You are on page 1of 8

Contoh teks ucapan majlis makan malam dan format ringkas TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM

MPV 2004. Mengumumkan ketibaan Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia, YB. Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia,Dato' Hon Choon Kim,Yang Dihormati Ketua Sektor Pengurusan dan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah, Puan Hajah Aminah Musaly, Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Bahagian Sandakan, Dr. Dayu Sansalu, dif-dif kehormat, tuan2 dan puan2 sekalian. Sirih junjung penyeri majlis, majlis MPV kita raikan, selamat datang tamu ke majlis, majlis makan malam kita sajikan. Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Jamuan Jabatan Pelajaran Sabah. Hadirin dan hadirat sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan sempena Pameran MPV Sekolah Menengah Akademik Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2004. Hadirin sekalian, majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Pegawai Pelajaran ...........untuk memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan. terima kasih............. Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput........untuk membacakan doa makan.dipersilakan. Bertamu rai sandakan, gendang gendut tali kecapi, sambil menonton kita makan, pelbagai persembahan akan diserikan. Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin sebagai hiburan sampingan.dengan ini majlis memulakan persembahan dengan menjemput.............untuk menyampaikan ...........dipersilakan hadirin dan hadirat, majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan...................dipersilakan

seterusnya kita nikmati pula persembahan nyanyian daripada..............majlis dengan sukacitanya mempersilakan. Para hadirin sekalian, sebentar tadi kita telah menikmati gemersik suara................, kita serikan lagi majlis ini dengan persembahan tarian........... dengan sukacitanya majlis mempersilakan. Hadirin yang dihormati, majlis ini diteruskan dengan persembahan.............. terima kasih ...........atas persembahan itu tadi. para hadirin, kita hangatkan lagi suasana dengan menjemput..................yang akan mempersembahkan.............dipersilakan. Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis pada malam ini. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap berjumpa pada masa akan datang. kalau ada sumur di ladang, bolehlah kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita berjumpa lagi. segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t. dengan ini diumumkan keberangkatan pulang YB Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan. ....................................................................... Format Secara ringkas. 1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.(hadirin diminta berdiri) 2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran. 3. Pengenalan ringkas majlis yang diadakan. 4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah. 4.1Perucap alu-aluan - Mengucapkan Selamat datang - Menyatakan fungsi dan objektif majlis - Melaporkan aktiviti - Mengemukakan Cadangan dan permintaan - Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada. 5.Ucapan terima kasih drpd penganjur(jika perlu) 5.1Perucap terima kasih

- Berterima kasih diberi peluang berucap - Mengucapkan selamat datang ke majlis - Melaporkan aktiviti .. - Mengemukakan cadangan dan permintaan - Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK .. 6.Ucapan utama daripada tetamu kehormat(jika beliau ingin berucap) 6.1Perucap Utama - Mengucapkan tahniah kepada pengelola - Melaporkan informasi terkini. - Memberi nasihat - Menjawab cadangan dan permintaan - Kata penutup.. 7.Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam atau pun anugerah. 8.penutup 9.mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat(hadirin diminta berdiri)

http://shamida.blogdrive.com/archive/16.html

MAJLIS TADARUS AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH SMK BALABAN JAYA 2006 Yang berusaha Cik Huang Lee Yung, pengetua SMK Balaban Jaya, yang dihormati Pn. Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ, PK HEM, Pn Rashida ahmad, En. Senguan Musa, PK Ko-kurikulum, yang dihormati para hadirin jemputan, guru-guru, peserta-peserta majlis Tadarus Al-Quran dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul untuk sama-sama meraikan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah SMKBJ. Hadirin dan hadirat sekalian, Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput ketua pelajar kita Abdul Malek b Mohd Arwin untuk membacakan doa. Dipersilakan.. Terima kasih diucapkan kepada Abdul Malek Mohd arwin. Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Cik Huang Lee Yung, Pengetua SMKBJ ( Pn Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ ) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Terima kasih diucapkan kepada Cik Huang Lee Yung ( Pn hanisah Obing ) Seterusnya bagi menghargai para hakim jemputan, yang turut sama menjayakan majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput PK Ko-kurikulum, En. Senguan Musa untuk menyampaikan cenderahati.

Dipersilakan : 1) 2) 3) 4) Ust. Hasanudin Che Man ( SK Kolapis) Ust Wan Mohd Sukri Wan Teh ( SK Sg. Nangka ) Ust Mohd Shukri Abdul Kudus ( SK Kolapis ) Ust Fifi ( SK Balaban Jaya )

Terima kasih diucapkan kepada En. Senguan Musa Majlis diteruskan lagi dengan acara yang dinanti-nantikan iaitu acara pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Pn. Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dimulakan dengan acara tilawah Al-Quran, bagi kategori Qari, johan disandang oleh , dan naib johan ialah . Bagi kategori Qariah, johan disandang oleh.., dan naib johan Acara hafazan, bagi kategori lelaki, johan disandang oleh . Dan naib johan. Bagi kategori perempuan, johan disandang oleh.., dan naib johan Terima kasih diucapkan kepada Pn Hanisah ________________________________________________________________ Majlis diteruskan dengan acara syarahan dan nasyid. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Rashida Ahmad, PK HEM SMKBJ untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan Untuk acara syarahan bagi kategori lelaki, johan disandang oleh, dan naib johan .. Bagi kategori perempuan, johan dimenangi oleh., naib johan ialah.. Seterusnya, acara yang terakhir iaitu nasyid. Johan disandang oleh kumpulan., naib johan kumpulan..... dan tempat ketiga Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Rashida Ahmad. Seterusnya, untuk menceriakan lagi majlis pada hari ini, dijemput johan bagi setiap acara berikut iaitu tilawah, syarahan dan nasyid untuk membuat persembahan.

Untuk itu, dijemput johan Qari dan Qariah iaitu untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Dipersilakan.. Terima kasih. Seterusnya, dijemput johan syarahan bagi kategori lelaki dan perempuan untuk menyampaikan syarahan masing-masing. Dipersilakan. Terima kasih.. Seterusnya, untuk persembahan terakhir kita pada hari ini, dijemput johan bagi acara nasyid untuk membuat persembahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.. Terima kasih diucapkan kepada pemenang-pemenang yang telah sudi menyampaikan persembahan. Dengan berakhirnya persembahan nasyid sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Tadarus Al- Quran peringkat SMKBJ. Untuk itu, majlis turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang, bagi yang tidak Berjaya jangan putus asa dan teruskan usaha anda. Terima kasih juga pada para hadirin yang turut sudi mejayakan majlis ini. Sehingga kita berjumpa lagi di tahun hadapan..wassalam.
http://shamida.blogdrive.com/archive/15.html

Contoh Ucapan YDP PIBG


Mei 31, 2007 mindabahasa
Yang berusaha pengacara majlis, Yang Berhormat Dato Shaziman bin Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, merangkap Ahli Parlimen Tampin; Yang Berhormat Dato Ir. Jamlus bin Hj. Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Gemas, Yang Berusaha Puan Rohanah bt. Baharom, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin Rembau; Yang Berusaha Encik Anirwan bin Fauzee, Penolong Pegawai Daerah Tampin mewakili Pegawai Daerah Tampin, Yang Berusaha Encik Sabudin bin Hj. Sani, Pengetua SMK Jelai (F); Yang Berusaha Tuan Penghulu Mukim, Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Pengurus-Pengurus Gugusan Felda Jelai, Ketua-ketua kampung, pemimpin-pemimpin masyarakat dan persatuan belia, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan tuan puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dapat bersama-sama dalam majlis penutupan Kejohanan Olahraga SMK Jelai (F) kali ke-17 pada hari ini yang berlangsung dengan meriah. Saya amat mengalu-alukan Yang Berhormat Dato Shaziman bin Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang dapat bersama-sama dengan kita pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, YB. Datodapat juga mencuri masa untuk hadir. Kami rasa berbesar hati dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan prihatin YB Dato terhadap kami. Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran YB. Dato, akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan masyarakat Gugusan Jelai untuk melibatkan diri dengan aktif dalam program pendidikan. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Saya teringat impian Perdana Menteri kita, YAB. Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang mengharapkan kita dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Apatah lagi, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi kian bertambah. Ini bermakna peluang pendidikan yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya. Kita mahukan anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan ke kolej atau universiti. Dengan adanya dasar baru kerajaan, anak-anak di Jelai ini boleh merebut peluang. Hal ini kerana markah sebanyak 10 peratus diperuntukkan dalam aspek kokurikulum. Anakanak yang aktif dalam kokurikulum boleh menggunakan kelebihan itu disebabkan pencapaian yang baik dan keaktifan pelajar kita memang sudah terbukti.

Kita telah berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya sehingga ke peringkat kebangsaan. Semua ini hanya terhasil setelah usaha berterusan dijalankan selama beberapa tahun belakangan ini dan hasilnya dapat dituai sekarang. Saya juga melihat bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti bersukan dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan dapat membentuk disiplin anakanak. Bagi memastikan semua pelajar berpeluang mendapat pelajaran dan dapat bergiat dengan aktif dalam kokurikulum, kemudahan yang ada belum mencukupi. Pihak PIBG telah banyak menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah, tetapi kewangan kita tidak memadai kerana kos dan perbelanjaan semakin meningkat. Sedangkan perjalanan kita masih jauh dan kita tidak mahu usaha selama ini menjadi sia-sia dan tersekat di pertengahan jalan. Kita sedang berada di landasan yang betul untuk melahirkan anak-anak Jelai yang berjaya. Saya mewakili pihak PIBG mengharapkan sokongan kewangan dan moral daripada semua pihak, terutamanya daripada YB Dato dalam hal ini. Sokongan ibu bapa kepada saya selaku Yang Dipertua PIBG dan jawatankuasa PIBG juga amat saya harapkan kerana setiap antara kita boleh menyumbang demi kemajuan anak-anak kita . Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan YB. Dato, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YB. Dato yang sudi bersama-sama dengan kita pada petang ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua. Sekian.Wabillahi taufiq wal hidayah asm. Wrbh. Terima kasih.

http://mindabahasa.wordpress.com/2007/05/31/contoh-ucapan-ydp-pibg/

You might also like