You are on page 1of 28

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

UNIT 1.1 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor hingga 100 2. Mengenal pasti angka hingga 100 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.


Sebut dan tunjukkan nombor 21 hingga 100 mengikut urutan. Minta murid menyebutnya bersamasama.

2. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid


membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan tanpa merujuk kepada Petak 100. Soal jawab: Pejamkan mata kamu. Sebutkan nombor ... (sebutkan suatu nombor) hingga nombor ... (sebutkan suatu nombor yang lebih besar)

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Petak 100 bersaiz besar 2. Petak 100 (Rujuk BBM ms. 1) 3. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Petak 100 (Rujuk BBM ms. 1) 2. Rod dan kubus Cuisenaire

3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain. 4. Tunjuk pada suatu nombor pada Petak 100 secara
rawak. Minta murid menyebut nombor tersebut.

5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain. 6. Edarkan Petak 100 dan pen marker kepada setiap
murid.

7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid


membulatkan nombor tersebut pada Petak 100 masingmasing dan mempamerkannya.

8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain.


9. Edarkan Lembaran Kerja 1.1.

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Angka Bilang Mengikut urutan

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak


100, rod dan kubus Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap pasangan.

2. Sebutkan

suatu nombor secara rawak. Murid pertama diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak 100. Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan rod dan kubus Cuisenaire yang betul.

3. Minta murid bertukar peranan. 4. Ulangi aktiviti dengan nombor-nombor yang lain.

UNIT 1.2

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membilang hingga 100 objek dengan membuat kumpulan sepuluh-sepuluh, lima-lima, dua-dua dan satu-satu LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Tuliskan senikata lagu berikut pada papan tulis.


Langkah ke kiri Langkah ke kanan Ke hadapan dan ke belakang Pusing ke kiri Pusing ke kanan Buat kumpulan (sepuluh)

2. Nyanyikan lagu tersebut. Murid mendengar secara


BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Pembilang Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Jalur 10 bersaiz besar 2. Jalur 10 (Rujuk BBM ms. 2) 3. Jalur 5 (Rujuk BBM ms. 3) 4. Jalur 2 (Rujuk BBM ms. 4) 5. Jalur 1 (Rujuk BBM ms. 5) 6. Petak 100 bersaiz besar 7. Petak 100 (Rujuk BBM ms. 1) 8. Pelekat (Guntingkan bulatan yang disediakan pada setiap jalur) teliti dan membentuk kumpulan sepuluh-sepuluh. Bilang bersama-sama untuk menyemak bilangan ahli kumpulan.

3. Ulangi langkah 1 dan 2 bagi kumpulan lima-lima,


dua-dua dan satu-satu.

4. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan seratus


pembilang kepada setiap kumpulan.

5. Nyanyikan lagu tersebut. Minta murid membentuk


kumpulan sepuluh-sepuluh berdasarkan lagu tersebut dengan menggunakan pembilang. Soal jawab: Adakah kamu menggunakan kesemua pembilang tadi? Berapa pembilang dalam setiap kumpulan? Bilang dalam bilangan sepuluh-sepuluh. (Bimbing murid membilang dalam bilangan sepuluh-sepuluh sambil menunjukkan setiap kumpulan pembilang itu dengan jari) Sepuluh, dua puluh, tiga puluh, ..., seratus. 6. Ulangi langkah 5 bagi kumpulan lima-lima, dua-dua dan satu-satu. 7. Edarkan Lembaran Kerja 1.2.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Angka Bilang Mengikut urutan Kumpulan sepuluh-sepuluh Kumpulan lima-lima Kumpulan dua-dua Kumpulan satu-satu

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Sebelum aktiviti ini dijalankan, sediakan Jalur 10, Jalur 5, Jalur 2 dan Jalur 1.

2. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100


dan pelekat kepada setiap pasangan. 3. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Soal jawab: Berapa bilangan petak pada baris pertama Petak 100 ini? Berapa bilangan petak pada Jalur 10 ini? Mari kita gunakan Petak 100 dan Jalur 10 ini untuk membilang sepuluh-sepuluh.

4. Letakkan Jalur 10 bersaiz besar di atas baris pertama


Petak 100 bersaiz besar. Hanya nombor 10 yang akan kelihatan pada Jalur 10 tadi seperti berikut: I0 II 2I 3I 4I 5I 6I 7I 8I 9I I2 22 32 42 52 62 72 82 92 I3 23 33 43 53 63 73 83 93 I4 24 34 44 54 64 74 84 94 I5 25 35 45 55 65 75 85 95 I6 26 36 46 56 66 76 86 96 I7 27 37 47 57 67 77 87 97 I8 28 38 48 58 68 78 88 98 I9 29 39 49 59 69 79 89 99 20 30 40 50 60 70 80 90 I00

5. Minta murid melekatkan Jalur 10 masing-masing di


atas baris pertama Petak 100 mereka.

6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga baris terakhir. Petak


100 dan Jalur 10 tersebut akan kelihatan seperti berikut:

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


I0 20 30 40 50 60 70 80 90 I00

7. Minta murid membilang hingga 100 dalam bilangan


sepuluh-sepuluh dengan merujuk kepada nombor dalam bulatan itu tadi. Soal jawab: Apa yang kamu nampak pada Petak 100 ini? (Kesemua nombornya berakhir dengan 0. Kesemua nombornya berada dalam baris yang sama) Apa yang berbeza? (Nilai tempat puluh) Apa yang sama? (Nilai tempat sa) 8. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan Jalur 5, Jalur 2 dan Jalur 1. Nota: Murid juga boleh diminta membuat gerakan pada Petak 100 dalam sepuluh-sepuluh, lima-lima, dua-dua atau satu-satu.

UNIT 1.3 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Murid berupaya: 1. Menulis angka hingga 100 2. Membaca nombor dalam perkataan hingga 'seratus' 3. Menulis nombor dalam perkataan hingga 'seratus' BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Kad angka 21 hingga 100 4. Kad perkataan dua puluh satu hingga seratus 5. Tali 6. Radio/muzik Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Dadu 2. Butang 3. Papan permainan Apa Nombornya? (Rujuk BBM ms. 6) 4. Peraturan permainan Apa Nombornya? (Rujuk BBM ms. 7) PERBENDAHARAAN KATA Angka Nombor Nombor dalam perkataan

1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada


setiap murid.

2. Lekatkan satu kad angka pada papan tulis. Minta


murid menyebut nombornya dan menuliskannya pada papan tulis masing-masing.

3. Lekatkan kad perkataan nombor tersebut di bawah


kad angka tadi. Minta murid mengeja dan membaca perkataan bersama-sama, dan menuliskannya pada papan tulis masing-masing.

4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan nombor-nombor lain. 5. Sebutkan suatu nombor dan minta murid menulis
angka dan perkataan bagi nombor tersebut pada papan tulis masing-masing. 6. Ulangi langkah 5 dengan nombor-nombor lain.

7. Bentukkan dua kumpulan, A dan B. Ahli kumpulan A


menggantungkan kad perkataan di leher. kumpulan B menggantungkan kad angka di leher. Ahli

8. Mainkan muzik dan murid-murid bergerak untuk


mencari pasangan mereka secepat mungkin sebelum muzik berhenti. 9. Murid yang telah berjumpa dengan pasangannya akan duduk bersama.

10.

Teruskan aktiviti sehingga kesemua murid berjumpa dengan pasangannya. Semak jawapan bersama-sama. 11. Edarkan Lembaran Kerja 1.3.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Cetak papan permainan Apa Nombornya? dan


peraturannya. Laminate kedua-duanya.

2. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan sebiji


dadu, empat keping sida dan papan permainan kepada setiap kumpulan.

3. Bacakan peraturan permainan kepada murid dan


tunjukkan bagaimana permainan ini dijalankan. 4. Setiap kumpulan boleh bermain seberapa banyak pusingan di dalam satu sesi.

UNIT 1.4 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Murid berupaya: Mengenal pasti nilai tempat dan nilai digit bagi nombor hingga 'seratus'

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan sepuluh


rod dan sepuluh kumpulan. kubus Cuisenaire kepada setiap

2. Lekatkan satu kad angka, contohnya 24, pada


papan tulis. Minta murid membilang mengikut bilangan tersebut. Murid akan mendapat dua rod dan empat kubus Cuisenaire.

3. Lukiskan rod dan kubus Cuisenaire dan perkenalkan


BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & Kad angka Kad angka pembelajaran: 1. Rod dan kubus Cuisenaire 2. Jadual nilai tempat 3. Kad angka 21 hingga 100 Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Kad bergambar (Rujuk BBM ms. 8 - 18) Puluh 2 Sa 4 nilai tempat bagi puluh dan sa dalam jadual nilai tempat seperti berikut: 24

4. 5. 6.

Terangkan bahawa 2 bermaksud dua puluh dan 4 bermaksud empat sa. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan nombor-nombor lain. Tuliskan suatu nombor pada papan tulis. Gariskan digit sa dan minta murid mewakilkannya dengan menggunakan kubus. Ulangi langkah 6 dengan nombor-nombor lain. Tuliskan suatu nombor pada papan tulis. Gariskan digit puluh dan minta murid mewakilkannya dengan menggunakan rod. Ulangi langkah 8 dengan nombor-nombor lain. Edarkan Lembaran Kerja 1.4.

7.

8.

9. 10.

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Nombor Digit Satu digit Dua digit Nilai tempat Nilai digit Puluh Sa

1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada


setiap murid. Minta murid melukiskan jadual nilai tempat pada papan tulis masing-masing seperti berikut:

Puluh

Sa

2. Pamerkan

kad bergambar. Minta setiap murid membilang jumlah objek pada gambar tersebut dan menuliskan digit puluh dan sa dalam jadual tadi. Contohnya:

Puluh 3

Sa 4

3. Ulangi langkah 2 dengan kad bergambar yang lain.

UNIT HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 100 a) membilang satu-satu secara tertib menaik dan tertib menurun 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang).

2. Rentangkan di dalam kelas seutas tali bersama


sepuluh penyepit baju bagi setiap kumpulan.

3. Edarkan satu set kad angka yang berbeza kepada


setiap kumpulan. Setiap murid diminta memilih satu kad.

4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid perlu


BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Tali 2. Penyepit baju 3. Wisel 4. Set kad angka dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan, sepuluh kad dalam setiap set) Bagi aktiviti pengukuhan: Wisel menggantungkan kadnya sepanjang tali tadi mengikut tertib menaik.

5. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang


paling awal memberikan jawapan yang betul adalah pemenang.

6. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka.


Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun.

7. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(a).

PERBENDAHARAAN KATA Nombor

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Adakan permainan Dengar dan Bilang.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Susun Satu-satu Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum Di antara

2.

Tunjukkan bagaimana permainan ini dijalankan iaitu: Suatu nombor akan ditulis pada papan tulis. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Apabila wisel ditiup satu kali, murid perlu membilang secara tertib menaik daripada nombor tersebut. Apabila wisel ditiup dua kali, murid perlu membilang secara tertib menurun pula daripada nombor terakhir.

Contohnya: (Tuliskan 30 pada papan tulis. Tiup wisel satu kali dan murid mula membilang secara tertib menaik) 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37 (Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara tertib menurun) 36, 35, 34, 33, 32 (Tiup wisel satu kali dan murid mula membilang secara tertib menaik) 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40 (Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara tertib menurun) 39, 38, 37, 36, 35, 34, 33, 32, 31, 30 3. Murid boleh diminta membilang bersama-sama atau bergilir-gilir daripada murid pertama sehingga murid terakhir.

4. Ulangi aktiviti di atas bagi nombor permulaan yang


berbeza.

UNIT HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 100 b) membilang dua-dua secara tertib menaik dan tertib menurun 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang).

2. Letakkan

satu set kad angka berselerak bagi setiap kumpulan.

genap

secara

3. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Setiap murid


perlu memilih satu kad dan berbaris secara tertib menaik.

4. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang


BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Wisel 2. Set kad angka dalam lingkungan 100 (nombor genap yang berurutan, sepuluh kad dalam setiap set) 3. Set kad angka dalam lingkungan 100 (nombor ganjil yang berurutan, sepuluh kad dalam setiap set) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad angka dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan dalam gandaan dua) 2. Petak 100 bersaiz besar paling awal memberikan jawapan yang betul adalah pemenang. 5. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun.

6. Kumpulkan semula set kad angka tadi. 7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan menggunakan set
kad angka ganjil pula.

8. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(b).

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

10

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Nombor Susun Dua-dua Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum Di antara Aktiviti 1 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Lukiskan garis nombor berskala tanpa nombor di atas lantai bagi setiap kumpulan.

2.

3. Edarkan set kad angka secara rawak kepada setiap


kumpulan.

4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Setiap murid


perlu memilih satu kad dan menyusunnya secara tertib menaik pada garis nombor tadi.

5. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang


paling awal pemenang. memberikan jawapan yang betul adalah

6. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka. 7. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun. Aktiviti 2 1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.

2. Minta

murid membilang dua-dua secara tertib menaik bermula dengan 2. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 9 I0 2 3 I3 4 I4 5 I5 6 I6 7 I7 8 I8 9 I

I2 20

3. Kemudian minta murid membilang dua-dua secara


tertib menaik bermula dengan 1. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I 9 II I0 2 I2 20 3 I3 4 I4 5 I5 6 I6 7 I7 8 I8 9 I

4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil.


Soal jawab: Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang

11

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


pertama? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan 2, 4, 6, 8 atau 0) Adakah 54 termasuk dalam pola ini? (Ya) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 54 ialah 4) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini. (Murid menyebut beberapa nombor genap yang lain) Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang kedua? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan 1, 3, 5, 7 atau 9) Adakah 68 termasuk dalam pola ini? (Tidak) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 68 bukan 1, 3, 5, 7 atau 9) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini. (Murid menyebut beberapa nombor ganjil yang lain)

5. Bincangkan dengan lebih lanjut.


Nota: Jalur 2 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini.

UNIT 1.5(c) UNIT 1.7 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

12

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 100 c) membilang lima-lima secara tertib menaik dan tertib menurun 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).

2. Sediakan beberapa stesen. Di setiap stesen, letakkan


satu set kad angka secara terlungkup dan berselerak. 3. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, dan seterusnya.

4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Di setiap stesen,


murid perlu menyusun kad secara tertib menaik. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Set kad angka dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan dalam gandaan lima, sepuluh kad dalam setiap set) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Garis nombor bersaiz besar 2. Petak 100 bersaiz besar PERBENDAHARAAN KATA Nombor Susun Lima-lima Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum Di antara 30 Aktiviti 1

5. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang


paling awal memberikan jawapan yang betul diberi lima markah.

6. Murid perlu menelungkupkan dan menyelerakkan


kad angka tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya.

7. Teruskan aktiviti hingga setiap kumpulan telah


menyusun nombor di semua stesen. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi adalah pemenang.

8. Letakkan set kad angka yang berbeza di setiap


stesen. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun.

9. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(c).

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada


papan tulis. Tandakannya dengan 30 dan 75 sahaja. Contohnya: X Y 75

Soal jawab: Di mana letaknya 60? (Tuliskan pada garis nombor) Mengapa kamu meletakkannya di situ? Apa nombor bagi X? Apa nombor bagi Y? Bagaimana kamu tahu?

2. Teruskan dengan nombor-nombor lain. Kemudian,


minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik daripada 0 hingga 100.

3. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun. Tuliskan


nombor permulaan yang berbeza pada garis nombor. Aktiviti 2

13

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. 2. Minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik bermula dengan 5. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 9 2I 29 2 3 I3 23 4 I4 24 5 I5 25 6 I6 26 7 I7 27 8 I8 28 9 I

I0

I2 20 22 30

3. Kemudian minta murid membilang lima-lima secara


tertib menaik bermula dengan 4. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 9 2I 29 2 3 I3 23 4 I4 24 5 I5 25 6 I6 26 7 I7 27 8 I8 28 9 I

I0

I2 20 22 30

4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil. Soal jawab: Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang pertama? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan 5 atau 0) Adakah 77 termasuk dalam pola ini? (Tidak) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 77 bukan 5 atau 0) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini. Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang kedua? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan 4 atau 9) Adakah 84 termasuk dalam pola ini? (Ya) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 84 adalah 4) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini.

5. Bincangkan dengan lebih lanjut.


Nota: Jalur 5 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini. UNIT

14

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 100 d) membilang sepuluhsepuluh secara tertib menaik dan tertib menurun LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.

1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Aturkan kumpulan seperti Susun Atur Kumpulan.
Minta murid berbaris menghadap gelung rotan.

3. Letakkan kad yang pertama di luar gelung yang


pertama. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Gelung rotan 2. Set kad angka dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan dalam gandaan sepuluh, sepuluh kad dalam setiap set disusun secara rawak) 3. Bakul Bagi aktiviti pengukuhan: Petak 100 bersaiz besar

4. Letakkan satu set kad angka di dalam setiap bakul


seperti berikut: Set kad dalam bakul A - 18, 28, 38, 48, 58, 68, 78, 88, 98 Set kad dalam bakul B - 13, 23, 33, 43, 53, 63, 73, 83, 93 Set kad dalam bakul C - 11, 21, 31, 41, 51, 61, 71, 81, 91

5. Maklumkan kepada murid bahawa bakul tersebut


mengandungi kad angka dalam gandaan sepuluh.

6. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid pertama


dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung ke gelung yang berikutnya.

7. Murid tadi perlu mengambil satu kad daripada dalam


bakul dan meletakkannya di luar gelung rotan yang betul mengikut tertib menaik seperti Urutan Nombor.

8. Murid tadi berlari semula ke kumpulannya dan


menepuk tangan pemain berikutnya.

9. Permainan diteruskan sehingga selesai. Kumpulan


yang paling awal memberikan jawapan yang betul adalah pemenang.

10.

Letakkan set kad angka yang berbeza bagi setiap kumpulan. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun.

11.
PERBENDAHARAAN KATA Nombor Susun Sepuluh-sepuluh Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum Di antara

Edarkan Lembaran Kerja 1.5(d). AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. 2. Minta murid membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik bermula dengan 10. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan pola yang berikut:

15

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

I II 9 2I 29

I0

3 I3 23

4 I4 24

5 I5 25

6 I6 26

7 I7 27

8 I8 28

9 I

I2 20 22 30

3. Kemudian minta murid membilang sepuluh-sepuluh


secara tertib menaik bermula dengan 9. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 9 2I 29 2 3 I3 23 4 I4 24 5 I5 25 6 I6 26 7 I7 27 8 I8 28 9 I

I0

I2 20 22 30

4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil. Soal jawab: Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang pertama? (Nilai tempat puluh sahaja yang berubah. Nilai tempat sa tidak berubah dan berakhir dengan 0) Adakah 90 termasuk dalam pola ini? (Ya) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 90 ialah 0) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini. Apa pola yang kamu nampak pada Petak 100 yang kedua? (Nilai tempat puluh sahaja yang berubah. Nilai tempat sa tidak berubah dan berakhir dengan 9) Adakah 76 termasuk dalam pola ini? (Tidak) Mengapa? (Nilai digit sa bagi 76 bukan 9) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam pola ini. Apa pola yang kamu lihat jika kamu membilang bermula dengan 4? Mengapa?

5. Bincangkan dengan lebih lanjut.


Nota: Jalur 10 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini.

16

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 SUSUN ATUR KUMPULAN


Ahli kumpulan 1 Bakul A

Kad angka yang pertama

Ahli kumpulan 2

Bakul B

Gelung rotan Bakul C

Ahli kumpulan 3

Bakul berisi kad angka

URUTAN NOMBOR

18 88 81 1

28

38

48

58 88 88 88 8

68

7 8

8 8

98

13

23

33

43

53 88 88 88 8

63

7 3

8 3

93

11 88 81 1

21

31

41

51 88 88 88 8

61

7 1

8 1

91 UNIT 1.6

Kad angka yang telah disusun mengikut urutan 17

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan.

2. Tunjukkan dua bakul, A dan B. Bakul A mengandungi


dua puluh dua dan bakul B mengandungi dua puluh empat pembilang.

3. Minta seorang murid membilang sepuluh-sepuluh


dan satu-satu bagi pembilang dalam bakul A. Seorang murid lagi membilang pembilang dalam bakul B. Keduadua murid diminta menyebut bilangannya. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bakul 2. Pembilang satu-satu 3. Pembilang dalam ikatan sepuluh-sepuluh Bagi aktiviti pengukuhan: Pembilang Pembilang 1. Kaddalam bakul A angka dalam dalam bakul A lingkungan 100 2. Sehelai kain Soal jawab: Yang mana lebih/kurang, dua puluh dua atau dua puluh empat? Bagaimana kamu tahu? Berapa yang lebih/kurang? (Untuk mengetahui yang mana lebih atau kurang, mereka perlu membuat padanan satusatu. Pembilang dalam bakul A dipadankan dengan pembilang dalam bakul B. Akan terdapat pembilang yang tiada pasangan) dipadankan satu-satu dengan Pembilang Pembilang dalam bakul B dalam bakul B

Pembilang yang tiada pasangan menunjukkan bahawa nombor tersebut lebih besar nilainya.

4. Bimbing murid untuk menyatakan:


... lebih daripada ... ... kurang daripada ...

18

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


5. Edarkan pembilang yang mencukupi kepada setiap
pasangan. Ulangi langkah 3 dan 4 dengan pasangan nombor-nombor berikut: 24 dan 51 22 dan 30 22 dan 27

6. Bimbing murid untuk mengikuti langkah-langkah


berikut apabila membandingkan dua nombor: Bandingkan nilai puluh dahulu. Jika nilai puluhnya sama, bandingkan nilai sa pula.

24 dan 51

Bandingkan nilai puluh dahulu. (Gariskan 2 dan 5) Lima lebih daripada dua. Tidak perlu bandingkan nilai sa. Maka 51 lebih daripada 24.

22 dan 30

Bandingkan nilai puluh dahulu. (Gariskan 2 dan 3) Dua kurang daripada tiga. Tidak perlu bandingkan nilai sa. Maka 22 kurang daripada 30. Bandingkan nilai puluh dahulu. (Gariskan 2 dan 2) Dua sama dengan dua. Tetapi tujuh lebih daripada enam. (Gariskan 6 dan 7) Maka 27 lebih daripada 26.

26 dan 27

7. Edarkan Lembaran Kerja 1.6.

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

19

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Padan Banding Lebih daripada Kurang daripada Nilai tempat Nilai digit Puluh Sa Aktiviti 1

1. Edarkan satu kad angka kepada setiap murid. Murid


mesti memegang kad tersebut supaya dapat dilihat oleh semua.

2. Terangkan bagaimana permainan ini dijalankan: Guru akan menyebutkan Nombor yang lebih/kurang
daripada ... berdiri sekarang!

Murid yang memegang kad angka yang nombornya

lebih/kurang daripada nombor yang disebutkan tadi perlu berdiri dan mempamerkannya. Semak jawapan bersama-sama. Aktiviti 2

1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Dua kumpulan


akan bermain pada masa yang sama.

2. Edarkan satu set kad angka kepada setiap kumpulan.


Aturkan kumpulan Kumpulan. seperti lampiran Susun Atur

3. Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang kain sebagai penghadang antara dua kumpulan.

4. Setiap kumpulan diminta memilih pemain pertama.


Pemain tersebut mesti memilih sekeping kad dan memegang kad tersebut supaya ianya dapat dilihat oleh pemain pihak lawan apabila kain dijatuhkan.

5. Pemain mesti membandingkan kedua-dua nombor


tersebut dan menyebutkan nombor yang lebih/kurang Pemegang kain apabila kain dijatuhkan.

6. Pada kiraan 3, pemegang kain akan menjatuhkan


kain.

Ahli kumpulan A

7. Pemain yang terlebih awal menyebut nombor yang lebih/kurang diberi satu markah. Ahli kumpulan B 8. Ahli kumpulan yang lain akan mengambil giliran sebagai pemain Kain berikutnya. Pemegang kain akan
memegang semula kain tersebut dan pemain akan mengambil kad angka yang lain.

9. Teruskan permainan hingga selesai. Pada akhir


permainan, ganjaran. markah dikira dan pemenang diberi

SUSUN ATUR

Pemain kumpulan A KUMPULAN

Pemain kumpulan B

20

Pemegang kain

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

UNIT 1.7 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

21

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Murid berupaya: Menyusun nombor mengikut urutan dengan a) membandingkan nombor tersebut, dan b) 30 meletakkan nombor35 tersebut pada garis nombor BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: (Tiada) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Set kad angka dalam lingkungan 100 (sepuluh kad dalam setiap set disusun secara rawak) 2. Bakul

1. Lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti berikut


pada papan tulis:

40 2. Bulatkan 35 pada garis nombor tersebut. Soal jawab: Yang mana lebih, tiga puluh enam atau tiga puluh lima? (Murid menjawab Tiga puluh enam lebih daripada tiga puluh lima) Di mana letaknya 36? Di sebelah kanan atau kiri 35? (Murid menjawab Di sebelah kanan 35) 36 lebih daripada 35. Jadi ia di sebelah kanan. Apa nombor lain yang lebih daripada 35? Bagaimana kamu tahu? Apa nombor lain yang kurang daripada 35? Bagaimana kamu tahu? Nombor yang kurang berada di sebelah kiri. Nombor yang lebih berada di sebelah kanan.

3. Lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti berikut


pada papan tulis:

0 10 100

20

30

40

50

60

70

80

90

4. Ulang sesi soal jawab yang serupa bagi nombornombor lain. Minta murid membandingkan beberapa nombor dan meletakkan nombor-nombor tersebut pada garis nombor tadi. Bimbing murid untuk melihat bahawa:

Semakin besar nilai suatu nombor itu, semakin ke


kanan kedudukannya pada garis nombor.

Semakin kecil nilai suatu nombor itu, semakin ke


kiri kedudukannya pada garis nombor.

5. Edarkan Lembaran Kerja 1.7.

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

22

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Padan Banding Lebih daripada Kurang daripada Nilai tempat Nilai digit Puluh Sa Susun Garis nombor Kecil Besar Paling kecil Paling besar Tertib menaik Tertib menurun Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (empat orang).

2. Aturkan kumpulan seperti Susun Atur Kumpulan.


Minta murid berbaris menghadap garis nombor.

3. Lukiskan garis nombor berskala tanpa nombor bagi


setiap kumpulan pada jarak yang sesuai. 4. Letakkan satu seperti berikut: Set kad dalam 80, 99 Set kad dalam 81, 90 Set kad dalam 81, 95 set kad angka di dalam setiap bakul bakul A - 8, 15, 23, 30, 46, 57, 62, 71, bakul B - 7, 19, 25, 33, 40, 56, 68, 74, bakul C - 1, 13, 27, 38, 49, 50, 65, 77,

5. Aktiviti

bermula apabila wisel ditiup. Secara berkumpulan murid akan berlari ke arah bakul dan memilih satu kad.

6. Murid kemudiannya berlari ke arah garis nombor.


Murid perlu membandingkan nombor-nombor tersebut dan menyusun kad pada garis nombor mengikut urutan yang betul.

7. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang


paling awal memberikan jawapan yang betul adalah pemenang. 8. Letakkan set kad angka yang berbeza bagi setiap kumpulan. Ulangi aktiviti di atas.

SUSUN ATUR KUMPULAN


23

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Ahli kumpulan 1 Bakul A

Ahli kumpulan 2

Bakul B

Ahli kumpulan 3

Garis nombor Bakul C

Bakul berisi kad angka

UNIT 1.8 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

24

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Murid berupaya: 1. Menyebut nombor ordinal daripada kesebelas hingga kedua puluh 2. Menggunakan nombor ordinal dalam konteks yang berbeza Sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa sampul bagi surat atau bil yang telah diterima oleh ibu bapa.

1. Minta sepuluh murid berbaris di hadapan kelas.


Soal jawab: Siapa orang yang pertama sekali? (Murid pertama menyebutkan namanya) ... (sebutkan nama murid tadi) adalah yang pertama dalam barisan. Siapa orang yang kedua? (Murid kedua menyebutkan namanya) ... (sebutkan nama murid pertama) adalah yang pertama, ... (sebutkan nama murid kedua) adalah yang kedua dalam barisan. Siapa orang yang ketiga? (Murid ketiga menyebutkan namanya) ... (sebutkan nama murid pertama) adalah yang pertama, ... (sebutkan nama murid kedua) adalah yang kedua, ... (sebutkan nama murid ketiga) adalah yang ketiga dalam barisan. Siapa orang yang kesebelas dalam barisan? (Murid kesebelas menyebutkan namanya) ... (sebutkan nama murid kedua belas) pula yang ke berapa dalam barisan? 2. Teruskan hingga murid yang kedua puluh.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Sampul bagi surat atau bil yang telah diterima Bagi aktiviti pengukuhan: Lembaran Aktiviti Pengukuhan (Rujuk BBM ms. 19 - 22)

3. Kemudian minta murid menyebut nombor ordinal


dan nama rakan mereka, daripada yang pertama hingga yang kedua puluh bersama-sama seperti berikut: Pertama, ... (sebutkan nama murid yang pertama) Kedua, ... (sebutkan nama murid yang kedua)

4. Teruskan hingga murid yang kedua puluh. 5. Maklumkan


bahawa nombor-nombor menunjukkan kedudukan murid dalam barisan. ordinal

6. Bentukkan kumpulan (empat orang). 7. Minta murid menunjukkan sampul bagi surat atau bil 25

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


yang telah mereka bawa kepada rakan-rakan. Bawa perhatian mereka kepada nombor rumah yang tertera pada sampul surat tersebut. Soal jawab: Apa yang tertulis pada sampul itu? (Murid menjawab Alamat rumah saya) Bacakan alamat rumah kamu. Lihat pada nombor rumah kamu itu. Apa yang kamu tahu tentang nombor itu? (Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan bincangkan) Rumah Danial (contoh) bernombor 35 (contoh). Adakah nombor itu menunjukkan Danial ada tiga puluh lima buah rumah? Jika tidak, nombor itu menunjukkan apa? (Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan bincangkan) Nombor tersebut menunjukkan kedudukan rumah kamu supaya posmen mudah untuk mencari dan menghantarkan surat ini.

8. Edarkan Lembaran Kerja 1.8.

PERBENDAHARAAN KATA Nombor ordinal Susun Aktiviti 1

AKTIVITI PENGUKUHAN

26

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100


Kedudukan Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuh Kelapan Kesembilan Kesepuluh Kesebelas Kedua belas Ketiga belas Keempat belas Kelima belas Keenam belas Ketujuh belas Kelapan belas Kesembilan belas Kedua puluh Terakhir Selepas Sebelum

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan lembaran


aktiviti pengukuhan kepada setiap pasangan.

2. Murid perlu mendengar arahan guru dan kemudian


menyebutkan jawapannya. Contohnya: Sebutkan nama buah yang ke... (sebutkan suatu nombor ordinal) Betik adalah buah yang kedua. Durian pula buah yang ke... Aktiviti 2 Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (dua puluh orang).

2. Minta murid duduk dalam satu barisan mengikut


kumpulan.

3. Minta murid membilang nombor ordinal mereka


bermula daripada murid yang pertama (yang duduk paling hadapan) hingga ke murid yang kedua puluh (yang duduk paling akhir).

4. Murid perlu mendengar arahan dan melakukan


seperti yang diarahkan. Contohnya: Murid yang kesembilan, berkokok seperti ayam. Murid yang kesebelas, mengaum seperti harimau. Murid yang keempat belas, mengiau seperti kucing. Aktiviti 3

1. Pamerkan kalendar. Minta murid memperihalkan


tentang kalendar tersebut berdasarkan pengetahuan mereka.

2. Bincangkan tentang bulan dalam setahun. Ceritakan


tentang perayaan atau sambutan yang disambut dalam bulan-bulan tersebut. Soal jawab: Januari adalah bulan yang pertama. Mac pula adalah bulan yang ke... Dalam bulan keberapa kamu menyambut ... (sebutkan nama perayaan atau sambutan tahunan)?

27

28

You might also like