You are on page 1of 6

KERTAS KERJA MINGGU PATRIOTIK BAGI MURID-MURID SJK(C) SINO-ENGLISH, SEREMBAN

1.0 PENGENALAN

Program Minggu Patriotik akan dilaksanakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sino-English, Seremban. Program ini dilaksanakan atas kerjasama semua warga sekolah. Program Minggu Patriotik ini diadakan pada 23 Ogos 2011 hingga 26 Ogos 2011 bagi menambah ilmu pengetahuan pelajar dalam keistimewaan dan sejarah Malaysia di samping memupuk semangat patriotik terhadap negara. Projek tersebut melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta staf sokongan sekolah ini. Program dibahagikan kepada lima hari iaitu setiap hari menjalani aktiviti yang berbeza. Tema aktiviti yang dijalankan perlu berkaitan dengan semangat patriotik negara pada bulan kebangsaan ini.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharapkan dapat mengeratkan silaturahim di

kalangan murid dan guru. Diharapkan pelajar-pelajar dapat mula dilatih untuk lebih menghayati amalan patriotik terhadap masyarakat dan negara bagi memupuk perpaduan di antara satu sama lain terutamanya negara yang berbilang kaum melalui aktiviti tersebut.

2.0 OBJEKTIF Objektif-objektif bagi Program Minggu Patriotik adalah seperti berikut: y Meningkatkan kesedaran murid-murid bahawa semangat patriotik perlu diamalkan sepanjang masa seperti menghormati bendera Negara, menyanyi Lagu Negara, mematuhi Rukun Negara dan sebagainya adalah amalan yang sangat penting dalam proses perpaduan antara penduduk Malaysia yang berbilang kaum.

Menerapkan nilai-nilai murni seperti cinta akan tanah air, berdisiplin dan bekerjasama.

y y y

Memupuk pemikiran kreatif murid-murid dalam melukis dan mewarna. Melahirkan murid inovatif dan kreatif. Menggalakkan aktiviti berkelompok.

3.0 TEMPAT DAN TARIKH Tarikh Masa Sekolah Tempat 4.0 PENGANJUR SJK ( ) Sino - English, Seremban Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar, Seremban : 23 Ogos 2011 (Selasa) 26 Ogos 2011 (Jumaat) : Waktu Rehat (10.15am - 10.35am) : SJK(C) SINO -ENGLISH, SEREMBAN : Depan bilik darjah Tahun 6

5.0 SOKONGAN Guru Besar Guru Penolong Kanan 1 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid-murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum

6.0 KUMPULAN SASARAN Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Darjah Satu hingga Darjah Enam SJK(C) Sino-English.

7.0 PENGENALAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Hari pertama: 22.8.2011(Selasa) 7.1 Aktiviti menyanyi lagu patriotik Beberapa lagu kenegaraan akan disiarkan sepanjang minggu patriotik. Aktiviti menyanyi lagu kenegaraan dijalankan sebagaimana murid-murid menyanyi mengikut lirik yang dipaparkan. Lagu kenegaraan ini akan membangkitkan semangat patriotik dan memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan serentak.

7.2 Aktiviti melengkapkan peta Malaysia Terdapat 6 set peta Malaysia akan disediakan. Murid-murid dikehendaki memadankan negeri Malaysia dan bendera negeri dalam peta yang disediakan. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk kumpulan sebagaimana murid dikehendaki bekerjasama antara satu sama lain dan melengkapkan peta berdasarkan perbincangan dalam kumpulan. Guru berkenaan akan bertugas dan memeriksaan pemadanan yang dibuat oleh murid. Hari pertama: 22.8.2011(Selasa) 7.3 Aktiviti menyanyi lagu patriotik

8.0 JADUAL PROGRAM Minggu Patriotik (23 26 Ogos 2011) Bil Perkara Pertama (Selasa) 1. 2. Aktiviti menyanyi lagu patriotik Aktiviti melengkapkan peta Malaysia 3. 4. 5. 6. Aktiviti membuat bendera kecil Pameran Sejarah Pertandingan Mewarna Pameran Keistimewaan Negara Malaysia 7. Perarakan Kedua (Rabu) Hari Ketiga (Khamis) Keempat (Jumaat)

9.0 Senarai Ahli Jawatan Kuasa(AJK) Jawatan Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari AJK Pameran Nama Pn. Kan Siow Kuan
Pn. Tan Sook Yong

Cik Tee Siow Keng Cik Woh Jane Mak Pn. Tee Siow Keng Cik Tee Siow Keng, Cik Woh Jane Mak

10.0

BELANJAWAN PERKARA BIL 100 50 1 UNIT RM 0.10 Sebungkus RM 5.00 JUMLAH RM 10.00 RM 3.50 RM 5.00

Kertas Lukisan Batang Satay Blu tack

JUMLAH

RM 18.50

11.0

KESIMPULAN Kesinambungan usaha pihak sekolah untuk sentiasa memupuk semangat

patriotik dan cinta akan tanah air serta perpaduan di kalangan penduduk Malaysia. Adalah diharapkan program ini mendapat kelulusan dari pihak sekolah kerana program ini merupakan satu tugasan bagi guru pelatih IPG-KRM belajar merancangkan satu kertas cadangan mengenai sesuatu projek yang akan dijalankan semasa internship. Selain itu, semoga warga sekolah yang bakal meninggalkan bangku sekolah akan membawa bersama-sama dengan mereka budaya hidup dan kerja yang cinta kepada negara.

Disediakan oleh,

.. ( Tee Siow Keng ) Setiausaha Minggu Patriotik

(Who Jane Mak) Penolong Setiausaha Minggu Patriotik

Disemak oleh,

.. Ulasan : ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ____________________________________________________

Sokongan Guru Besar

* Permohonan adalah diluluskan / tidak diluluskan

Disahkan oleh,

. Guru Besar

Tarikh

Cop Sekolah

You might also like