P. 1
Penilaian Formatif & Sumatif Untuk Pembelajaran

Penilaian Formatif & Sumatif Untuk Pembelajaran

|Views: 184|Likes:

More info:

Published by: Muhammad Hafiz Mohamad Ashhar on Aug 02, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2013

pdf

text

original

PENILAIAN FORMATIF & SUMATIF UNTUK PEMBELAJARAN

NAMA : EN. FAUZI BIN ZAKARIA

PENILAIAN
Penilaian penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran
Memberikan maklumat tentang keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Murid dapat menngetahui tahap keupayaannya dan merancang kegiatan susulan

PENILAIAN
Apakah matlamat penilaian?
Mencerminkan matlamat sukatan Berupaya menggunakan BM baku secara berkesan dalam pelbagai konteks, tujuan dan khalayak Mencerminkan keupayaan murid berfikir secara kreatif dan kritis Berupaya memperoleh dan menyampaikan maklumat, idea dan perasaan

PENILAIAN
Pentingnya penilaian kepada murid
Untuk memantau kelakonan dan keperluan murid yang berterusan Untuk mempertingkat kelakonannya Untuk memberikan maklum balas yang kualitatif Untuk melakarkan kegiatan susulan

PENILAIAN
Objektif penilaian kepada murid
Mengetahui pencapaian objektif pembelajaran Mengukur kemajuan peribadi Mengenal pasti keupayaan Merangsang pencapaian yang lebih tinggi

PENILAIAN
Objektif penilaian kepada guru
Mengetahui pencapaian objektif pembelajaran Mengetahui keberkesanan pengajaran bagi membuat penyesuaian Memantau kemajuan murid bagi tujuan laporan dan tindakan susulan Menganjurkan program pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.

PRINSIP PENILAIAN

PENILAIAN YANG BAIK
Kesahan Kebolehpercayaan Keobjektifan Kebolehtadbiran Keberkesanan Positif dan Konstruktif

PRINSIP PENILAIAN

PENILAIAN YANG BAIK
KESAHAN :
Merujuk kepada tujuan dan dapat mengukur itemitem yang dinilai dan bukan perkara lain. Item-item dan tujuan penilaian ini pula sejajar dengan Sukatan Pelajaran.

PRINSIP PENILAIAN

PENILAIAN YANG BAIK
KEBOLEHPERCAYAAN :
Merujuk kepada ketekalan dan mencerminkan keupayaan sebenar murid serta tidak mengandungi unsur-unsur diskriminasi; baik di segi jantina, budaya, bangsa dsb.

PRINSIP PENILAIAN

PENILAIAN YANG BAIK
KEOBJEKTIFAN :
Merujuk kepada kumpulan sasaran yang sama bagi sesuatu kertas ujian. Dan, pemarkahannya tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti jantina, kaum, paras, latar belakang sosioekonomi.

PRINSIP PENILAIAN

PENILAIAN YANG BAIK
KEBOLEHTADBIRAN :
Merujuk kepada kelancaran pentadbiran sesuatu ujian yang merangkumi faktor kos, masa, dan tenaga.

PRINSIP PENILAIAN

PENILAIAN YANG BAIK
KEBERKESANAN :
Merujuk kepada kebolehan penilaian yang dapat membezakan tahap pencapaian murid.

PRINSIP PENILAIAN

PENILAIAN YANG BAIK
KEPOSITIFAN DAN KEKONSTRUKTIFAN :
Penilaian harus dapat mengenal pasti secara sistematik kekuatan, kelemahan, cara belajar, keperluan, minat, sikap dan usaha murid.

JENIS PENILAIAN
Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

JENIS PENILAIAN
Penilaian Formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan, sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran. Penilaian formatif menggabungjalinkan penilaian formal dan informal bagi mendapatkan maklum balas dan membuat tindakan susulan. Untuk membantu dan membina kecekapan berbahasa, MOE mencadangkan PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN (assessment for learning)

JENIS PENILAIAN
Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semesta atau tahun. Penilaian memberikan nilai yang dapat membezakan pencapaian antara bagi tujuan-tujuan pemilihan dan penempatan.

KESEIMBANGAN PENILAIAN
Penilaian sumatif dan formatif dapat memberikan maklumat berbentuk data, informasi, maklum balas yang menyeluruh tentang perkembangan murid.
PENILAIAN SUMATIF (PENILAIAN PEMBELAJARAN) Maklum balas sekali. Peruntukan waktu spesifik. Tidak ada Penilaian Kendiri. PENILAIAN FORMATIF (PENILAIAN UTUKPEMBELAJARAN) Maklum balas berterusan. Peruntukan waktu fleksibel. Ada Penilaian Kendiri.

KONSEP PENILAIAN
Penilaian untuk Pembelajaran
(ASSESSMENT FOR LEARNING)

Penilaian sebagai Pembelajaran
(ASSESSMENT AS LEARNING)

Penilaian ialah pembelajaran
(ASSESSMENT IS LEARNING)

PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
Penilaian untuk Pembelajaran memfokus jurang antara pelajar dalam menentukan arah pembelajarannya dengan matlamat tertentu. Ini boleh dicapai melalui proses berkongsi kriteria dengan pelajar, soalan yang efektif dan maklum balas yang benar dan tekal. Dengan kata lain, Penilaian untuk Pembelajaran mendukung pembelajaran dan pengajaran.

PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
Black dan William menyatakan bahawa semua kegiatan yang dikendalikan guru atau/dan murid yang dinilai dan menghasilkan maklum balas yang dapat digunakan untuk mengubah kegiatan pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan, yang lebih berpusatkan murid.

PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
PELAJAR DAPAT BELAJAR DENGAN BAIK, APABILA: Mereka memahami dengan jelas apa-apa yang dipelajarinya, dan apa-apa yang dimatlamatkan. Mereka diberikan maklum balas mengenai bermutu tidaknya kerja mereka Mereka dinasihati mengenai cara-cara peningkatan sesuatu pencapaian Mereka terlibat sepenuhnya dalam memutuskan arah pembelajarannya.

PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
KATA KEKUNCI: Penilaian melibatkan pelibatan yang tinggi, berdasarkan soalan bermutu, pendengar yang baik dan maklum balas yang reflektif. Pelajar tahu akan apa-apa yang dipelajarinya dan kejayaan yang bakal diraihnya. Pelajar diberikan maklum balas yang bermutu Pelajar terlibat bagi menentukan arah pembelajarannya.

PENILAIAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
Penilaian sebagai pembelajaran mengenai belajar bagaimana hendak belajar. Konsep ini menghubung kait antara pembelajaran/pengajaran dengan kurikulum. KATA KEKUNCI: Pelajar /guru mengenal pasti dan membuat refleksi mengenai pembelajarannya. Pelajar / guru menetapkan matlamat pembelajaran dan pengajarannya. Pelajar / guru mengamalkan penilaian kendiri dan penilaian bersama.

PENILAIAN IALAH PEMBELAJARAN
Penilaian ialah pembelajaran mengenai pengumpulan dan penganalisisan data. Konsep ini menghubung kait antara penilaian dengan kurikulum. KATA KEKUNCI: Guru menggunakan data bagi memantau kemajuan dan merancang pembaikan. Guru menggunakan bukti-bukti daripada kegiatan harian bagi memantau kemajuan murid.

PENILAIAN
KURIKULUM
PENILAIAN SEBAGAI PEMBELAJARAN

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

PENILAIAN

PERANCANGAN
PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
hendaklah dijadikan sebahagian daripada rancangan pengajaran dan pembelajaran
erl enyedi n el ng epada guru/pelajar Per untuk erkembang berdasarkan data terkumpul dan teranalisis. Perancang perlu fleksibel dan peka akan strategi bagi memastikan pelajar memahami matlamat mereka dan kriteria yang digunakan untuk menilai mereka. Pelajar sedar akan maklum balas yang diterimanya Pelajar sedar akan keterlibatan mereka dalam penilaian Pelajar sedar akan bantuan yang diterimanya bagi perkembangan selanjutnya.

1

PEMBELAJARAN
PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
hendaklah memfokus pembelajaran
Proses pembelajaran perlu dititikberatkan oleh pelajar/guru ketika merancang penilaian dan kegiatan susulan setelah data dianalisis. Pelajar perlu sedar akan pembelajarannya: apa dan bagaimana?

2

PENGAMALIAN
PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
hendaklah menjadikan kelas sebagai pusat kegiatan pembelajaran
Apa-apa sahaja yang dijalankan pelajar/guru di dalam kelas boleh dianggap sebagai penilaian. Tugasan dan soalan-soalan ajuan boleh menunjukkan tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran pelajar. Apa-apa yang dinyatakan dan dilakukan pelajar dipantau dan diterjemah dalam bentuk kegiatan susulan dan peningkatannya Proses penilaian adalah bahagian pentig dalam kegiatan harian dalam kelas yang melibatkan guru dan/dengan pelajar melalui refleksi, dialog dan membuat keputusan.

3

PROFESIONAL
PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
hendaklah dapat menunjukkan keprofesionalan guru
Guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran profesional untuk merancang penilaian, pemantauan pembelajaran, menganalisis buktibukti pembelajaran, pemberian maklum balas, dan penggalakan penilaian kendiri. Guru hendaklah didukung bagi membangunkan kemahiran asas ini dan selanjutnya kemahiran-kemahiran lain.

4

PEKA
PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
hendaklah menunjukkan kepekaan dan kekonstruktifan kerana kesan penilaian melibatkan emosi.
Guru hendaklah sedar akan kesan komentar, markah, dan gred ke atas keyakinan, dan kesungguhan pelajar. Maklum balas hendaklah berfokuskan kerja pelajar.

5

PERANGSANGAN
PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
hendaklah dapat menggalakkan pemahaman matlamat, dan kriteria penilaian.
Penilaian yang menggalakkan pembelajaran dapat menimbulkan motivasi yang menekankan peningkatan daripada kegagalan. Perbandingan dengan seseorang yang lebh berjaya tidak mungkin dapat menimbulkan rangsangan, malah boleh menghilangkan minat dalam bidang yang tidak diraihnya. Motivasi hendaklah dikekalkan dan ditingkatkan dengan kaedah penilaian yang memberikan perhatian kepada autonomi pelajar, menyediakan beberapa pilihan, maklum balas yang konstruktif, dan membentuk peluang ke arah pembelajaran kendiri.

6

PEMAHAMAN
PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
hendaklah menggalakkan pelajar agar memahami matlamat dan kriteria penilaian
Pembelajaran yang berkesan akan tercapai sekiranya pelajar dapat memahami apa-apa yang hendak dicapainya. Pemahaman dan komitmen akan muncul sekiranya pelajar turut terlibat dalam menetapkan matlamat dan kriteria penilaiannya. Kriteria penilaian hendaklah mudah dan didahami pelajar, dengan contohan-contohan yang dapat menimbulkan penilaian setara (rakan sebaya) dan kendiri.

7

PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
hendaklah menilai secara konstruktif agar peningkatan terus wujud
Pelajar memerlukan maklumat dan panduan bagi pembelajaran selanjutnya. Guru hendaklah mengenal pasti kekuatan pelajar dan memandu mereka untuk mencapai peningkatannya, menyediakan luang dan ruang yang dapat memperbaik kerja, dan pencapaian mereka.

8

PENGEMBANGAN
PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
hendaklah mengembangkan kapasiti atau keupayaan pelajar kepada penilaian kendiri
Pelajar yang berdikari mempunyai kebolehan untuk memperoleh kemahiran baharu, pengetahuan baharu, dan pemahaman baharu. Pelajar hendaklah mempunyai kebolehan untuk merefleksi kendiri, dan menyedari langkah pembelajaran selanjutnya. Guru hendaklah melengkapkan pelajar dengan usaha-usaha meningkatkan kemahiran penilaian kendiri.

9

PENGHARGAAN
PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
hendaklah mengenal pasti pencapaian semua pelajar
Penilaian Untuk Pembelajaran hendaklah digunakan untuk meningkatkan peluang-peluang pembelajaran. Ini membolehkan pelajar mencapai kejayaan dan penghargaan.

10

PERANCANGAN PENILAIAN
Sebelum menjalankan penilaian untuk pembelajaran (formatif), perancangan perlu dibuat.

RANCANGAN PENTADBIRAN PENTAFSIRAN PENGAJARAN
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU 2008 DARJAH 1 HINGGA 4

PERANCANGAN PENILAIAN
Apakah matlamat umum / khusus yang ingin dicapai. Bagaimanakah matlamat tersebut di terangkan kepada murid? Kemahiran/pengetahuan apa yang hendak diukur? Di peringkat proses pembelajaran yang manakah harus dijalankan penilaian? Apakah jenis dan ciri-ciri tugasan yang akan dijalankan? Bagaimanakah penilaian akan dijalankan? Bagaiamanakah hasil penilaian diterangkan kepada murid? Kegiatan susulan apakah yang boleh dijalankan?

PERANCANGAN PENILAIAN
PENTADBIRAN
Adakah murid faham akan matlamat tugasan yang diberikan? Adakah murid faham akan tahap pencapaian yang harus dicapai? Di manakah penilaian tersebut akan dijalankan? Berapa lamakah masa yang akan diambil?

PERANCANGAN PENILAIAN
PENTAFSIRAN
Adakah bukti/dapatan penilaian menunjukkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran? Bagaimanakah maklum balas dapat diberikan kepada murid? Lisan atau Tulisan?

PERANCANGAN PENILAIAN
PENGAJARAN
Strategi apakah yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan pembelajaran murid? Kegiatan susulan apakah yang perlu dirancang? Bagaimanakah murid dapat dipandu untuk mencapai matlamat yang baharu.

KAJIAN PENILAIAN
KAJIAN PENILAIAN FORMATIF
´

´ ´

Black & Wiliam·s (1998) mengatakan bahawa Penilaian Formatif boleh meningkatkan pembelajaran Penilaian Formatif boleh meningkatkan Penilaian Sumatif Penilaian Formatif yang baik bergantung kepada « Amalan muhasabah dan maklum balas « Kepiawaian penilaian dan krriterianya « Penilaian kendiri pelajar
Kelvin Tan, 2009

PENILAIAN & PEMBELAJARAN
´

Apakah kesan penilaian untuk pembelajaran?
meningkatkan pembelajaran (keputusan) « Keseronokan pembelajaran
«

´

Apakah kesan penilaian kepada pembelajaran?
Melemahkan pembelajaran (lantaran pelaksanaan/pengurusan yang kurang baik) « Membosankan pembelajaran (masih relevan?) « Mengubah pembelajaran (penilaian mengambil alih pembelajaran)
«
Kelvin Tan, 2009

KAJIAN PENILAIAN
VISI GURU SINGAPURA:

Petunjuk Prihatin Pencetus

KAJIAN PENILAIAN Penilaian dapat membentuk pembelajaran dan corak pendidikan masa depan
Boud (2000, 2007) Sustainable assessment can be defined as assessment that meets the needs of the present and prepares students to meet their own future learning needs.

KAJIAN PENILAIAN
Kajian penilaian dapat membantu peningkatan keupayaan dalam pembelajaran. dapat mengubah suai kandungan dan konteks pembelajaran dapat merancang keperluan masa depan

Tamat

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->