You are on page 1of 15

TEKNOLOGI BAHAN UNIT 1: STRUKTUR BAHAN -Sesuatu bahan berasal daripada struktur dalaman bahan tersebut.

Struktur dalaman bahan melibatkanatom-atom dan bagaimana atom-atom dihubungankan dengan atom-atom bersebelahan untukmembentuk hablur, molekul dan struktur mikro. Hablur -terdiri daripada atom-atom yang tersusun dalam keadaan 3 dimensi mengikut corak berulang-ulang atau sekata. Molekul -terdiri dua atau lebih atom-atom bergabung secara kimia, samada dari jenis atom yang samaatau berlainan jenis. Struktur mikro -adalah struktur yang dipisahkan oleh sempadan ira (bijian). Struktur ini biasanyamemerlukan pembesaran untuk dilihat. Atom -Merupakan satu zarah asas yang membentuk segala bahan sama ada dalam bentuk pepejal, gasatau cecair. Saiz atom adalah sa ngat kecil, walaubagaimana pun ia mempunyai berat dan sifat -sifat tersendiri. Atom terdiri daripada tiga zarah asas iaitu protn ,neutron dan electron. ZARAH Proton Neutron Elektron Positif Neutral Negatif CAS

Cas, atom adalah neutral kerana proton mempunyai cas yang bertentangan dengan elektron. Nukleusterdiri daripada proton dan neutron. Manakala elektron berputar mengelilinginya. Susunan elektrondidalam atom ditunjukkan pada Rajah 1.2

Nucleus yg mengandungi proton & neutron

Elemen/Unsur -merupakan gabungan 2 atau lebih atom -atom sejenis. Ianya berada dalam keadaan tulen.Contoh: logam yang kurang relatif seperti emas dan paltinium. Bukan logam seperti intan, grafit dan sulphur.

Campuran -merupakan gabungan antara 2 atau lebih atom -atom yang berlainan jenis tetapi tidak bergabung secara kimia. Sebatian -merupakan gabungan antara 2 atau lebih atom -atom yang berlainan jenis bergabung secara kimia. Contoh : Besi + Sulfida dan dipanaskan, menghasilkan besi sulfida.Sebatian semulajadi sangat stabil kerana zarah -zarah didalamnya dipegang dengan kuat. Jadi ia tidak akan mudah terurai. Cth : Natrium Klorida hanya boleh diuraikan pada suhu 800C. Ikatan yang trjadi dipanggil ikata n kimia. Hablur -Pepejal boleh dikelaskan kepada pepejal berhablur dan pepejal amorfus.Pepejal berhablur terdiri daripada atom-atom yang tersusun dalam tiga dimensi mengikut corak berulang-ulang atau sekata.Hablur terdiri dari logam dan bukan logam. Hablur tunggal ialah pepejal dengan sel unit tersusun sekata manakala hablur polihablur pula terdiri daripada banyak hablur tunggal.

Jenis-Jenis Ikatan y Ikatan ionic -terjadi apabila satu atau lebih elektron dipindahkan (didermakan) daripada satu atom kesatu atom yang alin. Atom yang kehilangan elektron menjadi ion +ve (kation) manakala atom yangmenerima elektron bercas ve (anion).

y Ikatan kovalen -Perkongsian antara elektron supaya elektron luarnya (elektron valensi) sentiasa terisipenuh. Terhasil daripada tarikan diantara elektron yang dikongsi ini dengan nukleus positif bagi atomyang masuk kedalam ikatan. Biasanya bahan (material) yang mempunyai ikatan ini adalah rapuh

y Ikatan Logam ( Metalik ) -atomnya tersusun sangat rapat antara satu sama lain. Setiap atom membekalkan satu @ lebih elektron yang bergerak keseluruh hablur logam berkenaan . Tarikan antara ion logam positif dan elektron yang bebas akan menghasilkan daya ikatan yang kuat.

UNIT 2 ALOI PENDUAAN DAN BAHAN FEROS UNIT 3 KERJA LOGAM,PROSES TUANGAN & RAWATAN HABA Kerja logam Proses yang dilakukan ke atas logam sebelum ianya boleh dikeluarkan untuk kegunaan/ pasaran. KERJA SEJUK -Proses pengubahan plastik yang dijalankan pada suhu di bawah takat penghabluran semula -Proses dijalankan pada suhu bilik. -Semasa proses (kepingan / jongkong) struktur hablur diubah dan terherot sertamemanjang kea rah kerja dilakukan. -Logam jadi keras dan kekuatan berubah menjadi tegasan dalaman akan bertambah dankemuluran berkurangan. -Sifat-sifat logam kekuatan rintangan elektrik bertambah. -Logam lebih rapuh dan keras dan akan pecah / retak jika terus diproses. -Contoh :- Proses mengelek,menarik,menekan dan biasanya pada logam yang sudahdikerja sejuk. -Proses pengakhiran (Finishing) Fungsi :-Membolehkan dimensi yang tepat didapati pada hasil kerjanya. -Mendapatkan kemasan permukaan yang bersih / licin. -Mendapatkan pelbagai darjah kekerasan dengan mengenakan pelbagai kerja sejuk.

1.Proses Menarik -Penghasilan dawai,rod dan tiub. -Hanya logam mempunyai kemuluran tinggi sahaja (disepuhlindap). -Ditarik melalui satu acuan yang bergaris pusat tirus. -Geseran, kesan licin dan tekanan yang kuat berlaku dibahagian persentuhan antaraacuan dengan bahan dan memanaskan bahagian ini. -Penyejukan diberikan. -Bahan acuan mestilah cukup keras / kuat menentang kehausan / lelasan yang dibawaoleh kesan-kesan tersebut -harus diperhatikan telah dikerja sejuk dengan lengkap dan sejuk dengan cepat elakherot/putus

2. Proses Menggelek -Produk- kepingan jalur/skrip. -Dengan 4 penggelek -Penggelek kecil untik nipiskan logam. -Penggelek besar menyokong/resapgeteran ketebaan yang tetap. -Bahan pelincir diberikan sebelum dan selepas proses, untuk elak berlakunyapertumbuhan bijian. Kebaikan sejuk & keburukan kerja

 Kebaikan -kemasan permukaan yg baik -ketepatan ukuran yg tinggi -Meninggikan ciri2 kemasan logam supaya kemasan yang baik dan membaiki kekuatan dan tegangan  Keburukan -Kos yg tinggi berbanding dgn proses kerja panas -Bahan menjadi rapuh kurang mulur disebabkan pengerasan kerja

KERJA PANAS 1.Pembentukan logam yang dilakukan sedikit diatas suhu penghabluran semula. 2.Berlaku canggan plastic pada struktur bijian.Penghabluran semula akan memulihkan kekisi asas. 3.Jika suhu rendah lebih banyak daya diperlukan untuk mengherotkan logam. 4.Jika suhu lebih tinggi kerja mudah dilakukan tanpa risiko logam meretak. 5. Jika panas lampau akan berlaku pengoksidaan dan melemahkan bahan. Jenis-jenis Kerja Panas. -Menggelek panas. -Tempaan panas -Penyemperitan pana 1.Proses Menggelek Panas -Proses menipis/meratakan jongkong. -Digelek satu peringkat atau beberapa peringkat sehingga ketebalan yang dikehendaki. -Contoh :- Rangka pembinaan, bar bulat guna penggelek bentuk khas. 2.Tempaan Panas. -Kepingan/jonkong dihantam dengan tukul/punch, sama ada guna gravity ataupneumatic. -Bahan kerja (logam) diletak diantara dua awan. -Acuan diikat pada tukul (atas) dan anvil (bawah). -Apabila daya diberikan kedua -dua bahan awan ini akan bercantum menjadi satu awan(awan tertutup). -Bahan ikut isipadu atau dilebihkan bahan slesh mengalir keluar. -Struktur atau bijian akan berubah orentasi. -Contoh :- Spanar,rod penyambung, bolt.

3.Penyemperitan (Extrution). -Penolakan satu billet panas melalui satu awan dengan menggunakan kuasa hidraulik. -Jongkong (ingot) ditekan sehingga menyalir dibawah tekanan tinggi, melalui saluranorifis/die. -Kelebihannya adalah hasil dapat dipelbagaikan. Bentuk yang rumit dengan ketepatandimensi yang baik. -Bahan kerja adalah terhad dimana bahan yang takat lebur rendah, berkecairan baik,tembaga, aloi loyang dan aluminium serta alloinya Kebaikan dan Keburukan Kerja Panas. Kebaikan -Memecahkan struktur hablur yang besar/kasaryang terdapat didalam jongkong. -Jika suhu kemasan yang betul, pengahalusan bijian akan didapati. - Jika dibawah tekanan tinggi dikenakan,rongga -rongga (blow hole) akan terhapus.Untuk membaiki bendanya haruslah melaluikerja sejuk semula.Kekuatan,kemuluran,keliatan benda kerja lebih baik bebanding dengan proses kerja sejuk. Keburukan -Dimensi akhir agak sukar diperolehi logampanas mengecut. -Permukaan akhir tidak kemas. -Berlakupengoksidaan di permukaan pada suhu yabgtinggi.

PROSES TUANGAN Tuangan -Proses tuangan adalah satu proses pengeluaran di mana bahan yang diperlukan, dipanaskansehingga lebur dan kemudiannya dituangkan ke dalam acuan dan dibiarkan memejal melaluipenyejukan tersendiri sebelum dikeluarkan untuk dibersihkan atau di mesin semulamenggunakan acuan daripada pasir. Kaedah-kaedah tuangan : a)Tuangan pasir ( sand casting ) b)Tuangan lilin hilang ( lost wax/investment ) c)Tuangan acuan tekanan (pressure die-casting ) d)Tuangan gravity ( acuan kekal ) dan kelompang

1.Tuangan Pasir ( sand casting) a) Satu acuan dihasilkan dengan memadatkan pasir -pasir pengacuan (campuran pasir silika dengan satu kadar tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat), mengelilingi satu bentuk corak komponen yang biasanya diperbuat dari kayu. b) Acuan ini terbahagi kepada dua bahagian atau lebih. Bahagian atas acuan dinamakan COPE dan bahagian bawah pula dipanggil DRAG c) Disebabkan kekonduksian haba yang rendah pada pasir pengacuan, kadar pemejalandalam tuangan pasir amat kecil. Ini menyebabkan terjadinya struktur bijian yang kasa rpada hasil tuangan. d)Tuangan pasir dianggap sesuai bagi menghasilkan tuangan berbagai bentuk bagihampir semua logam pada sebarang saiz dengan kos acuan yang mura h

2.Tuangan Lilin Hilang -Corak tuangan lilin dihasilkan dengan menggunakan lilin. Corak lilin dicelup ke dalam pekatan bahan penyalut tahan panas untuk menghasilkan permukaan yang licin pada bahagian dalam dinding acuan. - Corak lilin yang disaluti bahan tahan panas diletakkan ke dalam bekas acuan logam. Bahan peleburan dituangkan ke dalam bekas acuan. Kemudi an dibiarkan mengeras di keseluruhan bekas acuan bagi membentuk acuan. Bahan peleburan yang digunakan terdiri daripada bahanpengeras dan pasir silica -Acuan lilin kemudian dipanaskan di dalam relau pada julat suhu 100C sehingga 200C. Coraklilin akan lebu r dan mengalir keluar untuk menghasilkan rongga acuan. -Acuan akan dikeluarkan daripada relau dan diterbalikkan. Logam lebur akan dituang ke dalamrongga acuan. Bila logam lebur telah memejal, produk tuangan bolehlah dikeluarkan 3.Tuangan Acuan Tekanan Langkah-langkah Penghasilan Produk Tuangan Acuan Tekanan. Logam lebur dimasukkan ke dalam kebuk. Teras dikeluarkan dan die pengeluar digerakkan ke belakang. Pin penolak akan menolak produk tuangan keluar dari die PROSES RAWATAN HABA

UNIT 4 UJIAN BAHAN

Tujuan -Untuk menentukan mutu/kualiti sesuatu bahan -Untuk menentukan sifat-sifat mekanikal seperti kekuatan,kekerasan dan kemuluran. -Untuk mengesan kecacatan dalam bahan komponen yang dihasilkan. -Untuk menilai prestasi bahan dalam keadaan perkhidmatan yang tertentu. Sifat Bahan(Logam) -Sifat sesuatu logam akan menentukan perlakuan logam terhadap persekitaran/kerja yangdikenakan terhadap nya. Contoh : Logam - berkarat bila terdedah pada suhu yang lembap -patah/pecah bila dikenakan beban SIFAT MEKANIKAL -Ialah sifat yang menunjukkan perlakuan sesuatu logam,yang diuji menggunakan alat penguji tertentu. 1.Kemuluran (Ductility) -Kebolehan sesuatu bahan ditarik oleh daya tegangan tanpa putus.Sifat ini adalahpenting dalam proses tarikan (drawing) dan tekanan (pressing) Contoh : Logam mulur Tembaga dan Aluminium(sangat sesuai untuk dibuatdawai/rod) 2.Kebolehtempaan (Malleability) -Kemampuan sesuatu bahan menerima canggaa n atau ubah-bentuk plastik olehdaya mampatan tanpa pecah(boleh dibentuk dengan mudah).Sifat inimembolehkan bahan itu ditempa dan digelek Contoh : Kepala rivet

3.Keliatan (Toughness) -Kebolehan sesuatu bahan menyerap tenaga dan mengalami ubah-bentuk plastiksebelum ianya patah semasa menerima hentaman dan kejutan. 4.Kerapuhan (Brittleness) -Ketidak mampuan sesuatu bahan mengalami ubah -bentuk plastik dan pecah jikadihentamkan secara mengejut. 5.Kekerasan (Hardness) -Kebolehan sesuatu bahan menentang cakaran,kehausan dan tembusan Contoh : Logam keras Keluli berkarbon,keluli tahan lasak dan keluli alat(boleh dijadikan alat pemotong selepas proses pengerasan dan pembajaan ) UJIAN MUSNAH -Ujian musnah merupakan satu pemeriksaan ujian bahan yang dijalankan ke atas bahan dania akan mengakibatkan kerosakan pada bahan itu.Ujian ini amat penting bagi menentukan sifat-sifat mekaniikal sesuatu bahan sepertikekuatan, kekerasan dan kemuluran.ia mene ntukan mutu atau kualiti sesuatu bahan. Ujianmusnah juag menilaiprestasi bahan dalam keadaan perkhidmatan yang tertentu. Ujian Kekerasan (Hardness Test) -Kekerasan diukur dengan mengunakan satu pelekuk yang ditusuk di atas permukaanlogam. -Pelekuk berbentuk berbola,pyramid/kon. -Dibuat daripada bahan yang keras-berlian,tungsten karbida/keluli yang dikeraskan.

   

Ujian Brinell Ujian Vickers Ujian Rodwell Ujian Shore Soleroscope

Ujian Hentaman (Impact Test) -Untuk menentukan keliatan sesuatu bahan itu. -Sifat ini ialah gabungan antara kekuatan dan kemuluran. -Kaedah yang biasa digunakan ialah

 Ujian Izod  Ujian Charp

UJIAN TANPA MUSNAH/NON DESTRUCTIVE TEST -Ujian yang dilakukan tanpa memusnahkan komponen/spesimen yang diuj i -Ujian yang mahal,melibatkan satu siri aturcara pemeriksaan yang rapi -Penggunaan alat-alat kelengkapan yang sofistikated -Memerlukan tenaga yang mahir/kepakaran tinggi Tujuan 1)Mengesan sebarang kecacatan 2)meningkatkan produktiviti dimana UTM/NDT dapat mengesan kecacatan pada peringkat awal proses 3)Pemeriksaan kecacatan dalam komponen boleh membawa kepada kawalan kualiti komponen mempunyai tahap keselamatan yang tinggi 4)Meningkatkan perkhidmatan dimana kecacatan yang wujud boleh mengurangkan hayat gua\na dapat dikenalpasti pada peringkat awal Jenis Kecacatan -Bahan Yang Telah proses biasanya akan mengalami kecacatan-kecacatan akibat keterikandalaman. Contoh : Proses Tuangan,Proses PemesinanKecacatan : retak,keliangan terjadi di atsas atau bawah permukaan benda kerja .

Kecacatan boleh dikategori ke dalam 3 kategori i. Kecatatan Terwujud ( inheren discontinuity ) -Kecatatan yang berhubung dgn proses pemejalan logam spt tuangan. Kecatatan Proses -Kecatatan berhubung dgn berbagai jenis proses spt memesin , pembentukan (forming) , tempaan , extrusi , menggelek , kimpalan & rawatan haba. Kecatatan Perkhidmatan -Kecatatan yg berhubung dgn berbagai keadaan atau suasana perkhidmatan spt kakisan dan kelesuan.

ii.

iii.

KAEDAH UJIAN TANPA MUSNAH -Ujian Penusukan -Ujian Serbuk Magnet -Ujian Ultrasonik -Ujian Sinar X -Ujian Arus Pusar -Ujian Penglihatan

UNIT 5 KAKISAN DAN LOGAM BUKAN FERUS

You might also like