You are on page 1of 33

MODUL PENGAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MAKTAB PERGURUAN RAJA MELEWAR SEREMBAN

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah)

Pendidikan Jasmani Minor

ASAS GIMNASTIK
Gimnastik artistik adalah jenis pergerakan yang menekankan empat aktiviti utama iaitu ketangkasan, imbangan, lombol dan hamburan. Keempat-empat aktiviti utama tersebut dibahagikan kepada enam pola pergerakan yang dominan iaitu pendaratan, statik, gerak edar, putaran, hamburan dan hayunan.

Pola-pola ini menjadi asas untuk perkembangan kemahiran gimnastik artistik. Kemahiran asas bagi setiap pola pergerakan adalah sebagai asas persediaan pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran yang lebih sukar dalam gimnastik artistik.

Bagi setiap pola pergerakan, konsep kognitif penting diutamakan iaitu : 1. Pendaratan
Ianya merupakan fasa akhir dalam setiap lakuan. Penyerapan daya akan lebih berkesan apabila dilakukan dengan merendahkan pusat graviti dimana lutut dan pergelangan kaki dibengkokkan.

2.

Statik / Kestabilan Kestabilan boleh diperolehi apabila seseorang itu berakhir dalam keadaan statik bermaksud keupayaan badan untuk kembali ke posisi yang seimbang selepas ianya dipindahkan/digerakkan. Kestabilan tertakluk pada kedudukan pusat graviti Stabiliti. Kedudukan pusat graviti yang lebih rendah adalah lebih Kedudukan pusat graviti yang terhampir dengan pusat tapak adalah lebih stabil. Semakin luas tapak adalah lebih stabil

3.

Gerak Edar Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat disertai dengan pemindahan pusat graviti akan mengakibatkan pergerakan. Bagi setiap pergerakan badan akan dipengaruhi oleh masa, daya, aliran dan ruang.

4. Putaran
Setiap putaran tertakluk kepada jejari. Semakin kecil jejari akan mengakibatkan semakin pantas putaran sedangkan semakin besar jejari akan menyebabkan semakin perlahan putarannya.

5.

Hamburan
Untuk menggerakkan sesuatu objek, daya diperlukan. Dengan mengaplikasikan daya, objek tersebut akan bergerak mengikut arah daya itu bertindak. Prinsip aksi dan reaksi juga penting dalam menghasilkan hamburan dimana setiap aksi mempunyai reaksi yang sama dan bertentangan dengannya. Contohnya Hambur Arnab.

6.

Hayunan
Daya pergerakan dalam sesuatu pergerakan boleh dipercepatkan lagi dengan menambah unsur-unsur hayunan seperti menghayun hujung kaki. Contohnya hayunan pada palang.

Sewaktu melakukan kemahiran-kemahiran gimnastik beberapa kriteria perlu diberikan pertimbangan yang utama antaranya :

1.

Pergerakan Pergerakan yang sempurna adalah hasil dari teknik yang betul. Sesuatu pergerakan yang kompleks mestilah dilakukan yang asas dahulu melalui proses ansur majunya.

2. Rangkaian Rangkaian merupakan gabungan dari kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran imbangan,ketangkasan dan lombol. Satu rangkaian pergerakan yang sempurna adalah apabila ianya terlaksana dengan licin dan berterusan

3. Kecergasan
Kecergasan amat penting untuk membantu pelaku menghasilkan gerakan-gerakan dalam gimnastik artistik. Aktiviti regangan, kelenturan, kekuatan serta daya tahan seharusnya dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan kemahiran.

3. Nilai Kinestetik dan Estetik


Penghayatan keindahan dan kecantikan postur sesuatu pergerakan dapat ditonjolkan dengan kefahaman gerakangerakan otot dan anggota badan dalam usaha menerapkan nilai kinestetik dan estetik.

4.

Postur dan keyakinan diri


Postur yang betul perlu ditegaskan dari awal, sewaktu memulakan, semasa melakukan dan sewaktu mengakhiri aktiviti ketika mendarat. Dengan menerapkan prinsip ansur maju sewaktu pelaksanaan secara tidak langsung akan memupuk keyakinan diri pelaku.

5.

Alatan
Segala alatan yang digunakan haruslah dipastikan kesempurnaannya dan ketinggiannya bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Alat reka ganti boleh digunakan sebagai menggantikan alat sebenardengan syarat dipastikan dari segi kesesuaian dan keselamatan.

1.
1.1

PENDARATAN Contoh aktiviti:


Lompatan ke hadapan dari peti lombol dua tingkat dan mendarat dengan dua kaki Lompatan ke sisi dari peti lombol dua tingkat dan mendarat dengan dua kaki Lompatan dari peti lombol dua tingkat pusing 180 darjah dan mendarat dengan dua belah kaki Larian satu atau dua langkah melonjak dengan dua belah kaki di atas papan anjal dan mendarat dengan dua belah kaki

1.2

1.3

1.4

2.

STATIK / KESTABILAN
Contoh Aktiviti: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Dirian Y Sokong depan dengan dua belah tangan Sokong sisi dengan dua belah tangan Imbangan skala ke depan Imbangan skala sisi Imbangan Y ke sisi

3.

GERAK EDAR
Contoh Aktiviti: 3.1 Gerak Edar Asas 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 Berjalan Berlari Skip Gelongsor

3.2

Langkah ke sisi 3.2.1 kaki tanpa bersilang 3.2.2 kaki bersilang 3.2.3 gelongsor

3.3

Bergerak dengan sokongan tangan hadapan dan belakang contoh aktiviti: 3.3.1 Bergerak ke hadapan 3.3.2 Bergerak ke belakang

4.

PUTARAN Contoh Aktiviti: 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Lompat dan pusing 180 darjah Guling sisi Guling depan Guling bahu Roda Kereta

5.

HAMBURAN Contoh Aktiviti: 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 Lompat Dakap Lompat Kangkang Lompat Layang Lompat Rusa Lompat melintasi bangku panjang Lari dua / tiga langkah, lonjak ke atas peti lombol tiga tingkat

6. HAYUNAN
Contoh Aktiviti: 6.1 6.2 6.3 Duduk berimbang dan menjongkang jongkit Hayunan kaki pada sokongan angan Gayut sambil menghayun

5.7

Lombol 5.7.1 5.7.2 5.7.3 5.7.4 Lombol Tegak Lalu Lombol Tegak Kangkang Lombol Pencuri Lombol Sisi

Panduan mengajar Gimnastik


1. Guru tidak perlu melakukan tunjuk cara sesuatu kemahiran, tetapi dengan butir mengajar yang jelas dan tepat, guru gunakan seorang pelajar untuk tujuan tunjuk cara. Masalah disiplin akan timbul jika pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang besar atau barisan yang panjang. Ini akan menyebabkan masa menunggu yang lama dan murid menjadi bosan.

2.

3.

Seorang guru gimnastik akan berdiri di tempat dari mana ia dapat memerhati semua pelajar dalam kelas. Jika ada beberapa stesen aktiviti dijalankan, guru dikehendaki berdiri berhampiran dengan stesen aktiviti yang sukar.

4.

Keselamatan merupakan satu perkara yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran gimnastik: 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Alat yang selamat dan sesuai Arahan yang jelas dan tepat Prinsip ansur maju untuk setiap pecahan kemahiran yang sukar Gunakan tilam atau kawasan berumput Memanaskan badan / gerak kendur Pelajar tahu teknik sokongan yang betul

RUMUSAN
Asas Gimnastik adalah satu daripada kemahiran yang penting dalam aktiviti pendidikan pergerakan. Pelbagai cara dan pendekatan yang telah dicadangkan adalah merupakan pengetahuan penting untuk melakukannya dalam bentuk amali. Anda perlu peka dengan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti asas gimnastik kerana kelalaian boleh mengakibatkan kemalangan. Antara pola-pola pelakuan tersebut termasuklah aktiviti gulingan, imbangan dan lombol.

PENILAIAN KENDIRI

REFLEKSI

PANEL PEMBINAAN MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI


Pengerusi Penyelaras Setia Usaha Perisian Modul En. Jasman B. Hussin Tn Hj Mohd Nasir B Mohd Idris Pn. Suraya Bibi Bt AK Bapotti Pn. NorAshikin Bt Abd Talib En. Roslan B Mohd Shah Pn. Darinda Bt Asari En. Shamsudin B Mohd Shariff En. Jamaluddin B Ahmad En. Idris B Mohamad Pn. Inon Bt Adam Format & Grafik : En. Tan Kait Keong : : : :

Sekian
Terima kasih

You might also like