You are on page 1of 6

JMS 313 SEJARAH EROPAH MODEN

TAJUK : Apakah perubahan-perubahan yang berlaku di Eropah kesan


Revolusi Perusahaan ( 1760 – 1850 )

Revolusi Industri adalah berlainan daripada lain kerana ia bukanlah revolusi yang

datang mengejut,cepat dan menukarkan keadaan dengan cara mendadak.

Proses perubahan yang dibawanya memakan masa yang agak lama. Ia mula

berkembang dengan agak berkesan pada tahun 1760 di Britain dan lambat

sedikit di benua Eropah.

Pada asanya Revolusi Industri ialah proses menukar cara pengeluaran daripada

menggunakan tangan kepada menggunakan jentera. Dalam pengertian yang

lebih luas, Revolusi Industri ialah revolusi yang telah membawa kesan kepada

Pemikiran dan peraturan politik, sosioekonomi dan sistem nilai di Eropah. Aspek

yang kedua inilah yang patut diambil kira oleh kita. Gabungan aspek pertama

dengan aspek yang kedua inilah yang boleh di mengertikan sebagai

industrialisme.

Dengan munculnya zaman Revolusi Industri , maka sistem kilang turut

berkembang di kilang-kilang inilah terdapatnya kumpulan pekerja yang datang

dari daerah luar bandar. Pada masa permulaan Revolusi Industri kedudukan

para pekerja dikatakan tidak begitu terjamin. Kedudukan mereka menjadi lebih

sulit pada masa kemelesetan ekonomi. Dalam keadaan sedemikian, keresahan

pekerjanya menimbulkan masalah . Masalah ini pula agak berlainan daripada

masalah sebelum zaman ini. Sebelum ini pekerja tidak berkumpul di satu tempat

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 1


yang sama tetapi berselerak di ladang-ladang yang berjauhan antara satu sama

lain. Pengumpulan pekerja di suatu tempat melahirkan satu persamaan nasib

dan tujuan dikalangan mereka. Lagipun usaha untuk mengendalikan persatuan

dan gerakan pekerja menjadi mudah.

Pada tahun 1848, secara amnya peringkat pengindustrian di Eropah belum

begitu meningkat. Oleh sebab perkembangan pengindustrian ini masih baru,

maka ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa ia tidak ada kena mengena

dengan percetusan revolusi 1848. Tetapi tidak semua ahli sejarah bersetuju

dengan pendapat ini. Bruum, misalnya mengatakan bahawa antara tiga faktor

utama yang mencetuskan revolusi 1848, iaitu liberalisme , nasionalisme dan

industrialisme, maka industrialismelah faktor yang paling menyeluruh dan

dinamik . Beliau mengatakan bahawa,

“ Walaupun pada tahun 1848 jumlah para pekerja industri di Eropah jauh
lebih kecil daripada bilangan pekerja pertanian, mereka sudah cukup kuat untuk
memainkan peranan penting dalam kebangkitan-kebangkitan pada tahun itu .
Proletariat kota yang sudah mempunyai kedudukan mustahak hasil daripada
Revolusi Industri, telah menambahkan unsur dinamik kepada masyarakat “.

Seterusnya, Bruun menggambarkan dengan cara yang agak dramatik tentang

kesan industrialisme ini. Kedatangan industrialisme pada mulanya dianggap

sebagai satu permulaan kepada zaman gemilang apabila manusia akan

mendapatkan hamba baru dalam bentuk jentera . Tetapi harapan semasa ini

tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya jutaan pekerja mendapati diri mereka

diperhambakan oleh jentera. Mereka juga terpaksa berkerja dalam masa kerja

yang panjang , keadaan yang teruk dan dengan ganjaran yang tidak

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 2


memuaskan. Inilah nasib yang mereka terima daripada majikan yang kurang

bertimbang rasa. Bagi Bruun, gelombang revolusi 1848 adalah pergolakan sosial

yang pertama selepas tumbuhnya sistem kilang dan perkampungan industri.

Dalam konteks ini , revolusi-revolusi 1848 merupakan revolusi dunia moden

yang pertama, kerana pekerja di bawah pengaruh sosialisme, mengancam

peraturan hak milik harta perseorangan. Kaum menengah pula telah buat

pertama kalinya , mendapati diri mereka digolongkan sebagai puak sayap kanan

dan bukannya puak sayap kiri.

Pihak yang menyangkal adanya kaitan antara industrilisme dengan revolusi-

revolusi 1848 boleh diwakili oleh Anderson. Antara hujah Anderson ialah

kemelesetan ekonomi Eropah berlaku antara tahun –tahun 1845-1847 dan

menjelang tahun 1848, keadaan ekonomi sudah bertambah baik. Daerah yang

mengalami kesusahan ekonomi pada tahun – tahun 1845-1847 bukanlah

merupakan daerah yang kencang dilanda revolusi. Revolusi –revolusi 1848

berlaku di kota besar seperti di Paris, Berlin, Vienna, Prague, Naples,

Rome,Venice dan Milan, walhal kegiatan perindustrian yang pesat pada masa itu

terdapat bukannya di kota besar tetapi di bandar kecil yang tidak pula

menghadapi kebangkitan.

Barangkali dapat kita rasakan dengan jelas bahawa perbincangan Anderson ini

adalah ditujukan bagi mengkritik pendekatan yang hanya menekankan faktor

ekonomi sahaja dalam menerangkan pencetusan Revolusi-revolusi 1848. Cara

penerangan atau penekanan seperti yang dibuat oleh Anderson ini adalah juga

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 3


cara yang didapati dalam penulisan Heaton, Pouthas dan Stearns. Heaton

antara lain mengatakan bahawa di Peranchis , tiga suku daripada para pekerja

sebenarnya dalam industri yang terkeluar daripada lingkungan yang dikatakan la

grande industrie atau industri besar. Pouthas pula mengatakan bahawa

pengumpulan kaum pekerja secara beramai-ramai dalam industri atau kilang

adalah suatu yang agak luar biasa. Tambah Pouthas , tempat terdapat industri

yang mempunyai banyak pekerja tidak pula terdapat ciri-ciri yang begitu

menjejaskan kedudukan kaum pekerja seperti yang dicanang dan dibantah oleh

Engels. Beliau mengatakan bahawa keadaan yang menjejaskan kedudukan

kaum pekerja hanya terdapat di England. Gambaran yang senada dengan ini

terdapat juga dalam penulisan Stearns:

“ Tangapan….. bahawa para pekerja kilang dan ketidakpuasan hati yang


diakibatkan oleh kilang memainkan peranan utama dalam Revolusi-revolusi 1848
memberikan gambaran yang berlebihan tentang tahap pengindustrian di benua
{ Eropah } dan tidak menghiraukan penempatan yang sebenarnya”.

Penekanan yang dibuat oleh Anderson,Heaton, Pouthas dan Stearns terhadap

aspek peri barunya perkembangan industri di Eropah pada masa itu tidaklah

secara automatik melemahkan hujah Bruun. Bruun sendiri mengakui kenyataan

tentang industri ini . Apa yang boleh melemahkan hujah Bruun ialah jika ahli

sejarah seperti Anderson, Heaton, Pouthas dan Stearns dapat membuktikan

bahawa faedah ekonomi kepada kaum pekerja Eropah. Tetapi ini susah untuk

dibuktikan. Pounthas sendiri selepas mengatakan bahawa industri di benua

Eropah tidaklah mempunyai pekerja seramai yang terdapat di England dan

keadaan mereka tidaklah seburuk keadaan pekerja Inggeris, telah pula

menambah rumusan begini :

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 4


“ Tetapi tidaklah bermakna yang keadaan para pekerja itu tidak buruk….
Kerana mereka telah hilang perlindungan daripada peraturan lama negara tetapi
belum lagi mempunyai kekuatan kerana bilangan mereka kecil dan persatuan
pekerja belum wujud “

Stearns juga bukanlah menafikan sama sekali peranan yang dimainkan oleh

Revolusi Industri. Beliau mengatakan bahawa , “ Revolusi Industri “ tidaklah

boleh diketepikan tetapi peranannya lebih halus . Stearns juga mendakwa

bahawa idea sosialis tidak begitu menarik perhatian kaum pekerja yang selalu

buta huruf, atau terlalu miskin untuk berupaya memberontak. Namun begitu

beliau tidak menafikan kesan saingan yang telah ditimbulkan oleh proses

perjenteraan terhadap para pekerja dalam beberapa bidang industri.

Anderson juga turut menyedari akibat tidak baik yang telah timbul dalam bidang

ekonomi. Anderson menggambarkan tahu 1845- 1847 dengan menulis bahawa,

“ Keadaan ekonomi pada tahun 1845-1847 tentu merupakan sebahagian


daripada latarbelakang revolusi yang mustahak. Ia membantu menggoncangkan
lagi kewibawaan dan keyakinan diri rejim yang ada pada masa itu di seluruh
Eropah dan menjadikan para pekerja biasa, yang selalunya tidak berpolitik dengan
berkesan, sedia untuk membantu menjatuhkan ataupun sekurang-kurangnya
melihatnya jatuh tanpa sesalan “.

Dalam petikan di atas , kita dapat juga merumuskan barangkali satu gambaran

yang berlaku hasil daripada kesan Revolusi Perusahaan 1760-1850 ke atas

penduduk-penduduk di benua Eropah . Perubahan –perubahan yang paling

ketara diperlihatkan kepada kita terutamanya sistem sosialnya telah berubah

sama sekali di mana terdapatnya satu kekuatan dikalangan para pekerja melalui

kesatuan pekerja yang dibentuk khusus untuk menjaga kebajikan mereka

daripada penindasan para majikan mereka.

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 5


BIBLIOGRAFI

1. Qasim Ahmad, Eropah Moden, Arus Sosiopolitik Dan Pemerintahan, Edisi


Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Ashton, T.S, The Industrial Revolution 1760-1830 ( HC 255 Ash )

3. Fasel, George, Europe in Upheaval: The Revolution of 1848 ( D 387 Fas )

4. Clark,George, Erly Modern Europe ( D 223 Cla )

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 6

You might also like