You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PERMAI 81850 LAYANG-LAYANG JOHOR DARUL TAZIM JBA 8006

07-7511615 Ruj. Kami : JBA 8006/SKBP/SUS(20)2008 Tarikh : 26 JUN 2011 Kepada, Ibu, Bapa / Penjaga Pelajar SK (LKTP) Bukit Permai. Tuan / Puan JEMPUTAN MENYERTAI LARIAN SERENTAK SELURUH MALAYSIA 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) 2011. Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan larian 1M1S sebagaimana yang diunjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada :Tarikh : 02 JULAI 2011 Hari : Sabtu Masa : 7.10 pagi 9.30 pagi Tempat : Dataran Kejat SK LKTP Bukit Permai 2. Larian 1M1S akan dilepaskan serentak di seluruh Malaysia sebagai simbolik pelancaran dasar 1 Murid 1 Sukan. Larian ini juga diusahakan bagi mendapatkan pengiktirafan The Malaysia Book of Records. 3. Untuk makluman pihak tuan , hari Sabtu bersamaan 2 Julai 2011 telah diumumkan sebagai hari persekolahan , oleh itu anakanak dibawah jagaan pihak tuan akan pulang ke rumah pada pukul 12.30 tengah hari. Kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ribuan terima kasih Sekian untuk makluman pihak tuan / puan.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Yang menurut perintah, .. (Guru Besar, ) SK. Felda Bukit Permai.

You might also like