You are on page 1of 10

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Ciri - ciri pengurusan bilik darjah yang mesra budaya


Disediakan oleh: Dayang Marzuin Binti Awang Ismail Cassandra Warnes ak. Tueng Hychinthanita ak. Paha

PENGENALAN
Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan muridmurid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti. Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.

1) Aspek Fizikal Kriteria-kriteria Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 2) Sudut-Sudut Pembelajaran

Mengecat dinding dengan warna warni yang ceria dan lembut. Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.

Melukis mural disekitar kelas. Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya

Kriteria-kriteria Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal: 2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-

ASPEK FIZIKAL
1)Ruang untuk bekerja memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung murid- murid dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. 2)Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. 3)Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung. perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik

SUDUT PEMBELAJARAN
BERTUJUAN: mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormatmenghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.

1)

Sudut Budaya

Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge .

2) Sudut Bacaan
bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

3) Sudut-Sudut Sejarah dan Patriotik meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. 4) Sudut Pembelajaran Elektronik murid yang dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilainilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

PEMBINAAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA JUGA PERLU MENCAKUPI UNSUR- UNSUR YANG BERIKUT

Ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran Guru dan murid yang melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Amalan nilai- nilai murni sewaktu melalui proses pengajaran dan pembelajaran Peraturan di bilik darjah yang ditetapkan dan diamalkan Hubungan kemanusiaan antara guru dengan murid, murid dengan murid, guru dan murid dengan komuniti sekolah

RUJUKAN: http://jmnasira.blogspot.com/2009/11/pgsrsm3-modul-edu-3106.html http://www.scribd.com/doc/13961139/Aplika si-Ilmu-Sosiologi-Pendidikan-DalamPengurusan-Bilik-Darjah http://www.scribd.com/doc/36091425/Pembi naan-Persekitaran-Bilik-Darjah-Yang-MesraBudaya

You might also like