You are on page 1of 33

EUDW 410/ DUW 410 BAHASA MELAYU UNIVERSITI Semester 1 Sesi 2010/2011 Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan

TAJUK 1 PENULISAN ILMIAH (FORMAT DOKUMENTASI)

APA ITU DOKUMENTASI?


Himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen yang dapat digunakan sebagai asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan dan lain-lain Bahan yang penting dan perlu dimuatkan dalam sesebuah buku ilmiah dan buku pengajian tinggi ialah rujukan, nota kutipan atau bibliografi. Semua bahan ini dinamakan dokumentasi. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008. h. 131)

KEPENTINGAN DOKUMENTASI
i. Membantu pembaca untuk mengetahui sumber yang digunakan penulis untuk membuat rujukan lebih lanjut. Menyokong idea yang diketengahkan oleh penulis adalah berdasarkan fakta. Sebagai tanda penghargaan kepada penulis asal. Menjamin kredibiliti penulis, iaitu bertanggungjawab terhadap kesahihan maklumat yang disampaikan. Mengelak daripada dituduh memplagiat hasil kerja orang.

ii.

iii. iv.

v.

PALGIARISME

Plagiat/ciplak
Ciplak atau plagiarisme bermaksud perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri (Kamus Dewan) perbuatan memplagiat reputasi penulis/pereka yang dicapai melalui dakwaan penulisan atau rekaan yang palsu.

Akta Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1999)


Kesalahan paling besar. Hukuman
Mengikut jenis kesalahan plagiat.
Amaran Digantung Digagalkan

JENIS-JENIS SISTEM DOKUMENTASI


SISTEM DOKUMENTASI
The American Psychological Association (APA, 1994) The Modern Language Association (MLA, 1995) The Chicago Manual of Style (1993) The Council of Biology Editors (CBE, 1994) The American Chemical Societys (ACS, 1986) The American Institute of Physics (AIP, 1990) Gaya Dewan

BIDANG
Sains Sosial: Psikologi, sosiologi, antropologi,sains politik, ekonomi, pendidikan dan perniagaan. Bahasa dan Kesusasteraan. Sejarah, falsafah, agama dan seni halus. Biologi, botani, zoologi, anatomi dan fisiologi. Kimia. Fizik. Bahasa Melayu: DBP

FORMAT APA The American Psychological Association (APA, 1994)

2 aspek penting dalam proses dokumentasi: 1. Kutipan sumber 2. Rujukan/Bibliografi

1. Kutipan sumber
Petikan yang diambil daripada sumber lain dan dimasukkan dalam teks penulisan. Penting dalam penulisan ilmiah. Menyokong pendapat/idea penulis. Memberi huraian/penerangan lanjut tentang sesuatu pendapat/idea penulis.

Cara menulis kutipan sumber


Jika panjang kutipan kurang daripada 40 pp, kutipan ini boleh digabungkan sekali dengan ayat dan perlu menggunakan tanda pengikat kata (lihat contoh kutipan 1) Jika kutipan sumber melebihi 40 pp, guna bentuk blok tanpa pengikat kata (lihat contoh kutipan 2)

Contoh Kutipan 1
Nathesan (2002:149) menyatakan bahawa kata tabu merupakan kata-kata atau ungkapan yang dielak daripada digunakan dalam pertuturan atau penulisan kerana mendukung makna yang tidak halus atau sopan. @ Kata tabu menurut definisi yang diberikan oleh pengkaji bahasa merupakan kata-kata atau ungkapan yang dielak daripada digunakan dalam pertuturan atau penulisan kerana mendukung makna yang tidak halus atau sopan. (Nathesan, 2002:149)

Kutipan 2
Bahasa bukan saja bertindak sebagai alat komunikasi, malahan menjadi alat kawalan sosial manusia. Dalam berkomunikasi, pemilihan kosa kata atau ungkapan amat penting dan berpengaruh. Pemilihan kosa kata atau ungkapan yang kurang elok atau mengandungi unsurunsur pemali atau tabu akan membawa kesan yang buruk dalam sesuatu komunikasi. Berikutan dengan itu, Noor Aina (2002: 21) menjelaskan bahawa perkataan tabu yang berasal daripada bahasa Polinesia ini digunakan kerana kepercayaan penduduk terhadap kekuatan kuasa ghaib. Jika tabu dilanggar, dikhuatiri seseorang atau semua anggota masyarakat akan ditimpa kecelakaan kerana tabu berfungsi sebagai pengongkong kehidupan sesuatu masyarakat agar tidak melakukan sesuatu perkara dengan sewenangwenangnya
Idea penulis

Huraian lanjut daripada idea asal penulis

Kutipan sumber

Penggunaan ellipsis
Pengguguran perkataan dalam sumber kutipan. 2 jenis: 1.Penggunaan elipsis (

.) empat tanda elipsis digunakan untuk menunjukkan bahawa terdapat pengguguran perkataan/kata di antara dua ayat yang dikutip. 2. Tiga tanda ( ) menunjukkan terdapat pengguguran perkataan dalam satu ayat yang dikutip

Contoh petikan
Dalam perbualan, penutur tidak selalunya menyatakan makna yang sebenarnya seperti yang dimaksudkan. Kadangkala penutur memberi makna yang lebih daripada maksud perkataan yang diujarkan. Penutur juga boleh memberikan makna yang berbeza daripada perkataan yang diujarkannya atau berlawanan daripadanya. Permasalahan ini telah menarik perhatian ahli linguistik terutamanya bidang pragmatik, iaitu satu bidang yang mengkaji makna dari sudut penggunaannya atau makna konteks. Ini bermakna, huraian makna yang lebih lengkap harus mengambil kira maksud penutur dan pendengar dalam konteks situasi pertuturan.
Sumber: Ahmad Mahmud Musanif, Makna Ujaran dalam Wacanan Perbualan dari Teori Pragmatik, 2002, hlm 125)

Contoh penggunaan
Ellipsis 3 titik ( )
Menurut Ahmad Mahmood Musanif, dalam perbualan, penutur tidak selalunya menyatakan makna yang sebenarnya (2002: 125)

Ellipsis 4 titik ( .)
Bagi Ahmad Mahmood Musanif (2002:125), kadangkala penutur memberi makna....yang berbeza daripada perkataan yang diujarkannya atau berlawanan daripadanya.

2. Rujukan/ Bibliografi
Bahan-bahan yang dirujuk oleh penulis dan ditulis dalam teks penulisan. Tanggungjawab penulis untuk mendokumentasikan dalam senarai rujukan. Sumber rujukan boleh terdiri daripada buku, majalah, jurnal, akhbar, sumber elektronik dll. Maklumat lengkap setiap sumber yang dirujuk dan dimasukkan dalam teks dinyatakan dalam senarai rujukan/bibliografi yang disusun mengikut abjad dan nama keluarga. Gunakan nama asal penulis tanpa memasukkan sebarang gelaran yang ada.

Contoh:

Buku Ilmiah
1. Buku tanpa pengarang A World of Stranger: Order and action in Urban Public space. (1999). 2nd. Ed. New York: Basic Books. 2. Buku ditulis oleh seorang penulis Asmah Haji Omar (2005). Bahasa Melayu Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Copleston, F. (1963). A history of philosphy. London: Image Book Edition.

3. Ditulis oleh dua pengarang Dinsman & Sutung Umar R. S. (1983). Sikap dan Pemikiran Usman Awang. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 4. Ditulis lebih daripada dua Ahmad Fauzi Basri, Abdul Rahman Aziz & Ismail Hussein. (1981). Segugus Pandangan dan Harapan. Alor Setar: Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Baharuddin Zainal. Et.al. (1987). Wajah (Biografi Seratus Wajah). KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.Buku terjemahan Peter Trudgill. (1990). Sosiolinguistik (terjemahan Asmah Haji Omar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Artikel Jurnal Ilmiah Collins, J. T. (1992). Bahasa Pantang-Larang di Pulau Tioman: Refleksifikasi Semasa Menuai. Jurnal Dewan Bahasa, Oktober, hlm 916-933. Jeniri Amir (2007). Bahasa Media Indonesia. Dewan Bahasa, Mei 2007, hlm. 18 20. 7. Artikel Majalah
Nawi Ismail. (2000, Oktober). Perubahan dan Kekeliruan Pengguna Bahasa Melayu. Majalah Pelita Bahasa,12(10), 13-15.

Majalah

Surat khabar Johan Jaafar. (2007, 27 Mei). Toleransi Ilmu Teras Kekuatan Islam. Berita Minggu, h.10.

Format Elektronik
Bibliografi dalam talian

Alkire, S. (2002). Introducing Euphemisms to Language Learners . Dicapai pada 28 Oktober 2007, daripada http://itseslj.org/Lessons/Alkire- Euphemisms.html Register . Dicapai pada 15 Januari 2008, daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Register Ismail Zain. Pengorbanan ke Arah Kejayaan. Dicapai pada 10 Jun 2008, daripada http:// motivasiutusan.com

Bahan Rujukan Skunder


Anda telah memetik ungkapan Edward de Bono dan mencatatkannya dalam penulisan anda. Tetapi anda tidak membaca buku yang ditulis sendiri oleh beliau. Petikan tersebut anda ambil daripada tulisan Naapie Mat dan Noraini Abdullah.

Memandangkan anda mengambil bahan rujukan bukan berdasarkan bahan asal, istilah yang digunakan ialah rujukan skunder.

Cara menulis petikan tersebut dalam teks anda seperti berikut:

Berhubung dengan pemikiran, Edward de Bono (seperti yang dipetik dalam Naapie Mat & Noraini Abdullah, 1998, hal. 751) menegaskan bahawa each lesson focuses on a single attention area in some cases the thingking operation around which the lesson centres is crystallized into a specific tool.

Cara menulis senarai Rujukan/Bibliografi Naapie Mat & Noraini Abdullah, (1998, Ogos). Penggunaan Bahan Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu-Pengaplikasian Cort Thingking Programme, Jurnal dewan Bahasa, hal. 750-755.

(tidak perlu mencatatkan nama Edward de Bono dalam senarai rujukan kerana anda tidak merujuk buku asal Edward de Bono, anda hanya merujuk teks yang ditulis oleh pengarang lain)

Latihan
Susun maklumat berikut untuk dimasukkan dalam senara irujukan/bibliografi. Gunakan format APA. 1. Jurnal Nama pengarang: Prof. Madya Dr. Normah Mahmud dan Dr. Shafie Salleh Tahun diterbitkan:2004 Judul artikel: Pengurusan Maklumat Alaf Baru Halaman artikel: 56-70 Judul jurnal: Pemikir Jilid: 20 Bilangan: 3

2. Buku Nama pengarang: Shahnon Ahmad Judul buku: Srengenge Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Tempat diterbitkan:Kuala Lumpur Tahun diterbitkan:1988

3 Jenis bahan: buku Nama pengarang: W. Lawrence Neuman Judul buku: Sosial Research Methods Qualitative and Quantitative Approaches Penerbit: Pearson Education, Inc. Tempat diterbitkan:United State of America Tahun diterbitkan:2006 Edisi:Sixth Edition

3.

Anda sedang menyediakan satu artikel berkaitan bidang sastera remaja dan kanak-kanak. Semasa mencari bahan rujukan, anda menemui konsep cerita fantasi oleh Mohd. Kasim Ismail (2005). Penyataan tersebut dinyatakan seperti berikut:
Cerita fantasi pada umumnya terbahagi kepada dua: fantasi lama dan fantasi moden. Fantasi lama terbentuk dalam cerita rakyat atau tradisional (folktales) yang diceritakan semula dalam bentuk Buku Bergambar, Buku Berilustrasi dan Fiksyen atau Cereka Moden. Antara contoh cerita fantasi yang popular dalam budaya Melayu ialah Bawang Putih Bawang Merah dan Si Tanggang. Cerita fantasi lama bercorak konvensional dan stereotaip. Umumnya cerita dimulakan dengan ungkapa pada zaman dahulu dan diakhiri dengan hidup bahagia selam-lamanya. Cerita fantasi dapat membantu kanakkanak dan remaja menyuburkan daya imaginasi, memahami makna suka dan duka kehidupan, membina idea baru dan kreatif, dan membina impian masa depan. (hlm. 153) :Mohd Kasim Ismail : Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani : 2005 : Cerita Fantasi: Kesesuaiannya sebagai bahan bacaan kanak-kanak dan remaja. Judul Bahan : Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu : Bahasa Wahana Ilmu Bilangan :2 Tempat diterbitkan : Serdang Penerbit :Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Halaman : 151 -16 Pengarang Editor Tahun Judul Artikel

Soalan: 1.Anda ingin memetik sebahagian daripada tulisan tersebut dalam kutipan anda. Tulis kutipan anda dengan menggunakan ayat yang lengkap berdasarkan gaya APA. 2.Tuliskan bibliografi dengan menggunakan format APA.

3. Berdasarkan penyataan di atas juga, tulis kutipan dengan menggunakan kaedah Elipsis tiga titik (...) Elipsis empat titik (....)

Sekian, terima kasih Jumpa lagi pada minggu hadapan.

You might also like