P. 1
Amalan Pemakanan Yang Sihat di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik

Amalan Pemakanan Yang Sihat di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik

4.85

|Views: 52,280|Likes:
Published by roozuten
Teenagers Dietary Habit
Teenagers Dietary Habit

More info:

Published by: roozuten on Sep 22, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/05/2015

pdf

text

original

AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

HAMIDAH NOOR BINTI MD YUSOH

Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Jabatan Ikhtisas Pendidikan Fakulti Pendidikan Teknikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

OKTOBER 2006

Pengesahan Penyelia

“Saya/kami* akui bahawa saya/kami telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantitinya untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional.”

Nama Penyelia

: Dr. Hj Baharom bin Mohamad

Tandatangan Penyelia

: ......................................

Tarikh

: .................................

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Nama Penulis

: Hamidah Noor binti Md Yusoh

Tandatangan Penulis : .................................................

Tarikh

: .................................................

ISTIMEWA BUAT..

Ayahanda dan Bonda yang dikasihi Md Yusoh bin Abdol dan Safiah binti Hj Abdullah

”Terima kasih di atas segala sokongan dan nasihat yang diberikan...Sesungguhnya ia telah menjadi pendorong kepada kejayaan anakanda ini”

UNTUK.. Adinda Fatimah Noor dan Mohd Yazid ”Di harap kejayaan ini memberi semangat buat kalian”

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya, saya berjaya menyiapkan laporan Projek Sarjana ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan projek ini.

Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan buat pensyarah pembimbing iaitu Dr Hj Baharom bin Mohamad di atas segala maklumat, bantuan, nasihat, dan kesabaran beliau yang berikan sepanjang membimbing saya. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan amat berguna dan dihargai. Terima kasih buat ketua panel dan pensyarah penilai; Prof. Madya Tn Hj Sapon Ibrahim dan En. Azman Hasan.yang menilai dan memberi bimbingan untuk saya membaiki laporan ini, serta semua pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Untuk pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah memberi kebenaran menjalankan projek ini, terima kasih diucapkan.

Tidak dilupakan guru-guru dan para pelajar Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Sekolah Menengah Teknik Port Dickson, Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah, Sekolah Menengah Teknik Dato’ Seri Md Zin, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dan Sekolah Menengah Teknik Kluang di atas kerjasama dan kesudian memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Buat teman-teman seperjuangan yang memberi dorongan, terima kasih diucapkan. Buat pihak semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, jasa baik dan bantuan kalian tidak terbalas oleh saya.

Sekian, Wassalam.

ABSTRAK

Status nutrisi dan kesihatan memberikan pengaruh yang kuat terhadap kebolehan kognitif dan psikomotor pelajar. Namun demikian, amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar masih kurang diaplikasikan. Kajian ini bertujuan meninjau amalan pemakanan pelajar melalui konsistensi pengambilan makanan, kesedaran dan tahap pengetahuan mereka berkaitan pemakana yang sihat serta kesannya terhadap konsentrasi pelajar semasa P&P. Perkara yang dikaji ialah faktor-faktor mempengaruhi pemilihan makanan, konsistensi pengambilan makanan, sokongan sekolah, tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar berkaitan pemakanan yang sihat. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 381 responden terdiri dari pelajar sekolah menengah teknik dipilih secara rawak. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 11.0. Dapatan menunjukkan faktor persekitaran paling mempengaruhi pemilihan makanan responden dengan min 3.70, diikuti faktor organoleptik, aktiviti fizikal dan emosi. Responden mempunyai konsentrasi pada tahap sederhana dengan min 3.42 dan kesedaran juga pada tahap sederhana dengan min 3.42. Kebanyakan responden mengamalkan pemakanan secara konsisten dan tahap pengetahuan pelajar berkaitan pemakanan yang sihat adalah tinggi iaitu 71.2% mendapat 7 hingga 10 markah. Dapatan juga menunjukkan sokongan pihak sekolah memupuk amalan pemakanan yang sihat pada tahap sederhana dengan min 3.01. Tiada hubungan antara tahap pengetahuan responden dengan kesedaran mengamalkan pemakanan yang sihat dan tiada hubungan di antara pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan responden berkaitan pemakanan yang sihat. Analisis menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara konsistensi pengambilan makanan dengan konsentrasi pelajar semasa P&P dengan koefisyen korelasi 0.17. Kesimpulannya, pelajar sekolah menengah teknik mengamalkan pemakanan yang sihat pada tahap sederhana.

ABSTRACT

Health and good nutrition status gives strong influence to students’ learning potential and achievement. Alas, poor cognitive ability is influenced by one’s eating habit. This study is assigned to determine students’ dietary habit through food intake, awareness in practicing good eating habit and their concentration in classes. Issues that have been examined are schools’ approach in supporting good eating habit, factors influencing students’ food choice, students’ knowledge and awareness in practicing good eating habit and their dietary intake consistency. This quantitative study uses questionnaire as its instrument. A number of 381 students from six technical vocational schools were randomly selected. Descriptive and inferential analyses were used to analyze data collected using SPSS version 11.0. Result shows that environmental factor affect the most in influencing food choice with mean 3.70, followed by organoleptic, physical activity and emotional factor. Students show moderately good result regarding concentration with mean 3.42 and awareness in practicing good dietary intake with mean 3.42. Most students eat consistently and have high knowledge about healthy and balanced diet that is 71.2% scored 7 to 10 marks. Result also shows school support in promoting good eating habit at moderate level. This study indicates that there is no relation between students’ knowledge and their awareness in practicing good eating habit. Also, there is no relation between schools’ approach in enhancing students’ knowledge and their good dietary intake. Analyses show a weak relation between students’ eating consistency and their concentration in classes, with correlation 0.17. In conclusion, the technical and vocational students apply practicing good eating habit at moderately good level.

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

ii iii iv v vi vii xiii xv xvi xvii

I

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 1.11 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Tujuan Kajian Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Kerangka Teori Kajian Kepentingan Kajian Skop Kajian Batasan Kajian 1.12 Definisi Operasional 1 2 4 5 5 6 7 7 9 9 10 10

1.12.1 Diet Seimbang 1.12.2 Piramid Makanan 1.12.3 Nutrien 1.12.4 Nutrisi yang sihat 1.13 Rumusan

10 10 11 11 11

II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 2.2

Pengenalan Teori-teori Amalan Pemakanan Seimbang 2.2.1 Diet Seimbang 2.2.2 Panduan Piramid Makanan 2.2.3 Garispanduan Pemakanan Sihat

12 12 13 14 17 17 17

2.3

Kepentingan Amalan Pemakanan Sihat 2.3.1 Pencapaian Akademik dan Proses Pembelajaran 2.3.2 Kesihatan Mental dan Fizikal 2.3.3 Risiko Penyakit Kronik 2.3.4 Keperluan Kalori dan Zat Makanan 2.3.5 Imbangan Kalori dan Berat Badan

18 18 19 19 20

2.4

Pendekatan Menyeluruh Sekolah Terhadap Pemakanan dan Nutrisi Seimbang 2.4.1 Usahasama dengan ibubapa/penjaga pelajar 2.4.2 Penetapan Polisi oleh Pihak Sekolah 2.4.3 Pengintegrasian Melalui Kurikulum 2.4.4 Kolaborasi dengan Pusat Kesihatan Kerajaan

21

21 23 24

2.5

Teori Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Makanan 2.5.1 Faktor Keluarga dan Budaya

24

25

2.5.2 Faktor Rakan-rakan 2.5.3 Faktor Emosi 2.5.4 Faktor Pengiklanan 2.5.5 Faktor Aktiviti Fizikal 2.5.6 Faktor Organoleptik 2.6 Kesedaran dan Pengetahuan Pelajar Berkenaan Diet Seimbang 2.7 Konsistensi Pengambilan Makanan Oleh Pelajar 2.7 Rumusan

26 26 26 27 28 28

30

33

III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

Pengenalan Rekabentuk Kajian Populasi Dan Sampel Kajian Tempat Kajian Instrumen Kajian 3.5.1 Struktur Alat Kajian 3.5.1.1 Set Ujian 3.5.2 Penilaian Alat Kajian

35 35 36 38 38 39 41 42 43 44 45 45 45 47 47 48 48 50

3.6 3.7

Kajian Rintis Pembolehubah Kajian 3.7.1 Pembolehubah Terikat 3.7.2 Pembolehubah Bebas

3.8 3.9

Kaedah Pengumpulan Data Tatacara Penganalisisan Data 3.9.1 Kaedah Analisis Nilai Skor Min 3.9.2 Analisis Hipotesis 3.9.2.1 Ujian Korelasi

3.10

Kesahan dan Kebolehpercayaan

3.10.1 Kesahan 3.10.2 Kebolehpercayaan 3.10.2.1 Kebolehpercayaan Instrumen 3.11 3.12 Prosedur Kajian Rumusan

50 50 51 53 54

IV

ANALISIS DATA

4.1 4.2 4.3

Pengenalan Profil Responden Dapatan Kajian 4.3.1 Persoalan Kajian (i): Pendekatan Pihak Sekolah Dalam Membentuk Amalan Pemakanan yang Sihat di Kalangan Pelajar Sekolah. 4.3.2 Persoalan Kajian (ii): Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Makanan Pelajar. 4.3.3 Persoalan Kajian (iii): Kesedaran Pelajar Mengamalkan Diet Seimbang 4.3.4 Persoalan Kajian (iv): Konsistensi Pengambilan Makanan oleh Pelajar 4.3.5 Persoalan Kajian (v): Tahap Pengetahuan Sedia Ada Pelajar 4.3.6 Persoalan Kajian (vi): Konsentrasi Pelajar di Dalam Kelas 4.3.7 Persoalan Kajian (vii): Hubungan Antara Tahap Pengetahuan Pelajar dengan Kesedaran Mereka dalam Mengamalkan Pemakanan yang Sihat.

55 55 56 56

58

65

66

67

68

69

4.3.8 Persoalan Kajian (viii): Hubungan Antara Pengambilan Makanan Secara Konsisten dengan Konsentrasi Pelajar Semasa Pengajaran dan Pembelajaran. 4.3.9 Persoalan Kajian (ix): Hubungan Antara Pendekatan Pihak Sekolah dengan Tahap Pengetahuan Pelajar Berkaitan Amalan Pemakanan yang Sihat 4.4 Rumusan

71

73

75

V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan, kesimpulan dan cadangan 5.2.1 Pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar 5.2.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar 5.2.3 Kesedaran responden mengamalkan pemakanan yang sihat. 5.2.4 Konsistensi pengambilan makanan oleh responden. 5.2.5 Tahap pengetahuan responden berkaitan pemakanan yang sihat. 5.2.6 Konsentrasi pelajar di dalam kelas 5.2.7 Perhubungan antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan

76 76 77

78

80

82

84

85 87

pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan pemakanan yang sihat 5.2.8 Perhubungan antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi responden semasa pengajaran dan pembelajaran 5.2.9 Perhubungan antara pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan pemakanan yang sihat. 5.3 Cadangan untuk kajian lanjutan 5.4 Rumusan. 5.5 Penutup 91 91 92 89 88

RUJUKAN

93

LAMPIRAN

99

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

2.1 2.2 2.3

Nutrien dan Fungsinya Panduan Asas Piramid Makanan Keperluan Tenaga/Kalori untuk Sehari (Malaysia)

14 16 19

2.4

Keperluan Kalori Harian Mengikut Status Aktiviti dan Berat Badan (Kalori bagi Setiap Kilogram Berat Badan)

20

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

Lokasi dan Bilangan Sampel Kajian Senarai Rujukan Soal Selidik Skala Pemarkahan Ujian Pemberatan Skala Likert Kekerapan Pengambilan Makanan dalam Seminggu

38 40 42 42 43

3.6 3.7

Interpretasi skor Alpha Cronbach Bilangan Salinan Soal Selidik dan Ujian yang diperolehi

44 46

3.8 3.9

Tafsiran Julat Nilai Min Pekali korelasi berdasarkan skala pengukuran pembolehubah

47 48

3.10 3.11 3.12

Kekuatan nilai pekali korelasi Pembahagian julat dan anggapan Ringkasan Hasil Analisis Koefesien Kebolehpercayaan Kajian

49 49 52

3.13 4.1 4.2

Prosedur Kajian Pendekatan Pihak Sekolah Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar

53 57 59

4.3

Kesedaran Pelajar Mengamalkan Diet Seimbang

65

4.4

Peratusan dan Frekuensi Konsistensi Pengambilan Makanan oleh Pelajar

66

4.5

Peratusan dan Frekuensi Skor Markah Ujian Responden

67

4.6 4.7

Konsentrasi pelajar di dalam kelas Hubungan antara skor ujian dengan kesedaran pelajar mengamalkaan pemakanan seimbang

68 70

4.8

Hubungan antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran

72

4.9

Hubungan antara skor kuiz dengan pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar

74

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1 2.1 4.1

Kerangka Teori Kajian Panduan Piramid Makanan Graf min pemilihan makanan berdasarkan faktor organoleptik

7 15 60

4.2

Graf min pemilihan makanan berdasarkan faktor aktiviti fizikal

61

4.3

Graf min pemilihan makanan berdasarkan faktor emosi

62

4.4

Graf min faktor yang membantu responden belajar mengenai pemakanan yang sihat.

63

4.5

Graf min faktor yang mempengaruhi kecenderungan menuruti pemilihan jenis makanan seperti individu lain

64

4.6

Carta pai peratus ujian tahap pengetahuan pelajar

67

4.7

Graf serakan perhubungan di antara skor ujian pelajar dengan kesedaran mengamalkan pemakanan yang sihat

70

4.8

Graf serakan perhubungan di antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.

72

4.9

Graf serakan perhubungan antara skor kuiz

74

dengan pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar

SENARAI SINGKATAN

AAP USDA UNESCO WHO NASBE NCCFN RKS

: American Academy of Pediatrics : United States Department of Agriculture : United Nations Educational Scientific and Cultural Organization : World Health Organization : National Association of State Boards of Education : National Coordinating Committee on Food and Nutrition : Rancangan Kesihatan Sekolah

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN.

TAJUK

MUKA SURAT

A B C

Kerangka Kerja Operasi Jadual Penetapan Saiz Sampel Senarai Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Malaysia

100 102 104

D E F G H I J K

Borang Soal Selidik Ujian Kebolehpercayaan Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Analisis Min Analisis Normaliti Analisis Korelasi Kesahan Soal Selidik Recommended Nutrient Intakes for Malaysia

106 116 125 128 137 140 143 148

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan Teknik dan Vokasional penting dalam pembangunan sesebuah negara khususnya bagi negara perindustrian. Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk pelaburan dalam pendidikan bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang teknik dan vokasional. Bagi memastikan sektor pendidikan negara kita terus bergerak dan berkembang maju seiring dengan negara maju yang lain, salah satu elemen yang penting adalah keperluan untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan produktif bagi memenuhi keperluan negara. Kualiti pelajar yang lahir pula dipengaruhi oleh amalan pemakanan mereka selain daripada kemudahan pembelajaran, kesungguhan pelajar sendiri, keberkesanan guru yang mengajar dan persekitaran yang merangsang pembelajaran mereka.

Faktor pendapatan turut menyumbang kepada kesihatan masyarakat sesebuah negara, sama ada negara pertanian atau perindustrian.

Secara umumnya, amalan pemakanan mempengaruhi tahap kesihatan kita. Badan memerlukan bekalan nutrien yang seimbang agar ia kekal sihat. Banyak nutrien yang diperoleh melalui makanan; di antaranya ialah vitamin, mineral, protein dan karbohidrat. Makanan yang berfungsi sebagai bahan api bagi membekalkan tenaga yang diperlukan untuk kita melakukan aktiviti harian serta membolehkan sistem-sistem di dalam badan berfungsi dengan sempurna. Sebaliknya amalan dan corak pemakanan

yang tidak sihat akan memberi ancaman serius kepada kesihatan fizikal dan mental manusia. Contohnya, menurut Cook-Cottone dan Keca (2005), kanak-kanak dan remaja menganggap bentuk dan saiz badan yang ideal adalah penting. Mereka akan berusaha mendapatkan bentuk badan yang diinginkan sehingga sanggup untuk berlapar. Apabila pegangan tersebut digabungkan dengan faktor kehidupan yang lain, maka ia boleh mencetuskan amalan pemakanan yang tidak seimbang dan mengganggu keupayaan seseorang untuk belajar.

Menurut Whitman (2000), jawatankuasa pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) mendapati bahawa kajian di negara-negara maju dan membangun menunjukkan program kesihatan yang dijalankan di sekolah dapat mengurangkan masalah kesihatan, meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan dan seterusnya kesihatan awam, pembangunan sosial dan ekonomi.

1.2

Latar Belakang Masalah

Status nutrisi dan kesihatan memberikan pengaruh yang kuat terhadap pembelajaran dan prestasi pelajar di sekolah. Menurut Govindji et al. (2002), pelajar yang kekurangan nutrien tertentu dalam dietnya; contohnya, zat besi, iodin dan protein tidak mempunyai potensi yang sama untuk belajar seperti pelajar yang sihat. Ini kerana makanan yang dimakan memberi kesan terhadap kesihatan mental dan fizikal individu tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa, diet yang tidak sihat menjadi salah satu penyebab berlakunya kemurungan atau perasaan dan emosi yang tidak stabil. Walau bagaimanapun, gejala tersebut dapat dihindarkan dengan cara mengamalkan diet yang sihat.

Pihak sekolah tidak dapat merawat pelajar yang mengalami masalah pemakanan yang tidak sihat, tetapi pihak sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membantu mencegah ianya bermula. Ini kerana, persekitaran sekolah dan dinamik

sosial remaja dapat memberi kesan untuk membentuk amalan pemakanan yang sihat atau yang kurang sihat. Secara tidak langsung, dengan mengamalkan diet yang sihat, para pelajar akan membesar dengan seimbang dari segi mental dan fizikal yang seterusnya membantu mereka memberikan penumpuan optimum semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Pelajar yang mempunyai kebolehan kognitif yang lemah kebiasaannya menunjukkan pencapaian yang kurang memuaskan dan sarapan pagi juga dikatakan mempengaruhi kebolehan kognitif pelajar (Bowker et al., 1999). Currie et al. (1997) dan Roberts et al. (1997) dalam Bowker et al. (1999), mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak mengambil sarapan pagi sebelum mereka ke sekolah. Simeon dan MacGregor (1989) dalam Bowker (1999) pula menyatakan bahawa tidak mengambil atau kurang mengambil sarapan pagi dikaitkan dengan prestasi pembelajaran yang lemah di sekolah. Rosso (1999), menyatakan bahawa tahap kesihatan dan nutrisi yang rendah di kalangan pelajar sekolah menyumbang kepada sistem pendidikan yang tidak efisien. Beliau turut menyatakan bahawa gejala kelaparan yang biasa dialami oleh pelajar yang tidak mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah boleh menyumbang kesan yang kurang baik terhadap pembelajaran mereka. Ini kerana pelajar yang lapar menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian dan sukar melakukan tugasan yang kompleks.

Bowker et al. (1999) menyatakan bahawa sekolah memainkan peranan penting dalam mengubah diet pelajar. Menurut mereka, sekolah berpeluang untuk mendidik generasi muda mengenai makanan dan nutrisi. Sekolah juga dapat mendemonstrasikan kepentingan diet seimbang untuk kesihatan masa depan dengan menyediakan pilihan makanan yang sihat di kantin sekolah. Oleh itu, usaha untuk mempromosikan amalan pemakanan dan cara hidup yang sihat di kalangan remaja melalui sistem sekolah adalah keperluan yang kritikal. Contohnya, sekolah seharusnya menyediakan, atau memberikan saluran asas kesihatan dan perkhidmatan nutrisi kepada pelajar kerana sekolah secara langsung mempunyai perkaitan dengan para pelajar. Ini turut dinyatakan oleh Christie (2005), iaitu melalui penilaian yang dilakukan di sekolah yang

menjalankan program bantuan pemakanan di Burkina Faso mendapati bahawa kantin sekolah mempunyai perkaitan dengan peningkatan pencapaian sekolah, kedatangan pelajar, penurunan kadar berhenti sekolah dan peningkatan kadar kejayaan dalam peperiksaan kebangsaan.

Whitman (2000) menyatakan bahawa, pendidik seluruh dunia dapat mempromosi dan menyalurkan perkhidmatan kesihatan dengan mudah dan berkesan kepada pelajar. Pernyataan ini selari dengan laporan Aldinger (1998) yang menyatakan nutrisi yang sihat meningkatkan potensi pembelajaran, sebaliknya nutrisi yang tidak sihat dan berkaitan dengan infeksi membawa kepada penyakit malnutrisi yang mengakibatkan kemerosotan potensi pembelajaran.

Apabila seseorang pelajar memasuki kawasan sekolah, amalan pemakanannya sedikit sebanyak berubah. Ini termasuk dari segi menu hidangan dan waktu makan mereka yang bergantung kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Apa yang dimakan oleh pelajar sebelum bermulanya kuliah, akan memberi kesan secara tidak langsung terhadap daya tahan dan tumpuan mereka di dalam kelas. Justeru itu, adalah penting untuk menyediakan hidangan yang sesuai dan menerapkan amalan pemakanan yang sihat kepada pelajar agar mereka menjadi pelajar yang produktif.

1.3

Pernyataan Masalah Picciano et al. (1999) mendapati bahawa, tinjauan yang dilakukan ke atas 3307 kanak-kanak berusia 2 hingga 19 tahun menemui hanya 2% daripada mereka yang memenuhi cadangan piramid makanan oleh United States Department of Agriculture (USDA), dan hampir 40-45% daripada mereka tidak memenuhi atau hanya memenuhi satu daripada cadangan USDA. Menurut Ibnuamir (2003) dalam kajiannya bertajuk Pendidikan: Masalah Pelajar Melayu Pulau Pinang mendapati

kekurangan berat badan atau zat pemakanan adalah punca kemerosotan pelajaran murid-murid sekolah rendah yang sebahagian besarnya kaum Melayu.

Laporan United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) (2004), pula menyatakan bahawa sekolah mempunyai sokongan secara tidak langsung kepada kumpulan sasaran kerana sekolah lengkap dengan kakitangan yang berkemahiran dan ia merupakan tempat di mana komuniti berhimpun. Maka ini membenarkan perkhidmatan kesihatan berasaskan sekolah dapat dijalankan dengan kos yang efektif dan selamat. Menurut laporan tersebut lagi, nutrisi yang sihat diperlukan bagi membolehkan pelajar menunjukkan prestasi yang baik di sekolah kerana nutrisi mempengaruhi perkembangan intelek dan kebolehan belajar.

Agak sukar mendapatkan maklumat mengenai amalan pemakanan pelajar di sekolah menengah teknik secara terperinci. Amalan pemakanan yang digunakan di kalangan pelajar sekolah menengah teknik masih tidak jelas. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk meninjau sama ada terdapat perkaitan di antara sokongan pihak sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar di enam buah sekolah menengah teknik Semenanjung Malaysia dengan tahap pengetahuan dan kesedaran mereka mengamalkan pemakanan yang sihat serta kesannya kepada konsentrasi mereka semasa pengajaran dan pembelajaran.

1.4

Tujuan Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan meninjau apakah amalan pemakanan yang diamalkan oleh pelajar sekolah menengah teknik dari segi kekerapan pengambilan makanan dan kesedaran mereka mengamalkan pemakanan yang sihat serta sokongan

pihak sekolah dalam meningkatkan pengetahuan, konsentrasi dan amalan pelajar berkaitan pemakanan yang sihat.

1.5

Objektif Kajian

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk

1.

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan para pelajar.

2.

Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar terhadap amalan pemakanan yang sihat.

3.

Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan pemakanan yang sihat.

4. 5.

Mengenalpasti konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar. Mengenalpasti konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

6.

Mengenalpasti sokongan sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar-pelajarnya.

1.6

Persoalan Kajian

Secara khusus, matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap beberapa persoalan kajian seperti berikut:

1. Apakah antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan para pelajar? 2. Apakah tahap kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat?

3. Apakah tahap pengetahuan pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat? 4. Apakah konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar? 5. Apakah tahap konsentrasi pelajar di dalam kelas? 6. Apakah hubungan antara tahap pengetahuan pelajar dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan pemakanan yang sihat? 7. Apakah hubungan antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku? 8. Apakah sokongan pihak sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar sekolah tersebut? 9. Apakah hubungan antara sokongan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat?

1.7

Hipotesis

H0: Tahap pengetahuan pelajar secara signifikan tidak mempengaruhi kesedaran mereka dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat

H0: Pengambilan makanan secara konsisten tidak mempengaruhi konsentrasi pelajar di dalam kelas

H0: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan pelajar dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat.

1.8

Kerangka Teori Kajian

Pengetahuan pelajar akan diet seimbang

Kesedaran pelajar akan diet seimbang

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan

Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar

Sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang

Daya penumpuan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran

(Disesuaikan dari UNESCO, (2004); Bowker et al. (1999); Christie, (2005); Delisle, (2005); McBean, (1999); Blades, (2005); Picciano et al. (1999); Pelto et al. (2004).

Rajah 1.1 : Kerangka teori kajian

Berdasarkan persoalan kajian, pengkaji telah menghasilkan satu kerangka teori untuk menjelaskan lagi skop yang ingin dikaji. Menerusi kerangka teori ini, menunjukkan bahawa sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang akan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang pemakanan yang sihat kepada pelajar, seterusnya pengetahuan akan mencetuskan kesedaran yang membawa kepada pemilihan makanan yang seimbang, dan pengambilan makanan yang seimbang secara konsisten akan membantu meningkatkan daya penumpuan pelajar. Sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang pula merujuk kepada sumber makanan yang disediakan oleh pihak sekolah kepada para pelajar. Sokongan sekolah juga dilakukan penglibatan bersama-sama ibubapa penjaga pelajar dalam penyediaan sarapan, makanan semasa rehat serta makan tengahari (UNESCO, 2004; Havaz et al., 1995; Bowker et al., 1999; Christie, 2005; Jacobson, 2005; NASBE, 2000; Stroper, 2003; Tesler, 2003; Delisle, 2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan merujuk kepada pengaruh

dari individu, organisasi, sosio-ekonomi dan biologi (Bowker et al., 1999; McBean, 1999; Blades, 2005; Picciano et al., 1999; Cook-Cottone dan Keca, 2005; Delisle, 2005). Kesedaran dan pengetahuan pelajar akan diet seimbang merujuk kepada pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dan sejauh mana mereka mengaplikasikannya (UNESCO, 2004; Stroper, 2003; Pelto et al., 2004; McBean, 1999; Ziegler et al. 1999; Cook-Cottone dan, Keca 2005; Tesler, 2005; Kurtzweil, 1995). Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar melihat kepada kekerapan pengambilan makanan dan pengambilan makanan mengikut waktu yang ditetapkan (UNESCO, 2004; Govindji et al., 2002; Picciano et al., 1999; Delisle, 2005; Dinger dan Waigandt, 1997; Havas et al., 1995). Dalam erti kata lain, sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan, kesedaran dan pengetahuan pelajar akan diet seimbang dan konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar akan dikaji untuk melihat sejauh mana faktor-faktor tersebut mempengaruhi daya penumpuan pelajar samasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

1.9

Kepentingan Kajian

Dapatan yang diperolehi daripada kajian ini diharap akan dapat membantu : a) Memberikan maklumat penyelidikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang dapat membantu meningkatkan potensi pembelajaran pelajar. b) Menyumbang kepada nama baik KUiTTHO dalam usaha meningkatkan kualiti bidang pendidikan melalui penyelidikan. c) Pelajar-pelajar sekolah menengah teknik untuk meningkatkan daya penumpuan mereka di dalam kelas. d) Guru-guru di sekolah menengah teknik juga dapat membantu mendidik pelajar mengamalkan diet yang sihat agar proses pengajaran guru-guru berjalan dengan lancar dan berkesan.

e)

Pelajar dan guru dapat meningkatkan pengetahuan dari segi pemakanan mereka.

f)

Sekolah menengah teknik seluruh negara, dengan penyediaan garis panduan yang boleh digunapakai dalam menjadikan amalan pemakanan yang sihat di sekolah sebagai aktiviti yang menyeronokkan.

1.10

Skop Kajian

Amalan pemakanan dikatakan memberi pengaruh ke atas daya penumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana pemakanan memberi kesan ke atas fizikal, dan mental pelajar. Tambahan lagi apabila pelajar dapat menumpukan perhatian di dalam kelas, tahap kefahaman mereka akan meningkat dan ini akan memberi kesan peningkatan prestasi mereka dalam pelajaran. Pengkaji ingin mengkaji sejauh mana sokongan sekolah terhadap pemakanan yang sihat, faktor-faktor yang paling mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, kesedaran dan pengetahuan pelajar akan diet seimbang dan adakah konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar mempengaruhi daya penumpuan pelajar di dalam kelas.

Kajian ini akan dilakukan di sekolah menengah teknik di tiga buah negeri selatan Semenanjung Malaysia. Responden yang akan terlibat adalah pelajar sekolah menengah teknik. Pengkaji ingin melihat sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang pelajar serta kesannya dalam meningkatkan penumpuan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan juga akan dikaji untuk melihat pengaruhnya ke atas pemakanan dan daya penumpuan pelajar di dalam kelas. Pengkaji juga turut mengkaji kesedaran dan pengetahuan pelajar berkenaan diet seimbang serta konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar.

1.11

Batasan Kajian

Kajian ini akan dilakukan dengan mengambil sampel pelajar dari 6 buah sekolah menengah teknik. Ini dilakukan untuk mendapatkan sampel yang boleh-dipercayai agar data yang diperolehi adalah tepat dan sah.

1.12

Definisi Operasional

Definisi operasional menjelaskan perkataan-perkataan yang sering digunakan pengkaji dalam menulis laporan kajian ini

1.12.1 Diet seimbang

Diet seimbang ialah pengambilan makanan yang mempunyai nutrien yang menepati piawaian hidangan dalam piramid makanan di mana, diet yang seimbang akan mengurangkan risiko mendapat penyakit (Govindji et al., 2002).

1.12.2 Piramid makanan

Piramid makanan merupakan panduan yang mengelasan makanan dalam turutan mengikut kadar yang diperlukan oleh manusia. Jenis makanan banyak diperlukan oleh manusia ialah dari kategori karbohidrat seperti nasi, roti, bijirin dan pasta; iaitu sebanyak enam hingga sebelas hidangan. Diikuti oleh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan dua hingga empat dan tiga hingga lima hidangan masing-masing. Makanan dari kategori protein seperti daging, susu dan ikan diperlukan sebanyak dua hingga tiga hidangan dan kategori terakhir ialah lemak dan minyak yang diperlukan dalam amaun yang sedikit sahaja (UNESCO, 2004).

1.12.3 Nutrien

Nutrien adalah zat yang terkandung di dalam makanan. Terdiri daripada makronutrien; karbohidrat, lemak dan protein, dan mikronutrien; vitamin dan mineral (Govindji et al., 2002).

1.12.4 Nutrisi yang sihat.

Nutrisi yang sihat adalah gabungan makanan, kesihatan dan penjagaan diri dalam kehidupan seharian yang menyumbang kepada psikologi, mental dan kehidupan sosial individu (UNESCO 2004).

1.12.5 Pemakanan sihat

Pemakanan yang sihat adalah amalan yang membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh pada amaun yang betul.

1.13 Rumusan

Bab ini telah menerangkan pengenalan kepada kajian yang akan dijalankan. Selain daripada latar belakang masalah, pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis, kerangka teori kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan batasan kajian, definisi operasional juga dinyatakan. Latar belakang dan pernyataan masalah menyatakan bukti-bukti kewujudan masalah dan sokongan daripada tokohtokoh tertentu. Dalam tujuan kajian, pengkaji menerangkan sebab-sebab perlunya kajian ini dilakukan. Objektif dan persoalan kajian dinyatakan untuk mengeluarkan dan menyampaikan tentang inti pati kajian ini. Hipotesis pula menyatakan andaian-andaian yang dibuat oleh pengkaji. Kepentingan kajian merujuk kepada kumpulan-kumpulan yang akan mendapat manfaat dari kajian ini. Skop kajian pula menerangkan sedalam

mana kajian akan dilakukan manakala batasan kajian menyatakan had persampelan kajian. Definisi operasional juga dinyatakan bagi menerangkan beberapa frasa-frasa yang digunakan pengkaji.

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai teori-teori yang berkaitan dengan jenis sokongan yang diambil oleh pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap diet seimbang.

2.2

Teori-teori amalan pemakanan seimbang.

Perubahan sentiasa berlaku dalam kehidupan kita dan ini termasuklah perubahan dari segi amalan pemakanan. Bender (1997) menyatakan bahawa situasi pemakanan sedunia telah berkembang dengan dramatiknya sejak 30 tahun kebelakangan ini. Beberapa garis panduan mengenai pemakanan seimbang telah diberikan oleh badanbadan kesihatan bagi membantu pelajar membesar dengan sihat dan seimbang. Menurut Picciano et. al (1999), ‘American Academy of Pediatrics’ (AAP) telah membuat beberapa cadangan khusus untuk kanak-kanak dan remaja. Cadangan tersebut direka oleh AAP dengan mengadaptasi panduan piramid makanan agar memenuhi keperluan diet remaja.

Panduan piramid makanan menggariskan bahawa buah-buahan dan sayursayuran sebagai antara diet terpenting bagi memperolehi pemakanan yang seimbang dan seterusnya mendapat kesihatan yang optimum. Storper (2003) menyatakan bahawa keperluan pemakanan remaja adalah berbeza berbanding peringkat umur yang lain. Pernyataan ini disokong oleh Picciano et al. (1999), yang menyatakan diet dan keperluan pemakanan kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Namun demikian, terdapat pendapat yang menyatakan peningkatan kepekaan bukan hanya dipengaruhi oleh diet yang seimbang. Yablonski (2005) menyatakan tidur yang terganggu memberikan kesan negatif kepada pencapaian persekolahan pelajar dan pernyataan ini disokong oleh Taras dan Datema (2005) dengan menyatakan bahawa pernafasan yang tidak teratur semasa tidur mengakibatkan tidur yang tidak sempurna, maka pemulihan bukan sahaja membantu pesakit mendapatkan tidur yang berkualiti tetapi turut meningkatkan pencapaian akademik.

2.2.1 Diet Seimbang

Diet yang seimbang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan pada kadar yang betul (NCCFN, 2005). Diet ini boleh dilakukan dalampelbagai cara, namun demikian ia harus mengandungi amaun karbohidrat, lemak, protin, vitamin, mineral, serat dan air yang mencukupi (NCCFN, 2005). Jadual 2.1 menunjukkan secara ringkas senarai nutrien dan fungsinya.

Makanan mengandungi tenaga, zat makanan (nutrien) dan komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan. Tenaga dan zat makanan yang penting sebab badan tidak dapat mengeluarkan sendiri dan mesti diambil dari makanan. Terdapat lebih 40 zat makanan yang dikumpul dalam enam jenis zat makanan utama iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam galian dan air.

Karbohidrat, lemak dan protein adalah zat yang membekal tenaga, sebab mereka terdiri dari bahan kimia dikenali sebagai bahan organik yang mengandungi karbon dan boleh membakar. Protein, garam galian dan air adalah sebahagian dari komposisi tisu

badan dan sangat penting untuk membina dan membaikpulih sel dan tisu. Vitamin adalah bahan dari pelbagai jenis organik terdapat dalam kandungan sedikit dalam makanan, tetapi amat penting untuk pembesaran dan kesihatan. Fungsi utama vitamin ialah mengawal proses badan seperti proses metabolisma, fungsi urat dan otot dan kesihatan tisu. Air adalah bahan pengawal, membawa bahan-bahan dalam bentuk cairan dalam jus pencernaan (penghadaman, darah dan tisu, membantu mengawal suhu badan. perkumuhan, pengaliran darah, dan lain-lain. Makanan juga mengandungi serat (fibre) berfungsi dengan air bagi menjaga proses pembuangan, membersih usus dan mengelak dari sembelit.

Walaupun setiap nutrien berfungsi secara spesifik dalam badan, gabungan kesemua nutrien adalah perlu untuk penjagaan kesihatan. Kandungan nutrien juga berbeza dalam makanan dan tiada satu-satu makanan pun mengandungi semua nutrien yang diperlu, kecuali susu ibu yang lengkap untuk bayi baru lahir hingga berumur 6 bulan.

Jadual 2.1: Nutrien dan Fungsinya Nutrien Fungsi Lemak dan karbohidrat Protin Vitamin dan mineral Sumber tenaga Membina blok otot Diperlukan untuk fungsi badan

(Sumber: National Coordinating Committee on Food and Nutrition, 2005)

2.2.2 Panduan Piramid Makanan

Panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet yang seimbang. Makanan diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid makanan berdasarkan kepada nilai nutrien utama (NCCFN, 2005). Makanan dengan nilai nutrien tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan, manakala makanan yang mempunyai nilai nutrien terendah diletakkan pada puncak piramid makanan. Jumlah amaun makanan yang dibenarkan adalah berbeza diantara individu, oleh itu pemilihan makanan harus

mengikut bahagian yang dinyatakan dalam panduan piramid makanan (NCCFN, 2005). Jenis makanan harus dipilih dari setiap aras piramid mengikut turutan; pilihan terbaik dan perlu dimakan paling banyak adalah daripada aras satu atau dasar piramid, dan makanan dari aras puncak piramid makanan perlu diambil dengan kadar paling sedikit (NCCFN, 2005).

Lemak, minyak dan gula AMBIL PALING SEDIKIT Susu, yoghurt 2–3 HIDANGAN Sayur-sayuran 3–5 HIDANGAN Daging, hasil dari ayam dan itik, ikan kacang, dan telur 2 – 3 HIDANGAN Buah-buahan 2–4 HIDANGAN

Roti, bijirin, nasi dan pasta 6 – 11 HIDANGAN

( Sumber: NCCFN, 2005) Rajah 2.1 : Panduan piramid makanan Kebanyakan makanan mengandungi lebih dari satu nutrien, tetapi tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan dalam amaun yang betul untuk mengekalkan kesihatan yang baik (NCCFN, 2005). Lebih kepelbagaian makanan, maka kurang kecenderungan seseorang untuk mengalami kekurangan atau berlebihan nutrien.

Jadual 2.2 berikut memaparkan panduan asas piramid makanan. Jadual 2.2: Panduan Asas Piramid Makanan.
Aras piramid Aras 1 atau dasar - makan paling banyak Jenis makanan Bijirin, ubi Bijirin, nasi, bubur, mee, roti, bijirin sarapan pagi, pasta, capati, thosai, ubi Penerangan sumber terbaik untuk karbohidrat kompleks gunakan makanan berkanji sebagai asas untuk setiap hidangan dan snek pilih semua jenis, tetapi adalah disarankan memilih bijirin atau mil penuh kerana membekalkan lebih serat dan vitamin Pilih dari pelbagai jenis Makan yang segar berbanding yang ditinkan Makan sebiji buah keseluruhan adalah lebih baik berbanding meminum jusnya kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat Pastikan memakan sekurang-kurangnya lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam sehari Ambil satu hidangan buah-buahan setiap kali makan, ia membawa jumlah dua hingga empat kali dalam sehari. Sumber yang baik untuk kalsium dan protin Orang dewasa harus memilih makanan yang kurang kandungan lemak Susu pekat manis tidak termasuk dalam kumpulan ini Daging dan hasil dari ayam dan itik adalah kaya dengan protin, vitamin dan mineral terutamanya zink dan zat besi Kikis semua lemak yang kelihatan pada daging sebelum memasaknya Kekacang adalah alternatif kepada daging kerana ia mengandungi lemak yang kurang di samping serat yang tinggi Makan sekali-sekala. Dianggap sebagai ’treats’ Disarankan agar memilih lemak yang tidak tepu Pengambilan garam yang berlebihan mengakibatkan tekanan darah tinggi Kurangkan pengambilan garam Berhati-hati dengan makanan yang diproses kerana mungkin kandingan garam adalah tinggi seperti sosej dan makanan dalam tin Gula ringkas membekalkankalori tanpa nutrien lain

Aras 2 Makan lebih banyak

Buah dan sayur Sayuran berdaun, semua jenis buahbuahan

-

-

-

Aras 3 Makan sederhana

Susu dan yogurt Susu segar, susu tepung, susu sejat dan yogurt

-

Ikan,hasil dari ayam,itik, daging dan kekacang Ikan, ayam, daging tanpa lemak, telur, kacang, tempeh. towkua Aras 4 atau puncak Makan paling sedikit Lemak, alkohol, garam dan gula Semua jenis gula, kek, krim, lemak, konfeksi, minyak dan alkohol

-

-

-

(Sumber: National Coordinating Committee on Food and Nutrition, 2005)

2.2.3 Garispanduan Pemakanan Sihat

Tujuan memberi panduan dan saranan dalam pemilihan dan pengambilan makanan bagi orang ramai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pemakanan sihat). Terdapat lapan saranan yang diberikan; pertama ialah makan pelbagai jenis makanan. Kedua mengimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal. Ketiga, memilih lebih banyak bijirin, kekacang dalam makanan. Seterusnya, makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Kelima, memilih makanan yang rendah lemak dan kolestrol. Keenam, memilih makanan yang sederhana kandungan gula dan garam. Ketujuh, minum air dengan banyak dan yang terakhir ialah makan makanan yang bersih dan selamat.

2.3

Kepentingan amalan pemakanan yang sihat.

Terdapat pelbagai kepentingan amalan pemakanan yang sihat. Diantaranya ialah, memberi faedah kepada pencapaian dan pembelajaran pelajar seperti penumpuan di dalam kelas dan peningkatan daya kefahaman dan ingatan mereka (Govindji et al., 2002) Selain itu, menurut Blades (2001), pemakanan mempengaruhi fizikal dan penampilan seseorang. Menurut Rahman (1999) pula, pemakanan memberi kesan kepada kesihatan seseorang

2.3.1 Pencapaian akademik dan proses pembelajaran.

Amalan pemakanan yang sihat membawa kepada pelbagai kebaikan. Rosso (1999) menyatakan bahawa peningkatan nutrisi dan kesihatan boleh membawa kepada pencapaian akademik yang lebih baik, pengurangan pengulangan gred dan pengurangan kadar berhenti sekolah. Demikian juga, Whitman (2000) menyatakan bahawa kesihatan dan nutrisi adalah penyumbang utama kepada pelajar dalam proses pembelajaran. Sementara itu, Stroper (2003). Menyatakan bahawa pengambilan buah-buahan dan

sayur-sayuran yang tinggi kandungan serat dan vitamin adalah amat penting bagi manusia. Beliau mendapati bahawa remaja perlu mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dan peningkatan kepekaan remaja dipengaruhi oleh amalan pemakanan mereka. Menurut Govindji et al. (2002), buah-buahan dan sayur-sayuran telah dibuktikan menunjukkan kesan positif dalam meningkatkan daya ingatan dan penumpuan, melalui dua ujian yang dijalankan di antara kumpulan manusia yang memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kumpulan yang kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, mereka yang memakan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan menunjukkan daya ingatan dan penumpuan yang lebih baik.

2.3.2 Kesihatan mental dan fizikal

Pemakanan mempengaruhi tumbesaran, memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal seterusnya mempengaruhi penampilan seseorang (Blades,2001). Beliau menyatakan bahawa diet diketahui dapat memberikan kesan yang penting terhadap kesihatan oleh itu dengan mempengaruhi diet, manusia dapat mencegah terjadinya penyakit kronik. Kenyataan Blades (2001) disokong oleh Cook-Cottone dan Keca (2005), menyatakan bahawa amalan pemakanan yang tidak seimbang merupakan suatu penyakit jiwa seperti penyakit aneroxia nervosa dan bulimia. Pengambilan diet yang seimbang dan sesuai membolehkan manusia mendapatkan amaun nutrien yang yang diperlukan oleh badan dengan secukupnya (UNESCO, 2004).

2.3.3 Risiko penyakit kronik

Menurut Rahmah (1999), diet sihat membantu tumbesaran kanak-kanak dan makanan memboleh manusia bekerja secara produktif dan merasa selesa. Beliau turut menyatakan bahawa pilihan makanan membantu mengurang risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, sebahagian kanser, penyakit kencing manis, strok dan osteoporosis (reput tulang). Diet sihat boleh mengurang faktor risiko utama untuk penyakit kronik, faktor seperti kegemukan, tekanan darah tinggi dan tinggi kolesterol dalam darah.

2.3.4 Keperluan Kalori dan Zat Makanan.

Keperluan berbeza sepanjang hayat, bergantung kepada perubahan fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti tumbesaran, taraf kesihatan dan aktiviti yang dilakukan (Zainab, 2000). Menurut beliau, golongan dewasa lanjut usia memerlukan kurang makanan kerana aktiviti yang berkurangan dibanding dengan individu yang lebih muda dan aktif. Keperluan juga bergantung kepada cara hidup, misalnya minum teh, kopi, alkohol dan merokok boleh menghapuskan beberapa nutrien dalam badan kita (Zainab, 2000).

Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein, dan lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat – 9 kalori bagi setiap gram. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Oleh yang demikian makanan mengandungi banyak lemak tinggi kalori. Sebaliknya, makanan tinggi kandungan air, seperti sayuran rendah kalori.

Jadual 2.3 : Keperluan Tenaga/Kalori untuk Sehari (Malaysia)
Remaja lelaki Remaja perempuan Dewasa lelaki (Sederhana aktif) Umur (tahun) 10 – 19 10 - 19 20 – 39 40 – 49 50 – 59 > 60 20 – 39 40 – 49 50 – 59 > 60 Berat (Kg) Keperluan Tenaga/Kalori 2600 – 2580 2300 - 2100 2530 2400 2280 2020 2000 1900 1800 1600

Dewasa Perempuan (Sederhana aktif)

55 55 55 55 50 50 50 50

(Sumber : Zainab, 2000)

2.3.5 Imbangan Kalori dan Berat Badan

Individu perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya pengambilan lebih tenaga dari yang

diperlukan, badan akan menyimpan lebihan sebagai lemak di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glykogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak. (Jika kelaparan berlaku, simpanan lemak ini akan digunakan). Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb (450 gram). Walaubagaimanapun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekal berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman), komposisi badan dan keturunan. Jadual 2.4 memaparkan secara ringkas keperluan kalori harian mengikut aktiviti.

Jadual 2.4 : Keperluan Kalori Harian Mengikut Status Aktiviti dan Berat Badan (Kalori bagi Setiap Kilogram Berat Badan)
Aktiviti Kategori Berat Badan Aktiviti Ringan Berlebihan Berat 20 – 25 Badan Berat Normal 30 Kurang Berat Badan 35 Sederhana Aktif 30 35 40 Sangat Aktif (Berat) 35 40 45 - 50

(Sumber : Zainab, 2000)

2.4

Sokongan pihak sekolah terhadap makanan dan nutrisi seimbang. Pelajar sekolah sebagai “captive audience”, ibarat kata pepatah melayu

‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sekolah sebagai sumber yang besar dari segi kemudahan, tenaga manusia dan sebagai pusat pendidikan atau agen perubahan dalam masyarakat (Rahmah, 1999). Beliau turut menyatakan bahawa keberkesanan pendidikan kesihatan sekolah di mana banyak kajian tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalangan murid sekolah yang dijalankan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan amalan kesihatan mereka masih kurang memuaskan.

Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai dalam mengubah tabiat pemakanan pelajar kerana sekolah mempunyai peluang untuk mendidik pelajar tentang amalan pemakanan seimbang. Sekolah juga dapat mendemonstrasikan kepentingan diet seimbang untuk kesihatan masa depan pelajar dengan menyediakan pilihan makanan

yang menyihatkan di kantin sekolah selain daripada bekerjasama dengan ibubapa pelajar. Menurut United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) (2004), sekolah menyediakan jalan dan cara yang paling efektif dan efisien untuk mendekati sebahagian besar populasi; termasuk generasi muda, kakitangan sekolah, keluarga dan seterusnya ahli komuniti, cara ini membolehkan pelajar didekati pada tahap mereka mudah dipengaruhi iaitu semasa peringkat pembesaran mereka. Laporan UNESCO (2004) turut menyebut bahawa sekolah diberikan mandat dan tanggungjawab untuk meningkatkan pelbagai aspek perkembangan dan kematangan pelajar dengan memberi panduan serta pendidikan oleh golongan yang berkelayakan.

UNESCO (2004) menggariskan sebab pemilihan sekolah sebagai tempat yang ideal untuk mempromosikan kesihatan nutrisi; pertama, sekolah dapat mendekati sebahagian besar kanak-kanak dan remaja. Kedua, sekolah menyediakan peluang untuk melatih cara pemakanan yang sihat dan selamat. Ketiga, sekolah dapat mendidik pelajar bagaimana cara untuk menghindari tekanan sosial yang tidak sihat berkaitan tabiat pemakanan setelah mempelajari corak pemakanan yang sihat. Keempat, tenaga mahir boleh didapati di sekolah untuk membuat susulan dan memberikan panduan dan yang terakhir; penilaian menunjukkan bahawa pendidikan nutrisi berasaskan sekolah dapat memperbaiki amalan pemakanan pelajar.

2.4.1 Usahasama dengan ibubapa dan penjaga pelajar

Selain daripada penglibatan guru dalam membantu memupuk minat pelajar terhadap pemakanan yang sihat, ibu bapa dan penjaga juga berperanan. Menurut Havas et al. (1995), penglibatan keluarga dapat menyokong pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran di rumah di mana pelajar boleh membawa pulang hasil masakan dan snek yang disediakan di sekolah untuk dikongsi bersama keluarga. Bowker et al. (1999) pula menyatakan bahawa ibu bapa juga boleh membantu dengan membekalkan snek dan bekalan makan tengah hari yang berkhasiat.

2.4.2 Penetapan polisi oleh pihak sekolah.

Pelajar menghabiskan banyak masa mereka di sekolah. Oleh itu sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan mempunyai tubuh badan yang sihat. Bowker et al. (1999) menyatakan bahawa dalam tindakan sokongan sekolah, tindakan hanya boleh diambil sepanjang sesi persekolahan. Christie (2005) menyatakan bahawa, sekolah rendah dan menengah di Louisiana telah menetapkan kriteria piawaian nutrien yang perlu dipatuhi, seperti hanya minuman tertentu sahaja dibenarkan dijual di sekolah;dan jus buah-buahan yang dijual adalah dari seratus peratus jus buah-buahan tanpa tambahan pewarna atau perasa tiruan.

Sehubung dengan itu, Bowker et al. (1999) menyatakan bahawa perlunya pembangunan polisi di sekolah yang hanya membenarkan snek kesihatan sahaja dijual di kawasan sekolah. Beliau turut menyatakan bahawa pihak sekolah perlu menetapkan katering sekolah atau tender kantin untuk menyediakan pelbagai hidangan yang sihat seperti mengurangkan kandungan lemak dalam hidangan mereka. Kaunter sayursayuran dan buah-buahan perlu diwujudkan secara berasingan agar lebih mudah dan cepat bagi pelajar mendapatkan makanan tanpa perlu beratur panjang (Bowker et al. 1999). Kenyataan ini selari dengan Cristie (2005), yang menyatakan bahawa pihak lembaga sekolah menetapkan piawaian nutrisi minimum yang perlu dipatuhi untuk penghidangan makanan di kafeteria dan kantin sekolah. Beliau turut menyatakan bahawa Gabenor New Mexico, Bill Richardson melancarkan program sarapan pagi kepada prasekolah, manakala gabenor New York melancarkan program ‘Active-8 Kids’, kempen yang menekankan kepada kefahaman dan keprihatinan yang mendorong pelajar menjadi aktif, sihat dan mantap dari segi fizikal dan mental.

Terdapat pelbagai polisi yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk membentuk amalan pemakanan yang sihat. Jacobson (2005), menyatakan bahawa pekerja kafeteria dan kantin sekolah hendaklah diberikan khidmat nasihat berkaitan dengan apakah keperluan makanan pelajar dan bagaimana untuk menyediakan dan menghidangkan makanan tersebut dengan cara yang lebih menarik. Perkara yang sama turut disentuh

oleh National Association of State Boards of Education (NASBE) (2000), iaitu program perkhidmatan nutrisi merangkumi program perkhidmatan makanan yang mengambil kakitangan terlatih sebagai pekerja kafeteria dan kantin sekolah agar menyediakan pilihan-pilihan makanan yang berkhasiat dan menarik, seterusnya mewujudkan suasana persekolahan yang merangsang pelajar untuk memilih makanan yang menyihatkan.

2.4.3 Penintegrasian melalui kurikulum.

Satu lagi tindakan sokongan yang diambil oleh pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajarnya ialah dengan mengintegrasikannya di dalam kurikulum pengajaran. Sokongan pengajaran berkaitan amalan pemakanan boleh dilakukan dari sudut berbeza dan kreatif agar dapat meransang minat pelajar. Contohnya, Stroper (2003) melaporkan tentang suatu kelas dinamakan ‘Cookshop’ iaitu kelas yang direka oleh ‘New York Community Food Resource Center’ untuk membantu pelajar bersama-sama guru mereka memasak pelbagai jenis masakan yang diperolehi dari hasil tanamam mereka di sekolah. Stroper (2003) turut menyatakan bahawa masakan yang dimasak bersama guru mereka kemudiannya dijual di kantin dan kafeteria sekolah. Melalui penilaian yang dilakukan ke atas tindakan tersebut menunjukkan perubahan pemakanan pelajar meningkat dengan mendadak terhadap makanan yang dahulunya hanya dipelajari di dalam kelas. Sokongan melalui kurikulum turut dinyatakan oleh NASBE (2002), iaitu pendidikan kesihatan perlu diintegrasikan ke dalam bidang mata pelajaran sedalam mungkin dan teknik pengajaran ‘cross-teaching’ dijalankan sebagai pelengkap dan bukannya sebagai pengganti kepada program pendidikan kesihatan komprehensif.

Lazimnya manusia berminat untuk menyediakan dan memakan makanan yang enak dan mudah disediakan, maka mengikut laporan Havas et al. (1995), pembentukan satu kurikulum yang dinamakan kurikulum pendidikan nutrisi sekolah dapat meningkatkan rasa minat pelajar terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran kerana dalam kurikulum ini, panduan resepi yang diberikan akan meningkatkan kebolehan pelajar

dalam menyediakan hidangan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cepat, selamat, mudah dan enak.

Tabiat pemakanan yang tidak sihat tidak mudah diubah, tetapi oleh kerana pelajar banyak menghabiskan masa mereka di sekolah, maka perubahan boleh dilakukan oleh pihak sekolah. Melalui kajian yang dijalankan oleh UNESCO (2004), di Amerika Syarikat mendapati bahawa kurikulum pendidikan kesihatan yang komprehensif yang direkabentuk dan dilaksanakan di sekolah dapat menghindarkan tabiat pemakanan yang tidak sihat di kalangan pelajar.

2.4.4 Kolaborasi dengan pusat kesihatan kerajaan.

Satu lagi kaedah yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk membentuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar sekolah menengah teknik ialah dengan mengadakan sesi ceramah. Menurut Rahmah (1999), pihak sekolah mengadakan ceramah kesihatan kepada pelajar dengan menjemput pegawai pemakanan yang bertauliah memberikan ceramah. Di samping itu, Forcier dan Descy (2002) menyatakan bahawa penyampaian syarahan atau ceramah memberi kesan yang lebih bermakna kepada pelajar apabila disertakan dengan grafik dan animasi. Mereka turut menyatakan bahawa dengan disertakan grafik atau animasi, pelajar mudah memahami dan dapat menumpukan perhatian kepada ceramah dalam tempoh yang lebih lama.

Sekolah merupakan saluran yang sesuai untuk mendidik pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat kerana ia menjadi perantara di antara pihak hospital dengan pelajar. Keadaan ini membolehkan risalah-risalah kesihatan, poster dan artikel dari hospital diedar atau dipaparkan kepada pelajar (Zainab, 2000). Selain itu, menurut Rahmah, (1999), satu Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah diwujudkan sejak tahun 1967, sebagai rancangan bersepadu dan komprehensif di antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran. Beliau turut menyatakan bahawa secara umumnya, RKS bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan pelajar

serta warga sekolah ke tahap yang optima. (Rahmah, 1999).

2.5

Teori faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan

Amalan pemakanan manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor. Menurut KellyPlate dan Eubanks (2000), di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan ialah keluarga dan budaya, rakan-rakan, kepercayaan agama, emosi, kawasan geografi, pengiklanan serta nilai dan gaya hidup. Kajian Hoolihan (2003) mengenai pemilihan makanan individu pula mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan nutrien termasuklah umur, jantina, tahap aktiviti, bangsa dan etnik, cara hidup, persekitaran, sejarah keluarga dan pemendapan penyakit genetik. McBean (1999) turut menyatakan faktor lain yang mempengaruhi amalan pemakanan termasuklah faktor genetik dan persekitaran. Sementara itu Blades (2001) mendapati bahawa selain daripada pengaruh oleh individu dan organisasi, pemilihan makanan turut dipengaruhi oleh organoleptik, sosio-budaya dan faktor biologi. Manakala Delisle (2005) pula melaporkan bahawa budaya, rakan sebaya dan keluarga mampu mempengaruhi tabiat pemakanan pelajar dan beliau turut menyatakan bahawa apabila tiada halangan dari segi ekonomi dan keselamatan makanan, pemilihan makanan ditentukan oleh faktor-faktor psikososial.

2.5.1 Faktor keluarga dan budaya

Pemilihan makanan oleh ibu bapa dan cara masakan mereka akan mempengaruhi amalan pemakanan keluarga tersebut. Di bawah faktor keluarga, taraf sosio ekonomi juga mempengaruhi kerana keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi yang tinggi lazimnya dapat memberikan makanan yang lebih lengkap dan seimbang kepada anakanak mereka. Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), kebanyakan orang cenderung untuk mengikuti tradisi jenis makanan keluarga. Manakala Picciano et al. (1999) pula menekankan kepada pentingnya bagi ibubapa dan penjaga untuk menjadi model yang

positif dengan memilih makanan yang sihat dan seimbang untuk diri mereka sendiri di samping membantu anak-anak menikmati pelbagai jenis makanan yang berkhasiat.

Ibu bapa antara faktor penting yang menyumbang kepada pengetahuan awal berkaitan pemakanan di kalangan pelajar kerana mereka menjadi contoh terdekat untuk diteladani (Norlaila, 2006). Malah, anak akan mewarisi tabiat pemakanan ibu bapa dan ia sukar diubah apabila meningkat dewasa. Walaupun ada ibu bapa menyuruh anak makan banyak sayur dan buah, ia sukar dilakukan, terutama jika ibu atau bapa sendiri tidak mengamalkannya. Malah, masalah ini bertambah buruk kerana ramai ibu bapa kini menjadikan restoran makanan segera sebagai tempat untuk menghargai anak (Norlaila, 2006).

2.5.2 Faktor rakan-rakan

Pengaruh rakan sebaya merupakan suatu impak yang besar terhadap pemilihan makanan pelajar. Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), aktiviti makan bersama rakan adalah satu aktiviti sosial dan apabila keluar bersama rakan, pelajar cenderung untuk memilih makanan yang sama dengan rakannya. Walaubagaimanapun, CookCottone dan Keca, (2005) mendapati berlaku diskriminasi di antara rakan sebaya berkaitan kegemukan dan mengakibatkan pelajar yang bertubuh gemuk berasa tertekan yang akhirnya mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang semata-mata kerana ingin mengurangkan berat badan. Kajian dari Delise (2005) pula melaporkan bahawa menurut teori budaya sosial, imej badan adalah penting bagi remaja dan gangguan yang berlaku adalah akibat kegemukan, pemakanan yang tidak teratur dan ketidakpuasan dari segi psikologi. Kajian oleh Ziegler et al. (1998) pula menyatakan bahawa, majoriti besar (90-95%) remaja perempuan berusia 12 dan 20 tahun mengalami penyakit aneroxia nervosa kerana tekanan yang dihadapi untuk menjadi kurus supaya diterima oleh rakan sebaya. Zeigler et al. (1998) turut menyatakan bahawa pengambilan nutrien dan tenaga yang tidak mencukupi dalam jangka masa yang panjang akan mengakibatkan kehilangan jisim otot, pembesaran terbantut, masalah kehilangan selera makan dan osteoperosis.

2.5.3 Faktor emosi

Emosi turut mempengaruhi pemilihan makanan manusia. Contohnya, coklat dan kek diberikan semasa harijadi, sementara emosi marah atau sedih menyebabkan seseorang untuk makan dengan amaun yang banyak sebagai alternatifnya mengurangkan tekanan tersebut. Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), manusia kerap mengaitkan beberapa jenis makanan dengan emosi mereka seperti memakan coklat, ais krim dan jeruk. Di antara emosi yang dialami oleh individu ialah perasaan marah, gembira, terharu, murung, tertekan dan sedih.

2.5.4 Faktor pengiklanan

Pelajar mudah dipengaruhi dengan apa yang dipaparkan oleh media massa. Faktor pengiklanan juga berperanan dalam menentukan tabiat dan pemilihan makanan pelajar. Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), perniagaan yang berkaitan dengan makanan menghabiskan jutaan ringgit dalam mempromosikan dan meyakinkan pelanggan untuk membeli produk mereka. Selain itu, Delisle (2005) menyatakan bahawa melalui kajian yang dilakukan terhadap pelajar sekolah di Nepal mendapati bahawa makanan segera lebih digemari oleh lebih dua per tiga daripada bilangan pelajar dan pengiklanan mempengaruhi kecenderungan ini sebanyak 80%.

Menurut Tesler (2003), untuk mengubah tabiat pemakanan adalah sukar, maka persekitaran yang menjadikan makanan yang berkhasiat mudah diperolehi dan di dalam pilihan yang banyak perlu diwujudkan. Ini selaras dengan yang dinyatakan oleh Bowker et al. (1999) bahawa kebanyakan sekolah mempunyai kafeteria layan-diri, mesin runcitan (vending-machine) dan kantin sekolah sebagai sumber yang menyalurkan jenis makanan kepada pelajar. Maka promosi pemakanan yang sihat boleh dilakukan di sekolah.

2.5.5 Faktor aktiviti fizikal

Faktor aktiviti fizikal pula dipengaruhi oleh kemudahan ke pusat rekreasi, pengaruh televisyen dan peralatan yang menjimatkan penggunaan tenaga. (Norlaila, 2006). Menurut Blades (2001), faktor biologi termasuk keperluan tenaga dan nutrien membezakan keperluan, corak dan amalan pemakanan manusia. Contohnya, pelajar remaja yang sedang melalui perkembangan pesat dari segi berat badan dan peningkatan ketinggian akan mengalami kehendak pemakanan yang meningkat kerana selera mereka bertambah bagi memenuhi keperluan badan mereka. McBean (1999) menjelaskan bahawa pengambilan makanan dipengaruhi oleh interaksi nutrien-nutrien dan aktiviti fizikal. Picciano et al. (1999) turut membuktikan bahawa pengambilan makanan oleh remaja adalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada keperluan tenaga dan aktiviti mereka. Contohnya, remaja yang tinggal di pedalaman akan berjalan kaki atau menunggang basikal ke sekolah, maka mereka akan mengambil amaun makanan yang lebih berbanding dengan pelajar di bandar yang kebanyakannya menaiki bas atau kereta ke sekolah.

2.5.6 Faktor organoleptik

Manusia lazimnya gemar untuk menikmati hidangan yang mempunyai aroma yang enak, kelihatan menyelerakan dan mempunyai rasa yang sedap. Blades (2001) menjelaskan bahawa, kualiti makanan itu sendiri seperti rasa, penampilan, tekstur, dan bau (faktor organoleptik) akan menentukan samada makanan tersebut akan dimakan atau tidak. Menurut Norlaila (2006), faktor pilihan dan jumlah makanan yang diambil dipengaruhi oleh kandungan tenaga, kandungan lemak, kandungan gula, keenakan makanan, kepelbagaian dan saiz hidangan.

2.5.7 Faktor Kewangan

Nutrisi dapat diperolehi dari pelbagai sumber makanan dan kombinasi jenis makanan yang sesuai dapat membekalkan nutrien yang mencukupi yang diperlukan oleh tubuh. Faktor pendapatan turut menyumbang kepada kesihatan masyarakat sesebuah negara. . Bender (1997) dalam kajiannya mengenai keperluan makanan abad ke 21 menyatakan, diet ditentukan oleh faktor ekonomi, seperti harga barangan dan pendapatan seseorang. Beliau turut menyatakan bahawa apabila pendapatan seseorang itu meningkat, amalan diet yang seimbang turut meningkat. Ini seterusnya memberi kesan kepada produktiviti negara. Selain itu, sosioekonomi sesebuah keluarga turut menentukan jenis makanan yang diambil untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh badan (KKM, 2000).

2.6

Kesedaran dan pengetahuan pelajar berkenaan diet seimbang

Nutrisi yang sihat difahami secara berbeza oleh pelbagai negara dan budaya. Menurut UNESCO (2004), secara umumnya nutrisi yang sihat adalah gabungan makanan, kesihatan dan penjagaan diri dalam kehidupan seharian yang menyumbang kepada psikologi, mental dan kehidupan sosial individu. Menurut Stroper (2003), ahli nutrisi telah meningkatkan penumpuan dalam membantu pengguna membuat perkaitan di antara makanan yang sihat dengan persekitaran yang sihat.

Pendidikan nutrisi yang efektif di kalangan pelajar, akan dapat menggalakkan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal yang sihat. Ini akan meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk menangkis pengaruh yang tidak sihat ke atas tabiat pemakanan dan diet mereka Delisle (2005). Sokongan dan pendidikan yang diberikan oleh pihak sekolah tidak berkesan sekiranya tiada kesedaran dalam diri pelajar sendiri. Pelajar harus mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari berkaitan diet seimbang walau dimana mereka berada. Pelto et al. (2004) menyatakan bahawa kegagalan pelajar untuk

mengimbangi nutrisi dalam diet mereka dapat dilihat melalui apakah makanan yang dibeli dan dimakan oleh mereka di kantin dan kafeteria sekolah.

Kesedaran dan pengetahuan pelajar untuk mengamalkan diet seimbang adalah amat penting. McBean (1999) menyatakan bahawa kegagalan dalam penekanan nutrisi diet seimbang akan memberi kesan berupa kerugian dalam amalan diet manusia. Ini kerana kita tidak memahami jenis nutrien dan amaun yang diperlukan yang bersesuaian dengan saiz, berat badan, tahap kesihatan serta aktiviti fizikal kita. Contohnya, amalan pemakanan yang tidak seimbang yang mengamalkan menu makanan karbohidrat, lemak serta gula yang berlebihan sejak peringkat kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak tersebut membesar menjadi seorang yang obes. Seharusnya kanak-kanak dibekalkan dengan diet seimbang seperti serat, protein, vitamin dan mineral dalam hidangan makanan mereka. Menurut Rohizani Yaakub dan Aminah Ayob, (2002), pelajar tidak mengamalkan cara permakanan yang baik walaupun mereka mempunyai pengetahuan yang betul tentang permakanan yang sihat.

Selain daripada itu, pengetahuan yang jelas berkenaan diet seimbang juga perlu diberikan kepada pelajar. Ini adalah penting bagi mengelakkan pelajar terpengaruh kepada pernyataan-pernyataan yang tidak berasas yang menyebabkan mereka menghadkan jumlah makanan yang hendak diambil. Ini kerana ia akan mengakibatkan pelajar mengalami proses tumbesaran yang tidak sempurna, mengalami malnuntrisi dan hilang keyakinan diri. Pelto et al. (2004), mendapati bahawa remaja perempuan dan dewasa yang meningkatkan pengambilan hasil tenusu tidak mengalami peningkatan jumlah lemak atau peningkatan berat badan secara signifikan.

Peningkatan kesedaran dan pengetahuan pelajar boleh dibantu oleh pihak sekolah. Contohnya, menurut Cook-Cottone dan Keca (2005), sekolah perlu menyediakan maklumat mengenai apakah pemakanan yang seimbang dan sebaliknya serta dimanakah pelajar boleh mendapatkan bantuan yang berkaitan dalam usahanya untuk mengamalkan diet seimbang. Tesler (2003) pula mendapati bahawa remaja di Amerika telah menunjukkan peningkatan tahap kesedaran terhadap tabiat pemakanan

dan kesihatan. Namun mereka masih belum berupaya menyingkirkan keseluruhan tabiat asal yang banyak mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak, kurang kandungan serat dan kalsium serta kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

Keprihatinan, kesedaran dan sejauh mana pelajar mengaplikasikan pengetahuan mereka tentang makanan yang seimbang dan sihat dapat dikenalpasti. Melalui kajian Kurtzweil (1995), mendapati bahawa pelajar yang mempunyai kesedaran dan pengetahuan akan membaca label makanan untuk mengetahui kandungan nutrisi makanan tersebut sebelum membelinya. Kemudian pelajar tersebut akan membuat perbandingan samada makanan tersebut sesuai dengan dirinya atau tidak. Contohnya, Kurtzweil (1995) mendapati bahawa, pelajar yang sedar dan berpengetahuan akan mengambil kalsium semasa peringkat remaja kerana diketahui penting untuk mengelakkan berlakunya osteoperosis. Beberapa maklumat yang boleh didapati pada label makanan adalah seperti amaun makanan, kandungan makanan, nama dan tempat pengeluar serta pengedar, nombor telefon perkhidmatan pelanggan dan tarikh luput (NCCFN, 2005).

2.7

Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar

Kesihatan dan nutrisi yang baik diperlukan bagi membolehkan seseorang mencapai potensi pembelajaran sepenuhnya. Ini kerana, nutrisi mempengaruhi perkembangan intelektual dan kebolehan pelajar (UNESCO, 2004). Menurut laporan kajian oleh UNESCO (2004), terdapat penemuan yang signifikan di antara status nutrisi dengan skor ujian kognitif atau pencapaian sekolah. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa secara konsisten, pelajar dengan diet yang lebih lengkap mendapat skor yang lebih tinggi di dalam ujian pengetahuan fakta berbanding dengan pelajar yang kurang nutrisinya.

Selain itu, kajian di beberapa negara menunjukkan bahawa pencapaian akademik dan kebolehan mental pelajar yang mempunyai status nutrisi yang baik adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan pelajar yang tidak mempunyai status nutrisi yang kurang baik (UNESCO, 2004). Menurut Zainab, (2000), pengambilan makanan perlu dilakukan mengikut waktu. Beliau menyatakan bahawa pengambilan makanan perlu dirancang mengikut masa biasa dan utamakan sarapan pagi, makan tengahari & makan malam. Selain itu, jika ingin mengambil makanan ringan/snek, ia harus dilakukan 2 jam sebelum waktu makan utama. Sajian makanan haruslah mengikut saiz hidangan yang diperlukan untuk mengelakkan pengambilan berlebihan. Serta elakkan daripada makan mengikut selera tanpa pertimbangan masa (Zainab, 2000).

Namun demikian, menurut Buzan dan Trudeau (2001) daya ingatan dan prestasi pembelajaran dapat diperbaiki melalui kecergasan minda yang diperolehi; dengan melatih penggunaan otot otak. Teknik ini dikenali sebagai ‘Memletic’, di mana teknik ini membolehkan seseorang belajar dengan lebih cepat dan mengingat dengan lebih lama. Bellamy (2002), pula menyatakan bahawa konsentrasi pelajar boleh terganggu dengan keadaan kelas yang tidak kondusif, suhu dan pengudaraan yang tidak baik di dalam kelas dan apabila terlalu lama duduk dan mengambil nota. Tambahan pula menurut Middendorf (2005), pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap syarahan selama 15 ke 20 minit pada satu-satu mana, maka pengajar perlu mengambil inisiatif untuk mengawal penumpuan pelajar. Selain itu, menurut Wechsler (2002), daya ingatan dan penumpuan dapat ditingkatkan melalui teknik pembelajaran yang betul iaitu latihan ’Cooperative Concept Mapping’; di mana kajiannya menunjukkan bahawa markah peperiksaan pelajar yang menggunakan teknik latihan ini adalah lebih tinggi daripada pelajar yang menggunakan teknik pembelajaran tradisional.

Kekerapan dan sela masa seseorang pelajar mengambil makanan akan mempengaruhi konsentrasi mereka semasa proses pembelajaran berlaku. Jenis makanan yang diambil turut mempengaruhi dalam meningkatkan daya ingatan dan penumpuan pelajar. Ini kerana pengekalan aras gula dalam darah pada tahap tertentu juga adalah penting. Menurut Govindji et al. (2002), sel-sel otak memerlukan glukosa untuk

berfungsi dengan baik agar dapat mengekalkan memori serta menajamkan fikiran. Mereka juga menyatakan bahawa pelajar seharusnya makan mengikut waktu kerana badan akan menggunakan tenaga yang tersimpan. Justeru itu, apabila seseorang itu tidak makan, dan proses penggunaan akan mengakibatkan individu berasa letih. Ia akan mengakibatkan pelajar mengantuk dan mengurangkan daya tumpuan dan perhatian mereka di dalam kelas. Namun demikian, pendapat yang sebaliknya pula dinyatakan oleh Yablonski (2005), iaitu 21 kajian telah menunjukkan bahawa tidur yang terganggu memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Demikian juga dengan pendapat dari Taras dan Datema (2005), yang menyatakan bahawa penghalang kepada konsentrasi termasuklah kelaparan, keletihan serta gangguan luaran seperti bunyi bising dan pergerakan, dan gangguan dalaman seperti perasaan yang terganggu. Maka untuk meningkatkan konsentrasi, Taras dan Datema (2005) menyatakan seseorang itu perlu menanamkan minat, menetapkan matlamat, bersedia untuk menumpukan perhatian dengan memilih tempat belajar yang sesuai dan menyediakan keperluan belajar berhampiran serta mengelakkan diri daripada berangan. Untuk mengelakkan daripada berangan, seseorang itu perlu peka jika keadaan tersebut berlaku dan cepat kembali membuat tugasan yang sedang dilakukan.

Pelajar adalah golongan yang mengalami fasa perubahan dan pembesaran yang pesat. Pengambilan makanan yang tidak konsisten akan mengakibatkan pelajar kekurangan zat dan tenaga yang akhirnya mengundang pelbagai jenis penyakit. Contohnya, kajian oleh Delisle (2005) yang di lakukan di Asia Tenggara menunjukkan bahawa kekurangan zat besi menyebabkan proses kognitif yang tidak seimbang di kalangan remaja dan ia dapat ditangani dengan pengambilan zat tambahan. Dinger dan Waigandt (1997) pula melaporkan bahawa penyakit anemia akibat kekurangan darah dikaitkan dengan pencapaian akademik yang rendah di kalangan remaja perempuan. Namun demikian, menurut Bonwell dan Eison (1991), strategi pembelajaran yang aktif dapat meningkatkan konsentrasi. Contohnya, dengan menetapkan had masa apabila belajar, sentiasa aktif secara mental, aktif secara fizikal, mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan subjek fokus serta menetapkan satu cara untuk menguji apa yang telah dipelajari pada setiap akhir sesi pembelajaran. Contoh pembelajaran aktif ialah apabila

pelajar melakukan projek berkumpulan, amali dalam makmal, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran koperatif dan Problem-based learning.

Konsistensi pengambilan makanan yang berkhasiat oleh pelajar harus dibantu oleh pihak sekolah dan penjaga (Rohizani, 2002). Sebaliknya, menurut Bonwell dan Eison (1991), peranan dari pelajar sendiri adalah lebih berkesan, di mana pelajar berjaya meningkatkan konsistensi dan konsentrasi dengan meningkatkan komitmen.

Satu lagi cara membantu pelajar mengambil makanan secara konsisten ialah melalui program memberi makanan di sekolah yang meningkatkan kesediaan makanan kepada pelajar yang memerlukan. Beberapa penilaian yang dibuat oleh UNESCO (2004) melaporkan bahawa program memberi makanan kepada pelajar meningkatkan ketinggian dan berat badan pelajar selain daripada peningkatan kecemerlangan dalam kehadiran ke sekolah dan pencapaian dalam pelajaran. Menurut UNESCO (2004) lagi, program tersebut juga dapat mengurangkan kelaparan jangkamasa pendek dan seterusnya membolehkan pelajar menumpukan perhatian dalam pelajaran. Namun demikian, pernyataan sebaliknya diberikan oleh Colvin (2004) iaitu pelajar dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan meningkatkan konsentrasi mereka dengan menghapuskan gangguan luaran seperti bunyi, pemandangan dan memilih masa dan tempat yang tidak diganggu oleh orang lain. Colvin (2004) turut menyatakan bahawa penumpuan dapat ditingkatkan dengan menghapuskan gangguan dalaman seperti kerisauan dan memikirkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan apa yang sedang dipelajari. Ini mengakibatkan pelajar sukar menumpukan perhatian kepada pembelajarannya. Pernyataan Colvin (2004) disokong oleh Whitaker (2006), yang menyatakan bahawa pelajar dapat menumpukan perhatian pada tahap yang tinggi apabila belajar dalam persekitaran yang senyap.

2.8

Amalan Pemakanan di Sekolah

Tarikan untuk membeli di kantin sangat kuat kerana keadaan sekeliling dan pengaruh kawan-kawan. Ianya juga sebagai satu aktiviti sosial dan pergaulan bagi pelajar. Di sinilah para pemborong kantin dan pekerjanya berkewajipan menjual makanan yang halal, menyihatkan lagi bersih dan bukan semata-mata mengaut keuntungan di sebalik kekurangan pengetahuan kanak-kanak. Senarai makanan yang melebihi 100 jenis makanan boleh dijual di kantin tersebut diedarkan kepada pemborong kantin dan wajiblah dipatuhi (Zaharah, 2001). Guru-guru juga berkewajipan untuk memastikan senarai itu diikuti setiap masa.

2.8.1 Garis Panduan Tindakan Jawatankuasa Kantin Sekolah

Zaharah (2001), menyatakan bahawa terdapat satu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pelajar, pihak pentadbiran sekolah dan peniaga di kantin tersebut. Garis panduan tersebut menyatkan bahawa terdapat buku panduan kantin yang menentukan peraturan di kantin. Beliau turut menyatakan bahawa penguatkuasaan peraturan kantin perlu dilaksanakan dengan bantuan pengawasa sekolah. Di antara peraturan yang perlu dikuatkuasakan ialah menentukan jenis makanan yang dijual, mengawal harga makanan dan minuman yang dijual, memastikan kebersihan di dalam dan di luar kantin dan mengadakan carta organisasi penyelarasan kantin.

2.8.2 Tugas di Kantin

Memastikan pelajar mengembalikan pinggan, mangkuk, gelas, cawan termasuk sisa-sisa makanan dan pembalut makanan (KPM, 2005). Lantai, kaunter, ruang makan dan dapur bersih, peralatan berfungsi dan dijaga rapi, pinggan, cawan dan peralatan untuk pelajar bersih. Menu, senarai harga, sijil dan peraturan dipamerkan, tempat penyimpanan makanan dan pembuangan sampah diselenggarakan dengan baik dan kantin kelihatan ceria dan menarik.

2.8.3 Waktu Rehat

Terdapat peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar semasa waktu rehat (Sekolah Menengah Yu Hua, 2005). Di antaranya ialah, pertama pelaajr tidak dibenarkan keluar awal untukwaktu rehat kecuali Pengawas, Kadet Polis, Pengawas Pusat Sumber dan pelajar yang mendapat kebenaran. Kedua, pelajar hanya dibenarkan makan di kantin sekolah. Ketiga, sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan di bawa masuk ke kawasan sekolah. Keempat, hanya minuman yang dibeli di koperasi sekolah dibenarkan diminum di kawasan sekolah, iaitu di depan kedai tersebut pada waktu rehat. Kelima, pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat. Keenam, pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada waktu rehat kecuali pengawas yang bertugas. Ketujuh, pelajar tidak dibenarkan membeli apa-apa pun daripada penjaja di luar kawasan sekolah. Kelapan, pelajar wajib makan dan minum dengan sopan di kantin dan menjaga kebersihan. Kesembilan, peraturan membeli makanan / minuman dan peraturan selepas makan mesti dipatuhi.

2.9

Rumusan

Dari segi fakor yang mempengaruhi pemilihan makanan, kecenderungan pelajar membentuk tabiat pemakannya dipengaruhi oleh persekitaran, iklan komersil, keluarga dan budaya, rakan sebaya, emosi dan agama. Oleh itu setiap faktor yang memberi kesan terhadap tabiat pemakanan pelajar harus dikawal, dipantau dan sentiasa diberikan perhatian agar pelajar dapat mengamalkan pemakanan yang sihat. Namun demikian, pengawalan ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar tidak akan berkesan tanpa wujudnya kesedaran dalam diri pelajar itu. Maka pengetahuan dan pendedahan perlu diberikan kepada pelajar agar mereka mempunyai kesedaran dan berusaha untuk mengaplikasikan pemakanan yang sihat dan seimbang. Cabaran kepada sokongan sekolah terhadap makanan dan nutrisi pula bukan hanya sekadar memberikan pendidikan kepada pelajar agar membuat pemilihan makanan yang sihat. Tetapi sekolah

juga perlu memastikan makanan yang sihat mudah diperolehi sepanjang sesi persekolahan untuk mendorong para pelajar mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari berkaitan dengan amalan dan corak pemakanan yang sihat. Kesan daripada perkara tersebut di atas akan mewujudkan konsistensi pelajar dalam pengambilan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badannya dan ini akan membawa kepada pengingkatan konsentrasi semasa pembelajaran seterusnya pencapaian yang baik di dalam peperiksaan.

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji menerangkan bagaimana bentuk kajian yang telah dijalankan. Kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif sesuatu kajian. Elemen-elemen yang berkaitan dengan reka bentuk kajian, responden, kerangka kerja, sumber data, instrumen kajian, prosedur kajian, kaedah analisis data dan andaian-andaian kajian telah diberi penumpuan. Perkara-perkara tersebut perlu diberikan perhatian kerana hasil daripada maklumat kajian ini seterusnya dianalisis dalam Bab IV iaitu dapatan kajian untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan.

3.2

Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang telah digunakan pengkaji adalah penyelidikan berbentuk kuantitatif. Kaedah yang digunakan sepanjang kajian adalah melalui soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Penggunaan soal selidik membolehkan kita mendapat maklumat yang banyak dalam masa yang singkat (Mohamad Khatim et al., 2002). Kepentingan kaedah yang digunakan adalah untuk menentukan kesahihan dan kebolehpercayaan sesuatu kajian.

Dalam kaedah kuantitatif, strategi dirancang supaya perubahan yang berlaku diperoleh dalam bentuk kuantiti dan selalunya melibatkan saiz sampel yang besar supaya dapat digeneralisaikan kepada populasi. Ia juga kadangkala disebut sebagai jenis eksperimen, saintifik, objektif, reduksi dan preskriptif atau dikelaskan sebagai kaedah normatif (Cohen dan Manion, 1985) yang menyelesaikan masalah di peringkat makro

Soal selidik diedarkan kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Sekolah Menengah Teknik Kluang, Sekolah Menengah Teknik Dato’ Seri Md Zin, Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dan Sekolah Menengah Port Dickson. Kajian dijalankan untuk mengenalpasti sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang pelajar-pelajarnya, faktorfaktor yang mempengaruhi pemilihan makanan, tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan mengamalkan diet seimbang, tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan mengamalkan diet seimbang. Kajian juga dilakukan untuk melihat perhubungan antara sokongan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan pelajar, perhubungan antara tahap pengetahuan pelajar dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan pemakanan yang sihat dan hubungan antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Penjelasan mengenai penggunaan borang soal selidik akan diterangkan dalam bahagian Instrumen Kajian.

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

Penentuan populasi kajian adalah amat penting dalam sesuatu penyelidikan. Marohaini (1996) menyatakan populasi sebagai keadaan yang menetapkan siapa yang harus dimasukkan atau dikeluarkan daripada populasi. Mohd Najib (1999) pula menyatakan populasi sebagai semua ahli dalam kelompok pembolehubah yang dikaji. Populasi dan sampel kajian difokuskan kepada pelajar tingkatan empat di enam buah

sekolah menengah teknik selatan Semenanjung. Pemilihan responden ini adalah kerana mereka belajar di sekolah menengah teknik.

Menurut Mohammad Khatim et al. (2002), dalam persampelan berkelompok, populasi dibahagikan kepada beberapa bahagian dan kemudian pilih semua ahli dalam bahagian yang dipilih. Unit-unit dalam kelompok mempunyai korelasi yang tinggi dan homogenous manakala antara kelompok pula adalah heterogenous. Sifat rawak persampelan ini bergantung kepada pemilihan kelompok. Menurut Chua (2006), apabila kajian dilakukan ke atas populasi yang melibatkan kawasan yang luas dan bilangan subjek yang banyak dalam populasi, di mana senarai subjek tidak dapat diperolehi, persampelan berkelompok boleh digunakan. Dalam kajian ini pengkaji ingin melakukan kajian ke atas pelajar-pelajar sekolah menengah teknik seluruh Malaysia. Pengkaji tidak mempunyai senarai nama pelajar yang merangkumi semua sekolah tersebut. Oleh kerana senarai nama pelajar tidak ada, pengkaji menggunakan porsedur persampelan kelompok.

Maka dalam kajian ini persampelan kelompok akan dilakukan apabila pengkaji memilih sekolah-sekolah teknik di Selatan Semenanjung Malaysia yang merangkumi Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Kemudian, apabila pengkaji memilih untuk mendapatkan responden dari dua buah sekolah untuk setiap negeri yang dipilih, persampelan berkelompok sekali lagi digunakan. Seterusnya, pengkaji memilih untuk menjadikan pelajar tingkatan empat sahaja sebagai responden kerana Kementerian Pelajaran Malaysia tidak membenarkan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam untuk menjadi responden. Akhir sekali, pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak untuk memilih 64 pelajar dari setiap sekolah sebagai responden. Bilangan responden seramai 64 orang dari setiap sekolah membawa jumlah keseluruhan sampel seramai 384 responden. Jumlah 384 ini adalah yang paling hampir dengan bilangan sampel yang diperolehi melalui jadual penetapan sampel iaitu seramai 381 responden.

Bilangan populasi pelajar sekolah menengah teknik seluruh Malaysia ialah 53,125 orang (Berita Harian, 2006). Berpandukan jadual penetapan saiz sampel dirujuk dari Sekaran, (1992) saiz populasi seramai 50 000 orang memerlukan saiz sampel sebanyak 381 orang. Bilangan sampel diperolehi berdasarkan panduan dalam Lampiran B. Ia merupakan responden yang terpilih untuk mewakili semua sampel yang ada, meliputi pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik di selatan Semenanjung Malaysia. Ini selaras dengan pernyataan dari Mohd Najib, (1999), bahawa pengkaji digalakkan menggunakan saiz sampel melebihi 30 unit kerana andaian taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit.

3.4

Tempat Kajian

Dalam kajian ini, lokasi yang terlibat ialah Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Sekolah Menengah Teknik Kluang, Sekolah Menengah Teknik Dato’ Md Zin, Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dan Sekolah Menengah Port Dickson. Pemilihan lokasi dibuat berdasarkan faktor logistik, faktor kewangan dan kekangan masa yang dihadapi pengkaji iaitu jarak lokasi kajian adalah mampu dicapai oleh pengkaji telah memudahkan proses pengumpulan data yang telah dijalankan. Pemilihan lokasi juga dibuat berdasarkan keperluan pemungutan sampel melalui kaedah persampelan berkelompok, di mana pengkaji telah menetapkan untuk mengambil sampel di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. Bersandarkan kepada pernyataan Chua (2006) berkaitan persampelan berkelompok, maka pengkaji memilih lokasi yang dinyatakan di atas agar data yang telah diperolehi dapat memberikan keputusan yang boleh dipercayai. Jadual 3.1 berikut meringkaskan maklumat mengenai lokasi dan bilangan sampel kajian yang telah diambil.

Jadual 3.1: Lokasi dan bilangan sampel kajian Sekolah Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson Sekolah Menengah Teknik Dato’ Md Zin Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Sekolah Menengah Teknik Kluang Jumlah Bilangan respondeen 64 64 64 64 64 64 384

3.5

Instrumen Kajian

Penggunaan soal selidik dipilih kerana ia memudahkan dan menjimatkan. Namun ianya terbatas kerana sensitiviti individu dan ada maklumat yang tidak dapat didedahkan (Najib, 1999). Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah soal selidik sebagai satu kaedah pungutan data yang seragam. Ini seperti yang dinyatakan oleh Oppenheim dalam Mohd Najib (1999), di mana beliau menyatakan bahawa kaedah soal selidik mampu mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan selain daripada keterangan latar belakang. Menurutnya lagi, soal selidik juga amat tepat, menjimatkan masa dan mudah diagihkan berbanding dengan temuduga atau bentuk pungutan data yang lain. Ia juga sesuai dengan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji.

Menurut Mohamad Najib (1999), soal selidik adalah satu alat yang penting bagi seseorang pengkaji kerana kualiti atau mutu soal selidik telah menentukan nilai penyelidikan pada keseluruhannya. Jika pernyataan dalam soal selidik kabur, maka jawapan yang diperolehi itu tidak akan memberikan pengertian yang nyata. Oppenheim dalam Mohd Najib (1999) menyatakan bahawa, banyak data daripada responden dapat

diperolehi dalam satu jangka masa yang singkat dan jawapan yang diperolehi adalah lebih konsisten dengan menggunakan instrumen soal selidik berbanding dengan kaedahkaedah lain. Pengkaji memilih instrumen soal selidik dengan rasional bahawa jangka masa yang singkat diperlukan untuk mendapatkan maklum balas dan responden tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur bias.

3.5.1 Struktur alat kajian

Soalan-soalan untuk kaedah soal selidik dibina sendiri oleh pengkaji dengan bimbingan dari penyelia. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berhubung dengan masalah berkaitan sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang, kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar dan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Soalan-soalan di dalam soal selidik ini menjurus kepada persoalan kajian yang timbul. Soalan-soalan tersebut dirangka dalam bentuk yang mudah dan ringkas bagi memastikan responden menjimatkan masa menjawab memberi kemungkinan adalah tepat dan responden dapat memberikan kerjasama sepenuhnya.

Soalan-soalan yang dikemukakan adalah meliputi:

i.

Bahagian A: Kaedah yang dijalankan oleh pihak sekolah terhadap amalan pemakanan yang sihat

ii. Bahagian B: Kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat, iii. Bahagian C: Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar iv. Bahagian D: Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar v. Bahagian E: Konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran

Bagi membina instrumen kajian ini, pengkaji telah mengadaptasi dan mengubahsuaikan beberapa borang soal selidik yang dibina oleh penyelidikpenyelidik seperti dalamJjadual 3.2 berikut:-

Jadual 3.2: Senarai rujukan soal selidik. Nama Penyelidik American Academy of Pediatrics. Rosanne Perlman Parris. Tahun 1997 2000 Tajuk Kajian School Health Leadership Training Conference. Influences Of Children’s School Meal Eating Patterns: Implication For Nutritional Education. The Effects Of A School-Based Nutrition Education Intervention On Self-Efficacy For Healthy Eating, Usual Food Choices, Dietary Knowledge, And Fruit, Vegetable, And Fat Consumption In Adolescents. School Health Index For Physical Activity, Healthy Eating And A Tobacco-Free Lifestyle: A Self-Assessment And Planning Guide. The Relationship Of Body Mass Index Levels, Nutrition Knowledge, Influences On Food Choices, Dietary Habits And Nutrition Education Of Adolescent Students. An Exploration Of The Effectiveness of A Phase Approach To Nutrition Counseling Using The Transtheoretical And Brief Intervention Models. The School Environment: Possibilities For The Promotion of Child Health.

JoAnn Denny Long.

2000

Centers For Disease Control And Prevention.

2002

Kimberly Elizabeth Flyod.

2003

Kaye-Ann Grant.

2004

Heather Danae Graham.

2005

Pengkaji telah membahagikan kandungan soal selidik ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu, Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, Bahagian D, dan Bahagian E.

Bahagian A:

Mengandungi dua belas (12) soalan untuk mendapatkan maklumat tentang sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang.

Bahagian B:

Mengandungi lapan (8) item untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat.

Bahagian C:

Mengandungi dua puluh tujuh (27) item untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar.

Bahagian D: Mengandungi tujuh (7) item untuk mendapatkan maklumat tentang konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar. Bahagian E: Mengandungi lima belas item (15) untuk mendapatkan maklumat tentang konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Bagi semua bahagian, item-item diukur berdasarkan darjah persetujuan yang dipersetujui responden pada lima mata berbentuk Likert. Penandaan darjah Skala Likert ditunjukkan dalam Jadual 3.4. Nilai skala adalah bergantung kepada bentuk item samada item itu mempunyai pernyataan positif atau negatif. Bagi item pernyataan positif, skala tinggi memberikan nilai yang tinggi manakala bagi item pernyataan negatif, skala tinggi memberi nilai yang rendah.

3.5.1.1 Set Ujian

Satu ujian Tahap Pengetahuan Sedia Ada Pelajar telah dilampirkan. Set ujian ini diadaptasi dan dialihbahasa dari Floyd, (2003). Set ujian yang mengandungi 10 soalan ini dilampirkan bersama soal selidik dan telah disemak serta disahkan oleh pakar pemakanan Hospital Kluang. Set ujian ini desahkan bersesuaian untuk dijawab oleh pelajar sekolah menengah teknik dan sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Set ujian ini berfungsi untuk menguji tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan pemakanan seimbang. Skala pemarkahan untuk ujian ini diadaptasi daripada skala pemarkahan 1 – 10 yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Permohonan Guru Cemerlang (KPM, 2003)

Jadual 3.3: Skala pemarkahan ujian. Markah 1 hingga 2 3 hingga 4 5 hingga 6 7 hingga 8 9 hingga 10 Tafsiran Sangat rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat tinggi

( Sumber: diadaptasi dan diubahsuai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003)

3.5.2 Penilaian alat kajian

Menurut Chua (2006), penggunaan angka tunggal (contohnya skala 1 – 5) memastikan responden yang tidak dapat membuat keputusan sama ada setuju atau tidak setuju boleh menyatakan pandangannya yang kurang pasti tentang pernyataan yang diberikan.

Jadual 3.4 : Pemberatan Skala Likert Pemberat Sangat Tidak Setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Setuju (S) Sangat Setuju (SS) Skor 1 2 3 4 5 (Sumber: Wiersma,1995)

Bagi mengukur konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar pula, skala kekerapan dalam Jadual 3.5 berikut telah digunakan. Jadual ini mengukur kekerapan pengambilan makanan oleh pelajar sepanjang tempoh seminggu.

Jadual 3.5 : Kekerapan pengambilan makanan dalam seminggu Skala 1 2 3 4 5 Kekerapan (seminggu) 0 – 2 kali 3 – 5 kali 6 – 8 kali 9 – 11 kali 12 – 14 kali (Sumber : Diadaptasi dan disesuaikan dari Grant, 2004)

3.6

Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan satu percubaan awal terhadap teknik dan prosedur kajian sebenar bagi mengukur kesahan dan kebolehpercayaan perlaksanaannya kelak (Wiersma, 1995). Menurut Wiersma (1995) lagi, keseluruhan prosedur kajian sebenar termasuk kaedah analisis data akan diuji dalam kajian rintis. Menurut Cohen dan Manion (1985) pula, kajian rintis bukan sahaja satu praktis yang baik untuk memperbaiki sebarang kesalahan (jika ada), malah ia juga berguna bagi melatih pengkaji mengendalikan kajian sebenar. Penyelidik perlu menjalankan kajian rintis untuk menentukan mutu instrumen yang telah dibentuk. Kajian rintis ini kadang-kadang dikenali dengan nama kajian kesahan dan kebolehpercayaan atau kajian korelasi. Melalui kajian rintis ini, item-item yang bermutu atau item yang signifikan secara statistik telah dikenal pasti.

Menurut Chua (2006), ujian rintis dijalankan dengan menggunakan sebilangan kecil (biasanya 20-40 orang) individu yang mempunyai latar belakang demografi yang serupa dengan responden kajian. Chua (2006) turut menyatakan bahawa pengkaji tidak boleh menggunakan sebilangan responden kajian sebagai responden ujian rintis. Untuk tujuan ini seramai 20 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik telah

dipilih untuk menjalani kajian rintis. Nilai interpretasi Alpha Cronbach digunakan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dan kesahan. Mohd Najib, (1999) menyatakan bahawa Alpha Cronbach merupakan koefiesien atau tahap kebolehpercayaan yang menunjukkan yang soalan-soalan kajian berhubungan antara satu dengan yang lain. Jika nilainya menghampiri 1.0, maka kebolehpercayaan soalansoalan yang dibina adalah tinggi dan berkesan. Nilai 0.0 menunjukkan kebolehpercayaan soalan-soalan yang dibina adalah rendah dan tidak berkesan. Walaubagaimanapun, Alpha Cronbach 0.6 masih boleh diterima bagi soalan-soalan yang dibina (Mohd Najib, 1999). Jadual 3.6 : Interpretasi skor Alpha Cronbach Skor Alpha Cronbach 0.9 – 1.0 0.8 – 0.9 0.7 – 0.8 0.6 – 0.7 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi Baik Baik dan boleh diterima Boleh diterima (Sumber : Mohd Najib, 1999) Tahap Kebolehpercayaan

3.7

Pembolehubah Kajian

Ciri yang dicerap dari setiap individu dalam sesuatu populasi dipanggil pembolehubah. Ciri tersebut dinamakan pembolehubah kerana nilainya berubah-ubah dari individu ke individu yang lain (Majid, 2004). Terdapat dua jenis pembolehubah yang digunakan di dalam kajian ini iaitu pembolehubah terikat atau dikenali juga sebagai pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas atau dipanggil sebagai pembolehubah tidak bersandar.

3.7.1 Pembolehubah Terikat

Pembolehubah terikat berubah bergantung kepada pembolehubah bebas. Perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah bebas akan menyebabkan berlakunya perubahan samada yang selari ataupun yang songsang terhadap pembolehubah terikat ini. Menurut Majid (2004), pembolehubah terikat atau dikenali pembolehubah aktif ini boleh dimanipulasikan oleh penyelidik. Dalam kajian ini , pengkaji telah menetapkan pembolehubah terikat terdiri daripada faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, kesedaran dan pengetahuan pelajar berkaitan diet seimbang, konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar serta konsentrasi pelajar di dalam kelas.

3.7.2 Pembolehubah Bebas

Pembolehubah bebas tidak bergantung kepada mana-mana pembolehubah, bererti, ia berdiri dengan sendiri. Apabila pembolehubah bebas dimanipulasikan, ia akan membawa perubahan samada perubahan selari ataupun perubahan songsang terhadap pembolehubah terikat. Pembolehubah-pembolehubah ini telah sedia wujud sebelum sesuatu kajian bermula dan penyelidik tidak boleh mengawal dan memanipulasi pembolehubah tersebut semata-mata untuk menjalankan sesuatu kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan pembolehubah bebas ialah jenis sokongan yang diambil oleh pihak sekolah terhadap pengambilan nutrisi seimbang dan tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan pemakanan yang sihat.

3.8

Kaedah Pengumpulan Data

Data diperolehi melalui instrrumen soal selidik. Sebanyak 420 salinan set soal selidik dan ujian telah diedarkan ke enam buah sekolah seperti yang telah dinyatakan dalam Jadual 3.1, bahawa setiap sekolah menerima 70 salinan set instrumen. Walaupun bilangan salinan set soal selidik dan ujian yang diperlukan di setiap sekolah adalah

sebanyak 64 salinan, namun pengkaji telah mengedarkan enam salinan sebagai tambahan sekiranya soal selidik yang dikumpulkan semula mengalami sebarang kecacatan. Kecacatan yang dimaksudkan di sini ialah set soal selidik atau ujian yang tidak dijawab dengan lengkap atau bilangan muka surat salinan dalam mana-mana bahagian set soal selidik tidak lengkap. Salinan set soal selidik yang rosak pula berlaku apabila responden menjawab lebih dari satu jawapan bagi satu item dan menokok tambah atau memotong ayat pada item sebelum menjawabnya. Bagi salinan set soal selidik yang rosak, pengkaji mengambil tindakan mengasingkan dan tidak menggunakannya untuk analisis data

Setelah berurusan dengan Pengetua atau Pemangku Pengetua, pengkaji berurusan pula dengan kaunselor dari sekolah-sekolah terlibat. Bagi Sekolah Menengah Teknik Dato’ Md Zin, Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah dan Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, pengkaji telah diminta meninggalkan salinan set soal selidik kepada kaunselor. Kaunselor tersebut telah mengambil tindakan mengedarkan soal selidik dan ujian tersebut kepada responden. Manakala di Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Sekolah Menengah Teknik Port Dickson dan Sekolah Menengah Teknik Kluang, pengkaji telah menguruskan sendiri pengedaran soal selidik dan set ujian kepada responden setelah berurusan dengan Pengetua.

Pengkaji mengedarkan soal selidik kepada pelajar tingkatan empat. Responden mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk menjawab kedua-dua set soal selidik dan ujian yang diberikan. Jadual 3.7 berikut

Jadual 3.7 : Bilangan salinan set soal selidik dan ujian yang diperolehi
Sekolah Bilangan salinan diedarkan 70 70 70 70 70 70 420 Bilangan salinan dikumpul 70 67 69 58 61 66 391 Bilangan salinan yang rosak 4 1 3 2 10 Bilangan salinan yang dianalisis 66 66 66 58 59 66 381

Sekolah Menengah Teknik Dato’ Md Zin Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson Sekolah Menengah Teknik Kluang Jumlah

3.9

Tatacara Penganalisisan Data

Setelah memperolehi data, ia dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) version 11.0. Data yang telah diperolehi diinterpretasikan menggunakan analisis nilai dan skor min dan analisis korelasi. Nilai skor min telah digunakan dalam kajian kerana pengkaji ingin mengenalpasti faktorfaktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan mengamalkan diet seimbang serta sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang pelajar-pelajarnya. Manakala analisis korelasi Pearson untuk melihat perhubungan di antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan pemakanan yang sihat serta untuk melihat hubungan antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar dengan sokongan yang diambil oleh pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar. Ujian korelasi Spearman pula telah digunakan untuk melihat hubungan di antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi responden semasa pengajaran dan pembelajaran.

3.9.1 Kaedah Analisis Nilai Skor Min

Data bagi soalan kaji selidik dianalisis menggunakan kaedah analisis nilai skor min. Data diinterpretasikan berdasarkan tafsiran julat nilai min. Seterusnya menurut sumber yang diubahsuai daripada Mohd Najib Abd Ghafar, (2003) untuk mentafsirkan nilai-nilai min skor yang diperolehi, julat min adalah berpandukan kepada Jadual 3.8:

Jadual 3.8: Tafsiran Julat Nilai Min SKOR MIN 1.00 hingga 2.33 2.34 hingga 3.66 3.67 hingga 5.00 TAFSIRAN Rendah Sederhana Tinggi TAHAP Lemah Sederhana Baik (Sumber :Mohd Najib Abd Ghafar, 2003)

3.9.2 Analisis Hipotesis

Bagi tujuan analisis hipotesis, analisis perbandingan min digunakan iaitu analisis yang melibatkan ujian korelasi Pearson dan korelasi Spearman. Kaedah ujian korelasi digunakan dalam melihat perhubungan diantara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji.

3.9.2.1 Ujian Korelasi

Perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah dinamakan sebagai korelasi, dan kekuatan sesuatu korelasi diwakili oleh pekali korelasi dalam ujian korelasi (Chua, 2006). Jenis ujian korelasi yang digunakan bergantung kepada jenis skala pengukuran dan bilangan pembolehubah yang terlibat dalam korelasi. Dalam kajian ini, Pekali Spearman Rho dan Korelasi Pearson digunakan. Menurut Chua (2006), Pekali Spearman Rho menyatakan perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah apabila taburan normal tidak dipatuhi di mana kedua-dua pembolehubah berskala ordinal yang

disusun dalam pangkatan, manakala Korelasi Pearson pula menyatakan perhubungan antara variabel-variabel yang menggunakan skala selang dan nisbah. Jadual 3.9 : Pekali korelasi berdasarkan skala pengukuran pembolehubah Pembolehubah X Nisbah/ Selang

Skala Nominal

Nominal 1. Phi 2. Cramer 3. Lambda Rank-biserial

Ordinal Rank-biserial

Point-biserial

Ordinal Pembolehubah Y Nisbah/ Selang

Point-biserial

1. Spearman Rho Biserial 2. Tetrachronic Pearson ProductBiserial Moment (Sumber :Chua ,2006)

Pekali korelasi (r) ialah nilai pengukuran kekuatan perhubungan antara dua pembolehubah yang mempunyai sela antara +1.00 dan -1.00. Oleh kerana korelasi yang sempurna jarang berlaku dalam penyelidikan, pekali korelasi dilaporkan dalam dua titik perpuluhan (Chua, 2006). Jadual 3.10 : Kekuatan nilai pekali korelasi Saiz pekali korelasi 0.91 hingga 1.00 atau -0.91 hingga -1.00 0.71 hingga 0.90 atau -0.71 hingga -0.90 0.51 hingga 0.70 atau -0.51 hingga -0.70 0.31 hingga 0.50 atau -0.31 hingga -0.50 0.01 hingga 0.30 atau -0.01 hingga -0.30 0.0 Kuat Sederhana Lemah Sangat lemah Tiada korelasi (Sumber :Chua ,2006) Kekuatan korelasi Sangat kuat

Jadual 3.11 : Pembahagian julat dan anggapan Julat 0.00 0.01 hingga 0.40 0.41 hingga 0.60 0.61 hingga 0.80 > 0.81 Kekuatan korelasi Tiada hubungan Terlalu sedikit perhubungan Sederhana Hubungan kukuh Hubungan paling kukuh

(Sumber:Adaptasi daripada Wallen & Fraenkel, 1991 dalam Majdi@AbdulHadi,2001)

3.10

Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan dan kebolehpercayaan merupkan aspek yang sangat penting bagi sesuatu instrumen dan keputusan pengujian, tetapi mempunyai ciri yang berlainan. Kedua-duanya mempunyai hubungan yang saling berkait. Secara ringkasnya, jika satu pengujian itu sah, maka keputusannya adalah boleh dipercayai (Khalid, 2003).

3.10.1 Kesahan

Kesahan didefinisikan oleh Mohd Najib (1999), sebagai satu ujian yang menggambarkan sejauh mana ujian itu dapat mengukur yang sepatutnya dapat diukur. Sesuatu kajian dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi. Mohd. Majid (2004) seterusnya menyatakan bahawa, kesahan sesuatu alat kajian dipengaruhi oleh jenis pemboleh ubah. Sekiranya sesuatu pemboleh ubah berbentuk fizikal atau kuantitatif, seseorang individu boleh menentukan kesahan alat ukuran bagi pemboleh ubah tersebut dengan mudah. Dalam kajian ini kesahan berkaitan struktur, isi kandungan dan muka didapati daripada pakar-pakar bidang. Kesahan isi diperolehi daripada pakar pemakanan

Hospital Kluang, manakala kesahan struktur dan muka diperolehi daripada pensyarahpensyarah KUiTTHO sendiri.

3.10.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan, kestabilan dan ketepatan skor-skor yang diberikan dalam sesuatu atau siri ujian (Mohd Najib, 1999). Maka, kebolehpercayaan boleh dirumuskan sebagai ketekalan sesuatu alat ukuran bagi mengukur sesuatu pembolehubah atau gagasan yang sama pada masa yang berlainan. Kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu konsisten (Khalid, 2003) dan sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor yang sama diperoleh individu yang sama, dengan menjawab ujian yang sama pada masa yang berbeza. Mohd. Majid (2004) menyatakan bahawa ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur pemboleh ubah atau gagasan adalah pengertian bagi konsep kebolehpercayaan alat ujian atau ukuran. Alat ukur yang mengukur sesuatu pemboleh ubah atau gagasan dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, sebaliknya alat ukur yang menghasilkan markah yang berubah-ubah bagi mengukur gagasan yang sama dikatakan tidak tekal dan mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.

Indeks kebolehpercayaan boleh diguna untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu alat ukuran. Indeks kebolehpercayaan merupakan suatu pekali yang menunjukkan ketekalan sesuatu alat atau ujian. Biasanya indeks kebolehpercayaan dapat ditentukan menggunakan kaedah korelasi iaitu dengan mengkorelasi gerak balas subjek dua set skor yang diperoleh hasil daripada gerak balas subjek terhadap item-item dalam ujian atau alat ukuran. Indeks kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini diperoleh melalui nilai Alpha Cronbach yang menghampiri 1.0 yang dikira menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science (SPSS) Versi 11.0 (Chua, 2006).

3.10.2.1 Kebolehpercayaan Instrumen

Dalam kajian rintis, sebanyak 20 set soal selidik diedarkan kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Jasin. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 11.0 berdasarkan prosedur analisis Alpha Cronbach untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan.

Ringkasan hasil analisis koefesien kebolehpercayaan yang diperolehi melalui kajian rintis adalah seperti dalam Jadual 3.12.

Jadual 3.12:Ringkasan Hasil Analisis Koefesien Kebolehpercayaan Kajian Bil Item Jumlah Koefisien Tahap Kenyataan Kebolehpercayaan 1. Sokongan pihak 12 0.7996 Baik dan sekolah boleh diterima 2. Faktor-faktor 27 0.7860 Baik dan boleh mempengaruhi diterima pemilihan makanan 3. Kesedaran pelajar 8 0.7920 Baik dan mengamalkan boleh diterima pemakanan seimbang 4. Konsistensi 7 0.8536 Baik pengambilan makanan oleh pelajar 5. Konsentrasi pelajar di 15 0.8259 Baik dalam kelas 6. Hasil Keseluruhan 69 0.8308 Baik Jadual 3.9 di atas menunjukkan koefisien kebolehpercayaan bagi setiap bahagian dalam soal selidik. Berdasarkan koefisien kebolehpercayaan yang tinggi bagi setiap bahagian iaitu 0.6 dan ke atas, maka item-item dalam soal selidik boleh diperbaiki dan dikekalkan. Bagi item-item Bahagian A: Sokongan Pihak Sekolah, nilai Alpha ialah 0.7996. Ini menunjukkan item-item bahagian ini adalah baik dan boleh diterima. Bahagian B: Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, mencatatkan nilai Alpha 0.7860, menunjukkan bahawa item-item bahagian ini adalah boleh diterima.

Bahagian C pula yang mengukur kesedaran pelajar dalam mengamalkan pemakanan yang sihat memperolehi nilai Alpha sebanyak 0.7920, manakala Bahagian D: Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar telah mencatatkan nilai Alpha sebanyak 0.8536 yang ditafsirkan sebagai boleh diterima. Dalam bahagian terakhir pula, yang mengukur konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran telah mendapat nilai Alpha sebanyak 0.8259 yang ditafsirkan sebagai boleh diterima. Hasil keseluruhan ujian Alpha Cronbach mencatat nilai sebanyak 0.8308 yang membawa maksud item-item yang terkandung dalam analisis kajian rintis yang telah dijalankan adalah baik. Bagi item-item yang ditafsirkan sebagai ‘baik dan boleh diterima’ iaitu yang mempunyai skor 0.7 hingga 0.8, item-item yang berkaitan perlu dimurnikan dari segi ayat soalannya agar tidak mengelirukan responden. Maka, item-item tersebut perlu dimurnikan agar dapat mengukur dan membantu dalam menjawab persoalan kajian. Item-item yang dibina mestilah menggunakan perkataan-perkataan yang ringkas dan mudah difahami oleh responden. Ini untuk mengelakkan responden berasa bosan, keliru dan tidak bersemangat untuk terus menjawab borang soal selidik.

3.11

Prosedur Kajian

Kajian ini bertujuan mengenapasti masalah daya penumpuan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan melihat sejauh mana hubungannya dengan amalan pemakanan pelajar, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan, cara membentuk amalan pemakanan yang sihat dan sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang. Langkah yang telah diambil adalah seperti Jadual 3.13.

Jadual 3.13: Prosedur kajian Langkah 1 2 Aktiviti Mengenalpasti isu, masalah dan situasi Menyediakan soal selidik. Soalan-soalan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan kepada perkara-perkara yang terdapat dalam instrumen kajian Mengetahui rangka sampel, iaitu jumlah pelajar tingkatan empat dan guru di sekolah yang terpilih Mencetak soal selidik mengikut jumlah sampel Mengedar dan memungut borang soal selidik Menjalankan analisis data Keputusan dan rumusan kajian dibuat berdasarkan hasil kajian yang diperolehi Cadangan membentuk aktiviti amalan pemakanan yang sihat dan menyeronokkan di sekolah.

3 4 5 6 7 8

Dalam prosedur kajian ini, pengkaji mula mengenalpasti isu, masalah dan situasi yang dikaji melalui pembacaan dari pelbagai sumber seperti majalah ilmiah dan jurnal akademik, pemerhatian dan pengetahuan sedia ada. Seterusnya pengkaji merancang kajian mengikut jadual pelaksanaan.

3.12

Rumusan

Bab ini telah menerangkan beberapa pembolehubah yang digunakan dalam instrumen soal selidik iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan, tahap pengetahuan sedia ada pelajar, tahap kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar dan sokongan sekolah terhadap pemakanan dan nutrisi seimbang. Selain itu prosedur pengumpulan data iaitu kaedah soal selidik dan kaedah penganalisisan data yang terdiri daripada Ujian Korelasi Spearman, Ujian Korelasi Pearson dan Skor Min juga diterangkan bagi memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik serta menghasilkan kajian yang berkualiti.

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang analisis yang diperolehi daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden-responden di enam buah sekolah menengah teknik yang telah dipilih. Data diperolehi melalui satu set ujian dan satu set borang soal selidik. Responden adalah dari kalangan pelajar tingkatan empat dari sekolah-sekolah berkenaan yang dipilih secara rawak.

Untuk mendapatkan kejituan analisis, data-data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) 11.0. Analisis data yang dihuraikan di dalam Bab IV ini adalah berdasarkan kepada persoalanpersoalan kajian seperti yang telah dinyatakan dalam Bab I. Keputusan-keputusan analisis dipermudahkan dalam bentuk jadual.

4.2

Profil Responden

Responden kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik. Ini adalah kerana mereka tidak menduduki peperiksaan awam pada tahun ini. Pihak Kementerian Pelajaran tidak menggalakkan pemilihan responden dari kalangan palajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia. Tiada

pemilihan jantina dan kaum responden dilakukan semasa mengedarkan borang soal selidik kerana kriteria tersebut tidak termasuk dalam persoalan kajian. Umur responden pula secara amnya ialah 16 tahun.

Responden adalah terdiri daripada pelajar tingkatan empat dari enam buah sekolah menengah teknik di selatan Semenanjung Malaysia. Seramai 64 orang responden telah dipilih dari setiap sekolah. Sekolah-sekolah menengah teknik yang terlibat ialah SMT Dato’ Jaafar dan SMT Port Dickson mewakili Negeri Sembilan, SMT Dato’ Md Zin dan SMT Melaka Tengah mewakili Negeri Melaka serta SMT Batu Pahat dan SMT Kluang mewakili Negeri Johor. Tiada pengkhususan kursus dipilih kerana semua pelajar menggunakan kantin dan dewan makan yang sama.

4.3

Dapatan Kajian

Analisa secara purata keseluruhan min dan sisihan piawai digunakan bagi menguji item-item soal selidik. Item-item dibahagikan kepada lima bahagian iaitu bahagian pendekatan pihak sekolah, kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan seimbang, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar, konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar dan konsentrasi pelajar di dalam kelas.

4.3.1 Persoalan Kajian (i): Pendekatan pihak sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar sekolah.

Terdapat 12 soalan yang telah dijawab oleh responden mengenai pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat terhadap pelajar. Jadual 4.1 menunjukkan min yang telah diperolehi.

Jadual 4.1 : Pendekatan Pihak Sekolah
No. 1. 2. i. ii. 3. 4. Item Saya mempelajari mengenai amalan pemakanan yang sihat di sekolah. Saya banyak mempelajari pemakanan yang sihat di.... Kelas Sains. Kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sekolah saya mengamalkan kempen amalan pemakanan sihat. Saya terlibat dalam menghasilkan hidangan makanan untuk rakan-rakan di sekolah pada hari keramaian (contohnya: Hari Sukan, Hari Penyampaian Hadiah). Terdapat gerai menjual makanan yang dikendalikan oleh pelajar menerusi persatuan tertentu (contohnya : Kelab Usahawan). Sekolah saya menetapkan… kaunter menjual buah-buahan berasingan dari kaunter jualan makanan yang lain. bahawa kantin sekolah menjual jus buah-buahan segar. papan kenyataan yang memberi panduan kepada pelajar akan cara-cara mengamalkan diet seimbang Mengedarkan risalah berkaitan amalan pemakanan yang sihat. Sekolah saya mengadakan ceramah berkaitan pemakanan yang sihat. Sekolah saya menjemput penceramah dari hospital kerajaan untuk memberi ceramah kesihatan. Min Keseluruhan Sisihan piawai 1.03 Min 3.38 Tafsiran Sederhana

1.14 1.20 1.14

3.31 3.59 2.84

Sederhana Sederhana Sederhana

1.30

2.47

Sederhana

5.

1.24

3.68

Tinggi

6 i.

1.20

2.39

Sederhana

ii. iii.

1.38 1.30

2.66 3.08

Sederhana Sederhana

iv. 7. 8.

1.33 1.20 1.25

2.58 2.83 3.04

Sederhana Sederhana Sederhana

1.23

3.01

Sederhana

Bagi bahagian Pendekatan Pihak Sekolah, pengiraan skor min bagi setiap item telah diperolehi dengan membahagikan jumlah keseluruhan skor untuk sesuatu kriteria dengan bilangan responden yang terlibat dalam kajian. Purata min keseluruhan bagi setiap item adalah sederhana iaitu mencapai 3.01. Tahap pendekatan sekolah pada bahagian ini boleh dikatakan pada tahap yang sederhana.

Dalam kajian ini, pengiraan sisihan piawai diambil kira kerana ia merupakan langkah mendapatkan jumlah nilai sisihan skor dari nilai min dan sisihan piawai (rujuk Lampiran G). Min yang tertinggi dalam bahagian ini ialah item keenam iaitu dengan nilai min 3.68. Sisihan piawai bagi item ini pula ialah 1.24 yang bermaksud pilihan responden tidak tertumpu pada pendapat yang sama. Manakala min terendah ialah pada item ketujuh iaitu kaunter menjual buah-buahan dengan nilai min 2.39 serta sisihan piawainya ialah 1.20 yang juga bermaksud pilihan responden tidak tertumpu pada pendapat yang sama.

4.3.2 Persoalan Kajian (ii): Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar.

Terdapat 27 soalan yang telah dijawab oleh responden. Lapan soalan berkaitan dengan keluarga, persekitaran dan rakan sebaya, lima soalan berkaitan emosi, lima soalan berkaitan aktiviti fizikal pelajar dan sembilan soalan berkaitan jenis makanan yang lebih digemari responden. Jadual 4.2 menunjukkan min yang telah diperolehi.

Bahagian ini mempunyai dua puluh tujuh item bagi menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar. Seperti yang terdapat dalam Jadual 4.2, jumlah keseluruhan min bagi bahagian ini berada dalam peringkat yang sederhana iaitu 3.54.

Jadual 4.2 : Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Makanan Pelajar
No. Item Faktor Persekitaran Saya belajar mengenai amalan pemakanan melalui… keluarga. rakan-rakan. media (media cetak dan elektronik). guru. Saya makan makanan seperti yang... dimakan oleh keluarga saya. dimakan oleh rakan saya. dipelajari dalam kelas. dipaparkan melalui media (media cetak dan elektronik). Min 3. 4. 5. 6. 7. Faktor Emosi Saya kerap berasa murung. Saya kerap berasa tertekan. Saya kerap berasa bahawa perkara yang berlaku tidak seperti yang saya jangkakan. Saya kerap tidak dapat menguasai perkara yang hendak dilakukan. Saya kerap berasa bahawa perkara yang berlaku adalah di luar kawalan saya. Min Faktor aktiviti fizikal Saya melakukan aktiviti lasak (contoh : jungle tracking, kayak, perkhemahan). Saya aktif bersukan. Saya mewakili Rumah Sukan semasa Hari Sukan. Saya melakukan aktiviti riadah. Saya berjalan kaki ke sekolah. Min Faktor Organoleptik Saya hanya akan makan makanan yang ... baunya (aroma) enak. teksturnya baik. rasanya sedap. dihidangan dengan menarik. lemaknya kurang. Saya hanya makan buah-buahan di kantin jika ia kelihatan menyelerakan. Saya hanya makan sayur-sayuran di kantin jika ia kelihatan menyelerakan. Saya memilih untuk makan makanan yang berkhasiat di kantin sekolah. Saya memakan lebih dari tiga jenis makanan di kantin sekolah (contoh : kuih, mee, nasi, soto, laksa). Min Min Keseluruhan Sisihan piawai Min Tafsiran

1. i ii. iii. iv. 2. i. ii. iii. iv.

0.77 1.00 0.93 0.96 0.85 1.01 0.98 1.03 0.94 1.17 1.22 1.17 1.10 1.14 1.16 1.27 1.15 1.22 1.03 1.31 1.20

4.29 3.48 3.87 3.73 4.24 3.37 3.22 3.36 3.70 2.70 3.10 3.29 3.19 3.08 3.10 3.28 3.41 3.25 3.85 3.86 3.53

Tinggi Sederhana Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Tinggi Tinggi Sederhana

8. 9. 10. 11. 12.

13. i ii iii iv v 14. 15. 16. 17.

1.01 0.85 0.69 0.95 0.95 1.19 1.22 1.15 1.24 1.03 1.06

3.81 4.00 4.36 3.96 3.89 3.57 3.50 3.47 2.48 3.67 3.54

Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Tinggi Sederhana

Min yang terendah ialah pada item ke-dua puluh tujuh iaitu 2.48 dan min tertinggi ialah pada item ke-dua puluh satu dengan nilai 4.36. Nilai sisihan piawai bagi item dengan min tertinggi ialah 0.69, manakala sisihan piawai bagi item dengan min terendah ialah 1.24. Oleh kerana nilai sisihan piawai bagi min tertinggi adalah kurang dari 1, maka menunjukkan jawapan kebanyakan responden adalah tertumpu pada pilihan jawapan yang sama, manakala sisihan piawai bagi min terendah adalah lebih dari 1, menunjukkan jawapan kebanyakan responden adalah tidak tertumpu pada pilihan jawapan yang sama, (rujuk Lampiran G).

4.5 4 3.5 3 min 2.5 2 1.5 1 0.5 0 faktor organoleptik

aroma tekstur rasa rupa hidangan kandungan lemak buah-buahan sayur-sayuran pilih makanan berkhasiat lebih 3 hidangan

Rajah 4.1 : Graf min pemilihan makanan berdasarkan faktor organoleptik

Merujuk kepada Rajah 4.1, organoleptik merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan responden. Ia melibatkan empat daripada lima deria rasa manusia iaitu deria hidu, rasa, sentuh dan lihat. Melalui kajian yang telah dijalankan, para responden cenderung memilih makanan berdasarkan rasanya yang sedap dan kebanyakan tidak makan lebih dari tiga jenis hidangan di kantin sekolah.

3.9 3.8 3.7 3.6 3.5 min 3.4 3.3 3.2 3.1 3 2.9 aktiviti fizikal

aktiviti lasak bersukan wakil rumah beriadah berjalan kaki

Rajah 4.2 : Graf min pemilihan makanan berdasarkan faktor aktiviti fizikal. Merujuk kepada Rajah 4.2, responden melakukan pelbagai aktiviti fizikal dan di antara lima jenis aktiviti fizikal yang dikaji, kebanyakan responden melakukan aktiviti berjalan kaki ke sekolah dan beriadah. Min terendah adalah pada bahagian responden mewakili rumah sukan.

3.5 3 2.5 2 min 1.5 1 0.5 0 faktor emosi murung tertekan tidak menjangka perkara yang berlaku tidak menguasai luar kawalan

Rajah 4.3 : Graf min pemilihan makanan berdasarkan faktor emosi. Merujuk kepada Rajah 4.3, min tertinggi menunjukkan kebanyakan responden merasakan bahawa perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan adalah tidak seperti yang mereka jangkakan. Min terendah menunjukkan tidak ramai responden mengalami kemurungan.

min

4.5 4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 belajar mengenai pemakanan melalui..

keluarga rakan media guru

Rajah 4.4 : Graf min faktor yang membantu responden belajar mengenai pemakanan yang sihat. Merujuk kepada Rajah 4.4, kebanyakan responden belajar mengenai pemakanan yang sihat melalui keluarga mereka. Responden beranggapan bahawa rakan sebaya tidak banyak memberi informasi berkaitan pemakanan yang sihat.

4.5 4 3.5 3 2.5 min 2 1.5 1 0.5 0 cenderung makan mengikut..

keluarga rakan dipelajari dalam kelas media

Rajah 4.5 : Graf min faktor yang mempengaruhi kecenderungan menuruti pemilihan jenis makanan seperti individu lain. Min tertinggi menunjukkan bahawa kebanyakan responden makan makanan seperti yang dimakan oleh keluarga mereka. Manakala min terendah menunjukkan bahawa responden tidak cenderung untuk makan makanan seperti yang dipelajari di dalam kelas.

4.3.3 Persoalan Kajian (iii): Kesedaran pelajar mengamalkan diet seimbang.

Berikut adalah analisis mengenai kesedaran responden mengamalkan pemakanan seimbang. Terdapat lapan soalan yang telah dijawab oleh responden. Jadual 4.3 menunjukkan min yang telah diperolehi.

Jadual 4.3 : Kesedaran Pelajar Mengamalkan Diet Seimbang
No. 1. 2. 3. Item Saya minum susu rendah lemak berbanding susu penuh krim. Saya membuang kulit ayam dan hanya memakan dagingnya. Saya membaca kandungan bahanbahan pada label makanan sebelum membelinya. Saya mengambil berat terhadap kandungan makanan yang hendak dibeli. Saya lebih kerap meminum air mineral berbanding minuman berkarbonat Saya dapat mempengaruhi rakan-rakan saya untukmemakan lebih sayursayuran. Saya dapat mempengaruhi rakan-rakan saya untukmemakan lebih buahbuahan. Saya memakan yoghurt berbanding ais krim. Min Keseluruhan Sisihan piawai 1.22 1.37 1.07 Min 3.32 3.29 3.65 Tafsiran Sederhana Sederhana
Sederhana

4.

1.06

3.57

Sederhana

5. 6.

1.04 1.05

3.96 3.11

Tinggi Sederhana

7.

1.08

3.47

Sederhana

8.

1.28 1.15

3.01 3.42

Sederhana Sederhana

Bahagian ini mengetengahkan lapan item bagi menganalisis kesedaran responden mengamalkan pemakanan seimbang. Seperti yang terdapat dalam Jadual 4.3, jumlah keseluruhan min bagi bahagian ini juga berada dalam peringkat yang sederhana iaitu 3.42.

Min yang terendah ialah pada item kelapan iaitu 3.01 dan min tertinggi ialah pada item kelima dengan nilai 3.96. Nilai sisihan piawai bagi item dengan min tertinggi ialah 1.04, manakala sisihan piawai bagi item dengan min terendah ialah 1.28. Oleh

kerana nilai sisihan piawai adalah lebih dari 1, maka menunjukkan jawapan kebanyakan responden tidak tertumpu pada pilihan jawapan yang sama (rujuk Lampiran G).

4.3.4 Persoalan Kajian (iv): Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar.

Berikut adalah analisis mengenai konsistensi pengambilan makanan oleh responden. Terdapat tujuh soalan yang telah dijawab oleh responden. Jadual 4.4 menunjukkan min yang telah diperolehi. Bahagian ini terdiri daripada tujuh item bagi konsistensi pengambilan makanan oleh responden Jadual 4.4: Peratusan dan Frekuensi Konsistensi Pengambilan Makanan oleh Pelajar
Kekerapan Sarapan pagi Peratus Frekuensi Makan tengah hari Makan malam Makanan berprotein Makan buah-buahan Makanan rapu Tidak makan pada waktu makan Peratus Frekuensi Peratus Frekuensi Peratus Frekuensi Peratus Frekuensi Peratus Frekuensi Peratus Frekuensi 0 - 2kali 29.7% 113 11.5% 44 17.1% 65 30.2% 115 10.0% 38 52.8% 201 50.4% 192 3 - 5kali 30.7% 117 32.8% 125 38.1% 145 51.4% 196 33.6% 128 27.6% 105 33.3% 127 6 - 8kali 32.8% 125 47.5% 181 35.7% 136 12.9% 49 33.1% 126 11.8% 45 10.0% 38 9 - 11kali 2.9% 11 3.1% 12 5.5% 21 2.6% 10 13.6% 52 4.2% 16 4.5% 17 12 - 14kali 3.9% 15 5.0% 19 3.7% 14 2.9% 11 9.7% 37 3.7% 14 1.8% 7 Jumlah 100% 381 100% 381 100% 381 100% 381 100% 381 100% 381 100% 381

Melalui Jadual 4.4, peratus tertinggi jumlah kekerapan pelajar bersarapan pagi ialah 32.8% iaitu sebanyak enam hingga lapan kali dalam seminggu. Peratus tertinggi jumlah kekerapan pelajar mengambil makan tengah hari pula 47.8%. Ini bermakna, seramai 181 orang daripada sejumlah 381 responden makan tengah hari sekerap enam hingga lapan kali dalam seminggu. Manakala peratus tertinggi jumlah kekerapan pelajar

mengambil makan malam ialah 38.1% iaitu mereka makan malam sebanyak.tiga hingga lima kali dalam seminggu. Bagi pemilihan makanan berprotein pula, 51.4% pelajar memilih untuk makan sekerap tiga hingga lima kali dalam seminggu. Seramai 128 iaitu 33.6% daripada jumlah responden memilih untuk makan buah-buahan sekerap tiga hingga lima kali seminggu. Seramai 201 orang dari jumlah responden iaitu 52.8% tidak makan makanan rapu atau hanya makan sebanyak dua kali sahaja dalam seminggu. Terdapat 50.4% dari jumlah responden tidak makan mengikut waktu makan sepanjang tempoh seminggu.

4.3.5 Persoalan Kajian (v): Tahap pengetahuan sedia ada pelajar.

Berikut adalah analisis mengenai tahap pengetahuan responden berkaitan pemakanan yang sihat. Terdapat satu ujian yang terdiri daripada 10 soalan telah dijawab oleh responden. Jadual 4.5 menunjukkan peratusan pencapaian responden yang telah diperolehi.

Jadual 4.5: Peratusan dan Frekuensi Skor Markah Ujian Responden.
Markah 1 – 2 markah 3 – 4 markah 5 – 6 markah 7 – 8 markah 9 – 10 markah Tahap Sangat rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat tinggi Jumlah Kekerapan 0 13 97 214 57 381 Peratus (%) 0.0 3.4 25.5 56.2 15.0 100

Peratus Kuiz Tahap Pengetahuan Pelajar

15%

3% 25%

57%

3-4markah 5-6markah 7-8markah 9-10markah

Rajah 4.6 : Carta pai peratus ujian tahap pengetahuan pelajar.

Tahap pengetahuan responden diukur melalui ujian yang telah dijalankan. Merujuk kepada Rajah 4.6, peratus tertinggi markah ujian ialah 56.2% iaitu responden yang mendapat tujuh hingga lapan persepuluh markah ujian. Peratus terendah ialah bagi markah tiga hingga empat persepuluh iaitu sebanyak 3.4%.

4.3.6 Persoalan Kajian (vi): Konsentrasi pelajar di dalam kelas.

56.2% Terdapat 15 soalan berkaitan konsentrasi pelajar di dalam kelas telah dijawab

oleh responden. Jadual 4.6 menunjukkan min yang telah diperolehi.

Jadual 4.6 : Konsentrasi pelajar di dalam kelas.
No. 1. i. ii. iii. iv. v. 2. i. ii. iii. iv. v 3. Item Saya lebih menumpukan perhatian semasa guru mengajar pada waktu… 8.00 – 9.00 pagi 9.00 – 10.00 pagi 10.00 – 11.00 pagi 12.00 – 1.00 petang 1.00 – 2.00 petang Pada setiap kali guru mengajar, saya dapat menumpukan perhatian selama 15 minit sahaja 30 minit sahaja 45 minit sahaja 60 minit sahaja Lebih satu jam Saya gemar makan gula-gula untuk menghilangkan rasa mengantuk semasa di dalam kelas Rasa lapar membuatkan saya kerap terfikir apakah menu makanan yang dijual di kantin sekolah Aroma/bau masakan dari kantin sekolah mengganggu konsentrasi saya belajar Apabila tidak bersarapan pagi saya rasa letih di dalam kelas Apabila tidak bersarapan pagi saya rasa mengantuk di dalam kelas Min Keseluruhan Sisihan piawai Min Tahap

0.09 0.73 0.87 1.07 1.19

4.20 4.21 3.85 3.13 2.79

Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana

1.30 1.04 1.05 1.08 1.28 1.24

3.47 3.69 3.47 3.02 2.78 3.92

Sederhana Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Tinggi

4.

1.33

3.15

Sederhana

5.

1.28

2.96

Sederhana

6. 7.

1.29 1.33 1.08

3.35 3.29 3.42

Sederhana Sederhana Sederhana

Min yang tertinggi dalam bahagian ini ialah item kedua iaitu dengan nilai min 4.21. Sisihan piawai bagi item ini pula ialah 0.73 yang bermaksud pilihan responden adalah tertumpu pada pendapat yang sama. Manakala min terendah ialah pada item ketujuh iaitu kaunter menjual buah-buahan dengan nilai min 2.78 serta sisihan piawainya ialah 1.28 yang bermaksud pilihan responden tidak tertumpu pada pendapat yang sama.

4.3.7 Persoalan Kajian (vii): Hubungan antara tahap pengetahuan pelajar dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan pemakanan yang sihat.

Bagi mengkaji perhubungan di antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan pemakanan yang sihat, ujian korelasi Pearson dilakukan. Ujian korelasi Pearson ini merupakan ujian parametrik dan keputusan yang dihasilkan adalah konkrit. Dua andaian yang perlu dipenuhi untuk menjalankan ujian Pearson ialah data berbentuk interval dan bertaburan normal. Dalam kajian ini, skor ujian untuk menguji tahap pengetahuan pelajar diperolehi dan dikelaskan dalam bentuk interval dan setelah ujian normaliti dilakukan, mendapati bahawa data yang diperolehi adalah bertaburan normal (Lampiran H).

Pengkaji juga melihat graf serakan Rajah 4.7 untuk mendapat gambaran umum tentang hubungan antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka untuk mengaplikasikan amalan pemakanan yang sihat.

6

5

4

3

kesedaran pelajar

2

1 2 4 6 8 10 12

skor kuiz (Pengetahuan sedia ada pelajar)

Rajah 4.7 : Graf serakan perhubungan di antara skor ujian pelajar dengan kesedaran mengamalkan pemakanan yang sihat. Rajah 4.7 menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan di antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka untuk mengaplikasikan amalan pemakanan yang sihat.

Jadual 4.7 : Hubungan antara Skor Ujian dengan Kesedaran Pelajar mengamalkan Pemakanan Seimbang. Skor Ujian Hubungan antara Kesedaran pelajar Nilai r 0.055 Nilai p 0.283 Hubungan Sangat lemah

* korelasi adalah tidak signifikan pada aras p > 0.01

Berdasarkan hasil analisis korelasi seperti di Jadual 4.7, pekali korelasi bagi hubungan antara skor ujian dengan kesedaran pelajar ialah r = 0.055. Merujuk kepada klasifikasi kekuatan korelasi (rujuk Jadual 3.10), hubungan antara kedua-dua

pembolehubah ini adalah sangat lemah. Ini adalah kerana nilai tersebut berada dalam julat 0.01 hingga 0.30. Manakala bagi pembahagian julat dan anggapan (rujuk Jadual 3.11), hubungan antara tahap pengetahuan responden dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat berada pada tahap terlalu sedikit perhubungan, iaitu pada tahap 0.01 hingga 0.40.

Oleh kerana nilai p = 0.283 adalah lebih besar dari aras keertian 0.01, maka tahap pengetahuan responden secara signifikan tidak mempengaruhi kesedaran mereka dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat. Maka hipotesis nul diterima.

4.3.8 Persoalan Kajian (viii): Hubungan antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.

Dua andaian yang perlu dipenuhi untuk menjalankan ujian Korelasi Spearman ialah data berbentuk ordinal dan bertaburan tidak normal. Dalam kajian ini, konsentrasi responden di dalam kelas dan konsistensi pengambilan makanan oleh responden dikelaskan secara ordinal. Namun demikian, data adalah bertaburan normal (Lampiran H).

Pengkaji juga melihat graf serakan Rajah 4.8 untuk mendapat gambaran tentang hubungan antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi responden semasa pengajaran dan pembelajaran.

80

70

60

50

konsentrasi

40

30 0 10 20 30 40

konsistensi

Rajah 4.8 : Graf serakan perhubungan di antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran

Rajah 4.9 menunjukkan bahawa terdapat perhubungan positif yang sangat lemah di antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi responden semasa pengajaran dan pembelajaran, di mana r = 0.17.

Jadual 4.8 : Hubungan antara antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Konsistensi pengambilan makanan Hubungan antara Konsentrasi pelajar Nilai r 0.17 Nilai p 0.001 Hubungan Sangat lemah

* korelasi adalah signifikan pada aras p < 0.01

Berdasarkan hasil analisis korelasi seperti di Jadual 4.8, pekali korelasi bagi hubungan antara skor ujian dengan kesedaran pelajar ialah r = 0.17. Merujuk kepada klasifikasi kekuatan korelasi (rujuk Jadual 3.10), hubungan antara kedua-dua

pembolehubah ini adalah sangat lemah. Ini adalah kerana nilai tersebut berada dalam julat 0.01 hingga 0.30. Manakala bagi pembahagian julat dan anggapan (rujuk Jadual 3.11), hubungan antara tahap pengetahuan pelajar dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat berada pada tahap terlalu sedikit perhubungan, iaitu pada tahap 0.01 hingga 0.40.

Oleh kerana nilai p = 0.001 adalah lebih kecil dari aras keertian 0.01, maka tahap pengetahuan responden secara signifikan mempengaruhi kesedaran responden dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat. Maka hipotesis nul ditolak.

4.3.9 Persoalan Kajian (ix): Hubungan antara pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat.

Bagi mengkaji perhubungan di antara tahap pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan pemakanan yang sihat, ujian korelasi Pearson dilakukan. Dalam kajian ini, skor ujian berskala interval yang diperolehi adalah bertaburan normal (Lampiran H).

12

skor kuiz (Pengetahuan sedia ada pelajar)

10

8

6

4

2 1 2 3 4 5

pendekatan sekolah

Rajah 4.9 : Graf serakan perhubungan antara skor kuiz dengan pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar. Graf serakan Rajah 4.9 untuk mendapat gambaran tentang hubungan antara tahap pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan pemakanan yang sihat.

Jadual 4.9 : Hubungan antara skor kuiz dengan pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar Pendekatan pihak sekolah Hubungan antara Skor Ujian Nilai r 0.03 Nilai p 0.6 Hubungan Sangat lemah

* korelasi adalah tidak signifikan pada aras p > 0.01

Hasil analisis korelasi seperti di Jadual 4.9 menunjukkan pekali korelasi bagi hubungan antara pendekatan pihak sekolah dengan skor ujian ialah r = 0.03. Merujuk kepada klasifikasi kekuatan korelasi (rujuk Jadual 3.10), hubungan antara kedua-dua

pembolehubah ini adalah sangat lemah. Ini adalah kerana nilai tersebut berada dalam julat 0.01 hingga 0.30. Manakala bagi pembahagian julat dan anggapan (rujuk Jadual 3.11), hubungan antara tahap pengetahuan pelajar dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat berada pada tahap terlalu sedikit perhubungan, iaitu pada tahap 0.01 hingga 0.40.

Oleh kerana nilai p = 0.6 adalah lebih besar dari aras keertian 0.01, maka tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan pelajar dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat. Maka hipotesis nul diterima.

4.4

Rumusan

Bab ini telah membincangkan tentang analisis data yang telah diperolehi daripada borang soal selidik dan satu set ujian yang telah diedarkan kepada respondenresponden di enam buah sekolah menengah teknik selatan Semenanjung Malaysia yang telah dipilih. Data-data telah dibahagikan dianalisis mengikut persoalan kajian dengan menggunakan ujian Korelasi Pearson, Korelasi Spearman, min dan peratusan. Penerangan lanjut berkaitan dapatan kajian akan dibincangkan di dalam Bab V.

BAB V

PERBINCANGAN KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Bab ini merupakan bab terakhir dalam laporan ini. Secara amnya bab ini akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang hasil dapatan kajian yang telah dianalisis dalam bab IV. Perbincangan adalah berkaitan dengan jawapan kepada persoalan-persoalan kajian yang telah diutarakan dalam bab I. Hasil dapatan kajian akan dihuraikan dan disokong oleh pendapat-pendapat yang berkaitan untuk mengukuhkan lagi dapatan yang telah diperolehi. Kesimpulan pula dibuat berdasarkan kepada perbincangan ke atas dapatan kajian yang telah diperolehi. Dalam bab ini turut dikemukakan beberapa cadangan untuk memperbaiki kelemahan yang telah dilakukan sepanjang kajian dijalankan dan cadangan yang boleh digunapakai oleh pihak sekolah, pelajar dan juga pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, cadangan juga dikemukakan untuk membuka ruang kepada kajian lanjutan dijalankan ke atas bidang ini.

5.2

Perbincangan, kesimpulan dan cadangan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan pendekatan yang diambil oleh pihak sekolah dalam menerapkan amalan pemakanan yang sihat di kalangan para pelajar. Ia juga bertujuan membantu meningkatkan konsentrasi pelajar

semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini memperkayakan pengetahuan berkaitan pemakanan yang sihat di samping meningkatkan kesedaran pelajar untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.

5.2.1 Pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar.

Sekolah merupakan satu saluran yang dapat memberikan pelbagai pendidikan dan pengajaran kepada pelajar. Lantas, peluang ini harus digunakan dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar. Oleh itu satu kajian berkaitan pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar telah dilakukan. Daripada beberapa jenis pendekatan yang dianalisis, menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa terdapat gerai menjual makanan yang dikendalikan oleh pelajar menerusi persatuan atau kelab tertentu seperti Kelab Usahawan. Sebahagian responden juga bersetuju bahawa mereka mempelajari mengenai amalan pemakanan yang sihat di sekolah.

Namun demikian, sebahagian responden menyatakan bahawa kaunter menjual buah-buahan tidak disediakan secara berasingan daripada kaunter menjual makanan yang lain di sekolah mereka. Dapatan ini tidak memenuhi pernyataan Bowker et al. (1999), iaitu perlunya diwujudkan kaunter buah-buahan secara berasingan agar lebih mudah dan cepat bagi pelajar mendapatkan makanan tanpa perlu beratur panjang.

Sebahagian responden juga menyatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam menghasilkan makanan untuk rakan-rakan di sekolah semasa Hari Sukan, Hari Penyampaian Hadiah dan sebagainya. Ini menunjukkan kurang penglibatan dari pihak sekolah dalam menggalakkan penglibatan pelajar untuk belajar menghasilkan makanan berkhasiat sendiri dan menjualnya kepada rakan yang lain. Walaupun sebenarnya, pendekatan pengajaran berkaitan amalan pemakanan boleh dilakukan dari sudut berbeza dan kreatif agar dapat meransang minat pelajar. Contohnya, Stroper (2003) melaporkan tentang suatu kelas dinamakan ‘Cookshop’ iaitu kelas yang direka oleh ‘New York

Community Food Resource Center’ untuk membantu pelajar bersama-sama guru mereka memasak pelbagai jenis masakan.

Hanya sebahagian responden bersetuju bahawa sekolah mereka mengadakan ceramah berkaitan pemakanan yang sihat dan menjemput penceramah bertauliah dari pusat kesihatan. Responden juga bersetuju bahawa sekolah mewujudkan papan kenyataan serta mengedarkan risalah berkaitan pemakanan yang sihat.

Kesimpulan yang diperolehi ialah, pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar adalah terhad. Terdapat sekolah yang aktif dan tidak aktif dalam mengambil pendekatan tersebut.

Maka, dicadangkan agar pihak sekolah mengubah polisi mereka, di mana pendekatan harus diambil dengan segera. Pihak sekolah juga harus konsisten dalam usaha untuk memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar seperti mengadakan kaunter menjual buah-buahan yang berasingan daripada kaunter makanan lain dan menggalakkan para pelajar menyediakan dan menjual makanan kesihatan semasa hari-hari keramaian seperti Hari Sukan.

5.2.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar

Amalan pemakanan manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor. Kelly-Plate dan Eubanks (2000), menyatakan bahawa di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan ialah keluarga dan budaya, rakan-rakan, kepercayaan agama, emosi, kawasan geografi, pengiklanan serta nilai dan gaya hidup. Di dalam kajian ini, pengkaji membahagikan faktor-faktor ini kepada empat bahagian iaitu; faktor persekitaran yang merangkumi keluarga dan rakan sebaya, faktor emosi, faktor aktiviti fizikal dan faktor organoleptik.

Bagi faktor persekitaran, analisis mendapati bahawa kebanyakan responden belajar mengenai amalan pemakanan daripada keluarga mereka. Ini selaras dengan

pernyataan oleh Kelly-Plate dan Eubanks (2000), yang menyatakan bahawa kebanyakan orang cenderung untuk mengikuti tradisi jenis makanan keluarga. Kajian juga menunjukkan bahawa responden cenderung untuk makan jenis makanan yang sama seperti yang dimakan oleh keluarga mereka. Responden juga menunjukkan bahawa mereka tidak semestinya makan makanan seperti yang dipelajari di dalam kelas.

Berkaitan dengan faktor emosi pula, sebahagian responden merasakan bahawa kadangkala perkara yang berlaku tidak seperti yang mereka jangkakan. Manakala sebahagian responden menyatakan bahawa mereka kurang berasa murung dan tertekan. Pengaruh emosi terhadap makanan adalah seperti yang dinyatakan oleh Kelly-Plate dan Eubanks (2000), iaitu manusia kerap mengaitkan beberapa jenis makanan dengan emosi mereka. Dapatan adalah selari dengan pernyataan Govindji et al. (2002), iaitu diet yang tidak sihat menjadi salah satu penyebab berlakunya kemurungan atau perasaan, emosi yang tidak stabil. Dalam kajian ini, responden kurang berasa tertekan dan murung kerana mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat yang hanya akan menduduki Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia pada tahun berikutnya.

Faktor fizikal pula menunjukkan bahawa majoriti pelajar berjalan kaki ke sekolah dan melakukan aktiviti riadah. Namun demikian, tidak semua responden bersetuju bahawa mereka mewakili Rumah Sukan semasa Hari Sukan Sekolah. Ini selaras dengan pernyataan Blades (2001), iaitu pemakanan dipengaruhi oleh faktor biologi yang merangkumi tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan. Maka aktiviti fizikal membezakan keperluan, corak dan amalan pemakanan manusia.

Faktor terakhir yang dikaji ialah faktor organoleptik iaitu faktor yang dipengaruhi oleh deria rasa manusia seperti deria lihat, hidu, rasa, sentuh dan dengar. Kebanyakan item berkaitan faktor-faktor organoleptik yang diutarakan mendapat persetujuan yang tinggi daripada responden. Majoriti responden bersetuju bahawa mereka akan makan makanan yang mempunyai rasa yang sedap, diikuti oleh tekstur yang menarik, hidangan yang menarik, bau yang menyelerakan dan rendah kandungan lemak. Namun demikian hanya sebahagian kecil responden makan lebih dari tiga jenis

makanan pada satu satu masa dalam waktu rehat. Ini menunjukkan mereka tidak makan melebihi daripada jumlah yang sepatutnya. Dapatan ini adalah selari dengan pernyataan oleh Blades (2001), yang menjelaskan bahawa kualiti makanan itu sendiri; iaitu rasa, penampilan, tekstur, dan bau (faktor organoleptik) akan menentukan samada makanan tersebut akan dimakan atau tidak.

Kesimpulannya, perbandingan di antara keempat-empat faktor mendapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi pemilihan makanan respoden ialah faktor persekitaran, diikuti oleh faktor organoleptik dan faktor aktiviti fizikal. Manakala faktor emosi tidak begitu mempengaruhi pemilihan makanan responden.

Oleh itu jelas di sini bahawa keluarga memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan pemakanan seseorang. Maka, ibu bapa harus sentiasa peka akan tugas memberikan pendidikan mengenai pemakanan yang sihat kepada anak mereka. Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan seperti melakukan pemantauan ke atas jenis makanan yang disediakan di sekolah agar pelajar mendapat bekalan makanan yang berkhasiat bagi meningkatkan potensi pembelajaran mereka.

5.2.3 Kesedaran responden mengamalkan pemakanan yang sihat.

Peningkatan kesedaran dan pengetahuan pelajar boleh dibantu oleh pihak sekolah. Contohnya, menurut Keca dan Cook-Cottone (2005), sekolah perlu menyediakan informasi mengenai apakah pemakanan yang seimbang dan dimanakah pelajar boleh mendapatkan bantuan untuk mengamalkan diet seimbang. Bagi tujuan mengkaji kesedaran pelajar dalam mengamalkan pemakanan yang sihat, lapan item telah dibangunkan. Melalui analisis yang telah dibuat, didapati bahawa hanya satu daripada lapan item telah mendapat skor min tahap tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa majoriti responden lebih kerap meminum air mineral berbading minuman berkarbonat. Kesedaran ini menunjukkan bahawa responden mengetahui dan menyedari bahawa minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh mengakibatkan penyakit kencing manis sekiranya diambil secara berlebihan. Oleh itu,

analisis ini menunjukkan ramai responden yang mempunyai kesedaran dalam menjaga kesihatan diri.

Item kedua tertinggi menunjukkan bahawa kebanyakan responden membaca label makanan atau minuman yang hendak dibeli. Ini bermaksud, mereka mengambil berat tentang tarikh luput, label nutrisi dan cop status halal yang tertera pada label tersebut. Dapatan ini selari dengan pernyataan dari Kurtzweil (1995), mendapati bahawa pelajar yang mempunyai kesedaran dan pengetahuan akan membaca label makanan untuk mengetahui kandungan nutrisi makanan tersebut sebelum membelinya dan kemudian pelajar tersebut akan membuat perbandingan samada makanan tersebut sesuai dengan dirinya atau tidak.

Analisis juga menunjukkan bahawa sebahagian responden berasa bahawa mereka dapat mempengaruhi rakan-rakan untuk makan lebih buah-buahan berbanding dengan mempengaruhi rakan-rakan untuk makan lebih sayur-sayuran. Ini kerana skor min yang lebih tinggi pada item yang menyatakan bahawa responden berasa dapat mempengaruhi rakan-rakan memakan lebih buah-buahan, berbanding dengan item yang menyatakan responden dapat mempengaruhi rakan-rakan memakan sayur-sayuran. Namun demikian, tahap kedua-dua min adalah pada tahap sederhana.

Catatan min adalah pada tahap sederhana bagi item yang menyatakan responden memilih untuk meminum susu rendah lemak berbanding susu penuh krim. Skor min juga adalah pada tahap sederhana bagi item yang menyatakan responden membuang kulit ayam dan hanya memakan dagingnya sahaja, demikian juga dengan item yang menyatakan responden memilih untuk makan yoghurt berbanding ais krim. Ini menunjukkan bahawa sebahagian responden mengambil langkah yang betul dalam memilih makanan yang hendak dimakan.

Kesimpulannya, tahap kesedaran responden dalam mengamalkan pemakanan yang sihat adalah pada tahap sederhana. Walaupun mempunyai pengetahuan, tetapi

kesedaran untuk mengamalkan pemakanan yang sihat masih dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran

Maka, adalah dicadangakan agar pihak keluarga, sekolah dan masyarakat membentuk satu budaya pemakanan yang baru. Walaupun ia akan mangambil masa yang lama, tetapi jika dilakukan secara berterusan dan komited akan menghasilkan pelajar yang sihat dan berpotensi menyumbang kepada negara.

5.4.4 Konsistensi pengambilan makanan oleh responden.

Individu seharusnya makan mengikut waktu kerana badan akan menggunakan tenaga yang tersimpan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu tidak makan, proses pembakaran tenaga yang berlaku akan mengakibatkan individu berasa letih dan ia akan mengakibatkan pelajar mengantuk dan mengurangkan daya tumpuan serta perhatian mereka di dalam kelas (Govindji et al. 2002). Maka, melalui pernyataan di atas, pengkaji mendapati bahawa konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar juga merupakan suatu yang penting dalam menyumbang kepada pencapaian yang lebih baik dalam pembelajaran. Menerusi analisis yang telah dijalankan didapati bahawa majoriti responden mengambil sarapan pagi sebanyak enam hingga lapan kali seminggu. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa responden mengambil sarapan pagi secara purata sebanyak satu kali dalam sehari. Dapatan in selari dengan pernyataan Simeon dan MacGregor (1989) dalam Bowker (1999), iaitu tidak mengambil atau kurang mengambil sarapan pagi dikaitkan dengan prestasi pembelajaran yang lemah di sekolah.

Pengukuran konsistensi pengambilan makan tengah hari, menunjukkan bahawa hampir separuh daripada bilangan keseluruhan responden mengambil makan tengah hari sebanyak enam hingga lapan kali dalam seminggu. Namun demikian, skor min responden yang mengambil sarapan pagi adalah pada tahap lemah, manakala skor min responden yang mengambil makan tengah hari adalah berada pada tahap sederhana.

Item yang mengkaji konsistensi pengambilan makan malam mendapati bahawa kebanyakan responden memilih untuk makan malam sebanyak tiga hingga lima kali dalam seminggu. Ini menunjukkan mereka kurang mengambil makan malam berbanding sarapan pagi dan makan tengah hari. Kajian turut mendapati bahawa terdapat hari-hari dalam seminggu di mana responden tidak mengambil makan malam. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan pelajar tidak mempunyai masa yang panjang untuk makan malam, memandangkan kebanyakan daripada mereka melakukan aktiviti riadah pada waktu petang dan kesuntukan masa untuk makan malam, membersihkan diri untuk solat Maghrib dan Isyak, dan seterusnya untuk pergi ke kelas persediaan (prep) yang biasanya bermula pada jam 8.30 malam. Analisis berkaitan kekerapan responden mengambil makanan berprotein mendapati bahawa majoriti responden mengambil makanan berasaskan protein diambil sebanyak tiga hingga lima kali dalam seminggu. Makanan berprotein yang dibincangkan termasuklan ikan, daging dan telur. Pengambilan buah-buahan, juga menunjukkan responden makan buah-buahan sebanyak tiga hingga lima kali dalam seminggu. Mengikut analisis skor min, kekerapan responden memakan buah-buahan adalah pada tahap sederhana. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan serat dan vitamin adalah amat penting bagi manusia. Ini selari dengan pernyataan oleh Storper (2003), iaitu remaja perlu mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia membantu dalam peningkatan kepekaan. Pernyataan yang selari juga dinyatakan oleh Govindji et al. (2002), iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran telah dibuktikan menunjukkan kesan positif dalam meningkatkan daya ingatan dan penumpuan.

Analisis atas kekerapan responden memakan makanan rapu mendapati bahawa sejumlah besar responden tidak makan makanan rapu atau hanya memakannya sebanyak dua kali dalam seminggu. Makanan rapu yang dimaksudkan adalah seperti keropok, jeruk dan apa jua makanan yang tidak memberi faedah kepada badan. Secara tidak langsung, analisis ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden prihatin akan keburukan kesan memakan terlalu banyak makanan rapu terhadap badan. Melalui analisis juga telah mendapati bahawa peratus responden yang tidak makan mengikut

waktu yang sepatutnya adalah rendah. Ini kerana, bilangan responden yang tidak makan pada waktu makan atau hanya makan sebanyak dua kali seminggu adalah sangat sedikit. Dapatan ini menunjukkan responden sedar akan pentingnya makan pada kadar yang cukup untuk membolehkan mereka mencapai potensi yang baik semasa pembelajaran. Ini selari dengan pernyataan dari Blades (2001), iaitu pemakanan mempengaruhi tumbesaran, memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal seterusnya mempengaruhi penampilan seseorang.

Kesimpulannya, konsistensi pengambilan makanan oleh responden adalah pada tahap sederhana. Kebanyakan responden juga menunjukkan mengambil makanan secara teratur dan tidak berlebihan iaitu pengambilan makanan yang cukup pada waktu pagi dan tengah hari dan mengurangkan pengambilan makanan pada waktu malam. Mereka juga lebih memakan buah-buahan berbanding makanan rapu.

Melalui perbincangan di atas, cadangan yang dapat dkemukakan ialah, memandangkan kebanyakan responden gemar memakan buah-buahan makan pihak sekolah boleh menambah bilangan kaunter atau amaun buah-buahan yang dijual sama ada di kantin sekolah atau di gerai yang dikendalikan oleh pelajar. Pihak sekolah juga dicadangkan memberi fleksibiliti masa kepada pelajar agar membolehkan mereka sempat mengambil makan malam seperti memanjangkan waktu pelajar boleh makan malam di kafeteria atau dewan makan.

5.4.5 Tahap pengetahuan responden berkaitan pemakanan yang sihat.

Pendidikan mengenai amalan pemakanan yang sihat diberikan kepada pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dengan menganggap bahwa responden mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan amalan pemakanan yang sihat yang dipelajari di sekolah, melalui keluarga dan media, satu analisis berkaitan tahap pengetahuan responden telah dilakukan. Satu set ujian yang mempunyai sepuluh soalan berkisar tentang pemakanan yang sihat diberikan kepada responden. Pengkelasan

pemarkahan diberikan berdasarkan skala penilaian guru cemerlang. Skala 1 – 10 ini dipecahkan kepada lima tahap seperti yang digunakan oleh pengkaji.

Hasil analisis peratusan dan kekerapan mendapati bahawa majoriti responden mendapat markah tujuh hingga lapan persepuluh. Ini menunjukkan tahap pengetahuan lebih daripada separuh jumlah responden adalah pada tahap tinggi. Seterusnya, peratusan bilangan responden kedua tertinggi adalah pada skor lima hingga enam markah. Ini diikuti pula dengan responden yang mendapat skor sembilan hingga sepuluh markah; iaitu mendapat skor penuh bagi ujian tersebut. Peratusan bilangan responden adalah sangat rendah pada skor tiga hingga empat markah dan tiada responden yang mendapat markah dua persepuluh atau tidak mendapat apa-apa markah dalam ujian tersebut.

Kesimpulannya, daripada analisis, didapati bahawa majoriti mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkaitan amalan pemakanan yang sihat. Ini adalah kerana terdapat berbagai sumber di mana responden boleh mendapatkan pengetahuan tersebut. Contohnya, melalui keluarga, rakan sebaya, media, persekitaran dan melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.

Untuk meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat, adalah dicadangkan kepada pihak sekolah mendidik generasi muda mengenai makanan dan nutrisi mendemonstrasikan kepentingan diet seimbang untuk kesihatan masa depan dengan menyediakan pilihan makanan yang sihat di kantin sekolah.

5.4.6 Konsentrasi pelajar di dalam kelas.

Kajian di beberapa negara menunjukkan bahawa pencapaian akademik dan kebolehan mental pelajar yang mempunyai status nutrisi yang baik adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak mempunyai status nutrisi yang kurang baik (UNESCO, 2004). Bagi analisis berkaitan konsentrasi pelajar di dalam kelas, min berada pada tahap tinggi, iaitu item yang menyatakan bahawa responden dapat

menumpukan perhatian di dalam kelas pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi, ini diikuti dengan pada jam 8.00 hingga 9.00 pagi dan akhir sekali pada jam 10.00 hingga 11.00 pagi. Tahap konsentrasi responden menurun ke tahap sederhana, bermula pada jam 12.00 tengah hari hingga jam 1.00 petang. Daya penumpuan mereka terus menurun pada jam 1.00 hingga 2.00 petang. Ini disebabkan responden mula berasa letih, lapar dan mengantuk. Dapatan ini adalah selari dengan pernyataan Taras dan Datema (2005), iaitu penghalang kepada konsentrasi termasuklah kelaparan, keletihan serta gangguan luaran seperti bunyi bising dan pergerakan, dan gangguan dalaman seperti perasaan yang terganggu. Bellamy (2002), turut memberikan pernyataan yang selari, iaitu konsentrasi pelajar boleh terganggu oleh keadaan kelas yang tidak kondusif, suhu dan pengudaraan yang tidak baik di dalam kelas serta apabila terlalu lama duduk mengambil nota.

Analisis yang menguji tempoh penumpuan responden terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) menunjukkan bahawa pelajar dapat memberikan penumpuan yang tinggi pada dalam tempoh 30 minit pertama. Penumpuan berkurangan pada tahap sederhana apabila telah masuk 45 minit (P&P), dan penumpuan mereka terus menurun untuk tempoh masa 60 minit. Min menunjukkan konsentrasi responden berada pada tahap rendah untuk penumpuan terhadap (P&P) lebih dari 1 jam. Dapatan ini selari dengan Middendorf (2005), yang menyatakan bahawa pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap syarahan selama 15 ke 20 minit pada satu-satu masa, maka pengajar perlu mengambil inisiatif untuk mengawal penumpuan pelajar.

Hasil analisis item menunjukkan bahawa untuk menghilangkan rasa mengantuk, responden menggunakan alternatif memakan gula-gula sewaktu di dalam kelas. Dapatan juga menunjukkan bahawa min bagi item yang menyatakan bahawa responden berasa mengantuk apabila mereka tidak bersarapan pagi adalah berada pada tahap sederhana. Kepentingan bersarapan pagi kepada pelajar turut dinyatakan oleh Cristie (2005) menerusi kajiannya, iaitu gabenor New Mexico, Bill Richardson dan gabenor New York melancarkan program sarapan pagi kepada prasekolah Kempen sarapan pagi tersebut menekankan kepada kefahaman dan keprihatinan agar mendorong pelajar menjadi aktif, sihat dan mantap dari segi fizikal dan mental.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa min berada pada tahap sederhana bagi item yang menyatakan bahawa konsentrasi responden akan terganggu apabila terhidu bau masakan dari kantin sekolah. Demikian juga min adalah pada tahap sederhana bagi item yang menyatakan bahawa rasa lapar membuatkan responden terfikir apakah makanan yang akan dijual di kantin pada hari tersebut. Ini adalah selari dengan pernyataan dari Taras dan Datema (2005) iaitu penghalang kepada konsentrasi termasuklah kelaparan dan keletihan.

Kesimpulannya, konsentrasi responden berada pada tahap tinggi pada waktu pagi dan semakin menurun pada waktu tengah hari dan petang. Majoriti responden dapat menumpukan perhatian selama 30 minit pertama dan penumpuan semakin berkurangan dengan peningkatan tempoh (P&P). Gangguan luaran seperti aroma masakan dan kelaparan sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada konsentrasi responden semasa (P&P). Kepada guru yang mengajar selepas waktu rehat iaitu bermula dari jam 11.00 pagi hingga habis waktu persekolahan, pengawalan kelas harus lebih diambil berat. Maka untuk menarik minat pelajar agar memberi penumpuan terhadap (P&P), adalah dicadangkan, guru tersebut mempelbagaikan teknik dan penyampaian pengajaran seperti menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan murid.

5.4.7 Perhubungan antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan pemakanan yang sihat.

Kesedaran dan pengetahuan pelajar untuk mengamalkan diet seimbang adalah amat penting. Pelto et al. (2004) menyatakan bahawa kegagalan pelajar untuk mengimbangi nutrisi dalam diet mereka dapat dilihat melalui apakah makanan yang dibeli dan dimakan oleh mereka di kantin dan kafeteria sekolah. Oleh itu, untuk melihat perhubungan antara tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka dalam mengamalkan pemakanan yang sihat, pengkaji melakukan ujian korelasi Pearson. Ini kerana, data yang diperolehi adalah

berbentuk interval dan bertaburan normal. Ujian tersebut mendapati bahawa hubungan antara kedua-dua pembolehubah adalah sangat lemah. Hasil analisis menggunakan graf serakan pula mendapati bahawa tiada terdapat perhubungan di antara kedua-dua pembolehubah.

Ini menunjukkan bahawa walaupun majoriti responden mempunyai tahap pengetahuan yang baik, namun kadangkala mereka tidak mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam kehidupan harian. Contohnya, responden mengetahui bahawa makanan bergoreng mengandungi kandungan minyak dan lemak yang tinggi, tetapi mereka tetap memakan makanan tersebut kerana rasanya yang sedap. Perkara yang selari turut disentuh oleh McBean (1999) yang menyatakan bahawa kegagalan mengamalkan diet seimbang akan memberi kerugian dalam amalan diet manusia. Ini kerana individu tidak memahami jenis nutrien dan amaun yang diperlukan yang bersesuaian dengan saiz, berat badan, tahap kesihatan serta aktiviti fizikal.

Kesimpulannya, tiada hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan sedia pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat dengan kesedaran mereka untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.

Menerusi perbincangan dan kesimpulan di atas, adalah dicadangkan agar pihak sekolah untuk menyediakan hidangan makanan yang lebih berkhasiat, sedap dan menarik kepada para pelajar. Sekolah perlu menyediakan maklumat mengenai apakah pemakanan yang seimbang dan tempat di mana pelajar boleh mendapatkan bantuan untuk mengetahui cara yang betul mengamalkan diet seimbang. Selain itu, apabila ceramah berkaitan pemakanan yang sihat diadakan, ia perlu disertakan dengan grafikgrafik, petikan video dan penerangan yang jelas berkaitan apakah implikasi kepada tubuh badan manusia sekiranya tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Ceramah dan peringatan perlu diberikan secara konsisten untuk meningkatkan dan mengekalkan kepekaan pelajar untuk sentiasa mengamalkan pengetahuan berkaitan pemakanan yang sihat.

5.4.8 Perhubungan antara pengambilan makanan secara konsisten dengan konsentrasi responden semasa pengajaran dan pembelajaran

Pengekalan aras gula dalam darah pada tahap tertentu adalah penting kerana menurut Govindji et al. (2002), sel-sel otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik agar dapat mengekalkan memori serta menajamkan fikiran. Pengekalan aras gula ini diperolehi melalui pemakanan yang konsisten. Oleh itu, ujian korelasi Spearman telah dilakukan ke atas pembolehubah konsistensi pengambilan makanan oleh responden dengan pembolehubah konsentrasi responden semasa (P&P). Data yang diperolehi adalah dalam bentuk ordinal dan bertaburan normal.

Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sangat lemah di antara kedua-dua pembolehubah. Demikian juga dengan analisis graf serakan yang dilakukan menunjukkan terdapat hubungan yang sangat lemah. Ini menunjukkan bahawa konsistensi pengambilan makanan oleh responden hanya memberi sedikit kesan terhadap konsentrasi mereka semasa (P&P) berlaku. Ini adalah selari dengan pernyataan Rosso (1999), iaitu tahap kesihatan dan nutrisi yang rendah di kalangan pelajar sekolah menyumbang kepada sistem pendidikan yang tidak efisien. Beliau turut menyatakan bahawa gejala kelaparan yang biasa dialami oleh pelajar yang tidak mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah boleh menyumbang kesan yang kurang baik terhadap pembelajaran mereka. Ini kerana pelajar yang lapar menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian dan sukar melakukan tugasan yang kompleks.

Dapatan ini juga membuktikan bahawa konsentrasi pelajar bukan hanya dipengaruhi oleh konsistensi pengambilan makanan tetapi terdapat beberapa faktor lain yang turut memberi kesan yang sama. Contohnya, Colin (2004) menyatakan bahawa ingatan dan penumpuan boleh ditingkatkan dengan teknik pembelajaran yang betul seperti Coorperative Concept Mapping. Selain itu, Bonwell dan Eison (1991) menyatakan bahawa peranan dari pelajar sendiri adalah lebih berkesan, di mana pelajar berjaya meningkatkan konsistensi dan konsentrasi dengan meningkatkan komitmen mereka terhadap pembelajaran.

Kesimpulannya, terdapat hubungan yang signifikan tetapi sangat lemah di antara konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar dengan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Selain daripada guru melakukan pendekatan pengajaran berasaskan pelajar seperti memberi tugasan berkumpulan dan melakukan pembentangan, guru juga boleh mengubah suasana persekitaran pembelajaran mengikut kesesuaian topik yang diajar. Contohnya, mengadakan lawatan sambil belajar ke industri atau tempat-tempat yang berkaitan dengan subjek tersebut. Di samping itu, guru juga boleh bekerjasama dengan pakar-pakar dalam bidang tertentu untuk memberi penerangan dan demonstrasi berkaitan topik yang ingin disampaikan oleh guru tersebut. Secara tidak langsung, teknik ini akan menjadikan pelajar lebih minat dan menumpukan perhatian terhadap topik yang dipelajari.

5.4.9 Perhubungan antara pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan pemakanan yang sihat.

United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) (2004) menyatakan bahawa, sekolah menyediakan jalan dan cara yang paling efektif dan efisien untuk mendekati sebahagian besar populasi masyarakat. Laporan tersebut turut menyebut bahawa sekolah diberikan mandat dan tanggungjawab untuk meningkatkan pelbagai aspek perkembangan dan kematangan pelajar. Di sekolah, golongan yang berkelayakan memberikan panduan serta pendidikan kepada para pelajar. Menyedari kepentingan pendekatan yang diambil oleh pihak sekolah dalam membentuk amalan pemakanan sihat di kalangan pelajar, satu ujian analisis korelasi Pearson telah dilakukan. Ini adalah untuk melihat hubungan antara pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan sedia ada pelajar. Data bagi pembolehubah yang berkaitan adalah berbentuk interval dan ordinal. Taburan data juga adalah normal.

Hasil analisis ujian korelasi Pearson mendapati bahawa hubungan antara kedua-dua pembolehubah adalah sangat lemah. Graf serakan pula menunjukkan tiada perkaitan di antara pendekatan pihak sekolah dengan tahap pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan pemakanan yang sihat. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa secara puratanya, pihak sekolah kurang mengambil berat tentang pendekatan yang perlu diambil untuk memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar sekolahnya. Pihak sekolah lebih menumpukan perhatian untuk membaiki prestasi dan kedudukan ranking sekolah berdasarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Penilaian Menengah Rendah. Ini selari dengan Bowker et al. (1999) menyatakan bahawa, pelajar menghabiskan banyak masa mereka di sekolah. Oleh itu sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan sihat tubuh badan. Beliau turut menyatakan bahawa dalam pendekatan menyeluruh sekolah, tindakan hanya boleh diambil sepanjang sesi persekolahan.

Kesimpulannya, pendekatan sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar masih berada pada tahap yang rendah dan analisis menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara pendekatan yang diambil oleh pihak sekolah dengan tahap pengetahuan pelajar berkaitan amalan pemakanan yang sihat.

Cadangan yang dapat diutarakan berkaitan perbincangan di atas ialah, pihak sekolah boleh mewujudkan satu jawatankuasa yang berperanan menganjurkan aktiviti-aktiviti berkaitan penerapan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar di samping melakukan pemeriksaan dan pemantauan ke atas barangan makanan yang disediakan kepada pelajar di kantin, dewan makan dan gerai-gerai yang dikendalikan oleh pelajar menerusi persatuan atau kelab-kelab tertentu.

5.5 Cadangan untuk kajian lanjutan

Sepanjang menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi terutamanya dari segi skop kajian dan keluasan tempat kajian. Oleh itu, adalah dicadangkan:-

1.

Kajian lanjutan dilakukan dengan lebih mendalam mengenai pendekatan yang diambil oleh pihak sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar sekolah menengah teknik.

2.

Pengkaji seterusnya memperluaskan kajian kepada pihak pentadbiran sekolah dan pengusaha tender kantin dan dewan makan di sekolah berkaitan.

3.

Pemerhatian dan temubual juga adalah perlu dilakukan terhadap pelajar, pihak pentadbiran dan pengusaha kantin atau dewan makan terbabit untuk mendapat hasil kajian yang lebih telus.

5.6 Rumusan.

Secara keseluruhan, kajian ini telah mengupas persoalan-persoalan berkaitan dengan pendekatan sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan para pelajar, tahap pengetahuan dan kesedaran kesedaran pelajar terhadap kepentingan mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar dan konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kajian ini juga memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya pihak pentadbiran sekolah dan Kementerian Pendidikan. Selain itu, beberapa cadangan berkaitan kajian lanjutan turut diutarakan agar dapat menyumbang kepada tahap kesihatan dan pencapaian akademik pelajar yang lebih cemerlang.

5.7 Penutup

Kesihatan yang baik merupakan nikmat yang tidak ternilai harganya. Ia turut memberi kesan terhadap potensi pembelajaran dan pencapaian pelajar. Amalan pemakanan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar. Untuk merealisasikan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar, pelbagai langkah perlu diambil dan langkah-langkah tersebut memerlukan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat. Hasil kajian ini dapat menunjukkan bahawa faktor persekitaran memberikan pegaruh yang besar terhadap pelajar. Pendekatan secara serius, efektif dan konsisten perlu diambil oleh pihak sekolah dalam usaha memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar. Ini adalah sebagai penjana kepada kesihatan fizikal dan mental pelajar bagi membantu mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Secara tidak langsung amalan pemakanan yang sihat akan membentuk pelajar menjadi warga yang cemerlang dalam kehidupan.

Hasil kajian ini diharap akan dapat memberi suatu sumber yang berguna untuk meningkatkan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar dan meningkatkan prestasi pencapaian persekolahan mereka. Selain itu, kajian ini dapat memberikan gambaran kelebihan dan kekurangan pendekatan-pendekatan yang diambil oleh pihak sekolah. Ia juga memberi gambaran akan budaya pemakanan pelajar-pelajar sekolah menengah teknik di Malaysia.

RUJUKAN

Aldinger, C. E. (1998). “WHO Information Series on School Health Document Four.” World Health Organization’s (WHO)

Bellamy, P. (2002). “Students' views of the college”. Adult Learning. Crown Copyright: Washington

Bender, W. H. (1997). “How much food will we need in the 21st century?” Environment..39. 6-11.

Berita Harian (2006). ”Pendidikan: 420 pelajar daftar di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur”.

Blades, M., (2001). “Factors affecting what we eat.” Nutrition and Food Science, 21, 2. 71-77.

Bonwell, C., & Eison, J. (1991). “Active learning: Creating excitement in the classroom”. ASHE-ERIC Higher Education Report No. 1. Washington, DC: George Washington University. 2.

Bowker, S., Crosswaite, C., Hickman, M., McGuffin, S., Tudor-Smith, C. (1999). “The healthy option : A review of activity on food and nutrition by the UK schools involved in the European network of health promoting school”. British Food Journal. 101, 8. 610-620

Buzan, T. Trudeau, K. (2001). “Master Your Memory”. Harper Paperbacks: Nota

Christie, K. (2005). “Setting and exercise standards for kids”. Phi Delta Kappan, 1. 5-8.

Chua, Yan Piaw (2006). ”Kaedah Penyelidikan (Buku 1)”. Malaysia : McGraw Hill. 196,226,280

Chua, Yan Piaw (2006). ”Kaedah Penyelidikan (Buku 2)”. Malaysia : McGraw Hill. 41

Cohen, L. & Manion, L. (1985). “Research Method In Education”. New Jersey: Prentice Hall.

Colvin, S. D., (2004). “Does noise sensitivity affect a reader’s concentration? “The Journal of Psychology, 136, 4. 357-370.

Colin, R. (2004). “Note Taking – The Cornell System”. Virginia Tech : Artikel.

Cook-Cottone, C. dan Keca, J., (2005). “Eating disorders: prevention is worth every ounce”. Principal leadership, 5, 9.11-16.

Delisle, H. (2005). “Should Adolescents be Specifically Targeted for Nutrition in Developing Countries? To Address Which Problems, and How?” Universiti Montreal: Tesis.

Dinger, M. K. dan Waigandt, A. (1997). “Dietary intake and physical activity behaviours of male and female college students”. Am J Health Prom, 11. 360 – 362.

Ee Ah Meng (1990). “Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu” . Edisi Kedua. Perak : Chee Leong Press Sdn. Bhd.

Forcier, R. C., Descy, D. E., (2002). “Learning with graphics”. In The Computer As An Productivity And Problem Solving Educational Tool (3rd ed.). New Jersey: Pearson Education.Inc. 232- 239.

Govindji, F., Hunter, F., Graimes, N., Marshall, J., More, J., Wilcock, F. (2002). “Food for Your Body”. London: Reader’s Digest. 36-43, 302-305 Havas, S., Heimendinger, J., Damron, D., (1995). “5 a day for better health-nine community research projects to increase fruit and vegetable consumption”. Public Health Reports. 110. 68 –79.

Hoolihan, L. E. (2003). “Individualization of nutrition recommendations and food choices”. Nutrition Today, 38, 6. 225-231

Ibnuamir Al-Pendangi (2005). Pendidikan : Masalah pelajar Melayu Pulau Pinang. “Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang” USM: Tidak diterbitkan.

Jacobson, L., (2005). “Cafeteria-worker survey confirms students’ poor eating habits”. Education Week, 24, 31. 6.

Jemaah Nazir (2003). “Borang Permohonan / PencalonanGuru Cemerlang”. Kementerian Pelajaran Malaysia : Borang.

Kelly-Plate, J. dan Eubanks, E. (2000). “Teacher’s Wraparound Edition : Today’s Teen”. Illinois : Glencoe McGraw Hill. 416

Khalid Johari (2003). “Penyelidikan dalam pendidikan”: Konsep dan prosedur. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Kurtzweil, P. (1995). “On the teen scene: food label makes good eating easier”. FDA Consumer, 29. 16-19.

Majdi @ Abdul Hadi Ishak (2001). “Penguasaan Matematik Memberi Input Terhadap Pencapaian Akedemik : Satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Tahun 1 Diploma Kejuruteraan Mekanikal KUiTTHO.” Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn : Tesis Sarjana Pendidikan (Teknikal): Tesis

Mohd Najib Abd Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia. 129-139.

Marohaini Yussof (1996). “Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian”. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

McBean, L. D., (1999). “Emerging dietary benefits of dairy foods”. Nutrition Today, 34,1. 47-53.

Middendorf, J. dan Kalish, A., (2005). “The change-up in lectures”. Teaching Resources Center Indiana University: Artikel

Mohamad Khatim H., Hazura, M., Noraidah, S., Shahnorbanun, S., Siti Aishah, H., (2002). “Statistik untuk Teknologi Maklumat dan Industri.” Malaysia: McGrawHill. 7-12

Mohd Majid Konting (2004). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib bin Abdul Ghafar, (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Skudai Johor: UTM

National Association of State Boards of Education (NASBE) 2002. “Fit, Healthy and Ready to Learn : A School Health Policy Guide : Part 1 – Physical Activity, Healthy Eating and Tobacco Use Prevention”. Tidak diterbitkan.

Norlaila Hamima Jamaluddin, (2006). “Ibubapa antara penyebab masalah berat badan berlebihan”. Harian Metro: Artikel.

Pelto, G. H., Santos, I., Gonocalves, H., (2004). “Counseling training changes physician behavior and improves caregiver knowledge acquisition”. The Journal of Nutrition, 134, 2. 357-362.

Picciano , M. F., McBean, L. D., Stallings, V. A. (1999). “How to grow a healthy child: a conference report”. Nutrition today, 34, 1. 6-14.

Rahmah, M. A., (1999). “Rancangan Kesihatan Sekolah”. Buletin Kesihatan Masyaraka, 5, 90-91.

Rohizani Yaakub dan Aminah Ayob, (2002). “Persepsi ibu bapa terhadap amalan pemakanan kanak-kanak prasekolah”. School of Medical Science: Universiti Sains Malaysia. Abstrak.

Rosso, J. M. D. (1999). “School Feeding Programs : Improving effectiveness and increasing the benefit to education. A Guide for program managers”. The Partnership for Child Development.Tidak diterbitkan.

Sekaran, U. (1992). “Research methods for business: A skill-building Approach. “Ed.2. (pp. 253). New York: John Wiley & Sons.Inc

Storper, B. (2003). “Moving toward health sustainable diets”. Nutrition Today, 38, 2. 5759. Taras H. H. & Datema, W. P., (2005). “Sleep and Student Performance at School”. Journal of School Health. 75, 7. 248.

Teh A. K. (2004). “Industrial Statistics”. Shah Alam: Penerbitan UiTM. 22-25

Tesler, W (2003). “Four core components which should be made available together and in all schools”. UNESCO: Skill-based health: Tidak diterbitkan

UNESCO (2004). “WHO Information Series on School Health – Document 4 : Healthy Nutrition : An Essential Element of a Health Promoting School”. Geneva : Nota

Wechsler, H. B., (2002). “Speed reading Evelyn Wood Sex: Concentration”. The Learning Annex: Tidak diterbitkan.

Whitaker, S. E., (2006). “How Does Noise Pollution Affect the Concentration Levels of Teens? California State Science Fair: Project Summary”. Nota.

Whitman, C. V. (2000). “Education for all 2000 assessment”. World Health Organization’s (WHO): Nota Wiersma, W. (1995). “Research methodological in Education. 5th Ed” New York: Prentice Hall.

Yablonski, J. (2005). “Poor sleep effects student’s performance” Journal of School Health, 9. 20-23.

Zainab Tambi (2000). “Amalan Pemakanan Sihat”. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak : Nota

Ziegler, P., Hensley, P., Roepke, J. B. (1998). “Eating attitudes and energy intakes of female skaters”. Medicine and Science in Sports and Exercise, 30, 4. 583-586.

LAMPIRAN A

KERANGKA KERJA OPERASI

Mula Pilih Tajuk

Pembacaan

Tentukan Pernyataan Masalah Persoalan Kajian

Borang soal selidik

Kerangka Kerja Teori

Alpha Cronbach < 0.6 Kajian Rintis

Alpha Cronbach > 0.6 Edar borang soal selidik

Keputusan (hasil kajian)

Dokumentasi (laporan akhir)

Tamat

Kerangka Kerja Operasi

LAMPIRAN B

JADUAL PENETAPAN SAIZ SAMPEL

LAMPIRAN C

SENARAI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK / VOKASIONAL DAN JURUSAN / KURSUS YANG DITAWARKAN

LAMPIRAN D

BORANG SOAL SELIDIK

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
BEG BERKUNCI 101, 86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL JABATAN IKHTISAS PENDIDIKAN

BORANG SOAL SELIDIK
PENDEKATAN PIHAK SEKOLAH DALAM MEMBENTUK AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
1. Segala maklumat yang diberikan melalui borang soal selidik ini akan disimpan secara SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja. 2. Adalah diharapkan anda akan memberikan maklumbalas soal selidik ini secara jujur dan ikhlas. 3. Kerjasama yang anda berikan ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih kerana membantu dalam menjayakan kajian ini.

Penyelidik: Hamidah Noor binti Md Yusoh (GB050081) (Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional)

KUIZ Sila pilih jawapan yang betul bagi setiap soalan. Jika anda tidak mengetahui jawapan tersebut, sila pilih jawapan yang paling dirasakan sesuai.

1.

Makanan yang tinggi kandungan lemak termasuklah: a. b. c. d. daging dan keju buah-buahan dan sayur-sayuran nasi dan roti kekacang dan ikan

2.

Pilihan terbaik untuk diet rendah lemak ialah: a. b. c. d. Susu penuh krim Susu skim Yoghurt rendah lemak Keju

3.

Dalam piramid makanan, makanan berlemak dan berminyak: a. b. c. d. perlu dimakan paling banyak perlu dimakan paling sedikit perlu dimakan sederhana banyak langsung tidak perlu dimakan

4.

Dua jenis karbohidrat yang utama ialah: a. b. c. d. mineral dan vitamin gula dan kanji lemak dan minyak protein dan mineral

5.

Tabiat makan yang sihat: a. b. c. d. boleh menjamin anda tidak akan sakit boleh membantu anda mencapai tahap kesihatan yang baik membazirkan wang dan masa adalah matlamat yang mustahil untuk dicapai

6.

Tujuan asas untuk makan adalah untuk: a. b. c. d. membekalkan bahan kimia kepada badan memakan makanan yang dihasilkan oleh pekebun menikmati semua jenis makanan menghindari pembaziran makanan

7.

Bagi mendapatkan kesihatan yang baik, badan memerlukan: a. b. c. d. oksigen dan air senaman yang konsisten dan tidur yang mencukupi nutrien dalam bentuk makanan semua di atas

8.

Untuk mendapatkan nutrisi yang baik, anda perlu: a. b. c. berhenti memakan semua makanan yang anda gemari menukar tabiat makanan yang hanya menyebabkan masalah kesihatan hanya memakan makanan yang berkhasiat untuk badan, walaupun anda tidak menyukainya d. jangan makan makanan yang mengandungi karbohidrat

9.

Label nutrisi mesti memaparkan: a. b. c. d. Jumlah hidangan dalam bekas tersebut dan saiz satu hidangan Jumlah kalori bagi satu hidangan Peratus nutrien tertentu dalam satu hidangan Semua di atas

10. Manakah di antara berikut merupakan sumber Vitamin C yang terbaik? a. b. c. d. Buah-buahan citrus, tomato, limau, kobis mentah Susu dan hasil tenusu Kacang peas dan kacang tanah Bijirin dan roti

BAHAGIAN A : PENDEKATAN PIHAK SEKOLAH

Bahagian ini adalah item-item mengenai pendekatan pihak sekolah dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat terhadap pelajar. Diharap anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan ( ) dalam petak berkenaan. Skala 1 2 3 4 5 Skala Penilaian Sangat tidak setuju (STS) Tidak setuju (TS) Tidak pasti (TP) Setuju (S) Sangat setuju (SS) STS 1. Saya mempelajari mengenai amalan pemakanan yang sihat di sekolah Saya banyak mempelajari pemakanan yang sihat di.... Kelas Sains Kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah saya mengamalkan kempen amalan pemakanan sihat Saya terlibat dalam menghasilkan hidangan makanan untuk rakan-rakan di sekolah pada hari keramaian (contohnya: Hari Sukan, Hari Penyampaian Hadiah) Terdapat gerai menjual makanan yang dikendalikan oleh pelajar menerusi persatuan tertentu (contohnya : Kelab Usahawan) Sekolah saya menetapkan… kaunter menjual buah-buahan berasingan dari kaunter jualan makanan yang lain bahawa kantin sekolah menjual jus buah-buahan segar papan kenyataan yang memberi panduan kepada pelajar akan cara-cara mengamalkan diet seimbang mengedarkan risalah berkaitan amalan pemakanan yang sihat Sekolah saya mengadakan ceramah berkaitan pemakanan yang sihat Sekolah saya menjemput penceramah dari hospital kerajaan untuk memberi ceramah kesihatan TS TP S SS

2. i. ii. 3.

4.

5.

6 i. ii. iii. iv.

7.

8.

BAHAGIAN B : KESEDARAN PELAJAR MENGAMALKAN DIET SEIMBANG

Bahagian ini adalah item-item mengenai kesedaran pelajar mengamalkan diet seimbang. Diharap anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan ( ) dalam petak berkenaan.

Skala 1 2 3 4 5 -

Skala Penilaian Sangat tidak setuju (STS) Tidak setuju (TS) Tidak pasti (TP) Setuju (S) Sangat setuju (SS)

STS 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 10. Saya minum susu rendah lemak berbanding susu penuh krim Saya membuang kulit ayam dan hanya memakan dagingnya. Saya membaca kandungan bahan-bahan pada label makanan sebelum membelinya. Saya mengambil berat terhadap kandungan makanan yang hendak dibeli Saya lebih kerap meminum air mineral berbanding minuman berkarbonat Saya boleh mempengaruhi kepada rakan-rakan saya agar memakan lebih sayur-sayuran Saya boleh mempengaruhi kepada rakan-rakan saya agar memakan lebih buah-buahan Saya dapat mempengaruhi rakan-rakan saya untuk memakan lebih sayur-sayuran Saya dapat mempengaruhi rakan-rakan saya untuk memakan lebih buah-buahan Saya memakan yoghurt berbanding ais krim

TS

TP

S

SS

BAHAGIAN C :

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN

MAKANAN PELAJAR

Bahagian ini adalah item-item mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan responden. Diharap anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan ( ) dalam semua item berkenaan. Skala 1 2 3 4 5 Skala Penilaian Sangat tidak setuju (STS) Tidak setuju (TS) Tidak pasti (TP) Setuju (S) Sangat setuju (SS)

STS 1. i ii. iii. iv. 2. i. ii. iii. iv. Saya belajar mengenai amalan pemakanan melalui… keluarga rakan-rakan media (media cetak dan elektronik) guru Saya makan makanan seperti yang... dimakan oleh keluarga saya dimakan oleh rakan saya dipelajari dalam kelas dipaparkan melalui media (media cetak dan elektronik)

TS

TP

S

SS

Sila tandakan ( ) pada emosi yang anda alami dalam tempoh SEMINGGU yang lalu. STS 1. 2. 3. 4. 5. Saya kerap berasa murung Saya kerap berasa tertekan Saya kerap berasa bahawa perkara yang berlaku tidak seperti yang saya jangkakan Saya kerap tidak dapat menguasai perkara yang hendak dilakukan Saya kerap berasa bahawa perkara yang berlaku adalah di luar kawalan saya TS TP S SS

Sila tandakan ( ) pada item-item berkaitan aktiviti fizikal anda.

STS 1. 2. 3. 4. 5. Saya melakukan aktiviti lasak (contoh : jungle tracking, kayak, perkhemahan) Saya aktif bersukan Saya mewakili Rumah Sukan semasa Hari Sukan Saya melakukan aktiviti riadah Saya berjalan kaki ke sekolah

TS

TP

S

SS

Sila tandakan ( ) pada jenis makanan yang lebih anda gemari

STS 1. i ii iii iv v 2. 3. 4. 5. Saya hanya akan makan makanan yang ... baunya (aroma) enak teksturnya baik rasanya sedap dihidangan dengan menarik lemaknya kurang Saya hanya makan buah-buahan di kantin jika ia kelihatan menyelerakan Saya hanya makan sayur-sayuran di kantin jika ia kelihatan menyelerakan Saya memilih untuk makan makanan yang berkhasiat di kantin sekolah Saya memakan lebih dari tiga jenis makanan di kantin sekolah (contoh : kuih, mee, nasi, soto, laksa, dll.)

TS

TP

S

SS

BAHAGIAN D : KONSISTENSI PENGAMBILAN MAKANAN OLEH PELAJAR

Bahagian ini adalah item-item mengenai kekerapan pengambilan makanan oleh pelajar. Diharap anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan ( ) dalam petak berkenaan. Skala 1 2 3 4 5 Skala Penilaian 0 – 2 kali 3 – 5 kali 6 – 8 kali 9 – 11 kali 12 – 14 kali

1.

Sila tandakan ( ) pada item yang menerangkan kekerapan anda makan

SEPANJANG MINGGU LEPAS (Isnin-Ahad) 1. Saya telah bersarapan pagi sebanyak ____________ sepanjang minggu lepas.

0 –2kali

3 – 5 kali

6 – 8 kali

9 – 11 kali

12 – 14 kali

2. Saya telah makan tengah hari sebanyak ____________ sepanjang minggu lepas.

0 – 2kali

3 – 5 kali

6 – 8 kali

9 – 11 kali

12 – 14 kali

3. Saya telah makan malam sebanyak ____________ sepanjang minggu lepas

0 – 2kali

3 – 5 kali

6 – 8 kali

9 – 11 kali

12 – 14 kali

4. Saya telah makan makanan berprotein (daging, telur, ikan) sebanyak ____________ sepanjang minggu lepas

0 – 2kali

3 – 5 kali

6 – 8 kali

9 – 11 kali

12 – 14 kali

5. Saya makan buah-buahan sebanyak ____________ sepanjang minggu lepas

0 – 2kali

3 – 5 kali

6 – 8 kali

9 – 11 kali

12 – 14 kali

6. Saya makan makanan rapu (contoh : keropok, kerepek, jeruk) sebanyak ____________ sepanjang minggu lepas

0 – 2kali

3 – 5 kali

6 – 8 kali

9 – 11 kali

12 – 14 kali

7. Saya tidak makan pada waktu makan sebanyak____________ sepanjang minggu lepas

0 – 2kali

3 – 5 kali

6 – 8 kali

9 – 11 kali

12 – 14 kali

BAHAGIAN E : KONSENTRASI PELAJAR DI DALAM KELAS Bahagian ini adalah item-item mengenai konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Diharap anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan ( ) dalam petak berkenaan.

Skala 1 2 3 4 5 -

Skala Penilaian Sangat tidak setuju (STS) Tidak setuju (TS) Tidak pasti (TP) Setuju (S) Sangat setuju (SS) STS TS TP S SS

1. i. ii. iii. iv. v. 2. i. ii. iii. iv. v 3.

Saya lebih menumpukan perhatian semasa guru mengajar pada waktu… 8.00 – 9.00 pagi 9.00 – 10.00 pagi 10.00 – 11.00 pagi 12.00 – 1.00 petang 1.00 – 2.00 petang Pada setiap kali guru mengajar, saya dapat menumpukan perhatian selama 15 minit sahaja 30 minit sahaja 45 minit sahaja 60 minit sahaja Lebih satu jam Saya gemar makan gula-gula untuk menghilangkan rasa mengantuk semasa di dalam kelas Rasa lapar membuatkan saya kerap terfikir apakah menu makanan yang dijual di kantin sekolah Aroma/bau masakan dari kantin sekolah mengganggu konsentrasi saya belajar Apabila tidak bersarapan pagi saya rasa letih di dalam kelas Apabila tidak bersarapan pagi saya rasa mengantuk di dalam kelas

4.

5.

6.

7.

SEKIAN, TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

LAMPIRAN E

UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN

Faktor Emosi
R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S Mean 1. 2. 3. 4. 5. B.EMOSI1 B.EMOSI2 B.EMOSI3 B.EMOSI4 B.EMOSI5 2.7000 3.2500 3.6500 3.4000 2.7000 S C A L E (A L P H A) Cases 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0

Std Dev 1.3416 1.1642 1.0400 1.0954 .9234

Item-total Statistics Scale Mean if Item Deleted B.EMOSI1 B.EMOSI2 B.EMOSI3 B.EMOSI4 B.EMOSI5 13.0000 12.4500 12.0500 12.3000 13.0000 Scale Variance if Item Deleted 10.0000 9.9447 11.4184 13.1684 13.2632 Corrected ItemTotal Correlation .6327 .7993 .6642 .3522 .4539

Alpha if Item Deleted .7347 .6718 .7252 .8180 .7868

Reliability Coefficients N of Cases = Alpha = .7921 20.0 N of Items = 5

Faktor Aktiviti Fizikal

R E L I A B I L I T Y

A N A L Y S I S Mean

-

S C A L E

(A L P H A) Cases 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0

Std Dev .6806 1.1192 .8335 .8944 .9987

1. 2. 3. 4. 5.

B.FZIKL1 B.FZIKL2 B.FZIKL3 B.FZIKL4 B.FZIKL5

4.4000 4.1000 4.2000 3.8000 3.4500

Item-total Statistics Scale Mean if Item Deleted B.FZIKL1 B.FZIKL2 B.FZIKL3 B.FZIKL4 B.FZIKL5 15.5500 15.8500 15.7500 16.1500 16.5000 Scale Variance if Item Deleted 8.5763 7.5026 8.4079 7.3974 8.1579 Corrected ItemTotal Correlation .7289 .5202 .5880 .7702 .4890

Alpha if Item Deleted .7512 .8081 .7762 .7191 .8086

Reliability Coefficients N of Cases = Alpha = .8096 20.0 N of Items = 5

Faktor Persekitaran

R E L I A B I L I T Y

A N A L Y S I S Mean

-

S C A L E

(A L P H A) Cases 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0

Std Dev .5130 .8127 1.0809 .9679 1.0809 1.0712 1.2085 1.1002

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

B.INFO1 B.INFO4 B.INFO7 B.INFO9 B.INFO11 B.INFO12 B.INFO13 B.INFO14

4.5000 3.8500 3.7000 4.1000 3.7000 3.1000 3.2500 3.5000

Item-total Statistics Scale Mean if Item Deleted B.INFO1 B.INFO4 B.INFO7 B.INFO9 B.INFO11 B.INFO12 B.INFO13 B.INFO14 25.2000 25.8500 26.0000 25.6000 26.0000 26.6000 26.4500 26.2000 Scale Variance if Item Deleted 27.0105 25.7132 21.6842 24.3579 21.6842 20.2526 20.0500 21.6421 Corrected ItemTotal Correlation .3356 .3263 .6169 .3944 .6169 .7949 .6978 .6067

Alpha if Item Deleted .8318 .8329 .7983 .8276 .7983 .7710 .7852 .7998

Reliability Coefficients N of Cases = Alpha = .8277 20.0 N of Items = 8

Faktor Organoleptik
R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S Mean 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. B.PRFER1 B.PREFR2 B.PREFR4 B.PREFR5 B.PREFR6 B.PREFR7 B.PREFR8 B.PREFR9 B.PRFR10 4.1000 3.9500 4.0500 4.4500 3.4500 3.2000 1.4000 3.0500 1.5000 S C A L E (A L P H A) Cases 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0

Std Dev .9119 .9445 .9445 .5104 1.2344 1.1050 .5026 .6863 .5130

Item-total Statistics Scale Mean if Item Deleted B.PRFER1 B.PREFR2 B.PREFR4 B.PREFR5 B.PREFR6 B.PREFR7 B.PREFR8 B.PREFR9 B.PRFR10 25.0500 25.2000 25.1000 24.7000 25.7000 25.9500 27.7500 26.1000 27.6500 Scale Variance if Item Deleted 12.5763 12.3789 12.4105 16.5368 12.9579 10.9974 15.9868 15.2526 15.6079 Corrected ItemTotal Correlation .5354 .5417 .5362 .3177 .2689 .6348 .3571 .4140 .5467

Alpha if Item Deleted .6179 .6152 .6165 .7042 .6944 .5831 .6885 .6830 .6783

Reliability Coefficients N of Cases = Alpha = .7144 20.0 N of Items = 9

Kesedaran pelajar mengamalkan pemakanan yang sihat.
R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S Mean 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. D.KSDRN1 D.KSDRN2 D.KSDRN5 D.KSDRN6 D.KSDRN7 D.KSDRN8 D.KSDRN9 D.KSDR10 3.5500 3.4500 3.7500 3.3500 3.8000 3.0000 3.5500 3.4500 S C A L E (A L P H A) Cases 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0

Std Dev .9445 1.4318 1.0699 .8751 .8335 .8584 1.0501 .8870

Item-total Statistics Scale Mean if Item Deleted D.KSDRN1 D.KSDRN2 D.KSDRN5 D.KSDRN6 D.KSDRN7 D.KSDRN8 D.KSDRN9 D.KSDR10 24.3500 24.4500 24.1500 24.5500 24.1000 24.9000 24.3500 24.4500 Scale Variance if Item Deleted 20.5553 20.7868 20.2395 20.9974 21.3579 22.0947 20.3447 21.5237 Corrected ItemTotal Correlation .6041 .2899 .5440 .6057 .5930 .4696 .5462 .5237

Alpha if Item Deleted .7534 .8230 .7615 .7551 .7581 .7740 .7612 .7663

Reliability Coefficients N of Cases = Alpha = .7920 20.0 N of Items = 8

Konsistensi pengambilan makanan oleh pelajar

R E L I A B I L I T Y

A N A L Y S I S Mean

-

S C A L E

(A L P H A) Cases 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0

Std Dev .9177 1.2258 1.0208 1.0990 1.2524 1.3534 1.2258

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

E1.K4 E1.K7 E1.K6 E1.K1 E1.K2 E1.K3 E1.K5

2.0000 3.3500 2.1000 2.0500 3.1000 3.4000 3.3500

Item-total Statistics Scale Mean if Item Deleted E1.K4 E1.K7 E1.K6 E1.K1 E1.K2 E1.K3 E1.K5 17.3500 16.0000 17.2500 17.3000 16.2500 15.9500 16.0000 Scale Variance if Item Deleted 30.9763 23.4737 30.6184 28.7474 25.6711 23.5237 23.4737 Corrected ItemTotal Correlation .3504 .8773 .3308 .4618 .6428 .7649 .8773

Alpha if Item Deleted .8647 .7913 .8686 .8540 .8294 .8089 .7913

Reliability Coefficients N of Cases = Alpha = .8536 20.0 N of Items = 7

Pendekatan pihak sekolah

R E L I A B I L I T Y

A N A L Y S I S Mean

-

S C A L E

(A L P H A) Cases 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0

Std Dev .9679 .9515 1.2937 1.1180 1.0513 1.0311 1.2524 .9679 .8944 1.0400 1.2344 .8013

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

F.P2 F.P3 F.P5 F.P6 F.P9 F.P10 F.P11 F.P12 F.P13 F.P14 F.P16 F.P20

3.1000 3.8000 2.9000 2.7500 2.5000 2.3000 3.1000 3.1000 3.2000 3.6500 3.5500 2.3000

Item-total Statistics Scale Mean if Item Deleted F.P2 F.P3 F.P5 F.P6 F.P9 F.P10 F.P11 F.P12 F.P13 F.P14 F.P16 F.P20 33.1500 32.4500 33.3500 33.5000 33.7500 33.9500 33.1500 33.1500 33.0500 32.6000 32.7000 33.9500 Scale Variance if Item Deleted 43.8184 43.5237 42.2395 42.3684 42.6184 42.6816 40.8711 44.6605 43.4184 42.9895 43.8000 45.6289 Corrected ItemTotal Correlation .4493 .4846 .3925 .4737 .4946 .5024 .5042 .3800 .5340 .4724 .3176 .3919

Alpha if Item Deleted .7849 .7820 .7924 .7823 .7804 .7798 .7792 .7909 .7786 .7826 .7996 .7903

Reliability Coefficients N of Cases = Alpha = .7996 20.0 N of Items = 12

Konsentrasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S Mean 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. G.K1 G.K2 G.K3 G.K4 G.K5 G.K6 G.K7 G.K8 G.K9 G.K10 G.K12 G.K13 G.K15 G.K16 G.K17 4.0500 3.9500 3.7000 3.7500 3.7500 2.6500 3.6500 3.1500 3.6500 3.5500 4.2500 3.9000 3.4500 3.9500 3.6500 S C A L E (A L P H A) Cases 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0 20.0

Std Dev 1.1910 1.2344 1.2183 .6387 .5501 .9333 .5871 .9333 1.0400 .5104 1.0699 1.2096 .9987 1.0501 .8127

Item-total Statistics Scale Mean if Item Deleted G.K1 G.K2 G.K3 G.K4 G.K5 G.K6 G.K7 G.K8 G.K9 G.K10 G.K12 G.K13 G.K15 G.K16 G.K17 51.0000 51.1000 51.3500 51.3000 51.3000 52.4000 51.4000 51.9000 51.4000 51.5000 50.8000 51.1500 51.6000 51.1000 51.4000 Scale Variance if Item Deleted 34.7368 33.3579 35.5026 42.9579 44.0105 39.7263 41.2000 42.2000 41.2000 43.8421 34.3789 32.8711 39.0947 33.7789 36.7789 Corrected ItemTotal Correlation .5024 .5840 .4285 .6189 .4514 .5219 .5207 .6113 .6694 .4324 .6124 .6398 .3495 .6822 .5852

Alpha if Item Deleted .6889 .6763 .6993 .7378 .7434 .7228 .7217 .7436 .7410 .7410 .6763 .6683 .7206 .6678 .6883

Reliability Coefficients N of Cases = Alpha = .8259 20.0 N of Items = 15

LAMPIRAN F

KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN

LAMPIRAN G

ANALISIS SKOR MIN

Min Pendekatan Pihak Sekolah dalam Memupuk Amalan Pemakanan yang Sihat di Kalangan Pelajar

Min Kesedaran Pelajar Mengamalkan Pemakanan yang Sihat

Min Faktor Persekitaran Mempengaruhi Pemilihan Makanan

Min Faktor Emosi Mempengaruhi Pemilihan Makanan

Min Faktor Aktiviti Fizikal Mempengaruhi Pemilihan Makanan

Min Faktor Organoleptik Mempengaruhi Pemilihan Makanan

Konsistensi Pengambilan Makanan

a) Sarapan Pagi

b) Makan Tengah hari

c) Makan Malam

d) Makanan berprotein

e) Makan buah-buahan

f) Makanan Rapu

g) Tidak Makan Pada Waktu Makan

Min Konsentrasi Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

LAMPIRAN H

UJIAN NORMALITI

Analisis Ujian Pengetahuan Sedia Ada Pelajar Berkaitan Pemakanan Yang Sihat

Ujian Normaliti (Data bertaburan normal)

LAMPIRAN I

UJIAN KORELASI

KORELASI BERPARAMETER PEARSON

KORELASI TAKBERPARAMETER SPEARMAN

KORELASI BERPARAMETER PEARSON

KORELASI TAKBERPARAMETER SPEARMAN

LAMPIRAN J

KESAHAN SOAL SELIDIK

LAMPIRAN K
RECOMMENDED NUTRIENT INTAKES FOR MALAYSIA 2005 : SUMMARY TABLE

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->