You are on page 1of 2

Perbezaan antara Demokrasi dan Sistem Syura.

Dari segi maksud, Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Manakala sistem syura adalah permesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama yang muktabar dan umat islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dengan kebajikan mereka berdasrkan kepada keimanan dan ketakwaan kepada allah (S.A.W). Dari segi pemilihan ketua, Sistem demokrasi diketuai oleh pemimpin. Pemilihan pemimpin berdasarkan suara majoriti rakyat dalam pilihanraya. Syarat-syarat untuk menjadi pemimpin adalah seperti mempunyai latar belakang yang baik dari segi akademik dan peribadi, bukan seorang yang telah disenaraihitamkan dan tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk jenayah atau pernah dipenjarakan. Manakala sistem syura diketuai oleh Khalifah. Sebelum dilantik menjadi khalifah, calon khalifah itu sendiri dinilai dalam permesyuaratan ahli-ahli majlis syura. Seterusnya ia dinilai berdasarkan persetujuan seluruh rakyat dan rakyat bebas untuk menerima atau menolak seseorang calon khalifah tersebut. Kriteria dalam pemilihan khalifah adalah berasaskan kebenaran yang disarankan dalam al-Quran yang menekankan ciri keimanan kepada Tuhan yang menjadi tonggak dan tunjang kepada kepimpinan yang adil, bijaksana dan seumpamanya. Dari segi bidang kuasa, Dalam sistem demokrasi, seorang pemimpin mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat. Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam sistem syura, seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan AsSunnah. Maknanya seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah. Seseorang khalifah dalam sistem syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Dari segi perundangan,

Sistem demokrasi mengamalkan sistem perundangan yang berdasarkan kehendak semasa asalkan mendapat sokongan atau majoriti daripada rakyat dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Ianya memiliki dua corak dalam perundangan. Peraturan yang tetap yang tidak menerima perubahan dan pertukaran iaitu perlembagaan yang berterusan atau undang-undang perlembagaan. Peraturan yang kedua ialah peraturan yang tunduk kepada perubahan dan pertukaran dengan gabungan suara majoriti di dalam majlis ummah dan pimpinan atau lembaga kabinet manteri atau selain daripada itu yakni golongan yang mempunyai wibawa politik di dalam sesebuah negara. Manakala dalam sistem syura, perundangan adalah berdasarkan permesyuaratan yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Daripada aspek bahagian yang tetap di dalam undang-undang, Islam memandangkan bahawa Allah S.W.T adalah Satu-satunya yang menentukan kedudukan syariat yang menjadi asas-asas pemerintahan, tidak ada hal seorang pun yang lain berhak campurtangan dalam hal ehwal menggubal syariat dalam sitem Islam walaupun Nabi S.A.W sekalipun. Manakala daripada aspek kedua iaitu (bahagian yang tunduk kepada perubahan yang mana sistem tunduk kepadanya).

Muhammad Hafizuddin Azhar 20210641878 EAMP3B

You might also like