You are on page 1of 15

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 Kemudahan Pelabuhan 1.

Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke palbuhan Melaka 2. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang. 3. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang 4. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun 5. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun Peranan Syahbandar 1. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai olehnya 2. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan Keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka 3. Syahbandar iaitu anatara jawatan terpenting berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak. 4. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah a. Menguruskan cukai b. Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal 1 c. Menguruskan gudang d. Menguruskan pasar e. Menjaga kebajikan pedagang g. Menjaga keselamatan pedagang h. Menjadi hakim di pelabuhan 5. Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan pedagang Syahbandar I ----->>>>> Mengurus pedagang dari Gujerat Syahbandar II ----->>>>> Menguruskan pedagang dari China, Ryukyu dan Champa Syahbandar III ------->>>> Menguruskan pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi Syahbandar IV ------->>> Mengurus pedagang dari Pulau Jawa, Banda, Borneo, Filipina, Maluku, Kalimantan dan Pasai Keberkesanan Undang-undang 1. Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan Melaka telah menggubal undang-undang seperti Undangundang Laut Melaka 2. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal 3. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi a. Peraturan dan tatatertib berniaga b. Cara berjual beli c. Hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal d. Larangan dan tanggungjawab bakhoda

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 Cukai Perdagangan 1. Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan 2. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu: a.Cukai rasmi (duti import) atau Panduan b.Cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar 3. Selainitu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan sendiri 4. Perdagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga 5. Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk a. Memastikan urusan perdagangan adalah lancar b. Sumber pendapatan kerajaan 6. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan 7. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan Melaka a. Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6% b. Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan Syahbandar 2 c. Pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3% Penggunaan Sistem Mata Wang 1. Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang 2. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebut 3. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains 4. Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu 5. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat Penggunaan Sistem Mata Wang 1. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot 2. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melaytu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca 1. Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka 2. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka 3. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka 4. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.

Pasai 1. Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam 2. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan 3. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam 4. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya 5. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong menolong 6. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus surat 7. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bejalan seperti a. Beras, makanan dan rempah dari Jawa b. Lada hitam, beras dan emas dari Pasai

Hubungan Diplomatik dengan Negara Serantau 1. Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi. 2. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti a. Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras b. Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah c. Kampar dan Siak-membekalkan emas

Kampar dan Siak 1. Penaklukan Melaka ke atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emas dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal eksport lada hitam dan emas 2. 2Kerajaan Melaka telah meberi taraf naungan terhadap Siak dan apabila berutus surat, kedua-dua negara ini akan menggunakan sembah

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 3. Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan kerajaan Kampar dan Siak lebih rendah taraf berbanding dengan Melaka 4. Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka 5. Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansur Shah melawat Majapahit.Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, jambi dan Lingga 8. Selain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam bentuk hubungan perdagangan apabila pedagang-pedagang China datang berdagang ke Melaka 9. Pedagang-pedagang China telah menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan atau menunggu pertukaran angin sebelum bertolask ke India

Hubungan Diplomatik dengan Siam Hubungan Antarabangsa dengan China 1. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri. 2. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ying Ching tiba di Melaka 3. Melaka sedang diancam oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China 4. Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka 5. Kerajaan Ming juga telah menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama-sama dengan cap mohor, sepasang kain sutera dan payung kuning. 6. China juga telah memberi amaran kepada kerajaan Siam agar tidak mengganggu kedaulatan Melaka melalui utusannya yang diketuai oleh Cheng Ho yang tiba di Melaka pada tahun 1409 7. Pada tahun 1411, Parameswara sendiri melawat China 1. Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik. baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil Siam 2. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam 3. Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi 4. Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati

Hubungan Melaka dengan Ryukyu 1. Melaka juga telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulau Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an 2. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah 3. Dalam kandungan surta tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu mengenai kelakuanpedagangpedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka semasa berdagang di Melaka

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 4. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka 5. Ini terbukti Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka 3. Penemuan batu bersurat dari Kuala Berang Terengganu membuktikan agama Islam telah bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi 4. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke 15 apabila Megat Iskandar Syah memeluk agama Islam.

Hubungan Melaka dengan Gujerat Teori Pengislaman Melaka 1. Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat 2. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka 3. Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu 4. Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di Melaka

Teori 1 1. Megat Iskandar Shah iaitu Sultan Melaka yang telah memeluk Islah setelah berkahwin dengan puteri Pasai 2. Tindakan baginda diikuti oleh pembesar-pembesar dan kemudian rakyat jelata Teori 2

Hubungan Melaka dengan Arab 1. Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran Islam di Melaka 2. Mereka juga membeli a. Emas dan rempah dari Kepulauan Melayu b. Kain sutera dan teh dari China Pusat Perkembangan Agama Islam 1. Kedah dan Terengganu adalah antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima ajaran Islam 2. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke 9, iaitu dengan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah 5

1. Sayid Abdul aziz yang datang dari Jeddah telah mengislamkan Raja Sri Maharaja dan baginda kemudian menggunakan nama Sultan Mahmud Shah 2. Teori pengislaman Melaka ini adalah menurut Hikayat RajaRaja Pasai dan Bustanus Salatin. 3. Pedagang-pedagang dari arab dan India juga berperanan penting seperti berdakwah semasa berdagang 4. Selain daripada berdakwah pedagang-pedagang ini juga telah berkahwin dengan penduduk setempat dan membawa ahli-ahli agama untuk menjalankan dakwah di Melaka 5. Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut baik oleh semua rakyat Melaka

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 6. Penduduk Melaka tertarik dengan ajaran Islam kerana kelebihan pada agama tersebut kerana meliputi a. Toleransi b. Adil c. Rasional Keunggulan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam 1. Pada abad ke 15 Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam 2. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah 3. Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka 4. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam 5. Pemerintah juga memgambil berat terhadap pendakwah seperti tempat tinggal kepada pendaklwah 6. Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu dengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata 7. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan mengani hal-hal agama demi mendalami agama Islam 8. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah 9. Sultan Muzaffar Shah telah mendirikan beberapa institusi agama seperti masjid madrasah dan surau iaitu tempat untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-Quran 10. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan 11. Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau mengarang sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil 12. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan seperti a. Menterjemah kitab-kitab b. Menyadur kitab-kitab c. Menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan 13. Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah a. Hikayat Amir Hamzah b. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah 14. Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai-nilai Islam seperti konsep musyawarah

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Negara lain di Asia Tenggara Perkahwinan Diraja 1. Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan Islam.Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Putera-puteri dari RokanSiak dan Inderagiri 2. Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan denganputera Raja Siak 3. SiakPerkahwinan tersebut menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah ke negeri-negeri tersebut 4. tersebutSelain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu menyebarkan agamna Islam Penaklukan Semasa Pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak 1. Raja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama Islam untuk mendapat kurniaan ataulayanan yang lebih baik serta menunjukkan taat setiakepada Sultan Melaka 2. Rakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam secara sukarela. Contoh di Terengganu, Johor, Kelantan,Pahang, Rokan dan Inderagiri Peranan Ahli Sufi 1. Ulama ahli sufi dan mubaligh Melaka telah dihantaroleh kerajaan Melaka ke merata-rata tempat untukmenyebarkan agama Islam. Contoh ke KalimantanKepulauan Sulu, Sulawesi dan Mindanao Pedagang 1. Saudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut tertarik dengan Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk mendapatkan keistimewaan dan perdagangan 2. Apabila mereka pulang, mereka akan menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing seperti di Jawa Askar Upahan 1. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama 2. Apabila mereka pilang mereka turut menyebarkan agama Islam ke Pulau Jawa Usaha Pemerintah 1. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama 2. Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 Sinar Islam dan Kesannya Terhadap Melaka Kesan Politik 1. Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu 2. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri 3. Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal 4. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf 5. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak Kesan Ekonomi 1. Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15 2. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya 3. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah Kesan Sosial 1. Pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam yang terpenting 2. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu 3. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca 4. Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agama Penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Iskandar Dzulkarnain 5. Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu 6. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu seperti a. Kesenian y Corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainya

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 3. Orang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru dan ulama di istana 4. Tugas jurutulis ialah
y y y

b. Tulisan y Terdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat alQuran dan hadis Khat c. Amalan y Khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah 7. Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan Islam semakin kukuh di Melaka 8 Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajar agama atau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji 9. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang tahu manulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan

Mengarang surat rasmi untuk raja Menggubal perjanjian Menjadi guru kepada anak-anak raja

5. Tugas pengarang ialah


y y y y

Menulis karya sejarah dan kesusasteraan Melayu Menterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu Mencatat diari istana Menyusun salasilah raja-raja

6. Tugas ulama ialah


y y

Menulis kitab agama Islam Menterjemah Kita agama

Pusat kegiatan Ilmu Peranan Istana sebagai Pusat kegiatan Intelektual Jurutulis pengarang dan Ulama di Istana 1. Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis 2. Pada zaman dahulu bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecil bilangannya

Karya Sastera 1. Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka 2. Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi 3. Antara karya sastera teremahan ialah a. Hikayat Amir Hamzah b. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah c. Hikayat Iskandar Zulkarnain

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 4. Karya sastera saduran pula ialah a. Hikayat Bulan Belah b. Hikayat Nabi Bercukur c. Hikayat Bakhtiar d. Hikayat Nabi Wafat e. Hikayat Nabi Yusof 5. Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telha dihasilkan. Antaranya a. Hikayat Hang Tuah b. Hikayat Bayan Budiman 6. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang Laut Melaka telah digubal 7. Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar Shah dan pada zaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula Bahasa Melayu 1. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah 2. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan 3. Tulisan jawi juga telah digunakan 4. Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab a. nya b. ga c. pa d. nga e. ca

Istana Melaka 1. Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golonganalim ulama mengenai agama 2. Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspek ketuhanan 3. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka 4. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu buku-buku penulis tempatan dan penulis asing 10

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 Perluasan Kuasa 1. Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar 2. Melalui perl;uasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju kerana dapat menguasai hasil ekonomi dari jajahan yang ditaklukinya Cara-cara Perluasan kuasa Perluasan Kuasa Melalui Peperangan 1. Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan kuasa pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 2. Bendahara Tun Perak adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan dasar perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka 3. Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan kuasa ini dengan melancarkan serangan ke atas wilayah lain 4. Antara kawasan yang ditakluki oleh Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat Semenanjung dari Perak hingga ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga, Kampar dan sebahagian besar Pantai Timur 5. Setelah menguasai wilayah-wilayah tersebut untuk mengekalkan kuasanya Kerajaan Melaka telah menyerahkan wilayah-wilayah ini kepada pembesar-pembesar yang banyak berjasa 6. Sebagai contoh, Pahang yang ditakluki telah diserahkan kepada Sri Bija Diraja untuk mentadbir wilayah tersebut 7. Kejayaan perluasan kuasa ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan mengatur stratregi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban

Perluasan Kuasa Melalui Campur Tangan 1. Melaka juga memperluaskan kuasanya melalui cara campur tangan dalam persengketaan politik di negeri yang menjadi saingannya 2. Melaka telah campur tangan politik kerajaan Pasai iaitu dengan membantu Sultan Pasai iaitu Sultan Zainal Abidin apabila adiknya cuba merampas kuasanya 3. Melaka juga membantu Pasai untuk kali kedua apabila Pasai berperang dengan Aru dan Aru dapat dikalahkan. 4. Pasai yang berhutang budi kepada Melaka seterusnya mengakui kekuasaan Melaka walaupun Pasai adalah setaraf dengan Melaka

Perluasan Kuasa Melalui Perkahwinan 1. Melaka juga berjaya memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke wilayah-wilayah di sekitarnya dengan mengahwinkan putera-puterinya kepada putera-putera raja wilayah sasaran

11

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 2. Sebagai contoh, Sultan Melaka telah mengahwinkan puterinya dengan kerabat diraja Pahang dan Kampar untuk mengeratkan perhubungan di antara kedua-dua negara 3. Sultan Melaka juga telah mengahwini puteri raja yang kalah dalam peperangan iaitu Sultan Mahmud Shah telag mengahwini puteri Sultan kelantan setelah Kelantan dapat dikalahkan 4. Melalui cara ini hubungan baik dapat dipelihara disamping dapat mengukuhkan lagi pengaruh Melaka

Peranan Pemimpin Dalam Perluasan Kuasa 1. Menjelang abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Kepulauan Melayu. Empayar Melaka meliputi seluruh kawasan Semenanjung Tanah Melayu dan negeri-negeri Pantai Timur Sumatera seperti Kampar, Siak Inderagiri, Rokan, Jambi, Pulau Karimun dan Kepulauan Riau Lingga 2. Penguasaan Klang di sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu dan penguasaan Rokan dan Siak di Pantai Timur Sumatera telah memudahkan Melaka mengawal Selat Melaka sepenuhnya 3. Kejayaan Kerajaan Melayu Melaka memperluaskan kuasanya kerana mempunyai beberapa pemimpin dalam yang berwibawa seperti Sultan Muzaffar Shah. Sultan Mansor Shah dan Sultanb alauddin Riayat Shah dan Tun Perak.

Perluasan Kuasa Melalui Kerelaan 1. Terdapat juga negeri-negeri yang secara rela hati meminta perlindungan dan ingin mempertahankan Melaka 2. Negeri-negeri ini mahu berlindung di bawah kekuatan Kerajaan Melaka 3. Antara negeri-negeri itu ialah Jambi, Lingga, Patani dan Kedah 4. Negeri-negeri ini dikehendaki membayar ufti dan memberi hadiah kepada Kerajaan Melaka

Kepimpinan Sultan Muzaffar Shah (1446-1459) 1. Sultan Muzaffar Shah (1446 - 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan 2. Baginda telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan pembesar Melaka iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali, iaitu bapa saudara baginda

12

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 Perbalahan ini terdiri daripada orang Melayu dan India Muslim Baginda berpendapat Tun Perak merupakan calon yang lebih layak untuk menyandang jawatan Bendahara Untuk menyatukan kedua-dua belah pihak yang berpecah, baginda memujuk Tun Ali supaya meletakkan jawatan sebagai Bendahara Sebagai balasan baginda berkorban menceraikan permaisurinya Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Tun Ali Langkah ini ternyata dapat mengeratkan hubungan keduadua pihak kerana Tun Kudu adalah kakak kepada Bendahara Tun Perak. Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam iaitu dengan menghantar Tun Perak untuk mematahkan serangan tersebut dan strategi baginda baginda berjaya Baginda juga mengadakan hubungan diplomatik dengan China yang menyebabkan kedudukan Melaka bertambah kuat dan diiktiraf oleh negara China dan negara lain 3. Kerajaan Melayu Melaka juga berjaya melaksanakan penaklukan dengan jayanya dan antaranya: a.Bernam dan Perak (Semenanjung Tanah Melayu) b.Siak (Pantai timur Sumatera) 4. Sultan Mansor Shah juga mengagalkan usaha Kampar, Inderagiri dan Pahang untuk membebaskan diri daripada kekuasaan Melaka.

3.

4.

5.

Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) 1. Baginda adalah seorang pemimpin yang memetingkan keamanan dan pentadbiran negara 2. Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al-Khatab. Dalam buku Sejarah Melayu baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah 3. Baginda sangguip keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat sendiri keadaan dalam negerinya. 4. Tindakan baginda menyebabkan Temenggung mengadakan kawalan keselamatan yang lebih ketat dan rapi di Melaka 5. Tinbdakan ini menyebabkan ramai pencuri ditangkap dan dibunuh. Masalah jenayah di Melaka dapat ditangasni dan Melaka kembali aman 6. Keamanan dalam negeri telah membolehkan beginda menumpukan perhatian kepada perluasan kuasa 7. Baginda telah memilih Laksamana Hang Tuah yang gagah berani untuk menyerang Aru dan telah memperoleh kemenangan 13

6.

7.

8.

Kepimpinan Sultan Mansor Shah (1459 - 1477) 1. Semasa pemerinthan baginda, Melaka telah mencapai Zaman kegemilangannya 2. Pada zaman pemerintahan baginda, lahir beberapa pahlawan agung Melaka seperti hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5

Kepimpinan Tun Perak 1. Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir negara 2. Tun Perak adalah Bendahara Melaka yang termasyhur 3. Pada zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah meluaskan wilayahnya hingga menjadi sebuah empayar sehingga beliau digelar Pembina Empayar 4. Beliau digelar 'Pelantik Raja' kerana mempunyai pengaruh besar ke atas perlantikan sultan selepas kemangkatan Raja Seri Maharaja 5. Sebelum dilantik sebagai Bendahara Melaka Tun Perak memegang jawatan Penghulu di Klang 6. Tun Perak telah berjaya mematahkan dua serangan Siam iaitu pada tahun 1445 dan 1456

Peristiwa Serangan Siam 1456 1. Tun Perak membawa tenteranya ke Batu Pahat 2. Beliau telah mengarahkan supaya askarnya menggunakan perahu-perahu kecil sebagai muslihat perang 3. Tindakanya itu menyebabkan pihak Siam sukar mengejar tentera Melaka 4. Beliau mengarahkan beratus-ratus jamung diikat pada pokok di sepanjang pantai oleh tentera 5. Tentera Siam menyangka bilangan tentera Melaka terlalu ramai berbanding tentera Siam 6. Tentera Siam membatalkan niat untuk menyerang, lalu pulang ke Siam

Peristiwa Serangan ke atas Pahang 1. Tun Perak juga telah mengetuai serangan ke atas Pahang 2. Pahang ketika itu di bawah naungan Siam 3. Tun Perak berjaya dalam serangan serangan tersebut dan Pahang menjadi tanah jajahan Melaka

Peristiwa peristiwa semasa pentadbiran Tun Perak

Peristiwa Serangan Siam 1445 1. Dalam peperangan ini Tun Oerak membawa pengikutnya bersama-sama anak dan isteri ke Melaka untuk mempertahankan Kota Melaka 2. Tindakan beliau tersebut menyebabkan pengikutpengikutnya berjuang bermati-matian. mempertahankan Melaka Peristiwa Pembunuhan Tun Besar 1. Tun Perak adalah pemimpin yang taat setia pada raja. Beliau tidak menderhaka atau menuntut bela apabila Raja Mahmud, putera Sultan Mansor Shah membunuh anak beliau Tun Besar 14

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 2. Kejadian itu berlaku akibat bola raga yang disepak oleh Tun Besar terkena tanjak Raja Mahmud 3. Tun Perak tidak menuntut bela malah melarang pengikutnya bertindak ke atas Raja Mahmud. Beliau berkata 'Adat hamba orang Melayu tidak pernah derhaka tetapi akan kita pertuankan raja seorang ini janganlah' 4. Raja Mahmud tidak dilantik menjadi Sultan Melaka. Baginda dihantar ke Pahang dan ditabalkan menjadi Sultan Pahang 5. Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam Melaka serta kesetiaan rakyat kepada Sultan Melaka Lingga, Rokan 40 buah perahu dan lancana bersama hulubalang Tunggal dan Rupat _________________________________________________ e. Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara 2. Penaklukan dan perluasan kuasa menjadikan Melaka semakin kuat dan maju kerana kerajaan Melaka dapat menguasai kekayaan wilayah yang diajajah dan ditaklukinya 3. Perluasan kuasa ini juga membolehkan agama Islam dapat disebarkan ke wilayahwilayah yang di bawah kuasa Melaka

Kesan Perluasan Kuasa 1. Perlusan kuasa Melaka telah membawa beberapa kesan iaitu a. Sumber kekayaan wilayah yang ditakluki dapat dikuasai b. Perdagangan di pelabuhan Melaka menjadi semakin maju dan pesat c. Ekonomi Melaka semakin bertambah pesat kerana semua perdagangan jajahan takluk dikehendaki melalui pelabuhan Melaka sahaja d. Melaka juga menjadi semakin kaya dengan pemberian ufti wilayah jajahannya. Kawasan jajahan Bentuk ufti Klang, Bernam, Perak 40,00 calains setahun dan JugraKampar, Inderagiri dan 40 kati emas Pahang 4. Melaka juga telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan merupakan penyambung keagungan kerajaan Srivijaya 5. Melaka telah muncul sebagai kuasa teragung di Selat Melaka 6. Keadaan ini adalah disebabkan Melaka mempunyai ramai pemimpin yang bijak dan berwawasan serta mendapat sokongan daripada rakyat dan tentera 7. Sebagai seorang rakyat, kita seharusnya berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Melaka

15

You might also like