P. 1
Hubungan Sukatan Pelajaran Dengan Fpn

Hubungan Sukatan Pelajaran Dengan Fpn

|Views: 2,819|Likes:
Published by Sara Nordin

More info:

Published by: Sara Nordin on Aug 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/27/2013

pdf

text

original

PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

ISI KANDUNGAN PRAKATA PENGENALAN KONGSEP DAN PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU HUBUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PENUTUP RUJUKAN

PRAKATA

Saya berasa bangga dan gembira dengan terhasilnya tugasan bertajuk Perkaitan Falsafah Kebangsaan Dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan ini memperlihatkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan tunjang kepada guru-guru dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai seorang pendidik yang harus berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dalam setiap pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Di dalan tugasan ini dinyatakan bahawa sistem pendidikan negara tidak hanya mementingkan akademik sahaja malahan kerohanian juga diberi keutamaan kerana dengan kerohanian boleh menjadikan generasi akan datang berfikir menggunakan akal fikiran bukan nafsu.

PENGENALAN

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Misalnya, interaksi antara seorang ibu dengan anaknya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu lain seperti antara seorang dengan rakan sebaya, atau seorang guru dengan murid-muridnya. Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara optimis, mengungkap ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain dan juga mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis maka Kurikulum Bahasa Melayu telah dugubal. Ia bertujuan melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan, sukatan pelajaran disediakan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran. Disamping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran teras yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

KONSEP DAN PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SUKATAN PELAJARAN a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pengertian falsafah menurut Kamus Dewan ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga dimaksudkan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki.

masyarakat. . ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. jasmani. hati. rohani. kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan. Usaha ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. Dari pandangan sejarah pula. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan. . Pada keseluruhannya maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidik. emosi. perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek (Yunani) Philosophia yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan. tingkah laku dan akhlak.a pernah berkata ³ Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang beriman´. Kebangsaan pula bermaksud sesuatu yang universal atau keseluruhan. falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan. pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah. dan Negara. Manakala pendidikan pula adalah rangkuman keseluruhan hidup termasuklah akal. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun.Menurut pandangan Islam pula. bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terehadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. dan jasmani berdasarkan kepada kepatuhan kepada Tuhan. berakhlak mulia. Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. ciri yang hendak dicapai. rohani. berketrampilan. walaupun konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu sendiri. kearifan atau kehikmahan. falsafah ditafsirkan kepada hikmah. Sayidina Ali Bin Abi Talib r. Kesimpulannya falsafah bermaksud pandangan atau pemikiran yang benar dan bernas yang dikaji secara sistematik dan diterima umum. Menurut Abdul Fatah Hasan.

iaitu aras asas. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita ± cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi . HSPBM diharapkan dapat membantu para guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. kemahiran belajar cara belajar. Kemahiran berfikir. . kandungan bahasa.b) Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam. Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. dan aras cemerlang. pengisian kurikulum. menyusun. Kreativiti memilih. aras sederhana. dan pelbagai lagi adalah aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur nilai tambah. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid adalah perkara utama di dalam pengajaran dan pembelajaran. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber mestilah berdasarkan HSPBM. terkawal dan bersistem. sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah.

emosi dan inteleknya. Justeru. Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. rohani dan . Bahasa Melayu. Kreativiti. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. rohani. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti. dan lain ± lain.c) Nilai±Nilai Estetika Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan terutamanya dalam bidang seni. Ini bermakna nilai ± nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti Pendidikan Seni. bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. setiap guru di Malaysia diwajibkan membaca. emosi. potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Selain aspek fizikal. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELATU Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain.

Perubahan infrastruktur juga membolehkan para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima oleh muridmurid. perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni. pemahaman dan keperihatinan guru untuk merialisasikan FPK. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang. Antaranya : . FPKmemberi kesan kepada institusi pendidikan. FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Pertama. Selain itu.intelektual. FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia.Perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif boleh melahiran pelajar yang cintakan ilmu. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut. Ia memerlukan penghayatan. Para guru perlulah berpegang kepada FPK ketika menjalankan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. gemilang dan terbilang. Disamping itu. lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu.

dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. membantu rakan-rakan . Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. Kurikulum Sukatan Pelajaran berfungsi membantu para guru merancang pengajaran secara tersusun. Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. kelakuan. golongan ± golongan cerdik pandai. (c ) Rohani Rohani merujuk Kamus Dewan adalah perkara yang berkaitan dengan jiwa. Guru perlu menerapkan nilai±nilai murni ke dalam diri murid±murid. Aspek nilai±nilai murni diterapkan ke dalam diri murid±murid seperti nilai±nilai kasih sayang.Ia bersesuai dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. menghormati guru. Bertepatan dengan itu. bertanggung jawab terhadap tugasan yang diberikan dan sebagainya. rohani. Begitu juga dengan agama lain yang mahukan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. tolenransi. akal budi. murid±murid akan menjaga . jasamani. disiplin. Contohnya. dan watak yang baik. tabiat. bekerjasama. Jika nilai±nilai ini dapat disemat ke dalam diri murid±murid. memberi salam. kesyukuran. dan pelbagai lagi setiap masa. (b) Akhlak Akhlak bermakna budi pekerti. rohani. bertolak ansur. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat menekankan aspek kerohanian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar dijangka akan menjadi seorang insan yang berdaya fikir tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita ± cita dan Dasar Pendidikan negara kita.(a ) Intelek Merujuk Kamus Dewan intelek bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisa). Oleh itu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan melahirkan insan yang berintelek tinggi dan berketerampilan.

dan pelbagai lagi. pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Mereka bersikap lebih baik. Sosial juga penting dan mesti diserap ke dalam diri murid±murid sekolah. negeri. mendeklamasi sajak. daerah. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakan±rakan. main peranan. sama ada di peringkat zon. (e) Bakat Merujuk Kamus Dewan bakat bermaksud seseorang yang mempunyai kebolehan semulajadi. menari. Dengan itu tubuh badan akan menjadi lebih sihat dan cergas dan otak pula cerdas. berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat ini. Di samping aspek kerohanian murid yang sihat. bakat murid±murid akan dapat dicungkil. guru±guru. dan pelbagai lagi. Tambahan pula. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya. Antaranya aktiviti lakonan. bersyair. dan dengan . aspek fizikal jasmani murid juga diutamakan supaya murid sihat dan cergas. memegang sesuatu. perbincangan. tubuh atau benda. berlakon. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan. banyak pertandingan seperti bercerita. menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkara±perkara negatif. dan lain±lain lagi. Dengan ini. Kalangan murid±murid mempunyai bakat±bakat tertentu seperti menyanyi. dan pelbagai lagi. nyanyian. makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal dan yang boleh mengeluarkan peluh seperti melakukan lompatan. bersajak. (d) Jasmani Jasmani bermaksud badan. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemen±elemen kesihatan. Contohnya kebersihan diri. pidato. bersyair. angkat tangan.tingkah laku dan akhlak mereka. mahu pun kebangsaan. bagi mencungkil bakat kanak-kanak. (f) Sosial Menurut Kamus Dewan sosial bermakna segala yang berkaitan dengan masyarakat.

dalam pengajaran puisi seperti sajak. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak. Contohnya. Maka semestinya guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk seseorang pelajar dengan lebih berkesan sekali. novel. Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya. Guru memainkan peranan juga dalam menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. personafikasi. syair. Banyak tugas guru yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat pendidikan di negara kita ini. PENUTUP Para guru menjalankan tugas berlandaskan garis panduan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah . Nilai±nilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. dan lain ± lain.sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. (g) Nilai ± nilai estetik. pantun. Dalam pengajaran Bahasa Melayu. nilai±nilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. dan lain-lain seperti metafora. seloka. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid dan berani menampilkan diri. cerpen. dan pelbagai lagi. supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekaligus menjadi identiti sistem pendidikan di Malaysia ini. Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. gurimdam.

RUJUKAN Atan Long. Kuala Lumpur: Kayazano Enterpris. Utusan Publications & Distributors Sdn. Pedagogi Asas Pendidikan. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. Bhd. Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. intelek. . 2004. Edaris Abbu Bakri. Tanjung Malim: Quantum Books. 1976.Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2008. Psikologi Pendidikan. emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.2004.

melentur buluh biarlah dari rebungnya. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan. Madya Dr. membaca. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini. Nuraini Yusoff. (Roselan Baki. dan menulis. dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula mengandungi perincian. guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. bahasa perpaduan dan bahasa imu. selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. 2003). menulis. 2003). dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur). mingguan. Matlamat mata pelajaran Bahasa melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara. emosi. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. peribahasa. 1996). dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. penjodoh bilangan. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan muridmurid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. membaca. tatabahasa. penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. seperti kata pepatah Melayu. sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi . Sekiranya didapati ada di antara cadangancadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah. rohani.HUBUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek. dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu (Abdullah Hassan. Pada peringkat ini.

kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah rendah di Malaysia. Jika ia mempunyai kaitan.individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mat bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. . ‡ Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai µroh¶ dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ‡ Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila. ‡ Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan. ‡ Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul. memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupann seharihari. berketerampilan dan berakhlak mulia. Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. murid-murid dapat: ‡ Mendengar. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. adalah lebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. ‡ Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan. Menurut kandungan Sukatan Pelajaran.

beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. . Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. ‡ Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai. dan pemulihan. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan. sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa. ‡ Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu. berinteraksi dan berfikir. ‡ Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan. penilaian. Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. penyerapan. guruguru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolahan murid (Roselan Baki. Melalui proses ini. 2003). ‡ Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan. adalah lebih baik kita lihat bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran. pengayaan.‡ Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi. Namun demikian. Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

program pengayaan perlu diberi penekanan kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam pengajaran Bahasa Melayu. Sejarah dan lainlain. permainan dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid-murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. selain mengetahui tahap pencapaian. bahan maujud. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. Murid-murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam tempoh yang telah ditetapkan disedikan dengan program atau aktiviti pemulihan. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. kad-kad kerja. unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Kesimpulan Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu secara jelas seperti yang dinyatakan di atas. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad. Matematik. alat permainan. sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains. kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi. Setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid-murid. Dengan cara yang sedemikian. Bahanbahan yang berbeza hendaklah diberi kepada murid-murid sama ada untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. bakat dan minat. keupayaan. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan. penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu. apakah kita dapat menghuraikan apakah terdapat kaitan antara Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan? . Melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid. carta.

dan rohani. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan. Seterusnya. rohani. Dengan ini. Secara tidak langsung hasil kreativiti pelajar akan terus digilap dan dihargai. . Definisi pemajmukan leksikal Falsafah Pendidikan diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal. emosi dan jasmani akan tercapai. dan tingkah laku. KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca. maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang.Dengan merujuk kepada definisi Kurikukum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Sebagai saluran pendidikan pada peringkat awal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. menulis dan mengira. unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri. Oleh itu. hati. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan itu suatu proses yang berterusan. KBSR akan memastikan pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu. akhlak. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek. dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat dua masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Selain itu. saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu. al usul leksikal pendidikan adalah daripada morfem bebas Latin. KBSR sememangnya memikul tugas yang amat berat. educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh . Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat. KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem pendidikan pada peringkat awal. 1996). Ini kerana pada peringkat permulaannya segalanya bermula. jasmani. segala proses pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hassan.

1946). dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah. kemanisan dan kepahitan´. potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti. yakni metafizik atau ontologi (teori kejadian). Selain aspek fizikal. iaitu teologi dan sains (Russel. (c) Nilai±Nilai Estetika Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani. rohani. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. ³Kebangsaan´ secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. emosi dan inteleknya. aksiologi (teori nilai). epistomologi (teori ilmu) dan logik.Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan. bakat dan apresiasi dapat . Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidik. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama. Kreativiti.

yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini. dan lain ± lain. Ini memerlukan penghayatan. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjelaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. rohani dan intelektual.dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Bahasa Melayu. setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca. Justeru. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut. umpamanya kurikulum. FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Ini bermakna nilai ± nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti Pendidikan Seni. pendidik dan institusi . emosi. Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk perkara yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan ( terutamanya ) dalam bidang seni. HUBUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul.

lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK. Ketiga. FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Maka. FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan.pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia. Kedua. Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar). perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis. reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang . Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu. perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni. Pertama. FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK.

cemerlang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Antaranya : Rohani y y Intelek y . Ia sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran khasnya dalam beberapa aspek. gemilang dan terbilang.

y Jasmani y Bakat y Akhlak .

akal budi. golongan terpelajar. Di sini jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek tinngi dan berketerampilan. rohani. jasamani. golongan ± golongan cerdik pandai. .Sosial Nilai±nilai estetik (a) Intelek Intelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisa). Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. rohani. golongan cendekiawan.

bekerjasama. Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang pengajaran secara tersusun. menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkara±perkara negatif. angkat tangan. (b) Rohani Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begutu menekankan aspek rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa kanak±kanak atau murid±murid. disiplin. Aspek nilai±nilai murni berkait rapat dengan rohani ini. memegang sesuatu. aspek fizikal jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Mereka bersikap lebih baik. makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan. tolenransi. bertolak ansur. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi. Dengan kata lain. Di samping rohani murid yang sihat. kebersihan diri. nilai±nilai murni boleh diterapkan ke dalam diri murid±murid seperti nilai±nilai kasih sayang. . (c) Jasmani Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. kesyukuran. sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia. dan pelbagai lagi. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemen±elemen kesihatan. dan pelbagai lagi. Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri. Mampu memjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita ± cita dan Dasar Pendidikan negara kita.Oleh sebab itu. murid±murid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Jika nilai±nilai ini dapat disemat ke dalam diri murid±murid. Dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakan±rakan. mendeklamasi sajak. Antaranya aktiviti lakonan. berlakon. daerah. dan lain±lain lagi. (e) Akhlak Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. bersyair. . dan pelbagai lagi. (f) Sosial Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri murid±murid sekolah. negeri. menghormati orang tua mahu pun orang yang lebih muda. Tambahan pula. dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. nyanyian. pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. pidato. perbincangan. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan. bagi mecungkil bakat. main peranan. Guru perlu menerapkan nilai±nilai murni ke dalam diri murid±murid. memberi salam. dengan guru±guru.(d) Bakat Dalam kalangan murid±murid kita mempunyai bakat±bakat tertentu seperti menyanyi. sama ada di peringkat zon. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat ini. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. membantu rakan. menari. bersajak. banyak pertandingan seperti bercerita. dan pelbagai lagi. berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan. Begitu juga dengan agama lain yang inginkan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya. Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. dan pelbagai lagi. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid. bersyair. mahu pun kebangsaan. bakat murid±murid akan dapat dicungkil. Dengan ini. Contohnya.

dan lain-lain seperti metafora. PENUTUP Berteraskan daripada Falsafah Pendidikan Barat dan juga Falsafah Pendidikan Islam. Nilai±nilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. dan lain ± lain. nilai±nilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. Dalam pengajaran Bahasa Melayu. intelek.(g) Nilai ± nilai estetik. maka tidak hairanlah guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk seseorang pelajar tersebut dengan berkesan sekali. jasmani. dan pelbagai lagi. dan juga emosi yang sihat. cerpen. . Oleh kerana aspirasi ini aspirasi ini dijunjung oleh para guru. Contohnya. gurimdam. pantun. FPK juga bertujuan menjadi rujukan kepada sesuatu dasar pendidikan supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekaligus menjadi identiti sistem pendidikan di Malaysia ini. syair. Implikasi daripada FPK ini adalah untuk menyatakan peranan juga dalam menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Ini selaras dengan KBSR yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani. dalam pengajaran puisi seperti sajak. seloka. personafikasi. Banyak fungsi-fungsi yang bakal dihadapi oleh guru serta tugas yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat pendidikan di negara kita ini. Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak. maka wujudlah Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memastikan bahawa wujudnya suatu garis panduan kepada guru-guru untuk mengikutinya. novel.

Frazer.Peranan guru pula boleh dibahagikan mengikut cabang falsafah yang menjadi pegangan para guru di Malaysia ini. Tanjung Malim: Quantum Books. Atan Long. aksiologi. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. . 1976.2004. Semua cabang ini mempunyai pengertian masing-masing dan haruslah difahami oleh setiap guru di Malaysia demi menjayakan FPK dan juga KBSR agar anak didik kita seimbang serta berjaya dalam semua bidang yang diceburinya nanti. E. emosi danjasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan. Psikologi Pendidikan. Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maka. Edaris Abbu Bakri. Bhd. London: London University Press. intelek. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. 1989. Antara cabangcabang berkenan ialah metafizik. Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. 2008. Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. Environment and The School. 2006. dan juga logik. epistemologi. maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapatdirealisasikan dengan jayanya. RUJUKAN Amir Hasan Dawi. Tanjung Malim: Quantum Books. Home. hasrat untuk melahirkan individu yangberilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Utusan Publications & Distributors Sdn.

http://ms.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan . Pedagogi Asas Pendidikan.wikipedia.Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Kuala Lumpur: Kayazano Enterpris.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->