You are on page 1of 15

WANITA DAN SUKAN

Peranan gender dalam masyarakat 1.1 Isu gender, konflik peranan,persamaan taraf - tiada masa - Masalah pengangkutan - Bimbang untuk berada diluar rumah apabila malam - Kekurangan duit sendiri - Halangan budaya kerana kerja - Kurang yakin pada diri sendiri - Imej diri - Kurang mendapat dorongan - Pakaian dan peralatan yang diperlukan - Kawalan sosial - Hal-hal agama dan bangsa b. Perkembangan Penyertaan Wanita Dalam Sukan - sekolah- kebangsaan - antarabangsa c. Sumbangan Wanita Dalam Perkembangan Sukan - penyokong - atlet - pegawai - jurulatih - pemasaran perniagaan - kerjaya

Isu Gender Dalam Sukan


India memperolehi sebanyak 54 pingat dalam Sukan Asia Doha 2006 tetapi telah diarahkan untuk memulangkan sebutir pingat dan menjadikan jumlah pungutan pingat oleh kontinjen India tinggal 53. Ianya berbangkit apabila seorang atlet 800 meternya, S.Santhi telah gagal dalam ujian mengenalpasti gender semasa sukan terbesar di rantau Asia itu. Selama ini ramai peminat sukan mengetahui tentang ujian dadah dalam sukan tetapi isu S.Shanti ini mungkin memberikan info yang baru bahawa terdpat juga ujian gender.Ujian ini adalah untuk mengesahkan jantina seseorang atlet khususnya atlet wanita yang mungkin seorang transgender.Transgender ialah seseorang yang dilahirkan lelaki tetapi kemudiannya menular jantina untuk hidup sebagai seorang wanita. S shanti inibukanya yang pertama khususnya di lapangan sukan India. Seorang jaguh 10,000 wanita India pada tahun 1986-87, Nanda Jadhav telah dipertikai jantinanya tetapi ujian membuktikan dia adalah wanita tulen. Pada tahun 70an seorang lagi atlet jarak sederhana India telah menukar jantinanya dan bertukar daripada Nani Radha kepada N Radhakrishnan. Pada 18 February 2007, Reuters pula melaporkan dari New York berita tentang Renee Richards, seorang transeksual juga ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Persatuan Tenis Amerika syarikat kerana menghalangnya mengambil bahagian dalam kejohanan tenis Terbuka US kerana dirinya seorang transeksual.Baca juga di sini . Persoalannya adakah isu gender ini akan mula memeriahkan lapangan sukan seperti mana isu dadah dalam sukan.

2.2

Masalah Wanita yang perlu ditangani

Dalam persidangan di Beijing pada tahun 1995, beberapa kategori permasalahan wanita dan kanak-kanak perempuan telah ditentukan dan ia berjaya menetapkan satu pelan tindak bagi pemerkasaan dan memajukan kedudukan dan hak wanita seluruh dunia. Maka Beijing Declaration and Platform for Action telah memperkukuhkan lagi peranan CEDAW sebagai undang-undang antarabangsa dan memantapkan lagi pemikiran tentang apakah masalah dan penyelesaian yang terbaik bagi kaum wanita sedunia merentas bangsa, ugama, budaya dan negara. Kategori tersebut adalah: (1) Wanita dan Kemiskinan (3) Wanita dan Kesihatan (5) Wanita dan Peperangan (2) Wanita, Pendidikan dan Latihan (4) Kekerasan terhadap wanita (6) Wanita dan Ekonomi

(7) Wanita dan kekuasaan serta membuat keputusan (8) Mekanisma institusi dalam memajukan wanita (9) Hak kemanusiaan wanita (11) Wanita dan alam sekitar (10) Wanita dan media (12) Kanak-kanak perempuan

2.3

Perbincangan

Ada beberapa perkara untuk di ambil perhatian: (1) Usaha memajukan wanita ini adalah usaha yang terancang dan tersusun semenjak 45 tahun yang lalu. Hasilnya dapat kita lihat sekarang dalam bentuk social globalisation yang mana satu budaya global lebih diminati oleh kaum wanita. (2) Usaha ini mendapat sokongan para aktivis wanita terutama yang giat memperjuangkan hak wanita di negara masing2. Pencabulan hak wanita memang berlaku di banyak negara termasuk negara-negara Islam dan keadaan ini menyebabkan ramai aktivis wanita di negara Islam juga menyalahkan ajaran Islam sebagai salah satu punca wujud keadaan yang tidak adil di kalangan wanita. Antara kes-kes yang selalu dibangkitkan sebagai contoh-contoh kelemahan Islam dalam melindungi wanita adalah: terbatasnya hak wanita dalam pendidikan dalam negara-negara tertentu; tiada suara dan hak dalam menentukan jodoh masing-masing; tiada hak dalam menuntut cerai, penjagaan kesihatan wanita yang lemah seperti kadar kematian wanita apabila melahirkan anak yang tinggi, wanita yang disunatkan secara keterlaluan (female genital mutilation). Kita sedar bahawa apa yang berlaku mungkin di sebabkan negara itu tidak melaksanakan ajaran Islam sebenar dan berlakunya satu percampuran faktor-faktor seperti kejahilan, kemiskinan, peruntukan pembangunan yang tidak seimbang di antara pendidikan, kesihatan dan lain-lain kepentingan seperti memantapkan ketenteraan untuk keselamatan, adat-adat budaya dan selainnya. Gerakan-gerakan Islam di negara-negara Islam juga giat memperjuangkan hak wanita tetapi dalam konteks tanggung jawab dan hak yang telah di amanahkan oleh Allah swt kepada wanita dan lelaki sebagai hamba Allah dan khalifah.Namun demikian, terdapat perbezaan pendapat tentang peranan wanita, haknya dan tanggung jawab mereka dalam pembangunan masyarakat terutama dalam aspek penglibatan awam (public involvement).Pegangan-pegangan serta kefahaman gerakan-gerakan tersebut merentas satu julat yang merangkumi pendekatan konservatif, yang lebih kontemporari sehinggalah pendekatan yang liberal. (3) Wanita-wanita yang terlebih awal aktif dalam sistem PBB adalah secara majoriti berpegang kepada kefahaman feminisma. Bagi mereka, menjadi pendokong Feminisma bermaksud berusaha untuk mengubah ketidaksamaan dalam hubungan kuasa lelaki dan wanita yang telah pun wujud turun temurun.Oleh itu, mereka mempunyai pendekatan tersendiri dalam menganalisa permasalahan wanita dan penentuan penyelesaiannya. Mereka berpendapat bahawa punca utama masalah wanita ialah chauvinisma kaum lelaki yang suka kaum wanita mereka di bawah penguasaan mereka dan dalam bentuk yang lebih buruk akan berlaku penindasan, kezaliman dan diskriminasi terhadap kaum wanita. Oleh itu, perjuangan mereka sentiasa berasaskan usaha gigih untuk memberikan kuasa kepada wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri, menuntut penggubalan undang-undang yang akan memelihara hak tersebut, merubah budaya atau ajaran ugama yang dirasakan m enindas wanita. (4) CEDAW dianggap sebagai International Bill of Rights maka ia berkait dengan Universal Declaration of Human Rights (UDHR), International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR), International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR) dan

Convention on the Rights of the Child (CRC). Persidangan antarabangsa tentang wanita ini masih berlangsung dan dalam bulan Mac 2009, CSW yang ke 53 telah diadakan.Malaysia telah pun mengesahkan CEDAW pada tahun 1985 tetapi tidak ICCPR dan ICESCR.

3.0 KEFAHAMAN TENTANG GENDER DALAM PENGGUNAAN SEMASA OLEH PBB 3.1 Pentakrifan Gender

Apakah perbezaan antara istilah seks dan gender dalam kerangka yang dikemukakan oleh PBB? Seks merujuk kepada perbezaan secara biologi di antara lelaki dan wanita, Manakala gender membawa maksud peranan sosial lelaki dan wanita dalam sesuatu budaya dan masyarakat. Oleh itu peranan gender akan terbentuk dengan dipengaruhi oleh satu proses sosialisasi yang kompleks dan mungkin berbeza-beza mengikut keadaan adat dan budaya. Ia ditentukan oleh sikap, kepercayaan dan tingkah laku yang sepadan dengan apa yang dianggap sebagai kelakian dan kewanitaan ideal. Maka gender bergantung kepada interpretasi tentang tingkah laku yang sesuai bagi wanita dan lelaki dalam sesuatu budaya. Oleh kerana peranan gender boleh dibentuk maka ia juga boleh diubah dan dibentuk semula untuk mewujudkan keadaan yang lebih adil dan saksama di antara lelaki dan wanita. Maka, k esamaan gender apabila disebut dalam konteks pembangunan wanita membawa maksud menghapuskan apaapa rintangan yang dikenakan kepada mereka berdasarkan definisi budaya tentang peranan mereka dalam masyarakat. 3.2 Pendekatan terhadap Kesamaan Gender

Ada tiga pendekatan terhadap kesamaan gender: (1) Kaedah Formal/Persamaan: dalam kaedah ini, lelaki dan wanita dianggap sama maka hendaklah mereka dilayani dengan cara yang sama tanpa mengambilkira perbezaan biologi atau gender di antara mereka. Kaedah ini boleh membebankan wanita kerana ia buta gender dan kaum wanita terpaksa mengikut standad lelaki walaupun keadaan sosial dan ekonomi mereka tidak sama. (2) Kaedah Melindungi: kaedah ini mengiktiraf perbezaan antara lelaki dan wanita dengan menghalang wanita daripada beberapa bidang dengan alasan untuk melindungi mereka. Walaupun ia seolah-olah satu kebaikan tetapi kaedah ini berasaskan nilai gender negatif terhadap wanita dengan mengandaikan bahawa mereka adalah kaum yang lemah. (3) Kaedah Persamaan Substantif: pendekatan ini mengiktiraf perbezaan di antara lelaki dan wanita tetapi menekankan perlu ada persamaan di antara mereka. Ini adalah pendekatan yang digunakan dalam CEDAW iaitu ia memerlukan penghasilan yang sama bukan layanan yang sama (equal outcomes rather than equal treatment).Persamaan yang dituntut adalah dalam bentuk (i) peluang dan capaian yang sama dan (ii) hasil yang sama.

3.3

Kepentingan Kesamaan Gender

Ada tiga sebab kenapa gender dan kesamaan gender adalah penting untuk pembangunan, iaitu (1) Ketidaksamaan gender merupakan ketidaksamaan yang selalu didapati di semua masyarakat serata dunia. (2) Ketidaksamaan gender boleh berlaku dalam suatu masyarakat tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi iaitu sama ada dalam kumpulan yang kaya, miskin, bangsa yang dominan atau bangsa yang dianggap bawahan. (3) Wanita mempunyai tanggung jawab dalam aktiviti ekonomi dan penjagaan manusia. Maka perlu ada satu kesepaduan di antara pembangunan ekonomi dan pembangunan manusia.Wanita menjadi mangsa utama jika kedua-dua perkara ini celaru dan bertentangan.
4.0 KEFAHAMAN TENTANG GENDER DARI PENDEKATAN BERASASKAN ISLAM

4.1

Beberapa Contoh Pendirian

Pendekatan terhadap isu gender ini berbentuk penerimaan keseluruhan, penolakan atau penerimaan bersyarat. Yang menerima secara menyeluruh terdiri daripada muslim, sama ada aktivis atau ilmuwan, yang merasakan diri mereka reformis untuk meliberalisasikan Islam dan ini termasuklah feminis muslim. Oleh kerana pendirian mereka memang berasaskan pemikiran kebaratan maka kelompok ini tidak berbeza sangat dengan mereka yang memperjuangkan kesamaan gender di Barat. Namun demikian mereka berusaha untuk mengguna ayat-ayat Quran dan kisah daripada seerah untuk mengukuhkan hujah mereka. Bagi golongan yang Islamik pula, satu kumpulan menolak terus teori gender.Dalam menganalisis dan berhujah tentang isu pembangunan wanita, mereka menegaskan penggunaan istilah lelaki dan wanita serta peranan lelaki dan wanita daripada menggunakan istilah gender. Pendirian ini di ambil bukan kerana mereka tidak peka tentang ada berlakunya kepincangan tertentu dalam keadaan hidup wanita tetapi kerana wujudnya agenda tersirat dalam penggunaan istilah gender yang telah di kenal pasti. Antaranya ialah (a) pengiktirafan kepada peranan gender yang berbeza daripada norma seperti lesbian, homoseksual, mak nyah dan lain-lain sebagai keadaan yang sah dan perlu dinobatkan dalam undang-undang. (b) Begitu juga pendekatan gender bermaksud satu penilaian semula terhadap institusi keluarga yang merasakan definisi tradisional tentang keluarga iaitu ibu, ayah dan anak-anak, tidak lagi relevan dan perlu mengambilkira bentuk keluarga baru terutama keluarga homoseksual/lesbian. (c) Peranan seorang ibu yang tidak bekerja di luar rumah dianggap tidak ekonomik kerana tidak menjana pendapatan. Begitu juga dengan peranan seorang isteri. Ada yang merasakan ia satu diskriminasi kerana bekerja tanpa gaji.

(d) Perspektif gender digunakan secara meluas dalam dokumen-dokumen, polisi dan pelan tindak tentang pembangunan wanita tetapi jika diteliti, definisi gender agak kabur dan terlalu longgar sehingga boleh membawa sebarang maksud. Berjayanya kesamaan gender dilaksanakan di negara Barat seperti New Zealand, England, Sweden, Norway, Germany, USA dan lain-lain menunjukkan satu perkembangan yang tidak sihat terhadap norma dan tata susila hidup bermasyarakat. Setiap negara tersebut telah pun mengadakan undang-undang membolehkan perkahwinan sama jantina dan membolehkan pasangan sama jantina mengambil anak angkat atau melahirkan anak dengan cara-cara seperti surrogate motherhood atau IVF atau lain-lain cara. Hanya beberapa negeri di US yang masih bertahan dalam menolak undang-undang tersebut. Bagi kumpulan yang menggunakan istilah gender pula, mereka mengambil pendirian untuk mentakrifkan apakah yang dimaksudkan dengan gender tetapi dengan meletakkannya dalam kerangka peranan wanita dan lelaki berpandukan ajaran Islam. Oleh itu tumpuan mereka dalam membincangkan gender ialah apakah sifat kelakian dan sifat kewanitaan seperti yang dimaksudkan oleh ajaran Islam dengan penegasan terhadap menunaikan hak -hak wanita yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Pada hakikatnya, mereka menggunakan istilah gender tetapi ia membawa makna seks iaitu lelaki dan wanita. Kaedah yang digunakan untuk menghapuskan diskriminasi, penindasan dan kezaliman terhadap wanita ialah dengan meningkatkan kesedaran, perlaksanaan ajaran dan hukum-hukum Islam yang sebenar. 4.2 Pendirian CIO dan IICWC

CIO (Coalition of Islamic Organisation) dan IICWC (International Islamic Committee for Women and Child) merupakan organisasi yang menggabungkan berbagai organisasi Islam di serata dunia.Sehingga kini, CIO mempunyai 90 ahli.Penggerak utam CIO ialah International Islamic Committee for Dakwah and Relief.Salah seorang ahli jawatankuasa IICDR ialah Yusuf Qardhawi.Wakil daripada kedua-dua gagasan ini telah mengikuti persidanganpersidangan PBB (dari tahun 90-an) dan berusaha untuk menyampaikan pendirian Islam dalam isu-isu penting yang dibincangkan. Antara hasil penulisan yang telah mereka usahakan adalah, (i) Critical Review of CEDAW, (ii) Islamic Charter of Children dan (iii) Islamic Charter of the Family. CIO mengambil pendirian untuk menolak penggunaan istilah gender dan dalam setiap persidangan akan mengemukakan cadangan-cadangan untuk menukar istilah gender kepada istilah lelaki dan wanita. 4.3 Perbincangan

(1) Kesedaran dan penguasaan terhadap isu gender dan kesamaan gender ini tidak meluas di kalangan ilmuwan dan ulama muslim. Oleh kerana berbagai isu dan perkara yang dianggap sangat penting dalam menangani pergolakan dalam perkembangan umat, isu gender tidak diberikan fokus kerana ia dianggap sebahagian daripada isu pembangunan sosial dan penumpuan lebih diberikan kepada masalah akidah dan kerosakan akhlak dan sebagainya. (2) Namun realitinya, kebanyakan negara Islam mempunyai pelan tindak pembangunan wanita yang meletakkan perspektif gender sebagai asas penting. Walaupun begitu, negaranegara Islam tersebut telah meletakkan reservation bahawa mereka tidak akan melaksanakan CEDAW yang bertentangan dengan sama ada ajaran Islam atau syariah atau undang-undang negara masing-masing. Setiap negara ini juga meletakkan peranan keluarga dengan pentakrifan tradisional sebagai asas pembangunan masyarakat. Ini merupakan

keadaan yang positif tetapi pada hakikatnya wujud terlalu banyak penyelewengan lain dalam aspek melaksanakan dan menghayati Islam termasuklah dalam isu peranan wanita.

5.0 GENDER DALAM KERTAS DASAR PEMBANGUNAN WANITA NEGARA MALAYSIA 5.1 Kefahaman tentang Gender dan Penggunaan Istilah dalam Kertas Dasar Wanita Negara Malaysia adalah salah satu negara yang telah mengambil tindakan yang konkrit dalam isu pembangunan wanita dan telah menggubal Dasar Wanita Negara pada tahun 1989.Ia bertujuan untuk mengintegrasikan wanita sepenuhnya dalam proses pembangunan negara. Ia diasaskan di atas CEDAW teatpi dengan reservation bahawa Malaysia tidak akan melaksanakan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang syariah Malaysia. Oleh itu, kefahaman gender dalam dokumen di Malaysia bermaksud lelaki dan wanita.Malaysia juga telah mengesahkan CEDAW pada tahun 1995.Tetapi sebagai melahirkan komitmen Malaysia terhadap CEDAW, Art.8 (2) dalam Perlembagaan Federal telah dipinda pada Julai, 2001 untuk memasukkan gender sebagai salah satu asas untuk penghapusan diskriminasi.Ini adalah hasil daripada lobi beberapa kumpulan wanita yang mahu memasukkan kedua-dua istilah, seks dan gender dalam artikel tersebut. Pada bulan Mei 2007, suatu penilaian dan penggubalan semula kertas dasar dan pelan tindak dilakukan dan dalam kertas Dasar Wanita Negara mukadimahnya berbunyi, Berteraskan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara, prinsip Islam Hadhari dan Dasar Sosial Negara, Dasar Wanita Negara ini mendukung cita-cita untuk mencapai kesaksamaan gender dan pemabgunan negara yang seimbang di antara pembangunan fizikal an pembangunan rohaniah.

6.0

KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Artikel ini hanya merupakan pengumpulan dan penyampaian semula beberapa penulisan tentang gender dan kesamaan gender. Adakah isu ini penting di Malaysia? Perkembangan terkini menunjukkan bahawa ia adalah penting kerana telah pun wujud kumpulan NGO wanita yang khusus tentang gender, Jawatankuasa Kabinet untuk Kesamaan Gender, Parliamentary Caucus on Gender dan baru-baru ini KPWKM telah melancarkan majallah Agenda Gender. Pendekatan yang telah diambil oleh ilmuwan dan ulama Islam yang menolak sepenuhnya penggunaan gender atau menerimanya dengan bersyarat perlulah dikaji supaya kita mempunyai satu pendirian yang jelas tentang isu ini. Beberapa persoalan yang berbangkit: (1) Apakah isu gender relevan dalam pembangunan wanita muslim? (2) Adakah kesamaan gender sudah pun termaklum dalam ajaran Islam? (3) Apakah hala tuju perjuangan kesamaan gender yang sebenar?

(4) Bolehkah Malaysia, khususnya dan lain-lain negara Islam mempertahankan reservation mereka untuk tidak melanggar hukum syara di peringkat antarabangsa?Berbagai pihak dalam negera dan di luar negara sedang mendesak untuk penarikan semua reservation yang telah dibuat. Kita juga sepatutnya memberi satu tumpuan yang serius terhadap isu gender ini dalam beberapa aspek lain iaitu meningkatkan kefahaman aktivis Muslim (lelaki dan perempuan) pembangunan wanita tentang kekaburan dan agenda tersirat dalam isu gender; kefahaman tentang peranan dan kedudukan wanita dalam Islam serta satu usaha sepakat dalam mengemukakan penambahbaikan terhadap layanan dan santunan terhadap wanita dalam sistem undang-undang syariah di Malaysia, usaha giat untuk meningkatkan rasa tanggung jawab kaum lelaki dalam menghormati dan melindungi hak-hak wanita khususnya ahli keluarga mereka atau dalam masyarakat secara amnya. Jelas sekali, artikel ini hanya memberi satu pandangan umum dan ringkas yang dibentuk oleh pemikiran secara peribadi walaupun disedut daripada beberapa artikel dan buku.

UNICEF Malaysia/2005/Nadchatram Memperkasa Wanita-Wanita di Malaysia Mencapai kesaksamaan gender dan memperkasa wanita adalah perlu untuk mencapai pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Hari ini, anak-anak gadis dan wanita masih terus menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di mana wanita melepasi lelaki dari segi kemasukan dan juga pencapaian akademik di dalam pelbagai situasi.Wanitawanita di Malaysia juga kini terlibat dengan lebih aktif di dalam politik dan lain-lain inisiatif di peringkat kebangsaan. Iltizam serta tekad yang telah diberikan oleh Malaysia terhadap kemajuan wanita-wanita dapat dilihat dengan jelas melalui program-program serta dasar-dasar yang telah dilaksanakan dalam masa dua dekad yang lepas.
y

Pada tahun 1985, Kerajaan Malaysia telah menyiapkan sebuah Dasar Kebangsaan untuk Wanita sebagai panduan bagi penglibatan para wanita di dalam proses pembangunan. Dasar tersebut boleh membantu meningkatkan taraf kehidupan wanita dengan menangani cabaran-cabaran melalui pendidikan dan penghapusan kemiskinan. Status wanita telah menjadi objektif utama Rancangan Malaysia ke-6 (1991 1995), di mana sebuah dana khas disediakan untuk perkembangan wanita dan telah menjadi satu langkah yang penting di dalam menuju ke arah keperkasaan wanita-wanita di Malaysia. Rancangan-rancangan Malaysia seterusnya masih memberi perhatian kepada keperluan-keperluan wanita dengan cadangan untuk memajukan status mereka di dalam masyarakat. Dengan menyetujui pendapat-pendapat yang telah ditetapkan terlebih dahulu semasa Platform Beijing untuk Tindakan di Persidangan Sedunia PBB untuk Wanita yang Ke-Empat (1995), Kerajaan telah berjanji untuk 1) meningkatkan jentera kebangsaan untuk kemajuan wanita; 2) meningkatkan penglibatan para wanita dalam membuat keputusan; 3) mempertahan serta melindungi hak-hak wanita kepada kesihatan, pendidikan serta kesejahteraan sosial dan 4) mengatasi segala cabaran undang-undang serta amalan-amalan yang berunsur diskriminasi terhadap gender. Pada tahun 1995, Kerajaan juga telah memperkenalkan Konvensyen PBB yang berkaitan dengan Penghapusan Sebarang Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Pada tahun 2001, Kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dengan diberikan mandat untuk mengendalikan isu-isu berkaitan dengan wanita serta mengangkat martabat wanita di negara ini. Perlembagaan Malaysia telah digubal semula pada Ogos 2001 yang melarang sebarang bentuk diskiriminasi yang berasaskan gender di dalam mana-mana undangundang.

Pihak Kerajaan masih terus memainkan peranan yang penting di dalam menyokong untuk mencapai lebih kesaksamaan gender dalam negara ini, dengan menyediakan persekitaran yang sihat untuk memajukan wanita-wanita dalam arena kebangsaan dan juga antarabangsa. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertanggungjawab di dalam mengetengahkan isu-isu wanita di Malaysia telah diberikan peruntukan di mana ia telah ditingkatkan daripada RM 1.8 juta (US$ 0.5 juta) pada tahun 2001 kepada RM 30.5 juta (US$ 8.6 juta) pada tahun 2005, dan ia membuktikan bahawa negara ini amat serius di dalam komitmennya terhadap isu-isu wanita. Cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi pada masa hadapan yang patut diambil kira termasuklah: mengetengahkan isu-isu seperti kemiskinan yang berterusan bagi rumahtangga di mana wanita merupakan ketua keluarga; menentang keganasan terhadap wanita; meningkatkan keberkesanan strategi-strategi yang mengutamakan gender; mengurangkan risiko daripada dijangkiti HIV; menghapuskan halangan-halangan yang disebabkan oleh sikap yang boleh membawa kesan kepada pembinaan kapasiti; serta meningkatkan tahap penglibatan wanita di dalam pasaran buruh, perniagaan dan di dalam politik termasuklah kerajaan.

You might also like