You are on page 1of 10

SINOPSIS Limpahan Darah di Sungai Semur ialah sebuah novel yang mengisahkan perjuangan Pasukan Askar Melayu.

Kisahnya berdasarkan riwayat hidup Sarjan Jamaluddin bin Mohamad. Kisah hidup Sarjan Jamaluddin semasa kecil sehingga dia menjadi tentera dan berjaya mendapat pangkat Sarjan telah diolah dengan baik oleh pengarang. Askar Melayu pernah terlibat dalam peperangan menentang jepun di Kampung Pasir Panjang, Singapura. Sarjan Jamaluddin turut terlibat dalam pertempuran di Singapura. Askar British telah menyerah kalah dalam pertempuran ini dan bermulalah pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Sarjan Jamaluddin akhirnya terpaksa bekerja dengan Jepun semasa zaman pemerintahan Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, Pasukan Askar Melayu telah berdepan pula dengan masalah ancaman komunis. Mereka telah meneruskan tugas mereka menentang pengganas komunis. Peristiwa berdarah di Sungai Semur telah menyebabkan ramai anggota dalam Pasukan Askar Melayu terkorban. Peristiwa ini menjadi satu peristiwa bersejarah dalam pergerakan Pasukan Askar Melayu menentang pasukan pengganas komunis. Selepas peristiwa ini, Pasukan Askar Melayu meneruskan tugas rondaan mereka di beberapa kawasan seperti di Benta, Kuala Lipis, Pahang, dan Kelantan serta beberapa tempat lagi. Akhirnya, Jamaluddin bin Mohamad telah dinaikkan pangkat kepada Sarjan kerana telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Tema Novel ini bertemakan cinta dan perjuangan. Cinta yang dimaksudkan ialah cinta terhadap tanah air. Perjuangan pula bermakna perjuangan membela tanah air daripada dijajah oleh musuh negara. Oleh itu, cinta dan perjuangan berjalan seiring demi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan juga bangsa. Pengarang telah menceritakan perjuangan yang telah diperjuangkan oleh askar Melayu, terutamanya watak yang menjadi tumpuan, iaitu Jamaluddin bin Mohamad. Jamaluddin telah dinaikkan ke pangkat Sarjan dalam Pasukan Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja pada akhir cerita ini. Semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh Jamaluddin bin Mohamad dan askar-askar lain dari Rejimen Askar Melayu ini tidak ada tolok bandingnya. Peristiwa pertempuran dengan pasukan pengganas komunis di Sungai Semur telah membuktikan betapa gigih dan tingginya semangat perjuangan menentang musuh yang ditunjukkan oleh pasukan ini demi perasaan cinta mereka terhadap tanah air. Perjuangan yang diceritakan oleh pengarang dalam novel ini merupakan perjuangan menentang musuh negara. Ini bermula daripada penjajahan yang dilakukan oleh bangsa Jepun, seterusnya membawa kepada ancaman pengganas komunis yang mengganggu ketenteraman negara. Dalam perjuangan membela tanah air daripada terus dijajahi oleh musuh, banyak nyawa yang telah terkorban demi cinta suci mereka terhadap negara dan juga bangsa. Persoalan Persoalan yang ditimbulkan oleh pengarang dalam novel ini saling berkaitan dengan tema pokok yang terungkap. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan itu boleh dikesan melalui watak dan juga daripada huraian pengarang sendiri. Zakaria Salleh dalam novelnya yang berbentuk biografi ini telah mengemukakan beberapa persoalan yang dapat dikesan melalui cerita ini. Antara persoalan utama yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Persoalan cita-cita dan semangat yang tertanam dalam diri Sarjan Jamaluddin yang ingin menjadi tentera sejak dari kecil lagi.

Cita-citanya telah tercapai hasil daripada kesungguhan dan semangatnya yang tidak mengenal erti putus asa. Dia sering dipersendakan oleh kawan-kawannya semasa di sekolah rendah ketika dia menyuarakan hasratnya untuk menjadi askar. Namun begitu, dia terus tetap dengan pendiriannya. Ibunyajuga tidak merestui cita-citanya untuk menjadi askar, tetapi Sarjan Jamaluddin sudah tetap dengan pilihannya. Akhirnya, ibu Sarjan Jamaluddin terpaksa merelakan juga anaknya untuk menjadi tentera. Begitu juga apabila permohonannya untuk menjadi askar pada mulanya tidak berhasil, dia tidak berputus asa. Dia terus berusaha sehingga akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya. 2. Persoalan taat setia juga diungkapkan oleh pengarang dalam novel ini. Perasaan taat setia terhadap negara dalam diri Sarjan Jamaluddin telah dibayangkan sejak dari kecil lagi. Sejak dari kecil lagi telah diceritakan bahawa ayahnya selalu menceritakan cerita-cerita pahlawan Melayu yang termasyhur seperti Laksamana Hang Tuah. Semasa di sekolah rendah, dia diusik oleh kawan-kawannya kerana keinginan Jamaluddin untuk menjadi Hang Tuah.Sebenarnya, yang tersirat dihatinya ialah dia hendak menjadi perajurit untuk membela tanah air. Jelas di sini pengarang telah membayangkan semangat Jamaluddin terhadap negara sejak dari kecil lagi secara tidak langsung. 3. Persoalan lain yang diperlihatkan ialah persoalan kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri SarjanJamaluddin dalam menghadapi sesuatu dugaan dan halangan. Sifat ini secara tidak langsung telah dipupuk oleh ayahnya kerana kehidupan keluarganya yang sangat sederhana. Ketabahan ayahnya dalam membina kehidupan sebagai seorang pendatang yang berasal dari seberang telah meresap dalam diri Jamaluddin. Begitulah yang digambarkan oleh pengarang dalam diri Jamaluddin apabila berhadapan dengan masalah-masalah kehidupan. Contohnya, semasa Jepun dapat menawan Tanah Melayu bermula dengan penawanan Singapura, Jamaluddin melalui kehidupan yang amat getir. Di Singapura, dia tidak mempunyai tempat kediaman yang tetap, sukar untuk mendapat makanan, dan kebebasan bergerak serta sering diancam oleh askar Jepun. Namun begitu, keadaan kehidupan yang sebegini dapat dilaluinya dengan berkat kesabaran dan kegigihan untuk meneruskan kehidupan. 4. Persoalan untuk menjadi tokoh yang berjasa kepada bangsa dan negara sebagai pahlawan yang dapat dibanggakan turut dikemukakan dalam novel ini. Persoalan ini dapat dikesan daripada watak utama novel ini, iaitu Jamaluddin bin Mohamad. Sejak dari kecil lagi, Jamaluddin telah mendengar cerita-cerita tentang pahlawan Bugis lima bersaudara daripada ayahnya. Semasa kecil, Jamaluddin pernah menyuarakan hasrat hatinya untuk menjadi pahlawan seperti Daeng Perani atau Daeng Marewah. Semangat begini telah tertanam sejak dari kecil lagi dalam diri Jamaluddin. Cita-citanya telah dibawa ke alam dewasanya serta telah dapat dibuktikan setelah dia menjadi tentera. 5. Persoalan peperangan turut dikemukakan dalam novel ini. Peperangan antara Tanah Melayu yang di bawah pentadbiran kerajaan British dengan Jepun telah berlaku di Singapura yang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu. Peperangan tersebut telah menyebabkan banyak nyawa terkorban di kedua-dua belah pihak, harta benda turut musnah, dan kehidupan masyarakat turut tergugat. Ramai orang yang mendapat susah, menjadi miskin, kelaparan, hidup menderita, kehilangan keluarga, dan harta benda. 6. Ancaman pengganas komunis juga merupakan satu persoalan lagi yang dikemukakan dalam novel ini. Ancaman pengganas komunis merupakan satu masalah besar yang dihadapi oleh negara dalam sejarah menuju kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pengganas ini menyebabkan darurat diisytiharkan pada tahun 1948 dan berlanjutan sehingga tahun 1960. Askar Melayu adalah antara pasukan bersenjata yang penting dalam gerakan menghapuskan ancaman komunis. Pertempuran demi pertempuran telah berlaku di hutan. Ini mengakibatkan banyak nyawa tentera yang terkorban demi mempertahankan negara daripada digugat oleh pengganas komunis. Ini juga menyebabkan orang awam hidup dalam ketakutan dan sukar untuk mencari rezeki.

Persoalan sejarah tanah air juga turut dipaparkan dalam novel ini. Kisah penaklukan Jepun terhadap Persekutuan Tanah Melayu telah ditulis oleh pengarang dalam novel ini. Pihak Jepun diceritakan telah menyerang Singapura dan peperangan pun berlaku. Kisah pemerintahanJepun serba sedikit ada diceritakan dalam novel ini. Contohnya, semasa Jepun memerintah Tanah Melayu, Jamaluddin pernah bertugas menjaga beras dan padi di Sekincan, Selangor. Pengawasan padi dan beras di kawasan Sekincan sehingga ke Sungai Leman dilakukan untuk kepentingan pegawai kerajaan pada ketika itu, iaitu pihak Jepun. Sejarah Tanah Melayu terus bergolak setelah Jepun menyerah kalah kepada British. Hal ini demikian kerana pengganas komunis mula mengancam tanah air secara terang-terang. Ancaman pengganas komunis ini telah dibanteras oleh kerajaan British yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu. Mereka dibantu oleh pasukan bersenjata seperti askar-askar Melayu dari Rejimen Askar Melayu Diraja. 8. Persoalan sejarah penubuhan Pasukan Askar Melayu dan membawa kepada pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), terutamanya Batalion Ketiga RAMD telah diceritakan oleh pengarang dengan panjang lebar. Sejarah penubuhan Pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja diceritakan oleh pengarang dalam novel ini bermula dengan Batalion Pertarna dan Kedua sebelum Perang Dunia Kedua. Batalion Ketiga RAMD ditubuhkan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1 Julai 1948. Batalion Pertama dan Kedua RAMD telah disusun semula selepas Perang Dunia Kedua. Dalam penceritaan sejarah Rejimen Askar Melayu Diraja, pengarang turut menyatakan namanama Pegawai Memerintah yang memimpin pasukan dalam rejimen tersebut. Kebanyakan pegawai bermula daripada rakyat British. Pegawai Memerintah yang pertama ialah Leftenan Kolonel (Lt.Kol.) W.O.Walton. Pegawai-pegawai Melayu hanyalah terdiri daripada pangkat Kapten dan Subalten. Tema dan persoalan yang diungkapkan oleh Zakaria Salleh dalam novel Limpahan Darah di Sungai Semur lebih kepada bersifat sejagat atau universal. Tema perjuangan dan persoalan seperti pengorbanan dan kesetiaan terhadap tanah air memang selalu berlaku dalam kehidupan manusia di mana-mana sahaja. Perkara yang membezakannya hanyalah tumpuan persoalan lebih mengkhusus kepada persoalan tempatan dan tidak semua persoalan dibicarakan secara mendalam kerana pengkisahan cerita lebih berbentuk catatan semasa Watak Perwatakan Jamaluddin bin Mohamad Watak Jamaluddin merupakan watak utama dalam novel ini. Watak inilah yang menghidupkan jalan cerita dari awal sehingga akhir. Segala tindak-tanduknya diceritakan oleh pengarang sejak dari kecil sehinggalah dia berjaya menjadi tokoh yang ternama kerana jasanya kepada negara. Jamaluddin dilahirkan sebagai anak kampung yang hidup dalam keluarga yang sangat sederhana kehidupannya. Setelah dewasa, Jamaluddin menjadi askar untuk memenuhi citacitanya. Cerita mengenai watak ini sebagai seorang askar berkembang dari satu kisah kepada satu kisah, terutamanya dalam kisahnya menentang askar Jepun di Singapura dan bertempur dengan pengganas komunis di Sungai Semur, Kelantan. Kehidupan watak ini sebagai tentera telah diwarnai dengan berbagai-bagai cabaran. Bermula dengan jawatan sebagai perajurit biasa, Jamaluddin telah dilantik sebagai Lans Koperal setelah memegang tugas sebagai penjaga setor. Kemudian, dia dinaikkan ke pangkat Koperal dan selepas pertempuran di Sungai Semur, dia dinaikkan ke pangkat Sarjan.

7.

Watak Sampingan Watak-watak lain yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel ini ialah Mohamad, iaitu ayah Jamaluddin dan ibunya Jamaayah, kawan-kawannya seperti Hashim, Mohd Zain, dan Ismail, pegawai-pegawai tentera seperti Leftenan Adnan bin Saidi, Leftenan Abbas bin Abd. Manan, Leftenan Hassan, dan Mejar Garnet, pegawai dari Pasukan Polis Khas, iaitu Sarjan Wan Yaakob dan Koperal Latif, dan perajurit-perajurit biasa seperti Perajurit Lebai Yassin, Perajurit Rashid, dan Perajurit Nordin bin Mat Isa. Watak-watak yang disebutkan itu dapat dikategorikan sebagai watak sampingan. Watakwatak yang dikemukakan oleh pengarang ini masih memainkan peranan dalam mengembangkan perjalanan cerita. Semua watak ini ditampilkan dalam beberapa kisah atau peristiwa sahaja dan kemudiannya dihilangkan. Mohamad Mohamad ialah ayah kepada Jamaluddin. Watak ini ditimbulkan pada permulaan cerita dalam Bab 1 dan 2. Dia membuat kerja-kerja kampung seperti menjadi nelayan, mencari atap, dan sebagainya. Mohamad berasal dari tanah seberang, iaitu dari Bugis, Indonesia. Jamaayah binti Musa Jamaayah ialah ibu kepada Jamaluddin. Watak ini dikeraukakan pada permulaan cerita dalam Bab 1, 2, dan 4. Jamaayah juga berasal dari tanah seberang, iaitu dari Bugis. Jamaayah secara tidak langsung turut memainkan peranan penting dalam menjayakan kehidupan Sarjan Jamaluddin. Leftenan Adnan bin Saidi Leftenan Adrian bin Saidi berasal dari Kajang, Selangor. Beliau merupakan seorang wira negara yang terbilang. Leftenan Adnan menjadi pemimpin atau Pegawai Memerintah Kompeni C Batalion Pertama Askar Melayu ketika Jepun menyerang Singapura di Kampung Pasir Panjang. Perajurit Jamaluddin ketika itu juga ditempatkan dalam Kompeni C Batalion Pertama Askar Melayu. Watak Leftenan Adnan memainkan peranan penting sebagai pemimpin ketika Jepun menyerang Tanah Melayu. Leftenan Hassan bin Hj Yassin Watak Leftenan Hassan muncul dalam Bab 11 sehingga Bab 17. Leftenan Hassan mengetuai Platun 12 Kompeni D Pasukan 3 Rejimen Askar Melayu dalam pertempuran berdarah di Sungai Semur. Beliau merupakan seorang lagi wira negara yang tercatat dalam sejarah negara, khususnya dalam sejarah perjuangan menentang kegiatan pengganas komunis di Tanah Melayu.

PERWATAKAN JAMALUDDIN BIN MOHAMAD Perwatakan Jamaluddin dapat dikesan daripada sifat-sifat yang digambarkan oleh pengarang bagi watak ini. Sejak dari kecil lagi, Jamaluddin dikisahkan sebagai seorang kanak-kanak yang cergas, tetapi sederhana dalam pelajarannya. Dia dikatakan amat petah bercakap dan suka bertanya kepada ayah dan ibunya. Sejak dari kecil lagi, Jamaluddin sudah berhasrat untuk menjadi seorang pahlawan.

Semasa dewasa, Jamaluddin digambarkan sebagai seorang yang mempunyai perwatakan yang terpuji. Dia seorang yang teguh dengan pendiriannya. Dia juga mempunyai satu cita-cita yang jelas dalam hidupnya, iaitu ingin menjadi tentera yang berjasa kepada bangsa dan negara. Kita dapat mengenali wataknya sebagai seorang yang tabah, gigih, berbudi pekerti yang baik, patuh kepada perintah, dan peraturan serta gagah berani. Perwatakan yang sebeginilah menjadikan dia sebagai seorang yang berjaya dalam hidupnya. Perwatakan Mohamad digambarkan sebagai seorang ayah yang penyayang kepada anaknya. Dia juga seorang yang berbudi bahasa, rajin berusaha, bertanggungjawab, dan bijak memelihara anaknya.
JAMAAYAH BINTI MUSA

Perwatakan Jamaayah digambarkan sebagai ibu yang penyayang. Contohnya, dia tidak suka anaknya Jamaluddin menjadi askar kerana takut anaknya mati dalam pertempuran. Jamayah juga boleh dikatakan sebagai seorang yang tabah menghadapi kehidupan. Dia rajin membantu suaminya mencari rezeki, bertanggungjawab, dan juga bijak mendidik anaknya. LEFTENAN ADNAN BIN SAIDI Leftenan Adnan bin Saidi merupakan seorang yang cekal dan bersemangat tinggi serta seorang pemimpin yang berwibawa. Ketikajepun meiiyerang Kampung Pasir Panjang di Singapura, Leftenan Adnan dan Platun Nombor 7 yang diketuai olehnya telah mempertahankan kawasannya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Beliau telah menunjukkan kecekalan dan keperwiraannya dalam menentang musuh. LEFTENAN HASSAN BIN HAJI YASSIN Leftenan Hassan digambarkan sebagai seorang ketuayang tegas dalam keputusannya, tetapi bertimbang rasa terhadap anggota tentera yang berada di bawah pimpinannya. Beliau seorang yang baik dan disayangi oleh orang di bawah jagaannya. Dalam pertempuran menentang pengganas komunis di Sungai Semur, beliau telah menunjukkan semangatyang tinggi sebagai seorang ketua. Walaupun beliau telah cedera akibat terkena tembakan pengganas komunis dalam pertempuran itu, tetapi beliau terus berjuang sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir.

Binaan PLOT Plot novel Limpahan Darah di Sungai Semur hasil karya Zakaria Salleh lebih bersifat kronologi, iaitu mengikut urutan. Kronologi bermaksud ceritanya mengikut urutan masa, dari jam ke hari, ke minggu, ke bulan, dan seterusnya ke tahun. Kejadian atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam cerita ini diceritakan mengikut urutan masa. Peristiwa-peristiwa yang diceritakan telah disusun daripada satu kisah kepada satu kisah yang lain sehingga menjadi satu jalinan dan disebut sebagai Jalinan Peristiwa. Setiap peristiwa yang disusun berkaitan antara satu dengan lain. Novel ini berbentuk biografi dan kisah yang diceritakan lebih tertumpu kepada watak utamanya, iaitu Jamaluddin bin Mohamad. Oleh itu, dalam perjalanan dan perkembangan plot novel ini, bermula dengan Bab 1 sehingga Bab 27, pengarang telah menjalinkan peristiwaperistiwa yang berlaku dalam sejarah hidup Jamaluddin bin Mohamad. Bermula dengan Bab 1, pembaca mula diperkenalkan dengan watak Jamaluddin ketika dia dilahirkan dan semasa dia masih kanak-kanak. Dalam Bab 2, dikisahkan pula watak Jamaluddin semasa berada dalam alam persekolahan dengan cita-citanya hendak menjadi askar. Cerita Jamaluddin berkembang apabila dia telah dewasa dan bekerja, dan juga ketika dia cuba memohon menjadi tentera, tetapi gagal. Seterusnya cerita ini berkembang lagi dengan kisah-kisah

Jamaluddin semasa menjalani latihan asas rekrut menjadi askar Melayu di Port Dickson, Negeri Sembilan dan juga menjadi askar terlatih ketika berperang dengan askar Jepun pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Seterusnya diceritakan juga ketika dia menentang pasukan pengganas komunis di hutan sehinggalah dia berjaya dinaikkan ke pangkat Sarjan dalam tentera.

LATAR MASA Novel ini mengemukakkan latar masa zaman sebelum Perang Dunia Kedua lagi sehingga ke zaman Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka. Dari segi tarikhnya, bolehlah diambil dari tahun 1916 sehingga sekitar tahun 1952. Dalam catatan ringkas sejarah Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) pula, tarikh yang diberi oleh pengarang bermula pada tahun 1948 hinggalah ke tahun 1980. Kejadian-kejadian yang berlaku dalam novel ini meliputi zaman pemerintahan British di Tanah Melayu, zaman pemerintahan Jepun, dan zaman darurat. Pasa zaman darurat, pasukan komunis sangat aktif dalam kegiatan mereka mengancam keamanan negara. Pasukan Askar Melayu turut member! tentangan ketika berlakunya serangan Jepun di Singapura. Bersesuaian dengan novel ini yang berbentuk novel sejarah, jangka masayang diambil bagi menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah lama dan luas. ! LATAR TEMPAT Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah tempat yang benar-benar wujud. Tempattempat yang diceritakan bermula dari Batu 7, Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor dan Kampung Teluk Panglima Garang, Selangor, membawa ke Kampung Baru, Kuala Lumpur, berpindah ke Port Dickson sehinggalah ke Singapura, Kelantan, dan Johor. Tempat lain yang dapat ditemui sebagai latar dalam novel ini ialah hutan belantara, sungai, bukit, sawah padi, pantai, dan laut. Kesemua ini merupakan alam sekitar yang digambarkan oleh pengarang dalam novel ini. Hutan belantara banyak kita temui dalam peristiwa-peristiwa ketika Pasukan Askar Melayu membuat operasi atau gerakan memburu dan menjejaki pengganas komunis yang menjadi musuh negara di Tanah Melayu pada masa itu. Kawasan hutan adalah seperti di Gua Musang, Kuala Bertis di Bertam, dan Ladang Jago di Kelantan. Peristiwa bersejarah pertempuran dengan pasukan komunis yang dialami oleh Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja juga telah berlaku di kawasan hutan di Sungai Semur, Hulu Kelantan dekat dengan Gua Musang. LATAR MASYARAKAT Pengarang novel, iaitu Zakaria Salleh ada menyatakan secara sepintas lalu tentang masyarakat di beberapa buah kampung dalam novel ini. Kampung tersebut ialah Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Kampung Baru, Kuala Lumpur, dan perkampungan di Bukit Timah, Singapura. Satu kumpulan maiiusia yang besar dapat disebutkan sebagai satu kumpulan masyarakat. Dalam novel ini, pengarang banyak menceritakan masyarakat orang Melayu yang terlibat dalam pasukan tentera seperti Pasukan Askar Melayu. Selain itu, terdapat juga masyarakat orang Tionghua atau Cina yang terlibat dalam pasukan komunis. Pengarang novel ini telah menceritakan tindak-tanduk yang dilakukan oleh masyarakat kaum Melayu sebagai ahli pasukan askar dan juga masyarakat kaum Cina yang menganggotai pasukan komunis. Novel Limpahan Darah di Sungai Semur ini juga menyentuh orang Inggeris yang bertindak sebagai pegawai atasan yang menjadi pemerintah dalam pasukan tentera. Kumpulan kecil orang Melayu yang menjadi anggota komunis juga ada diceritakan dalam novel ini. Latar masyarakat turut memainkan peranan yang penting dalam pembinaan novel ini, khususnya dari aspek watak dan perwatakan mereka.

GAYA BAHASA Penggunaan bahasa Melayu pasar telah digunakan secara meluas oleh pengarang dalam novel ini. Penggunaan bahasa Melayu pasar ini adalah untuk disesuaikan dengan watakwatak yang dikemukakan. Dalam novel ini, terdapat watak-watak orang Jepun dan Cina, iaitu anggota pasukan pengganas komunis. Mereka menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan dengan orang Melayu seperti watak Leftenan Hassan. Leftenan Hassan juga terpaksa menggunakan bahasa Melayu pasar untuk berbual dengan mereka. Antara contohnya adalah seperti yang berikut: "Bohong... awak serupa Gurkha punya orang," kata pegawai Jepun itu pula. "Ai ya manyak susah encik ... saya punya anak ramai... kita orang susah ... sutak banyak hali tak ada makan ..." rayu orang itu lagi.

"Kawan, cepatlah bikin kerja, kita orang mahu balik la," kata Leftenan Hassan. "Oi, kawan. Lebih baik lu olang selah dili. Kalau tatak mesti lu olang mail katak oi, lagi tak ada guna lu olang lawan. Selah dili... selah dili..." " pekik suara itu lagi berulang-ulang. Contoh-contoh lain dapat dikesan dalam Bab 8, Bab 9, Bab 13, Bab 18, Bab 21, dan Bab 23. BAHASA KIASAN Bahasa kiasan ialah gaya bahasa yang menggunakan rangkaian kata-kata atau ayat yang memberikan makna lain daripada makna yang tersurat. Simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan, perbandingan, bidalan, dan ungkapan tergolong dalam gaya bahasa kiasan. Antara bentuk gaya bahasa kiasan yang lain, termasuklah perbandingan atau simile, metafora, personiflkasi, hiperbola, dan paradoks. Gaya bahasa retorik walaupun berbeza daripada gaya bahasa kiasan, tetapi boleh dilihat sebagai bahasa kiasan. Contohnya:

FRASA Badan macam cicak kubin Menemui maut Meninggal dunia Mati katak Bagai bertih digoreng Hujan peluru bermula lagi BAHASA ASING

BAHASA KIASAN Kiasan sedang Kiasan halus Kiasan halus Ungkapan Kiasan sedang Perbandingan

Bahasa asing ialah bahasa lain selain bahasa Melayu. Dalam novel ini, bahasa Inggeris digunakan dengan meluas. Istilah-istilah tertentu bagijawatan dalam tentera, jenis-jenis senjata, dan lain-lain aspek dalam novel ini menggunakan bahasa Inggeris. Antara contoh perkataan bahasa Inggeris yang digunakan dalam novel ini ialah Lance Koperal (LKpl),

rejimen, batalion, platun, Leftenan Kolonel (Lt. Kol), carbine, machine gun, lewis gun, stengun, rifle, human wave, single encounter, field dressing, pouches, target, sitrep, dan base. NILAI DAN PENGAJARAN NIlai kemanusiaan ialah sesuatu nilai yang berkaitan dengan perihal manusia dan sifat-sifat manusia. Sifat-sifat seperti bertimbang rasa, tolong menolong, perihatin, mempunyai rasa belas kasihan sesame manusia, sanggup berkorban dan sebagainya dapat dikatakan sebagai mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Contoh nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel Limpahan Darah di Sungai Semur adalah seperti yang berikut: 1. Menolong oraiig yang dalam kesusahan seperti yang dilakukan oleh abang saudara Jamaluddin. Dia telah menolong Jamaluddin mendapatkan pekerjaan sebagai buruh pam ubat nyamuk di Pejabat Daerah Sepang. Ketika itu, Jamaluddin benar-benar memerlukan pertolongan. 2 Berkorban apa-apa sahaja demi kasih sayang seperti yang dilakukan oleh ibu Jamaluddin kepada Jamaluddin. Walaupun ibu Jamaluddin tidak bersetuju Jamaluddin menjadi askar, tetapi demi kasihnya kepada anaknya, dia terpaksa juga merelakan anaknya pergi menjalani latihan tentera di Port Dickson. 3 Bertimbang rasa terhadap sesama manusia seperti yang telah ditunjukkan oleh Sarjan Jamaluddin. Dalam satu operasi tentera, Sarjan Jamaluddin tidak membenarkan Lans Koperal Jaafar menembak seorang perempuan Melayu yang menjadi pengganas komunis. Hal ini kerana perempuan itu mempunyai dua orang anakyang masih kecil. NILAI KEMASYARAKATAN Nilai kemasyarakatan merupakan satu nilai yang berkaitan dengan masyarakat. Nilai kemasyarakatan ini dapat dikesan melalui perhubungan sesuatu kumpulan manusia yang tinggal di sesuatu tempat. Dalam novel Limpahan Darah di Sungai Semur, antara nilai kemasyarakatan yang dapat dikesan ialah berbudi bahasa, bekerjasama, berkorban membela tanah air, dan mematuhi peraturan serta undang-undang. Contoh nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel Limpahan Darah di Sungai Semur adalah seperti yang berikut: 1. Penduduk Kampung Kuantan, Kuala Selangor yang terdiri h: daripada orang-orang Melayu dikatakan tidak banyak yang m berharta. Namun begitu, mereka tetap kaya dengan budi bahasa dan sentiasa saling bekerjasama antara satu sama lain. 2. Menjadi askar untuk membela tanah air merupakan pengorbanan yang mulia. Inilah yang telah dilakukan oleh Sarjan Jamaluddin demi bangsa dan negaranya yang dicintai. Apabila sesebuah negara itu aman dan damai, masyarakat di negara itu akan dapat hidup dengan aman dan damai. 3. Mematuhi peraturan dalam satu-satu organisasi merupakan perbuatan yang dituntut kerana dengan cara itu sahaja, organisasi itu akan berjaya. Contohnya, perkara ini telah dibuktikan oleh Jamaluddin ketika dalam Pasukan Askar Melayu. Kegigihan dan ketabahannya berjuang dengan ketaatannya terhadap pasukan tenteranya telah menjadikannya seorang yang berjaya. Pasukannya pula dapat menentang musuh dengan berjaya.

NILAI KEBUDAYAAN Nilai kebudayaan membawa maksud keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa

kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat. Nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan, moral, dan keagamaan sebenarnya terangkum dalam nilai kebudayaan. Walau bagaimanapun, nilai kebudayaan dapatjuga dilihat secara tersendiri. Misalnya, peranan Bukit Bintang Park sebagai pusat hiburan pada zaman dahulu. Ini telah memperlihatkan satu corak kehidupan, khususnya orang Melayu pada ketika itu, dalam aspek berhibur. Pada ketika itu, Bukit Bintang Park telah menjadi tempat mengadakan berbagaibagai persembahan kebudayaan, termasuk bangsawan dan joget. Jamaluddin sendiri pernah bekerja di sini sebagai seorang penarik tirai dalam pertunjukan bangsawan. NILAI MORAL Nilai moral bermaksud ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan, sikap, atau cara berkelakuan. Ini diukur dari segi baik atau buruk sesuatu akhlak. Individu yang bermoral merupakan individu yang teguh pendiriannya. Contoh yang terdapat dalam novel ini ialah watak Jamaluddin yang telah digambarkan sebagai individu yang bermoral. Sejak dari kecil lagi, Jamaluddin telah menunjukkan sikap dan pendirian yang teguh dalam mempertahankan cita-citanya untuk menjadi tentera. Walaupun dia diejek oleh kawan-kawannya, tetapi dia tetap menanam azam untuk menjadi tentera. NILAI KEAGAMAAN Nilai keagamaan membawa maksud perlakuan yang baik dalam mematuhi segala perkara yang berhubung dengan hal-hal agama. Contohnya, perlakuan yang ditunjukkan oleh ayah Jamaluddin dalam menguruskan keluarganya. Walaupun Mohamad, iaitu ayah Jamaluddin merupakan pendatang dari tanah seberang, tetapi hidupnya sangat sederhana. Dia merupakan seorang ayah yang ber-tanggungjawab dalam mendidik anak-anaknya dan menjaga keluarganya. Berkat daripada didikannya yang baik, dia telah berjaya menjadikan Jamaluddin seorang yang berjasa kepada negara, bangsa, dan agama.

PENGAJARAN TERSURAT Pengajaran tersurat dalam sesebuah novel bermaksud sesuatu pengajaran yang tertulis atau tercatat dalam novel tersebut. Ini bermakna pengajaran tersurat ialah sesuatu yang berhubung dengan pengajaran seperti mestilah rajin belajar, jangan lekas berputus asa, dan rajin membaca menambah ilmu pengetahuan. Ini ditulis dengan jelas oleh pengarang dalam karyanya. Contoh pengajaran tersurat yang terdapat dalam novel Limpahan Darah di Sungai Semur adalah seperti yang berikut: 1. Anak-anak kecil hendaklah digalakkan supaya rajin belajar. "Hendakjadi apa pun bila besar nanti, Din mesti belajar dulu rajin-rajin. " kata ayahnya pula. 2. Kita hendaklah berjasa dan taat setia kepada raja dan negara atau tanah air. "Sebenarnya cakap aku itu sebagai ibarat sahaja, bukanlah aku nak jadi Hang Tuah betulbetul, tetapi aku hendak menjadi perajurit, hendak membela tanah air. Sama juga macam Hang Tuah yang berkhidmat untuk raja dan mempertahankan bumi Melaka pada masa itu, " tegas Jamaluddin. PENGAJARAN TERSIRAT Pengajaran tersirat dalam sesebuah novel dimaksudkan sebagai sesuatu pengajaran yang disampaikan secara tidak nyata atau tersembunyi dalam sesuatu kenyataan atau sesuatu situasi yang diolah oleh pengarang dalam karyanya. Contohnya:

1. "Di mana ada usaha di situ adajalan". Seseorang individu itu boleh mencapai citacitanya jika berusaha dengan bersungguh-sungguh. Perkara ini tidak dinyatakan secara langsung oleh pengarang dalam menerangkan kejayaan Jamaluddin untuk menjadi askar, tetapi dibayangkan melalui segala tindak-tanduk Jamaluddin. 2. Hanya dengan semangat yang tinggi sahaja seseorang individu itu dapat mempertahankan tanah air daripada serangan musuh. Semangat setiakawan dalam sesuatu pasukan itu penting untuk menentukan kejayaan. Perkara ini tidak dijelaskan oleh Zakaria Salleh dalam novelnya dalam bentuk tulisan secara langsung, tetapi di-sembunyikan di sebalik tindak-tanduk watak. Contohnya, segala kejayaan Jamaluddin dalam gerakannya menentang pasukan pengganas komunis adalah kerana semangatnya yang tinggi dan kerana kepatuhannya kepada ketua. Peristiwa pertempuran dengan pasukan komunis di lembah Sungai Semur telah memperlihatkan kejayaan yang cemerlarig bagi diri Jamaluddin.

You might also like