You are on page 1of 6

PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

1.

Kertas 2 mengandungi bahagian A dan B.Bahagian A mengandungi 5soalan dan mesti menjawab 3 daripada 4 soalan tersebut.Manakala Bahagian B adalah soalan kajian kes yang wajib dijawab oleh calon.

2. Calon mesti menjawab dengan padat,tepat dan ringkas. 3. 4. 5. 6. Jawapan mestilah mengikut konsep dan istilah ekonomi. Jawapan yang meleret-leret tidak diterima. Markah berdasarkan fakta,huraian atau contoh dan graf yang dipaparkan. Jawapan juga berdasarkan agihan markah.1 markah untuk fakta,huraian atau contoh.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 2. BENTUK SOALAN (a) Nyatakan KEHENDAK JAWAPAN Calon hanya memerlukan kepada pernyataan atau senaraikan.

Contoh: Nyatakan lima faktor yang mempengaruhi penawaran daging ayam (5markah) Jawapan: Lima faktor yang mempengaruhi penawaran daging ayam ialah: I) Perubahan harga daging ayam itu sendiri II) Perubahan kepada harga barang lain III) Perubahan teknologi pengeluaran IV) Kos Pengeluaran V ) Cuaca

BENTUK SOALAN (b) Jelaskan

KEHENDAK JAWAPAN Menerangkan secara terperinci sesuatu isu

Contoh: Jelaskan kelebihannya jika kerajaan meminjam dari sumber dalam negeri berbanding sumber luar negara (8 markah) Jawapan : Kelebihan pinjaman dalam negeri: I) Tidak dipengaruhi oleh kadar pertukaran asing.Pinjaman luar negara terdedah kepada risiko perubahan kadar pertukaran asing. II) Tidak melibatkan pengaliran keluar wang duit beredar dalam negeri.Jika pinjaman luar dilakukan akan menyebabkan pengaliran wang keluar negara.

BENTUK SOALAN ( c ) Mengapakah

KEHENDAK JAWAPAN Calon mesti memberikan sebab. (7 markah)

Contoh : Mengapakah individu membuat pinjaman? Jawapan : Individu membuat pinjaman disebabkan : I) Berlakunya waktu kecemasan seperti kereta rosak,sakit,dan kematian. II) Membiayai pendidikan terutama di peringkat yang lebih tinggi. III) Membeli barangan tahan lama seperti kereta dan rumah.

BENTUK SOALAN (d) Bincangkan

KEHENDAK JAWAPAN Calon mesti membincangkan secara terperinci setiap faktor.

Contoh: Benarkah faktor harga barang itu sendiri yang menentukan permintaan sesuatu barang? Bincangkan. ( 8 markah) Jawapan : Tidak,selain faktor harga barang itu sendiri yang menentukan permintaan sesuatu barang terdapat juga faktor-faktor lain yang penting. I) Harga barang itu sendiri.Apabila harga sesuatu barang itu meningkat,permintaan terhadap barang itu akan berkurang dan sebaliknya apabila harga jatuh,permintaan akan meningkat. II) Faktor-faktor lain: Kenaikan harga barang lain. Barang Penggenap- jika harga kereta meningkat,permintaan terhadap petrol akan berkurangan. Barang pengganti- apabila harga the meningkat,permintaan terhadap kopi akan meningkat

BENTUK SOALAN

KEHENDAK JAWAPAN

(e) Terangkan,Bagaimanakah, dan Huraikan Calon mesti membuat penerangan terhadap fakta. Contoh: Terangkan bagaimana unit-unit ekonomi menyelesaikan masalah kekurangan. Jawapan: I) Isi rumah Kekurangan sumber pendapatan membuat pilihan barangan yang mendatang kepuasan yang maksimum. Kos lepas ialah barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan.

II) Firma Kekurangan faktor-faktor pengeluaran.Pilihan kepada teknik pengeluaran yang mendatangkan keuntungan yang maksimum. Kos lepas ialah teknik yang hanya mendatangkan keuntungan yang minimum

BENTUK SOALAN f) Bezakan

KEHENDAK JAWAPAN Calon mesti dapat tunjukkan perbezaan keduaduanya.

Contoh: Bezakan antara fungsi bank perdagangan dengan syarikat kewangan.. Jawapan : Perbezaan antara bank perdagangan dengan syarikat kewangan: Bank perdagangan Menyediakan akaun tabungan,akaun tetap, dan akaun semasa Menyediakan pinjaman dan overdraf kepada pelanggan Syarikat kewangan Menyediakan akaun tabungan dan akaun tetap. Menyediakan perkhidmatan sewa beli,pemajakan,dan pemfaktoran.

BENTUK SOALAN (g) Hitungkan

KEHENDAK JAWAPAN Calon dikehendaki menunjukkan rumus dan membuat pengiraan. 5 markah.

Contoh: Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Faiz. Jawapan: Pendapatan boleh guna

= Jumlah pendapatan- Jumlah potongan wajib =(Gaji + Elaun + Sewa) (Cukai pendapatan + Caruman KWSP + Bayaran zakat) =(RM 2 000 + RM 170 + RM 200)- (RM 60 + RM 200 + RM 120) =RM 2370 RM 380 = RM 1990.

BENTUK SOALAN (h) Lukiskan

KEHENDAK JAWAPAN Calon dikehendaki melukiskan rajah dengan betul dan tepat. Langkah: (I) (II) (III) (IV) Labelkan paksi-x Labelkan paksi-y Labelkan titik origin Lukis rajah mengikut skala (kalau skala diberi) (V) Labelkan keluk atau graf. (VI) Tuliskan tajuk rajah.

Contoh: Jadual di bawah menunjukkan penawaran biskut oleh Firma . Harga (RM) 1 2 3 Kuantiti(Bungkus) 30 60 90

Dengan menggunakan skala 1 cm : RM1 pada paksi harga dan 1cm : 30 bungkus pada paksi kuantiti,lukiskan keluk penawaran di atas.

Harga (RM) S

Kuantiti(bungkus)

KELEMAHAN CALON: 1.Tidak memahami kehendak soalan. 2.Tidak memahami konsep dan istilah ekonomi. 3.Jawapan meleret-leret kerana terpengaruh dengan nada soalan. 4.Tiada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK) 5.Tidak menjawab mengikut agihan markah. 6.Menganggap mata pelajaran Ekonomi Asas senang 7.Tidak mahir dalam teknik menjawab. 8.Malas membaca dan mengulang kaji.

You might also like