You are on page 1of 1

Tajuk: 23 Saidina Abu Hurairah RA Perawi Hadis 1.

. Riwayat hidup: (a) Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhr Ad-Dausi Al-Yamani. Namanya sebelum Islam ialah Abdu Syams; (b) Dilahirkan di Dus negeri Yaman, 19 tahun sebelum Hijrah; (c) Menjadi anak yatim sejak kecil lagi; (d) Menjadi ahli Suffah, iaitu sahabat-sahabat nabi yang fakir dan miskin di tepi Masjid Nabawi; (e) Wafat pada tahun 59 Hijrah ketika berusia 78 tahun; (f) Mendapat gelaran Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW. 2. Sifat peribadi: (a) Sangat menghormati ibu bapa. Buktinya beliau sangat mengasihi ibunya walaupun dia tidak memeluk Islam. Hasil doa Rasulullah SAW, ibunya telah memeluk Islam; (b) Beliau amat mengasihi binatang. Beliau digelar Abu Hurairah yang bererti bapa kucing kerana beliau sukakan kucing; (c) Sabar dan tabah menghadapi kesusahan hidup. Beliau tidak meminta-minta dalam keadaan lapar. 3. Beliau merupakan seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis walaupun hanya tiga tahun bersama Rasulullah SAW. 4. Beliau telah berjaya meriwayatkan sebanyak 5374 hadis. 5. Seramai 800 orang murid telah datang mempelajari hadis daripada beliau. 6. Faktor kejayaan beliau dalam periwayatan hadis: (a) Berkat doa Rasulullah SAW supaya beliau mudah menghafaz hadis; (b) Beliau rajin menghadiri majlis-majlis ilmu bersama para sahabat; (c) Ketekunan beliau menyebarkan hadis yang diriwayatkannya kepada orang ramai.

You might also like