You are on page 1of 60

40 18. MENGAJAR SAINS DALAM BAHASA INGGERIS : MASALAH DAN PENYELESAIANNYA.

( Roslee Bin Osman )

1. Pengenalan 1.1 Pendahuluan Kurikulum pendidikan sains mendukung cita-cita dan aspirasi negara kearah mewujudkan masyarkat Malaysia yang saintifik, progresif dan inovatif serta menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi masa depan. Bagi mencapai hasrat ini, pengajaran dan pembelajaran sains perlu menghasilkan pelajar yang kritis, kreatif dan ketrampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Pelajar yang berbudaya sains dan teknologi mempunyai sikap ingin tahu dan suka mencuba, celik sains, bersikap terbuka dan berupaya membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta sains (Sharifah Nor & Senin 2001) Sains merupakan satu mata pelajaran teras yang penting dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah. Mata pelajaran sains untuk sekolah menengah merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun untuk murid tingkatan satu hingga ketingkatan lima. Program ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kefahaman tentang sains serta aplikasinya dalam kehidupan harian dan kemajuan teknologi berlandaskan nilai murni. Kemahiran saintifik diperlukan dalam usaha mencari, memahami dan menggunakan ilmu pengetahuan sains (Sukatan Pelajaran KBSM Sains 2000). Mata pelajaran sains mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sains (2000), merupakan satu bidang yang merangkumi pengetahuan , kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Oleh itu integrasi tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Mata pelajaran sains adalah satu bidang ilmu pengetahunan yang membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekitar mereka dengan lebih mendalam. Mata pelajaran Sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bertujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dan kemahiran sains, mengembangkan daya pemikiran saintifik serta memupuk nilai-nilai murni untuk membolehkan mereka memahami dan menghargai sains dan aplikasinya dalam kehidupan. Juga keupayaan menyelesaikan maslah harian bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab (Malaysia, 1988b). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah juga menekankan kepada kemahiran saintifik yang kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (Subahan & Senin 1999). Menurut pendapat dari Tajul Ariffin ( 1990), sains merupakan usaha pencarian ilmu yang berasaskan ilmu yang berasaskan kepada pengamatan; pemerhatian,

41 kemampuan akal manusia dalam usaha untuk memahami fenomena-fenomena serta peraturan-peraturan yang diwujudkan oleh Pencipta. Sains dan matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemjuan dan pembangunan negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains daan Matemaik, selain menambah masa kontek terhadap bahasa Inggeris (Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan 20 Julai 2002). Berhubung dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat bagi merangka strategi pelaksanaan dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jawatankuasa pelaksanaan telah mengambil kira pelbagai pandangan, ulasan dan ulasan dari pelbagai pihak seperti ahli akademik, pendidik, majlis guru besar/pengetua, kesatuan-kesatuan guru dan orang ramai. Pada 19 Julai 2002, Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah menimbang pelbagai strategi yang kemukakan oleh Jawatankuasa pelaksanaan dan memutuskan perkara-perkara berikut: (i) Penggunaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dilaksanakan sepenuhanya di Tahun 1, tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah, mulai 2003. Di kelas atau tingkatan lain, sekolah-sekolah digalakkan mengajar mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan dasar ini di Kolej Matrikulasi akan bermula pada tahun 2004 manakala di Politeknik, pelaksanaan dasar ini akan bermula pada 2008, iaitu selepas pelajar kumpulan pertama menduduki SPM sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada 2007. Peperiksaan sepenuhnya mata pelajaran sains dan matematik ini dalam bahasa Inggeris bgai UPSR ialah pada 2008, PMR (2005), SPM (2007) serta STPM dan Matrikulasi (2004). Bagaimana, mulai 2003 semua peperiksaan awam akan dilaksanakan dalam dwibahasa. Keutamaan akan diberi kepada pembekalan infrastruktur ICT seperti computer notebook, projector LCD dan skrin serta bahan-bahan interaktif kepada sekolah-sekolah. Bekalan elektrik dan telefon akan dibekalkan secepat mungkin kepada sekolah-sekolah yang masih tidak mempunyainya. Sekolah-sekolah juga akan debekalkan bahan-bahan rujukan bercorak sains.

(ii) (iii)

(iv)

(v)

42

(vi)

(vii)

Bagi melengkapkan guru dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan akan menyediakan kursus-kursus intensif jangka pendek dan jangka panjang. Ini termasuklah program face-to-face full immersion,kursus hujung minggu, modul pembelajaran kendiri dan pembelajaran on-line berasaskan web. Jemaah Menteri juga bersetuju supaya guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris diberi insentif mata pelajaran kritikal. Bagi menggalakkan guru-guru menguasai bahasa Inggeris dengan baik, kabinet bersetuju memberi kenaikan tiga mata gaji bagi mereka yang mempunyai kelayakan bahasa Inggeris pada tahap tertentu ( yang akan ditentukan kemudian) Guru-guru yang menjadi jurulatih utama dalam bidang sains, matematik dan bahasa Inggeris di bawah program Malaysia Trainers Development Program akan diberi keutamaan bagi kenaikan pangkat dari DG3 (peringkat ijazah) ke DG2.

(viii)

(ix)

Bayaran elaun khas juga akan diberi kepada guru-guru sains, matematik dan bahasa Inggeris yang mengajar di luar bandar. (Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002) Berdasar perkara-perkara di atas kabinet khas telah memutuskan dalam salah satu mesyuaratnya menganggap pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sebagai satu agenda utama negara. Oleh itu kabinet telah mengarahkan Kementerian Pendidikan memberi perhatian sepenuhnya bagi menjayakan dasar ini. Di samping itu juga cabinet juga memohon sokongan semua pihak terutamanya para guru, murid-murid, ibu bapa dan seluruh lapisan masyarakat terhadap dasar ini. Pada 4 Oktober 2002, satu Taklimat Profesional Penyebaran Maklumat Mengenai Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di Auditorium Al Azim, Melaka oleh Datuk Abdul Rafie Mahat, ketua Pengarah Pendidikan Malaysia menjelaskan rasional perlaksanaan Matematik dan sains dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut: Sains dan matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik. Penyumbang kepada pembangunan negara. Sebahagaian besar maklumat terkini mengenai bidang ini terdapat dalam bahasa Inggeris. Pendedahan awal memberi peluang mengakses maklumat .

(x)

Menurut Datuk Abdul Rafie Mahat, setiap sistem pendidikan sentiasa mengalami perubahan dari masa kesemasa. Perubahan yang bakal dilakukan iaitu Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar untuk mata pelajaran Sains dan matematik adalah supaya

43 pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan mahir dalam teknologi moden. Sehubungan dengan itu, beliau m,enyarankan supaya para ibu bapa mengubah minda mereka untuk menerima perubahan yang baru dan menyokong usaha kerajaan (The Star, 30 Dis. 2002). 2. Definasi operational 2.1 Pengajaran Sharifah Alwiah (1983) juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah (1983) juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley (1991) memberikan pandangan yang berbeza tentang pengajaran. Beliau melihat pengajaran dari aspek perkembangan kognitif. Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Ini menunjukkan pengajaran mempunyai hubungan dengan pengesahan, perubahan, peninjauan semula, penilaian dan penghuraian kepercayaan, nilai-nilai serta pengertian. Hasaan Langgulung (1991) mentakrifkan pengajaran sebagai satu proses pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai daripada generasi tua kepada generasi muda untuk memastikan jati diri dan penerusan budaya. Mook Soon Sang (1993) mentakrifkan pengajaran adalah proses berkaitan perancangan, pengelolaan , penyampaian, bimbingan dan penilaian supaya perpindahan ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Yaxley (1991) juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Ini termasuklah interaksi antara guru dengan pelajar ataupun pelajar dengan pelajar. Teuku Iskandar (1986) mentakrifkan pengajaran adalah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan dan sebagainya. Konsep pengajaran dalam konteks kerja kursus ini setelah merangkumi takrifan yang dikemukakan oleh Sharifah Alwiah (1983) Hasaan Langgulung (1991) Mook Soon Sang (1993) dan Yaxley (1991) Kajian ini mentakrifkan pengajaran itu sebagai satu proses mengajar yang melibatkan aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Ini termasuklah interaksi antara guru dengan pelajar ataupun pelajar dengan pelajar. satu proses pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai. dengan lebih berkesan.Di samping itu pengajaran di dalam matapelajaran sains juga juga adalah mempunyai hubungan dengan pengesahan, perubahan, peninjauan semula, penilaian dan penghuraian kepercayaan, nilai-nilai serta pengertian. aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Secara kensensusnya strategi pengajaran merangkumi cara ini kandungan pengajaran dipersembahankan pelajar bagi mencapai objektif pengajaran dan untuk

44 menggalakkan pembinaan serta memupuk strategi pembelajaran yang efektif bagi pelajar (Burden & Byrd). Secara amnya strategi pengajaran yang berpusatkan guru( seperti memberi penerangan kuliah, membaca, soal jawab dan latihan) dan strategi berpusatkan pe;ajar ( seperti perbincangan, sumbang saran, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah dan permainan). Berpandukan Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris KBSM, strategi pengajaran yang diberi keutamaan dalam pengajaran bahasa Inggeris ialah kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, nilai kewarganegaraan dan patriotisme, kecerdasan pelbagai, mendapat pengetahuan dari pelbagai bidang ilmu dan disiplin dan persiapan untuk menghadapi situasi yang sebenar (Kementerian Pelajaran Malaysia 2003:1) 2.2 Sains Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) mentakrifkan ilmu sains sebagai bidang ilmu yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni yang membolehkan pelajar memahami alam sekeling mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) menjelaskan bahawa sains, merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuari dan penyelesaian masalah. Kesimpulan dari takrifan tersebut didapati sains dapat memperkembangkan kemahiran untuk mengkaji alam semesta yang memerlukan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperolehi sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan pelajar memperolehi sikap positif dan nilai murni. Falsafah Pendidikan Sains Negara juga telah mengungkapkan bahawa pendidikan sains di Malaysia bertujuan memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dab berdaya tahan serta dapat mengusai ilmu sains dan berketerampilan teknologi.(Norazilawati 2003) 2.3 Bahasa Inggeris

Matlamat kurikulum bahasa Inggeris sekolah menengah adalah untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan pelajar dalam urusan seharian, menimba ilmu pengetahuan dan bidang pekerjaan( Kementerian Pelajaran Malaysia 2003:1). Sementara objektif kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah adalah: 1. to form and maintain relationships through conversation and correspondence; take part in social interaction; and to obtain goods and services 2. to obtain, prosess and use information from various audio-visual and print sources; and present the information in spoken and written form; 3. to listen to, view, read and respond to different text, and express ideas, opinions, thoughts and feelings imaginatively and creatively in spoken and written form; and

45 4. to show an awareness and appreciation of moral values and love towards the nation. (KBSM English Language Syllabus, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003:1) 3.0 Rasional

Berdasarkan kenyataan akhbar Menteri Pendidikan 20 Julai 2002, YB Tan Sri Dato Musa Mohammad, menyatakan sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi diltulis aatau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian adalah menjadi keperluan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam selain menambah masa berkaitan dengan Bahasa Inggeris serta menguatkan asas pengetahuan bahasa bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Sehubungan itu . pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris didorong oleh dua faktor utama. Pertama, penguasaan bahasa Inggeris para pelajar tidak memuaskan. Disebabkan kelemahan ini, para pelajar tidak dapat mengikuti perkembangan semasa penemuan-penemuan dan pencapaian terkini dalam kedua-dua bidang tersebut khususnya. Hal ini akan mengurangkan potensi daya saing negara dalam era globalisasi. Faktor seterusnya, pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam medium bahasa Inggeris dilihat sebagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di Kalangan pelajar di samping kepentingan kedua-dua mata pelajaran itu dalam memajukan negara.( Norazilawati .2004.) 3.1 Kelemahan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Pelbagai pendapat-pendapat dan kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan banyak kebaikan yang didapati pada pelaksanaan pengajaran dan pembelajarn Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi terdapat juga kelemahan-kelemahan yang harus diperbaiki ( Azizan Abu Samah, Utusan Malaysia, 2002). Antaranya ialah: menimbulkan masalah besar sebagai bahasa mata pelajaran Matematik dan Sains. Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Mateamtik dan Sains bukan cara terbaik atasi kelemahan penguasaan bahasa itu. Objektif setiap mata pelajaran berlainan oleh itu ia tidak boleh dicampur adukkan. Istlah matematik dan sains terlalu khusus dan maksud berbeza, lebih sesuai jika digunakan selain daripada Matematik dan Sains agar tidak timbul kekeliruan. Kekurangan guru Matematik dan Sains yang mahir berbahasa Inggeris. Guru tidak bersedia mengajar, memerlukan waktu untuk menguasai bahasa Inggeris kerana tidak memiliki kefasihan berkomunikasi berkenaan isi pelajaran. Pelajar yang tidak mahir bahasa Inggeris, prestasi Matematik dan Sains akan jatuh akibat tidak faham konsep isi pelajaran. Ini boleh menimbulkan rasa bosan dan tidak minat sains dan matematik.

46 Proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dipisahkan dari bahasa yang difahami dan dihayati oleh guru dan pelajar-pelajar. Oleh itu kita tidak boleh berfikri dalam acuan orang lain. Tekanan kepada guru, guru terpaksa kekalkan atau tingkatkan prrestasi untuk imej diri dan sekolah. Pelajar menjadi mangsa dan terabai.dalam jangkamasa pendek prestasi pasti menurun dan menambahkan kekusutan pendidikan matematik sains dan teknologi. Lebih 800 istilah mateamtik dan sains menjadi harta lupus. Ini menyebabkan kerugian dari asset negara dan pembaziran tenaga dan wang. Pakar ilmu yang menerbitkan bahan rujukan dalam bahasa melayu semakin berkurangan. Kos tinggi- kerosakan notebook, LCD dan lain-lain. Bimbang dan tidak yakin pada diri pelajar akibat sukar faham konsep dan kurang motivasi kerana latar belakang keluarga. Bantahan

3.2

Pengujudan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris telah menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Ada pihak yang menyokong dan ada yang membantah. Terdapat pihak-pihak yang membantah cadangan pelaksaan tersebut adalah:,( Tan Chia, Sin Chew Jit Poh. 2002) Gabungan persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Dewan Perhimpunan Cina Sekangor (DPCS)

Sebab-sebab bantahan ini adalah kerana : Bimbang kebudayaan serta jati diri masyarakat Cina terjejas. Bimbang ianya menyekat kebebesan beragama. Menganggap dasar itu sebagai nahas kepada SJKC kerana akan menghapuskan identiti sekolah tersebut berikutan hanya satu subjek akan menggunakan bahasa Cina dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2008. Usaha-usaha

3.3

Untuk meralisasikan pengajaran sains dan mateamtik dalam bahasa Inggeris, berbagai usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melaksanakan program tersebut antaranya : Latihan Bahasa Inggeris bagi guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Mateamtik (ETeMS) Perubahan kursus di maktab perguruan di mana subjek Sains dan Matematik di ajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris bagi program diploma perguruan mulai 2003.

47 Program pengkamusan sekolah pelajar didedahkan dengan perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang baru setiap hari. Menyedikan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti notebook, LCD dan skrin serta bahan interaktif. Mengadakan Buddy System bagi membantu guru-guru Sains dan Matematik. ( Bahagian Pendidikan Guru, Kementeian Pendidikan Malaysia, 2002) 3.4 Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan pengajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Kementerian Pendidikan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Bahagian Buku Teks Pusat Perkembangan Kurikulum Lembaga Peperikasaan Malaysia (LPM) Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Guru Ibu bapa Pelajar 3.4 Kaedah Pelaksanaan

Pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik bermula pada bulan Januari 2003 untuk para pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah. Manakala pelaksanaan di peringkat Tahun 1 bermula pada bulan Mac 2003. Manakala pengajaran Bahasa Inggeris dalam kedu-dua subjek dalam tahun dan tingkatan lain adalah digalakkan. Berikut adalah senarai pelaksanaan dalam peperiksaan awam yang melibatkan yang melibatkan subjek Sains dan Mateamtik adalah seperti berikut:1. 2003 semua peperiksaan awam UPSR, PMR DAN SPM adalah dwibahasa 2. 2004 STPM dan kolej matrikulasi 3. 2005 PMR 4. 2007 SPM 5. 2008 UPSR dan politeknik. Berikut adalah usaha Kementerian Pendidikan dalam melengkapi prasarana dan sumber tenaga manusia seperti dibawah: i) Pembekalan infrastruktur dan bahan bahan interaktif. ii) Melengkapkan kemudahan elektrik dan internet di semua sekolah di seluruh negara. iii) Buku-buku teks Sains dan Mateamtik dalam Bahasa Inggeris. iv) Kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang untuk guru-guru. v) Kenaikan pangkat dari DG3 ke DG2 bagi jurulatih utama bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

48 vi) vii) ix) xi) xii) 3.4.1 1,000 guru dilatih menjadi jurulatih utama. Guru-guru Sains ,Matematik dan Bahasa Inggeris yang mengajar di luar Bandar. Kenaikan tiga mata gaji bagi guru yang mencapai tahap kelayakan Bahasa Inggeris yang ditentuklan oleh Kementerian Pendidikan. Elaun khas untuk guru-guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang mengajar di luar Bandar. Seramai 47,000 guru-guru Sains dan Matematik mendapat laptop yang bernilai RM 235 juta. Guru-guru kontrak dilantik untuk mengisi kekosongan. Perlaksanaan kurikulum

Tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejajar dengan pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris bagi mata pelajarn sains dan matematik adalah, mengurangkan sukatan pelajaran bagi Sains dan Matematik. Contohnya, kandungan sukatan pelajaran mateamtik tahun satu untuk mengenali nombor satu hingga lima puluh telah dikurangkan kepada nombor satu hingga lapan belas. Manakala kandungan sukatan pelajaran sains tingkatan satu pula dikurangkan daripada sembilan tema kepada emapt tema sahaja. Hampir setengah daripada tema sains tingakatan satu telah dibatalkan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurangkan sukatan mata pelajarn sains dan mateamtik ini telah mengurangkan peluang pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan tersebut di dalam persekolah. Pemilihan buku teks untuk sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia adalah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan. Pemilihan itu mestilah bersesuaian dengan pelajaran kita. Buku-buku teks sains dan matematik yang disediakan itu didapati menggunakn perbendaharaan kata tatabahasa Bahasa Inggeris yang tidak bersesuaian di sesetengah topic. Ini disebabkan buku-buku teks yang disediakan itu tiada perancangan yang rapid an tidak berunding dengan pakar Bahasa Inggeris dalam proses pengarangan buku teks tersebut. Manakala bagi IPTA, buku teks dan bahan rujukan sains dan matamatik dalam Bahasa Inggeris senang didapati. Kebanyakan buku sains dan matematik IPT diterbit oleh penerbit luar negeri dalam Bahasa Inggeis. Justeru, maslah yang didapati di sekolah rendah dan sekolah menegah tidak berlaku di IPTA. 4. Isu-isu

Pelbagai isu telah timbul apabila dasar ini dilakukan yang melibatkan pelajar, guru dan pensyarah, kurikulum, kewangan dan pihak-pihak lain. Isu-isu ini akan diulas satu persatu seperti berikut: 4.1 Isu 1 : Adakah guru dan pensyarah bersedia mengajar sains dalam bahasa Inggeris ?

49 Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dikalangan guru-guru dan pensyarah yang mengajar sains dan matematik. Di sekolah rendah terdapat 84% , sekolah menengah 69% dan guru-guru tingkatan 6 42% dan pensyarah matrikulasi adalah 29%(Utusan Malaysia 14 Mei 2002) Guru adalah sebagai pelaksanaan dasar yang terlibat secara langsung dalam pengajaran mata pelajaran sains. Adakah mereka telah cukup bersedia untuk melaksanakannya? Masalahnya sekarang adalah sebahagian besar guru-guru kurang bersedia untuk melaksanakannya sama ada dari segi pengusaan bahasa Inggeris itu sendiri ( Utusan Malaysia 2003) Maklum balas daripada beberapa orang guru sains dan matematik sekolah menengah yang telah mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris menunjukkan bahawa masih ramai lagi guru yang tidak yakin dengan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran .Di samping itu adalah dijangkakan guru-guru sains dan matematik akan menghadapi masalah membaca dan memahami buku teks atau buku rujukan dalam Bahasa Inggeris. Justeru itu guru-guru juga menghadapi masalah menyediakan alat bantu mengajar dalam Bahasa Inggeris bagi pengajaran sains. Implikasinya guru-guru yang menghadapi masalah memahami buku teks akan hanya mengajar konsep-konsep yang mereka tahu sahaja. Ketidakmampuan membuat alat bantu mengajar dalam bahasa Inggeris mungkin akan menyebabkan kelas sains membosankan, seterusnya oobjektif pembelajaran tidak dicapai. Menurut Poh dan Hashimah (1997) untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), pelbagai teknik asas boleh digunakan. Teknik-teknik asa ini termasuk teknik pemudacaraan, teknik peningkatan metakognitif dan teknik menyoal. Mampukah guru-guru sains mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran KBKK di dalam kelas sains dengan perubahan bahas pengantar tersebut? Sedangkan konsep-konsep besar yang ingin dicapai ini belum dapat difahami dan dilaksanakn dengan berkesan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik menggunakan Bahasa Melayu (Tajul Ariffin & NorAini 2002). Inovasi ini menggalakkan penggunaan ICT tetapi didapati tahap kesediaan guru terutama guru mata pelajaran sains dalam penggunaan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap yang rendah (Norzita & Noraini Attan 2002). Kajian menunjukkan bahawa 64% daripada guru-guru sukar menggunakan internet kerana tidak memahami bahasa inggeris walau pun 54% daripada mereka mempunyai Komputer sendiri dengan kemudahan internet dirumah ( Narimah & Raju (2001). Persoalannya guru-guru yang lemah dengan penggunaan teknologi ini, mampukah menjalankan pengajaran dengan berkesan jika berlaku kesilapan teknikal seperti cara pemasangan yang betul, kerosakan, dan untuk mendapat maklumat dalam internet. 4.2 Isu 2 :Dapatkah kemahiran saintifik serta nilai murni dalam pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris dapat dilaksanakan? pengajaran dan

50 Satu cabaran kepada guru kerana pengajaran sains merupakan pengajaran yang menunjukkan tahap kemahiran saintifik, pendekatan dan amalan yang harus dilakukan secara interaksi soal jawab berbahasa. Situasi ini tidak mencukupi jika pengajaran sains dilakukan secara penyediakan perisian dan mengikut skrip yang disediakan oleh pihak kementerian. Kesannya pengajaran menjadi terbatas kerana tiada interaksi di antara guru dan pelajar. Akibatnya objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Pengajaran sains adalah untuk membentuk sikap yang saintifik dan nilai murni. Oleh itu dapatkah guru-guru dapat membentuk sikap dan nilai murni dalam pengantar Bahasa Inggeris demi memenuhiFAlsafah Pendidikan negara (FPN), FAlsafah Pendidikan Sains Negara (FPSN) dan wawasan negara untuk melahirkan insan saintifik yang beretika di samping dapat meningkatkan kualiti hidup menurut hakikat yang sebenarnya. Kesan ini dapat dilihat dikalangan guru-guru sains sekolah rendah kerana statistik guru-guru sekolah rendah adalah sebanyak 84% rendah penguasaan Bahasa Inggeris. Akibatnya jika peringkat rendah terdapat kegagalan dalam menerapkan sikap dan nilai murni maka akan berlaku ketempangan terhadap matlamat pendidikan sains negara. 4.3 Isu 3: Adakah kursus ETeMS ( English Language for teaching of Mathematic and Science) yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan kerjasama Jabatan pendidikan Negeri berkesan? Kursus ETeMS mengandungi 240 jam latihan yang melibatkan pengajaran secara face to face interaction atau bersemuka dan self instructional packages. Dalam kursus ini guru diajar oleh seorang jurulataih utama. Selain itu, konsep Buddy System diperkenalkan dimana guru-guru sains dan Matematik juga akan dibantu oleh guru-guru Bahasa Inggeris yang telah dilantik di sekolah masing-masing. Kurusus ETeMS di kendalikan dalam dua fasa. Setiap fasa meliputi 90 jam pembelajaran secara face to face interaction dan 30 jam secara self instructional packages. Jika di lihat dari stastistik penguasaan yang lemah dalam bahasa Inggeris dikalangan guru-guru didapati. Di sekolah rendah terdapat 84% , sekolah menengah 69% dan guru-guru tingkatan 6 adalah 42% dan pensyarah matrikulasi adalah 29%(Utusan Malaysia 14 Mei 2002). Berhubungan dengan ini guru-guru tersebut telah mempelajari bahasa Inggeris di sekolah selama 11 tahun iaitu dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Guruguru ini juga, mempunyai kelulusan yang rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeis di peringkat SPM/MCE. ( Masylinda 2004). Adakah kursus ETeMS selama 240 jam boleh membuat guru-guru tersebut dapat mengatasi penguasaian mereka dalam bahasa Inggeris ? Masalah yang timbul ekoran dari kelemahan guru-guru tersebut menguasai bahasa Inggeris kesannya adalah, sukar untuk mengajar konsep-konsep, istilah-istilah sains dalam bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, para pendidik menjangkakan bahawa masalah broken English dan istilah-istilah sains yang kurang tepat akan berlaku pada

51 awal pelaksanaan, walaupun guru terlibat mengikuti kursus intensif yang disediakan kementerian ( Masylinda & Rohana 2002a). Jika wujud keadaan sedemikian maka berkesankah kursus ETeMS yang di jalankan ? 4.4 Isu 4: Apakah peruntukan yang besar untuk perlaksaan meningkatkan kejayaan pada dasar ini? ETeMS dapat

Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM 5 billion untuk melaksanakan dasar ini ( Portal Pendidikan Utusan Malaysai, 03/01/2002). Menurut Tan Sri Musa semasa Pelancaran Makmal Komputer Sekolah Seri Sedaya Subang Jaya 2002, bagi melaksaan di tahun pertama iaitu tahun 2003, peruntukannya adalah sebanyak RM978.7 juta. Dimana RM60 juta adalah untuk menyediakan perisian tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan 6 rendah. Kerajaan telah membekal peralatan teknologi maklumat dan konukasi (ICT) yang berjumlah RM17ribu bagi setiap orang guru yang terlibat dalam perlaksnaan dasar ini. Peralatan tersebut termasuklah penyediaan computer, LCD, dan perisian yang membantu guru melancarkan pengajaran dua subjek ini dalam bahasa Inggeris. Seramai kebih kuran 30 000 guru yang terlibat dalam pengajaran sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris Di samping itu usaha kerajaan dijalankan dengan melantik semula guru yang telah bersara, perubahan buku teks dan sukatan pelajaran, perlantika jurulatih dan bayaran insentif untuk semua guru Bahasa Inggeris dan guru-guru yang mengajar subjek Matematik dan Sains dalam PPMSI. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi oleh guru-guru. Dimana guruguru yang mahir berbahasa Inggeris diberi pelbagai insentif, berbanding guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Ekonomi, Perdagangan, Sejarah dan Pendidikan Islam. Jadi persoalan yang ujud adakah guru-guru yang mengajar selain dari Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik tidak penting dan tidak kritikal untuk mendapat insentif. Isu-isu lain akan timbul adalah adakah peruntukan yang besar dapat menjamin kejayaan yang besar? Adakah semua pihak akan berkerjasama untuk menjayakan dasar ini terutama pihak sekolah, guru-guru dan masyarakat? Dari itu hakikatnya ramaikah pihak pentadbir mahupun guru-guru yang kan mengambil inisiatif ini bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai? 5. Impak kelemahan dalam bahasa Inggeris. Kita semua sudah sedia maklum kita sudah tidak dapat menolak kepentinga bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan kunci untuk mencari ilmu baru pada zaman teknologi maklumat ini. Sekiranya seseorang pelajar itu tidak mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik maka akan terdapat banyak kelemahan yang akan dihadapi oleh mereka sama ada sewaktu pengajaran dan pembelajaran atau selepas tamat pengajian. Antara impak kelemahan dalam bahasa Inggeris adalah:

52 5.1 i) Impak Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam matapelajaran Sains

Prestasi pencapaian dalam subjek sains pelajar terutama Bumiputra mungkin akan menurun: Menurut stastistik,pada tahun 2002 sebanyak 40.2% pelajar-pelajar melayu mendapat pangkat E iaitu tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimun dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. ( Utusan Malaysia, 28 Disember 2002). Berdasarkan pencapaian keseluruhan subjek matematik dan sains bagi tahun 1999 hingga 2000 adalah di paras 38.8 % iaitu satu pencapaian yang boleh dianggap minimum. Dengan itu mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran ini akan membebankan pelajar kesannya akan menyebabkan kehilangan minat untuk belajar akibatnya akan menurunkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. i) Kehilangan minat terhadap mata pelajaran Sains:

Pelajar-pelajar melayu yang lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan menghadapi masalah yang untuk memahami konsep-konsep sains yang bersifat teknikal dan kefahaman. Di mana peratusan guru yang lemah dalam bahasa Inggeris juga tinggi. Akibatnya pengajaran dan pembelajaran sains yang bersifat penaakulan, pencerakinan, pemerian dan ujikaji yang memerlukan penerangan yang jelas gagal di sampaikan dengan baik kepada pelajar. Kesannya pelajar-pelajar akan kehilangan minat untuk belajar kerana tiada rasa keyakinan kepada guru dan rasa mata pelajaran itu menjadi semakin susah. ii) Sasaran kerajaan untuk mencapai nisbah 60:40 mungkin tidak tercapai.

Pelajar-pelajar mula beranggapan mata pelajarn sains sebagai satu mata pelajaran yang susah. Oleh itu pelajar lebih cenderung untuk memilih aliran sastera. Justeru itu hasrat kerajaan untuk mensasarkan 60 peratus sains dan 40 peratus sastera pada tahun 2010 tidak akan tercapai.

iii)

Buku ilmiah dalam bahasa Melayu akan terpinggir:

Para cendiakawan akan hilang minat untuk menulis kerana penggunaan buku ilmiah dan rujukan yang ditulis dalam bahasa Melayu kurang mendapat perhatian orang ramai. Keadaan ini memyebabkan buku-buku ilmiah bahasa Melayu tidak digunakan dan seterusnya akan terpinggir dalam negara kita sendiri. 6. Cadangan

53 Perlaksanaan ETeMS mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Berbagai pendapat dikemukakan oleh golongan pendidik, ahli-ahli cerdik pandai, ahli politik sehingga ahli masyarakat terdiri dari golongan ibu bapa dan pelajar-pelajar sendiri. Semua pendapat dan cadangan telah diambil kira untuk memperbaiki lagi ETeMS Berikut adalah cadangan-cadangan yang di buat hasil kajian dari pelbagai sumber. a) (Senin 2004) Melalui pengalaman semasa menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati selain daripada mencari punca kesukaran belajar sains dalam bahasa Inggeris, amalan pengajaran guru juga perlu dipelbagaikan bagi mengekalkan tumpuan serta minat pelajar. Bagi mempertingkatkan prestasi pelajar, guru perlu melaksanakan perkaraperkara berikut: pendekatan semasa proses

i) Mempelbagaikan kaedah dan pengajaran dan pembelajaran berlangsung. ii) iii)

Memperbanyakkan dan mempelbagaikan latihan. Menggalakkkan pelajar mengunakan pengetahuan sedia ada.

iv) Memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan yang telah dilaksanakan ini terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar, menambahkan keseronokkan belajar sains walaupun bukan dalam bahasa ibunda dan dapat mengurangkan sifat malu untuk berintraksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. b) Guru-guru yang telah menghadiri kursus ETeMS hendaklah melakukan pengukuhan pembelajaran. Guru-guru tersebut hendaklah menghadiri kursus pengukuhan yang di adakan pada hujung minggu bagi setiap daerah-daerah masing-masing. Fasilitator yang dilantik adalah yang betulbetul berkemahiran tinggi dalam penggajaran bahasa Inggeris dan sains. Di samping itu guru-guru terlibat perlu memahirkan diri dalam penggunaan Bahas Inggeris melalui kursus-kursus insentif Bahasa Inggeris yang dianjurkan, Modul Pembelajaran Kendiri ( Take Home Package) dan Pembelajran Online (web Base dan skrip pengajaran yang disedaikan.Tujuannya adalah untuk memantapkan tahap kesediaan guruguru tersebut dalam pengajaran sains dalam bahasa Inggeris. Peruntukkan yang besar yang diterima oleh semua sekolah dalam menjayakan hasrat kerajaan ini harus diambil perhatian oleh semu pihak yang terlibat. Terutama guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan menerima insentif. Guruguru tersebut harus mengadakan kelas tambahan sekurang-kurangnya dua

c)

54 waktu seminggu iaitu pada hari sabtu atau waktu sebelah petang. Ini dilakukan adalah sebagai pengukuhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. d) Guru-guru yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris di galakkan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris melalui kursus-kursus dianjurkan pihak jabatan atau Kementerian Pelajaran atau inisiatif sendiri. e) Guru-guru perlu diberi pendedahan secara intensif berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris melalui latihan dalam yang dikendalikan oleh guru pakar. f) Guru-guru digalakkan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara kongsi sama terutama bagi tahuk-tqajuk yang masih belum dikuasai sepenuhnya. Ini khususnya bagi guru-guru baru. g) Guru-guru yang terlibat mesti sentiasa bersedia untuk memperlengkapkan diri dan menambah nilai pengetahuan kemahiran computer atau ICT mereka dengan mengikut kursus dan latihan kemahiran prasarana computer atau ICT dari masa ke sama h) Pihak sekolah, ketua bidang, ketua panitia dan para guru yang mengajar mata pelajaran sains dan matematik hendaklah berkerjasama untuk manghasilkan bahan pengajaran yang sesuai dan selaras dengan perubahan sukatan pelajaran. i) Pihak Jabatan Pendidikan perlu menyediakn prasarana yang mencukupi bagi kegunaan guru dan pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.(Norzita Mohd Darus 2004) 7. Kesimpulan

Secara keseluruhan boleh disimpulkan bahawa tahap kesediaan guru mengajar Saians dan matematik dalam Bahasa Inggeris masih berada pada tahap yang sederhana. Ini mungkin disebabkan pelaksanaannya yang masih baru memerlukan guru sedikit lagi masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaraan pengajaran yang berbeza. Kursuskursus yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sedikit sebanyak dapat membantu guru meningkatkan tahap kesediaan pengetahuan, sikap dan kemahiran mereka untuk mengajar subjek berkenaan dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, guru juga perlu mempunyai inisiatif sendiri terutamanya dalam mencari ilmu pengetahuan baru agar usaha untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahas Inggeris ini dapat dijalankan dengan jayanya.(Masyilda 2004) RUJUKAN Azizan Abu Samah, Utusan Malaysia, 2002 Badan Khas ditubuh rangka strategi mahir Inggeris. 2002. Utusan

55 Malaysia 14 Mei 2002. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002) Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Manual kursus kajian tindakan. Kuala Lumpur : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan. 2002. Kenyataan YB Tan Sri Musa Mohamad mengenai perlaksanaan pengjaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 20 Julai 2002 Masyilda Abu Bakar. 2004. Tahap kesediaan guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, kertas Projek Pendidikan. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002. Mook Soon Sang .1997. Pedagogi 2. Pelaksanaan pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Narimah Ismail & Raju, C.J. 2001. Lemah Bahasa Inggeris. 64% guru sukar guna internet. Utusan Malaysia 15 Ogos 2002. Norazilawati .Abdullah.2004. Persepsepi Guru-Guru Sains dan Matematik Tingkatn Satu terhadap keberkesanan kursus ETeMS.Kertas Projek Pendidikan Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Norazilawati Abdul Halim. 2003. PPK Laksana Program Tingkat Penguasaan bahasa Inggeris. Berita Harian. 18 Disember 2003. Poh Swee Hing & Hashimah. 1997. Amalan repleksi murid-murid sekolah rendah semasa menjalankan projek reka bentuk teknologi. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Hlm 149-155.. Sharifah Alwiah Alsagoff.1983. Ilmu Pendidikan. Kuala Lumpur Heinmann Asis. Tajul Ariffin Noordin & NorAini Dan. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia:pendekatan Bersepadu. Bangi: AsSyabab Media. Tajul Ariffin Nordin. 1990. Pendidikan : Satu pemikiran semula. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusaka. Tan Chia, Sin Chew Jit Poh. 2002 The Star, 30 Dis. 2002 Utusan Malaysia 2003 Utusan Malaysia, 03/01/2002 Utusan Malaysia, 28 Disember 2002

56

19. PENGURUSAN UJIAN SETARA DI PERINGKAT DAERAH SEJAUH MANAKAH IANYA BERKESAN
( Hasnah Binti Yusuff )

PENDAHULUAN Matlamat pendidikaan di Malaysia berdasarkan kepada Falsafah Pendidikaan Negara yang berhasrat untuk melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani. Untuk menentukan hasrat ini tercapai, penilaian menjadi aspek penting dalam pendidikan formal di sekolah-sekolah. Melalui penilaian, arah dan tahap perkembangan individu dapat dikesan seperti yang dihasratkan. ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Kebanyakan ujian pencapaian piawai yang dijalankan oleh badanbadan peperiksaan mendapat kritikan berbagai-bagai pihak kerana gagal

57 menguji apa yang telah diajar di sekolah berdasarkan kehendak kurikulum (Ebel, 1979). Perkara ini lebih ketara lagi apabila penggubal kurikulum dan penilai pencapaian pelajar adalah badan yang berlainan. Setiap kurikulum sekolah digubal berdasarkan kepercayaan bahawa kandungan kurikulum itu sesuai dan akan dapat memeperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk menghadapi kenyataan hidup mereka nanti. Penilaian adalah satu proses yang dapat membantu menentukan kejayaan kurikulum tersebut. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah salah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan rapat dengan proses perlaksanaan. Malahan, ketiga-tiga komponen ini saling membantu dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah.

PENILAIAN

MATLAMAT

PENGAJARAN

PEMBELAJARAN

RAJAH 1.1 Perkaitan penilaian, pengajaran dan pembelajaran.

58 Pengukuran tahap pencapaian akademik adalah menerusi ujian atau peperiksaan yang juga berbeza tahap dan namanya. Sehubungan dengan itu, diwujudkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan lain-lain lagi. Sulaiman Masri (2005). Di sekolah, tugas utama guru adalah mengajar. Dalam proses pengajaran pembelajaran ada objektif-objektif yang hendak dicapai oleh guru. Guru menggunakan berbagai-bagai cara atau kaedah untuk menyampaikan objektif-objektif tadi. Untuk mengetahui samada objektif-objektif ini tercapai atau tidak, ujian perlu dijalankan. Daripada ujian dapatlah ditentukan samada kaedah yang telah digunakan itu berkesan dan dapat mencapai objektif-objektif yang dicitakan. Penilaian dan peperiksaan juga dapat mentaksir sejauhmana pengajaran guru meninggalkan kesan terhadap kemajuan pembelajaran pelajar.Daripada maklum balas yang diperoleh, guru dapat mengambil langkah memperbaiki pengajaran bagi meneguhkan lagi pembelajaran pelajar. Oleh itu penilaian adalah satu proses edaran yang melibatkan aktiviti pengujian dan pengukuran ( Abd. Ghafar Md. Din, 2003). MAKSUD UJIAN SETARA Ujian yang telah dibentuk, ditadbir dan dapat dianalisis secara piawaian. Semua pelajar akan mengambil ujian yang sama dalam keadaan yang sama dan masa yang sama untuk semua murid. Begitu juga arahan yang dibaca oleh guru semasa ujian walau di mana juga ia diadakan. Tujuan supaya markah yang dicapai dapat dibandingkan Item-item soalan untuk setiap matapelajaran dibina oleh beberapa orang guru penggubal soalan yang berpengalaman seperti Ketua Panitia setiap mata pelajaran. Tarikh dan masa bagi peperiksaan ini diselaraskan bagi setiap sekolah di sebuah tempat di daerah masing-masing. Di antara ujian yang diadakan setara di peringkat daerah ialah peperiksaan percubaan Penialaian Menengah Rendah (PMR), peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan percubaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).Menurut Omar (1978), Peperiksaan mempunyai tiga tujuan utama, iaitu untuk menilai, pemilihan dan pensijilan. Keputusan yang diperolehi daripada peperiksaan ini boleh digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran untuk masa akan datang. KEPENTINGAN UJIAN SETARA Penggubalan soalan untuk kegunaan secara setara amat penting dan bermanfaat kepada guru kerana pembinaan item yang sah dan boleh dipercayai dapat dibuat secara lebih teliti oleh guru-guru berpengalaman yang dapat

59 berbincang dalam satu jawatankuasa penggubalan soalan. Keterlibatan secara langsung guru cemerlang ( guru pakar) dalam penggubalan soalan ini akan memperkembangkan lagi fungsi mereka di daerah atau negeri. Hal ini memberi kesan baik kepada peperiksaan yang dikelolakan secara setara di setiap daerah, mempunyai kesahan serentak yang tinggi dan dapat digunakan untuk menganggarkan pencapaian pelajar di peringkat peperiksaan sebenar. Kajian yang telah dijalankan oleh Rifin Ani (2001) tentang peperiksaan percubaan setara/selaras PMR 2000 bagi matapelajaran Sains mendapati terdapatnya korelasi yang kuat di antara pencapaian Sains peperiksaan percubaan PMR 2000 dengan pencapaian kertas Sains peperiksaan PMR 2000. Dapatan kajian membuktikan kertas Sains peperiksaan percubaan PMR 2000 mempunyai kesahan serentak dengan kertas Sains peperiksaan sebenar PMR 2000. Kebanyakan ibu bapa sedar tentang kepentingan kejayaan dalam peperiksaan untuk meningkatkan mobility social. Dengan itu adan timbul suasana SEBAB-SEBAB DIADAKAN UJIAN SETARA Peperiksaan/ujian adalah instrumen yang sangat penting dalam bidang pengukuran dan penilaian. Peperiksaan/ujian mempunyai tiga tujuan utama, iaitu untuk menilai, pemilihan dan pensijilan ke atas seseorang individu (Hopkins & Stanley 1998). Di samping itu , ujian juga bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam menguasai pelajaran yang telah diajarkan kepada mereka. Dalam kajian status dan keperluan guru dalam pelaksanaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) mendapati ramai guru kurang yakin dan kurang mempunyai kemahiran dalam penyediaan alat penilain (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988). Oleh itu, hasil penilaian yang diperoleh adalah diragui kesahan dan kebolehpercayaannya. Lebih-lebih lagi jika hasil itu tidak dapat memberi maklumat sebagaimana yang dikehendaki, maka usaha ini sekadar membuang masa sahaja ( Abu Bakar, 1987). Menurut Abu Bakar (1990) pembinaan ujian yang baik memerlukan kemahiran yang tinggi. Oleh itu satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mempertanggungjawabkan penyediaan alat-alat penilaian ini kepada pihak berpusat. Ini bermakna sesuatu agensi atau badan luar yang rasmi bertanggungjawab menyediakan alat ujian piawai yang pasti akan kesahan dan kebolehpercayaan. Justeru ujian setara di peringkat daerah telah diadakan. KEPENTINGAN UJIAN SETARA Penggubalan soalan untuk kegunaan secara setara amat penting dan bermanfaat kepada guru kerana pembinaan item yang sah dan boleh dipercayai

60 dapat dibuat secara lebih teliti oleh guru-guru berpengalaman yang dapat berbincang dalam satu jawatankuasa penggubalan soalan. Keterlibatan secara langsung guru cemerlang ( guru pakar) dalam penggubalan soalan ini akan memperkembangkan lagi fungsi mereka di daerah atau negeri. Hal ini memberi kesan baik kepada peperiksaan yang dikelolakan secara setara di setiap daerah, mempunyai kesahan serentak yang tinggi dan dapat digunakan untuk menganggarkan pencapaian pelajar di peringkat peperiksaan sebenar. Kajian yang telah dijalankan oleh Rifin Ani (2001) tentang peperiksaan percubaan setara/selaras PMR 2000 bagi matapelajaran Sains mendapati terdapatnya korelasi yang kuat di antara pencapaian Sains peperiksaan percubaan PMR 2000 dengan pencapaian kertas Sains peperiksaan PMR 2000. Dapatan kajian membuktikan kertas Sains peperiksaan percubaan PMR 2000 mempunyai kesahan serentak dengan kertas Sains peperiksaan sebenar PMR 2000. Kebanyakan ibu bapa sedar tentang kepentingan kejayaan dalam peperiksaan untuk meningkatkan mobility social. Dengan itu akan timbul suasana mementingkan peperiksaan dalam pendidikan. Kepercayaan terhadap peperiksaan di kalangan masyarakat sungguh mendalam sehinggakan kita mungkin tidak yakin untuk memilih seseorang calon bagi tujuan tertentu tanpa terlebih dahulu melihat keputusan peperiksaannya. Kejayaan dalam peperiksaan dianggap asas kejayaan dalam pekerjaan dan kehidupan (Maimunah 1990). Peperiksaan/ujian dapat menimbulkan konflik terutama di kalangan para pelajar dan guru-guru serta masyarakat. Menurut teori konflik Karl Marx (Ritzer 1996) , yang menyatakan bahawa masyarakat sentiasa berkonflik dan berada dalam ketegangan. Keadaan ini biasanya berterusan. Ini kerana setiap golongan masyarakat ingin menjaga kepentingan masing-masing. Kebiasaannya, konflik seperti ini boleh membawa kesan yang baik untuk kemajuan masyarakat dan negara. Aspek kesahan, kebolehpercayaan dan analisis item yang diambilkira dalam penggubalan soalan percubaan setara amat berguna untuk menilai pencapaian pelajar dan dapat dijadikan panduan kepada guru dan ibu bapa kerana kemiripan soalan peperiksaan percubaan dapat mencerminkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan sebenar. Hal ini menjadi petanda kepada guru mahupun ibu bapa memberikan galakan dan usaha untuk meningkatkan prestasi dalam peperiksaan sebenar. Kajian kepada set soalan yang sah dan boleh dipercayai dan mempunyai item-item yang sesuai dapat dijadikan koleksi set-set soalan yang berguna untuk menguji pencapaian semasa para pelajar. Ini disebabkan itemitem yang terbina mempunyai kesahan serentak yang tinggi dengan kertas soalan yang sebenar. Dalam hal ini guru dapat membuat tindakan awal dan

61 merancang program-program pemulihan bagi pelajar yang lemah dan program pengkayaan bagi pelajar yang cemerlang serta dapat dijadikan panduan kepada guru dan ibu bapa untuk memberi galakan dan usaha untuk meningkatkan prestasi dalam peperiksaan sebenar. MENENTUKAN KEBERKESANAN UJIAN Dalam kertas kerja ini penulis akan memfokuskan perbincangan dalam aspek keberkesanan ujian yang dijalankan serentak atau setara dan keberkesanan pengurusan ujian setara di peringkat daerah. Untuk menentukan keberkesanan sesuatu ujian, ujian tersebut perlu mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Kebolehpercayaan

Salah satu definisi kebolehpercayaan yang diberi oleh kamus ialah sesuatu hal yang dapat dipercayai. Oleh itu pekali kebolehpercayaan bagi suatu ujian menunjukkan sejauh mana skor yang diperolehi seseorang di dalam ujian itu dapat dipercayai.Kebolehpercayaan selalunya diungkapkan dalam bentuk kestabilan dan kekonsistenan skor ujian iru. Dua perkataan ini selalu digunakan sebagai pertimbangan untuk menentukan secara pengiraan sejauh mana skor bagi satu set ujian boleh dupercayai. Kebolehpercayaan ini bermaksud bahawa ujian yang dilaksanakan itu dapat mengukur dengan tepat dan tekal apa yang hendak diuji. Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi mempunyai ketepatan, ketekalan dan kestabilan untuk mengukur prestasi seseorang pelajar. Ujian itu dapat memberi ukuran yang sama terhadap prestasi pelajar jika digunakan dari semasa ke semasa, atau apabila pelajar mengambil ujian itu beberapa kali dalam satu jangka masa yang pendek. Kebolehpercayaan ujian amat penting kerana penguji ingin supaya markah yang diperoleh oleh seseorang pelajar itu ditentukan oleh keupayaannya sendiri dan bukan kerana faktor luaran, seperti nasib atau kebetulan. Menurut Mokhtar Ismail (1995), kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri atau sifat seseorang. Kebolehpercayaan juga merujuk kepada keputusan yang diperolehi melalui peralatan penilaian seperti ujian dan soal selidik. Oleh itu adalah lebih sesuai disebut kebolehpercayaan ke atas markah ujian atau ke atas pengukuran daripada ke atas ujian atau peralatan itu sendiri. Anggaran kebolehpercayaan lazimnya merujuk kepada satu jenis ketekalan tertentu. Menurut Rashid Johar (2001) ujian yang berkualiti mempunyai unsur kebelehpercayaan yang tinggi. Kebolehpercayaan merujuk kepada sifat

62 kestabilan, ketekalan, ketepatan dan kesepaduan yang mana kebolehpercayan mengutamakan semua unsur tersebut . Guru boleh menentukan kebolehpercayaan sesuatu ujian dengan memberi ujian yang sama kepada kumpulan pelajar yang sama sebanyak dua kali. Jarak antara kedua-dua ujian itu adalah antara satu hingga dua minggu. Setelah ujian yang kedua diadakan, guru boleh membandingkan markah yang diperoleh oleh setiap pelajar di dalam kedua-dua ujian tersebut. Sekiranya perbezaannya kecil, boleh dikatakan bahawa ujian itu mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Terdapat beberapa faktor yang kebolehpercayaan seperti Rajah 2 dibawah : Sebaran market

mempengaruhi

pengukuran

Panjang Ujian

Kebolehpercayaan Ujian Tekal atau Tidak

Keobjektifan

Kepantasan

Kesukaran Ujian

RAJAH 2. 1

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengukuran kebolehpercayaan

2.

Kesahan

Kesahan bermaksud bahawa sesuatu ujian itu benar-benar menguji perkaraperkara yang hendak diuji. Soalan-soalan yang disediakan adalah sesuai dengan kemahiran dan tahap yang diharap pelajar mencapainya. Ujian yang mempunyai kesahan yang tinggi dapat dikatakan memperlihatkan keadaan yang sebenar tentang perkara yang hendak diuji itu. Menurut Mook Soon Sang (1994) sesuatu ujian dikatakan sah jika ujian tersebut benar-benar dan tepat mengukur semua perkara yang hendak diukur. Menurut Rashid Johar (2001),

63 apabila kesahan diguna dalam hubungan kepada pengujian dan penlaian, kesahan dilihat: a. Berkaitan dengan keputusan-keputusan ujian atau penilaian alat dan bukan alat tersebut. Perkara yang diambil kira ialah kesahan keputusan ujian itu. b. Khusus kepada kegunaan tertentu. Ia tidak boleh dikatakan sebagai kualiti yang umum. Apabila menerangkan kesahan, perlu memikirkan tentang kegunaan hasil daripada keputusan-keputusan itu. Kesahan isi kandungan merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa sepatutnya diuji ( Ee Ah Meng,1994). Jika isi kandungaan ujian tidak sah akan membawa dua kesan iaitu pelajar tidak dapat menunjukkan kemahiran yang mereka miliki jika mereka tidak diuji tentang perkara tersebut. Kedua item yang tidak relevan akan mengakibatkan para pelajar menjawab salah hanya disebabkan oleh isi yang tidak diajar oleh guru ( Wiersma & Jurs, 1990). Menurut Rasyid Johar (2001) kesahan isi kandungaan melibatkan pemeriksaan sistematik isi ujian untuk menentukan samada ia meliputi sampel yang mewakili domain tingkahlaku yang diukur. Kesahan ini merupakan ciri penting dalam pembinaan sesuatu ujian yang sah. Untuk menentukan sesuatu ujian itu mempunyai darjah kesahan yang tinggi atau rendah, ianya boleh ditentukan dengan menggunakan pekali kebolehpercayaan. Menurut Mokhtar Ismail (1995) terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi darjah kesahan sesuatu ujian. Antaranya ialah seperti yang digambarkan dalam Rajah 3 di bawah;

Kelemahan membina butiran item Gerak balas pelajar KESAHAN dalam mentadbir ujian Kelemahan dalam memarkatkan Ujian RAJAH 3.1 : Faktor-faktor yang merendahkan Kesahan Ujian. Kelemahan

64 Justeru itu untuk memastikan sesuatu ujian itu mempunyai kesahan isi kandungan yang tinggi, maka beberapa elemen di bawah perlulah dipatuhi (Rashid Johar 2001); a. Menyediakan Jadual Penentu Ujian (JPU) b. Menulis objektif-objektif pengajaran dengan jelas c. Bidang atau topik yang akan diuji adalah berdasarkan sukatan pelajaran d. Membina ujian mengikut format yang ditetapkan. 3. Keadilaan

Keadilan bermaksud bahawa pelajar yang mengambil ujian berasakan bahawa ujian itu dikendalikan secara adil dan tidak menimbulkan rungutan pelajar. Jangka masa yang diperuntukkan bagi menjawab soalan hendaklah bersesuaian dengan jumlah atau bentuk soalan yang perlu dijawab. Misalnya, ujian yang mempunyai jawapan terbuka seperti karangan memerlukan masa yang lebih lama daripada aneka pilihan. Keadilan juga boleh dikaitkan dengan aras dan pengagihan kesukaran ujian. Bersesuaian dengan fungsi ujian iaitu untuk mendiskriminasi antara calon yang berkebolehan dengan yang kurang berkebolehan, maka item yang terkandung dalam sesuatu ujian harus dalam pelbagai peringkat dari segi kesukarannya. Andaian yang biasa dipegang ialah calon yang lemah akan boleh menjawab soalan yang mudah sahaja. Calon sederhana akan dapat menjawab soalan yang mudah dan pertengahan. Calon yang baik akan dapat menjawab semua aras soalan, iaitu mudah, sederhanadan susah. (Abd. Ghafar Md. Din, 2003). 4. Kelicinan Sesuatu ujiaan hendaklah dijalankan secara baik dan tidak terganggu. Ujian hendaklaah diadakan ditempat dan keadaan yang sesuai. Peralatan untuk ujian, seperti kertas soalan daan kertas menjawab soalan hendaklah mencukupi. Kesilapan, seperti salah ejaan, salah angka dan kesalahan teknikal yang lain, sepatutnya tidak berlaku. PROSEDUR MEMBINA SOALAN Dalam sesuatu peperiksaan/ujian, kesahan isi kandungan, kebolehpercayaan dan analisis item merupakan elemen yang sangat penting dalam menentukan kualiti sesuatu soalan itu. Namun ketiga-tiga aspek ini sering dipinggirkan oleh para guru. Ini mungkin disebabkan ketiadaan kemahiran serta masa yang terluang bagi guru atau penggubal soalan berdasarkan keutamaan yang diberikan dalam tugas-tugas lain seperti

65 memeriksa buku latihan pelajar, menjalankan aktiviti ko-kurukulum dan sebagainya. Realitinya ketiga-tiga elemen penilaian ini sangat penting dan guru tidak harus mengabaikannya. Pemilihan item-item yang benar-benar sesuai dapat mengukur aras keupayaan pelajar akan memberi keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Keputusan ujian yang sah dan boleh dipercayai sangat penting terutamanya , jika ujian tersebut digunakan untuk membuat keputusan dalam konteks pendidikan. Menurut Mehran dan Lehman (1983), untuk mempastikan item peperiksaan yang dibina adalah bermutu, item itu mestilah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Ujian perlu dirancang dengan rapi, dengan menetapkan : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Tujuan dan rasional ujian. Membina Jadual Penentuan Ujian(JPU) atau Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Menetapkan struktur dan format kertas ujian. Menetapkan jenis soalan, bentuk dan susunan kertas soalan. Membina item/soalan ujian dan skema pemarkahan. mengedit draf. Ujicuba dan pemilihan soalan Mentadbir ujian. Membuat analisis dan tafsiran ujian. Membuat laporan dan membuat keputusan terhadap ujian.

CIRI-CIRI SOALAN / ITEM YANG BAIK Soalan/item yang baik harus mempunyai cirri-ciri berikut: 1. i. Keakuran Keakuran dilihat dari tiga aspek : Akur kurikulum Perkara yang ditaksirkan dimana pentaksiran itu dilakukan (tajuk/konteks) mestilah merupakan sebahagian daripada kurikulum. Akur spesikasi Perkara yang ditaksir dan di mana pentaksiran itu dilakukan mestilah akur dengan spesifikasi ujian di peringkat soalan. Spesifikasi ujian diwujudkan untuk mengawal mutu kandungan ujian. Akur peluang

ii.

iii.

66 Pelajar/calon mestilah diberi peluang yang mencukupi dalam mempelajari perkara yang ditaksir. Peluang boleh dirujukkan kepada kemudahan yang ada, kehadiran pengajar, kepakaran mengajar dalam menyampaikan ilmu atau perkara yang ditaksir kepada pelajar / calon dan pengalaman harian pelajar. 2. i. Ketepatan dan kejelasan dilihat dari tiga aspek: Tepat dengan konstruk Konstruk ialah perkara yang ditaksir iaitu perkara yang akan diperkembangkan dalam diri pelajar melalui sesuatu mata pelajaran. Konstruk merupakan dimensi manusia yang berbentuk konkrik atau abstrak. Konstruk dikenalpasti dari Sukatan Pelajaran atau Huraian Sukatan Pelajaran. Tepat dengan tajuk/konteks Soalan yang dihasilkan mestilah menepati tajuk di mana pentaksiran konstruk itu dibuat. Jelas Soalan/item yang jelas dari segi stimulus, tugasan dan arahan dapat memberikan isyarat tentang apa yang harus dilakukan oleh pelajar serta bagaimana respons harus dikemukakan. Ini menggambarkan sesuatu item yang ditulis dengan sempurna akan mempunyai darjah communicability yang tinggi dari segi: - Kebolehpercayaan - Kejelasan ekspresi - Ketekalan stail 3. i. Kesesuaian dilihat dari tiga aspek: Aras kesukaran Soalan yang dibina itu mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu samada aras kesukaran rendah, sederhana atau tinggi. Guru adalah orang yang dapat memberikan pertimbangan professional bagi kategori kesukaran sesuatu soalan itu. Soalan /item dikategorikan sebagai: - Soalan/item mudah, iaitu soalan yang mempunyai aras kesukaran rendah mana soalan itu boleh dijawab oleh sebahagaian besar pelajar. - Soalan/item sederhana, iaitu item yang mempunyai aras kesukaran sederhana di mana item itu boleh dijawab oleh pelajar yang sederhana dan cemerlang. - Soalan sukar, iaitu soalan yang mempunyai aras kesukaran tinggi di mana item itu boleh dijawab oleh pelajar cemerlang sahaja.

ii.

iii.

67

4.

Kepentingan

Oleh kerana soalan yang dikemukakan itu merupakan perwakilan bagi beberapa konstruk tajuk maka adalah penting untuk memastikan bahawa idea, isi, kandungan atau perkara yang dikemukakan dalam soalan adalah perkara yang penting dalam pembelajaran pelajar. Perkara yang remeh atau yang asing kepada mereka hendaklah dielakkan kerana mentksir perkara yang remeh ini menyebabkan pertimbangan yang kurang berhasil kepada pelajar. 5. Adil Soalan yang dikemukakan itu mestilah tidak memberikan faedah secara sistematik/automatik kepada golongan/kelompok tertentu dalam masyarakat samada mengikut ras, jantina, tempat tinggal atau status ekonomi. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendikan (1989) mencadangkan prosedur berikut perlu diberi perhatian semasa pembinaan soalan iaitu menggunakan jadual penentuan ujian, membina draf soalan yang lebih, perlukan lebih daripada seorang untuk menyemak item untuk mempastikan kejelasan, kaitan dan ketepatan item yang dibina, membina item di peringkat rendah dan selebihnya item dibina melebihi peringkat pengetahuan, mengawal panjang sesebuah ujian, selalu mengadakan ujian meliputi bahagian kecil dalam kandungan, membina arahan yang jelas, menyediakan bimbingan skor ujian dan membuat analisis item untuk menilai tiap-tiap item yang dibina dan mengukur item tersebut. Prosedur di atas dapat membantu guru membina item ujian yang sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Namun, pada praktiknya guru lebih menumpukan kepada persediaan item yang selaras dengan objektif. Kajian Jamilah Ali (1990) dan Ismail Alias (1993) mendapati lebih kurang 50% guru menggunakan JPU semasa membina item ujian. Pada umumnya, mereka nampaknya bersetuju bahawa JPU membantu mereka dalam penyediaan item ujian, tetapi mereka kurang merujuk kepada JPU semasa membina ujian. Kajian Abd. Hadi Mohamad (1996) mendapati bahawa lebih 40 peratus guru yang dikaji mengakui bahawa mereka kurang mahir membina JPU. Kelemahan dalam membina JPU menyebabkan mereka kurang cenderung menggunakannya.

PENGURUSAN Pengurusan adalah proses merancang, menjamin kualiti, melaksana, memantau dan menilai sesuatu kerja. Menurut Stoner dan Wankel (1987), Jaafar (1988), Koontz dan Weihrich (1997), Bateman dan Snell (2002) fungsi pengurusan merangkumi perancangan, pengorganisasian, penstafan,

68 pemimpinan dan pengawalan Koontz dan Weihrich (1997) menegaskan perancangan melibatkan pemilihan misi dan objektif serta tindakan untuk mencapainya. Bateman dan Snell (2002) menjelaskan perancangan perlu dibuat untuk mencapai objektif organisasi. Fungsi pengurusan seterusnya adalah pengorganisasian. Menurut Jaafar (1988) pengorganisasian menentukan cara mana matlamat tersebut dicapai dan menetapkan peranan dan tugas yang mesti dijalankan oleh tiap-tiap pekerja dan staf dalam organisasi tersebut. Di sini jelaslah fungsi pengorganisasian adalah menentukan kaedah-kaedah yang akan digunakan bagi mencapai matlamat yang dirancang (Fauzia Osman 2000). Seorang guru pengurusan iaitu Juran (dalam Oakland 1990) mencadangkan 10 langkah untuk membaiki kualiti iaitu: Bina kesedaran tentang keperluan dan peluang untuk menambah kualiti. 2. Tentukan matlamat untuk menambah kualiti. 3. Aturkan cara untuk mencapai matlamat contohnya, menubuhkan kualiti kaunsel, mengenal pasti masalah, memilih projek, melantik kumpulan, dan menetapkan fasilitator. 4. Menyedikan latihan 5. Menjalankan projek untuk menyelesaikan masalah 6. Melaporkan perkembangan 7. Memberitahu keputusan 8. Menyimpan Stor 9. Menjaga kecepatan dengan membaharui sistem dan proses syarikat setiap tahun. Menurut Juran, usaha menambah kuiliti adalah melalui kesedaran pekerja, latihan, komunikasi dan juga projek-projek tertentu bagi menyelesaikan. Kejayaan peningkatan kualiti juga bergantung kepada penyertaan dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam organisasi bermula dari pengurusan atas, pengurusan pertengahan dan peringkat bawahan. Secara keseluruhannya, usaha untuk meningkatkan kualiti memerlukan komitmen dari semua pihak dalam pengurusan sesebuah organisasi. PENGURUSAN UJIAN Pengurusan ujian adalah bermaksud proses bagaimana sesuatu sistem mendapatkan maklumat tentang ukuran pencapaian murid dalam pembelajaran dirancang, dijamin kualiti, dilaksana, dipantau dan dinilai ( Jamil Adimin, 2004). Pengurusan ujian dianggap berjaya dan berkesan sekiranya mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kebolehpercayaan adalah ukuran sejauh mana hasil sesuatu kerja tepat dan konsisten dengan standard yang telah ditetapkan. 1.

``

69 Untuk memastikan kebolehpercayaan pengurusan atau pengendalian peperiksaan/ujian pihak PPD hendaklah terlebih dahulu merancang dengan: 1. 2. 3 4. 5. 6. 7. 8. Membuat jadual atau takwim. Menyediakan standard atau peraturan. Memilih petugas peperiksaan. Memberitahu pihak yang terlibat. Mendapatkan maklumat. Memberi latihan profesionalisma. Anticipate masalah. Membuat pelan kontingensi.

Seterusnya menjamin kualiti dengan berpegang kepada standard dan peraturan kerja. Semasa pelaksanaan hendaklah: 1. 2. 3. 4. Mengikut jadual. Mengikut peraturan. Mengikut pekeliling . Mengikut bidang tugas.

Setelah itu pemantauan hendaklah diadakan. Ianya adalah bertujuan untuk: 1. 2. 3. 4. 5.. 6. 7. Mengelak ketidakaturan. Mengelak ketidakkonsistenan sistem. Secara regular dan bersistem. Mengikut peraturan. Mengikut bidang tugas. Secara profesional. Berdasarkan ilmu. Langkah seterusnya ialah membuat penilaian untuk membuat keputusan sepanjang dan selepas proses, membaik dan menambah baik dan merancang strategi berdasarkan maklumat yang tepat (Jamil Adimin , 2004). Kualiti Pengurusan ujian perlu dijamin supaya kesahan dan kebolehpercayaan hasil pengendalian/pengurusan ujian setara terjamin dan kredibiliti PPD terjamin. Pengendalian Dan Pengurusan Soalan Peperiksaan Peringkat Daerah Sebelum peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM semua sekolah di Malaysia telah menjalankan Peperiksaan Percubaan. Sesetengan negeri mengadakan peperiksaan percubaan setara mengikut negeri masing-masing dan ada yang menjalankan peperiksaan percubaan setara mengikut daerah dan dikenali dengan peperiksaan/ujian setara daerah.

70 Langkah pertama yang dijalankan ialah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa induk JPN bersama Unit Peperiksaan setiap daerah. Dalam mesyuarat ini akan diputuskan samada Ujian Setara akan dijalankan setara diperingkat negeeri atau daerah. Pengurusan seterusnya akan diuruskan oleh PPD sehingga selesai soalan dicetak. Soalan-soalan peperiksaan yang telah siap dicetak akan dihantar ke sekolah-sekolah untuk diperbanyakkan. Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan keselamatan soalan-soalan peperiksaan supaya tidak berlaku kebocoran. Seterusnya tanggungjawab ini akan diambil alih oleh Setiap Panitia Matapelajaran untuk menguruskan soalan tersebut samada untuk memastikan tiada berlaku kebocoran, kecuaian dan ketidak cukupan. Sepanjang peperiksaan dijalankan guru-guru yang mengawas peperiksaan adalah terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri. Sehubungan dengan itu kefahaman tentang kebolehpercayaan pengurusan ujian amat penting agar peperiksaan yang dijalankan menepati standard yang telah ditetapkan. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab memeriksa kertas jawapan pelajar dan markah akan dianalisis dan dihantar ke PPD. Seterusnya markah semua sekolah dalam daerah tersebut akan dianalisis dan dibandingkan untuk melihat pencapaian pelajar dalam setiap matapelajaran sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Jarak antara peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar adalah selama sebulan. Dalam tempoh ini guru-guru akan program pengkayaan untuk pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan program pemulihan untuk pelajar yang mencapai keputusan sederhana dan rendah. Carta aliran Pengendalian Dan Pengurusan Soalan Peperiksaan Peringkat Daerah adalah seperti dalam rajah 4 di bawah. Mesyuarat J/K induk bersama JPN ( Unit Kurikulum & Peperiksaan)

Mesyuarat J/K kecil bersama PPD Penggubalan kertas ujian Pemurnian kertas ujian

71 Pembukaan Tender Percetakan Penyerahan Kertas Soalan kepada

penender yang berjaya Percetakan kertas soalan Penghantaran kertas soalan kepusat peperiksaan sekolah

Peperiksaan Percubaan Serentak/selaras

Penganalisisan data peperiksaan

Penghantaran Keputusan Analisis data ke sekolah Rajah 4.1: Carta aliran aktiviti pembinaan ujian setara daerah. ISU-ISU DALAM PENGURUSAN UJIAN SETARA DAERAH. Sebelum Peperiksaan Oleh kerana ujian setara ini dilaksanakan untuk peperiksaan percubaan sahaja, maka aspek-aspek keselamatan kurang dititik beratkan. Di antara aspek-aspek keselamatan yang diabaikan ialah: 1. Keselamatan fizikal. Isu Tidak ada bangunan khas yang disediakan di peringkat daerah untuk dijadikan tempat menguruskan segala hal yang berkaitan dengan peperiksaan yang mana kawasan dan bangunan ini adalah sebuah kawasan larangan yang diwartakan. Cadangan Menyediakan bangunan khas atau bilik khas sebagai tempat menguruskan Segala yang berkaitan dengan peperiksaan seperti

72 mesyuarat panel, mesyuarat penyelarasan , analisis data, tempat menyimpan segala peralatan peperiksaan dan sebagainya. Di dalam bangunan ini terdapatnya bilik pegawai peperiksaan, Bilik Panel sebagai tempat mengadakan mesyuarat, Bilik Jurutaip dan bilik komputer serta bilik penyalin. 2. Perlantikan Penggubal Isu Guru guru yang dilantik oleh pihak PPD sebagai penggubal adalah Ketua Panitia mata pelajaran dan guru pakar. Mereka ini tidak semuanya terlibat secara langsung dengan pemeriksaan soalan atau ketua pasukan di peringkat LPM. Ini akan menyebabkan mutu soalan yang dihasilkan tidak mengikut piawaian yang sebenar. Cadangan Guru-guru yang berpengalaman hendaklah dipilih sebagai penggubal kertas Soalan serta guru tersebut juga mestilah pernah bertugas sebagai pemeriksa ketua pasukan. 3. Kursus Pengujian dan Pengukuran Isu Sebelum kertas ujian digubal tidak diadakan kursus atau mesyuarat khas semua ahli panel yang terlibat. Apa yang berlaku di peringkat daerah ialah Pengetua akan menentukan siapa yang akan terlibat sebagai panel di sekolah masing-masing. Setiap sekolah akan menjadi Ketua Panitia Mata pelajaran tertentu dan mereka akan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan penggubalan soalan. Ini menyebabkan penggubal tidak mahir dengan ilmu pentaksiran. Cadangan Pihak PPD hendaklah mengadakan kursus kepada semua panel yang terlibat tentang pengujian dan pengukuran agar soalan yang di gubal nanti mempunyai kesahan dan kebolehperyaan yang tinggi. Mesyuarat penggubalan soalan hendaklah berpusat di PPD. 4. Kertas soalan dan Peraturan Pemarkahan Isu

73 Keselamatan soalan-soalan peperiksaan yang telah siap dicetak sememangnya perlu diberi perhatian. Di peringkat PPD Kertas soalan dan peraturan pemarkahan yang telah siap dicetak dihantar satu salinan ke sekolah oleh pihak PPD untuk diperbanyakkan, dan disimpan di sekolah hingga hari peperiksaan. Soalan-soalan ini akan disimpan di bilik pengetua atau bilik peperiksaan. Justeru keselamatan dokumen tidak terjamin. Cadangan Kertas soalan dan peraturan pemarkahan hendaklah dianggap sebagai dokumen sulit dari peringkat penggubalan hinggalah selesai peperiksaan. Oleh itu kertas soalan dan peraturan pemarkahan yang telah siap dicetak, diperbanyakkan dan disimpan di PPD dan diuruskan oleh pegawai yang diberikan kuasa . Pengendalian kertas soalan oleh pegawai mesti dilakukan dengan bersaksi dan berekod. Guru tertentu ditugaskan untuk mengambil soalan pada hari peperiksaan bermula. Guru yang menerim kertas soalan mesti merekodkan dalam buku rekod penerimaan. Semasa Peperiksaan 1. Isu Pengawas Peperiksaan Pengawas peperiksaan adalah terdiri daripada guru-guru di sekolah itu sendiri. Oleh itu kebolehpercayaan pengawasan itu diragui. Cadangan Pihak PPD hendaklah melantik pengawas peperiksaan di kalangan Guru - guru dengan bertukar antara sekolah. 2. Pemantauan Semasa ujian percubaan dijalankan pemantauan hendaklah diadakan samada oleh pegawai PPD atau ditugaskan guru peperiksaan . Ini untuk memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Selepas Peperiksaan Isu Setakat ini PPD tidak mengadakan mesyuarat penyelarasan pemarkahan seperti yang dilaksanakan oleh LPM. Ini akan menimbulkan masalah kepada guru-guru apabila memeriksa kertas soalan subjektif terutama soalan aras tinggi.

74 Cadangan Mesyuarat penyelarasan pemeriksaan perlu diadakan supaya pemeriksa dapat berbincang tentang skima pemarkahan secara detail dan menentukan skill atau alat pengukur agar skor yang diberi jitu dengan kemahiran, kecekapan dan pencapaian calon. Hasilnya keputusan akan tepat dan statistik tepat ( Hjh. Mazni binti Mat Salleh, 2004 ) RUMUSAN Secara umumnya pengurusan ujian setara yang dijalan di peringkat daerah memberi kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Ini dapat dibuktikan daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa markah yang diperolehi oleh pelajar mempunyai kesahan serentak di antara markah ujian setara dan markah peperiksaan yang sebenar. Keberkesanan pengurusan ujian setara di peringkat daerah dapat tingkatkan lagi sekiranya mencapai tahap pengurusan ujian yang memenuhi standard dan berkualiti. Manakala kertas ujian yang dihasilkan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan serentak yang tinggi serta sesuai untuk pengujian dan penilaian ke atas pelajar. Pengurusan ujian setara di peringkat daerah hendaklah mempertingkatkan lagi kualiti pengendalian ujian dengan mengamalkan prinsip penjaminan kualiti pengendalian ujian iaitu bermatlamat, mempunyai kesahan, kebolehpercayaan, kebolehurusan, merujuk kepada ilmu dalam pentaksiran dan kepatuhan kepada prinsip kerja. Di samping itu pengurusan ujian setara di peringkat daerah lebih berkesan jika dapat menggubal kertas soalan percubaan yang dapat berfungsi mencerminkan pencapaian sebenar dalam peperiksaan awam yang diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia. BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin. 1987. Asas Penilaian Pendidikan. Ed. Ke 2. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Abu Bakar Nordin. 1990. Konsep, Peranan dan Amalan Penilaian Dalam KBSR, Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Penilaian Perlaksanaan KBSR anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum di Institut Aminudin Baki, 2125 Mei, 1990. Abd. Ghafar Md. Din. 2003. Prinsip dan Amalan Pengajaran. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Ebel, R.L. 1972. The social consequences in educational testing. In introductory reading educational measurement. Boston: Houghton Mifflin Company. Ee Ah Meng. 1994. Perkembangan dan Pelaksanaan Kurikulum. Siri Pendidikan Pergeruan. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

75

Hopkins, K.D & Stanley, J. C. 1998. Educational and psychological measurement and evaluation. Ed. Ke 8. Boston. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1989. Panduan Pembinaan Soalan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Oakland John, S. 1990. Quality Management. Great Britain: Oxford. Rifin Ani. 2001. Kesahan Isi Kesahan Serentak, Kebolehpercayaan dan Analisis Item Kertas Sains Peperiksaan Percubaan Selaras Penilaian Menengah Rendah 2000 di Daerah Alor Gajah , Melaka. Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM. Jamil Adimin .2004. Kebolehan Pengendalian Peperiksaan. Kertas Kerja dalam mesyuarat pentauliahan Ketua Pemeriksa dan Ketua Pemeriksa Bersama. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia. Maimunah. 1990. Kesan Peperiksaan Sekolah Terhadap proses Pembelajaran Murid-Murid Sekolah Menengah. Tesis Sarjana Pendidikan. UKM. Mehrens, W.A. & dan Lehman, 1983. Management and evaluation in education and psychology. Ed. Ke-3. New York: Holt, Rinehart & Winston. Mokhtar Ismail.1995. Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang. 1994. Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam pendidikan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mazni Mat Salleh. 2004. Pemeriksaan Berkualiti Satu Penantian. Kertas Kerja dalam mesyuarat pentauliahan Ketua Pemeriksa dan Ketua Pemeriksa Bersama. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia. Mohd. Hazim Mokhtar. 2003. Pentaksiran dalam Pendidikan Merujuk Kriteria. Kertas kerja Seminar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: LPM. Omar Mohd Hashim. 1978. Pendidikan persoalan penyelesaian dan harapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ritzer. G. 1996. Sociology theory. Ed. Ke 4. Singapore: The Mc GrawHill Company. Wiersma, W, & Jurs. S. G. 1990. Educational measurement and testing. Ed. Ke 2. Boston Allyn and Bacon.

76

20. PEMUPUKAN NILAI DAN ETIKA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN GURU


( Wan Faizal Iskandar Bin Wan Abdullah )

Cabaran Dunia Pendidikan dan Kepentingan Etika Kerja " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul." Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah.

77

1.0 PENGENALAN Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah semudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara. Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu mereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru. Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar secara luarannya sahaja, sebaliknya sifat keguruan itu perlu mendarah daging. Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum. Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri. Alaf baru ditandai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia yang amat besar pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat yang bukan saja memberi kesan terhadap pembinaan minda generasi muda tapi mencorakkan gaya hidup yang amat unik di kalangan mereka. Oleh itu, pendidikan tidak hanya dibatasi dengan meletakkan pendidik sebagai fasilitator semata-mata. Konsep fasilitator dalam konteks budaya bestari mestilah mampu menghubungkan kemajuan teknologi sebagai alat dan kandungan maklumat mesti mampu membangunkan sahsiah. Justeru itu aspek keinsanan seperti hubungan guru dengan murid mestilah dalam konteks pendidik sebagai model contoh yang memberikan imej teladan. Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilah masyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapat

78 membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini. 2.0 DEFINISI ETIKA Etika berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula ialah tatasusila, beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, Ismail Ibrahim (1995) menyebut, etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Oleh itu etika memperkatakan tentang apa yang betul dan salah, perbuatan yang baik dan buruk, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, yang patut dan tidak patut serta yang berkaitan dengan tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sains perlakuan atau behavioral science yang mengkaji tentang perlakuan manuisa dalam masyarakat, membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan memberi panduan cara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan kepada piawaian etika atau moral manusia serta masyarakatnya. (Thiroux, 2001). Suprihadi dan Soehartono (1982), mendefinisikan etika sebagai ilmu tentang tingkahlaku manusia yang tidak sahaja bertanyakan kenapa tindakan itu terjadi, baik atau buruknya tindakan itu bahkan bertanya tentang latar belakang yang memotivasikan tindakan itu, kenapa timbulnya perbuatan itu dan apa akibatnya secara lahir dan batin. Manakala Solomon R.C (dalam Shaw W.H , 1999) menyebut bahawa etimologi etika menekankan kepada dua asas utama, iaitu : pertamanya; sifat-sifat individu, termasuk yang dimaksudkan untuk menjadi orang baik. Keduanya panduan sosial yang mengawal dan menghadkan tindakan kita terutamanya peraturan dasar yang menekankan baik atau buruk atau yang lebih dikenali sebagai morality. Kesimpulannya, etika adalah cabang ilmu falsafah yang membicarakan tentang moral dan prinsip moral, mengkaji tingkahlaku manusia, membuat pertimbangan secara logik supaya manusia dapat hidup secara teratur, aman dan harmoni dalam sistem sosialnya. Menurut Martin [1993], etika didefinisikan sebagai "the discipline which can act as the performance index or reference for our control system". Oleh demikian, etika akan memberikan batasan ataupun standard yang akan mengatur pergaulan manusia didalam kelompok sosialnya. Dalam pengertiannya yang secara khusus dikaitkan dengan seni pergaulan manusia, etika ini kemudian dirupakan dalam bentuk aturan (code) tertulis yang secara sistematik dibuat berdasarkan prinsip-prinsip moral yang ada, dan pada saat yang diperlukan akan berfungsi sebagai alat untuk mengadili segala tindakan yang secara logika-rasional umum (common sense) dinilai menyimpang dari kode etik Dengan

79 demikian etika adalah refleksi dari apa yang disebut dengan "self control", kerana segalanya dibuat dan diterapkan untuk kepentingan sosial (profesi) itu sendiri. Selain dari itu, kerana kelompok profesional merupakan kelompok yang berkemahiran yang diperolehi melalui proses pendidikan dan latihan yang berkualiti dan mempunyai standard tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang tinggi itu hanya dapat dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama sendiri. Kehadiran organisasi profesion dengan perangkat "built-in mechanism" berupa kode etik profesi dalam hal ini jelas akan diperlukan untuk menjaga martabat serta kehormatan profesi, dan disisi lain melindungi masyarakat dari segala bentuk penyimpangan maupun penyalah-gunaan keahlian (Wignjosoebroto, 1999). Oleh kerana itu dapatlah disimpulkan bahwa sebuah profesi hanya dapat memperoleh kepercayaan dari masyarakat, apabila dalam diri para elit profesional tersebut ada kesadaran kuat untuk mengindahkan etika profesi bila mereka ingin memberikan jasa kepada masyarakat yang memerlukannya. Tanpa etika profesi, apa yang semula dikenal sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh menjadi sebuah pekerjaan pencarian nafkah biasa yang sedikitpun tidak diwarnai dengan nilai-nilai idealisme dan ujung-ujungnya akan berakhir dengan tidak-ada lagi respek maupun kepercayaan yang diberikan kepada para golongan profesional ini. 2.1 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:a. Niat yang betul b. Perlakuan yang baik c. Pengerak ke arah kebaikan d. Memperkotakan apa yang dikatakan e. Berdisiplin dan beradab f. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

2.2 NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:

80

a. Amanah b. Benar c. Bijaksana d. Bersyukur e. Dedikasi f. Ihklas g. Penyayang 3.0 TATASUSILA PROFESION PERGURUAN Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod-kod tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara dan juga rakan sejawat dan profesionnya sendiri. 3.1 Tanggungjawab terhadap pelajar Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

3.2 Tanggungjawab terhadap ibu bapa Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.

81 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Menganggap semua makumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3.3 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

3.4 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

82 Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan. 4.0 Etika Guru Muslim Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara yang boleh dirumuskan ialah: 4.1 Etika guru Tanggungjawab muslim terhadap Terhadap Allah ialah Allah seperti berikut:

Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya. 4.2 Tanggungjawab Terhadap Diri

Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.

83 Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.

4.3 Tanggungjawab Terhadap Ilmu Guru muslim hendaklah : Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. Beriltizam dengan amanah ilmiah. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat. 4.4 Tanggungjawab terhadap Profesion Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

84 Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan). Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

4.5 Tanggungjawab Terhadap Pelajar Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. . Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

4.6 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

85 Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

4.7 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik. 4.8 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

86 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan membantu keberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan. 5.0 CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN Perbincangan mengenai ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly effective) boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu: 1. Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan. Ciri mengajar yang memberikan hasil. Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri. Ciri Peribadi: seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga seorang yang 'asyik' dalam pekerjaannya. Kedua , ianya bersikap positif dan 'real' yakni yakin dalam apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biar pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin'; di samping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan siapa sahaja. Ciri Mengajar: seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek 'dengannya' ("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang muridmuridnya mesti buat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memiliki kepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ciri Intelektual: seorang yang suka 'membaca buku', dan mempunyai 'mental life' yang segar, berkembang dan bersifat self-actualization dengan minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak. Falsafah Pendidikan Negara (PPN) memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan

2.

3.

87 pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri. 6.0 PROGRAM PENDIDIKAN GURU Program pendidikan guru ialah satu program latihan praktik dan sistematik berasaskan sekolah yang bersifat "developmental". Program ini membolehkan guru pelatih membina, menguasai, dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan. Namun begitu, kualiti pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kualiti gurunya. Kelayakan dan keprofesionalan guru menentukan kualiti program. Mack (1975) mengatakan ciri-ciri personaliti guru dan setakat mana latihan profesionali yang dimiliki adalah menyumbang kepada kebolehannya. Ciri-ciri personaliti guru termasuklah: mempunyai kematangan, menghormati pelajar dan ibu bapa, berkeyakinan, fleksibel, suka belajar, perawakan baik, fizikal yang sesuai, beretika dan mempunyai latihan yang cukup. Guru-guru perlu mendapat latihan professional untuk memahami bagaimana murid-murid berkembang dan belajar. Guru yang berkualiti dilihat dari segi hubungan erat yang berjaya diwujudkan dengan pelajar, kemampuannya mengembangkan program dan merancang aktiviti, kejayaannya mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibu bapa dan rakan sejawat yang lain dan kemahirannya dalam pentadbiran dan perkembangan professional.Guru yang baik ialah guru yang efektif. Guru yang efektif merupakan guru yang berkemahiran serta dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Kemahiran yang ada pada guru tidak lahir begitu sahaja. Ia perlu dipupuk dan dibajai melalui latihan yang sistematik sebelum melibatkan diri di dalam profesion perguruan. Latihan adalah penting bagi seseorang guru sekolah bagi mencapai kemahiran, kecekapan serta keberkesanan di dalam perlaksanaan tugas. Sebagaimana apa yang dinyatakan oleh Yu- Wei Lin dan Spodek (1992) iaitu latihan berfungsi meningkatkan kualiti pengajaran guru sekolah. Walau bagaimanapun selain latihan yang diikuti minat yang mendalam terhadap kerjaya juga membantu keberkesanan pengajaran seseorang guru prasekolah. Motivasi juga merupakan faktor penting yang boleh meningkatkan kualiti guru-guru prasekolah kerana ia akan menaikkan semangat untuk berusaha dan mencapai matlamat yang hendak dicapai. Penglibatan sekolah dalam melaksanakan program ini dapat mewujudkan jalinan hubungan kerjasama antara Universiti dan sekolah, memupuk rasa tanggungjawab bersama, rasa kesepunyaan (ownership) dan mengukuhkan konsep "partnership" bagi membantu perkembangan profesionalisme. Dalam melaksanakan program pendidikan guru ini, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian. Jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta kepakaran antara Universiti dan sekolah, yang menjadi teras pelaksanaan praktikum

88 dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan ikhtisas guru pelatih. Komponen utama yang perlu ada dalam program pendidikan guru ialah: (a)pengajaran dan pengalaman di bilik darjah, (b)pengajaran dan pengalaman luar bilik darjah, dan (c)pembentukan ciri sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan. 6.1 Objektif Program Pendidikan Guru Program pendidikan guru memberi peluang kepada guru pelatih mengenal secara lebih dekat peranan dan fungsi guru dan pengelolaan serta pengurusan sebenar bilik darjah. Secara khusus, program ini memberi peluang kepada guru pelatih belajar: tentang tugas dan tanggungjawab asas keguruan. mengenal pasti dan memahami murid-murid yang mempunyai perbezaan individu dan merancang persediaan pengajaran bagi memenuhi keperluan individu tersebut. mengamal dan mencuba kaedah pengajaran mata pelajaran serta menilai kerja murid seperti yang telah dipelajari di dalam kursus. menilai kelebihan dan kelemahan kesan-kesan pengajaran dan pembelajaran. prosedur dan teknik pengelolaan kurikulum dan kokurikulum mempraktikkan etika keguruan. sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. mengamalkan, mengubah suai dan mencuba teori-teori dan metodologi pengajaran berasaskan keseluruhan ilmu keguruan dan disiplin pengkhususan. menganalisis perbezaan-perbezaan pelajar dan menghubungkan isu-isu disiplin dan gerak laku serta berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. membina daya usaha, kreativiti, kepekaan dan keyakinan diri serta sikap yang lebih positif dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat sekolah supaya dapat berfungsi secara positif dalam bidang perguruan. melibatkan diri secara aktif dalam pengelolaan kokurikulum sekolah dan mencuba pendekatan-pendekatan yang sesuai dan inovatif. 6.2 Guru Sebagai Penyelidik Penyelidikan dalam konteks globalisasi ini menekankan kepada pembentukan satu budaya kolaboratif, kerjasama, perkongsian dan penyayang dalam masyarakat. Di samping itu, penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan menimbulkan sense of ownership di kalangan semua pihak guruyang terlibat dalam penyelidikan

89 tersebut. Setiap pihak yang terlibat akan lebih terbuka dalam memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan. Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru memerlukan trdisi penyelidikan yang sesuai dengan teori dan amalan mereka yang dapat menyumbang terhadap peningkatan kepada kemahiran menyelesaikan masalah. Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam kemasyarakatan perlu di cuba dan di bangunkan. Organisasi, firma dan kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dan sekolah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dan kemasyarakatan. Perwakilan seperti NGO, key personal, wakil dari organisasi, suri rumah, ketua tempat kediaman, adalah sebenarnya dikelilingi oleh sumber-sumber dan bahan yang kaya yang boleh dijadikan bahan penyelidikan. Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendaklah merealisasikan aspirasi negara mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik. Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama masyarakat. Pendidikan menjalankan penyelidikan perlu diberi kapada gurusupaya aspirasi negara untuk membina insan yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbena secara intrinsik. Donald Schon (1983) yang menyarankan perubahan amalan gurudari berbentuk technical rationality kepada reflective rationality yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan profesional.Schon mengemukakan konsep reflection-inaction dan knowing-in-action sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional. Konsep reflection-inaction dan knowing-in-action membawa maksud refleksi yang dilakukan semasa seseorang itu melakukan sesuatu untuk mempastikan apa yang dilakukan itu berkesan ataupun mungkin persepsi yang baru diperolehi bagi membaiki amalan. Keadaan ini banyak berlaku semasa guru mengajar misalnya guru sentiasa (sama ada secara sedar atau tidak) membuat refleksi ke atas pengajaran yang sedang mereka jalankan. Proses ini sebenarnya memerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagi membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara berterusan. Elliott (1993) menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seorang pengkaji Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkuami konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal refleksi. Proses ini melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. Bagi Elliott, perubahan pendidikan perlu berlandaskan inkuiri yang sistematik. Dari pandangan-pandangan di atas, jelaslah bahawa penglibatan guru sebagai penyelidik ini perlu diperkembangkan. Penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam membimbing guru untuk melakukan penyelidikan secara berterusan boleh membentuk budaya menyelidik dan reflektif. Budaya ini memungkinkan suara dan pandangan wakil guru didengar dan diambil perhatian oleh pihak pembuat dasar dan pihak-pihak yang

90 berkepentingan dalam pendidikan. Ini sekurang-kurangnya dapat menigkatkan keyakinan dan self-esteem guru Budaya menyelidik juga didapati telah dapat menigkatkan keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbangkan kepada kualiti pendidikan. Dalam konteks pendemokrasian penyelidikan konsep guru sebagai penyelidik ini akan mula berakarumbi di kalangan guru di negara ini. Penglibatan guru dalam penyelidikan terutama penyelidikan tindakan perlu dijadikan amalan harian. Pembudayaan penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya penyelidikan dapat dijadikan sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat keputusan serta tindakan yang lebih baik. Penyelidikan bukanlah cara yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi penyelidikan dapat membantu dalam melihat masalah secara lebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian kepada masalah itu dapat dibuat dengan lebih berkesnn. Untuk membolehkan penyelidikan memberi sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan gurudi setiap peringkat, metodologi, proses dan dapatan penyelidikan perlu dapat difahami dan digunakan sebaik-baiknya oleh pelbagai pihak yang terlibat dan berkepentingan.

7.0 ISU-ISU BERBANGKIT 7.1 ISU DISIPLIN Sejauh manakah guru-guru di sekolah sedar akan etika keguruan seperti yang tercetak di dalam Buku Rekod Pengajaran (Tatasusila Profesion Perguruan, Malaysia) ? Walaupun Pengetua/Guru Besar dan guru memegang Buku Rekod Pengajaran dan merekodkan rancangan pengajaran mereka tiap-tiap hari, tetapi adakah mereka membaca dengan teliti dan memahami Tatasusila Profesion Perguruan , Malaysia yang merupakan garis panduan kod etika perguruan? Berapa peratuskah Pengetua/Guru Besar dan guruguru seluruh Malaysia yang memahami kod etika ini dan betul-betul mengamalkannya? Menurut Dr. Mohammed Sani (2001) dalam menggariskan sifat dan kualiti peribadi seseorang guru, di antaranya termasuklah sifat bertanggungjawab, mempuyai keyakinan diri, mempuyai daya kepimpinan dan menghayati nilai keagamaan dan nilai murni melalui program tarbiyah ruhiyyah yang berterusan. Menurut Rohaty (2002), guru perlu memahami dan menghayati etika dan profesion keguruan supaya dianggap professional. Malangnya terdapat juga segolongan guru dan Pengetua/Guru Besar yang seolah-olah telah terlupa tentang kewujudan kod etika keguruan, dan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor materialistik. Menurut Dr. Tajul Ariffin (1997), tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan kegilaan guru untuk mencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Ini menyebabkan guru menggunakan lebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah perkara-perkara tesebut daripada memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Ini jelas sekali

91 menjejas etika dan profesion keguruan. Sebagai kesan sampingannya, pada masa kini telah berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah laku serta jenayah yang melibatkan pengurus sekolah atau/dan guru-guru sekolah. Menurut Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain Hassan dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-3 di Institut Pengetua Universiti Malaya, Mac 2004, beliau telah mengatakan bahawa pengurus sekolah menyedari peruntukan undang-undang mengenai penyalahgunaan kuasa itu, ``Tetapi mereka dengan sengaja melakukannya ,''. Menurut beliau, kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap tahun, dan ini telah menunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa oleh pihak berkenaan. ``Namun begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak tahu perbuatan mereka itu menyalahi peraturan,'' katanya. Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, belaiu telah memberi contoh kes-kes yang tidak beretika yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia seperti berikut: 1. Contoh Kes Suapan a. Guru Jasmani menerima wang daripada kontraktor didorong bahawa beliau meluluskan pembelian alat sukan. b. Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal terbang secara percuma untuk melancung ke luar negeri dari syarakat buku yang menjual buku di sekolah berkenaan. c. Pengetua menerima wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin asrama sekolah kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya. d. Pengurus sekolah meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma kerana beliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor berkenaan. e. Anak pengurus sekolah telah diberikan pekerjaan sebagai kerani di pejabat kontraktor sebagai balasan kerana mendapat kontrak.

2. Contoh penggunaan dokumen palsu untuk mengelirukan majikan a. Pengurus sekolah membuat tututan perjalanan kepada pihak atasan kononnya perjalanan dibuat daripada tempat A ke C, tetapi sebenarnya perjalanan adalah daripada A ke B. b. Pengetua berpakat dengan kontraktor menuntut kos baik pulih perabot sekolah dengan menggunakan resit/invois tetapi kerja baik pulih tidak dijalankan sebaliknya kerja lain dibuat. c. Pengetua meluluskan bayaran kepada kontraktor membekal makanan untuk pelajar-pelajar asrama sekolahnya dalam keadaan beliau tahu bahawa tuntutan adalah tidak betul iaitu 100 orang pelajar diberi makanan tetapi tuntutan daripada kontraktor ialah 200 orang pelajar yang diberikan makanan.

92

3. Contoh kes pengurus sekolah yang mengambil kesempatan daripada kedudukannya/jawatannya untuk kepentingan peribadi atau saudara a. Seseorang pengurus sekolah mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarakat abangnya untuk mendapat bekalan kertas, kapur, pasu bunga dan peralatan sukan sekolah. b. Pengurus sekolah membeli peralatan peti sejuk dan televisyen bagi kegunaan bilik guru sekolah dengan mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat elektrik milik isteri/suaminya. c. Pengetua memberikan tender mengusahakan kantin sekolah kepada pengusaha kantin yang ada hubungan persaudaraan iaitu adik ipar.

4. Contoh kes pecah amanah a. Pengurus sekolah memberikan wang bantuan kerajaan kepada pelajar berada, dan bukannya pelajar miskin seperti dikehendaki oleh peraturan. b. Pengurus sekolah dikehendaki membayar sejumlah wang kepada Perbendaharaan tetapi bayaran tidak dibuat kepada Perbendaharaan sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun sendiri maka beliau telah melakukan pecah amanah. Selain daripada contoh kes-kes penyalah gunaan kuasa yang tersebut di atas, dalam tahun 2004 ini telah pun berlaku beberapa kes yang tidak beretika di kalangan guru kerana terlibat dalam penjenayahan dan salah tingkahlaku. Selain daripada itu, satu kes yang berlaku di Sekolah Menengah Sains di Kuantan, Pahang ialah ibubapa seorang pelajar telah mengadu bahawa anaknya telah dirotan walaupun kesalahan yang dilakukannya terlalu kecil (Berita Harian, 30/6/2004). Satu kes yang lain pula melibatkan penjenayahan yang telah dilakukan oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang telah menculik seorang budak perempuan yang hanya berusia empat tahun dan telah meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 (Berita Harian, 24/6/2004). Selain daripada kes-kes yang tersebut di atas, kita juga sering dapati adanya kecenderungan pihak-pihak tertentu, khususnya syarikat-syarikat pengeluar, penguasa, penerbit, pengedar dan individu-individu yang ingin membuat jualan terus kepada pelajar-pelajar dan guru-guru atau pun ingin mengadakan promosi melalui pameran dan demonstrasi dengan tujuan yang sama (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988, Kementerian Pendidikan Malaysia). Menurut pekeliling berkenaan, Pengetua dan Guru Besar diingatkan bahawa

93 kebenaran tidak boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau mana-mana individu ... Walau bagaimanapun, kelonggaran kepada larangan ini boleh diberi kepada pihak-pihak yang memohon untuk membuat jualan keadaan-keadaan tertentu seperti perayaan Hari Ibubapa, Hari Guru, Hari Sukan [atau] demonstrasi dan promosi hanya mendapat perhatian dan pertimbangan tanpa melibatkan pelajar-pelajar dan lain-lain guru. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988, Kementerian Pendidikan Malaysia). 7.2 ISU SEMASA PROGRAM LATIHAN GURU Isu profesion guru juga sering dikaitkan dengan latihan mengajar. Persoalan seperti bagaimana pihak universiti, maktab, Kementerian Pelajaran dapat menguruskan progam latihan mengajar bagi guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihan mengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal dalam hidup pendidik. Pengetahuan akademik tidak cukup untuk menjadi seorang guru, pengalaman dan amali praktikal menentukan kejayaan seseorang guru. Keberkesanan penyampaian pengetahuan adalah hasil sebenar kerja mereka. Keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada konsep guru sebagai berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Agen mangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Fasilitator dalam pembelajaran pelajar. Penggerak kepada usaha pelajar. Pembimbing dan model. Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang ada untuk kebajikan pelajar.

Latihan mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan prinsipprinsip pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di samping meningkatkan keyakinan diri untuk mengurus bilik darjah. Keseluruhan jangka masa latihan mengajar lebih kurang 12 minggu, waktu mengajar antara 8 hingga 10 waktu seminggu. Tumpuan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mengikut opsyen guru pelatih itu. Terdapat beberapa kelemahan dalam program latihan pengajar: 1. Kemahiran profesional belum mantap Latihan mengajar menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran, sedangkan tuntutan profesion perguruan lebih daripada itu kerana guru menghadapi banyak tekanan sosial seperti masalah berkaitan dengan disiplin, tuntutan ibu bapa dan masyarakat yang mementingkan pencapaian akademik cemerlang. 2. Kekurangan bimbingan dan tunjuk ajar Guru pelatih diselia antara 5 hingga 8 kali semasa latihan mengajar. Penyeliaan dibuat untuk menilai kecekapan guru mengajar dan respons dari pelajar di dalam mata pelajaran. Sebagai perbandingan, latihan profesion kedoktoran, doktor perlu menjalani housemanship selama setahun. Semasa menjalankan housemanship, doctor pelatih adalah di bawah pegawasan doktor

94 pakar. Selepas itu, doktor tersebut perlu mendapat pengiktirafan dan mendaftar dengan persatuannya untuk latihan dan seterusnya terikat dengan tatasusila profesion kedoktoran di bawah pengawasan persatuan perubatan. 3. Jangka masa latihan yang singkat Salah satu ciri profesion ialah latihan ahli-ahlinya memakan masa panjang dan seragam di semua institusi pengajian. Tempoh latihan perguruan berubah mengikut institusi dan permintaan tenaga manusia. Misalnya, tempoh masa perguruan di maktab berkurang dari tiga tahun ke dua setengah tahun. Program diploma pendidikan di universiti mengambil masa 9 bulan termasuk latihan mengajar. Jangka masa terlalu singkat menyebabkan calon tidak didedah kepada suasana sebenar di sekolah dengan masa yang cukup. 7.2.1 Kekurangan latihan pendidikan guru dalam perkhidmatan Pendidikan guru dalam perkhidmatan adalah pendidikan terancang dan berterusan untuk membantu guru yang sedang berkhidmat bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran profesional mengenai pendekatan dan penemuan mutakhir untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan efektif. Pendidikan guru dalam perkhidmatan sentiasa menekankan strategi pengajaran baru terutamanya apabila sesuatu kurikulum baru diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh guru. Program ini membantu guru menjalankan tugas, mempertingkatkan kebolehan mengajar dan mendalami pengetahuan dan pengalaman guru. Di samping itu, sijil atau diploma yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan membantu para guru melanjutkan pelajaran ke universiti, kenaikan pangkat atau gaji. Mengikut kajian Dr Mohammed Sani Bin Ibrahim (1992), hanya seramai 1,485 orang guru iaitu 0.83 % daripada jumlah guru di Malaysia pada 30 Jun 1989 seramai 178,666 guru yang berpeluang mengikuti program pendidikan guru dalam perkhidmatan. Punca-punca minoriti guru yang menghadiri program adalah: 1. Bilangan kursus yang ditawarkan dan bilangan peserta yang diambil adalah terhad. 2. Sistem pemilihan peserta kursus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Menurut pegawai kanan di Kementerian Pendidikan dan pengetua maktab perguruan bahawa pengetua cenderung mencalonkan guru bermasalah manakala guru yang berprestasi baik diminta terus mengajar di sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas dan keputusan peperiksaan sekolah dapat dikawal dan dipertingkatkan. Jabatan Pendidikan Negeri juga tidak menyokong kebanyakan pemohonan guru yang dicalonkan oleh pengetua. Masalah mendapat calon yang sesuai menyebabkan berlakunya guru-guru pernah mengikuti kursus dipilih semula untuk berkhusus.

95 3. Maklumat mengenai kursus tidak sampai ke pengetahuan guru dan ini menyebabkan ramai guru tidak boleh memohon untuk mengikutinya. 7.3 ISU CALON GURU Antara calon-calon yang menawarkan dirinya menjadi guru ada yang terdiri daripada golongan tidak berminat terhadap profesion guru, oleh kerana memerlukan pekerjaan dan merupakan pilihan terakhir mereka selepas gagal memasuki program lain. Malaysia dilandar dengan banjir siswazah akibat daripada dasar pendemokrasian pendidikan dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru. Peluang-peluang pekerjaan yang berkurangan akibat kemerosotan ekonomi menyebabkan pengangguran segolongan besar siswazah, maka sebahagian mereka telah diserapkan ke profesion perguruan. Kriteria bercorak akademik digunakan dalam pemilihan calon perguruan tanpa menitikberatkan sikap, aptitude atau kecenderungan dan personaliti disertai dengan iltizam untuk berjaya merupakan faktor penentu sama ada seseorang itu menjadi guru baik atau sebaliknya. Profesion perguruan dan skim perkhidmatan pendidikan masih belum menandingi profesion-profesion lain seperti peguaman, perniagaan, perakuanan dan kedoktoran yang menarik pelajar terbaik. Misalnya, syarat umum kemasukan universiti adalah lulus SPM dengan kepujian BM termasuk lulus ujian lisan, mendapat sekurang-kurangnya gred E bagi Pengajian Am, gred E bagi dua mata pelajaran lain bagi calon dari STPM. Isu tentang kelulusan akademik guru bukan sahaja menarik minat orang ramai di Malaysia sahaja. Laporan dari Amerika tentang keadaan kurang memuaskan bagi keupayaan akademik (scholastic aptitude) di kalangan pelajar berminat menjadi guru. Kebolehan intelektual bakal-bakal guru didapati jauh lebih rendah daripada kebolehan kebanyakan pelajar yang mengkhusus dalam bidang lain seperti kejuruteraan dan perubatan. Justeru itu, pendidikan hanya dapat menarik pelajar-pelajar yang kurang kebolehan dalam bidang akademik. Untuk menaikkan imej penguruan di Amerika Syarikat, syarat kelulusan akademik memasuki bidang perguruan dinaikkan dari CGPA 2.00 ke 2.5 (Laman dan Reeves, 1983). Kajian-kajian seterusnya menunjukkan latar belakang akademik pelajar pendidikan perguruan sama baik dengan latar belakang akademik pelajar dalam bidang lain (Fisher dan Reldman, 1985; Book, Freeman dan Brousseou, 1985). Gambaran yang jelas telah menunjukkan kelulusan akademik calon pendidikan kurang daripada pelajar yang mengikuti pengajian perubatan, kejuruteraan dan undangundang. Walau bagaimanapun, untuk menjadi guru baik, kelulusan akademik sematamata tidak dapat menjadi ukuran, banyak sifat lain seperti dedikasi, sabar, akhlak baik adalah sangat penting. Perlukah temuduga lebih ketat bagi pemilihan calon program pendidikan diadakan? Keberkesanan guru bergantung kepada latihan yang diterima dan keperibadian. Calon yang tidak berminat, dan menganggap guru sebagai satu pekerjaan tidak dapat menjadi seorang guru yang baik. Kredibiliti guru bergantung kepada:

96

1. 2. 3. 4. 5.

Nilai sikap motivasi faktor personaliti faktor aspirasi dedikasi, komitmen dan kepuasan diperolehi. sikap penyayang terhadap kanak-kanak dan bercita-cita mengeksploitasi potensi mereka sepenuhnya.

8.0 CADANGAN Disarankan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan nilai etika dan kualiti profesion perguruan dalam sistem pendidikan di negara ini, diantaranya seperti berikut : 1. Topik Etika dan Profesion Keguruan dengan berpandu kepada Tatasusila Profesion Perguruan, Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod Pengajaran, dimasukkan ke dalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan apabila adanya guru baru yang melapor ke sekolah untuk mengingatkan guru-guru tentang kod etika perguruan yang harus dipatuhi. Dengan membuat demikian, pengetua dan guru besar juga akan sentiasa mengingati wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusan sekolah. Selain daripada itu, juga pamerkan Tatasusila Profesion Perguruan dalam Bilik Guru supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh masyarakat sekolah agar guru akan sentiasa sedar akan kod etika profesion keguruan. 2. Laksanakan program peningkatan profesionalisme guru Melalui program berkenaan membolehkan guru sekolah terbabit bekerjasama dengan pensyarah maktab perguruan mengusahakan program yang dikenal pasti berdasarkan keperluan masing-masing, seperti membina bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P), kursus padagogi dan motivasi serta meningkatkan profesionalisme guru. 3. Memberi bimbingan profesional berterusan kepada guru, sekaligus menaikkan prestasi pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek, bertepatan matlamat mempertingkatkan akses, ekuiti serta kualiti pendidikan dan strategi memperkasakan sekolah kebangsaan. 4. Kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di padalaman perlu ditangani dengan melaksanakan strategi berbeza daripada guru lain. Geografical isolation perlu dipecah bagi mengurangkan jurang perbezaan pendidikan antara kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar 5. Guru perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam hal ini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden, kaedah yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa (autokratik) tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu, di mana

97 pihak pentadbiran sentiasa mengambil daya usaha untuk memotivasikan guru dan kakitangan sekolah. 6. Pembangunan Profesionalisme Melalui Pengurusan Ilmu Secara jelasnya, pengurusan ilmu sebenarnya mendorong kita untuk meningkatkan profsionalisme dengan memberikan yang terbaik melalui konsep pengurusan ilmu dengan menekankn konsep perkongsian, mencari maklumat yang baru. Maklumat ini seterusnya akan digunakan untuk perkembangan profesionalisme pendidik. Fullan dan Hargreaves (1992) menjelaskan bahawa konsep `collaberative di dalam pekerjaan akan memberikan lebih pendekatan untuk menjadikan pendidik lebih profesionalisme terutama di kalangan mereka yang baru berkhidmat serta langkah-langkah yang dijalankan oleh Fullan dan Hargreaves merupakan cadangan yang sama dengan konsep pengurusan ilmu ialah: a.Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidik berkaitan dengan projek dan pembangunan pelajar. b. Sering bertukar pendapat,kerjasama di dalam seminar, mesyuarat, atau perjumpaan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan profesionalisme pendidik. c.Bermatlamatkan kejayaan. Pendidik bekerjasama menjalankan idea yang dicipta untuk mencapai matlamat mereka. d. Menganjurkan perjumpaan secra tetap bertujuan berbincang mengenai masalah pelajar. Mereka sentiasa bertukar pendapat, meneliti semula penilaian dan pencapaian pelajar, dan menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu mengajar. 9.0 PENUTUP Kesederan kepada etika dalam memartabatkan profesion perguruan perlu datang dari pengalaman guru-guru sebagai pendidik itu sendiri. Nilai etika dan gaya profesional keguruan perlu diterapkan dalam organisasi pengurusan guru dan aspek pedagogi keguruan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dimanfaatkan kepada pelajar. Nilai etika dan gaya ini haruslah di pupuk dalam program pendidikan guru lagi agar mereka dapat mengetahui lebih mendalam tentang objektif sebenar menjadi seorang pendidik. Guru perlu memastikan pencapaian matlamat dan objektif dasar pendidikan, guru juga perlu berdepan dengan tanggapan dan persepsi pelajar dan masyarakat yang pelbagai terhadap etika dan profesion keguruan. RUJUKAN

98 Book, C.L, Freeman, D.J.& Brousseau B. 1985. Comparing academic backgrounds and career aspirations of education and non-education majors. Journal of Teacher Education, vol.36(No.3): 27 30 Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.2.1 Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.23 Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.37 Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.57 Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.63 Donald Schon (1983) A guide to innovation in education. Ann Arbor, ISR: University of Michigan. Fisher, R.E.and Feldman, M.E. 1985. Some answers about the quality of teacher education students. Journal of Teacher Education, vol.36(No.3): 37-40. Fullan, M & Hargreaves, A. 1992. Whats Worth Fighting for in your School? Together for Improvement. Buckingham : Open University. Mack. (1975) Dalam Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu penilaian terhadap pendidikan guru dalam perkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Stenhouse (1975) Professional Ethics In Teaching: Towarda The Development Of A
Code Of Practise. Journal of Education, 0305764X, Jun 2000, Vol. 30, Issue 2. Academic Search Premier.

Suprihadi dan Soehartono (1982) Comparing academic backgrounds and career aspirations of education and non-education majors. Journal of Teacher Education, vol.36(No.3): 27 30 Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice (7th Edition). New Jersey : Prentice Hall.

99 Yu-Mei Lin dan Spodek. (1992). Early Childhood Teacher Preparation In Taiwan. Early Child Development and Care Journal, 78, 95-109.

You might also like