You are on page 1of 11

Kitab Usuluddin : Sifat 20 (Aras 1)

Kewajipan Mempelajari dan Mengajar Ilmu Tauhid (Ahli Sunnah wal Jama'ah) Kata Ibnu Al-Qayyim: "Dan wajib atas ibu bapa bahawa adalah awal-awal barang yang diperdengarkan akan kanak-kanak itu ma'rifatullah dan tauhid akan Allah. Dan bahawa diajarkan kanak-kanak itu apabila berakal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus padaNya. Dan diajarkan pula bahawasanya Nabi Muhammad itu diperanakkan di Makkah dan dibangkitkan dia jadi Rasul pun di dalam negeri Makkah, kemudian berpindah ia ke Madinah dan wafat ia di dalam negeri Madinah jua. Dan namanya Muhammad anak 'Abdullah anak 'Abdul Muththolib anak Hasyim." (Kitab 'Aqidatun Najin: ms 13) Berkata Syeikh Wan 'Ali Kutan di dalamnya kitab Zahratul Murid: "[Faedah] wajib atas wali mengajar akan kanak-kanaknya barang yang wajib dan yang mustahil dan yang harus bagi Allah dan bagi RasulNya, dan segala Qawaidul Islam ( .)Demikian lagi wajib atas suami mengajar akan isterinya dan makhdum () mengajar akan khadamnya dan penghulu mengajar akan hambanya akan demikian itu." Berkata Al-'Allamah Muhammad Mukhtar ibn 'Atorid di dalam kitabnya Usuluddin I'tiqad Ahli Sunnah Wal-Jama'ah: "Ketahuilah, bahawa wajib ke atas setiap orang yang aqil ( - berakal) dan baligh mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi Allah sifat-sifat yang mustahil bagi Allah dan sifat yang , harus bagiNya. Begitu juga wajib ke atasnya mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi Rasul, sifat-sifat yang mustahil bagi Rasul dan sifat yang harus bagi mereka." Berkata Syeikh Ahmad Al-Fatoni di dalam kitabnya Faridatul Faraid fi 'Ilmil 'Aqaid: "[Maka wajib] pada syarak atas tiap-tiap mukallaf, mengetahuikan segala yang wajib pada aqal pada hak Tuhan kita, dan barang yang mustahil atasNya, dan barang yang harus bagiNya. [Dan demikian] wajib atasnya mengetahuikan barang yang wajib pada hak segala Rasul , dan barang yang mustahil atas mereka itu, dan barang yang harus bagi mereka itu." Berkata Syeikh Isma'il Ibn 'Abdul Qadir Al-Fatoni di dalam kitabnya Syarah Bakuratul Amani: "(Dan) wajib atas yang pandai daripada kita oleh bahawa (mengajarkan orang-orang) yang (di dalam perintah kita) seperti anak-anak kita dan isteri-isteri dan hamba-hamba sahaya dan khadam-khadam kita demikian lagi orang yang menuntuti belajar daripada kita (dengan) jalan (tafshil) hurai satu-satu pada sekalian (itu dua puluh perkara daripada) perkara-perkara (yang wajib) bagi Allah Ta'ala pada 'aqal ( dan dua puluh) perkara (daripada) perkara-perkara (yang mustahil) padaNya (dan satu) bangsa (yang harus) padaNya ........." Berkata Syeikh Zainal 'Abidin Bin Muhammad Al-Fatoni (Tuan Minal) di dalam kitabnya Miftahul Murid Fi 'Ilmit Tauhid: "[Dan wajib] atas tiap-tiap mukallaf dengan sebab syara mengenal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus bagiNya. [Dan] demikian lagi wajib atasnya mengenal seumpama yang demikian itu pada haq Rasul ". Berkata Tuan Haji Ahmad Bin 'Abdur Rauf Melaka di dalam nazamnya: "Allah Allah 'Azza wa Jalla Tuhan kami * Kami minta ampun akan dosa kami Dengan Allah kami mula nazam ini * Sebab dengan Dia jadi kitab ini

Hai saudara kami khabar akan kamu * Mengenal Allah Fardhu 'Ain atas kamu Sabda Nabi awaluddin ia ma'rifah * Bukan Solat bukan Shiyam bukan Zakat Dan yang wajib bagi Allah dua puluh * Jangan kurang jalan lalai bebersungguh .................." Berkata Syeikh 'Abdul 'Aziz Ibn Isma'il Al-Fatoni di dalam kitabnya Al-Mishbah Al-Munir Fi Ma'rifatillah Al-Qadir: "Bermula permulaan dan umbi atau asas bagi segala perkara yang dituntut atas tiap-tiap mukallaf sebagai tuntutan yang putus yang dinamakan dia dengan fardhu 'ain, ialah mengenal ia akan Allah Ta'ala dan RasulNya dan dikehendaki dengan mengenal itu mengetahui serta mengaku putus di dalam hati tiap-tiap mukallaf dengan tentu sungguh segala perkara yang wajib bagi Allah Ta'ala dan tentu tidak segala perkara yang mustahil atas Allah Ta'ala dan segala yang harus. ............" Berkata Al-Fadhil Muhyiddin Muhammad Ghazali Ibn Haji Abdullah di dalam kitabnya Panduan Sifat Dua Puluh: " ........... kerana mengenal Allah itu wajib aini atas tiap-tiap mukallaf yang aqil baligh lelaki dan perempuan dan wajib atas ibu bapa atau penjaga atau suami mengajar akan anaknya atau orang yang dibawah jagaannya atau isterinya yang tidak pandai mereka akan sifat dua puluh, kerana mereka yang tidak pandai sifat dua puluh mereka itu tidak mengenal Tuhan, maka ditakuti mati atas agama kafir. Jika mereka pandai sifat dua puluh tetapi tidak tahu mengeluarkan dalil, maka mereka itu telah dipertikaikan oleh dua pendapat ulama, kata sebahagian ulama mereka itu tidak sah lagi imannya, jika ia mati maka mati ia atas agama kafir dan sebahagin ulama mengatakan mereka itu sudah sah imannya tetapi jika ia tidak belajar betul-betul sampai ia boleh mengeluarkan dalil maka berdosa ia. ........." Berkata Asy-Syeikh Muhammad Solih ibn Abdullah Mengkabaui di dalam kitabnya Kasyaful Asrar: Soalan: Dan mana ilmu fardhu ain menuntut dia beri kami jawabnya? Jawab: Bermula ilmu yang fardhu ain menuntut dia itu, iaitu tiga ilmu: Pertama: Ilmu Usuluddin dan Kedua: Ilmu Fiqah dan Yang ketiga: Ilmu Tasowuf. Soal: Dan mana had ilmu Usuluddin yang fardhu menuntut dia, dan mana had ilmu Fiqah yang fardhu menuntut dia, dan mana had ilmu Tasowuf yang fardhu ia menuntut dia? Jawab: Adapun had ilmu Usuluddin itu yang fardhu menuntut dia itu, iaitu mengetahui sekadar barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus kepada Tuhan kita dan seperti demikian inilah kepada segala Rasul dengan sekira-kira yang mengesahkan akan , imannya. [Dan] adapun had ilmu Fiqah yang fardhu ain menuntut dia, iaitu dengan sekira-kira yang mengesahkan akan amalnya, seperti mengetahui akan segala syaratnya dan segala rukunnya dan segala yang membatalkan dia. [Dan] adapun had ilmu Tasowuf fardhu ain menuntut dia dengan sekira-kira mengetahui akan yang membatalkan akan pahala amal ibadatnya, seperti riya, sumah, ujub, takabbur dan sebagainya yang dicela oleh syara. Soal: Dan apa kata kamu pada orang yang beramal dengan tiada mengetahui ilmu yang tiga perkara itu? Jawab: Sabda Nabi j: Tiada sekali diterima segala amal ibadatnya dan jikalau mengerjakan haji sekalipun. Dan lagi haram menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum mengetahui ilmu fardhu ain; misalnya seperti seorang berhutang qadha sembahyang (fardhu) luputnya dengan tiada uzur, haramlah berbuat (sembahyang) sunat sebelum habis qadha sembahyang (fardhu) yang luput dengan tiada uzur. Dan lagi hukumnya orang

meninggalkan fardhu itu fasiq hukumnya, kerana meninggalkan menuntut ilmu yang fardhu ain, tiada sah jadi wali nikah dan jadi saksi nikah kerana fasiqnya. Berkata Syeikh Jalaluddin bin Kamaluddin Acheh di dalam Kitabnya Hidayatul Awam: "[Bermula] ketahui olehmu, hai tolib! Bahawasanya apabila aqil baligh seorang anak adam, nescaya dituntut daripadanya oleh syara mengenal rukun lima belas yang mengandung marifah Allah , iaitu lima perkara daripada rukun Islam dan enam perkara daripada rukun Iman dan empat perkara daripada rukun syahadah ("............. .) Dan kata Sayyid 'Abdul Qadir Al-Idrus di dalam kitabnya yang bernama Ad-Durrus Tsamin: "Ketahui olehmu bahawasanya segala ilmu yang fardhu 'ain yang dituntut akan dia itu tiga perkara: (1) Ilmu Tauhid dan dinamakan akan dia ilmu Usuluddin. (2) Ilmu Syarak dan dinamakan akan dia ilmu Fiqh. (3) Ilmu Batin dan dinamakan akan dia ilmu Tasawwuf. ........" (Hidayatus Salikin Fi Suluki Muttaqin) Berkata Sayyid Murtadha Al-Zabidi pengarang kitab Ittihaf Al-Saadah Al- Muttaqin (Jld 2 H: 8), syarahan bagi kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam Ghazali : . Apabila disebut Ahli Sunnah wal Jamaah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah fahaman atau fatwa yang diajar oleh Imam Al-Asyari dan Al-Maturidiyah. Lihat kenyataan Syeikh Al-Azhar: 2011 40 .. : . [Dr Ahmad al-Tayyib menegaskan bahawa akidah al-Azhar yang mulia adalah akidah Imam Asyari dan al-Maturidi, fiqhnya ialah fiqh imam empat mazhab, dan tasawwufnya adalah tasawwuf imam al-Junaid] . [Dalam satu serangan baru ke atas setengah golongan Islam (yang bercanggah dengan alAzhar) Dr Al-Tayyib mendakwa bahawa mereka yang menamakan diri mereka itu Golongan Salafi yang Strict/Ketat) mereka itu adalah Khawarij zaman ini, serta dengan beliau memberi peringatan tentang adanya langkah-langkah untuk merosakkan/memusnahkan pemikiran mengikut kaedah al-Azhar yang menengah dan seimbang yang al-Azhar menjaganya selama lebih daripada seribu tahun]

. Dan al-Azhar akan kekal dengan mazhab al-Asyari dan menjaga pemikiran sufi yang sohih yang yang dinisbahkan kepadanya berpuluh-puluh daripada syaikh-syaikh Azhar dalam perjalanan sejarahnya

Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui dengan tafsil (satu persatu dengan terperinci yakni wajib mendatangkan dalil aqal dan naqal). Allah Taala mempunyai sifat-sifat kamalat tidak terhingga bilangannya. Sekurangkurang Sifat Kamalat yang wajib dipelajari dan ditahkik dengan tafsil bagi Allah Taala adalah 20 sifat :

SIFAT NAFSIAH

1. Wujud
Ertinya Ada Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud , maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) . Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud , kerana wujud itu zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawa wujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya berkata mereka itu Allah yang menjadikan" ( Surah Luqman : Ayat 25 ) SIFAT SALBIAH 2. Qidam Ertinya Sedia Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian : 1. Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala ) 2. Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala ) 3. Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada anak ) 4. Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun ) Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada Allah Ta'ala.

3. Baqa' Ertinya Kekal Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ). Perkara perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat dan Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa melainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di tungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah perkara yang diiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian : 1. Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t. 2. Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan lain-lain lagi. 3. Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara yang diatas tadi

4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu. Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah ada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupai dengan yang baharu pada zatnya , sifatnya atau perbuatannya. Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali zatnya berdarah, berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan , tiada berpihak ,tiada bertempat dan tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi ta'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha Mendengar) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia pada segala maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya di dalam Al-Quraan dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , maka perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'ala Yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat dengan segala sifat yang baharu. 5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya . Tidak berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak berkehendak kepada yang menjadikannya. Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya. Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu sama ada pada perbuatannya atau hukumannya. Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan undang-undang semuanya untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada sekalian makhluk .

Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah kerana kelebihan dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah. Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manafaat di atas kataatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi mudharat kepada Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan kemungkaran hamba-hambanya. Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya adalah perkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-hambanya jua. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka pahalanya itu pada dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka balasannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke atas dirinya jua ". ( Surah Fussilat : Ayat 46 ) Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya terbahagi kepada empat bahagian :

1. Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadikannya iaitu zat Allah
s.w.t. 2. Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu ). 3. Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak kepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) 4. Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat iaitu sifat Allah Ta'ala. 5. 2. Al Wahdaniyyah. Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan. Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil ( yang berhubung ) atau bilangan yang munfasil (yang bercerai). Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil pada Zat ( menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zatAllah Ta'ala tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat dan lain-lain. Dan menafikan Kam Munfasil pada zat (menafikan bilangan yang bercerai pada zat Allah Ta'ala) seperti tiada zat yang lain menyamai zat Allah Ta'ala. Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil pada Sifat ( menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidak sekali-kali bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya dua qudrat dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat yang lain menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna. Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan Kam Muttasil pada perbuatan ( menafikan bilangan yang bercerai cerai pada perbuatan ) iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai seperti perbuatan Allah bahkan segala apa yang berlaku di dalam alam semuanya perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya dan hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada pada hakikat-nya seperti kufur dan maksiat sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan yang lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya pada usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas.

Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagi Kam yang lima itu iaitu : 1. Kam Muttasil pada zat. 2. Kam Munfasil pada zat. 3. Kam Muttasil pada sifat. 4. Kam Munfasil pada sifat. 5. Kam Munfasil pada perbuatan. Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lain menyamai dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t . Dan tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepada menyengutukan Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menjejaskan serta merosakkan iman. SIFAT MAANI 6. Al Qudrah : Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan meniadakan tiap-tiap sesuatu. Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit ( tetap ) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah. Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada mengadakan atau meniadakan, hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu .Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai. Fikiran dan fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad. 1) Iktiqad Qadariah : Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang beriktiqad akan segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit atau berpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dan sedikitpun tiada bersangkut-paut dengan kuasa Allah s.w.t. 2) Iktiqad Jabariah : Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya orang yang beriktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak dan qadar Allah sematamata ( tiada usaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ). 3) Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah : Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut perjalanan Nabi dan perjalanan orang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu tidak digagahi sematamata dan tidak memberi bekas segala perbuatan yang disengajanya, tetapi ada perbuatan yang di sengaja pada zahir itu yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas sebenarnya sengaja hamba itu daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala makhluk ada usaha dan ikhtiar pada zahir dan tergagah pada batin dan ikhtiar serta usaha hamba adalah tempat pergantungan taklif ( hukum ) ke atasnya dengan suruhan dan tegahan ( ada pahala dan dosa ). 8. Al Iradah : Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala. Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atau tiadanya. Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri pada Zat Allah Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus atas mumkin . Maka Allah Ta'ala

yang selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu apa yang diperbuatnya. Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah dengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala tentang rezeki , umur , baik , jahat , kaya , miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib ( bahagian ) di dalam dunia ini Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Janganlah kamu lupakan nasib ( bahagian ) kamu di dalam dunia " . ( Surah Al Qasash : Ayat 77 ) Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh untuk kemajuan di dunia dan akhirat di mana menjunjung titah perintah Allah Ta'aladan menjauhi akan segala larangan dan tegahannyadan bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t. 9. Al Ilmu : Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala . Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang Maujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ). Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkara Itu tersembunyi atau rahsia dan juga yang terang dan nyata. Maka Ilmu Allah Ta'ala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu di Alam yang fana' ini. 10. Al Hayat . Ertinya : Hidup Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Taala . Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak ( pendapat ) Iaitu : sifat qudrat , iradat , Ilmu , Sama Bashar dan Kalam. 11. Al - Samu Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada Zat Allah Taala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap yang maujud sama ada yang maujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya atau yang ada itu harus sama ada atau telah ada atau yang akan diadakan. Tiada terhijab ( terdinding ) seperti dengan sebab jauh , bising , bersuara , tidak bersuara dan sebagainya. Allah Ta'ala Maha Mendengar akan segala yang terang dan yang tersembunyi. Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud : " Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". ( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 ) 12. Al Bashar Ertinya : Melihat Allah Ta'ala . Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat sama ada yang dapat dilihat oleh manusia atau tidak , jauh atau dekat , terang atau gelap , zahir atau tersembunyi dan sebagainya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : " Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan". ( Surah Ali Imran - Ayat 163 ) 13 . Al Kalam

Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali , berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang wajib, maka ia menunjukkan atas yang wajib. Ssebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud : " Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".( Surah Taha - Ayat 14 ) Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :" ........( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Ta'ala yang ketiga daripada tiga..........". ( Surah Al-Mai'dah - Ayat 73 ) Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud : " Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu". ( Surah Ash. Shaffaat Ayat 96 ) Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang. Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakan iaitu : 1. Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendiri solat dan lain-lain kefardhuan. 2. Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain larangan. 3. Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun dan lain-lain. 4. Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taat dan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain. 5. Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orang yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azab seksa yang amat berat. SIFAT MAKNAWIYAH 14. Kaunuhu Qadiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat. 15.Kaunuhu Muridan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Iradat. 16.Kaunuhu 'Aliman Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan Tiap-tiap sesuatu. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu. 17.Kaunuhu Haiyan Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup.

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Hayat. 18.Kaunuhu Sami'an Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yang Maujud. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum, iaitu lain daripada sifat Sama'. 19.Kaunuhu Bashiran Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap yang Maujudat ( Benda yang ada ). Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Bashar. 20.Kaunuhu Mutakalliman Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat.

You might also like