujud dalam 30

Aswara Bab 2.pmd

30

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

diri manusia, tidak di luar). Manakala budi ialah hasil atau kelakuan yang lahir dari proses akal itu. Dalam kajian epistemologi Barat, atau dalam wacana tentang soal berkaitan minda-otak di Barat, tidak ada istilah yang sama dengan akal budi iaitu sesuatu yang menyatukan fikiran manusia dengan kelakuannya atau yang menganggap fikiran sebagai pembentuk adab manusia. Budi pula mempunyai maksud yang luas, seperti yang terbayang dalam ungkapan budi pekerti semuanya lahir dari fikiran yang tidak sahaja bersifat empirikal dan rasional, fikiran yang objektif dan saintifik semata-mata, juga fikiran yang beradab, yang bijaksana, yang berbudiman. Pendek kata, istilah akal budi membayangkan cara pemikiran Melayu: tidak dualistik, tidak kategorikal, tetapi holistik.

Seterusnya dalam hal ini, berkaitan dengan akal budi Melayu, Zaba (1980) sebagai seorang tokoh pembaharuan pemikiran Islam di Malaysia juga pernah membincangkan tentang budi pekerti. Menurutnya:
Pembangunan akal budi dalam masyarakat Melayu sejak dahulu terpancar melalui pertuturan, kebudayaan, ukiran, dan tingkah laku serta hati budi seseorang. Melalui hasil kesenian khususnya kesusasteraan akal budi terpancar dalam nyanyian, pantun, gurindam, seloka, syair, peribahasa dan sajak. Melalui hasil kesenian dan kesusasteraan terpancar ketinggian tamadun bangsa dan budaya bangsa yang dapat ditegakkan menunjangi kehidupan masyarakat sejak dahulu hingga sekarang.

Menerusi syair, Zaba (1998: 57) ada mengungkapkan:


Akal weh sekalian berfikir cuba, Kebaharuan alam sentiasa tiba; Insan Melayu masih meraba, Diliputi gelap, lalai dan laba.

Apa yang diperkatakan oleh Zaba bersifat umum, namun pemikiran Zaba mengenai akal budi Melayu menjangkau hampir separuh abad yang memberikan pengertian terhadap masyarakat sezamannya dan masyarakat akan datang dalam aspek rohani dan jasmani. Menurut pandangan Hamdan Hassan (1980: 20), Zaba selalu membincangkan tentang memajukan pendidikan dan mengenai kejatuhan akhlak serta budi pekerti orang Melayu menurut ajaran Islam, kerana soal ini merupakan akar dan umbi bagi kemajuan seseorang atau suatu bangsa itu. Kemuliaan perangai atau budi pekerti termasuk perkara yang penting sekali menurut ajaran Islam kerana dengan perangai yang mulia
31

Aswara Bab 2.pmd

31

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

itu, manusia akan dapat mencapai kehidupan bahagia dan kejayaan yang sempurna di dunia dan di akhirat. Manusia hendaklah memperoleh kemajuan dalam hal perangai dan rohnya pula dengan wasitah atau pengantara tingkah lakunya dalam hubungan sesama manusia dan kepada Tuhan yang menjadikannya. Pandangan Ahmad Hashimi (1945) dalam bukunya Panduan Bangsa banyak membicarakan akhlak, adab dan pergaulan dalam masyarakat Melayu. Berhubung dengan konsep budi pekerti ia menegaskan:
Satu kaum tak dapat bangkit melainkan dengan memajukan pergerakan budi pekerti yang mulia, dan menghapuskan segala pekerti-pekerti yang cemar, daripada bangsa itu. Dan lagi hendaklah disusun atau diatur pergaulannya, manakala telah sempurna dan tersusun di dalam soal membantu budi pekerti ini, maka lain-lain perkara yang datang kemudiannya semuanya mudah belaka.

Seterusnya ia menegaskan:
Kemajuan yang bermakna ialah budi pekerti yang mulia, yang menerbitkan daripadanya kasih sayang antara satu dengan lain. Maka sangatlah dikehendaki pada mana-mana umat, istimewa umatumat kita Melayu, hendaklah membanyakkan penuntut-penuntut yang berbudi pekerti dengan perangai yang elok ditanamkan di dalam hati mereka dengan satu tanaman yang telah masyhur iaitu yang ertinya: kasih akan tanah air itu daripada iman.

Pandangan dan pendapat ini turut disokong oleh Hanafi Dollah (2000: 5) yang menegaskan:
Konsep budi-jasa agak dominan kerana ungkapan tersebut selalu diucapkan yang menjadi ungkapan istimewa seperti dalam pantun, gurindam, syair, simpulan bahasa dan perbilangan adat yang mengutip kajian Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan (1996) serta Mohd Yusof Md. Noor (1985). Umpamanya, dalam Kumpulan Pantun yang dikumpulkan oleh Zainal Abidin Bakar (1984), terdapat lebih 131 pantun yang mengungkapkan tentang budi.

Falsafah budi Melayu juga terdapat pada ukiran dan seni budaya seperti ditegaskan Siti Zainon Ismail (2000: 9). Menurutnya:
Dunia dimensi akal budi sebagai falsafah yang memanusiawi jiwa dan peribadi. Istilah yang kerap memantul dalam benak peribadi kesenimanan adalah warisan budi daripada kesedaran akal dan debaran jiwa. Manusia khususnya orang Melayu boleh mendapat

32

Aswara Bab 2.pmd

32

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

pengetahuan secara intuitif atau celik akal dan tidak semestinya melalui pengalaman sahaja baru mengetahui akan sesuatu perkara (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman 2003: 19).

Untuk mencapai matlamat ini, kajian mestilah mendasari hasil-hasil kesusasteraan lama dan baru seperti puisi lama meliputi pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak yang amat akrab dalam kehidupan, pembangunan tingkah laku, akal budi orang Melayu sejak dahulu hingga kini. Justeru, Othman Puteh (1991) menekankan teks ataupun karya untuk memahami masyarakat yang diungkap menjadi bahan ataupun persoalan dalam karya tersebut serta pengaruh dan perubahannya kepada masyarakat pembaca. Dalam teks Sejarah Melayu (1950: 4) umpamanya yang pernah menjadi teks pelajar tingkatan enam, banyak menekankan peri pentingnya raja-raja dan anak-anak raja yang berbudi mulia dan berbudi pekerti yang mulia. Dalam mengisahkan Puteri Syahrul Bariah, anak Raja Kida Hindi yang menjadi isteri Raja Iskandar, Sejarah Melayu menggambarkan:
Raja hamba terlalu amat sekali kasihnya akan Raja Iskandar, tiada dapat hamba sifatkan; dan ada ia beranak seorang perempuan, tidak dapat dikatakan (keelokan parasnya), dan tiada ada baginya anak raja di dalam alam ini masyrik lalu maghrib pada zaman itu, daripada rupanya dan budi pekertinya tidak ada taranya pada zaman ini.

Berdasarkan Teks Sejarah Melayu itu, budi bahasa telah menjadi amalan dan budaya masyarakat Melayu tradisional. Budi bahasa atau pembangunan akal budi lahir dan subur berkembang bersama perkembangan kesusasteraan rakyat. Sarjana Barat yang mengkaji tentang bahasa dan kesusasteraan Melayu seperti R.O. Winstedt (1977) melalui Classical Malay Literature dan pengkaji tentang sejarah Asia Tenggara seperti D.G.E. Hall (1972) kagum dan mengakui bahawa masyarakat Melayu amat kaya dengan budi bahasa. Kekayaan budi bahasa mereka terpancar melalui kesusasteraan rakyat yang menceritakan tentang keamanan, kesejahteraan dan budi bahasa yang lemah lembut. Beberapa pandangan tentang akal budi Melayu dapat dilihat dan dikaji melalui hasil karya sastera Melayu seperti, simpulan bahasa, ungkapan, peribahasa, bidalan, pepatah, perbilangan, perumpamaan dan hasil karya sastera seperti pantun, syair, gurindam dan seloka. Peribahasa Melayu mutiara daripada kebijaksanaan orang yang punya bahasa itu. Di dalamnya terdapat hal-ehwal kesusahan dan kesenangan atau jenis kehidupan yang telah dirasai oleh bangsa itu (Zaba 1965: 166).
33

Aswara Bab 2.pmd

33

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Menurut Zaba lagi (2005: 34-35) dalam bukunya Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri, ilmu pengetahuan adalah alat paling penting bagi manusia memandu akalnya menimbang dan menentukan benar salahnya sesuatu perkara. Mencelikkan mata akal atau memajukan kebolehan berfikir, itu adalah antara sebesar-besar nikmat Tuhan kepada manusia. Sementara itu, kajian tentang minda Melayu telah dibentangkan dalam Wacana Minda Melayu pada 7 Oktober hingga 9 Oktober 2003 di Kuala Lumpur. Wacana Minda Melayu menyentuh soal peradaban, sahsiah, akal budi, daya fikiran dan pola Melayu. Nilai peradaban Melayu terdapat dalam tulisan A. Aziz Deraman melalui Pola Minda Melayu (2005: 1,16) mendapati, masyarakat tradisional Melayu juga mewarisi nilai peradaban yang cukup menarik dalam aspek falsafah dan pemikiran, tatakesenian, nilai dan norma, adat dan adab. Kajiannya mendapati suatu daya ungkapan falsafah dan pemikiran Melayu boleh dirujuk dalam tradisi pantun, genre puisi tradisional Melayu, kekal dalam ungkapan harian sewaktu acara perkahwinan atau acara rasmi. Menurut A. Aziz Deraman (2005):
Budi sangat dipandang mulia dalam masyarakat Melayu. Seorang Melayu hendaklah sentiasa bersifat budiman dan digalakkan menabur budi, berjasa dan membuat amal bakti. Cukup cantik pula seandainya budi itu dikaitkan dengan Islam, yakni agama anutan umat Melayu. Berbudi dan menabur kebajikan adalah suatu tuntutan Islam yang dikira sebagai amal jariah.

Dalam hal ini, Zainal Kling (2005: 17, 61), dalam tulisannya Minda Melayu-Suatu Tafsiran menjelaskan minda adalah keupayaan mental yang merupakan fikiran, perasaan dan tindakan. Bercakap tentang minda Melayu bermakna memperkatakan tentang alam fikiran Melayu, proses mentalnya yang cukup mantap, terakam dan terpancar dalam percakapan, tulisan mahupun segala macam naratif berbentuk kesusasteraan. Dapatan kajiannya, dari segi fikiran, kita lebih senang menggunakan minda dengan pengertian yang dihuraikan di atas. Namun ada pendapat lain mencadangkan konsep akal, akal budi, budi ataupun alam fikiran. Hal ini melibatkan proses berfikir dan juga melibatkan lain-lain proses seperti taakulan, emosi, perasaan, pengetahuan dan pergerakan mental yang boleh berlaku serentak tanpa terhad kepada berfikir, merasakan, taakulan atau intelek semata-mata.

34

Aswara Bab 2.pmd

34

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Dalam konteks ini ia berpendapat, Islam kekal teguh menjadi jati diri Melayu. Semuanya ini, adalah inti sari penentu kepada alam pemikiran Melayu. Pilihan lain ialah menyerap apa yang baik daripada tamadun kini, lalu membina daripada pelbagai anasir itu untuk segera mencapai tahap kemajuan yang tidak terlalu jauh tertinggal dari Barat. Cabaran terbesar Barat akan sentiasa menjadi ukuran kita kerana kita sedang bertahan untuk tidak ditenggelamkan oleh mereka. Justeru, pemikiran kita mestilah selari dan selaras dengan mereka. Pantun dan peribahasa Melayu menjadi teras kehidupan yang penting dalam budaya dan peribadi masyarakat Melayu. Justeru, Wan Hashim Wan Teh (2005), melalui kajiannya Transformasi Budaya, Peribadi dan Minda Melayu menjelaskan pantun dan peribahasa sering diucapkan dalam majlis rasmi, dalam adat istiadat dan kehidupan seharian untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni supaya tidak luntur ditelan zaman. Justeru, kajiannya mendapati, berbudi bahasa sebagai budaya dan peribadi Melayu menular masuk dan diterima oleh suku bangsa lain sebagai sebahagian daripada budaya mereka dan kini diterima sebagai budaya masyarakat Malaysia. Sesuatu yang menyerlah mengenai budaya dan peribadi bangsa Melayu pada abad ke-21 ini ialah rasa yakin diri untuk mencipta kemajuan. Sebuah lagi tulisan yang berkaitan tentang minda Melayu ialah kajian Jelani Harun (2005), iaitu Minda Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu: Keharmonian Hubungan Pemerintah dan Rakyat. Melalui kajiannya, adab ketatanegaraan memberi penekanan yang khusus tentang kepentingan akal kepada raja. Akal merupakan alat bagi raja mendapatkan ilmu pengetahuan tentang adab pemerintahan negara dan dapat melaksanakan tugas sebagaimana tuntutan agama. Akal dan ilmu pengetahuan lebih utama daripada kuasa dan kekayaan harta. Dapatan kajiannya, dalam adab ketatanegaraan, segala panduan pentadbiran negara yang terdapat dalam Al-Quran, Hadis dan katakata ulama dijadikan asas dalam membina peribadi seseorang raja, dengan pelbagai tokok-tambah berasaskan pengalaman yang ditimba daripada sejarah kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Sementara itu, Anwar Ridhwan (2005: 7, 9) melihat minda Melayu semakin berubah selepas tragedi 13 Mei 1969. Pendidikan moden turut mencorakkan minda Melayu generasi muda. Mahasiswa Melayu yang menerima pendidikan di luar negara menyedarkan mereka bahawa contoh

35

Aswara Bab 2.pmd

35

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

yang wajar dibawa pulang: prasarana serta penyelenggaraan yang baik, budaya positif seperti bekerja keras dan pembersih, etika, profesionalisme, daya saing, kepentingan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Menurut kajiannya, semua kejayaan mestilah bertitik tolak daripada ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Tanpa ilmu, atau dengan ilmu yang sedikit, Melayu tidak mungkin menjadi bangsa yang bererti dan berkesan di tanah airnya sendiri. Melayu dan minda Melayu kini berada dalam gelombang perubahan yang sangat canggih dan kompleks. Minda Melayu harus peka, kreatif, dan bertindak balas positif, bagi terus mengetengahkan Melayu yang bererti, kuat dan berkesan sebagai bumiputera di tanah airnya sendiri serta sebagai warga dunia. Justeru, jelaslah sesuatu karya sastera itu dengan serentak mencerminkan nilai-nilai yang mendukung penciptaan dan khalayak yang hendak dipengaruhi oleh pencipta. Teks Sastera Melayu lama seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah memaparkan gaya pemikiran dan ideologi kumpulan yang mengilhamkan karya-karya tersebut. Teks Tajus-Salatin juga memaparkan sejarah kebudayaan falsafah dan pemikiran Melayu (Shaharudduin Maaruf 1994: 16). Akal dan fikiran manusia adalah hasil janaan otak, sedangkan otak pula adalah bersifat biologi seperti juga anggota-anggota badan yang lain (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman 2003: 28). Pengkaji melihat akal dan fikiran memainkan peranan penting ke arah membentuk perangai dan akhlak yang mulia seseorang manusia. Bentuk-bentuk ucapan lisan seperti pantun, peribahasa, simpulan bahasa, pepatah-petitih, seloka, gurindam, sajak dan seumpamanya (yang kemudian dirakamkan dalam bentuk tulisan menampakkan ciri-ciri akal budi dan kebijaksanaan orang Melayu menangani segala gelagat penghidupan yang terhasil daripada pengintelektualan orang Melayu (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2002: 179). Bagi melihat bagaimana akal budi beroperasi gambar Rajah 2.1 dapat menjelaskannya. Akal budi mempunyai kaitan dengan bahasa, perangai dan akhlak, hati dan jiwa malah bicara. Bicara ada kaitannya dengan bercakap atau berkata-kata, begitu juga dengan berbicara mempunyai kaitan dengan mengemukakan pendapat atau fikiran. Bicara juga ada kaitan dengan hati, fikiran, muslihat, daya dan bahasa. Pancaran budi mempunyai kaitan dengan hati, jiwa, bahasa yang akan memperlihatkan perangai dan akhlak yang baik atau sebaliknya. Perhatikan rajah berikut:

36

Aswara Bab 2.pmd

36

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Al-QURAN DAN HADIS ILMU

Bahasa

AKAL Fikiran Ilmu Daya Upaya Ikhtiar

Bicara

Perangai & Akhlak

BUDI Kebijaksanaan Perangai Akhlak Tingkah Laku Sifat Baik Pekerti Mulia Gerak Geri

Hati & Jiwa

Rajah 2.1 : Konsep Akal Budi

Konsep ini dibina daripada bacaan Sulalatus al-Salatin atau Sejarah Melayu, Hikayat Isma Yatim, Hikayat Hang Tuah, Tajus Salatin dan Bustanus Salatin. Bertolak daripada konsep ini yang tidak lari dari pandangan Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah terpancarlah akal budi dan budaya Melayu yang menyentuh pekerti, keperibadian serta akhlak terpuji. Al-Quran mengasuh, mengasah dan membawa dimensi baru yang lebih luas untuk akal berfikir. Al-Quran memandu gaya dan jalan berfikir manusia ke arah kebaikan. Akhlak yang paling baik adalah akhlak yang berpandukan Al-Quran. Melalui Al-Quran, kemampuan akal dikenal pasti. Tidak semua perkara mampu dicapai dan dilogikkan dengan akal. Apabila tiba ke tingkat tertinggi pencapaian akal, manusia berpindah pula kepada renungan mata batinnya untuk melihat dan meninjau sesuatu perkara sama ada baik atau buruk. Sebagai contoh, walaupun Isma Yatim dalam Hikayat Isma Yatim dilengkapkan dengan kebijaksanaan (serta bakat), tetapi sewaktu dia
37

Aswara Bab 2.pmd

37

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

hendak mengarang sesebuah cerita, dia kembali berdoa supaya diberikan akal yang sempurna pada mengarang nasihat itu supaya dianugerahkan Allah S.W.T. akal yang sempurna pada perintah segala raja. Berdasarkan Rajah 2.1 Konsep Akal Budi menunjukkan manusia diberikan akal oleh Tuhan untuk berfikir. Daripada akallah akan terbentuk budi, fikiran, daya upaya dan juga ikhtiar. Akal juga adalah daya kefahaman manusia untuk mengetahui hakikat semua benda. Daripada akal juga terbentuk bahasa dan bicara yang dituturkan. Al-Quran tidak bertentangan dengan akal. Ini jelas kerana Al-Quran dan akal, penciptanya sama iaitu Allah S.W.T. Apabila hati kuat berpegang dengan Al-Quran, akal menjadi lebih bercahaya, beriman dan bertenaga. Sementara, budi melahirkan fikiran, kebijaksanaan, perangai, akhlak, tingkah laku, sifat baik, pekerti yang mulia dan gerak geri yang datangnya dari hati dan jiwa. Budi juga akan melahirkan perangai dan akhlak yang terpuji daripada seseorang manusia. Justeru daripada akhlak yang terpuji itu termasuklah tutur kata atau budi bahasa yang baik, keikhlasan, kebenaran, pemurah, belas kasihan, bertimbang rasa, tolong-menolong, berjasa dan berbakti. Rumusannya, melalui akal budi yang waras, teguh berpegang kepada prinsip Islam, matang serta disokong kuat oleh hati murni dan jiwa, iaitu perasaan, fikiran dan cita-cita akan melahirkan manusia yang budiman dan beriman, iaitu menjadi matlamat terakhir dalam tujuan hidupnya. Selain itu, makna dan konsep akal budi mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa, perangai, akhlak, hati, jiwa dan bicara yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini penting sebagai pegangan dalam kajian selanjutnya.

Kesimpulan
Akal budi akan melahirkan fikiran yang bernas dan bijaksana dalam setiap tindakan. Sifat baik yang lahir daripada perangai, budi pekerti, kelakuan, watak, tabiat seorang manusia terpancar melalui budi dan bahasa. Sesungguhnya, bahasa melalui bicara merupakan salah satu pencapaian terawal dalam tamadun manusia. Bahasa juga menjadi media sosial, media perdagangan, media politik, media penyebaran ilmu pengetahuan, media pendidikan dan yang lebih utama lagi ialah media penyebaran ke arah pembentukan akhlak atau budi dalam berbahasa. Melalui pendidikan dan penerapan nilai akal budi akan melahirkan
38

Aswara Bab 2.pmd

38

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

generasi yang membangun dan maju yang akan dicapai ke arah kebahagiaan manusia sejagat. Daripada sumber-sumber ini dapat dijelaskan tentang dua unsur kehidupan manusia iaitu akal atau pemikiran dan hati iaitu akhlak atau budi. Melalui makalah ini saya telah menjelaskan konsep akal budi daripada pelbagai perspektif termasuk Al-Quran, Sunnah, sarjana Islam, sarjana Melayu dan sarjana Timur dan Barat. Kesemuanya berpendapat bahawa akal budi dua unsur penting yang terdapat dalam diri manusia bagi membina kehidupan yang sempurna. Justeru, ia amat baik diterapkan ke atas para pelajar yang masih berada di bangku sekolah kerana ia baik ditanam sejak usia muda. Bagaimana pemikiran akal budi ini dapat diterapkan dalam sistem pendidikan, menerusi subjek Komsas (Komponen Sastera) dalam Bahasa Melayu akan dihuraikan dalam Bab 3 berikutnya.

Kepustakaan
A. Aziz Deraman (2005). Pola minda Melayu. Dlm. Anwar Ridhwan (pngr.) Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Samad Ahmad (ed.) (1979). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz Mohammad (1985). Pedoman budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Halim Othman (1993). Budi dalam masyarakat Melayu berdasarkan interpretasi psikologi moden. Dlm. Psikologi Melayu (pnyt). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Karim Haji Abdullah (pngr.) (1987). Pemikiran Tun Razak tentang bahasa, sastera, budaya. Kuala Lumpur: DPMP. Abdul Muis (2002). Mendidik akal untuk berfikir Islami. Jakarta: A. H. Baadillah Press. Abdul Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Haji Ashaari & Arip Saaya (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. Abdullah Al-Amin Al-Namiy (1994). Kaedah dan teknik pengajaran menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi. Terj. Mohd. Ramzi Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah pendidikan dan kurikulum. Perak: Quantum Books.

39

Aswara Bab 2.pmd

39

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Ahmad Hashimi (1945). Panduan bangsa. Pulau Pinang: Persama Press. Al-Ghazali (1977). Keajaiban hati. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. Al-Ghazali (1991). Keajaiban hati. Alihbahasa Nurnickmah. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. Al-Ghazali (1995). Ihya Ulumudin. Beirut: Darul-Fikr. Al-Sheikh Abdul Halim Mahmud (2000). Islam dan akal. Terj. Mohd. Fakhrudin Abd Mukti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Anwar Ridhwan (pngr) (2005). Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Had Salleh (1985). Adat sopan dan budi bahasa. Penerbitan Berkala. Bandar Darul Aman: Universiti Utara Malaysia. Bagdad al-Khadra (1998). Kata pengantar Islam dan pembangunan sosial. Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd. D.G.E. Hall (1972). Sejarah Asia Tenggara. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Farid M. Onn (1987). Tradisi Johor-Riau dalam konteks pemersatuan bahasa di Nusantara dalam tradisi Johor-Riau. Kertas Kerja Hari Sastera 1983 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Guliford, J.P. (1956). The nature of human intelligence. New York: The McGraw-Hill Co. Inc. Haji Abu Hassan Haji Ali (2005). Ensiklopedia pendidikan sains dalam al-Quran. Pulau Pinang: Rythm Consolidated Berhad. Hamdan Hassan (pnys.) (1980). Falsafah takdir oleh Zaba. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamka (1976). Lembaga budi. Melaka: Abbas Bandung. Hamka (2001a). Lembaga budi. Jakarta: Pustaka Panjimas. Hamka (2001b). Tasauf Moden. Kuala Lumpur: Darul Numan. Hanafi Dollah (2000). Bangsa Melayu: mana kundi dan sagunya. Dlm. Seminar Akal Budi Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Haron Daud (1995). Jatidiri manusia dalam pemikiran Melayu; pembicaraan berdasarkan mantera. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu 4, Kuala Lumpur: Jabatan Persuratan Melayu UKM dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Nasution (1986). Akal dan wahyu dalam Islam, Universitas Indonesia, Jakarta. Hare, R.M (1992). Plato. Terj. Kassim Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
40

Aswara Bab 2.pmd

40

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Hassan Ahmad (2002). Pengajian Melayu dan martabatnya sebagai ilmu tamadun dunia Melayu. Dlm. Seminar Akal Budi Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hassan Ahmad (2003). Otak, minda dan akal budi. Dlm. Minda Oktober. Shah Alam: Karangkraf Sdn. Bhd. Hassan, Fauzura dan Ismail (2000). Mutiara kata. Jil. 1. Melaka: Associated Educational Distributors Sdn. Bhd. Hassan Hamzah (1997). Kamus Melayu global. Shah Alam: Piramid Perdana Sdn. Bhd. Hassan Langgulung (1991). Falsafah pendidikan di Malaysia suatu analisis permulaan dalam reformasi pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Ismail Haji Ibrahim (1993). Ciri-ciri pembangunan Malaysia dalam Islam, budaya kerja dan pembangunan masyarakat - satu kefahaman. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Ismail Hamid (1986). Nilai etika masyarakat Melayu; dunia Melayu. Terbitan Tak Berkala No. 1. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ismail Hussein (1982). Bahasa dan persuratan Melayu di Nusantara: pertembungan dan survival. Kertas Kerja Pertemuan Dunia Melayu, 18 - 12 Disember 1982 di Melaka. Mohd Yusof Hassan (2007). Memanfaatkan nikmat akal - mentor bestari harian metro. Berita Harian, 24 September. Kuala Lumpur: Balai Berita, Berita Harian. Mohd Yusof Othman (1999). Isu-isu dalam ilmu dan pemikiran. Kajang: Aras Mega. Muhammad Baqir Ash. Shadr (1981). Aliran filsafat dunia. Kuala Lumpur: Penerbit Mizan. Muhammad Faiz Almath (1993). Seribu seratus hadis terpilih sinar ajaran Muhammad. Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd. Muhammad Haji Salleh (1988). Unsur-unsur teori dalam kesusasteraan Melayu dan Nusantara. Bangi: FSKK, Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Haji Salleh (2000). Puitika sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustafa Haji Daud (1985). Pengantar tamadun Islam. Petaling Jaya: Media Indah. Nabih Abdul Rahman Usman (1990). Manusia dalam tiga dimensi. Terj. Arau Pustaka Islamiyah.
41

Aswara Bab 2.pmd

41

10/6/2009, 8:50 AM

Jurnal ASWARA

Nik Azis Nik Pa (1999). Potensi intelek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurcholis Majid (1992). Khazanah intelektual Islam. Terj. Ahmad Shabery Cheek. Ikraq. Kuala Lumpur. Othman Puteh (1991). Proses penciptaan menulis untuk remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. R.O. Windstedt (1977). A history of classical Malay literature. London: Oxford University Press. Sejarah Melayu (1950). Singapura: The Malay Publishing House. Shaharuddin Maaruf (1994). Nilai dan gaya pemikiran dalam sastera dalam pengarang teks dan khalayak. Dlm. Sahlan Mohd Saman (pnyt). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim, Mardzelah Makhsin & Noor Farihah Mohd. Noor (2004). Pembinaan ilmu, teras pemikiran Melayu. Pemikir Oktober - Disember. Bangi: Utusan Printcorp. Sdn. Bhd. Sidi Gazalba (1982). Ilmu Islam 3 fondamen kebudayaan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Siti Zainon Ismail (2000). Mengukir budi Melayu. Dlm. seminar akal budi Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Teuku Iskandar (1996). Kamus dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Hashim Wan Teh (2005). Transformasi budaya, peribadi dan minda Melayu. Dlm. Anwar Ridhwan (pngr) Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yahya Saleh Basalamah (1993). Manusia dan alam ghaib. Jakarta: Pustaka Firdaus. Yunus Maris (1984). Kamus fajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Yusuf Al-Qardhawi (1996). Membangun ummah suatu kenyataan bukan khayalan. Terj. Ahmad Nuryadi Asmawi. Kuala Lumpur: Thinkers Library Sdn. Bhd. Yusuf Al-Qardhawi (2000). Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan. Terj. Mohammad Zaini Yahya. Selangor: Penerbitan Seribu Dinar. Zaidi Daud (1996). Adat berbudi dan berbahasa dalam adat istiadat Melayu Melaka. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

42

Aswara Bab 2.pmd

42

10/6/2009, 8:50 AM

Konsep Akal Budi dalam Sastera Melayu

Zainal Abidin Ahmad (Zaba) (2000). Kemiskinan orang Melayu. Dlm. Abdullah Hussain. Pendeta Zaba dalam kenangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Bakar (pngr.) (1983). Kumpulan pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Borhan (2006). Pantun dondang sayang Melaka: olahan cinta kasih Melayu dalam lagu rakyat memupuk kesantunan Melayu. Dlm. Rogayah A. Hamid & Jumaan Ilias (peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Kling (2004). Timbang rasa bukan kelemahan Melayu. Berita Harian, 10 Oktober. Kuala Lumpur. Zainal Kling (2005a). Temu bual bahasa kebangsaan sebagai jati diri bangsa Malaysia. Dlm. Pelita Bahasa, Februari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Kling (2005b). Minda Melayu - suatu tafsiran. Dlm. Anwar Ridhwan (pngr.) Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifli Yazid (1996). Spektrum: mutiara kata. Selangor: Albaz Publishing & Distribution Sdn. Bhd.

AMINUDIN MANSOR (Ph.D), bekas guru, sekarang wartawan dan penulis bebas. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel amimasra@gmail.com

43

Aswara Bab 2.pmd

43

10/6/2009, 8:50 AM

You might also like