You are on page 1of 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TARIKH / HARI : TEMA : KENDERAAN SUBTEMA : KENDERAAN AIR DAN UDARA KOMPONEN Berkumpul, merekod

d kehadiran , menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Membaca doa sebelum belajar dan menyatakan hari dan tarikh pada hari ini. Sosioemosi HP ISI KANDUNGAN / STRATEGI BAHAN / CATATAN Lisan

MASA RUTIN (10 minit)

PERBUALAN PAGI / CIRCLE TIME (20 minit)

2.2.4 Bersoaljawab secara bersopan.

PERMAINAN LUAR (20 minit)

Fizikal

1.2.2 Mengawal pergerakkan mata dan tangan betul.

Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang kenderaan air yang dipelajari hari sebelumnya dan bersoaljawab mengenainya. Guru menunjukkan kepada peralatan yang berkaitan dengan air. Contohnya ialah dayung, enjin bot, timba, sauh dan jaket keselamatan. Guru mengarahkan kanak-kanak untuk menyambung lukisan kenderaan air yang putus-putus. Mereka dikehendaki mewarna gambar yang telah siap dengan kreativiti yang tersendiri.

Kad gambar, kad perkataan. MI : Linguistik, kognitif PSA : Kanak-kanak pernah melihat kenderaan air. KBKK : Mengecam Lembaran kerja. MI: Kinestetik, sosioemosi, Nilai : Cermat PGJ : Kinestetik, Sosioemosi.

http://prasekolah.netfirms.com

AKTIVITI KUMPULAN (60 minit)

Kreativiti dan estetika.

2.1.10 Menghasilkan rekaan dengan pelbagai tujuan tertentu seperti : Kad ucapan 3.2.2 Bergaul mesra dan tolongmenolong.

Pendidikan Moral

Fizikal

1.1.1 Menggunakan jari untuk aktiviti seperti : Menggentel, menguli, meramas, mencubit.

Kumpulan 1 Guru menunjukkan contoh kad ucapan yang telah siap. Kanak-kanak membuat kad ucapan dan mereka akan menggunakan kreativiti mereka untuk menghiaskan kad tersebut supaya menarik. Kumpulan 2 Kanak-kanak bermain Teka Silang Kata yang mana guru akan memberikan kad huruf dan kanak-kanak akan bersama-sama menyusun kad tersebut menjadi perkataan mengikut gambar yang ditunjukkan. Kumpulan 3 Kanak-kanak akan membuat pelbagai jenis kenderaan udara dan air seberapa banyak yang mungkin dengan daya kreativiti mereka.

Kad manila, warna, kertas warna. PGJ : Kinestetik, sosioemosi, intrapersonal. Nilai : Kerjasama,tolak ansur Kad huruf, carta silang kata. PGJ:Linguistik, sosioemosi, kognitif, interpersonal. Nilai : Berkerjasama dan bertolak ansur. Doh. PGJ : Fizikal, intrapersonal Nilai : Bekerjasama dan cermat.

REHAT (30 minit)

Membasuh tangan, membaca doa makan, makan dengan tertib, membaca doa selepas makan. Membersihkan tempat makan, menggosok gigi.

http://prasekolah.netfirms.com

AKTIVITI KELAS / INDIVIDU (60minit)

Bahasa dan komunikasi.

3.2.1 Mengecam huruf vokal yang terdapat dalam perkataan.

Sosioemosi 2.2.2 Memberi pendapat yang bernas.

Guru menyuruh kanak-kanak menamakan huruf vokal dan membunyikannya. Guru menunjukkan kad perkataan dan memilih beberapa orang kanak-kanak untuk membulatkan huruf vokal yang terdapat dalam kad perkataan tersebut. Guru dan kanak-kanak akan bersoaljawab tentang hasil kerja yang telah disiapkan dalam aktiviti kumpulan dan meminta kanak-kanak memberikan pendapat mereka terhadap hasil kerja mereka dan juga rakan-rakan.

Kad perkataan. Hasil kerja yang telah siap. KBKK : Mengenalpasti dan mengecam huruf. PGJ : Linguistik, kinestetik dan intrapersonel.

PENUTUP (10 minit)

Guru menyimpulkan subtema yang telah dipelajari hari ini dengan bertanyakan semula nama kenderaan udara . Menyampaikan pesanan dan nasihat, membersihkan peralatan dan kelas serta bersalam-salam dengan guru.

REFLEKSI

http://prasekolah.netfirms.com

You might also like