You are on page 1of 1

Karangan Contoh - Aktiviti Gotong-royong

Masyarakat Melayu memang kaya dengan peribahasa. Salah satu peribahasa yang harus tersemat dalam jiwa masyarakat kita yang saban hari sibuk dengan urusan harian ialah berat sama dipikul ringan sama dijinjing . Peribahasa ini jelas mengambarkan betapa pentingnya semangat gotong -royong dalam melahirkan masyarakat yang sentiasa hidup saling membantu . Pada minggu yang lepas, kawasan kediaman saya telah mengadakan aktivti gotong-royong yang melibatkan semua penduduk taman perumahan saya. Sejak awal pagi lagi sebelum fajar menyingsing, kami telah berkumpul di dewan orang ramai. Masing-masing telah membawa peralatan yang akan digunakan untuk menjalankan kerja -kerja membersihkan kawasan persekitaran. Sebelum memulakan kerja, Pengerusi Persatuan Taman Bintang sempat menyampaikan sepatah kata dua. Beliau merakamkan rasa syukur beliau kerana dapat mempertemukan penduduk daripada berbilang bangsa di bawah satu bumbung untuk bersama -sama menjalankan aktiviti yang mendatang kan banyak maslahat(faedah) ini. Sejurus selepas ucapan beliau, aktiviti gotong -royong pun bermula. Penduduk kami menjalankan kerja -kerja membersihkan dan mengindahkan kawasan taman perumahan dengan begitu gembira dan bersungguh -sunnguh. Sementara itu, beberapa orang kaum wanita pula sibuk menyediakan hidangan tengah hari untuk kami. Kami berkerjasama bagai aur dengan tebing supaya kerjakerja yang diagihkan tadi dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Kira-kira jam 12 tengah hari, kawasan taman perumahan kami kelihatan begitu bersih dan ceria. Walaupun kepenatan dan keletihan, namun kami tetap berasa gembira kerana taman perumahan kami kini telah berubah wajah. Kami berharap aktiviti gotong -royong ini dapat diteruskan sampai bila -bila masa kerana amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas.

You might also like