You are on page 1of 77

GEJALA PONTENG DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

KHAIRUL IRWAN BIN RUSTAM EFFENDI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2006

GEJALA PONTENG DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

KHAIRUL IRWAN BIN RUSTAM EFFENDi

LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM 2006

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan nukilan dan ringkasan-ringkasan yang mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

23 Oktober 2006

KHAIRUL IRWAN BIN RUSTAM EFFENDI D20031016647

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya jua, dapatlah pengkaji menyiapkan latihan ilmiah ini dengan jayanya, hasil tunjuk ajar dan bantuan daripada pelbagai pihak. Di kesempatan ini pengkaji juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Nazariah Bt Ab Samad iaitu selaku penyelia pengkaji. Terima kasih diucapkan kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pengkaji bagi menghasilkan sebuah latihan ilmiah yang baik. Segala teguran, nasihat serta dorongan yang telah diberikan menjadi panduan kepada pengkaji. Begitu juga jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Abdul Malek dan Encik Mohamad Bazlan Bin Mustafa yang turut memberikan tunjuk ajar kepada pengkaji dalam menjalankan kajian ilmiah ini. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bantuan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada pihak sekolah serta pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Namun tidak ketinggalan juga kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling yang telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah analisis data. Teristimewa buat isteri dan kedua-dua keluarga saya yang telah banyak berkorban, bersabar dan memahami serta doa yang dipohon. Di kesempatan ini juga, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya sepanjang proses menyiapkan penulisan ilmiah ini. Di antaranya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Wilayah Kuala Lumpur, Pensyarah serta kakitangan Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia dan sekolah yang terlibat iaitu SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur kerana memberi kebenaran menggunakan sampel kajian di sekolah tersebut. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih buat teman-teman yang turut sama membantu dalam proses menyiapkan latihan ilmiah ini serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Keperihatinan dan pengorbanan kalian amat dihargai. Semoga Allah S.W.T jua yang dapat membalas budi baik kalian semua.

KHAIRUL IRWAN BIN RUSTAM EFFENDI D20031016647 Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 2006

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah di SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur. Kajian ini telah dijalankan ke atas 50 orang pelajar Tingkatan 4 (35 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan) yang telah mempunyai rekod ponteng. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kajian perbandingan Sebab-Akibat atau Ex-Post Facto. Faktor-faktor yang ingin dilihat ialah faktor sikap guru, faktor sosioekonomi, faktor rakan sebaya dan faktor diri sendiri yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Faktor sikap guru adalah dilihat faktor yang lebih dominan dimana min = 2.4560, ini diikuti oleh faktor diri sendiri min = 2.4120 seterusnya faktor sosioekonomi min = 2.2340 dan akhir sekali faktor rakan sebaya 2.0100 dengan kegiatan ponteng sekolah.

FACTORS THAT INFLUENCE PLAYING TRUANT AMONG STUDENT

ABSTRACT This study was carried out to assess the factors that influence playing truant among secondary school students. Besides that, this study also would like to find out the most dominant factors which is causes playing truant among students. The respondents consist 50 students from SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur which is including 35 male and 15 female students. The researcher using a set of questionnares which is based on item that influence students to play truant. Factors that influence playing truant among student have been study. There were the attitude of teachers factor, socioeconomic factors, colleague factors and oneself factors. The Statistical Package for Social Sciences is used to analyse the data. Statistical analyses used to analyse the data were T-test and Means. The T-test was used to analysed the differences among playing truant and gender. The means were used to measure an average of all the factors before get the most dominants factors which is influence students to playing truant. The results of this study showed that there is no significant differences between palying truang and gender. At the same time, the most dominant factors that causes palying truant among students is teachers factor.

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK BAHASA MELAYU ABSTRAK BAHASA INGGERIS SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI ISTILAH SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v viii xi x

BAB 1 1.1 1.2 1.3

PENDAHULUAN Pengenalan Latar belakang kajian Pendekatan teori 1.3.1 Teori tingkah laku 1.3.2 Teori pembelajaran sosial 7 9 13 20 21 22 22 22 23 23 24 24 25 25 1 4

1.4 1.5 1.6 1.7

Pernyataan masalah Objektif kajian Kepentingan kajian Definisi konsep dan operasional 1.7.1 1.7.2 1.7.3 1.7.4 1.7.5 1.7.6 1.7.7 Pelajar Ponteng Sekolah Sikap guru Sosioekonomi Rakan sebaya Diri sendiri

1.8

Persoalan kajian

1.9 1.10

Limitasi kajian Rumusan

26 26

BAB 2 2.1 2.2 2.3 2.4

TINJAUAN LITERATUR Pengenalan Kajian dalam negara Kajian luar negara Rumusan 27 28 33 36

BAB 3 3.1 3.2 3.3 3.4

METODOLOGI KAJIAN Pengenalan Rekabentuk kajian Tempat kajian Subjek kajian 3.4.1 Populasi kajian 3.4.2 Sampel kajian 37 38 38 39 39 40 40 Bahagian A : Maklumat peribadi Bahagian B : Faktor sikap guru Bahagian C : Faktor sosioekonomi Bahagian D : Faktor rakan sebaya Bahagian E : Faktor diri sendiri 41 41 41 42 42 43 44 44 45 47

3.5

Alat kajian 3.5.1 3.5.2 3.5.3 3.5.4 3.5.5

3.6 3.7 3.8 3.9 3.10

Kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian Prosedur kajian Penganalisaan data Kaedah pemarkatan Rumusan

BAB 4 4.1

DAPATAN KAJIAN Pengenalan 48

4.2 4.3 4.4

Analisis sampel kajian Ciri-ciri demografi sampel Analisis dapatan (Persoalan Kajian)

49 49 52

4.4.1 Apakah faktor yang paling tinggi atau dominan yang Menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng 4.4.2 Apakah perbezaan dalam faktor ponteng mengikut jantina 4.4.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi faktor ponteng berdasarkan jantina 4.5 Kesimpulan

52 53 54 55

BAB 5 5.1 5.2 5.3 5.4

KESIMPULAN DAN CADANGAN Pengenalan Perbincangan Implikasi kajian Cadangan 57 57 62 64

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

65

SENARAI JADUAL

Jadual

Muka surat

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

Item-item positif dan negatif bagi faktor sikap guru Item-item positif dan negatif bagi faktor sosioekonomi Item-item positif dan negatif bagi faktor diri sendiri Pemarkatan jumlah skor Pemarkatan tahap sosioekonomi Pemarkatan jarak rumah ke sekolah Peratusan faktor demografi ketegori jantina Peratusan faktor demografi kategori tahap sosioekonomi Peratusan faktor demografi kategori bilangan adik beradik Peratusan faktor demografi kategori cara ke sekolah Keputusan analisis min bagi faktor yang paling dominan Keputusan analisis min bagi faktor ponteng berdasarkan jantina Keputusan ujian T bagi melihat perbezaan dimensi faktor ponteng berdasarkan jantina

41 42 42 45 46 46 49 50 51 52 52 53 55

SENARAI ISTILAH

F N SP T % > KPM SMK UPSI JPWPKL SPSS

Kekerapan Jumlah Bilangan Responden Sisihan Piawai Nilai Ujian Peratusan Lebih Besar Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Universiti Pendidikan Sultan Idris Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu Statistical Package for Social Sciences

LAMPIRAN A B C D Soal selidik ponteng Surat pengesahan sebagai pelajar Surat kebenaran menjalankan kajian luar Surat Kebenaran menjalankan Penyelidikan Daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia E Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah - Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. F Analisis Alat Kajian F-1 F-2 F-3 F-4 F-5 F-6 F-7 Skala Kekerapan Jantina Skala Kekerapan Pendapatan Penjaga Skala Kekerapan Bilangan Adik beradik Skala Kekerapan Cara Ke Sekolah Skala Deskriptif Min Skala Means Ujian T Alat Kajian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Bab pengenalan ini membincangkan tentang latar belakang kajian, pendekatan teori, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasional,

kepentingan kajian dan batasan kajian. Kesemua sub tajuk ini akan menghuraikan dengan terperinci di bawah bab ini. Secara amnya sekolah adalah sebuah tempat untuk pelajar-pelajar menerima pembelajaran daripada orang yang signifikan dengan pelajar di sekolah seperti guru. Masyarakat umum pula menganggap sekolah adalah sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan yang bercorak akademik khususnya seperti kemahiran asas serta latihan yang sesuai untuk masa depan mereka. Jadi, jelaslah disini bahawa tujuan yang paling utama sekolah adalah untuk membentuk manusia yang terdidik.

Sebagai sebuah organisasi yang bercorak formal, sekolah mempunyai ciri-ciri organisasi yang lengkap dan teratur yang lazimnya wujud hari ini. Ia mempunyai matlamat, khususnya untuk menghasilkan manusia yang terdidik dan seterusnya berguna kepada negara kerana ada antara mereka merupakan bakal di kalangan pemimpin negara kelak. Jadi, Unit Bimbingan dan Kaunseling di sesebuah sekolah merupakan satu komponen yang sangat penting dalam organisasi dan pengurusan sesebuah sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga merupakan satu unit yang berfungsi dan peranannya adalah tertumpu kepada perkhidmatan kebajikan kepada pelajar. Proses pembangunan dan perkembangan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah merupakan sebahagian daripada aspek pengurusan dan proses pembelajaran dan pengajaran. Iklim di sekolah yang kondusif adalah bertujuan untuk mencapai keberkesanan dari segi kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Perlaksanaan perkhidmatan kaunseling di sekolah menjadi satu perkara yang berguna dan merupakan sebahagian daripada urusan pentadbiran sekolah. Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling adalah satu perkhidmatan menolong yang terancang dan sistematik untuk semua pelajar daripada peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Pelajar-pelajar di sekolah boleh diibaratkan sebagai rebung yang masih boleh dilentur ke arah mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Pelajar-pelajar yang mentah adalah merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat. Jadi, harapan masyarakat terhadap pelajar sekolah adalah tinggi apabila mereka sudah tamat persekolahan kelak agar berguna kepada masyarakat umumnya dan khasnya kepada diri mereka dan orang yang signifikan dengan mereka iaitu ibu bapa mereka. Namun, apa yang terjadi kini adalah disebaliknya di mana para ibu bapa dan masyarakat umumnya, belum pun

habis mereka belajar sudah ada sebahagiannya yang menunjukkan tanda-tanda yang negatif dan adanya gejala sosial di kalangan pelajar pada hari ini sudah sampai ke tahap yang boleh mengancam keselamatan negara dipetik dalam Berita Harian, 28 Februari 1997: 1. (Ishak Harun et al., 2004). Gejala ponteng ke sekolah dan ke kelas adalah merupakan sebahagian yang cuba dikupas dalam penyelidikan ini. Gejala ponteng diberi tanggapan sebagai jenis kelumpuhan penyesuain diri oleh individu-individu dan kerana itu mereka membentuk kelakuan anti penyesuaian. Dan akhirnya mereka yang melanggar disiplin ini akan mengundurkan diri dari pembelajaran secara separa atau sepenuhnya. Mereka yang ponteng malangnya akan mengalami kejutan suasana, mempunyai kemampuan penyesuaian yang rendah serta langkah kognitif yang kabur. Perbuatan ponteng juga merupakan satu perlakuan salah laku dan melanggar disiplin sesebuah sekolah. Seseorang pelajar yang dikatakan memonteng sekiranya ia tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan seperti biasa, seperti sakit, kecemasan dan sebagainya. Sejak akhir-akhir ini permasalahan ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke tahap yang agak serius. Pihak media juga sering kali meyiarkan berita tentang permasalahan ini sehinggakan pada masa ini pihak guru serta ibu bapa perlu sama bekerja keras dengan memikirkan apakah tindakan yang terbaik bagi menghalang gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Kes ponteng sekolah telah menjadi suatu isu dan mencatatkan peningkatan tinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain dan ia secara langsung membebankan pelbagai pihak mengenai apakah punca sebenar terjadinya fenomena seperti ini. Jadi, di dalam penyelidikan ini, kita akan menilai dan mengukur apakah faktorfaktor yang menyebabkan masalah ponteng ke sekolah dan ke kelas ini terjadi. Dan

langkah seterusnya adalah tertumpu kepada guru-guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru sekolah amnya bagaimana intervensi yang difikirkan sesuai kepada permasalahan ini, dengan harapan intervensi yang dibuat itu akan membuahkan hasil dengan mengubah tingkah laku negatif ponteng sekolah ini kepada tingkah laku yang positif.

1.2 Latar Belakang Kajian Tidak dinafikan bahawa masalah perlanggaran disiplin seperti ponteng ke sekolah dan ke kelas ini adalah satu daripada masalah yang tidak ada kesudahannya dan tidak berhenti-henti dibincangkan. Malah masalah disiplin seperti ini sudah tersebar luas menerusi media massa, akhbar, majalah, radio malah ia juga turut bergema dalam persidangan di Dewan Parlimen (Awang Had Salleh, 1991). Tidak dapat tidak bahawa masalah ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor antara yang ingin di kaji dalam penyelidikan ini adalah faktor diri sendiri, sosio ekonomi, rakan sebaya dan guru. Dalam hal ini, pihak Kerajaan khususnya Kementerian yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang kini diterajui oleh Yang Berhormat Dato Hishammudin Tun Hussein Onn, bukan tidak peka dengan gejala sosial seperti ponteng ke sekolah dan ke kelas ini. Terdapat beberapa langkah, telah dan sedang dilaksanakan: antaranya dengan memberi penekanan kepada kegiatan KoKurikulum seperti sukan, unit beruniform, persatuan termasuklah kem-kem motivasi dan bina semangat telah dilaksanakan di sekolah. Kenyataan ini disokong oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Mazlan Ahmad dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 februari 1997, masalah disiplin seperti ponteng sekolah dan ke kelas ini berlaku sejak adanya kecenderungan sekolah mengurangkan waktu

pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) daripada tiga waktu seminggu kepada satu waktu sahaja. Secara fizikalnya, katanya, kanak-kanak dan remaja mempunyai tenaga yang melimpah ketika usia remaja (Abundence) yang mesti disalurkan melalui aktiviti seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan lain-lain. Ketua Pengarah MSN itu menambah bahawa usaha yang serius mesti di buat bagi mewujudkan suasana pelajar suka ke sekolah dan ketagih dengan sesuatu jenis permainan, para pelajar juga perlu diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mereka berpeluang beriadah, melakukan aktiviti pendidikan jasmani dan bersukan jelasnya. Antara lain pihak KPM juga telah melakukan intervensi agar masalah disiplin seperti ponteng ke sekolah dan kelas ini dapat diatasi secara beransur-ansur, dengan ini KPM telah menerbitkan lima buah buku panduan disiplin di sekolah-sekolah untuk panduan Guru-guru dan pentadbiran sekolah iaitu: i. ii. Panduan Am Disiplin Sekolah (1981). Panduan Bagi Ibu Bapa Menangani Disiplin Murid Sekolah (1982).

iii. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru (1983). iv. Mencegah Salahgunu Dadah Melalui Kaunseling (1982). v. Surat Pekeliling Ikhtisas 1979-1983 (1984). Ini disebabkan sesebuah institusi pendidikan itu merupakan penggerak utama pembentukan awal minda murni ahli masyarakat. Seperti yang kita ketahui sekolah adalah merupakan sebuah institusi yang mendidik para pelajar bukan sahaja dari segi akademik, malahan pelajar diasuh mengenai tingkah laku yang sempurna dan diajar mengenai disiplin diri. Gejala-gejala negatif seperti ponteng ke sekolah dan ke kelas ini adalah suatu perkara yang sukar untuk dikawal. Kes ponteng sekolah telah menjadi isu dan mencatat peningkatan tinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Olah yang demikian maka terbitnya langkah yang drastik telah diusahakan seperti

menguatkuasakan akta Juvana 1972 dan memberikan kuasa polis tambahan kepada guru-guru disiplin adalah dialukan. Gejala ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan suatu perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas menjadi amalan dan tabiat pelajar, mala ianya akan boleh membawa kepada kesan yang negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat tanggungjawab, ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif kesan daripada ponteng tersebut. Masalah disiplin ponteng sekolah adalah yang paling banyak berlaku di sekolah berhampiran bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan kawasan yang menjadi tumpuan pelajar untuk melepak pada waktu persekolahan ialah sekitar tamantaman rekreasi seperti Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Titiwangsa (Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWKL), 2002). Menurut Yaakob Wan Ibrahim (2002), pelajar yang ponteng sekolah tidak menukar pakaian mereka apabila ponteng dan ini bermakna mereka melepak di tempat-tempat yang dinyatakan tadi dalam keadaan masih berpakaian sekolah. Pelajar yang ponteng juga gemar menghabiskan waktu persekolahan mereka di pusat-pusat membeli belah. Berikutan itu, JPWKL (2002), telah mencadangkan penubuhan skuad ponteng bagi menangani permasalahan pelajar ponteng sekolah yang disertai oleh ahli pertubuhan bukan kerajaan serta kerjasama dari pihak polis khususnya dalam membendung permasalahan ini terus menular.

1.3 Pendekatan Teori 1.3.1 Teori Tingkah Laku Menurut Amir Hassan Dawi (2002), teori tingkahlaku merupakan satu jenis

kaunseling yang berorientasikan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk membasmi tingkahlaku yang tidak betul dan membantu klien untuk menguasai tingkahlaku baru. Franks (1969), menyatakan bahawa pendekatan teori tingkahlaku kepada kaunseling adalah semata-mata ubahsuaian gerak balas yang melibatkan penggunaan teori pembelajaran. Ia mendefinisikan kaunseling tingkahlaku sebagai pengubahsuaian tingkahlaku bersesuaian dengan dengan prinsip individu. Tidak ada satu teori pembelajaran khusus yang dinyatakan dan diterima oleh semua kaunselor tingkahlaku, walaupun boleh dikatakan yang semua kaunselor percaya akan prinsip umum pembelajaran. Dalam kajian ini teori tingkah laku dilihat amat sesuai dan dilihat selari dengan masalah yang hendak dikaji. Diantara tokoh yang mempelopori teori ini antaranya B.F.Skinner, J.B.Watson dan Thorndike. Teori tingkah laku ini menerangkan bahawa personaliti adalah hasil daripada pembelajaran melalui interaksi dengan individu lain. Sebagai contoh tingkah laku yang menyimpang seperti ponteng adalah disebabkan hasil daripada pembelajaran melalui pemerhatian. Menurut Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002), dalam Mohammad Aziz Shah (2004), menurutnya pembelajaran adalah satu perubahan yang berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh pengalaman. Teori ini juga berpendapat tabiat dan tingkah laku menusia terbentuk daripada proses pembelajaran dan perubahan persekitaran. Tabiat manusia yang menjadi masalah adalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah. Sebagai contoh pembentukan sikap negatif seperti ponteng adalah hasil

daripada pembelajaran dan tindak balasnya terhadap rangsangan yang diterima daripada persekitaran seperti rakan sebaya. Sikap ponteng yang pelajar tunjukkan merupakan suatu pembelajaran yang diperoleh daripada rangsangan dan peneguhan dan akhirnya ia akan membentuk gerak balas iaitu: a) Rangsangan Malas belajar, bosan dengan cara guru mengajar dan tidak minat mata pelajaran tertentu. b) Peneguhan Diterima oleh rakan-rakan yang turut ponteng, lalu ia merasa puas dengan apa tindakan yang dilakukannya dan dianggap hebat oleh segelintir pelajar yang tertentu. c) Gerak Balas Ponteng ke sekolah atau ke kelas.

Akhirnya ia akan menyebabkan pelajar tersebut ponteng dan seterusnya membuat suatu gerak balas yang berupa generalisasi dan ia mengarah kepada proses pembentukan sikap atau dikenali sebagai shaping (kerap ponteng sekolah). Dan teori ini juga mengatakan seseorang manusia itu adalah berkonsepkan Tabula Rasa atau kosong. Sebarang tingkah laku mahupun buruk atau sebaliknya ia adalah dipelajari sepanjang hidup melalui rangsangan, peneguhan dan gerak balas. Sebarang tingkah laku yang diperteguhkan ada mempunyai kecenderungan tinggi untuk dilakukan oleh seseorang berbanding tingkah laku yang tidak diperteguhkan iaitu seorang pelajar ponteng lalu ia semakin terkenal lalu diterima oleh kawannya. Dan perlu diingatkan juga setiap perlakuan ada mempunyai sebab dan kesan ia bertingkah laku. Maksudnya tingkah laku pelajar ada mempunyai kaitan erat dengan persekitaran di mana ia dibesarkan.

1.3.2

Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial adalah diasaskan oleh Albert Bandura (1986, 1977, 1998, 2000). Dan teori ini juga telah dinamakan sebagai Teori Kognitif sosial oleh Bandura sendiri (Amanda Moore, 2002). Teori ini juga telah memperkenalkan Model reciprocal determinism dan Teori pembelajaran peniruan atau pembelajaran model. Teori ini juga mempercayai bahawa kebanyakkan tingkah laku adalah terhasil daripada pembelajaran seseorang ke atas tingkah laku orang lain yang disimpannya dalam ingatan dan akan dikeluarkan apabila menghadapi situasi yang sesuai. Menurut Bandura ia menganggap manusia adalah merupakan sesuatu mahluk yang aktif, di mana manusia berupaya untuk membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta komunikasi dengan orang lain. Terdapat tiga faktor utama iaitu perlakuan, individu (kognitif) dan persekitaran. Ketiga faktor-faktor tersebut adalah saling berinteraksi untuk mempengaruhi pembelajaran. Menurut Bandura lagi setiap perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Menurut teori ini terdapat beberapa cara peniruan boleh dilakukan. i. ii. iii. Proses peniruan yang mudah atau meniru secara langsung Proses peniruan melalui sekatlakuan dan takselatlakuan Proses peniruan melalui elisitasi dimana proses peniruan ini timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain. Terdapat beberapa langkah yang penting dalam melakukan peniruan iaitu: i. Pemerhatian apabila seseorang ingin meniru perlakuan model, pertama sekali dia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat langkah-langkah yang dilaksanaka oleh model tersebut.

ii.

Penyimpanan langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar.

iii.

Pengeluaran tingkah laku yang perlu ditiru diperlihatkan dalam situasi yang sesuai

iv.

Motivasi Sekiranya tingkah laku mendapat motivasi, peniruan akan diulang.

Jika dibandingkan dengan kaunseling yang berorientasikan wawasan dalam pendekatan tingkahlaku kaunselor, kaunselor lebih mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap apa yang dilakukan oleh klien dalam kaunseling dan mungkin juga dalam kehidupan di luar kaunseling. Oleh itu, kaunselor adalah lebih

bertanggungjawab terhadap hasil rawatan, iaitu apa juga perubahan yang berlaku pada klien. Kaunseling tingkahlaku berasaskan teori personaliti. Ia telah ditemui atas kepercayaan bahawa pola personaliti dipelajari dan boleh difahami melalui pengetahuan tentang teori pembelajaran. Teori pembelajaran yang menerangkan kaunseling tingkahlaku telah dikenalpasti pada satu masa dahulu sebagai proses pelaziman. Satu teknologi kaedah menilai tingkahlaku yang kukuh perlu bagi kaunseling tingkah laku. Adalah penting bagi kaunselor untuk memahami proses yang melaluinya klien telah mempelajari tingkahlakunya, memahami peristiwa sebelumnya yang penting dalam perkembangannya dan mengenalpasti atau memahami kekuatan yang telah mengekalkannya. Individu yang telah mempelajari tingkah laku salahsuaian atau salah laku datang berjumpa dengan kaunselor dengan masalah ini. Kaunselor dan klien membentuk satu program ubahsuaian tingkahlaku yang melaluinya klien boleh mempelajari cara baru dan lebih berkesan untuk berfungsi.

Andaian asas pendekatan teori tingkahlaku ini berkaitan dengan personaliti ialah tingkahlaku dipelajari dan personaliti individu berkembang melalui kematangan dan pembelajaran. Havinghurts (1952), telah memperkenalkan tugas-tugas

perkembangan yang perlu dikuasai oleh individu dalam proses perkembangannya. Menurut beliau lagi, tugas perkembangan yang perlu dikuasai oleh individu dalam proses perkembangannya adalah tugas pembelajaran. Untuk memahami perkembangan manusia, seseorang itu mestilah memahami pembelajaran. Manusia belajar melalui liku-liku dalam hidupnya. Kehidupan terdiri daripada satu siri tugas untuk dipelajari dan dikuasai. Sekiranya manusia mempelajarinya dengan baik atau dengan sepenuhnya, seseorang itu akan mendapat kepuasan tetapi jika pembelajarannya tidak lengkap, lemah dan tidak sempurna mereka akan mengalami kesusahan, kedukaan dan tidak diterima dari segi sosial. Setiap individu berpotensi untuk menjadi baik atau jahat tanpa dorongan semulajadi untuk menuju ke mana-mana arah. Cara personaliti itu berkembang bergantung kepada interaksinya dengan persekitarannya. Dari sudut pembelajaran, manusia dilihat sebagai makhluk reaktif. Manusia bertindakbalas terhadap rangsangan yang merangsangnya dan apabila mereka bertindakbalas, pola tingkahlaku terbentuk dan pola inilah yang akhirnya membentuk personaliti. Ahli teori pembelajaran percaya bahawa sesetengah tingkahlaku adalah hasil daripada sifat-sifat semulajadi dan interaksi sifat-sifat ini dengan persekitaran ( Amir Hassan Dawi, 2002 ). Kesimpulannya, kaunseling yang menggunakan teori pendekatan tingkahlaku dilihat sebagai suatu situasi pembelajaran oleh teori tingkahlaku. Segala perubahan yang berlaku dalam tingkahlaku klien yang dihasilkan dalam proses undang-undang pembelajaran iaitu undang-undang pembelajaran yang sama seperti yang berlaku di luar sesi kaunseling. Oleh itu, dalam proses kaunseling, tumpuan diberikan kepada

pengenaan undang-undang pembelajaran untuk mencapai tingkah laku yang dikehendaki. ( Amir Hassan Dawi, 2002 ). Dalam usaha mendisiplinkan pelajar, guru mungkin menggunakan kaedah penguatkuasaan dengan mengetatkan peraturan dan hukuman. Namun disiplin yang baik sebenarnya datang daripada kawalan dalam diri melalui internalisasi norma dan nilai. Berbanding dengan kawalan luaran. Cabaran bagi guru ialah bagaimana untuk menginternalisasikan norma dan nilai dalam diri pelajar-pelajarnya supaya mereka tidak melakukan perkara-perkara yang mungkin tidak sesuai dengan kemahuan budaya masyarakat. Guru perlu memikirkan pelbagai cara untuk berinteraksi yang membentuk kawalan dalaman para pelajar. (Amir Hassan Dawi, 2002). Sekolah merupakan institusi yang berstruktur yang mengandungi dimensi interaksi tiga kumpulan yang dominan iaitu pihak pengurusan, guru-guru dan para pelajar. Di sekolah, guru mempunyai autoriti kekuasaan yang signifikan terhadap pelajar-pelajar. Namun, kadang-kadang pelajar-pelajar mungkin tidak setuju dengan gaya atau tingkah laku guru-guru mereka. Apabila mereka tidak setuju, maka berlakulah konflik dan konflik ini menyebabkan berlakunya tingkah laku devian seperti ponteng sekolah ini ( Amir Hassan Dawi, 2002 ). Oleh itu satu suasana yang mengatasi konflik pelajar-guru perlu dibina dalam iklim persekolahan. Di sinilah peranan kaunselor sekolah dan unit Bimbingan Kaunseling dalam menangani masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar ini.

1.4

Pernyataan Masalah

Usaha untuk mengurangkan kejadian ponteng sekolah amat penting demi kebaikan generasi akan datang. Sebenarnya masalah ponteng sekolah ini bukanlah suatu masalah baru, malah ia telah lama wujud iaitu semenjak konsep persekolahan dimulakan di nagara ini, iaitu sebelum negara merdeka lagi. Media massa banyak memperkatakan dan menyiarkan berita-berita berkaitan disiplin sekolah seperti ponteng sekolah. Terdapat pelbagai persoalan dikemukakan, khususnya mengenai langkah-langkah yang patut diambil oleh pihak yang berkenaan. Hal ini pada sesetengah pihak seolah-oleh menunjukkan bahawa keadaan disiplin di sekolah sudah tidak terkawal lagi, dan pastinya akan membangkitkan kebimbangan di kalangan ahli masyarakat terutama ibu bapa tentang masa depan anak-anak dan negara amnya. Perlakuan seperti ponteng ini merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika dijadikan sebagai satu tabiat dan amalan, ia boleh membawa kesan yang negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarga dan juga sekolah. Perlakuan ponteng sekolah dan kelas memungkinkan seorang pelajar itu hilang sifat bertanggungjawab, suka bohong dan menentang. Pelajar yang ponteng juga akan mengakibatakan mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan mungkin akan terlibat dengan kegiatan negatif dan berakhir dengan keciciran. Masalah ponteng ini boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada tingkah laku delinkuen kerana ia merupakan tingkah laku yang menyalahi norma masyarakat ataupun peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku menipu ataupun dalam kata lain ialah melarikan diri daripada tanggungjawab, tempat bertugas dan sebagainya. Tingkah laku ponteng di kalangan pelajar sekolah boleh dilihat sebagai tingkah laku melarikan diri dari

sekolah atau kelas yang boleh dikatakan melarikan diri daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Utusan Malaysia yang bertarikh 18 Oktober 2004, menyatakan gejala ponteng sekolah kini menghangatkan hubungan keluarga dalam Kementerian Pelajaran. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd. Khir mendakwa segelintir guru yang tidak kreatif menyebabkan sesi pengajaran membosankan sehingga mendorong pelajar ponteng kelas. Pemimpin kesatuan guru pula berasa tersinggung dengan kenyataan Mahadzir itu. Adalah tidak wajar tuduh-menuduh dilemparkan antara satu sama lain. Apa yang perlu dilakukan segera oleh Kementerian Pelajaran dan sekolah terbabit ialah mengambil inisiatif membendung gejala itu daripada berleluasa. Fakta bila tarikh gejala ponteng berlaku juga perlu diteliti. Adakah ia berlaku hanya kepada pelajar yang tamat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berakhir baru-baru ini. Di sinilah harus dilihat semula tarikh mula dan akhir peperiksaan awam dengan sistem persekolahan yang masih berjalan hingga pertengahan November depan. Isu itu menjadi gempar hanya selepas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Mohamed Che Hamid mendedahkan masalah ponteng di sebuah sekolah menengah di Felda di negeri itu yang mencatatkan hanya 50 peratus pelajar sahaja yang ke kelas terutamanya pada hari Ahad dan Khamis. Kita tertanya-tanya mengapa masalah ponteng sekolah di luar bandar boleh berlaku. Benarkah sebab guru tidak pandai mengajar atau memang segelintir murid mempunyai telinga tebal yang tidak boleh diajar atau ditegur lalu memilih ponteng daripada berada di dalam kelas.

Ataupun disebabkan pengaruh di luar kelas lebih menarik. Jika sekolah di kawasan membangun seperti bandar atau bandar baru, kemunculan siber atau internet cafe dan pusat membeli-belah boleh memukau pelajar untuk terpaku di tempat berkenaan. Tetapi mengapa, dan apa punca gejala ponteng pelajar sekolah di luar bandar jadi begitu teruk?. Kalau beberapa bulan lalu rondaan polis Kuala Lumpur bagi mencegah kegiatan ponteng di kalangan pelajar sekolah menunjukkan kesan menggalakkan, apakah kaedah yang sama perlu dilakukan ke sekolah luar bandar?. Sekadar menghebahkan gejala ponteng tanpa disusuli siasatan terperinci, tidak menyelesaikan masalah. Ia perlu diikuti tindakan bagi membendung daripada ia terus berlaku. Tindakan lebih efektif perlu diambil segera bagi menangani masalah ponteng sekolah hingga ke peringkat akar umbi termasuk membabitkan kerjasama kerajaan, sekolah dan ibu bapa. Adalah merugikan negara apabila trend ponteng sekolah berjangkit kepada pelajar luar bandar yang majoritinya adalah Melayu. Malah kebanyakan pelajar yang tidak menghadiri kelas tambahan yang disediakan oleh kerajaan pun adalah di kalangan mereka yang tinggal di luar bandar. Sebab itu, punca pelajar luar bandar enggan atau tidak berminat ke sekolah perlu dicari segera sebelum ia menjadi sebati dan sukar untuk dipulihkan keyakinan mereka. Barangkali sekali lagi bantuan polis dituntut untuk menahan pelajar sekolah yang ponteng. Tiada bezanya kesalahan ponteng sekolah dan melepak di pusat membeli-belah dengan kesalahan sama yang dilakukan di ladang kelapa sawit atau getah. Utusan Malaysia yang bertarikh 26 Ogos 1998, melaporkan mengenai sepuluh orang pelajar yang ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah pangsa di Bukit Baru, Melaka kerana ponteng sekolah. Tidak dinafikan bahawa persekitaran sekolah dan

sikap guru-guru menjadi salah satu faktor penyumbang kepada tingkah laku ponteng di kalangan pelajar sekolah. Persekitaran sekolah seperti struktur bilik darjah, interaksi antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan juga pelajar dengan persekitaran. Menurut Reynold (1976) dalam Vijayan Ramakutir (2000), masalah akan timbul jika kemerosotan berlaku dalam perhubungan di antara guru dan murid. Selain itu, pelajar hari ini kurang berminat terhadap pelajaran yang diajar kerana menganggap pelajaran tersebut terlalu padat dan membebankan. Cara penyampaian guru yang membosankan dan tidak menarik juga menyebabkan mereka ponteng kelas. Tugas guru, di samping mengajar juga adalah sebagai 'role model' yang utama bagi para pelajar. Konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati pelajar terhadap undang-undang dan dasar pendidikan akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara di luar jangkaan. Para pelajar juga hendaklah dilatih dan diasuh dalam suasana budaya berbilang kaum supaya mereka tidak keterlaluan dalam kaum sendiri. Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial ini terutama kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personaliti individu tertentu. Justeru itu, ibu bapa patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa aktiviti mereka, di mana mereka berjumpa dan lain-lain persoalan lagi. Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai jurujual, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai buruh di tapak binaan. Malah masih ramai di kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. Utusan Malaysia yang bertarikh 17 Oktober 2003, menyatakan kes yang paling banyak berlaku melibatkan masalah disiplin pelajar di Kuala Lumpur ialah ponteng sekolah. Maklumat yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWKL) menunjukkan kawasan yang menjadi tumpuan pelajar untuk melepak pada waktu sekolah ialah sekitar taman-taman rekreasi seperti Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Titiwangsa. Selain itu, pelajar juga gemar menghabiskan waktu sekolah di pusat-pusat membeli belah. Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini

juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. Dapat dinyatakan di sini bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ponteng sekolah iaitu sikap guru, status sosio ekonomi, rakan sebaya, dan diri sendiri Secara keseluruhannya ponteng sekolah ditakrifkan sebagai tingkah laku remaja atau golongan pelajar sekolah yang melarikan diri daripada tanggungjawab sekolah yang merupakan tempat mereka menuntut ilmu pengetahuan. Ini tergolong sebagai tingkah laku delinkuen, di mana ia melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah khususnya dan Kementerian Pendidikan amnya. Justeru itu perlakuan delinkuen ini perlu di banteras bagi mengatasi kesan-kesan negatif yang bakal muncul ekoran daripada perlakuan ponteng. Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka

kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ponteng sekolah iaitu sikap guru, status sosio ekonomi, rakan sebaya dan diri sendiri.

1.5

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat faktor-faktor penyebab yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah daripada sudut sikap guru, status sosioekonomi, rakan sebaya dan diri sendiri. 1.5.1 Pertama ialah untuk melihat faktor sikap guru sama ada mempunyai hubungan dengan tingkah laku pelajar ponteng sekolah. Faktor sikap guru yang dikaji dalam kajian ini ialah sama ada guru bersikap bias atau pun garang semasa sesi pengajaran berlangsung. 1.5.2 Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada terdapatnya perbezaan status sosioekonomi keluarga di kalangan pelajar yang bertingkah laku ponteng sekolah. Kebiasaannya ibu bapa dari status sosiekonomi yang tinggi lebih mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Status sosioekonomi yang dikaji ialah tingkat pendapatan ibu bapa sama ada dapat mempengaruhi cara dan gaya didikan terhadap anak-anak. 1.5.3 Tujuan kajian ini juga untuk melihat sejauh mana faktor rakan sebaya memainkan peranan sebagai pendorong kepada pelajar untuk ponteng sekolah. Di zaman persekolahan, pelajar lebih mudah mendekati rakan sebaya dan cuba mencari identiti melalui pengaruh rakan sebaya.

1.5.4

Kajian ini juga bertujuan untuk melihat faktor diri pelajar itu sendiri. Ini kerana terdapat sesetengah pelajar ponteng sekolah bukan disebabkan oleh orang lain tetapi kerana dirinya sendiri yang tidak berminat terhadap pelajaran.

1.6

Kepentingan kajian

1.6.1 Kajian ini dapat membantu mengenal pasti faktor yang paling dominan yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. 1.6.2 Kajian ini sebagai panduan kepada ibu bapa dalam mengawal dan mendidik anak-anak. 1.6.3 Kajian ini dapat membantu pihak sekolah dalam membuat perancangan bagi mengatasi masalah ponteng sekolah. 1.6.4 Kajian ini sebagai panduan kepada kaunselor supaya memberi perhatian terhadap pelajar yang ponteng sekolah. 1.6.5 Akhir sekali, diharapkan kajian ini dapat membantu masyarakat dalam memainkan peranan dalam mencegah daripada berleluasanya gejala ponteng sekolah ini.

1.7

Definisi konsep dan operasional

1.7.1 Pelajar Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), pelajar ialah orang yang belajar seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya atau orang yang mengaji iaitu menyelidiki ilmu. Menurut Tengku Iskandar (1970) dalam Masitah Mohd Yusof (2003), mendefinisikan pelajar sebagai anak yang sedang belajar atau sedang berguru. Kamus Webster pula (1974) dalam Masitah Mohd Yusof (2003), memberi pengertian pelajar sebagai sesiapa sahaja yang sedang belajar di institusi pendidikan seperti sekolah tinggi dan kolej. Pelajar atau murid juga merujuk kepada seseorang anak di bawah seliaan seorang instruktur atau tutor. Pelajar yang dimaksudkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pelajar Tingkatan 4 yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar ini ialah yang telah dikenal pasti sering ponteng sekolah yang diperolehi melalui Buku Kedatangan Harian daripada guru tingkatan.

1.7.2 Ponteng Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), mendefinisikan ponteng sebagai kecoh, tipu atau lari daripada tugas dan tanggungjawab. Dalam kajian ini, ponteng yang dimaksudkan oleh pengkaji ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut dalam sebulan tanpa notis.

1.7.3 Sekolah Kementerian Belia dan Sukan (1995), mendefinisikan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang membekalkan generasi muda dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, ketrampilan dan kecerdasan serta nilai dan interaksi sosial. Sistem persekolahan juga menyediakan golongan muda dengan segala persediaan untuk menghadapi alam dewasa dan pekerjaan serta menjadi insan yang berguna dalam masyarakat. Menurut Foster (1984), sekolah sekurang-kurangnya mempunyai empat fungsi iaitu sebagai tempat pendidikan, penilaian, sosialisasi dan kanak-kanak mendapat perlindungan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), sekolah ialah tempat untuk belajar dan mengajar atau tempat menerima dan memberi pelajaran. Dalam kajian ini, sekolah merujuk kepada faktor dalaman sekolah dan lokasi sekolah yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Faktor dalaman sekolah merujuk kepada keadaan mata pelajaran yang terlalu padat dan membebankan, guru disiplin yang terlalu tegas dan penyampaian guru yang membosankan. Manakala lokasi sekolah pula merujuk kepada jarak antara sekolah dan rumah.

1.7.4 Sikap guru Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), sikap merujuk kepada gaya berdiri (bergerak, berpakai, dan lain-lain). Guru pula merujuk kepada orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh. Oleh itu, sikap guru ialah gaya yang ditunjukkan semasa proses pengajaran berlangsung.

Sikap guru yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah sikap guru semasa pengajaran sama ada garang atau pun bias terhadap pelajarnya yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah.

1.7.5 Sosioekonomi Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), sosioekonomi melibatkan unsur-unsur atau faktorfaktor kemasyarakatan dan ekonomi. Dalam kajian ini, sosioekonomi merujuk kepada tingkat pendapatan ibu bapa sama ada rendah atau pun tinggi yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah.

1.7.6 Rakan sebaya Cole dan Hall (1970), rakan sebaya sebagai unit sosial bagi golongan remaja. Rakan sebaya dikaitkan dengan sahabat di mana remaja bertindak balas dan mendapat hubungan serta kerjasama yang rapat antara satu sama lain. Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002), rakan sebaya ialah mereka yang tergolong dalam kumpulan yang sama dan mempunyai persamaan dari segi minat, nilai dan aktiviti yang dilakukan. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang penting terutama di peringkat akhir kanak-kanak dan remaja. Dalam kajian ini rakan sebaya merujuk kepada rakan yang mendorong ke arah perkara-perkara positif atau pun negatif. Perkara positif ialah rakan yang menjadi pendorong dalam belajar, manakala rakan negatif ialah rakan yang mendorong ke arah ponteng sekolah.

1.7.7 Diri sendiri Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), diri ialah batang tubuh, orang seorang, empunya badan. Sendiri pula tubuh diri yang sebenarnya (bukan wakil dan lain-lain), diri. Oleh itu, diri sendiri ialah diri pelajar itu sendiri. Dalam kajian ini, diri sendiri merujuk kepada diri pelajar itu sendiri sama ada berminat untuk belajar atau pun tidak bukannya dipengaruhi oleh orang lain. Faktor ini dilihat sama ada pelajar tersebut ponteng sekolah disebabkan oleh dirinya sendiri.

1.8 1.8.1

Persoalan Kajian Apakah faktor yang paling tinggi atau dominan yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng?

1.8.2 1.8.3

Apakah perbezaan dalam dalam faktor ponteng mengikut jantina? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi faktor ponteng sekolah berdasarkan jantina?

1.9

Limitasi Kajian

Kajian ini terhad kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 (umur 16 tahun) di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya, Kuala Lumpur. Kajian ini terhad kepada 100 orang pelajar sahaja dan akan dijalankan dalam 3 atau 4 buah kelas sahaja. Selain itu, temubual juga dijalankan ke atas beberapa orang guru kelas di sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang kes pelajar ponteng. Kajian juga dijalankan untuk mengetahui apakah faktor utama yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

Bilangan responden yang tidak ramai menyebabkan kajian ini tidak dapat memberi gambaran sebenar atau membuat generalisasi dengan tepat tentang masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah ini. Kajian ini hanyalah tinjauan pendapat tentang tajuk kajian sahaja bukanlah kajian menyeluruh yang umum.

1.10

Rumusan

Secara keseluruhannya, masalah ponteng perlu ditangani segera kerana ia akan melibatkan jenayah lain lagi yang semakin berleluasa. Pelajar juga adalah pemangkin negara di masa hadapan. Matlamat utama Wawasan 2020 adalah untuk membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai kajian-kajian sama ada dari dalam negara mahupun luar negara, yang mempunyai kaitan dengan kajian yang dijalankan. Ini adalah berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu terlibat dengan tingkah laku ponteng di sesebuah sekolah. Kajian-kajian lepas ini dikatakan sebagai sumber idea penyelidikan yang sama pentingnya dengan teori.

2.2 Kajian dalam negara Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Terengganu sepanjang tahun 1987 mengenai salah laku pelajar yang didedahkan dalam Berita Harian pada 25 Ogos

1988. Kajian ini mendapati 13 452 kes berlaku di Terengganu. Di antara kesalahan yang dilakukan oleh pelajar ialah berambut panjang (22.5%), berpakaian tidak mengikut peraturan (13.6%), ponteng kelas (9.3%), merokok (8.1%) dan ponteng sekolah (8.0%). (Norwani Daud, 2001). Kajian oleh Nabil Abdul Latif (1994), ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Vokasional Tanah Merah, Kelantan mendapati faktor keluarga dan faktor sekolah mendorong pelajar melakukan ponteng sekolah. Dari segi faktor keluarga, beliau mendapati ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik, tidak mengambil berat tentang pencapaian anak-anak, ibu bapa yang tidak sehaluan atau sefahaman dan pendapatan ibu bapa yang rendah menyebabkan para pelajar bertingkah laku ponteng. Faktor sekolah pula merangkumi mata pelajaran yang membebankan dan gaya penyampaian guru yang membosankan menyebabkan mereka ponteng sekolah. Wan Ahmad Ismail (1980) dalam Vijayan Ramakutir (2000), mengatakan bahawa faktor utama wujudnya masalah ponteng sekolah ialah kecuaian ibu bapa pelajar sendiri dalam menjalankan kewajipan mereka sebagai tenaga pengaruh yang paling hampir dengan anak-anak. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang ponteng mempunyai alasan seperti beban kerja rumah yang diberikan oleh guru, sikap guru yang tidak disenangi dan pengaruh rakan-rakan. Mohd Tajudin (1995) dalam Mardzelah Makhsin dan Mohamad Fadhli Ilias (2004), yang berkaitan dengan faktor keluarga menyimpulkan beberapa perkara yang tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anak mereka. Guru hanya dapat meluangkan masa selama lima atau tujuh jam seminggu. Mereka juga terpaksa mengawasi sebuah bilik darjah yang

sesak yang mana kadangkala terdapat 40 hingga 50 pelajar dalam sebuah kelas. Ini menyebabkan guru tidak dapat membuat perhubungan interpersonal dengan setiap pelajar di dalam kelas itu. Dass (1992) dalam Maisarah Taufik (2000), menyatakan keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja. Kesan pergaulan bebas dan pengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Sikap ibu bapa yang juga tidak mengambil berat tentang kelakuan dan pergaulan anak remaja mendorong mereka kepada akhlak yang rosak. Remaja yang terdedah terlalu awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak mereka. Kajian yang dijalankan oleh Mokhtar Ismail dan Khadijah Zon (2003) dalam Rohana Man (2003), di dua buah sekolah di Johor Bahru yang mempunyai masalah disiplin tertinggi. Dalam kajian tersebut, seramai 60 orang pelajar tingkatan 4 yang terlibat. Kajian ini menyatakan perasaan tidak puas hati dengan sistem persekolahan mengundang rasa tidak seronok ke sekolah dan benci pada sekolah. Selain itu, tindakan sekolah yang mengeluarkan surat putih menyebabkan pelajar merasa telah disenarai hitamkan dan rekod mereka menjadi buruk walaupun kesalahan pelajar tidaklah serius. Berikutan daripada itu, perlabelan jahat secara tidak langsung akan memusnahkan harapan pelajar dan memesongkan pendirian mereka sehingga ada yang melabel diri sendiri sebagai tidak berguna dan tidak akan berjaya. Dengan sendirinya keadaan ini akan mematikan semangat pelajar bermasalah disiplin untuk mengubah sikap. Di samping itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mendorong pelajar terlibat dalam masalah salah laku dan disiplin.

Lebih lapan bulan kumpulan penyelidik itu berada dalam kumpulan pelajar terlibat di sekolah itu untuk memerhati dan menyelidik punca berlakunya masalah disiplin di sekolah berkenaan. Ia meliputi ponteng sekolah, bertumbuk, pergaduhan ala gangster, pergaduhan beramai-ramai antara kaum, mencuri wang, melepak. Mengikut laporan kajian itu, kesalahan disiplin di sekolah yang dilaporkan ialah seperti melanggar peraturan sekolah, datang lewat, ponteng kelas, tidak membuat kerja rumah, melawan guru dan biadap terhadap guru. Kajian di kedua-dua buah sekolah itu mendapati ramai di kalangan pelajarnya yang didapati tidak sembahyang atau tidak mendalami hal ajaran agama (baik Islam atau agama lain). Mohd Jakarni (1981) dalam A. Rani @ Ghani (1988), mendapati remaja dari taraf sosioekonomi rendah adalah lebih tinggi purata mereka dalam melanggar perlakuan tingkah laku berbanding dengan remaja dari taraf sosioekonomi keluarga yang tinggi. Kajian yang dijalankan oleh Hussein Mahmud (1980) dalam Salleh Abd. Hamed (1987), mendapati masalah besar yang dihadapi oleh para pelajar adalah masalah yang berkaitan di rumah. Kebanyakan pelajar-pelajar yang bertingkah laku devian dan ponteng sekolah adalah terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah ditambah pula dengan jumlah anak yang ramai. Ruhayati (1978) dalam Vijayan Ramakutir (2000), mendapati latarbelakang pelajar yang purata miskin sebagai penyebab pelajar melakukan kegiatan ponteng sekolah. Ibu bapa tidak berupaya menyediakan kemudahan pelajaran untuk anak-anak, makanan berzat, pakaian dan juga berkemampuan menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas bimbingan yang mengenakan bayaran. Beliau juga mendapati pelajarpelajar yang memiliki pandangan yang negatif terhadap masa depan dan pelajar akan cenderung untuk melakukan ponteng sekolah.

Amin Husin (1972), menyatakan bahawa ponteng sekolah mempunyai beberapa peringkat iaitu dari peringkat bawah hingga peringkat tertinggi. Ada ponteng yang tidak dihiraukan dan ada yang sangat diambil berat oleh ibu bapa dan guru. Mengikut pengakuan pelajar-pelajar yang disoal selidik oleh beliau, didapati perkara yang menyebabkan ponteng sekolah ialah sengaja tidak mahu pergi ke sekolah, disiplin yang terlalu ketat, jemu, benci pada guru, tidak ada duit belanja, rendah diri, malas, ingin bebas, takut dan keretakan rumahtangga. Wan Mohd Zaid (1973) dalam Munirah Abdul Aziz (2001), dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan sosioekonomi dan latar belakang keluarga sebagai punca bagi masalah ponteng di kalangan pelajar di Kelantan. Ini kerana keluarga yang tidak berkemampuan tetap ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kesannya timbul banyak masalah di kalangan pelajar tersebut. Pengangkutan dan perjalanan yang jauh ke sekolah menjadi masalah utama kepada pelajar-pelajar di kawasan pedalaman Kelantan. Kelewatan mereka untuk tiba di sekolah mungkin mendorong mereka untuk terus ponteng daripada dimarahi oleh guru kerana lewat. Kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Panduan Tatacara Disiplin (1990), mendapati wujudnya beberapa faktor yang mempengaruhi disiplin murid di sekolah yang diantaranya menyebabkan berlakunya ponteng sekolah. Perubahan dan perkembangan masyarakat akibat daripada proses modenisasi perbandaran berlakulah gejala-gejala yang negatif di sekolah khususnya. Berdasarkan laporan salah laku pelajar sekolah di Malaysia dari tahun (19851992), salah laku ponteng menunjukkan mengatasi jenis salah laku lain dikalangan pelajar. Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin (kini Tan Sri) dalam kata aluannya pada buku panduan bagi mengatasi masalah ponteng sekolah (1994), mengatakan bahawa ponteng sekolah atau kelas merupakan satu perlakuan yang tidak

diingini berlaku dalam sistem persekolahan kita hri ini. Perlakuan ini pasti akan membawa kepada masalah disiplin yang lain jika tidak dibendung dan di kawal. Masalah ini jika dibiarkan terus berlaku ia akan mengganggu pelaksanaan rancangan program pendidikan negara. Sumber daripada laporan disiplin pelajar sekolah di Malaysia (1985-1992), menunjukkan ponteng sekolah atau kelas agak serius dan perlu dibendung segera. Misalnya pada tahun 1992 bilangan pelajar yang terlibat dengan ponteng sekolah atau kelas ialah seramai 32,092 orang (daripada 2,004,979 sampel) manakala ponteng kelas seramai 20,378 orang daripada bilangan sampel yang sama.

2.3

Kajian luar negara

Axentoth (1979) dalam Norwani Daud (2001), telah membuat kajian ke atas remaja lelaki di Korea yang berumur 17 hingga 18 tahun. Hasil dapatan kajian tersebut menyatakan remaja dari keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah, lebih tinggi kadar kenakalannya dan kesalahan yang paling tinggi dilakukan ialah berdusta, bertumbuk, lari dari rumah, ponteng sekolah, mencuri harta sekolah, mencuri yang serius dan peras ugut. Cloward dan Chin (1960) dalam Dewi Juliana (1998), mengaitkan ponteng sekolah dengan faktor sosioekonomi. Dalam kajian yang dijalankan oleh mereka mendapati ponteng sekolah tinggi di kalangan golongan berependapatan rendah adalah berpunca daripada kekurangan kemudahan pendidikan yang diterima. Dapatan ini disokong oleh Elliot (1974), yang menunjukkan pelajar tercicir dan berasal dari status sosioekonomi rendah didapati kadar pelanggaran disiplin dan ponteng yang tinggi berbanding dengan pelajar dari status sosioekonomi tinggi.

Mardzelah Makhsin dan Mohamad Fadhli Ilias (2004), menyatakan kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago mendapati purata masa yang dikongsi oleh remaja dengan ibu bapa mereka hanya 12 jam seminggu, yang mana kebanyakan daripada masa itu ialah ketika waktu malam dan menonton televisyen. Akibatnya, remaja merasa kesunyian dan kurang motivasi diri. Remaja lebih senang mendampingi rakan sebaya daripada keluarga sendiri, kerana ibu bapa tidak ada masa untuk menasihat anak-anak supaya mengulangkaji pelajaran, jarang melihat prestasi anak-anak, meneliti siapakah teman-teman anak mereka, pergerakan anak-anak dan sebagainya. Mereka menyerahkan hal-hal ini semata-mata kepada guru ataupun pembantu rumah untuk diuruskan. Gold (1970) dalam Jas Laile Suzana (2002), menyatakan bahawa teman sebaya dapat mempengaruhi tingkah laku remaja. Beliau mendapati bahawa pelajar yang devian lebih berkecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan sekolah bersama rakan sebaya berbanding bila berseorangan. Krosnick dan Judd (1982) dalam Maisarah Taufik (2000), menyatakan dalam hal yang berkaitan dengan antisosial seperti merokok, ponteng sekolah, mencederakan orang lain atau melakukan jenayah, nilai rakan sebaya kerap kali mengatasi nilai peribadi dan nilai ibu bapa. Apabila berlaku konflik antara pertimbangan rakan sedarjah dengan guru, remaja lebih cenderung untuk mengikut rakan-rakan mereka walaupun cadangan mereka adalah antisosial. Nilai kawan-kawan banyak

mempengaruhi tingkah laku remaja. Walsh (1956) dalam Nabil Abdul Latif (1994), menjalankan kajian ke atas dua kumpulan murid daripada kelas menengah yang mempunyai tingkat pencapaian akademik. Satu kumpulan memperolehi akademik yang tinggi manakala satu kumpulan lagi memperolehi pencapaian akademik yang rendah. Dalam kajian

tersebut, beliau mendapati bahagian kanak-kanak yang rendah pencapaian akademiknya menggambarkan anak patung mereka tidak boleh mengeluarkan perasaan, tidak dikehendaki dan diasingkan, mereka mempunyai disiplin diri yang rendah. Centra & Potter, 1980; Rosenshine, 1971 dalam Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002), keputusan kajian menunjukkan ciri-ciri guru yang baik ialah mereka mempunyai sifat imaginatif, merangsang pelajar, sentiasa menggunakan strategi pengajaran, bahan dan aktiviti pembelajaran yang baru. Manakala Hart (1934) dalam Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002), keputusan kajian awal yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun tiga puluhan dahulu menunjukkan ciri-ciri personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar terhadap mereka dan sekolah sama ada ponteng atau tidak. Guru yang disayangi dan murid berminat untuk hadir ke sekolah dilihat sebagai berminat dan sukakan pelajar dan berperikemanusiaan dan baik hati. Sebaliknya pula, guru yang dibenci ialah mereka yang peramah, suka berleter, tidak pernah senyum, suka menyindir dan tidak mesra dengan pelajar. Selain itu, guru yang baik juga dapat menguasai bahan pengajaran mereka dan berorientasikan tugas. Itu semua mendorong pelajar untuk ponteng sekolah. Bachman dan Green (1971), melalui kajiannya mendapati masalah persekolahan seperti tiada minat dalam hal-hal sekolah dan kesulitan pembelajaran merupakan sebab utama pelajar-pelajar tidak hadir ke sekolah dan tercicir. Kebanyakan pelajar kurang mempunyai semangat untuk belajar dan hanya mementingkan keseronokan waktu remajanya dengan berpoya-poya. Roman (1978) dalam Vijayan (2000), dalam kajiannya mendapati sepertiga daripada pelajar benci untuk pergi ke sekolah tetapi lebih suka bekerja. Separuh daripada pelajar-pelajar yang dikajinya merasakan sebahagian daripada mata pelajaran

di sekolah menjemukan atau tidak berfaedah. Beliau berpendapat masalah tidak puas hati terhadap sekolah di kalangan pelajar menyebabkan pelajar-pelajar tersebut melakukan kegiatan ponteng sekolah. Michael Cooper (1984) dalam Vijayan (2000), membuat satu kajian perbandingan ke atas 22 orang pelajar yang tidak gemar ke sekolah dan 45 orang pelajar yang ponteng sekolah. Mereka adalah berumur antara 11 hingga 16 tahun dan belajar di dua buah sekolah di South East England. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa pelajar yang kerap ponteng sentiasa merasakan mereka adalah malas, tidak jujur, agresif dan sentiasa ingin menarik perhatian orang lain. Reavis (1972), dalam kajiannya mendapati faktor jarak rumah ke sekolah serta pengangkutan berperanan dalam menentukan kehadiran di sekolah di kalangan pelajar sekolah menengah. Manakala masalah pengangkutan menyebabkan pelajar-pelajar yang terlewat takut dimarahi dan didenda. Dalam kajiannya, faktor jarak yang jauh menyebabkan pelajar ramai yang ponteng sekolah.

2.4 Rumusan Secara keseluruhannya, dalam bab ini telah membincangkan mengenai kajian-kajian yang lepas iaitu mengenai kajian lepas yang dijalankan di dalam negara dan luar negara.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Oleh itu, metodologi kajian adalah yang paling penting untuk mendapat keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Metodologi yang terperinci dan sistematik akan memberi makna yang berkesan terhadap kajian yang dijalankan. Metodologi menerangkan bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan kaedah-kaedah yang akan digunakan semasa menjalankan kajian nanti.

3.2

Rekabentuk kajian

Kajian ini merupakan kajian berbentuk ex-post facto iaitu pengkaji ingin melihat sebab dan akibat ponteng sekolah berlaku. Menurut Sidek Mohd Noah (2002), tujuan kajian ex-post facto ialah untuk mengkaji perkaitan-perkaitan yang mungkin antara sebab dan akibat dengan cara memerhati beberapa kesan yang wujud serta menyemak semula data-data sedia ada bagi mencari faktor-faktor sebab akibat. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang ingin dilihat oleh pengkaji ialah faktor sikap guru, faktor status sosioekonomi, faktor rakan sebaya, faktor diri sendiri dan faktor jarak di antara sekolah dengan rumah.

3.3

Tempat kajian

Dalam penyelidikan ini pengkaji telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya (SMKSJ), Kuala Lumpur sebagai tempat untuk menjalankan kajian terhadap penyelidikan ini. SMKSJ ini teletak di dalam kawasan bandar yang mana jarak antara sekolah dengan pusat bandar adalah kira-kira empat kilometer sahaja. Selain itu, sekolah jenis harian biasa yang mempunyai asrama ini mempunyai pelbagai bangsa yang mana ia terdiri daripada Melayu, Cina, India dan sekumpulan pelajar yang mempunyai taraf waraganegara tetapi ibu bapa mereka merupakan penduduk tetap di negara ini. Pengkaji memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya, Kuala Lumpur sebagai lokasi menjalankan kajian kerana penulis mengandaikan bahawa tajuk kajian yang dijalankan adalah bersesuaian dengan persekitaran sekolah dan aspek-aspek yang ingin dikaji dapat dipenuhi oleh sampel daripada sekolah berkenaan. Selain itu juga, kawasan tempat tinggal penyelidik yang berhampiran

dengan sekolah tersebut memudahkan penyelidik untuk berurusan dengan pihak sekolah

3.4

Subjek Kajian

Subjek kajian yang dipilih ialah pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya, dan semua responden adalah terdiri daripada berbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Subjek kajian dipilih atas beberapa sebab yang menarik perhatian penyelidik untuk menerokai isu ponteng sekolah ini. Kebanyakkan pelajar tingkatan 4 sebahagiannya mempinyai tabiat suka ponteng ke sekolah, hal ini mungkin disebabkan mereka dalam masa ini iaitu semasa berada di tingkatan 4 yang tidak mempunyai peperiksaan yang besar seperti tingkatan 3 dan 5 lalui. Kerana dalam fikiran mereka masa ini adalah merupakan masa untuk mereka bergembira sebelum menempuh peperiksaan yang lebih besar pada tahun berikutnya.

3.4.1 Populasi Kajian Populasi kajian yang dipilih bagi menyempurnakan kajian ini ialah pelajar-pelajar yang berada di tingkatan 4 sahaja. Pemilihan ini dibuat memandangkan pada waktu ini mereka tidak mempunyai peperiksaan yang penting seperti SPM. Jadi amat sesuailah kajian ini dijalankan kerana sedikit sebanyak dapat mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu bertingkah laku ponteng.

3.4.2 Sampel kajian Kajian ini melibatkan subjek kajian yang terdiri daripada 50 orang pelajar. Pelajarpelajar ini berumur 16 tahun dan terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat. Pemilihan sampel untuk kumpulan ponteng adalah disemak daripada Buku Daftar Kedatangan Harian untuk melihat sejauh manakah tahap ponteng mereka. Pengkaji mendapat kerjasama guru tingkatan dalam pemilihan pelajar ponteng ini. Pelajar yang ponteng sekurang-kurangnya tiga hari dalam bulan pertama dan seterusnya pada bulan kedua dan ketiga berikutnya dikategorikan sebagai pelajar ponteng. Dalam kajian ini, pemilihan sampel adalah secara persempelan bertujuan. Menurut Sidek Mohd Noah (2002), teknik persampelan ini menjadi pilihan terbaik berbanding teknik persampelan, terutama persampelan rawak mudah kerana ia membolehkan penyelidik menemui responden kajian kerana responden berkumpul di satu tempat. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji memilih menggunakan persampelan berkelompok bagi pemilihan sampel.

3.5

Alat kajian

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang diambil oleh pengkaji daripada Vijayan Ramakutir (2000) yang telah diubahsuai oleh pengkaji. Borang soal selidik ini mengandungi lima bahagian dan item-item soalan yang perlu dijawab oleh subjek. Bahagian-bahagian dalam borang soal selidik tersebut adalah mengandungi :

3.5.1 Bahagian A : Maklumat peribadi Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan dengan maklumat diri responden. Terdapat 5 soalan dalam bahagian A ini. Antara item yang ditanya dalam bahagian ini ialah jantina, pendapatan bapa atau penjaga, bilangan adik-beradik dalam keluarga, cara ke sekolah dan juga jarak dari rumah ke sekolah.

3.5.2 Bahagian B : Faktor sikap guru Bahagian B mengandungi 10 soalan yang meliputi soalan yang berkaitan dengan faktor sikap guru yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Item-item soalan ini menggunakan skala Likert. Terdapat soalan-soalan yang berbentuk positif dan juga negatif iaitu :

Jadual 3.1 Item-Item Positif dan Negatif bagi Faktor Sikap Guru _____________________________________________________________________ Item Positif Item Negatif _____________________________________________________________________ 1, 2, 4, 5, 7, 9, 10 3, 6, 8

3.5.3 Bahagian C : Faktor Sosioekonomi Bahagian ini juga mengandungi 10 soalan yang mengandungi faktor sosioekonomi yang mengukur pelajar ponteng sekolah. Item-item bagi soalan ini juga berbentuk positif dan juga negatif iaitu :

Jadual 3.2 Item-Item Positif dan Negatif bagi Faktor Sosioekonomi Item Positif Item Negatif

1, 2, 4, 5, 7, 8

3, 6, 9, 10

3.5.4 Bahagian D : Faktor rakan sebaya Bahagian D juga mengandungi 10 soalan mengenai faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Bahagian ini juga diukur menggunakan skala Likert iaitu Sangat Tidak Benar (STB), Tidak Benar (TB), Benar (B) dan Sangat Benar (SB). Semua item dalam soalan ini adalah berbentuk positif.

3.5.5 Bahagian E : Faktor Diri Sendiri Bahagian ini mengandungi 10 soalan mengenai faktor diri sendiri yang mempengaruhi pelajar ponteng. Item-item yang digunakan bagi mengukur bahagian ini adalah berbentuk positif dan juga negatif.

Jadual 3.3 Item-Item Positif dan Negatif bagi Faktor Diri Sendiri _____________________________________________________________________ Item Positif Item Negatif _____________________________________________________________________ 2, 6, 7, 8 1, 3, 4, 5, 9, 10

3.6

Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian

Menurut Cronbach (1951), kesahan menunjukkan sejauh manakah sesuatu alat ukuran itu sah mengukur. Allen dan Yen (1979), ujian yang sah ialah apabila ujian itu dapat mengukur apa yang sepatutnya didakwa diukur oleh ujian itu. Nilai kesahan bagi soal selidik yang telah pengkaji bentuk sendiri adalah tinggi dan menggunakan statistik korelasi pearson. Didapati 50 item yang dibina adalah sah. Item-item tersebut dapat berkorelasi secara keseluruhannya pada aras signifikan 0.05 dan 0.01. Item-item ini dianggap sebagai item yang baik dan berjaya mengukur dimensi yang membentuk alat kajian tersebut. Menurut Anastasia (1986), reliabiliti adalah merujuk kepada ketekalan, kestabilan, kesaksamaan dan ketepatan skor-skor atau markat yang diperolehi individu yang sama apabila diuji semua dengan ujian yang sama dalam keadaaan yang berbeza atau dengan set alat kajian yang berbeza tetapi menggunakan item-item yang sama menguji pembolehubah yang berlainan dalam satu keadaan. Manakala menurut Kerlinger (1973), relialibiliti sesuatu alat kajian bergantung kepada ketekalan dalam memberi keputusan yang tepat, jitu, stabil, boleh dipercayai, boleh diramal dan saksama. Nilai reliabiliti sesuatu alat kajian yang baik diperolehi bila nilai ralatnya adalah minima atau dengan kata lain, nilai variannya adalah sama dengan sifar (Guilford, 1954). Pengkaji telah menjalankan ujian rintis terhadap alat kajian yang telah diubahsuai mengikut persoalan kajian Keputusan nilai kebolehpercayaan dalam kajian ini adalah pada alpha 0.910. Ini menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi alat kajian ini adalah tinggi dan boleh dipercayai penggunaannya. Menurut Kaplan & Saccuzzo (1982), nilai reliabiliti yang baik adalah di antara 0.8 hingga 1.0.

3.7

Prosedur kajian

Sebelum menjalankan kajian, terlebih dahulu pengkaji telah memohon kebenaran dan pengesahan menjalankan kajian daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Seterusnya, pengkaji telah memohon kebenaran menjalankan kajian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Permohonan ini disertakan bersama satu salinan cadangan penyelidikan. Seterusnya, pengkaji mendapatkan surat kebenaran dan pengesahan daripada Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya, Kuala Lumpur. Sebelum responden menjawab soal-selidik, pengkaji terlebih dahulu

memperkenalkan diri dan memberi penerangan yang ringkas mengenai tujuan kajian, kandungan soal selidik dan juga arahan untuk menjawab soal-selidik. Responden diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan yang diberikan. Pengkaji telah mendapat kerjasama dan pertolongan daripada pihak sekolah terutamanya kaunselor dan juga guru kelas. Oleh kerana pengkaji tidak dapat menjalankan kajian sendiri, maka pengkaji telah mendapatkan bantuan sepenuhnya daripada kaunselor. Kaunselor secara sukarela telah mentadbir soal selidik bagi 50 orang responden. 40 orang responden lelaki telah dipilih. Begitu juga dengan responden perempuan iaitu seramai 10 orang.

3.8

Penganalisaan data

Data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan kaedah software SPSS. Cara penganalisaan data ialah menggunakan kaedah perbandingan

min dan peratusan. Melalui penganalisaan ini juga pengkaji dapat menentukan nilai sebenar dan adakah faktor-faktor yang dikemukakan mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Peratusan pula adalah untuk analisis biodata responden kajian.

3.9 Soal

Kaedah pemarkatan selidik ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu A,B,C,D dan E.

Yang mana setiap bahagian mewakili 10 item soalan kecuali bahagian A. Jumlah keseluruhan item 45 soalan. Jadual di bawah menunjukkan bagaimana cara pemarkatan diberi:

Jadual 3.4 _________________________________________________________________ Respon Jawapan Item positif Item negatif

_________________________________________________________________ Sangat Tidak Setuju 4 1 Tidak Setuju 3 2 Setuju 2 3 Sangat Setuju 1 4 _________________________________________________________________ Skor Maksimum = 200 Skor rendah = 50

Skor sederhana = 125

Cara penilaian sikap guru dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah ialah adakah guru tersebut bersikap bias atau pun garang semasa pengajaran dalam bilik darjah. Manakala sikap pelajar pula diukur melalui diri pelajar itu sendiri. Sikap ini

diukur adakah pelajar itu tidak berminat datang ke sekolah atau pun pelajar itu bermotivasi rendah untuk hadir ke sekolah. Pengaruh rakan sebaya pula dilihat sama ada rakan itu positif atau pun negatif dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Bagi kaedah penilaian tahap sosioekonomi bapa ata penjaga bagi keluarga sampel kajian iaitu tahap ekonomi rendah ataupun tinggi. Ini ditunjukkan berdasarkan jadual di bawah.

Jadual 3.5 Pemarkatan Tahap Sosioekonomi Tahap Ekonomi Rendah Tingkat Pendapatan < RM 1000 RM 1000 RM 2000 RM 2000 RM3000 > RM3000

Tinggi

Cara penilaian dari rumah ke sekolah pula ialah dengan melihat jarak rumah sampel kajian dengan sekolah samada jauh ataupun dekat dengan melihat jadual 3.6.

Jadual 3.6 Pemarkatan Jarak Rumah ke Sekolah Jarak rumah ke sekolah Kilometer (km)

Dekat

< 1 km 1 km 5 km 5 km 10 km > dari 10 km

Jauh

3.10

Rumusan

Secara keseluruhannya, kesempurnaan sesuatu penyelidikan dipengaruhi oleh metodologi kajian. Oleh itu, menjadi tanggungjawab pengkaji untuk memastikan ketepatan dalam penggunaan rekabentuk kajian, menjalankan kajian seperti yang dirancang, pemilihan sampel yang bersesuaian dengan kajian dan yang akhir sekali adalah penganalisisan data secara tepat.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai dapatan kajian. Pengkaji merumuskan data yang diperolehi daripada soal selidik ke dalam bentuk jadual dan menginterpretasi dalam bentuk huraian. Penganalisaan dibuat ke atas jawapan responden. Secara keseluruhannya, perbincangan dalam bab ini adalah berdasarkan kepada empat faktor yang mendorong pelajar ponteng sekolah. Di samping itu juga, pengkaji ingin melihat faktor manakah yang paling dominan sekali yang mendorong seseorang pelajar bertingkah laku ponteng. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah peratusan untuk melihat faktor demografi. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah statistik deskriptif perbandingan min bagi melihat faktor yang paling dominan di antara keempat-empat faktor terhadap gejala ponteng. Pengkaji juga menggunakan min untuk melihat adakah terdapat perbezaan faktor ponteng mengikut jantina dan

akhir sekali kaedah T-test juga digunakan dalam melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor ponteng dengan jantina.

4.2

Analisis sampel kajian

Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri seramai 50 orang pelajar. Pelajar-pelajar ini adalah berumur 16 tahun iaitu berada di tingkatan empat. Pemilihan sampel untuk kumpulan pelajar yang ponteng adalah disemak daripada Buku Daftar Kedatangan Harian yang diperolehi daripada guru tingkatan untuk melihat sejauh manakah tahap ponteng.

4.3

Ciri-ciri demografi sampel

Dalam bahagian A soal selidik, data yang dikumpulkan adalah berkaitan dengan demografi sampel. Bahagian yang dikaji dalam bahagian ini adalah seperti jantina, tingkat pendapatan bapa atau penjaga, bilangan adik-beradik dan cara mereka ke sekolah.

Jadual 4.1 Jadual Kekerapan dan Peratusan Faktor Demografi Sampel Mengikut Jantina Jantina Kekerapan Peratus (%)

Lelaki Perempuan Jumlah

35 15 50

70 30 100

Berdasarkan kepada jadual 4.1 menunjukkan kategori jantina yang paling mempengaruhi pelajar yang melakukan kegiatan ponteng sekolah. Pelajar yang paling tinggi melakukan kegiatan ponteng adalah terdiri daripada pelajar lelaki iaitu seramai 35 orang bersamaan dengan 70%. Manakala Pelajar perempuan adalah seramai 15 orang bersamaan 30%. Ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih tinggi melakukan kegiatan ponteng berbanding pelajar perempuan.

Jadual 4.2 Jadual Kekerapan dan Peratusan Faktor Demografi Sampel Mengikut Tahap Sosioekonomi Keluarga Pendapatan Kekerapan Peratusan (%)

Di bawah RM 1000 RM 1000 RM 2000 RM 2000 RM 3000 RM 3000 ke atas Jumlah

9 20 15 6 50

18 40 30 12 100

Berdasarkan jadual 4.2 di atas menunjukkan tahap sosioekonomi atau pendapatan keluarga bagi pelajar yang melakukan kegiatan ponteng. Berdasarkan data yang diperolehi, pelajar yang melakukan kegiatan ponteng terdiri daripada keluarga yang tahap sosioekonominya kedua rendah iaitu sebanyak 20 orang bersamaan 40%. Ini berdasarkan pemarkatan yang telah ditunjukkan oleh pengkaji dalam bab sebelum ini, iaitu pendapatan RM2000 ke bawah adalah golongan yang berpendapatan rendah. Manakala pelajar yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan tinggi adalah rendah dalam melakukan kegiatan ponteng sekolah iaitu sebanyak 15 orang bersamaan 30%. Ini menunjukkan pelajar dari golongan yang berpendapatan rendah adalah tinggi dalam melakukan kegiatan ponteng sekolah ini.

Jadual 4.3 Jadual Kekerapan dan Peratusan Faktor Demografi Sampel Mengikut Kategori Bilangan Adik-Beradik Bilangan Adik-Beradik Kekerapan Peratus (%)

Seorang Dua orang Tiga orang Empat Orang Lain-lain Jumlah

0 10 8 23 9 50

0 20 16 46 18 100

Berdasarkan jadual 4.3 di atas menunjukkan bilangan adik-beradik yang mempengaruhi faktor sosioekonomi yang menyebabkan pelajar ponteng. Bilangan adik-beradik ini mempengaruhi pendapatan ibu bapa. Secara umumnya, bilangan adik-beradik seramai 4 orang yang mempengaruhi tahap sosioekonomi ibu bapa iaitu sebanyak 23 orang bersamaan 46%. Kebanyakan tahap pendapatan ibu bapa pelajar ini adalah rendah dan bilangan adik-beradik pula ramai iaitu melebihi daripada 2 orang. Apabila ibu bapa berpendapatan rendah dan bilangan adik-beradik pula ramai, ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pelajar melakukan kegiatan ponteng.

Jadual 4.4 Jadual Kekerapan dan Peratusan Faktor Demografi Sampel Kategori Cara ke Sekolah Cara Kekerapan Peratus (%)

Jalan kaki Basikal Motosikal Kereta Bas Jumlah

22 12 8 4 4 50

44 24 16 8 8 100

Berdasarkan jadual 4.4 di atas menunjukkan cara pelajar yang ponteng sekolah datang ke sekolah. Terdapat seramai 22 orang bersamaan 44% yang datang ke sekolah dengan cara berjalan kaki. Ini menunjukkan bahawa majoriti rumah pelajar yang ponteng sekolah adalah berhampiran dengan sekolah. Oleh itu, pengkaji dapat rumuskan berdasarkan data yang diperolehi bahawa lagi dekat rumah sampel dengan sekolah, semakin tinggi faktor untuk pelajar tersebut ponteng bagi sampel yang dikaji oleh pengkaji.

4.4

Analisis dapatan

Persoalan Kajian 4.4.1 Apakah faktor yang paling tinggi atau dominan yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng?

Jadual 4.5 Keputusan Analisis Min Bagi Melihat Faktor Yang Paling Dominan Faktor Sikap guru Sosioekonomi Rakan sebaya Diri sendiri Min 2.4560 2.2340 2.0100 2.4120

Berdasarkan jadual 4.5 di atas, ia menunjukkan keputusan analisis min atau purata terhadap keempat-empat faktor iaitu faktor sikap guru, faktor sosioekonomi, faktor rakan sebaya dan akhir sekali faktor diri sendiri. Daripada keputusan di atas ini menunjukkan bahawa persoalan untuk melihat apakah faktor yang paling dominan antara faktor-faktor tersebut telah terjawab, dimana faktor sikap guru adalah

penyumbang terbesar kepada terjadinya gejala ponteng di sekolah tersebut iaitu min bagi faktor sikap guru adalah 2.4560. Ini diikuti oleh faktor kedua terbesar yang menyumbang kepada timbulnya gejala ponteng ini iaitu faktor diri sendiri iaitu min bagi faktor ini adalah 2.4120. Faktor yang seterusnya adalah faktor sosioekonomi dimana min bagi faktor tersebut adalah 2.2340. Dan akhir sekali faktor yang paling sedikit sekali yang menyumbang berlakunya gejala ponteng adalah faktor diri responden itu sendiri iaitu min bagi faktor ini adalah 2.0100.

4.4.2 Apakah perbezaan dalam faktor ponteng mengikut jantina? Jadual 4.6 Jadual Analisis Min Bagi Faktor Ponteng Berdasarkan Jantina Faktor Jantina N SP Min

Sikap guru

L P L P L P L P

35 15 35 15 35 15 35 15

.24608 .31733 .28052 .23543 .49663 .51083 .21072 .26726

2.4657 2.4333 2.2314 2.2400 2.0429 1.9333 2.4171 2.4000

Sosioekonomi

Rakan sebaya

Diri sendiri

Berdasarkan jadual 4.6 di atas, jadual diatas menunjukkan analisis min bagi faktor ponteng berdasarkan jantina. Keseluruhan responden adalah seramai 50 responden yang mana 35 sampel adalah terdiri daripada responden lelaki manakala yang selebihnya adalah responden perempuan. Jika dilihat daripada faktor sikap guru

min 2.4657 adalah lelaki manakala perempuan 2.4333, faktor sosioekonomi min 2.2314 adalah lelaki dan 2.2400, seterusnya faktor rakan sebaya min 2.0429 adalah min bagi lelaki dan 1.9333 adalah min bagi perempuan, dan akhir sekali faktor diri sendiri min 2.4171 adalah responden lelaki dan 2.4000 adalah dari responden perempuan. Oleh yang demikian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang nyata diantara responden lelaki dan perempuan dari aspek min, yang mana semua faktor adalah didominasi oleh responden lelaki.

4.4.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi faktor ponteng berdasarkan jantina? Jadual 4.7 Keputusan Ujian t Bagi Melihat Perbezaan Dimensi Faktor Ponteng Berdasarkan Jantina Dimensi Jantina N Min SP t

Sikap Guru

L P L P L P L P

35 15 35 15 35 15 35 15

24.66 24.33 22.31 22.40 20.43 19.33 24.09 24.20

2.461 3.177 2.805 2.354 4.966 5.108 2.092 2.704

.390

Sosioekonomi

.104

Rakan Sebaya

.709

Diri Sendiri

.162

P > 0.05 Berdasarkan jadual 4.7 di atas, ia menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor ponteng berdasarkan jantina di dalam

semua dimensi kebimbangan iaitu faktor sikap guru t (48) = .390 , p > 0.05, faktor sosioekonomi t (48) = -.104 , p > 0.05, faktor rakan sebaya t (48) = .709 , p > 0.05 dan akhir sekali faktor diri sendiri t (48) = -.162 , p > 0.05. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa persoalan kajian yang dibuat telah di jawab dimana tidak wujud perbezaan yang signifikan di antara keempat-empat dimensi faktor ponteng tersebut mengikut jantina.

4.5 Kesimpulan Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa pelajar yang ponteng sekolah di Sekolah Kebangsaan Segambut Jaya adalah disebabkan oleh pertama sekali faktor sikap guru, diikuti oleh faktor diri sendiri, sosioekonomi dan rakan sebaya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa faktor sikap guru adalah yang paling mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Berdasarkan persoalan yang dikemukakan oleh pengkaji, semua faktor adalah mempengaruhi pelajar melakukan kegiatan ponteng sekolah bagi sekolah tersebut.

BAB 5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan hasil daripada dapatan kajian dan mengaitkan dengan pendapat dan dapatan-dapatan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang terdahulul. Pengkaji juga akan melihat kepada aspek yang berkaitan dengan persoalan-persoalan kajian yang telah dijalankan. Selain itu, implikasi dan cadangan tesis ini pada masa akan datang turut juga dibincangkan dalam bab ini.

5.2

Perbincangan

Berdasarkan dapatan kajian, faktor sikap guru adalah dilihat lebih dominan mempengaruhi pelajar ponteng sekolah dalam kajian ini iaitu dengan min sebanyak

2.4560. Faktor ini juga merupakan faktor yang paling tinggi sekali yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Kenyataan ini di sokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Hart (1934) dalam Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002), bahawa ciri-ciri personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar terhadap mereka dan sekolah sama ada ponteng atau tidak. Guru yang baik dan tidak garang akan mempengaruhi pelajar untuk datang ke sekolah. Jika guru garang dan tidak berperikemanusiaan akan menyebabkan pelajar akan merasa takut dan lebih suka ponteng daripada datang ke sekolah. Ini menunjukkan bahawa peranan yang dimainkan oleh guru semasa proses pengajaran adalah penting untuk menarik minat pelajar supaya datang ke sekolah. Dapatan ini juga disokong oleh Centre & Potter (1980) dan Rosenshine (1971) dalam Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002), keputusan kajian menunjukkan ciri-ciri guru yang baik ialah dari kalangan mereka yang mempunyai sifat imaginatif, selain boleh menarik perhatian pelajar seperti mempunyai watak humor, sentiasa menggunakan strategi pengajaran dan mampu untuk menggunakan bahan da aktiviti pembelajaran yang baru. Melalui sifatsifat ini, ia secara tidak langsung akan meningkatkan rangsangan pelajar untuk pergi ke sekolah. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Rafiah dalam artikel Tajudin (1995), mendapati bahawa salah satu faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak adalah berpunca dari guru disiplin yang terlalu bersikap tegas dan keterlaluan dalam menjatuhkan hukuman ke atas pelajar tanpa melihat sebab pelajar melakukan perkara tersebut, akibatnya pelajar tersebut akan mula menyimpan perasaan benci kepada guru berkenaan dan secara tidak langsung akan mendorong mereka untuk ponteng sekolah. Faktor kedua yang menyumbang kepada berlakunya gejala ponteng ini adalah Faktor diri pelajar itu sendiri dengan min sebanyak 2.4120. Ini bersesuain dengan

kajian yang telah dijalankan oleh Amin Husin (1972), yang menyatakan bahawa pelajar ini sengaja tidak mahu pergi ke sekolah, berasa jemu dan malas serta ingin bebas daripada peraturan sekolah. Faktor ini kurangnya motivasi pencapaian yang berkaitan dengan kecemerlangan iaitu aras prestasi yang ingin dicapai oleh seseorang yang gigih bekerja atau berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dalam kajian yang dijalankan oleh Ruhayati (1978) dalam Vijayan Ramakutir (2000), yang menyatakan bahawa pelajar yang suka ponteng ini adalah terdiri daripada kalangan mereka yang memiliki pandangan yang negatif terhadap masa hadapan mereka, contohnya dalam fikiran mereka apabila tamat persekolahan mereka sudah menanamkan dalam diri mereka bahawa kalau pandai pun tidak akan menjamin pekerjaan yang baik untuknya. Faktor ini juga adalah bersamaan dengan kajian yang telah dilakukan Bachman dan Green (1971), yang menyatakan bahawa masalah persekolahan seperti tiada minat dalam hal-hal sekolah dan kesulitan pembelajaran merupakan sebab utama pelajarpelajar tidak hadir ke sekolah dan tercicir. Ini menunjukkan bahawa pelajar tidak mempunyai semangat untuk belajar dan hanya mementingkan keseronokan waktu remajanya dengan berpoya-poya. Selain itu kajian yang dijalankan oleh Mokhtar Ismail dan Khadijah Zon (2003) dalam Rohana Man (2003), di dua buah sekolah di Jahor Bahru yang mempunyai masalah disiplin yan tinggi. Di mana rata-rata daripada mereka menyatakan bahawa mereka benci untuk ke sekolah akibat daripada perlabelan jahat yang diberi kepada mereka dan secara tidak langsung pelajar terbabit akan telah memesongkan pendirian mereka sehingga ada yang melabel diri mereka sendiri sebagai seorang pelajar tidak berguna dan tidak akan berjaya. Menurut Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2004), beliau menyatakan faktor diri sendiri juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar

ponteng contohnya sikap pelajar itu sendiri yang agak sukar untuk mengatakan tidak apabila dipengaruhi oleh rakan sebaya selain tidak mempunyai minat atau motivasi untuk ke sekolah. Kenyataan ini di sokong oleh kajian yang dijalankan Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002), menyatakan kajian lalu menunjukkan bahawa motivasi pencapaian berkaitan dengan prestasi dalam sesuatu tugas penyelesaian masalah. Subjek yang mempunyai motivasi pencapaian yang tinggi lebih berjaya menyelesaikan masalah yang diberi sementara subjek dalam motivasi pencapaian yang rendah lebih ramai yang tidak berjaya menyelesaikan masalah yang diberi. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang ponteng sekolah adalah rendah motivasi pencapaiannya dan tidak bersemangat ke sekolah disebabkan motivasi dalaman yang rendah. Faktor sosioekonomi juga turut menyumbang kepada terjadinya gejala ponteng sekolah berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi. Skor min yang diperolehi bagi faktor tersebut ialah 2.2340. Ini disokong oleh Mohd Jakarni (1981), dalam A.Rani @ Ghani, mendapati remaja dari taraf sosioekonomi yang rendah adalah lebih tinggi purata mereka dalam melanggar disiplin sekolah seperti ponteng berbanding dengan remaja yang datang dari taraf sosioekonomi keluarga yang tinggi. Ini bersesuaian dengan kajian yang telah dijalankan oleh Hussein Mahmud (1980) dalam Salleh Abd. Hamed (1987), yang mendapati kebanyakkan pelajar-pelajar yang bertingkah laku devian dan ponteng sekolah adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dan ditambah pula dengan bilangan anak yang ramai. Ruhayati (1978) dalam Vijayan Ramakutir (2000), mendapati pelajar yang mempunyai latar belakang yang miskin dilihat penyebab kepada pelajar tersebut melakukan kegiatan ponteng sekolah. Di mana ibu bapa mereka tidak berupaya untuk mnyediakan kemudahan pelajaran anak-anak dan sebagainya. Hal demikian banyak

terjadi di kalangan pelajar yang duduk di kawasan pendalaman. Kenyataan ini di sokong oleh kajian yang dijalankan oleh Wan Mohd Zaid (1973) dalam Munirah Abdul Aziz (2001), menyatakan bahawa keadaan sosioekonomi dan latar belakang keluarga dilihat sebagai punca bagi masalah ponteng di kalangan pelajar di Kelantan. Ini kerana keluarga yang tidak berkemampuan, tetap ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Dan kesannya timbul banyak masalah di kalangan pelajar tersebut. Sistem pengangkutan dan perjalanan yang jauh ke sekolah adalah menjadi masalah utama kepada pelajar-pelajar di kawasan pendalaman di Kelantan. Akibatnya kelewatan mereka untuk tiba di sekolah mungkin mendorong mereka untuk mengambil keputusan untuk ponteng daripada dimarahi oleh guru kerana lewat. Faktor ini juga adalah mempunyai persamaan dengan kajian lepas yang telah dijalankan oleh Cloward dan Chin (1960), yang menyatakan bahawa faktor sosioekonomi yang rendah menyebabkan ponteng sekolah yang tinggi adalah berpunca daripada kekurangan kemudahan pendidikan yang diterima. Dan akhir sekali faktor yang paling sedikit yang menyumbang kepada gejala ponteng dalam dapatan kajian adalah faktor rakan sebaya. Keputusan min yang diperolehi bagi faktor rakan sebaya adalah 2.0100. Ini adalah bersamaan dengan kajian lepas yang dijalankan oleh Dass (1992) dalam Maisarah Taufik (2000), menyatakan bahawa kesan pergaulan bebas dan pengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan mempengaruhi pelajar untuk ponteng sekolah. Remaja yang terdedah terlalu awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak mereka. Menurut Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2004), peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial seperti ponteng. Terutama sekali

kepada pelajar-pelajar yang rendah status sosioekonomi, tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Kelemahan keluarga dan persekitaran

menyebabkan remaja sebegini mempunyai pengaruh rakan sebaya yang kuat dalam mencorakkan personalitinya dan akibatnya mereka ini akan membentuk kumpulan mereka sendiri dan mengadakan peraturan tertentu. Dan di sinilah mula timbul masalah disiplin seperti ponteng sekolah. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan bahawa pelajar yang melakukan kegiatan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh kelima-lima faktor yang telah dibincangkan di atas iaitu faktor sikap guru, diri sendiri, sosioekonomi dan rakan sebaya. Semua faktor ini adalah mempengaruhi pelajar dalam ponteng sekolah.

5.3

Implikasi kajian

Berdasarkan hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perkaitan di antara faktor sikap guru, diri sendiri, rakan sebaya dan sosiekonomi dengan pelajar yang ponteng sekolah. Hasil daripada dapatan kajian ini hanya boleh digunakan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya sahaja kerana kajian dijalankan di sekolah tersebut sahaja. Implikasi yang akan timbul adalah kepada diri pelajar itu sendiri. Faktor diri sendiri yang mendorong pelajar ponteng sekolah patut dilihat dengan lebih jelas lagi bagi memberi semangat dan motivasi kepada pelajar tersebut supaya rajin dan berminat untuk datang ke sekolah. Bagi mencapai kejayaan dalam bidang akademik, pelajar harus lebih bermotivasi dan bersaing dangan rakan-rakan yang lebih cemerlang supaya dapat mencapai kejayaan seperti kawan-kawan yang lain. Pelajar yang ponteng

juga tidak harus mengikut jejak kawan-kawan yang sudah tidak bersekolah lagi kerana ini akan mempengaruhi pelajar untuk tidak datang ke sekolah. Guru juga perlu lebih peka terhadap pelajar yang suka ponteng sekolah ini. Guru perlu memberi lebih perhatian kepada mereka ini kerana kadang kala pelajar yang ponteng ini hanya ingin mengambil perhatian daripada orang lain. Daripada ingin mengambil perhatian, lama-kelamaan terus menjadi habit dan tabiat dalam diri pelajar tersebut. Dengan itu, guru perlu memberi perhatian dan mengambil tindakan susulan kenapa pelajar tersebut ponteng. Selain itu, faktor yang paling tinggi yang menyebabkan ponteng sekolah dalam kajian ini ialah sikap guru. Oleh itu, guru perlulah lebih bersikap baik dengan pelajar supaya pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah tanpa ada perasaan malas dan jemu. Pihak sekolah juga perlu ada kerjasama dalam menangani pelajar yang ponteng ini. Pengetua dan juga pihak pentadbir sekolah perlu sama-sama turun padang dalam memberi kerjasama kepada guru kelas dan juga kaunselor bagi menangani isu ini. Berdasarkan dapatan kajian ini, pihak sekolah dapat melihat faktor yang mana lebih dominan dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Dalam kajian ini, faktor sikap guru adalah lebih menonjol, oleh itu pihak sekolah harus mengambil inisiatif bagi melahirkan guru penyayang yang disukai oleh ramai pelajar dan mempengaruhi pelajar untuk datang ke sekolah. Di samping itu juga, dapatan kajian ini juga memberi implikasi atau kesan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Di sini, KPM dapat melihat faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng sekolah. Setelah mengenal pasti faktor tersebut mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah, maka KPM boleh mengambil beberapa inisiatif yang terbaik bagi mengatasi permasalahan ponteng tersebut.

5.4

Cadangan

Ponteng sekolah merupakan isu yang telah lama diperkatakan sejak dahulu lagi. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama bagi membanteras gejala ini kerana pelajar adalah aset negara di masa hadapan. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Di sini, pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan iaitu :

5.4.1

Kajian ini hanya melibatkan pelajar Tingkatan Empat sahaja. Jadi, untuk kajian yang akan datang pengkaji mencadangkan responden tidak harus tertumpu kepada satu tingkatan sahaja.

5.4.2

Kajian ini hanya melibatkan satu sekolah sahaja dan tidak dapat mewakili populasi, maka dicadangkan untuk kajian di masa hadapan diperluaskan lagi sampel kajian bagi memperolehi keputusan yang lebih jitu dan tepat.

5.4.3

Dalam kajian ini hanya terhad kepada empat faktor sahaja yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Oleh yang demikian pengkaji mencadangkan di masa hadapan dikaji lebih banyak lagi faktor yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah.

5.4.4

Pada masa hadapan, diharap pengkaji lain akan mengkaji langkahlangkah bagi mengatasi permasalahan ponteng ini. Dengan mengetahui sebab dan langkah mengatasi diharapkan pihak tertentu dapat mengurangi dan mengatasi permasalahan ini dengan lebih berhemah dan berkesan.

5.4.5

Dalam kajian ini, alat kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Diharap pada masa hadapan, kaedah temubual atau eksperimental juga digunakan supaya dapat mengetahui dengan lebih

jelas lagi apakah yang mendorong seseorang pelajar itu ponteng sekolah.

Sesungguhnya aspek yang dikaji dalam kajian ini masih lagi terhad dan banyak kekurangannya. Banyak lagi aspek yang perlu diselidiki untuk

menyempurnakan kajian ini.

BIBLIOGRAFI

________________ (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka. A. Rani @ Ghani Othman. (1988). Pelanggaran Disiplin Kendiri Pelajar-Pelajar Dalam Persekolahan dan Hubungan Dengan Prestasi Pencapaian Akademik. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi : UKM. Ahmad Asri Ahmad Pudzi. (2004). Ponteng, Gangster Tangani Hingga Ke Akar Umbi. Diperoleh Disember 26, 2004 daripada http://www.yes2ns.com.my Allen, M. J & Yen, W. D. (1979). Introduction to Measurement Theory. Montery California : Brooks/Cole Publications. Amin Husin. (1972). Ponteng. Dalam Konvensyen Nasional Pertama Mengenai Pendidikan, Pendidikan Untuk Pembangunan Nasional. Kuala Lumpur. Anastasia, A. (1986). Psychological Testing. New York: Mc Millan Publishing. Azizah Lebai Nordin. (1998). Masalah Disiplin Pelajar dan Penyelesaiannya dari Perspektif Pengetua Sekolah. Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://www2.moe.gov.my/~mpbl/Research/98_Azizah.html Bachman, J. G. Green, S. (1971). Youth In Transition : Dropping Out Problem On Symptom? New York : University of Michigan Press. Bendung Masalah Ponteng. (2004). Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://www.utusan.com.my/ Cole, L. & Hall, I. N. (1970). Psychology of Adolescence. Great Britain: Holt, Rinehart & Winston Inc. Elliot, D. S. (1974). Delinquency and Dropout. Lexington : MA Health Publishing. Gejala Ponteng Budaya Hujung Tahun. (2004). Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://www.utusan.com.my/ Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub. (2002). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hicks, D. J. (1965). Imitation and Retention of Film-Mediated Aggressive Peer and Adult Models. Journal of Personality and Social Psychology, 2, 97 100. Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruzaman Ujang. (2004). Wajarkah Murid Ponteng Guru Dipersalahkan. Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://www.utusan.com.my/ Kaplan, R. M. & Saccuzzo, D. P. (1982). Psychological Testing: Principle, Application and Issues. California : Brooks / Cole Publishing. Kementerian Arah Bertindak Tegas Atasi Masalah Disiplin Pelajar. (2002). Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://wawanone.bravepages.com/sosiologi2.htm Kementerian Belia dan Sukan. (1995). Rakan Muda. Kuala Lumpur. Kerlinger, F. N. (1973). Foundation of Bahavioral Research. New York : Holt, Rinehart & Winston. Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Sistem Kebangsaan (MT2353) Keruntuhan Akhlak dan Salah Laku Pelajar. Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://mykaunselor.tripod.com/salahlaku.html Maisarah Taufik. (2000). Anak Nakal Kaedah Mengatasinya. Johor: Perniagaan Jahabersa. Mahmood Nazar Mohamed. (2005). Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mardzelah Makhsin & Mohamad Fadhli Ilias. (2004). Permasalahan Sosial Masa Kini Kenakalan Remaja. Pemikir Julai September, 117 152. Masalah Ponteng Sekolah. Diperoleh http://www.geocities.com/ Disember 22, 2004 daripada

Masitah Mohd Yusof. (2003). Profil Gaya Didikan Ibu Bapa, Status Konsep Kendiri Pelajar serta Hubungan Antara Gaya Didikan Ibu Bapa Dengan Konsep Kendiri Pelajar-Pelajar di Sekolah Menengah di Kuala Langat, Selangor. Tesis Master yang tidak diterbitkan, Serdang: UPM. Menangani Masalah Ponteng Sekolah. (2004). Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://www.yadim.com.my/ Mengesan Ciri-Ciri Pelajar Ponteng. Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://www.geocities.com/pendidikmy/fokus49.html

Munirah Abdul Aziz. (2001). Pengaruh Persekitaran Terhadap Tingkahlaku Ponteng di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan, Perak : UPSI. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip. (2004). Delinkuen Juvenil dan Sosial Pencegahan, Pemulihan dan Isu Kontemporari. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nabil Abdul Latif. (1994). Ciri-Ciri yang Mendorong Pelajar Melanggar Disiplin : Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Vakasional Tanah Merah, Kelantan. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan, Johor : UTM. Norwani Daud. (2001). Corak Tingkahlaku Bermasalah di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan, Perak : UPSI. Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Pelajar Lemah Suka Ponteng. (2004). Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/ Reavis, G. H. (1972). Factor Controlling Attendance In Rural School. New York : University of Michigan Press. Rohana Man. (2003). Kadar Ponteng Sekolah Di Kuala Lumpur Tinggi. Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://www.tutor.com.my Salleh Abd. Hamed. (1987). Persepsi Kendiri dan Sikap Negatif Mempengaruhi Tingkahlaku Kenakalan. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan, Perak : UPSI. Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Syakir Nawawi. (2003). Masalah Ponteng. Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://www.angelfire.com/ Syukri Abdullah. (2004) Wujudkan Suasana Seronok Ke Sekolah. Diperoleh Disember 22, 2004 daripada http://www.utusan.com.my Vijayan Ramakutir. (2000). Faktor-Faktor Yang Mendorong Pelajar Sekolah Menengah Ponteng Sekolah. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: UKM. Zaidatun Tasir, Mohd Salleh Abu. (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 For Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

You might also like