You are on page 1of 179

BAB 1 ISLAM SBG AD-DEEN

1.1. MANUSIA DAN AGAMA -Manusia adalah MAKHLOK ciptaan Allah yang sempurna
Allah Maha Mengetahui mengenai manusia samada dari segi kejadian,kesempurnaan, kelemahan, tugas dan tanggung jawab manusia, matlamat dijadikan dan kehidupan manusia di dunia mahupun di akhirat. -Islam adalah agama Allah yang menjadi panduan dan peraturan yang perlu diikuti oleh manusia sebagai makhlok Allah yang di jadikan sebagai khalifah di atas muka bumi ini. -Kesejahteraan manusia di atas muka bumi ini adalah bergantung kpd sejauhmana mereka meatuhi peraturan Allah swt.

KEJADIAN MANUSIA

Allah menjadikan manusia terdiri dari dua unsur: 1. Unsur jasmani:

Penciptaan Nabi Adam: - dari air al furqon 54 - dari tanah ( turob ) al anbiyak 30 - dari pati tanah ( sulalatin min tin) mukminun 12 - dari tanah liat (min tin lazib) soffat 11 - tanah yang berbau ( hamain masnun) al hijr 28 - tanah keras spr tembikar ( solsolin kal fakhkhor) al rohman 14 - dari tanah bumi (al ardh) an-najm 32

Zuriat Adam as
Kejadian janin dalam perut ibu: - dari air yang hina ( maim mahin ) al sajdah 9 - dicipta berperingkat-peringkat: -mani -nutfah -alaqoh -mudhghoh -izoman walahma -nasah qolqon akhor ( surat al-mukminun ayat 12 hingga 14 )

Secara umumnya unsur kejadian manusia adalah dari bumi. Ini telah dibuktikan oleh al-Quran mahupun oleh ilmu sains di mana terdapat unsur-unsur dalam diri manusia yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur yang ada di bumi.

Manusia dari segi fizikal pada dasarnya tidak lebih dari benda, walau bagaimana pun diberi kelebihan, dapat menguasai benda. Islam medidik dan memelihara manusia supaya kekal dalam kedudukan kemuliaan di sisi Allah swt. Keperluan kebendaan bagi seorang manusia adalah sebagai jalan (wasilah) kepada kemuliaan keruhanian.

2. Unsur rohani: Maksud ayat: ( kemudian apabila aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan padanya roh dari ciptaan ku) ( ruhi), maka hendaklah kamu sujud kepadanya. Al hijr 29 Dalam ayat ini Allah swt menegaskan bahawa Allah swt telah meniupkan rohNya kedalam jasmani Adam as. Oleh itu manusia diciptakan dari dua unsur dan setiap unsur ini mempunyai tuntutan dan keperluannya yang tersendiri: i. ii. Keperluan jasmani : Keperluan ruhani:

A.

Keperluan unsur jasmani:

Oleh kerana asal kejadian manusia daripada tanah, maka keperluan manusia juga adalah daripada tanah dalam TIGA kategori: i. ii. iii. Makanan dan minuman Pakaian dan perhiasan Kediaman dan keamanan

Oleh kerana itu manusia yang hanya menekankan unsur jasmani sahaja dikatakan manusia kebendaan.

B.

Keperluan unsur ruhani:

Keperluan ruhani juga sesuai dengan kejadian manusia iaitu: Berpunca dari alam ketinggian dan kekudusan. Dari sisi Allah swt iaitu aqidah, akhlak dan pengabdian diri kpd Allah swt dan terangkum dalam Islam itu sendiri sebagai agama yang benar dan qudus sepertimana dijelaskan di-dalam al-Quran yang bermaksud: Dialah yang telah mengutuskan rasulnya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan dan ditinggikannya walaupun orangorang musyrik tidak menyukainya

KELEMAHAN MANUSIA
Makhluk kepada Allah swt bersifat baharu Mempunyai hawa nafsu Mempunyai sifat tamak Mempunyai sifat jahil Dan lain-lain sifat mazmumah

KESEMPURNAAN MANUSIA
Kejadiannya yang elok Mempunyai ruh dari ruh Allah swt Mempunyai akal Boleh menerima ilmu pengetahuan Mempunyai sifat inginantahu yang tinggi

TUGAS DAN T/JAWAB


Beribadah kepada Allah swt dan menunaikan segala perintah dan meninggalkan laranganNya sesuai sebagai khalifahNya. Memakmurkan bumi ini Memastikan kebahagiaan bersama di dunia dan di akhirat

MATLAMAT HIDUP
Untuk mendapat keredoan Allah swt Mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat Mendapat kemuliaan sebagai makhluk Allah swt Menjauhi kemurkaan Allah swt Berbakti dan bersyukur kepada Allah swt

PENGERTIAN AGAMA:

1. Kamus Dewan:  agama secara umum bermaksud kepercayaan kepada tuhan. Agama apabila dinisbahkan kapada Islam ialah kepercayaan kepada Allah swt. Tuhan Pencipta dan Pemilik alam ini.


Kepercayaan kepada sesuatu yang dipuja yang dianggap berkuasa spr dewa dan lain-lain. Ini dirujuk kapada perkataan agama dlm Bahasa Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud warisan tertulis dan agama itu digunakan oleh orang-orang hindu bagi merujuk kepada kitab-kitab agama hindu.

2. Bahasa Inggeris: Religion: pemahaman Barat kepada agama ini ialah sebagai suatu sistem kepercayaan dan amalan dianggap sebagai sebahagian dari budaya semata-mata. Ini berdasarkan kepada amalan agama Nasrani dan Kristian yang menjadikan agama sebahagian dari kehidupan budaya dan sosial masyarakat Eropah.

3.Kamus Bahasa Arab: Disebut sebagai ad-deen; makrifah: cara hidup yang ditentukan oleh Allah swt. Deen; nakiroh: apabila dihubungkan dengan Allah swt ia bermaksud agama yang benar.

4. Menurut al-quran istilah agama mengandungi 4 ciri utama: - kehakiman, kesultanan dan kekuasaan yang mutlak dan tertinggi - kepatuhan dan ketaatan kepada kekuasaan yang mutlak - sistem atau peraturan yang berbentuk tiori dan amali yang digubal oleh kekuasaan dan kehakiman tertinggi - pembalasan akhirat yang diberikan oleh kekuasaan yang tertinggi kepada siapa yang taat dan patuh kepada sistem atau balasan siksa kepada siapa yang engkar atau durhaka.

Oleh itu al-quran telah membahagikan agama kepada dua iaitu agama yang sesat dan agama yang benar Maksud ayat: bagi mu agama mu dan bagi ku adalah agama ku al-kafirun 6

KEPERLUAN MANUSIA KPD AGAMA


Kelemahan aqal: Ayat: Dan mereka bertanya kamu tentang ruh dan katakanlah ruh itu dari pengurusan tuhanku Sebagai panduan hidup: Ayat: Dan siapa yang berpegang kepada selain dari Islam sebagai panduan nescaya tidak akan di terima daripanya dan di akhirat nanti termasuk orang yang rugi Manusia sendiri perlu kepada agama dari segi kejadiaanya Islam adalah agama Allah swt sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam Islam adalah agama fitrah : Ayat: Maka hadapkanlah dirimu kearah agama yang jauh dari kesesatan iaitu agama Allah yang mencipta manusia ( dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya, dan dan tidak patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang betul dan lurus tapi kebanykan manusia tidak mengetahui

Islam adalah agama yang syumul: Al-Syahid Hassan al-Banna menyatakan: Islam adalah agama Allah yang melampaui sempadan masa sesuai pada setiap zaman dan tempat, kini dan akan datang, setiap pelusuk dunia, merangkumi segala urusan dunia dan akhirat Ayat: Tidak kami tinggal sesuatu pun di dalam Kitab

Perbincangan dan kefahaman berdasarkan kpd ayat:


Surat al-mukminun ayat 12 hingga 14 # Pelajar dikehendaki memahami dan mengigati berdasarkan ayat tersebut.

Kesimpulannya:

Manusia adalah dari bumi kerana kejadiannya adalah dari unsur-unsur bumi. Manusia ini adalah tidak lebih dari benda dan selayaknya menjadi tuan kepada benda dan tidak sepatutnya dikuasai oleh benda. Islam datang adalah untuk mengatur kehidupan manusia. Islam menentukan bahawa unsur-unsur kebendaan itu adalah sebagai wasilah kepada unsur-unsur kerohanian dan kemuliaan insan.

1.2 PENGERTIAN ISLAM


BAHASA: - Berasal dari kata kerja ( salima ) : - bersih dan suci/sunyi dari sebarang kecacatan/ kebinasaan zahir dan batin - perdamaian dan keamanan - ketaatan dan kepatuhan

ISTILAH:

Berdasarkan penjelasan Rasulullah saw kepada pertanyaan Jibril yang bermaksud: Islam ditegakkan atas lima perkara iaitu mengesakan Allah swt, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji hadis sohih riwayat Bukhri dan Muslim

Islam ialah kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah swt Tuhan semesta alam dengan penuh keikhlasan lahir dari kesedaran diri bukan terpaksa. Islam ialah peraturan umum dan undang-undang yang bersifat sempurna dan menyeluruh mencakupi ruang lingkup kehidupan manusia dalam mengatur perancangan dan sistem hidup mereka.

Islam ialah agama yang terkumpul di dalamnya aqidah, ibadah, akhlak, muamalah dan sejarah sebagaimana yang terkandung di dalam al-quran dan al-sunnah yang diperintahkan supaya menyampaikannya kepada umat manusia.

Islam ialah jawapan kepada tiga soalan penting yang dihadapi oleh manusia iaitu dari mana manusia datang, mengapa manusia datang dan kemana kesudahan manusia.. Ketiga-tiga soalan ini hanya dapat dijawab oleh Islam dengan tepat

Jawapan kepada soalan pertama: ( Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah, kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air ( benih ) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadianNya, serta meniupkan ruh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati ( akal fikiran ) supaya kamu bersyukur tetapi amat sedikit kamu bersyukur. As-sajdah 7 9

Jawapan kepada soalan kedua: ( dan ingatlah tidak Ku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku ) Al-zariyat 56

Jawapan kepada soalan ketiga: ( Allah swt memulakan kejadian sekelian makhluk, kemudian ia mengembalikannya ( hidup semula pada hari kiamat ) kemudian padaNyalah kamu akan dikembalikan( untuk menerima balasan). Rum 11

Islam ialah ruh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi dalam kehidupan,ubat yang paling mujarab bagi penyakit dan jalan lurus yang selamat bagi manusia. ( Dan kami turunkan dengan beransuransur dari al-quran ayat suci yang menjadi ubat penawar bagi orangorang beriman kepadanya )

Ajaran Islam dan perjuangan Rasulullah saw:


i. ii.

iii.

iv.

Mengenali diri dan Tuhannya. Menyedari bahawa manusia dijadikan sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Manusia akan hidup semula selepas mati. Mengajar manusia supaya bersyukur kepada Allah swt.

v. Mendidik manusia supaya ikhlas menerima syariat Allah swt. vi. Mendidik manusia supaya mempunyai akhlak yang baik. vii. Mendidik manusia supaya berani menegak kebenaran. viii.Mengajar manusia supaya memperjuangkan keadilan.

1.3.Skop ajaran Islam


Terbahagi kpada 3: 1. Hubungan manusia dengan Allah swt 2. Hubungan manusia dengan manusia 3. Hubungan manusia dengan makhlok lain

1.4.SUMBER AJARAN ISLAM


Sumber asasi Sumber ijtihadi (Dalam bab dua)

1.5.Keistimewaan Ajaran Islam


1. Bersifat rabbani 2. Sepadu dan seimbang 3. Syumul dan lengkap 4. Alami 5. Waqiie 6. Ulya (tinggi dan agung)

BAB 2 Aqidah Teras Pembangunan Ummah


Aqidah

2.1 Pengertian Aqidah


1. AQIDAH

PENGERTIAN AQIDAH: Bahasa: Dari perkataan aqoda bermaksud ikatan atau simpulan Istilah: Iaitu kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa manusia yang sukar digugat oleh apa keadaan pun melainkan dengan kerelaan. Aqidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada nilai-nilai hakiki yang mutlak yang tetap dan kukuh yang pasti dan hakiki lagi qudus dan suci seperti yang terdapat di dalam Islam.

Nilai-nilai murni dan mutlak yang dimaksudkan ialah keimanan kepada al-ghaibiyat yang berpaksikan kepada Allah yang Maha Esa dari sudut Uluhiyah, Rububiyah dan Asmak wasifat.

Konsep uluhiyah

ULUHIYAH: Dari perkataan ilahun bermaksud Maha Besar, Maha Agung, Maha Berkuasa. Kesannya: a. Allahlah tempat kita memohon pertolongan.

b. Allahlah sebagai pemberi rezeki. c. Allahlah tempat tumpuan kecintaan. d. Allahlah sumber rujukan undangundang. e. Allahlah yang berkuasa atas segalanya.

KONSEP RUBUBIYAH

Rububiyah: Dari perkataan robbun bermaksud pemilik, pencipta, pentadbir. Ini menunjukkan bahawasanya Allahlah yang memiliki alam ini. Yang mencipta alam ini dan yang mentadbir alam ini.

Oleh kerana Allahlah Pemilik, Pencipta dan Pengurus alam ini maka Dialah yang lebih mengetahui atas segalanya dan berkuasa atas segalanya maka segala-galanya adalah atas kekuasaan Allah swt.

KONSEP ASMAK WASIFAT


ASMAK WASIFAT: Berdasarkan kepada nama-nama Allah yang baik dan menunjukkan kepada sifatNya. Asmaul Husna yang terdiri dari 99 nama yang indah.

2.2. Asas aqidah


Terdapat enam elemen asas aqidah Islam:


keimanan kepada Allah swt  keimanan kepada malaikat  keimana kepada kitab  keimanan kepada para rasul  keimanan pada hari akhirat  keiman kepada qodok dan qodar


Ayat al-Quran surat al-baqoroh ayat 285: Sesungguhnya rasul mempercayai dengan apa yang diturunkan kepadanya daripada TuhanNya dan orang-orang bariman dan semuanya beriman kapada Allah dan malaikatNya dan Rasulnya

BERIMAN KPD ALLAH SWT


Apakah yang dikehendaki dengan beriman kepada Allahswt: Percaya Allah itu bersifat dengan sifat kesempurnaan. Percaya bahawa Allahlah yang menjadikan alam ini. Percaya bahawa Allahlah yang menghidup dan mematikan.

i.

ii.

iii.

4.

5.

6.

Percaya bahawa Allahlah yang memiliki alam ini. Percaya bahawa Allah sahajalah Tuhan yang berhak disembah. Kita akan melakukan sesuatu adalah kerana Allah swt.

Setelah Kenal Allah swt


Mempelajari dan faham ajaranNya Yaqin dan melaksanakan ajaranNya Memerdekakan diri dari kuasa lain Membentuk jiwa berani dan ingin maju Manusia akan merasai dirinya kerdil di sisi Allah dan mulia di sisi makhluk

Beriman kpd malaikat


Beriman kepada malaikat: Hakikat beriman kepada malaikat ialah supaya manusia menyedari bahawa Allah swt berkuasa menjadikan apa jua yang dikehendakiNya. Samada kejadian itu dapat dilihat atau tidak dapat dilihat tetapi ianya tetap ada.Malaikat ialah makhluk yang boleh bergerak cepat sesuai dengan alam yang sangat luas ini.

Maksud ayat: malaikat-malaikat dan jibril naik (mengadap) kepada Tuhan dan sehari kadarnya lima puluh ribu tahun al-maarij 4

Beriman kpd kitab


Beriman kepada kitab: Percaya bahawa Allah menurunkan kitab dan kitab-kitab ini mengandungi perintah, larangan, panduan,pengajaran dan lain-lain dari Allah swt. Kitab ini merupakan wahyu Allah yang menjadi panduan, tunjukajar kepada seluruh manusia.

Beriman kpd Rasul


Percaya bahawa Allah mengutuskan rasul dari kalangan manusia menyampaikan risalah Allah menjadi ikutan ,panduan dan teladan kepada manusia. Rasul ini merupakan utusan pilihan Allah dan diberi kelebihan iaitu mukjizat.

Beriman kpd hari akhirat


Percaya bahawa setiap yang baharu pasti ada kesudahannya. Hari akhirat merupakan hari kesudahan bagi dunia ini dan semua manusia akan diberi pembalasan yang adil dan setimpal oleh Allah terhadap apa yang telah dilakukan di dunia semasa hidup.

Nama-nama hari ahkirat: i. Yaumul-ba`s ii. Yaumul-qiyamah iii. Yaumul-hisab iv. Yaumul-alzalzalah V. Yaumul-mizan

Peringkat Hari Akhirat: i. Alam kubur ii. Hari kebangkitan iii. Manusia dihimpunkan iv. Pembentangan amalan v. Audit dan timbangan vi. Sirat vii. Balasan syurga dan neraka.

Pentingnya beriman kpd hari akhirat


Menyedarkan manusia tentang adanya hari akhirat Mempertingkatkan keimanan kpd Allah swt. Mengingatkan manusia tentang kematian Menggalakkan manusia melakukan kebaikan.

Beriman kpd qodo dan qodar


Beriman kepada qodo` dan qodar: Mempercayai bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah menurut ketentuan dan ketetapan Allah swt. Allahlah yang berkuasa sepenuhnya keatas apa yang berlaku kepada manusia. Dan Allahlah juga yang berkuasa memberi petunjuk kepada manusia. Allah menentukan segala peraturan yang sempurna kepada makhluknya. Hak manusia berikhtiar untuk menjadikan manusia bertanggung jawab kepada Allah swt.

Pentingnya beriman kpd takdir Allah swt.


Mengakui kekuasaan Allah swt Tidak mudah putus asa Menguatkan iman Rajin berusaha Banyak mengharap dan berdoa kepada Allah swt.

Sikap yg perlu ada kpd individu muslim terhadap qodo dan qodar
Menerima dengan redo Bersabar dlm menghadapi dugaan Bersyukur bila dikurniakan nikmat Berusaha bersungguh-sungguh Berdoa dan bertawakkal

Perbincangan berdasarkan kepada ayat al-quran:


Pelajar dikehendaki memahami dan mengingati berdasarkan kepada ayat al-quran surat al-baqoroh ayat 177 Bukanlah menghadap wajah mu ke timur dan ke barat itu satu kabajikan

1.4 SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAM:


a.

b.

Sumber Asasi: Al-Quran dan Al-Sunnah Sumber Ijtihadi: Ijmak dan qias

AL-QURAN:
i.

AL-QURAN: Pengertian: Nama-nama: Penurunan: Keistimewaan: Kelebihan Al-Quran dari pelbagai aspek: Hikmah diturunkan secara beransuransur: Kandunagn Al-Quran:

Pengertian: Bahasa: Qo-ro-a ( ) yaq-ro-u yang bererti bacaan. Istilah: Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw berbahasa Arab diturunksn secara mutawatir ianya merupakan mukjizat dan membacanya adalah ibadah

Nama-nama: Al-Kitab Al-Furqon Az-zikr Al-Quran


Penurunannya: i. Dari Allah swt kepada Nabi Muhammad saw . ii. Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah ke dunia beransur-ansur. Bermula dari surat al-`alaq ayat 1 5 dan berakhir dengan surat al-maidah ayat 3, mengandungi 114 surat dan 6235 ayat. Masa lebih kurang 23 tahun.

350 ayat mengenai syariah: i. 140 ayat ibadah ii. 70 kekeluargaan iii. 70 perniagaan iv. 30 jenayah vi. 30 peradilan, pembuktian vii. 10 ekonomi

Penurunan berlaku pada dua tempat: i. Makkiyah ii. Madaniayah ciri-ciri: a. pendek/panjang b. aqidah/lebih umum c. masa

Keistimewaan: i. Diturunkan dalam Bahasa Arab ii. Diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan maknanya sekali iii. Mukjizat yang terbesar kepada Rasulullah saw. iv. Membacanya adalah ibadah.

Kelebihan al-Quran: i. Keindahan bahasanya ii. Memberitahu sesuatu peristiwa yang akan berlaku dan benar- benar berlaku. iii. Perkhabaran peristiwa silam yang tidak pernah diketahui iv. Mengandungi berbagai bidang v. Mengandungi fakta ilmiyah mengenai kejadian manusi, alam, segala planet di angkasaraya

Hikmah diturunkan secara beransur-ansur: i. menetap jiwa Rasulullah saw ii. Mendidik manusia secara beransur-ansur iii. Menyesuaikan dengan peristiwa berlaku iv. Menjadi pemansuh (nasih/mansuh) v. Menunjukkan bahawa al-quran itu adalah kalam Allah swt.

Kandungan al-Quran: i. aqidah ii. Syariah iii. Ibadah iv. Akhlak v. sejarah vi. Politik vii. Ekonomi viii. Dan lain-lain

Perbezaan antara al-Quran dengan kitab lain: i. Dari segi konsep keimanan ii. Dari segi kandungan iii. Dari segi keaslian iv. Sesuai pada semua tempat dan keadaan v. Bahasa al-Quran. vi. Penurunannya secara beransur ansur

Kandungan hukum di dalam Al-Quran:


Tentang iktiqad atau kepercayaan Tentang akhlak: berkaitan dengan perbuatan zahir dan batin yang diperintah kepada mukallaf untuk melakukannya atau meninggalkannya Hukum amali yang berkaitan dengan mukallaf samada ia berbentuk ibadah atau muamalah.

SUNNAH

Pengertian: i. Bahasa: perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi selain dari al- Quran ii. Istilah: Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw samada dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan atas sifat keperibadian atau perangainya

Jenis-jenis : i. Sunnah Qauliyah ii. Sunnah fikliyah iii. Sunnah Taqririyah

Peranan Sunnah: Menjelaskan ayat-ayat yang kurang jelas atau mujmal-perintah solat mengenai rokaat dan waktunya. Menguatkan hukum dalam al-Quran Mentaqyidkan ayat-ayat yang mutlakmembayar zakat. Mengkhususkan ayat-ayat yang umum seperti seruan menunaikan haji.

SUMBER IJTIHADI
Ijma` Qias Ijtihad

Ijmak: Bahasa: keazaman dan kesepakatan Istilah: Kesepakatan para mujtahid dari kalangan ummat Nabi Muhammad saw selepas kewapatan Baginda pada sesuatu masa dalam sesuatu hukum syarak.

Syarat ijmak: Kesepakatan itu hendaklah di kalangan mujtahid pada sesuatu masa Kesepakatan itu hendaklah dari semua mujtahid Kesepakatan itu mestilah selepas kewafatan Nabi Muhammad saw. Kesepakatan itu mestilah dari kalangan ummat Nabi Muhammad saw.

Qias: Bahasa: menyamakan Istilah: menyamakan sesuatu perkara yang tiada hukum dengan sesuatu perkara yang sudah ada hukum samada berdasarkan kepada alQuran atau al-Sunnah disebabkan ada persamaan dari segi illah.

Ijtihad: Bahasa: kesungguhan Istilah: Suatu usaha yang dilakukan oleh para ulamak utk menentukan suatu hukum syarak, mengerah segala daya kemempuan rohani dan pemikiran menggali masalah keislaman berdasarkan kepada alQuran dan al-Sunnah.

Keistimewaan Ajaran Islam


i. ii. iii. iv. v. vi. Rabbani Sepadu dan seimbang Syumul dan lengkap `Alami Tinggi dan agung Waqi`

2.3 Pembinaan dan Pengukuhan Aqidah


i. ii. Ilmu:Ilmu aqidah merupakan teras bagi seorang muslim berdasarkan kepada dalil-dalil naqli dan aqli Menjauhkan diri dari suasana dosa dan jahiliyah (belenggu kesesatan di zaman pra Islam masyarakat Arab dalam belenggu kesasatan tidak mendapat hidayah dari Allah walaupun mereka berjaya dalam bidang lain) Iltizam meninggalkan yang haram Iltizam melakukan ibadah- dapat menghubungkan diri dengan Allah dan dengan manusia Taubat dan berdoa

iii. iv. v.

2.4 Faktor-faktor yang membatalkan aqidah


i. Mengingkari sifat rububiyah dan mencelanya ii. Mengingkari dan mencela asma` wa-sifat iii. Mengingkari atau mencela sifat uluhiyah iv. Mengingkari atau mencela Rasulullah atau kerasulannya

Perkara-perkara yang membatalkan aqidah: i. mensyirikkan Allah swt ii. Ingkar dan persendakan hukum Allah swt iii. Percaya ada kuasa lain selain dari Allah swt iv. Menolak al-Quran dan al-Sunnah v. ingkar kerasulan

Penyelewengan aqidah juga boleh berlaku melalui: i. Percakapan ii. Perbuatan iii. Iktiqod

2.5 PERANAN AQIDAH DLM


PEMBANGUNAN UMMAH
i. ii. Ketaatan Bermatlamat memahami matlamat kehidupan iii. Keperibadian tidak berperibadian akan menghadapi penyakit akhlak yang kronik kegagalan manusia akhir-akhir ini ialah kegagalan keimanan dan kegagalan akhlak iv. Dinamis mengetahui kebenaran dan kepalsuan

v. Ekonomi dapat membangunkan ekonomi menurut kehendak Islam vi. Politik memahami status diri mereka sebagai khalifah Allah swt

Kesan aqidah kpd muslim


melahirkan ummah yang patuh kpd Allah swt ii. Ummah yang mempunyai halatuju dan matlamat hidup iii. Ummah yg mempunyai keperibadian unggul iv. Mempunyai fikiran kritis, progresif dan dinamis v. dapat menegakkan ekonomi ummah dgn adil vii. Dapat menegakkan sistem pemerintahan yang adil berdasarkan kehendak Allah swt. i.

Iman: Keimanan dan kepercayaan yang meresap teguh dalam hati manusia. Beriman kepada rukun iman al-Baqoroh 177: Tauhid: Proses mengesakan Allah swt dari sebarang sekutu atau syirik

BAB.3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM


Pengertian Syariah Maqosid syariah Skop syariah Peranan syariah dlm pembangunan ummah

3.1 Pengertian Syariah


Syariah: a. Bahasa: Jalan, peraturan, sumber air, undangundang syarak b. Istilah: Setiap sesuatu yang telah diperundangkan oleh Allah swt di dalam urusan keagamaan samada melalui alQuran al-Sunnah

Menurut ahli fiqh: Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt melalui Rasulnya untuk hambanya supaya mereka mentaati segala hukum dan peraturan yang terkandung di dalamnya

Fiqh:


Imam al-Ghazali: Suatu ilmu untuk mengetahui dan memahami hukumhukum syarak yang berhubung dengan perbuatan manusia mukallaf samada berkaitan dengan ibadah, muamalah dan seumpamanya. Fiqh pecahan dari hukum yang terhasil dari undang-undang dasar Islam.

Hukum: Merupakan titah Allah swt yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada ianya berupa tuntutan atau pilihan

Terbahagi kpd:
Wajib  Sunat  Haram  Makruh  Harus


Hukum dapat dibahagikan kpd tiga aspek:


  

Hukum tafsili: kewajipan solat, puasa, zakat dan haji- ibadah khusus Hukum berkaitan dengan aqidah Hukum berkaitan dengan akhlak seperti perbuatan mendekatkan diri kpd Allah swt, melibatkan sesama manusia spr berjual beli, perbuatan yang tergolong dalam jinayah spr hudud, qisos dan takzir.

3.2 MAQOSID SYARIAH


Mendidik manusia menjaga lima prinsip asas:


Menjaga agama  Menjaga nyawa  Menjaga aqal  Menjaga muruah  Menjaga harta


3.3 SKOP SYARIAT DLM ISLAM


i. Hubungan manusia dgn Allah swt ii. Hubungan manusia dgn manusia iii. Hubungan manusia dgn makhluk lain Segalanya adalah dlm konteks IBADAH kepada Allah swt.

Pelaksanaan:
Kewajipan yg menjadi tanggung jawab individu spr. ibadah khusus  Kewajipan secara kolektif spr. melakukan dakwah, jihad, melaksanakan amal makruf nahi munkar  Kewajipan pemerintah spr. hudud. Qisos, ta`zir.


CIRI-CIRI PERUNDANGAN ISLAM:


Syumul: Merangkumi seluruh bidang kehidupan. Merangkumi hubungan manusia dengan Allah swt, dengan manusia dan dengan alam. Bagitu juga pelaksanaan syariat yang bukan hanya kepada orang Islam malah kepada bukan Islam.

Tidak membebankan: Diturunkan untuk memberi kemudahan kepada manusia dan menyelesaikan masalah manusia dan mampu menegakkan keadailan dalam masyarakat. Ciri ini dapat dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan manusia samada ibadah, muamalah, munakahat dan jinayah contoh: solat ketika musafir, berpuasa, haji dll.

Wahyu dari Allah swt: Diturunkan dengan lafaz dan makna dan ianya unggul dan istimewa dari beberapa sudut: i. Segala prinsip hukumnya terpelihara dari sebarang kesilapan, kekurangan dan kelemahan. ii. Bersifat adil memberi hak kpd yang sepatutnya menerima haknya

iii. Terpelihara hingga kiyamat iv. Sentiasa berkembang sesuai dengan peredaran zaman dan masa.

Ganjaran bersifat duniawi dan ukhrowi: Pembalasan dari Allah swt tidak hanya bersifat zahir malah batin iaitu didunia mahupun diakhirat. Semuanya akan diperhatikan oleh Allah swt.

Bersifat universal: Ini bermakna meliputi semua tempat dan masa melangkauwi georafi di mana sahaja berada. Sifat ini juga dapat menjamin kemashlahatan manusia: i. dulu, sekarang dan selamanya ii. Memberi kelonggaran dan rokhsoh apabila menghadapi kesukaran iii. Bersifat tafsili dan kulli iv. Sumber-sumbernya juga adalah menyeluruh iaitu asasi dan ijtihadi.

Bersift sekata, sepadu dan seimbang. Oleh kerana itu syariat Islam perlu dilaksanakan secara keseluruhan, akan cacatlah ia sekiranya dilaksanakan secara terpisah. Seimbang bermaksud tidak berat sebelah, mementingkan soal ruhani dan jasmani.

Sumber Perundangan Islam


i. Sumber yang disepakati ii. Sumber yang tidak disepakati

Sumber yang disepakati: i. ii. iii. iv. Al-quran Al-Sunnah Al-Ijmak Al-Qias

Sumber yang tidak disepakati: - istihsan - masoleh mursalah - istishab - sharun man qoblana - qaulus-sohabi - saddul-zaroik - uruf

istihsan

Bahasa: suatu perkara yang baik Istilah :pindahnya seorang mujtahid dari qias jali kepada qias khofi atau sebaliknya kerana ada dalil yang membolehkan berbuat demikian untuk kebaikan. Contohnya sisa makanan dari burung helang yang diharamkan memakannya tetapi sisanya adalah halalkan kerana ia makan dengan paruh dan tidak bercampur dengan air liurnya.

Istishab
Menetapkan sesuatu berdasarkan kepada keadaan yang berlaku sebelumnya sehingga ada dalil menunjukkan ada perubahankeadaan tersebut Contohnya seorang yang mengambil wuduk tiba-tiba dia berasa was-was samada wuduknya ada atau tidak ada.

Masoleh mursalah

Bahasa:Kebaikan yang terbesar Istilah: Perkara yang dilakukan demi untuk menjaga kepentingan ummat Islam dan menolak keburukan Penetapan hukum yang dipertimbangkan untuk menjaga kemaslahatan atau kepentingan dan menolak keburukan dalam masyarakat Contoh: solat tarawih, talak tiga.

Sharun man qoblana


Iaitu shariat sebelum Nabi Muhammad saw ia meliputi hukumhukum syariat terdahulu yang diceritakan dalam al-Quran dan alsunnah. Contoh: berpuasa, ambil tanah untuk membuat masjed.

Qaul as-sohabi
Iaitu ijtihad para sahabat Nabi Muhammad saw samada percakapan atau perbuatan. Contoh: ijtihad Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar

Saddul-zaroik
Menutup atau mencegah hal yang dapat manarik orang kepada hal yang dilarang oleh agama. Contoh: menutup aurat, menyewa kenderaan atau bengunan untuk keburukan atau kejahatan.

Uruf
Segala sesuatu yang sudah dikenali atau menjadi kebiasaan kepada masyarakat samada dari segi perkataan atau perbuatan. Contoh: menghurmati tamu, jual beli, pakaian, dan amalan hidup yang lain yang tidak bertentangan dengan hukum atau syariat.

3.4 PERANAN SYARIAT DLM PEMBANGUNAN UMMAH


Pembangunan fizikal samada pembangunan kesihatan dan tubuh badan manusia. Pembangunan kognitif: Pembangunan pengetahuan dan pemikiran dengan mengetahui kelebihan ilmu pengetahuan dan menuntut ilmu.

Pembangunan emosi: Pembangunan perasaan dalam konteks hubungan manusia dengan insan dan makhluk keseluruhannya. Pembangunan sosial: Proses perkembangan antara hubungan manusia dengan persekitaran. Syariat telah mengatur tatacara untuk menjalin hubungan sesama manusia spr adab pergaulan, berkeluarga ,berjiran dll.

Pembangunan kerohanian: Satu proses untuk melahirkan jiwa yang bertaqwa. Pembangunan kerohanian ini adalah menjadi asas kepada pembangunan yang telah dijelaskan tadi.

BAB 4: IBADAH MEMBINA INSAN BERKUALITI


Pendahuluan: Matlamat dan tujuan: Pengertian: Pembahagian Asas Ibadah Keistimewaan Ibadah Kesan Ibadah dalam kehidupan

Pendahuluan: Surat Ali-Imran 191: Orang yang menyebut nama Allah semasa berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadidian langit dan bumi dan berkata ;Wahai Tuhan ku tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci engkau dan peliharalah kami dari azb sengsara Surat al-zariyat ayat 56: tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu

Matlamat dan tujuan ibadah


Menyuci diri dan membersihkan amalan Menghindarkan drp perbuatan kejahatan dan kemungkaran Menyedarkan diri tentang ketergantungan kita kepada Allah swt Mengetahui matlamat dan tujuan kita dijadikan

Sayyid Qutub: Tujuan Allah agar manusia patuh kepadaNya adalah untuk kesejahteraan manusia itu sendiri. Allah tidak memerlukan apa-apa dari manusia kerana segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah swt. Allah hanya menuntut kesetiaan manusia kepadaNya. Allah tidak mahu menjadikan makhluk yang paling mulia yang diciptakanNya menjadi hamba syaitan, manusia atau benda apatah lagi benda-benda lain itu lebih rendah dari manusia. Allah mahu menjadikan manusia wakilNya di bumi ini dan melaksanakan amanahNya

4.1 Pengertian Ibadah


Bahasa: Patuh, taat, tunduk, setia, menyembah, menghina dan menghambakan diri. Istilah: Nama bagi segala yang disukai Allah swt dan diredhoiNya baik perkataan, mahupun perbuatan, samada terang atau tersembunyi

Pengertian ibadah mengikut disiplin ilmu


Ulamak Tafsir: Mengesakan Allah swt dan mengagungkanNya dengan sepenuh takzim serta merendahkan dan menundukkan diri kepadaNya

Ulamak tauhid: Mengesakan Allah swt Tuhan yang disembah serta mengiktiqadkan pula keesaanNya dan zatNya, pada sifatNya dan perbuatanNya.

Ulamak fiqh: Segala apa yang dilakukan untuk mendapat keredaan Allah swt dan mengharapkan pahalanya di akhirat

Ulamak akhlak: Beramal dengan taat kepada Allah swt dari segi jasmani dan melaksanakan syariat Islamiyah Ulamak tasawwuf: Sesuatu yang dilakukan oleh mukallaf yang bertentangan dengan keinginan nafsunya untuk membesarkan Allah swt

Muhammad Qutb: menghambakan diri hanya kepada Allah swt dan menerima hukum daripadanya dalam urusan dunia dan akhirat dan terus menerus berhubung dengannya dalam semua persoalan

Saidina Ali bin Abi Tolib: Pengakuan manusia tentang dirinya sebagai hamba Allah swt yang secara sukarela atau terpaksa, patuh dan tunduk kepada titah perentahnya dan meninggalkan larangannya

Pengertian secara umum: Ibadah ialah nama bagi segala yang disukai Allah swt dan yang diredhoinya baik perkataan mahupun perbuatan, samada terang atau tersembunyi

4.2 Pembahagian Ibadah


Ibadah khusus: fardhu sunat fardhu - ain -kifayah sunat -muakkad -g. muakkad

Ibadah umum: Iaitu selain drp ibadah khusus. Apa sahaja yang dilakukan yang tidak bertentangan dengan kehendak Allah swt dan dibuat kerana Allah swt

Syarat menjadi ibadah:


i. Niat yang ikhlas kerana Allah swt. Surat al-Baiyinah ayat 5: padahal mereka tidak diperintahkan menyembah Allah melainkan mereka ikhlas dan teguh di atas agamaNya.

ii. Tidak bertentangan dengan syariat Islam. Sesuai dengan syariat Islam selari dengan rukun, hukum dan syaratnya. Bertentangan dengan hukum Islam adalah salah.

iii. Tidak melalaikan ibadah khusus Surat al-Nur 37: Lelaki yang tidak dilalaikan dengan perdagangannya atau perniagaannya daripada menyebut serta mengingati Allah swt, mendirikan solat, berzakat

iv. Melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Maksud hadith: Maka sesungguhnya Allah suka dengan sesaorang itu apabila ia bekerja maka dia bekerja dengan tekun.

4.3 Asas-asas Ibadah


I.

Ilmu pengetahuan: a. Sumber ilmu: Al-Quran Al-Sunnah Akal dan pancaindera Alam tabie Ilham

b. Klasifikasi ilmu: i. ilmu nazori dan ilmu amali ii. Ilmi syariah dan ilmu aqliyah iii. Ilmu hudhuri dan ilmu husuli iv. Ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah

ii. iii.

Iman sebagai asas ibadah Ihsan sebagai asas ibadah: Ihsan bermaksud baik, Sabda Rsul: Ihsan itu ialah engkau abadikan diri kepada Allah swt seolah-olah engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya Dia melihat engkau (HR Bukhori)

iv.

Ikhlas sebagai asas ibadah. Ikhlas bererti melaksanakan katakata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kerana mengharapkan keredhoan Allah swt. Ikhlas merupakan hakikat kebaikan yang mutlak. Islam sangat menuntut ummatnya bersifat ikhlas kerana ikhlas adalah pati dalam ibadah.

Maksud ayat: Sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku, mati ku adalah bagi Allah seru sekalian alam, aku tidak bersekutu denganNya demikianlah aku diperentahkan dan aku(suluruh ummat ku) adalah orang Islam yang awal pertama ( yang berserah diri kepada Allah swt dan mematuhi perentahNya al-Anam 162-163

Keistimewaan Ibadah dalam Islam


Bebas dari sebarang perantaraan Tidak terikat dengan masa dan tempat Tidak membebankan, mudah dan praktikal Skopnya bagitu luas

4.4 Impak Ibadah Dlm Kehidupan Muslim


Membina insan berkualiti -melahirkan kesatuan matlamat -terbentuk budaya hidup Islam -mendidik sifat jujur dan amanah -terpelihara dari godaan syaitan -terselamat dari kejahatan dan maksiat -menghasilkan pekerja yang berkualiti -mencetus perasaan bebas dan merdeka

-terbentuk akhlak terpuji -melahirkan masyarakat produktif -mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat -layak mendapat pertolongan Allah swt.

BAB.5 AKHLAK DLM PEMBENTUKAN JATIDIRI MUSLIM


1. Jatidiri Muslim -Kehidupan yang indah ialah kehidupan yang dihiasi dengan nilainilai akhlak, moral dan etika ia menjadi asas kepada apa jua aktiviti kehidupan dan pergaulan, ia akan menjamin wujudnya keamanan dan kesetabilan dalam masyarakat.

Dalam Islam akhlak adalah nilai samawi yang sangat suci datang dari Allah swt bebas dari sebarang pencabulan bermakna tidak melanggar ajaran Allah swt. Pembangunan yang sebenar ialah pembangunan yang sepadu dan seimbang yang menekankan kepada pembangunan peradaban dan intlektual yang dapat menangani cabaran semasa dalam dunia global.

Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak akan menjamin kejayaan (alfalah) hidup di dunia mahupun di akhirat, sepertimana dijelaskan dalam surat al-mukminun ayat 1 dan 2 yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orangorang yang beriman iaitu orang-orang khusuk dalam solatnya

Cabaran pembangunan akhlak


Gejala-gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti, dan kurangnya budaya ilmu dalam masyarakat merupakan cabaran yang besar kepada pembangunan yang dikehendaki oleh Islam.

Manusia dan hubungannya dengan akhlak


Manusia dicipta memiliki keindahan dari segi ruhani dan jasmani. Kedua dua keindahan ini mestilah dibentuk dengan akhlak Islam kerana manusia ini diciptakan oleh Allah swt, sepertimana dijelaskan dalam al-quran dari surat al-tin ayat 4 yang bermaksud: sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaikbaiknya

Oleh kerana itu manusia mempunyai hubungan yang sangat erat dengan akhlak, menurut Islam

Peranan dan kepentingan akhlak


Akhlak amat penting dalam menentukan keutuhan sesebuah masyarakat, dalam kata lain runtuhnya akhlak sesuatu bangsa maka runtuhlah masyarakat tersebut Misi penting Rasulullah saw ialah untuk menbentuk akhlak manusia seperti mana dijelaskan dalam alhadith yang bermaksud: sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia Dan Rasulullah sendiri adalah manusia yang sangat mulia akhlaknya.

Pendapat ulamak mengenai akhlak


Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan: setiap bangunan ada asasnya dan asas bagi Islam ialah akhlak yang mulia Ibnu Qoyyim: seluruh aspek agama Islam ialah akhlak yang mulia; oleh itu sesiapa yang bertambah nilai akhlaknya maka bertambahlah nilai agamanya

Kepentingan akhlak dalam Islam


Dihubungkan dengan tujuan pengutusan Rasulullah saw Akhlak mempunyai kaitan rapat dengan aqidah dan syariah. Seorang sahabat pernah bertanya Rasulullah saw; Apakah ad-deen? Jawab Rasulullah saw; ad-deen ialah akhlak yang baik Dan Saidatina Aishan r.a juga pernah ditanya; Bagaimanakah akhlak Rasulullah saw ? Jawabnya: Akhlak Rasulullah saw ialah alQuran

Akhlak ialah sifat Rasulullah saw dan menjadi contoh terbaik. Akhlak menunjukkan kesempurnaan iman sesaorang Akhlak memberatkan timbangan sesaorang

5.1 Pengertian akhlak


Bahasa: ialah tabiat, perangai, tingkahlaku, sifat semulajadi, adat kebiasaan dan lainlain. Manusia diciptakan oleh Allah swt terdiri dari dua unsur iaitu unsur jasmani dan unsur ruhani. Unsur jasmani disebut al-kholqu: keindahan bentuk luaran dan unsur ruhani disebut alkhuluq: keindahan bentuk dalaman. Oleh itu akhlak adalah berkaitan dengan sifat luaran dan dalaman ;sifat-sifat batin dan dijelmakan melalui tingkahlaku luaran

Dari segi istilah: Imam al-Ghazali: sifat-sifat batin yang tertanam dalam jiwa sesaorang, akan lahir dengan mudah tanpa perlu pertimbangan akal yang mendalam. Sekiranya keadaan jiwanya itu baik maka akan terbit perbuatan yang baik dan terpuji mengikut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Jika sebaliknya keluar perbuatan yang buruk maka ia dinamakan akhlak yang buruk

Ibnu Maskawaih: Akhlak bermaksud keadaan jiwa sesaorang, ia terbahagi kepada dua bahagian: i. Natural; iaitu jiwa yang tabie ini berpusat kepada sifat semulajadi seperti perasaan cepat marah, panas baran dll. ii. Keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan dan kebiasaan, terbahagi dua:

a. b.

Peringkat pertimbangan dan pemikiran teliti Peringkat memperaktiskan sehingga jadi kebiasaan

Ringkasnya akhlak terbahagi kepada tiga ciri-ciri berikut: i. Aspek batin yang menjadi tenaga penggerak ii. Aspek luaran atau tingkahlaku iii. Perbuatan itu hendaklah dilakukan secara berterusan Ayat yang bermaksud: Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwa dan rugilah orang-orang yang mengotorkannya al-syam 9-10

Etika

Bahasa:dari perkataan Yunani iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti yang dimiliki oleh kumpulan tertentu Socrates: etika ialah hasil dari pengalamanpengalaman yang dilalui oleh manusia. Etika ialah sesuatu yang bersumberkan dari akal manusia serta nilai-nilai yang mampu difikirkan oleh akal manusia

Moral

Bahasa: moral adalah dari perkataan mores yang bererti kesusilaan, adab sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawaian atau norma. Sebahagian masyarakat mengaitkan etika dan moral dengan peraturan masyarakat yang terdiri dari tatahukum, tatasusila atau tertib masyarakat. Moral juga bermaksud tingkahlaku dan tindakan manusia samada baik atau buruk yang dinilai oleh masyarakat bergantung kepada tempat, masa dan keadaan. Oleh itu moral dalam pengertian ini bersifat relatif berbeza di antara satu masyarakat dengan masyarakat lain.

5.2 Kategori dan skop akhlak


Kategori: i. Akhlak mahmudah: Merupakan akhlak yang dituntut oleh Islam, akhlak yang baik, daripada sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Ia juga menggambarkan semua perbuatan yang disukai Allah dan mematuhi perentahNya ii. Akhlak mazmumah: Merupakan akhlak yang terkeji atau tercela yang tidak disukai oleh Allah swt dan bertentangan dengan syarak.

Skop akhlak
Akhlak dengan Allah swt: - Beriman dengan Allah swt - Beribadah mengabdikan diri kepadaNya - Tidak mempersekutukan Allah swt - Takut kepada Allah swt - Cinta kepada Allah swt - Redo dan ikhlas terhadap qodo dan qodarNya - Bertaubat kepada Allah swt - Brsyukur kepadaNya

Akhlak manusia kepada Nabi Muhammab saw


Mempercayai bahawa Nabi Muhammad saw adalah Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah swt Mencintai Rasulullah saw dengan sebenarnya Mematuhi ajarann baginda

Akhlak manusia dengan manusia


Akhlak pada diri sendiri Akhlak kepada ibu bapa Akhlak kepada anak-anak Akhlak terhadap suami isteri Akhlak kepada guru Akhlak kepada jiran

Akhlak dengan alam


Alam ini adalah dijadikan oleh Allah swt untuk kegunaan manusia, oleh itu manusia perlu menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifahNya Alam ini merupakan anugrah Allah swt. Manusia bertanggung jawab menjaganya dengan baik Jauhkan dari sebaran kerosakkan kepadanya

5.3 Pembentukan akhlak


Iman, ilmu dan amal: i. Sebelum berumahtangga ii. Semasa perkahwinan iii. Kanak-kanan iv. Remaja

Perlaksanaan ibadat

Penghayatan al-Quran: Hadith Rasulullah saw: Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: cinta kepada Nabi kamu, cintakan kaum keluarga kamu dan banyak membaca alquran sesungguhnya para pembaca alquran itu berada di bawah naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama para NabiNya dan orang-orang yang mendekatkan diri denganNya (Riwayat Tibroni)

Penghayatan rukun Islam Mengerjakan amalan-amalan sunat Doa dan tazkiyah Istiqomah beramal ibadah kepada Allah swt

Rasulullah saw sebagai uswah hasanah


Kehidupan Baginda adalah berasaskan kepada al-quran Pengiktirafan, pujian dan anjuran supaya mencontuhi akhlak Rasulullah saw Ikut sunnah

Mencontuhi para sahabat


Para sahabat merupakan insan mulia yang mendapat didikan langsung dari Rasulullah saw, mempunyai ilmu yang luas kerana bersama-sama dengan Rasulullah saw.

Muhasabah diri

Hadith bermaksud: Berbahagialah bagi mereka yang sibuk memerhatikan kekurang diri sendiri daripada kekurangan orang lain Saidina Umar r.a diriwayatkan; Setiap hari ia memeriksa catatan amalannya, jika didapati ada amalan baik ia bersyukur kepada Allah swt dan berazam untuk menambahnya lagi, jika didapati ada amalan buruk ia akan menghukum dirinya sebelum Allah menghukumnya di akhirat kelak Saidina Ali k.w. Hisablah diri kamu sebelum kamu di hisabkan oleh Allah swt di akhirat nanti

Didikan dan latihan


Didiklah manusia dengan akhlak yang baik kerana ia dapat dibentuk sejak dari awal. Akhlak bukan warisan ia perlu kepada didikan dan latihan.

5.4 Cabaran-cabaran pembentukan akhlak dan penyelesaiannya


Cabaran dalaman: i. Serangan pemikiran ii. Syaitan dan hawanafsu iii. Lemah jiwa

Cabaran luaran: i. Peperangan yahudi: dalam protokol yahudi Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di setiap tempat, dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai Frued berkata; Manusia hendaklah berusaha untuk memuaskan nafsu dengan cara merungkai ikatan akhlak dan memberi kebebasan untuk melakukannya,hasilnya ialah memuaskan kehendak nafsu seks adalah matlamat mereka, ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka

ii. Perancangan penjajah dan salibiyah: Seorang tokoh penjajah terbesar berkata: Segelas arak dengan seorang wanita cantik cukup untuk menghancurkan ummat Muhammad saw kerana pengaruhnya adalah lebih kuat dari seribu senapang

iii. iv. v. vi.

Adat Kominis dan aliran kebendaan Media massa Persekitaran: a. rakan b. keluarga c. masyarakat

Cara-cara mengatasinya

Iman ( dalil-dalil dan bukti berdasarkan al-Quran dan al-hadith ) Ilmu Ibadat Peranan ibu bapa Peranan rakan Peranan masyarakat Peranan pemerentah Kuatkan Jiwa dan lawan kehendak hawa nafsu yang menyuruh melakukan keburukan KESIMPULAN TAMAT

You might also like