You are on page 1of 5

Alat dan Bahan Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering ataumedia basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerjamenggambar. Selain dari itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan keatas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 31 Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar: Berbagai jenis pensil

Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil Kapur berwarna Oil pastel Artline atau marker Berbagai jenis pen Gouche, akrilik, cat minyak Stensil Kolaj Capan, cetakan Lilin Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, dan buah-buahan Penyedut minuman Gunting, pisau lipat, gam Berbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan comte . Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 32

Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti.

Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan Pelbagai alat dan bahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keber kesanan pembelajaran ke tahap yang

optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesas seseorang guru perlu cekap memilih alat dan bahan yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai kegunaan alat dan bahan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan. Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jen is aktiviti menggambar. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan -bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan comte. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik atau kekuda dan alat masking. Permukaan untuk catan adalah seperti kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain -lain lagi. Alat -alatan dan perkakas lain adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, easel atau kekuda dan alat masking.
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

44 Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain -lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Anda

RUJUKAN : Albert, G, Wolf, R. (1991) Basic Drawing Techniques. Cincinnati, Ohio: North Light Bates, J, (2000). Becoming Art Teacher. USA: Wadworth. Caroll, D. (1994). The State Of Teory: History, Art and Critical Discourse . London: Cambridge University Press. Hargreaves, David J. ( 1987 ) Children And The Arts. Philadelphia: Open University Press Herr, (2001) Creative Learning Activities For Young Children . USA: Delmar Learning Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, (2006). Teknologi & Rekabentuk Grafik Digital, Kuala Lumpur: Venton Publishing. Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah menengah dan rendah . KL:Kementerian Pendidikan Malaysia Jemaah Nazir Sekolah. (2003). Standard kualiti pendidikan Malaysia. sekolah: Instrumen pemastian standard. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah:

Pernyataan standard. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR .K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR .K.L.: DBP. Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni . KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

You might also like