You are on page 1of 8

Ibn Khaldun

Oleh: Akhma Zunairah Binti Ahmad

ABSTRAK Pada mula nya ringkasan ini berkisarkan tentang latar belakang Ibn Khaldun. Sejarah tentang latar belakang keluarga nya juga di terapkan sedikit dalam ringkasan ini. Sjarah tentang pendidikan juga di masukkan dalam ringkasn ini. Bermula dari pendidikan rendah sehingga pendidikan yang paling tinggi. Ringkasan ini juga menerang kan tentang keturunan beliau serta tempat perlindungan beliau. Bah kan ringkasan ini menerang kan dengan lebih terperinci tentang hasil tulisan atau karya-karya beliau. Selain itu, ringkasan ini juga menerang kan dengan lebih mendalam tentang aspek aspek budaya Islam serta pemikiran orang Islam. Beliau amat menitik erat kan tentang pemikiran dan budaya yang di amal kan oleh oran g Islam. Seterus nya ialah tentang tamadun yang di bawa oleh orang Islam. Perkara -perkara yang menggalakkan pembentukan tamadun juga di huraikan dalam ringkasan ini. PENDAHULUAN Dalam ringkasan yang telah saya sediakan ini adalah mengenai pemikiran Ibnu Khaldun (Allahu yarhamuh) yang menyentuh pengajarannya berkenaan dengan peradaban dan budaya, ciri -cirinya, faktor-faktor pembentukannya, dan sebab sebab yang menguatkannya. Ringkasan ini adalah berkaitan tentang perkembangan semasa, dan bagaimana ajarannya ini boleh dimanafaatkan bagi menangani perubahan budaya dan menguatkannya dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam zaman globalisasi ini. Percubaan yang bercorak sederhana ini diharapkan akan disempurnakan oleh mereka yang mahir dalam bidang ini. Pelba gai topik telah di huraikan dalam ringkasan ini untuk tujuan pengetahuan semua yang ingin mengetahui tentang Ibnu Khaldum. Allahumma amin. RIWAYAT HIDUP SECARA RINGKAS Nama beliau ialah Wali al -Din Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun, dilahirkan di Tunis tahun 1332, dan meninggal dunia di Kahirah, tahun 1406. Sebagaimana yang beliau sebutkan sendiri dalam riwayat hidupnya (at -Tarif bibni Khaldun) keluarganya berasal dari keturunan Khaldun yang berketurunan Arab Selatan, yang datang ke Sepanyol dalam tahun -tahun awal masa pembukaan Sepanyol oleh tentera Arab Muslimin; kemudian mereka menetap di Carmona, kemudian berpindah ke Seville.

Dalam abad-abad berikutnya keluarga Ibn Khaldun itu secara berturutan memegang jawatan-jawatan pentadbiran dan politik yang tinggi di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah, al-Murabitun dan al-Muwahhidun; ahli-ahli lain keluarga itu berkhidmat dalam tentera dan beberapa orang dari mereka terkorban dalam peperangan az-Zallaqah (1086) yang buat sementara waktu menghentikan pengambilan kembali Sepanyol oleh tentera Kristian. Bagaimanapun selepas kejatuhan Seville, keluarga Ibn Khaldun itu berpindah ke Tunis, di mana Ibn Khaldun dilahirkan, dan juga di mana beliau mendapat pendidikan awalnya. Di sana juga, semasa dalam umur belasan tahun beliau masuk dalam perkhidmatan Sultan Mesir iaitu Sultan Barquq. Beliau berlindung di kampung kecil Qalat ibn Salamah di Algeria, di situlah beliau berpeluang untuk mengarang kitab al -Muqaddimahnya yang terkenal itu, yang berupa jilid pertama dari kitab sejarah dunia yang menjadikan beliau mendapat nama yang kekal abadi antara para ahli sejarah, sosiologi dan falsafah. Keadaan tidak menentu dalam kerjayanya masih berterusan, dengan negeri Mesir menjadi tempat ia menetap dalam 24 tahun terakhir dalam umurnya. Di sini beliau hidup dalam keadaan mendapat kemasyhuran dan penghormatan sehingga beliau dilantik sebagai Ketua Hakim dalam mazhab Maliki dan juga guru yang memberi kuliah di Universiti al-Azhar yang masyhur itu; tetapi dikatakan kedengkian menyebabkan beliau dipecat dari jawatannya sebanyak lima kali. Kitabnya yang terkenal sekali ialah al -Muqaddimah (Pendahuluan) yang merupakan kitab terbesarnya ("masterpiece"nya) tentang sejarah, falsafah dan sosiologi, termasuk pendidikan. Tema utama dari kitab yang "monumental" ini ialah untuk mengetahui tentang fakta -fakta psikologi, ekonomi, alam sekitar, dan kemasyarakatan yang memainkan peranan dalam proses memajukan peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya. Pandangan-pandangan beliau yang revolusi dan asli, menarik perhatian ulama dan sarjana Islam, dan juga para pemikir Barat. Dalam pemerhatiannya tentang pengajian sejarah, beliau merupakan sarjana pertama, dan juga pengasas, dalam meletakkan laporan -laporan sejarah di bawah dua ujian iaitu ujian kemanasabahan pada akal dan ujian undang -undang sosial dan fisikal yang diperhatikan. Beliau memberi penelitian secara analisis ke atas peradaban manusia, permulaannya, faktor-faktor yang membawa kepada pembangunannya, dan juga faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhannya. Dengan itu, beliau mula mengasaskan satu ilmu baru, iaitu ilmu berkenaan dengan pembangunan sosial atau sosiologi. Dengan memilih kaedah atau cara istimewa dan baru dalam analisis , ia mencipta dua ilmu baru iaitu Historiologi atau analisis dan kajian sejarah sebagai ilmu khusus dan juga sosiologi sekaligus. Oleh kerana beliau memberi penekanan kepada akal fikiran dan keperluannya dalam menghakiki sejarah dan peristiwa -peristiwa kemasyarakatan, sesetengah sarjana mendakwa beliau cuba menolak pengetahuan agama yang biasa dan konvensyenal dan menggantikannya akal fikiran dan falsafah rasional. Dalam Surah al-Baqarah: ayat 164 terdapat ayat yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bum i, dalam pergantian siang dan malam, dan berlayarnya kapal -kapal melalui lautan untuk faedah umat manusia, dan hujan yang Tuhan turunkan dari langit, dan kehidupan yang diadakanNya melaluinya kepada bumi yang mati, dan haiwan -haiwan semua jenisnya yang ada di serata bumi, dan perubahan angin dan awan yang mengekori yang ditundukkan antara langit dan bumi - (di dalam ini semuanya) sesungguhnya ada tanda -tanda bagi orang-orang yang bijaksana. Tentang kaedah penyelidikan beliau memberi penekanan tentang perl unya perkara-perkara kemasyarakatan dan peristiwa sejarah diberi analisis secara saintifik dan objektif. Beliau menyatakan bahawa semua yang berlaku dalam sejarah dan mesyarakat itu bukannya hasil daripada perkara -perkara yang berlaku secara berkebetulan, tetapi semuanya dikawal oleh undang -undangnya yang tersendiri, undang-undang yang boleh dicari dan didapati dan kemudian boleh diaplikasikan dalam penyelidikan tentang masyarakat, tamadun dan sejarah.Beliau menyatakan bahawa para ahli sejarah membuat kesil apan dalam penyelidikan mereka tentang peristiwa sejarah kerana tiga faktor. Yang pertama ialah kejahilan mereka tentang hakikat dan keadaan peradaban dan umat manusia. Kedua ialah sikap prejudis atau prasangka mereka. Yang ketiga ialah sikap mereka berta klid mengikut laporan-laporan yang diberi oleh orang lain tanpa usul periksa. Ibn Khaldun menunjukkan bahawa kemajuan yang sebenarnya serta pembangunan adalah melalui kefahaman yang tepat tentang sejarah. Kefahaman yang tepat dan benar itu boleh dicapai m elalui pemerhatian terhadap tiga perkara penting. Antara nya ialah seseorang ahli sejarah itu hendaklah jangan ada prasangka dengan apa cara sekalipun samaada pro atau kontra terhadap sesuatu perkara samaada manusia atau idea. Seterus nya ialah seseorang i tu hendaklah mengesahkan dan memeriksa laporan-laporan yang didapati. Seterusnya ialah seseorang itu hendaklah jangan membataskan sejarah kepada penelitian tentang sejarah politik dan ketenteraan sahaja ataupun berita -berita berkenaan dengan para pemerinta h dan negara-negara sahaja. Al-Muqaddimah itu dikenali sebagai kitab yang penting semenjak dari masa hayat pengarangnya sendiri lagi.Jilid-jilid kitabnya yang lain berkisar tentang sejarah dunia - Kitab al-Ibar - membicarakan sejarah bangsa Arab, sejarah para penguasa semasa, penguasa-penguasa Eropah sezaman dengannya, sejarah Arab zaman purba, Yahudi, Yunani, Rom, Parsi purba, dan sejarah islam, dan sejarah Mesir dan sejarah Afrika Utara, terutamanya sejarah bangsa Barbar dan kabilah -kabilah yang berdekatan. Jilid terakhir ialah al-Tasrif. Sebagaimana halnya dengan kitab kitabnya yang lain, ianya ditulis dari segi perspektif analitikal dan memulakan cara baru dalam menulis seni biografi. Ringkasnya, pengaruh Ibn Khaldun dalam sejarah, falsafah sejarah, s osiologi, sains politik, dan pendidikan -pendeknya jasanya dalam epistemologi Sunni - kekal dan mendominasi sampai ke zaman kita ini. Beliau juga diakui sebagai pemimpin dalam menulis biografi dan pembaharuan dalam pendidikan dan psikologi pendidikan serta penulisan persuratan yang indah dan tinggi kualitinya dalam Bahasa. Al -

Muqaddimahnya ada terjemahannya dalam Bahasa Melayu (terbitan DBP) dan Bahasa Indonesia selain itu dalam terjemahan Inggeris yang terkenal oleh Franz Rosenthal dalam tiga jilid itu. BERKENAAN DENGAN NAIK TURUNNYA BANGSA -BANGSA(5) Ibn Khaldun menyatakan bahawa bangsa -bangsa dan peradaban mengalami naik turunnya dalam bentuk pusingan. Titik -titik yang menghubungkan pusingan atau giliran ini sering kali terbayang dalam perangai dan tabia t para pemimpin atau penguasa dan juga tabiat dan perbuatan ahli masyarakat yang berkenaan. Pada pendapat beliau, pusingan itu selalu ada dalam masyarakat manusia dan sejarahnya. Oleh sebab itu perkara penting ialah usaha untuk mengecam hubungan dan saling kait mengait antara faktor -faktor yang berkenaan itu. Kehidupan Ibn Khaldun yang penuh dengan pelbagai macam peristiwa naik turun dan kegoncangan itu, beliau berusaha sampai mendapat kedudukan perdana menteri, dan disatu pihaknya pula beliau dipenjarakan beberapa tahun oleh kerana tuduhan-tuduhan, dan kadang kala kerana cubaan untuk menentang pemerintah. Kerjayanya selama suku abad itu yang didahului dengan pengajian yang mendalam tentang ilmu-ilmu yang ada pada zamannya termasuk Quran dan tafsirnya penuh dengan pelbagai macam peristiwa dan antara huraian -huraian yang penting tanpa tara ialah huraiannya berkenaan dengan naik turunnya bangsa -bangsa. Pada beliau naik turun bangsa -bangsa berlaku sama sahaja pada mereka yang Muslim dan juga yang bukan Muslim. Beliau mengkaji sejarah bangsa -bangsa yang ada pada zamannya dan juga sejarah zaman lampau mereka. Beliau melawat banyak tempat-tempat yang menjadi pusat kekuasaan pada zamannya yang terletak dalam dinasti-dinasti Islam. Antara faktor-faktor yang membawa kepada kekuatan bangsa -bangsa itu termasuklah bebarapa faktor yang - dengan izin Ilahi - membawa kepada kekuatan dan kejayaan. Antaranya ialah: Faktor Asabiyyah atau Perpaduan Sosial atau Kesetiakawanan. Ibn Khaldun memandang penting perpaduan sosial dan etika sosial yanhg mengikat hubungan manusia dalam sesuatu bangsa atau umat itu menjadi kuat. Berhuhungan dengan ini Ibn Khaldun menyuatakan bahawa asabiyyah yang ditentang oleh Syara dan Nabi Muhammad saw itu ialah asabiyyah yang berlaku dalam hubungan dengan penindasan dan perbuatan zalim, bukannya zat asabiyyah itu sendiri, sebagaimana juga keadaannya dengan sifat marah. Walaupun ini bermula dengan hubungan keluarga dan kabilah, akhirnya ia termasuk ke dalam mereka yang ada hubungan dengan apa cara sekalipun dengan mereka yang mempunyai asabiyyah yang awal itu. Beliau menyatakan bahawa asabiyyah datang hanya daripada pertalian darah ataupun sesuatu yang sama seperti itu. Konsep asabiyyah yang digunakan oleh Ibn Khaldun dalam membicarakan kekuatan dan keberkesanan hidup serta kejayaan menjunjung agama dan tamadun melalui asabiyyah ini perlu dimenafaatkan oleh Muslimin untuk membina kekuatan sesama mereka dan kemudian pihak lain bersama -sama dengan mereka dalam hal ini bila

mereka menunjukkan contoh y ang baik dan berguna melalui perpaduan antara sesama mereka. Selain faktor-faktor di atas, faktor yang seterus nya ialah tentang : Faktor Kekuatan Dalam berfikir Dan Menjayakan Budaya Ilmu.Ibn Khaldun memerhatikan bahawa umat Islam mendapat kedudukan yan g mulia dan tinggi dalam dunia ini bila mereka mempunyai kemampuan yang tinggi dalam berfikir dan juga mempunyai kemampuan yang tinggi dalam ilmu pengetahuan - yang ditonton oleh keimanan mereka yang tinggi dan ketaqwaan mereka kepada Allah dalam kegiatan berfikir dan ilmunya. Dalam kitab Muqaddimahnya dalam bab yang membicarakan ilmu pengetahuan beliau menyebut tentang perkambangan ilmu ilmu dalam Islam bermula dengan ilmu berkenaan dengan Quran, Sunnah, hukum, akidah, akhlak, tasawwuf, sampai kepada ilmu perubatan, ekonomi dan seterusnya yang memungkinkan tamadun Islam berkembang dalam dunia dengan jayanya mengembangkan ilmu-ilmu Syariyyah dan juga ilmu-ilmu akliah.Muslimin memainkan peranan memberi kefahaman tentang ilmu yang asli dan juga olahan yang mereka buat daripada warisan tamadun yang terdahulu dalam perubatan, falsafah, fisik, kimia dan seterusnya. Ilmu-ilmu itulah yang menyebabkan kehidupan Muslimin dalam tamadun mereka dengan jayanya dilihat dari segi duniawi dan juga keagamaan. Hubungan dengan akal dan berfikir beliau mempunyai huraian yang sangat menarik. Beliau membuat perbezaan antara akal nazari yang membuat teori -teori dan akal tajribi yang mahir melalui percubaan -percubaan dalam hidup serta akal tamyizi yang cekap boleh membezakan antara sesuatu dengan sesuatu yang lain. Beliau berbicara bagaimana cara berfikir yang bermatlamat. misalnya usaha hendak mengadakan bumbung atau atap rumah untuk perlindungan daripada panas dan hujan. Beliau menyatakan bila seseorang berfikir tentang bumbung dia akan terfikir bahawa sebelum bumbung ada mestilah ada tiang dahulu dan dinding di mana bumbung itu boleh diletakkan di atasnya. Bila siap dinding dan tiang barulah difikirkan bumbung. Tetapi sebelum ada tiang dan dinding mestilah ada dasarnya dahulu. Maka perlulah difikirkan tentang lantai atau dasarnya tempat tiang dan dinding itu boleh dibina. Dengan itu mestilah lantai atau tanah itu diusahakan dahulu, kemudian barulah dinding dan tiangnya, kemudian barulah bumbungnya dengan tertib yang betul. Itulah fi kiran orang yang berjaya. Beliau menyebutkan bagaimana ada orang yang boleh berfikir sampai tiga tahap, empat dan lima tahap, demikian seterusnya dengan melihat mata -rantai perkara-perkara yang berkaitan, sampai kepada natijahnya. Semakin banyak tahap -tahap dalam berfikir boleh dijangkau oleh seseorang semakin tinggi kemanusiaannya. Beliau juga berbicara berkenaan dengan falsafah menulis. Bila seseorang itu terlibat dalam menulis maka ia terlibat dalam satu kegiatan yang membabitkan tangannya yang bergerak , daya khiyalnya yang membentuk huruf sesuai dengan maksudnya, dan nafs al-natikahnya iaitu segi dirinya yang memahami makna dan ilmu, aspek akalnya, memahami makna yang hendak diungkapkan. Kesabaran dan ketekunan merupakan sifat yang menguatkan dan menja yakan umat tamadun.Ini dihuraikan oleh Ibn Khaldun tentang bagaimana pada tahap -tahap awal dalam perkembangan bangsa -bangsa, sifat-sifat sabar dan tekun dalam

perjuangan itu kuat, dan itu menjadikan bangsa atau daulah itu kuat. Tetapi bila perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang kemudian selepas kejayaan yang awal itu timbul cara hidup mewah yang melalaikan dan sifat sabar dan tekun dalam perjuangan itu beransur -ansur hilang. Ibnu Khaldun menyebut dalam hubungan dengan perkembangan tamadun pada peringkat kemudian bila ianya akan musnah maka ditandai dengan beberapa perkara: banyaknya kemewahan, kehidupan penuh dengan hiburan dan perhiasan, kehidupan cara homoseks di kota -kota, politik wang, kerana mereka yan memimpin tidak mampu lagi mendapat kesetiaan dengan sifat-sifat utama yang dibuktikan dan mengajak orang lain kepada perjuangan, maka berlakulah politik wang. Dengan itu moral masyarakat merosot. Orang-Orang Timur secara umumnya jauh lebih mantap dan teguh berbanding dengan masyarakat Maghribi dalam memberi pengajaran ilmu. Bahkan ramai orang orang Maghribi yang pergi ke Timur dalam mencari ilmu pengetahuan mempunyai anggapan bahawa secara umumnya akal fikiran orang -orang Timur adalah lebih sempurna daripada orang -orang Maghribi. Mereka beranggapan b ahawa nafsu natikah (atau bahagian jiwa yang berfikir dan menerima ilmu) (orang -orang Timur) adalah lebih sempurna pada tabiat kejadiannya daripada apa yang ada pada orang orang Maghribi. Orang-orang yang hidup dalam budaya secara menetap memiliki peratur anperaturan dalam segala perkara yang mereka lakukan dan yang akan mereka kerjakan atau yang mereka tidak akan kerjakan. Dengan demikian mereka mendapat cara-cara tertentu dalam mengusahakan penghidupan, mencari tempat tempat tinggal, mendirikan bangunan -bangunan, menangani masalah-masalah keagamaan dan keduniaan mereka, termasuk masalah -maalah adat-adat kebiasaan pada adat istiadat mereka. Apabila seseorang membandingkan tentang budaya masyarakat dengan orang -orang Badui, maka boleh diperhatikan bagaiman a lebih banyaknya kebijaksanaan pemikiran dan kepandaian yang ada pada orang yang berbudaya tetap itu. Kita boleh dapati ada sebahagian daripada orang -orang Badui yang memiliki kefahaman, dan kesempurnaan akal serta kecekaan semula jadi yang paling tinggi sekali. Nampaknya apa yang kelihatan secara lahir (sebagai kelebihan) orang -orang berbudaya menetap adalah hanya hasil daripada penghalusan dan penggilapan kemahiran-kemahiran serta pengajaran ilmu -ilmu yang diterima oleh mereka. Kita pada masa ini meli hat bahawa ilmu pengetahuan dan pengajaran ilmu ada di Kahirah pula iaitu di Mesir, kerana tamadun di sana terbentuk dengan tingginya dan budaya menetapnya telah menjadi tetap teguh beribu -ribu tahun lamanya. Oleh itu kemahiran-kemahiran teguh di sana dala m banyak jenisnya. Satu daripadanya ialah pengajaran ilmu di sana. Keadaan yang sedemikian ini diperteguhkan lagi dan dijaga di Mesir oleh beberapa peristiwa dalam dua ratusan tahun lalu di bawah dinasti Turki, semenjak masa pemerintahan Salahud -Din alAyyubi dan seterusnya.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK MENGUATKAN BANGSA DAN TAMADUN Perpecahan yang melemahkan umat samaada kerana ideologi siasah atau kerana lain-lain kecenderungan budaya dan kelainan pendapat perlu di tangani dengan mengamalkan budaya beradab. Kerosakan pegangan dan nilai -nilai melalui unsur-unsur fahaman yang salah dan menyeleweng dalam agama dan penafsiran yang tidak sebenar serta pengaruh budaya hiburan yang berlebihan (entertainment culture) yang boleh mengatasi budaya ilmu dan intelektuil yang akan melemahkan bangsa dan umat dari segi jangka panjang. Pengaruh budaya politik yang mungkin berlaku melebihi kewajarannya dilihat dari segi perkembangan budaya dan hidup intelektuil umat yang perlu ditangani dengan segera. Pegaruh yang tidak seimbang yang berlaku kerana tidak tunduk kepada epistemologi Sunni yang seimbang, sebagaimana yanhg ditunjukkan dalam al Muqaddimah oleh Ibn Khaldun. Ibn Khaldun menyatakan bahawa peranan agama ialah menyatupadukan Bangsa Arab dan membawa kemajuan kepada mereka dan masyarakat mereka.Ia menunjukkan bahawa ketidakadilan, sifat kuasa raja bermahrajalela, dan penindasan adalah tanda -tanda yang menunjukkan kejatuhan dalam sesebuah negara. Beliau menunjukkan bahawa falsafah yang berbentuk met afisika mendatangkan faedah mempertajamkan akal fikiran seseorang. Beliau menyatakan juga bahawa pengetahuan tentang perkara -perkara metafiska terutama dalam hubungan dengan keimanan boleh didapati hanya daripada wahyu. Beliau juga seorang yang terkemuka dalam pendidikan. Beliau menyatakan bahawa paksaan adalah seteru kepada pendidikan, membawa kepada timbulnya sifat malas, berbohong dan sifat bermuka dua. Beliau juga menunjukkan kepada pentingnya contoh tauladan yang baik untuk ditiru, serta juga penguasa an yang baik dalam penggunaan bahasa. KESIMPULAN TENTANG USAHA MENGUATKAN BUDAYA DAN TAMADUN BANGSA Antaranya perrpaduan Muslim Melayu yang kuat di negara ini sebagai nukleus untuk perpaduan yang lebih luas dengan Melayu Muslim sebagai contoh tauladannya. Perpaduan Melayu sebagai teras ini adalah selari dengan penonjolan kepada prinsip 'asabiyah yang positif yang diberikan pembelaannya oleh Ibn Khaldun dalam huraiannya tentang 'asabiyah yang disebutkan olehnya sebagai prinsip kekuatan yang menjayakan agama dan peradaban yang besar dan teguh. Asabiyah yang ditentang oleh Nabi s.a.w. katanya ialah asabiyah yang membawa kepada kejahatan, bukannya yang ditentang zat asabiyah itu sendiri. Beliau menyamakan larangan itu dengan larangan terhadap sifat marah. Yang ditentang bukan sifat marah itu sendiri tetapi sifat marah yang mambawa kepada kejahatan. Kemarahan yang berlaku dalam jihad, itu marah yang terpuji. Perpaduan Melayu mesti

diperjuangkan sampai berjaya dengan dimanafaatkan prinsip asabiyah dalam huraian Ibn Khaldun ini. Seperkara lagi asabiyah yang disebut oleh Ibn Khaldun adalah secara kebetulannya menyamai konsep "Melayu" di kalangan kita sebagai orang yang beragama Islam dan berbahasa Melayu serta yang mengamalkan adat istiadat Melayu. Dan adat istiadat itu pula adalah tatatertib yang berkebetulan dan diterima oleh Syara'. Seperkara lagi ialah sudah tentu pengawalan ke atasn ajaran dan amalan Ahlis Sunnah wal-Jamaah yanhg dihuraikan sistem ilmunya dalam "al -Muqaddimah"nya dalam semua bidangnya. Beliau m emberi pembelaan terhadap usuluddinnya, fiqhnya, tasawwufnya, sejarahnya, nahu sarafnya, sains, fisik, hisabnya, demikian seterusnya; semua ilmu-ilmu itu beliau lihat dalam perspektif faham ilmu Ahlis Sunnah wal-Jamaah. Cara-cara berfikir mengikut kaedah Islam antaranya sebagaimana yang ada dalam ibn Khaldun dan juga dalam ajaran Imam al -Ghazali hendaklah diberi perhatian sewajarnya, selain daripada mengambil tahu tentang cara -cara berfikir masakini untuk perbandingan bagi mereka yang sewajarnya. Dalam huraian Ibn Khaldun diambil berat tentang perkembangan ekonomi yang baik dan makmur yang memberi kesenangan hidup kepada umat dengan polisi pemerintah yang baik dengan para ahli perniagaan yang berniaga dengan berjaya. Beliau juga memberi panduan dalam bidan g pencukaian sehingga komen -komennya tentang pencukaian mempengaruhi Presiden Reagan masa pemerintahannya. Sebanyak dua kali Reagan menyebut ibn Khaldun dalam hubungan dengan pencukaian di Amerika Syarikat. PENUTUP Ibnu khaldun merupakan seorang yang ber pendidikan tinggi serta berfikiran luas dalam membentuk tamadun Islam yang berdarjat tinggi. beliau banyak menghasilkan karya-karya agung yang menjadi panduan pada kita semua. Ini terbukti melalui penghasilan karya nya yang telah berkembang dan terkenal k e Negara luar. Malah penulisan nya juga di terjemahkan dalam pelbagai bahasa contoh nya Inggeris. Negara luar juga menjadi kan karya nya sebagai panduan. Ibn Khaldun juga menitik berat kan budaya -budaya orang Islam. Dalam karya nya juga banyak di sebut tentang budaya Islam. Kita boleh jadi kan beliau sebagai ikon untuk meluaskan cara-cara pemiiran tentang sesuatu perkara kerana beliau merupakan seorang yang bijak dalam berfikir. RUJUKAN Ditulis oleh : Muhammad Uthman Bin El-Muhammadi

You might also like